kritikal analisis sekolah 1 aliran

Upload: ahmadkamal

Post on 14-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    1/11

    Pengenalan

    Kini media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik banyak

    membincangkan mengenai sekolah satu aliran. Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan

    Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan

    perpaduan antara kaum tercapai telah membangkitkan banyak isu oleh semua pihak seperti ahli

    politik, tokoh akademik serta pelbagai kaum di Malaysia seperti India dan Cina. Isu-isu yang

    dibincangkan adalah adakah cadangan ini dapat membentuk perpaduan Malaysia.

    Bagi kaum India dan Cina, mereka khuatir dengan pembentukan sekolah satu aliran,

    bahasa dan adat mereka akan dilupakan oleh generasi pada masa akan datang. Banyak

    persoalan timbul mengenai isu ini. Namun begitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib

    Razak telah menjelaskan kerajaan hanya akan mengubah dasar itu berdasarkan kepada

    kehendak masyarakat demi kepentingan mereka. Beliau turut menjelaskan, kerajaan perlu

    mengambil kira pandangan rakyat terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi

    menjaga sensitiviti kaum di negara ini.

    Oleh itu, isu terbabit masih lagi dibincangkan sehingga kini untuk melihat pro dan kontra

    terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak

    bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Isu ini menjadi semakin hangat apabila

    terdapat segelintir rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa berfikir secara mendalam

    mengenai cadangan yang telah dikemukakan dan menyebarkan pelbagai fitnah yang kurang

    enak kepada masyarakat.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    2/11

    Konsep Sistem Pendidikan Satu Aliran

    Menurut tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin, sistem pendidikan satu aliran ialah

    sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah. Ia bertujuan

    mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Menurut beliau, wujudnya sisitem pendidikan

    yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satu

    sistem nilai dan budaya sosial. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak

    mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan

    mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.

    Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan

    masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi

    dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat

    Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang

    menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan. Menurut beliau lagi

    sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi

    mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan

    Kebangsaan.

    Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak

    langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan,

    maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara

    pelajar dan saling faham-memahami. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial.

    Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi

    jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    3/11

    Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran adalah sebuah sistem

    yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya Melayu, India dan

    Cina. Menurut beliau jika sekolah satu aliran tidak dilaksanakan, ia akan member kesan pada

    masa hadapan seperti timbulnya masalah perkauman berikutan setiap kaum mendapat

    pendidikan di sekolah yang berlainan.

    Perpaduan kaum tidak dapat dicapai jika semua pelajar diletakkan di sekolah yang

    berasingan. Sekolah adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila

    kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah,

    mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.

    Menurut beliau lagi, dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaun hanya terjadi

    dalam keadaan luaran dan tidak mendalam. Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk

    memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik

    untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di

    peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

    Menurut tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim pula menerangkan konsep

    sekolah aliran ialah semua pelajar akan ditempatkan di sekolah yang sama dan penggunakan

    bahasa pengantar yang sama. Namun begitu bahasa ibunda setiap kaum akan diselitkan

    sebagai sebahagian daripada kokurikulum di bilik darjah. Menurut beliau lagi, sekolah satu

    aliran penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia bersesuaian dengan konsep Satu

    Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

    Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak

    membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Katanya, sejak dari kecil lagi

    rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila

    dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalankan. Walaupun terdapat

    beberapa pihak yang membantah cadangan pembentukan sekolah satu aliran, mereka yang

    berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh

    membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    4/11

    Dalam perspektif lain, Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa sistem pendidikan satu

    aliran sebernarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan

    sistem sekolah kebangsaan. Beliau menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah

    kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi

    bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari

    sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.

    Tetapi sehingga kini orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke

    sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka

    terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang

    terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang

    berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih

    menebal di kalangan masyarakat.

    Oleh itu kesedaran masyarakat terhadap sekolah satu aliran harus dipertimbangkan untuk

    memupuk perpaduan antara kaum supaya perpecahan tidak akan berlaku dan tragedy 13 Mei

    tidak akan berulang lagi.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    5/11

    Isu dan Cabaran

    Etnik Dan Kebudayaan

    Di dalam mengupas dan membincangkan mengenai tajuk sekolah satu aliran ini, sedar

    ataupun tidak, terdapat beberapa isu telah timbul. Isu- isu ini telah dibangkitkan selepas Prof

    Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang merupakan seorang tokoh sejarah telah menyokong

    cadangan Mukhriz Mahathir agar sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi

    sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai

    bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan

    pengajarannya.

    Dipetik daripada Utusan Malaysia pada 2 Disember, Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay

    Kim telah menyifatkan bahawa, cadangan Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun merangkap

    ahli majlis kerja Pemuda Umno ini adalah sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata

    Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950). Namun, cadangan ini telah mendapat tentangan

    daripada pelbagai pihak terutamanya orang Cina dan India. Hal yang demikian telah

    mencetuskan bermacam- macam isu yang jika dibiarkan boleh membawa masalah kepada

    perpaduan antara kaum.

    Antara isu yang paling banyak dibangkitlan rata-ratanya menyentuh kepada elemen

    etnik dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan sesuatu yang amat penting bagi setiap kaum

    atau etnik. Dengan kebudayaan ini jugalah sesebuah etnik itu dapat dibezakan dengan etnik

    yang lain. Memandangkan ia adalah antara sesuatu yang berharga, maka setiap individu

    daripada kumpulan etnik itu akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempertahankan

    kebudayaan masing-masing.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    6/11

    Hal yang sedemikian telah menyebabkan cadangan untuk menubuhkan sekolah satu

    aliran kurang diterima oleh sesetengah masyarakat di Malaysia ini terutamanya oleh etnik Cina

    dan India dengan alasan masing-masing ingin tradisi dan kebudayaan mereka dikekalkan. Ini

    bermaksud, mereka ingin bahasa ibunda mereka dijadikan seebagai bahasa penghantar dan

    bahasa Melayu menjadi bahasa kedua semasa perlaksanaan sistem sekolah satu aliran itu.

    Jika kita kaji dan renungkan semula, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang

    kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari

    aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik

    yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk

    mencapai perpaduan. Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk

    menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-

    dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu.

    Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai

    perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik.

    Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama

    dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan

    mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-murid

    di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan

    perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang

    erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik

    sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.

    Cabaran ataupun masalah berbangkit sememangnya banyak yang perlu ditempuhi oleh

    pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan. Etnik Cina dan India sekeras-kerasnya

    menyatakan yang mereka ingin menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar

    dan agama serta kebudayaan masing-masing sebagai yang utama dalam perlaksanaan

    sekolah satu aliran itu kelak. Mereka juga ingin sistem perlaksanaan sekolah tersebut

    dijalankan seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT ) kerana pada

    mereka, sistem persekolahan tersebut adalah yang terbaik.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    7/11

    Hal ini menambahkan lagi masalah kerana mana mungkin sesebuah sistem persekolahan

    menggunakan dua bahasa penghantar yang sama pada satu masa.

    Mereka berasa sangat khuatir terhadap kebudayaan masing-masing akan terhakis dan

    lenyap apabila anak mereka dihantar untuk belajar di sekolah satu aliran kelak. Sikap mereka

    yang terlalu mementingkan kebudayaan masing-masing ini sedikit sebanyak akan

    menambahkan kerumitan dan menyebabkan keadaan menjadi tegang. Ketegangan ini juga, jika

    tidak dikawal akan dikhuatiri menyababkan hubuan antara etnik di Malaysia ini menjadi semakin

    rapuh.

    Pendekatan

    Oleh itu, pihak yang berkenaan telah mengambil beberapa pendekatan untuk

    menyelesaikan masalah yang berbangkit ini dan secara tidak langsung akan meredakan isu

    yang telah timbul. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum atau etnik lain masih berhak

    mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan

    mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. Sukatan pelajaran

    juga dibaiki dan diperhalusi agar semua kaum dapat mempelajari agama dan bahasa ibunda

    mereka walaupun Bahasa Melayu dijadikan bahasa yang rasmi dan merupakan bahasa

    penghantar untuk sekolah satu aliran tersebut. Nilai kebudayaan setiap kaum juga tidak akan

    dilupakan. Malah, pelbagai aktiviti akan dirancang untuk dilaksanakan dan dilakukan bersama-

    sama dengan semua kaum dan etnik bagi mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dalam

    kalangan rakyat Malaysia.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    8/11

    Perpaduan Dan Perkauman

    Selain itu, isu yang melibatkan dan menyentuh sensitiviti perpaduan dan perkauman

    dalam membincangkan cadangan pelaksanaan sekolah satu aliran ini juga hangat

    diperkatakan disana sini. Etnik Cina dan India adalah kelompok majoriti yang mempersoalkan

    cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Ramai yang mempersoalkan, jika ingin

    meningkatkan perpaduan antara kaum, mengapa baru ditubuhkan sekarang dan bukan

    daripada dahulu lagi. Nampaknya penerimaan mereka terhadap sekolah satu aliran ini amatlah

    tipis. Jika kita merujuk kembali kepada sejarah terdahulu mengenai sistem persekolahan ini,

    sekolah satu aliran ini sebenarnya telah lama dicadangkan untuk dilaksanakan bagi tujuan

    mengeratkan perpaduan antara kaum.

    Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya

    dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham

    Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Ainuddin menjelaskan, cadangan

    Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di

    kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.

    ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu

    dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan

    antara kaum tidak terjadi,'' katanya.

    Kata -kata beliau terang lagi jelas dapat menjawab semula isu yang telah dibangkitkan

    yang mempersoalkan sistem sekolah satu aliran yang baru ingin diwujudkan sekarang. Jika

    sekolah satu aliran ini ditubuhkan, maka sekolah jenis kebangsaan akan di mansuhkan. Hal ini

    kerana, semua pelajar akan menjalankan persekolahan mereka dengan menggunakan sistem

    persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran. Etnik lain tidak bersetuju terhadap

    penubuhan sekolah ini juga kerana mereka terpaksa menggunakan Bahasa Melayu

    sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelaran.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    9/11

    Jika dibandingkan di SJK mereka dahulu, mereka bebas untuk belajar dan bertutur

    dalam bahasa ibunda mereka. Ini merupakan halangan yang besar kepada pihak kerajaan

    kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Hal ini sebenarnya adalah

    berpunca daripada semangat perkauman yang telah lama menebal dalam diri mereka. Sejak

    daripada kecil, mereka telah dilahirkan dan dibesarkan berlatar belakangkan etnik dan

    kebudayaan masing-masing. Semasa menerima pendidikan awal di sekolah tadika dan sekolah

    rendah juga mereka telah dibiasakan untuk bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka.

    Tetapi, apabila memasuki alam sekolah menengah, mereka terpaksa bersekolah di sekolah

    yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

    Perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan masalah kepada mereka untuk

    menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dalam masa yang sama mereka perlu memahirkan

    diri mereka untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu. Hal ini adalah merupakan salah

    satu daripada penghalang dan sebab mengapa mereka mnenentang sekeras kerasnya

    cedangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Akibat daripada keyakinan yang kurang, mereka

    telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan sekolah satu aliran ini tidak dilaksanakan.

    Ada juga ibu bapa yang menentang cadangan ini kerana mereka khuatir apabila anak mereka

    dihantar di sekolah ini, fikiran mereka tidak berkembang kerana kurangnya komunikasi antara

    pelajar dan guru.

    Jika berlaku masalah komunikasi, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak

    dapat dilakukan secara optimum disebabkan tiada komunikasi dua hala. Hanya para guru yang

    bercakap, tetapi pelajar hanya mendengar dan tidak mahu memberikan pandangan dan idea

    kerana mungkin disebabkan perasaan malu ataupun takut ditertawakan oleh rakan-rakan

    kerana tidak fasih Berbahasa Melayu. Situasi ini amatlah merugikan pelajar kerana masalah

    komunikasi telah menjadi penghalang bagi mereka untuk berkomunikasi seterusnya bertukar-

    tukar idea dan pandangan. Jika perkara yang terjadi ini terus dibiarkan begitu sahaja tanpa

    memirkan cara yang sesuai untuk mengatasi, maka Malaysia akan kekurangan pelapis untuk

    menjadi pemimpin pada masa hadapan yang terdiri daripada seorang yang betul-betul

    berkeyakinan dan berani bersuara.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    10/11

    Pendekatan

    Justeru itu, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan telah berbincang bagi

    mencari pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi memuaskan

    hati semua pihak, cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini telah dikaji semula. Pelbagai

    elemen-elemen penting telah diperkasakan agar, jika sekolah ini telah mendapat persetujuan

    untuk melaksanakan sekolah satu aliran pada suatu hari nanti, tidak banyak masalah yang akan

    timbul. Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin

    mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut lain, ia akan membantu

    mewujudkan hubungan harmoni antara kaum. Mereka yang menentang cadangan sekolah satu

    aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk

    membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

    Kesimpulan

    Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan

    rakyat. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh

    oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan

    betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Mahu

    tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui

    pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada

    masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari

    rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu

    bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara

    mereka. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara

    ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu

    sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu

    bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti

    yang dibimbangi selama ini.

  • 7/29/2019 Kritikal Analisis Sekolah 1 Aliran

    11/11

    Ibu bapa serta guru perlulah memainkan peranan serta memikirkan masa depan

    generasi akan datang. Jika perpaduan tidak dipupuk dari awal ini dikhuatiri akan tercetus

    kembali tragedy 13 Mei yang mana telah meragut banyak nyawa. Tragedi itu masih lagi segar di

    ingatan setiap rakyat Malaysia. Pembentukan sekolah satu aliran juga bersesuaian dengan

    gagasan 1Malaysia pada masa kini. Maka semua pihak perlulah bersetuju dengan

    pembentukan sekolah satu aliran tersebut. Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan

    mengenai sistem tersebut, perkara ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Tiada

    perkara yang sempurna di dunia ini melainkan Maha Pencipta kita.