analisis kritikal perkembangan intelektual muslim...

23
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 88 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 88-110 ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM DI MALAYSIA PASCA MERDEKA (1960-1990) TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA CRITICAL ANALYSIS OF MUSLIM INTELLECTUAL DEVELOPMENTS IN MALAYSIA POST-INDEPENDENCE (1960- 1990) TO ISLAMIC RESURGENCE IN MALAYSIA Ibrahim Majdi Bin Mohamad Kamil¹*, Dr Mariam Binti Abdul Majid² ¹Sarjana Sains Sosial (Antropologi & Sosiologi), Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected]. ²Professor Madya, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Selangor, [email protected]. * Penulis Penghubung Artikel diterima :21 April 17 Selepas Pembetulan:18 Dis 17 Diterima untuk diterbit :18 Dis 17 Abstrak Kajian ini cuba menghurai dan menganalisis perkembangan intelektual perkembangan aliran pemikiran Islam khusus kepada aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda, terma yang dicetuskan oleh William R. Roff khusus pada era pasca merdeka (1960an-1990an). Kajian ini mengguna pakai kaedah kualitatif. Kajian ini mengguna pakai metodologi pengumpulan data perpustakaan yang sebahagian besarnya bergantung kepada sumber primer dan sebahagianya lagi adalah sumber sekunder. Dalam metodologi penganalisan data, umumnya kajian ini menggunakan kaedah pensejarahan dan analisis kritikal bagi menganalisis data mengenai pandangan perkembangan aliran pemikiran Islam terutamanya melalui aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda. Kaedah perbandingan pula diaplikasikan terhadap perkembangan aliran pemikiran Islam sejak dari era abad ke 19 dan 20 sehingga kepada kemuncak perkembanganya pada tahun 1960an sehingga 1990an. Manakala kaedah analisis kandungan pula digunakan secara umumnya pada hampir keseluruhan data yang dikutip. Penemuan dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa perkembangan aliran pemikran Islam kaum tua dan kaum muda pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 terus relevan semasa era pasca merdeka (1960an-1990an). Perkembangan aliran pemikiran Islam kaum tua dan

Upload: lebao

Post on 02-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 88

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126

E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 88-110

ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM DI MALAYSIA PASCA MERDEKA (1960-1990) TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA

CRITICAL ANALYSIS OF MUSLIM INTELLECTUAL

DEVELOPMENTS IN MALAYSIA POST-INDEPENDENCE (1960-

1990) TO ISLAMIC RESURGENCE IN MALAYSIA

Ibrahim Majdi Bin Mohamad Kamil¹*, Dr Mariam Binti Abdul Majid²

¹Sarjana Sains Sosial (Antropologi & Sosiologi), Universiti Kebangsaan Malaysia,

[email protected]. ²Professor Madya, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Selangor, [email protected].

* Penulis Penghubung

Artikel diterima :21 April 17 Selepas Pembetulan:18 Dis 17 Diterima untuk diterbit :18 Dis 17

Abstrak Kajian ini cuba menghurai dan menganalisis perkembangan intelektual

perkembangan aliran pemikiran Islam khusus kepada aliran pemikiran

kaum tua dan kaum muda, terma yang dicetuskan oleh William R. Roff

khusus pada era pasca merdeka (1960an-1990an). Kajian ini mengguna

pakai kaedah kualitatif. Kajian ini mengguna pakai metodologi

pengumpulan data perpustakaan yang sebahagian besarnya bergantung

kepada sumber primer dan sebahagianya lagi adalah sumber sekunder.

Dalam metodologi penganalisan data, umumnya kajian ini menggunakan

kaedah pensejarahan dan analisis kritikal bagi menganalisis data

mengenai pandangan perkembangan aliran pemikiran Islam terutamanya

melalui aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda. Kaedah perbandingan

pula diaplikasikan terhadap perkembangan aliran pemikiran Islam sejak

dari era abad ke 19 dan 20 sehingga kepada kemuncak perkembanganya

pada tahun 1960an sehingga 1990an. Manakala kaedah analisis

kandungan pula digunakan secara umumnya pada hampir keseluruhan

data yang dikutip. Penemuan dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa

perkembangan aliran pemikran Islam kaum tua dan kaum muda pada

abad ke 19 dan awal abad ke 20 terus relevan semasa era pasca merdeka

(1960an-1990an). Perkembangan aliran pemikiran Islam kaum tua dan

Page 2: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 89

kaum muda muncul dalam gerakan sosial baharu seperti ABIM, JIM,

Jamaat Tabligh, Darul Arqam dan parti-parti politik.

Kata Kunci Pemikiran Islam, pasca merdeka, kaum tua, kaum muda, gerakan sosial

Abstract This study attempts to analyze the intellectual development of the dynamic

of Islamic schools of thought, ‘kaum muda’ and ‘kaum tua’ termed by

William R. Roff in the post-independence era (1960s-1990s). This study

uses qualitative methods. This study uses a library data collection

methodology that is largely dependent on primary sources and the other

is secondary sources. In the data analysis methodology, this study

generally uses a method of analysis and critical analysis for analyzing data

on the views of the development of the Islamic thought through the ‘kaum

muda’ and ‘kaum tua’ schools of thought. Comparative method applied to

the development of Islamic thought since the era of the 19th century and

20 so to kemuncak development in the 1960s to the 1990s. Analysis

content method also used generally in almost all data cited. The findings

of this study conclude that the development of early and early twentieth-

century Islamic divisions in the 19th and early 20th centuries continued to

be relevant during the post-independence era (1960s-1990s). The

development of Islamic schools of thought among the elderly and youth

emerged in new social movements such as ABIM, JIM, Jamaat Tabligh,

Darul Arqam and political parties.

Keywords Islamic school of thought, post-independence, social movements.

1. Pendahuluan Artikel ini akan membincangkan mengenai transisi dan dinamika ideologi-ideologi aliran pemikiran kumpulan reformis dan konservatif dalam perkembangan kemunculan banyak gerakan-gerakan Islam yang muncul di zaman pasca merdeka. Semasa era pra merdeka, aliran pemikiran Islam terdiri daripada aliran kaum tua dan kaum muda seperti yang telah dibincangkan oleh William R. Roff dalam kajianya melalui karya The Origins of Malay Nationalism. Dalam karyanya, William Roff membincangkan mengenai bagaimana tercetusnya semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya pada akhir abad yang ke-19 dan awal abad yang ke-20. William Roff membahagikan nasionalisma Melayu kepada tiga golongan yang berbeza. Tiga golongan ini menurut William Roff adalah berbeza mengikut persekitaran sosial mereka yang berbeza, orientasi pendidikan yang berbeza, budaya, dan gaya politik yang berbeza. Tiga golongan ini adalah kumpulan Kaum Muda,

Page 3: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 90

kumpulan elit Melayu dan kumpulan anak tani dan nelayan yang dibincangkan secara terperinci oleh Roff di dalam bukunya. 2. Gerakan Kebangkitan Islam Sebagai Satu Fenomena Sosial Sekitar tahun 1970an sehingga 1980an, telah belakunya suatu fenomena kebangkitan Islam yang berlaku di Negara-negara timur tengah seperti di Mesir, Iraq, Syria, dan Negara-negara luar dari timur tengah seperti Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa faktor dan pandangan mengenai gerakan kebangkitan Islam di dunia dan secara khususnya di Malaysia.

Menurut Mashitah Sulaiman (2003), fenomena kebangkitan agama ini adalah satu gelombang kesedaran bagi membawa masyarakat Islam untuk kembali kepada ajaran agama Islam dengan mewujudkan satu Islam yang dominan dan mewujudkan kuasa politik yang dikuasai oleh orang Islam. Gelombang kebangkitan Islam ini juga bersifat holistik iaitu merangkumi setiap genap aspek kehidupan. Kebangkitan Islam bukan hanya dari sudut kehidupan keagamaan sahaja, tetapi juga aspek-aspek lain seperti ekonomi, politik, pentadbiran, pendidikan serta aspek sosial dan kemasyarakatan. Penulis merasakan pengertian ini sangat jelas dalam menjelaskan matlamat fenomena kebangkitan kesedaran agama yang wujud sekitar tahun 1960an sehingga 1990an. Kedatangan penjajah terutamanya semasa perang dunia memberi kesan yang besar kepada masyarakat Islam.

Perkembangan ini telah banyak mempengaruhi dan menjadi faktor asas bagi menimbulkan satu kesedaran bersama oleh masyarakat Islam di beberapa buah Negara sehingga mewujudkan satu fenomena sosial iaitu kesedaran dan kebangkitan Islam khususnya pada era 1960an sehingga 1990an, dalam bab ini, penulis akan membincangkan mengenai perkembangan kesedaran Islam sehingga mewujudkan gerakan-gerakan agama di serata dunia dan memberi pengaruh yang besar kepada gerakan kebangkitan Islam di Malaysia khusus sekitar tahun 1970an sehingga tahun 1980an. Kebangkitan kesedaran masyarakat Islam yang berlaku sekitar tahun 1960an hingga tahun 1990an adalah kesinambungan daripada gerakan reformis yang berlaku sejak akhir abad ke-19 dan awal abad yang ke-20 yang diwakili oleh gerakan kaum muda. Ini bermakna gerakan yang mula-mula dibawa oleh Jamaluddin Afghani, Shekyh Mohd Abduh dan Rashid Rida tidak pernah terhenti gerakanya. Bezanya, gerakan ini terus didokong tetapi dalam struktur yang berbeza. Ideologi ini terus didokong oleh tokoh-tokoh reformis yang lebih baharu dengan membentuk satu gerakan agama dalam memperjuangkan matlamat dan tujuan ideologi reformis.

Menurut Peter Mandaville, gerakan sosial yang paling penting yang mengandungi visi baru dan membawa politik Islam bermula di Negara Mesir yang dipelopori oleh Hassan al-Bana. Hassan al-Bana telah menubuhkan satu gerakan sosial iaitu Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928. Ikhwan Muslimin kemudian berkembang ke Negara-negara lain termasuk di Malaysia. Kebanyakan gerakan Islam ini menjadi gerakan

Page 4: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 91

pembangkang di Negara mereka(2007:104). Gerakan Islam adalah sebuah gerakan agama. Gerakan agama bukan hanya diaplikasikan ke atas agama Islam sahaja, tetapi boleh juga diguna pakai ke atas agama-agama yang lain. Untuk memahami lebih lanjut mengenai gerakan agama, perlu difahami apa yang mendorong wujud suatu gerakan agama.

Menurut H. Dadang Kahmad, gerakan agama berlaku akibat timbulnya rasa tidak puas hati kepada penguasa atau pemimpin Negara. Rasa tidak puas hati timbul apabila mereka melihat berlakunya kesenangan penguasa, konflik yang berlaku akibat ketidakpuasan sosial dan agama kerana pihak yang terbabit terlalu mengawal kehidupan manusia. Tambah beliau lagi, apabila berlakunya konflik sebegini, wakil agama tertentu akan memberi dorongan dan sokongan kepada pengikutnya untuk melakukan proses perubahan. Tambahan lagi, peranan ahli dan tokoh-tokoh agama dalam memberi dokongan dan sokongan juga memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan agama(1999:67-68). Dari keterangan tersebut, gerakan agama memberi kesan kepada masyarakat meskipun ada gerakan agama hanya dianggotai oleh sekumpulan kecil masyarakat sahaja. Gerakan agama dilihat sebagai satu kumpulan untuk melakukan atau mendorong perubahan sosial di dalam sesebuah masyarakat. Terma gerakan Islam pula menurut Shiozaki Yuki, adalah satu usaha yang dianjurkan untuk menegakkan Islam ke atas individu dan juga sebagai norma sosial khususnya kepada masyarakat Muslim moden(2007:106). Kembali kepada gerakan kebangkitan Islam dunia, beberapa peristiwa penting boleh dilihat dalam kebangkitan ini. Antara faktor yang mendorong gerakan kebangkitan Islam adalah bagi mengembalikan warisan kebudayaan Islam, tidak puas hati dengan sistem politik yang secular, dan berlakunya revolusi Iran pada tahun 1979. Di Asia Tenggara pula, konflik yang berlaku seperti konflik dengan komunis di Indonesia, serta konflik etnik yang berlaku di Malaysia juga menjadi salah satu dorongan kepada gerakan kebangkitan Islam(Kersten 2009:90).

Salah satu dinamika penting yang berlaku adalah kemunculan Ulama’-ulama’ yang dipengaruhi oleh pemikiran reformis, banyak membantu dalam merancakkan lagi gerakan kebangkitan Islam. Sebelum zaman kebangkitan Islam, para Ulama’ sering dikatakan pemimpin kumpulan-kumpulan tradisionalis yang banyak mengajar mengenai agama Islam di pondok-pondok dengan memfokuskan kepada mempelajari ilmu Quran, Hadis, Fiqh, serta pengajian kitab-kitab klasik(Shiozaki Yuki 2007:112). Tambahan lagi, karisma para Ulama’ dan ceramah-ceramah mereka banyak dapat mempengaruhi masyrakat Muslim yang banyak menghormati dan menyanjungi golongan Ulama’. Gerakan reformis juga menonjolkan para Ulama, sebagai pemimpin gerakan Islam dan pentadbiran seperti yang telah berlaku semasa revolusi Iran. Gerakan kebangkitan Islam juga diihat sebagai cuba untuk menjadi moden dengan cara yang tersendiri tanpa mengikut kaedah atau cara barat.

Pada waktu itu, timbul banyak terma-terma baru kebanyakanya di dalam bahasa Arab dalam memperjuangkan ideologi Islam yang lebih

Page 5: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 92

moden. Menurut Kamarudin Salleh(2012), wujud pelbagai slogan semasa zaman kebangkitan Islam antaranya adalah Al-Usulliyah Al-Islamiyyah, Al-Sahwah Al-Islamiyyah, Al-Tajdid dan Al-Islah dan Al-Bath Al-Islamic. Walaupun gerakan Islam lebih suka menggunakan terma-terma Arab, tetapi ada juga antara gerakan Islam ini yang turut menggunakan terma-terma barat seperti Renaissance, Regeneration, Revitalization, Re-emergence, Ressuruction, Revolution, Upsurge, Awakening dan Islamism. Sungguhpun sebahagian terma-terma Arab dan Inggeris mempunyai tujuan dan maksud yang sama, kumpulan gerakan Islam ini lebih menekankan dan menyebut terma-terma Arab supaya masyarakat dapat mebezakan kebangkitan Islam dan pemodenan oleh masyarakat Barat. Semasa gerakan Islam pada era 1960an hingga 1990an, kebangkitan kesedaran Islam tidak terhad kepada kumpulan aliran reformis sahaja.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, golongan Ulama’ iaitu kumpulan yang dianggap sebagai tradisionalis dan konservatif, turut aktif terlibat dalam gerakan kebangkitan Islam di banyak Negara Muslim. Penulis tertarik dengan tulisan dari Kassim Ahmad yang membicangkan mengenai tiga aliran besar yang bertembung dalam masyarakat Islam. Tiga aliran tersebut adalah Islam tradisional atau konservatif, kedua aliran Islam Moden iaitu mereka yang dipanggil sebagai kumpulan pembaharuan dan ketiga aliran modenis iaitu revolusi sekular yang mula muncul di Turki diketuai oleh Mustafa Kemal Atarturk(1984:86-87). Kassim Ahmad menambah bahawa aliran-aliran gerakan ini menyeru kepada masyarakat Islam untuk kembali kepada dua sumber utama iaitu Quran dan Sunnah sebagai sumber pokok di mana ideanya dimulakan oleh Ibn Tamiyyah. Gerakan sosial ini juga memulakan perjuangan dalam menentang kuasa-kuasa kolonial untuk mencapai kemerdekaan. Apa yang menarik dalam perjuangan ini, gerakan sosial ini tidak menolak ilmu sains dan teknologi Barat, tetapi menyeru masyarakat Islam untuk belajar ilmu barat untuk mengalahkan kuasa barat. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perjuangan yang berbeza oleh kumpulan aliran Modenis seperti yang disebut oleh Kassim Ahmad dalam buku Teori Sosial Moden Islam.

Apabila penulis membincangkan mengenai kumpulan aliran

tradisionalis dan reformis, kedua-dua gerakan sosial ini cuba

membangkitkan satu kesedaran masyarakat Islam untuk kembali kepada

ajaran Islam dan berjuang untuk melawan penjajahan dan kuasa kolonial.

Perkara ini berikutan kebanyakan Negara majoriti Islam telah dijajah

terutamanya setelah berlakunya beberapa siri peperangan dan

kemuncaknya selepas perang dunia ke dua. Sebaliknya, bagi kumpulan

modenis yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atarturk, beliau telah

memperkenalkan revolusi sekular di dalam masyarakat Islam.

Penentangan mereka pula bukanlah terhadap penjajah, tapi kumpulan elit

agama yang ditekan oleh penjajah serta atas sebab kelemahan gerakan

Islam(Kassim Ahmad 1984:87).

Page 6: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 93

Gerakan sosial yang diketuai oleh Mustafa Kemal Atarturk juga dikenali sebagai ‘Young Turks’. Gerakan sekular yang berlaku juga menjadi salah satu sebab kesedaran kebangkitan masyarakat Islam. Masyarakat Islam sedar bahawa gerakan yang dibawa oleh ‘Young Turks’ di Turki telah jauh dari matlamat agama Islam yang sebenar seperti yang telah terkandung di dalam Quran dan hadis. Gerakan ini juga telah berjaya di Negara-negara lain seperti di Mesir, Pakistan, dan Indonesia. Berkenaan dengan terma gerakan yang di sebut sebagai ‘Young Turks’, terdapat kekeliruan dengan terma ini apabila diaplikasi ke dunia Islam yang lain. Terma ‘Young Turks’ jika diterjemahkan boleh diertikan sebagai kaum muda Turki. Walaubagaimanapun, kaum muda Turki adalah berbeza dengan gerakan kaum muda di Tanah Melayu. Perkara ini boleh dibuktikan dengan melihat kepada pemikiran dan ideologi kaum muda di Turki dan Tanah Melayu. Kaum Muda di Turki bersifat lebih moden dan sekular, tetapi kaum muda di Tanah Melayu bersifat reform, dengan fudamental kembali kepada ajaran Quran dan Hadis. Pada pendapat penulis, kekeliruan ini timbul apabila ahli Orientalis menyebut gerakan awal Islam di Tanah Melayu sebagai kaum muda. Satu terma yang sama dengan gerakan yang berlaku di Turki. Setelah dibincangkan mengenai asas dan sebab berlakunya kesedaran kebangkitan di serata dunia, akan dibincangkan pula mengenai kemunculan gerakan Islam dan perkembangannya sekitar tahun 1960an sehingga 1990an khusus di Negara Malaysia. 5. Perkembangan Gerakan Islam Di Malaysia Pada Tahun 1960an-1990an Kebangkitan Islam berlaku oleh kerana kesedaran bahawa Islam bukan hanya lagi terhad mengenai kepercayaan dan ritual sahaja, tetapi turut menekankan mengenai moral dan gerakan sosial. Latar belakang utama peserta-peserta gerakan Islam pada tahun 70an di Malaysia menurut Amini Amir adalah kebanyakanya terdiri daripada pelajar Melayu universiti yang kebanyakanya datang dari keluarga masyarakat tani. Tambah Amini Amir lagi, gerakan-gerakan ini banyak dipengaruhi oleh gerakan-gerakan sosial dari luar seperti Ikhwan Muslimin(Mesir) dan Jammaat Islami(Pakistan). Idea-idea dan tulisan oleh tokoh-tokoh gerakan revival seperti Hasan al-Bana, Abu Ala al-Mawdudi, Abu Hasan Ali al-Nadwi, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Said Hawa, Fathi Yakan, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al Qaradawi, dan Hasan Hudaibi banyak telah diterjemahkan dan menjadi bahan usrah dan tarbiyyah kumpulan gerakan revival Islam di Malaysia(2011:27). Walaubagaimanapun, Chandra Muzaffar di dalam penulisanya mendakwa gerakan kebangkitan Islam di Malaysia dalam masa yang sama mempunyai tujuan yang tersendiri mengikut kumpulan sosial tersendiri.

Pandangan yang diberikan oleh Chandra Muzaffar ini dilihat berbeza dengan kebanyakan pendapat mengenai kesedaran kebangkitan Islam di Malaysia. Antara pandangan yang dilontarkan adalah bagi pelajar Melayu Institut Pengajian Tinggi Tempatan, Chandra berpandangan

Page 7: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 94

bahawa kumpulan ini kurang yakin dengan kebolehan diri, tidak mahu menerokai teori-teori baru dan mudah menerima hujah ilmu barat itu sebagai karut. Kumpulan kedua pula adalah pelajar yang pulang dari luar Negara yang disebut oleh Chandra sebagai akademik ‘generasi kedua’. Mereka mengutuk peradaban barat, sekularisma, dan ‘ism-ism’ barat yang lain. Chandra mendakwa mereka ini menonjolkan diri untuk meningkatkan kedudukan mereka dan mendapatkan jawatan di Universiti-universiti. Kumpulan ketiga adalah pemimpin politik dan aktivis politik yang setaraf dengan elit-elit agama yang mendapat pengiktirafan. Mereka ini menurut Chandra berkepentingan diri dan menyedari emosi yang hebat dalam lambang identiti etnik dan mempunyai semangat agama yang berkobar-kobar tetapi ada penyelewengan. Manakala kumpulan keempat dan terakhir menurut Chandra adalah pegawai-pegawai rasmi agama yang mendesak untuk menitik beratkan ritual, amalan, lambang Islam dan undang-undang. Mereka juga mendesak untuk menubuhkan satu Universiti Islam dan mendesak untuk meningkatkan gaji untuk jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam (1988:38-42). Walaubagaimanapun, Chandra Muzaffar bersetuju sebab-sebab kesedaran kebangkitan berlaku kerana merasakan sistem sosial barat tidak dapat menyelesaikan masalah, mereka yakin gerakan Islam akan menjadi peradaban baru, kecewa dengan keadaan ekonomi, politik dan sosial di Malaysia, menentang sistem kerajaan yang bersifat sekular dan berlakunya revolusi Iran pada tahun 1979. Era ini adalah satu kebangkitan baru yang timbul di Malaysia. Walaupun gerakan sosial di Malaysia bukanlah satu kesinambungan secara langsung dengan gerakan kaum muda sebelum merdeka, tetapi intelektual dan aliran pemikiran mereka mempunyai persamaan kerana jaringan sosial mereka yang mempunyai persamaan.

Jaringan intelektual bagi kedua-dua gerakan kaum muda dan kebangkitan Islam yang beraliran reformis, kedua-duanya banyak dipengaruhi oleh tokoh-tokoh gerakan agama dari Mesir. Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang dipelopori oleh Hassan al-Bana, adalah satu kesinambungan dari gerakan sosial awal yang berlaku di Mesir oleh tokoh-tokoh seperti Jamaluddin Afghani, Syekh Muhammad Abduh, dan Rashid Rida. Ikhwan Muslimin telah meneruskan ideologi reformis Islam dengan merujuk kepada sumber Quran dan Sunnah. Jika kaum muda sebelum ini mempunyai hubungan langsung dengan tokoh reformis di Mesir, gerakan kebangkitan Islam yang beraliran reformis juga mempunyai hubungan langsung dengan gerakan Ikhwan Muslimin serta gerakan reformis di Negara-negara lain. Ini bermaksud kumpulan aliran Islah terus berkembang dan mencapai kemuncaknya pada era kebangkitan gerakan Islam di Malaysia.

Gerakan islam yang beraliran reformis pada waktu itu adalah seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Jemaah Islah Malaysia(JIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Islamic Representative Council(IRC), dan Parti Islam Se-Malaysia(PAS). Gerakan seperti ABIM, JIM, PKPIM, dan IRC merupakan pertubuhan bukan

Page 8: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 95

kerajaan(NGO) dan gerakan dakwah kepada masyarakat berbeza dengan PAS yang merupakan satu pertubuhan politik. Buku dan tulisan hasil karya Dr. Muhammad Iqbal, Maulana Sayyid Abu Ala Mawdudi, Imam Hasan al-Bana, Sayyid Qutb, Malik bin Nabi, Dr. Ali Shariati, Imam Khomeini, dan Said Nursi telah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan dan mempengaruhi gerakan revival Islam di Malaysia. Selain itu, pengaruh Ulama dari Indonesia juga berperanan dalam mempengaruhi revival Islam di Malaysia(Amini Amir Abdullah 2011:26). Ketika zaman kebangkitan Islam di Malaysia, aliran tradisional tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam era kebangkitan kesedaran Islam di Malaysia.

Malah, aliran tradisional ini dilihat lebih dinamik pada zaman ini dengan para Ulama’ memainkan peranan yang sangat penting pada era ini. Gerakan tradisional juga mempunyai hubungan tersendiri dengan gerakan agama yang beraliran tradisional. Walaupun kumpulan ini digelar sebagai kumpulan yang beraliran tradisional atau fundamental, tetapi aliran tradisional ini turut berkembang kepada pecahan-pecahan aliran tradisional yang lain dengan mengekalkan unsur-unsur tradisional. Tambahan lagi, kumpulan beraliran tradisonal mula berfikiran lebih luas dengan tidak hanya fokus kepada agama sahaja, tetapi turut menitik beratkan aspek lain seperti aspek ekonomi, sosial, dan pendidikan. Malah, peranan Ulama’ juga turut berkembang kepada aspek-aspek kehidupan yang lain juga.

Muncul gerakan-gerakan agama yang beraliran tradisional seperti Jamaat Tabligh, Al-Arqam, dan Institusi-institusi Islam kerajaan sendiri. Menurut Che Noraini Hashim dan Hassan Langgulang, sebahagian dari organisasi sosial yang berasaskan Islam seperti ABIM, Darul Arqam dan Jamaat Tabligh telah melalui dinamika mereka telah berjaya secara langsung atau tidak langsung mengukuhkan lagi agama Islam di Malaysia(2008:12). Ceramah menjadi kaedah utama bagi sebahagian gerakan ini seperti PAS, ABIM, dan Darul Arqam kerana gerakan-gerakan ini tidak dapat menggunakan media massa. Kaedah ini menyebabkan masyarakat Muslim Melayu berasa lebih dekat dengan pemimpin-pemimpin gerakan ini kerana mereka bertemu secara bersemuka dan lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat. Malahan, ceramah-ceramah ini direkod dan dijual dengan pelbagai bentuk media supaya mendapat audiens masyarakat yang lebih besar(Shiozaki Yuki 2007:114). Selain itu, ramai orang yang tidak menyedari bahawa gerakan-gerakan Islam yang muncul pada waktu ini memberi sumbangan dalam institusi pendidikan. Menurut Badlisham, sistem pendidikan gerakan Islam ini sering diberi pandangan yang negatif oleh kerana perbezaan khususnya dari aspek politik(2010:2). Penulis akan menerangkan secara ringkas gerakan-gerakan Islam yang dominan pada era tersebut dengan memfokuskan mengenai pemikiran dan sumbangan mereka terutamanya dari sudut intelektual.

Gerakan pertama yang akan dibincangkan adalah Angkatan Belia Islam Malaysia atau dikenali sebagai ABIM. Untuk perbincangan mengenai ABIM, penulis akan membincangkan bersama dengan Persatuan

Page 9: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 96

Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) kerana kedua dua kumpulan ini berkait rapat antara satu sama lain dan pertubuhan ABIM adalah lanjutan daripada perjuangan PKPIM dan kebanyakan pemimpin PKPIM menjadi pemimpin ABIM. Menurut Mashitah Sulaiman, PKPIM adalah gabungan persatuan-persatuan mahasiswa iaitu penggerak awalnya adalah persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM). Kemudian, disertai oleh pertubuhan mahasiswa negeri dan Melayu Institut Pengajian Tinggi yang lain sehingga ditubuhkan ABIM pada tahun 1971 bagi meneruskan perjuangan selepas tamat belajar. Mashitah juga menambah bahawa gerakan Islam ABIM telah mendapat cetusan idea daripada perjuangan tokoh seperti Al-Mawdudi, Syed Qutb, dan Hassan al-Bana dari tanah Arab dan tokoh nusantara seperti Muhammad Natsir, dan Dr Imaduddin dari Indonesia(2013:789). Latar belakang ABIM juga banyak dibincangkan dalam tulisan lain.

ABIM sendiri ditubuhkan oleh pesert-peserta intelek yang kebanyakanya adalah wakil-wakil pelajar universiti. ABIM dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin PKPIM, tetapi turut disertai oleh Persatuan Pelajar Islam Kolej Islam Malaya(PPKIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Pertanian, Persatuan Mahasiswa Islam Institut Teknologi Mara dan Persatuan Pelajar Islam Negeri seperti KPIP(Perak), KPJJ(Johor), KPIK(Kedah dan Kelantan). ABIM merupakan sebuah pertubuhan tarbiyyah dan dakwah serta perihatin terhadap isu kemasyarakatan seperti kemunduran orang Melayu, kemiskinan dan keadilan sosial(2004:2). Cita-cita ABIM adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang mengamalkan cara hidup Islam dalam segala aspek kehidupan. Keahlian ABIM pada waktu itu dianggarkan telah mencapai sejumlah 40 ribu ahli di seluruh Malaysia. Ahli-ahli mereka terdiri dari kalangan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun. Kebanyakan ahli mereka terdiri dari masyarakat yang tinggal di kota dan semi kota. Majoritinya adalah kelas menengah dan sebahagian lagi adalah mereka dari kelas pekerja(Chandra Muzaffar 1988:58). Perkara ini depengaruhi oleh objektif ABIM sendiri.

Objektif ABIM adalah untuk menyediakan medan dakwah kepada aktivis Islam terutamanya kepada graduan-graduan Universiti dan memenuhi keperluan kepada belia-belia Islam di Malaysia. Objektif lain adalah untuk mewujudkan kebangkitan semula Islam di Malaysia. Ideologi dan pemikiran ABIM dilihat lebih moderate. Menurut Zulkifly Abdul Malek, dalam untuk mencapai cita-cita Negara Islam, beliau melihat ABIM sebagai bersifat ‘bottom-up’. Ahli-ahli ABIM terdiri dari orang-orang muda yang menginginkan kepada Islam. Antara yang mempengaruhi orang muda pada waktu itu adalah Dr. Nabil al- Tawil, iaitu seorang anggota Ikhwan Muslimin Syria yang mengajar di Universiti Malaya dan telah menyebarkan ideologi tajdid dan Islam kepada pelajar Melayu Muslim di Malaysia pada ketika itu(2011:22). Selain pelajar Universiti tempatan, ABIM juga dianggotai oleh persatuan pelajar-pelajar di luar Negara seperti Malaysia Islamic Study Group (MISG), Federation of Student Islamic Societies

Page 10: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 97

(FOSIS), Muslim Students Association (MSA), dan Islamic Society of North America(ISNA) yang menyertai ABIM untuk meneruskan aktiviti dakwah.(Zulkifly Abdul Malik 2011:26-27). Menurut Abdul Razak, belia Melayu pada waktu itu lebih Islamik. Malah, sebahagian penyokong ABIM menyertai Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT) dan cuba memasukkan unsur-unsur Islam di dalam tentera. Peningkatan juga berlaku dari ahli tentera yang menyertai atau menyokong gerakan dakwah seperti ABIM, Tabligh, dan Arqam. Malah, kerajaan sendiri turut mengalakkan supaya mengubah nilai barat di dalam tentera kepada nilai-nilai Islam(2004:43). Dari segi ideologi dan intelektual di dalam ABIM, dapat dilihat bahawa jaringan dan pengaruh intelektual terutamanya dari Timur Tengah banyak mempengaruhi perjuangan ABIM.

Perbincangan mengenai perjuangan ABIM, dapat dilihat bahawa perjuangan ABIM mempunyai persamaan dengan gerakan Islam di Negara lain. Malah, ABIM dan tokoh di dalam ABIM mempunyai jaringan secara langsung dengan gerakan-gerakan Islam yang lain di Negara luar terutamanya dari gerakan Ikhwan Muslimin yang menjadi satu gerakan Islam yang berkembang di Timur Tengah. Pemimpin-pemimpin ABIM semasa zaman tersebut juga banyak mengambil idea dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Menurut Badlisham Mohd Noor, Anwar Ibrahim, presiden kedua ABIM melihat dakwah sebagai ‘Nation of Reformity Society’ iaitu idea daripada Syed Qutb, salah seorang tokoh dalam Ikhwan Muslimin di Mesir. Anwar juga percaya ABIM perlu mempunyai kaedah sendiri dalam menerapkan unsur-unsur dakwah di kalangan masyarakat Islam di Malaysia (2007:89-93). Dakwah di dalam ABIM juga perlu berdasarkan fundamental tertentu dalam acuan untuk revolusi radikal di dalam pendekatan dakwah menurut Anwar. Walaubagaimanapun, semasa pimpinan Anwar, ABIM dilihat lebih bersifat kepada perjuangan nasionalisma Melayu tetapi dengan golongan belia yang ingin kepada Islam. Hal ini kerana mereka menganggap pendekatan UMNO sebagai sekular dan tidak Islamik (Zulkifly Abdul Malik 2011:22). Siddiq Fadzil kemudian menggantikan Anwar sebagai presiden ABIM. Beliau menganggap bahawa konsep fundamentalism realistik oleh Rashid Gannashi dari Tunisia sebagai konsep yang paling realistik. Idea lain yang dibawa Siddiq Fadzil adalah konsep du’at la’ quda’ (pendakwah bukan hakim), Wasatiyyah al-Islam(Islam yang lebih moderate dan liberal menurut konsep Islam moden), dan konsep Manhaj Malayzi(keperluan dakwah cara Malaysia tersendiri). Beliau juga menekankan transformasi dakwah dari radikal kepada lebih moderate (Badlisham Mohd Noor 2007:94-97). Menurut Zulkifly pula, ideologi ABIM adalah konsep Tajdid dan Islah serta menekankan kepada dakwah dan tarbiyyah. Pemimpin ABIM pula banyak dipengaruhu oleh pemimpin Ikhwan Muslimin seperti Hasan al-Bana, Sayid Qutb dan Yusuf Al-Qaradawi (2011:45). Jaringan sosial ABIM bukan sahaja terhad kepada Timur Tengah sahaja, tetapi mempunyai jaringan dengan gerakan sosial di Negara Indonesia.

ABIM mempunyai hubungan baik dengan kepempinan Parti Masyumi di Indonesia. Presiden ABIM, Anwar sendiri amat mengkagumi

Page 11: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 98

tokoh seperti Muhammad Natsir atau lebih dikenali sebagai Pak Natsir. Di Indonesia juga terdapat mentor kepada pemimpin-pemimpin ABIM seperti Pak Hamka dan Ir. Imadudin Abdul Rahim. Tafsir Hamka digunakan sebagai bahan usrah ABIM. ABIM juga mempunyai jaringan dengan Dewan dakwah Islamiyyah Indonesia (DDII) dan Himpunan Mahasiswa Islam(HMI) Indonesia. (Mashitah Sulaiman & Mohammad Redzuan Othman 2015:211). Jaringan sosial ini membantu ABIM untuk bergerak dengan lebih dinamik supaya dapat memberi sumbangan kepada perkembangan Islam di Malaysia. Sumbangan ABIM kepada masyarakat Islam khususnya dalam aspek intelektual boleh dilihat melalui penubuhan institusi-institusi pendidikan ABIM. Jaringan ini dapat dilihat sebagai pengaruh besar kepada intelektual gerakan sosial ABIM.

Dari sudut pendidikan, ABIM menekankan mengenai kepentingan kombinasi ilmu sekular dan ilmu Islam menerusi reformasi sistem pendidikan agama sekitar tahun 1970an. Menurut Badlisham Mohd Nasir, pendidkan Islam menurut ABIM dengan memasukkan aktiviti seperti usrah, tamrin, dan qiamulail bagi melahirkan seorang pelajar mapan dari sudut pendidikan moden dan agama. Institusi ABIM adalah dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi dengan mewujudkan taski, Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Islam, Institut Pengajian ilmu-ilmu Islam dan Institut perguruan ABIM. Tambah Badlisham lagi, ABIM adalah perintis kepada sistem dan institusi Islam pendidikan moden dari gerakan Islam. Paling terbaru, pada tahun 2002, ABIM telah berjaya menubuhkan sebuah kolej Islam iaitu Kolej Darul Hikmah dan menerbitkan jurnal Jawhar. Di luar ABIM pula, beberapa ahli ABIM secara tidak langsung terlibat dalam proses Islamisasi pendidikan di Malaysia. Nama seperti Idris Jauzy, Muhammad Nor Manutty dan Wan Mohd Nor terlibat dalam ‘Reformasi Pendidikan di Malaysia’ berikutan Anwar Ibrahim dilantik sebagai menteri pendidikan pada waktu itu(2010:6). ABIM tidak hanya memfokuskan kepada aspek intelektual dan pendidikan semata-mata.

Aspek-aspek lain turut diperjuangkan oleh ABIM adalah skop Syariah dalam aspek undang-undang jenayah, perniagaan, aspek kehidupan sosial, dan politik. ABIM antara yang lantang menyokong Islam dan demokrasi. Salah satu peristiwa penting dalam ABIM adalah kemasukan bekas presiden ABIM, Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menyebabkan banyak ahli dan pimpinan ABIM turut menyertai UMNO dan yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menyertai parti PAS(Syed Muhd Khairudin Aljunied 2016:134-137). Seperti yang diketahui, ABIM sebelum ini lantang menentang ideologi parti UMNO. Perpecahan yang berlaku ini menyebabkan ABIM berpecah kepada kumpulan pro PAS dan pro UMNO. Malah, ABIM juga dilihat semakin kurang pengaruhnya berbanding dengan waktu kemuncak ABIM. Walaubagaimanapun, bekas pemimpin dan ahli ABIM yang menyertai parti politik terus memperjuangkan ideologi cita-cita Islam melalui parti politik terutamanya UMNO dan PAS. Satu gerakan sosial lain yang mempunyai banyak persamaan dengan ABIM terutamanya dari sudut intelektual dan ideologi adalah Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Page 12: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 99

Jika perbincangan mengenai ABIM sebelum ini berkait rapat dengan PKPIM, gerakan sosial JIM pula berkait rapat dengan intelektual pertubuhan Islamic Representative council(IRC). Seperti PKPIM, IRC juga terbentuk melalui kumpulan belia yang ingin kembali kepada Islam. Perbezaan kedua-dua kumpulan ini hanyalah latar belakang pendidikan mereka. PKPIM yang dibincangkan sebelum ini terdiri dari kumpulan belia yang terdiri daripada pelajar pendidkan tinggi tempatan berbeza dengan IRC yang majoriti dipelopori oleh belia yang mendapat pendidikan di Negara barat. seperti ABIM, pertubuhan sosial JIM banyak terpengaruh dengan intelektual gerakan Islam dari luar. Menurut Mazlee Malik, JIM dipengaruhi dengan ideologi-ideologi gerakan Islam seperti Muslim Brotherhood atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Muslimin di Mesir dan Iraq, Jamaat Islami di Pakistan, dan gerakan Nursi dari Turki. Malah, struktur organisasi mereka juga turut dipengaruhi dengan kumpulan-kumpulan yang disebutkan. Tambah Mazlee Malik, kumpulan JIM menggunakan konsep Jamaah, dengan Quran dan Sunnah sebagai panduan utama. JIM percaya bahawa dakwah dan Islah perlu dikembangkan lebih dari pengajaran agama yang lebih bersifat konvensional bagi tujuan kemanusiaan, kebebasan, dan kehidupan sosial yang lebih baik(2014:149-151). JIM juga menonjolkan imej tarbiyyah dan Islah.

Nama Jemaah Islah Malaysia sendiri telah menonjolkan imej mereka dengan menggunakan terma ‘Jemaah’ dan ‘Islah’. Dari sudut sumbangan terutamanya melalui aspek intelektual, seperti ABIM, JIM juga mempunyai institusi pendidikan yang ditubukan sendiri. Menurut Badlisham Mohd Nasir, di peringkat rendah, JIM telah menubuhkan Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin. JIM juga telah berjaya menubuhkan sebuah kolej iaitu kolej Jaipetra. Selain mempunyai kolej sendiri, JIM juga telah menubuhkan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA) untuk golongan mahasiswa. JIM juga telah menubuhkan Institut rawatan sosial iaitu, Raudhatul Sakinah pada tahun 1998(2010:7). Oleh disebabkan JIM dilihat mempunyai banyak persamaan dengan ABIM, pertubuhan JIM dilihat kurang menonjol berbanding ABIM kerana kedua-dua NGO ini aktif dalam garis masa yang lebih kurang sama. JIM dan ABIM juga banyak menggunakan bahan usrah yang sama dan kedua-dua NGO ini dipengaruhi dengan ideologi reformis atau Islah. Selain JIM dan ABIM, terdapat juga parti politik yang mempunyai unsur-unsur reformis pada masa itu, iaitu Parti Islam Se-Malaysia(PAS).

Berbeza dengan gerakan sosial ABIM dan JIM yang merupakan pertubuhan sosial, PAS merupakan parti politik yang lebih dinamik mengikut persekitaran sosial. Pendekatan parti PAS berubah mengikut mengikut masa dan situasi sosial. PAS juga tidak ketinggalan dalam gerakan kebangkitan Islam di Malaysia. Ideologi dan intelektual ahli-ahli PAS pada waktu itu juga tidak hanya terhad kepada pemikiran reformis, tetapi turut mengandungi unsur-unsur tradisional. Menurut Chandra Muzaffar, PAS di dalam fenomena kebangkitan semula Islam di Malaysia dilihat lebih kompleks berbanding dengan gerakan-gerakan sosial yang lain. Kebanyakan ahli yang menyertai semasa waktu tersebut terdiri

Page 13: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 100

daripada golongan kelas menengah yang terpelajar, kelas menengah yang mendapat pendidikan dari Timur Tengah, dan kelas pekerja Melayu (1988:51). Parti PAS mengandungi campuran ahli-ahli yang berideologi konservatif, moderate, dan liberal. PAS sepanjang penglibatanya didominasi oleh golongan Ulama’ konservatif dan kumpulan yang memperjuangkan agama bangsa yang kearah nasionalis. Manakala kumpulan progresif di dalam PAS pula dirujuk sebagai ‘Edroginists’(Lily Zubaidah Rahim 2011:14). Untuk memahami lanjut mengenai ideologi PAS, perlu dilihat pemimpin PAS dan objektifnya terutamanya selepas merdeka sehingga ke zaman kebangkitan Islam di Malaysia.

Menurut Amini Amir Abdullah, presiden kedua PAS, Burhanuddin Helmi adalah salah seorang pengasas parti Hizbul Muslimin. Burhanuddin juga dikatakan sebagai penyokong ideologi kaum muda meskipun beliau sendiri aktif dalam politik(2011:22). Selepas era Burhanuddin Helmi, beliau telah digantikan oleh Mohamad Asri Muda. Ketika waktu ini, PAS berkonflik mengenai ideologi antara ideologi nasionalisma Melayu yang dibawa oleh Asri sendiri dengan ideologi Ikhwan Muslimin. Selepas presiden PAS Asri meletak jawatan sebagai presiden PAS, Yusof Rawa mengambil tempat sebagai Presiden Pas dan PAS lebih cenderung kepada pengaruh dan ideologi Ikhwan Muslimin(Zulkifly Abdul Malek. 2011:25). PAS dilihat lebih kompleks berbanding gerakan sosial lain terutamanya dalam menentukan ideologi di dalam parti tersebut. Perkembangan intelektual PAS juga dilihat lebih dinamik dan berbagai berbanding gerakan sosial yang lain.

Menurut Muller, di dalam PAS, ahli-ahlinya terdiri dari mereka yang anti kolonial yang memperjuangkan nasionalisma Melayu, reformis Islam, dan terdapat juga ahli yang mempunyai unsur-unsur sosialis di dalam parti PAS. PAS berubah dari ideologi nasionalisma Melayu setelah kemasukan kumpulan reformis di dalam parti PAS atau digelar sebagai ‘Young Turks’ yang kebanyakanya mendapat pendidikan di Mesir, Arab Saudi, atau India dan mempunyai jaringan dengan kumpulan-kumpulan reformis terutamanya Ikhwan Muslimin dan pengaruh revolusi Iran pada tahun 1979. Selepas zaman Asri, munculnya pemimpin-pemimpin baru dan Ulama’ yang lebih bersifat dan berfikiran reformis seperti Yusof Rawa, Fadzil Noor, Abdul Hadi Awang, dan Nik Abdul Aziz Nik Mat(2013:265). PAS juga dipengaruhi dengan gerakan revolusi di Iran.

Menurut Chandra Muzaffar, revolusi Iran telah memberi erti yang besar kepada peserta kebangkitan Islam. Bagi PAS pula, revolusi Iran telah membuktikan bahawa Negara Islam boleh ditubuhkan di zaman moden dengan mempunyai identiti sendiri. Tambah Chandra lagi, antara perkara yang menarik minat PAS adalah dominasi Khomeini, iaitu seorang elit agama atau Ulama’ yang mengetuai pentadbiran Negara. Hal ini disebabkan PAS menganggap bahawa pengetahuan teologi konvensional sebagai syarat yang perlu ada sebagai pemimpin Islam. Selain itu juga, PAS juga menyanjung cara Iran yang mempertahankan Negara mereka dari dimanipulasi oleh kuasa-kuasa barat(1988:43-44). PAS bukan sahaja

Page 14: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 101

mempunyai jaringan langsung dengan gerakan Islam luar, tetapi turut mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan Islam di Malaysia.

PAS pernah bekerjasama dengan gerakan Islam Darul Arqam oleh sebab tujuan dan matlamat yang sama, iaitu cita-cita Negara Islam. Walaubagaimanapun, hubungan PAS bersama Arqam tidak bertahan lama apabila berlaku konflik antara PAS dan Arqam. Selepas konflik dengan Arqam, PAS telah beralih dengan mengadakan kerjasama dengan gerakan Islam ABIM dan JIM. Kerjasama dengan JIM dan ABIM terutamanya merupakan antara satu sebab kemasukan unsur-unsur reformis di dalam PAS dan telah mewujudkan pula konflik kepimpinan antara ‘old-guard nationalist’ yang diketuai oleh Asri Muda dan ‘Young Turks’ yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, kemasukan Anwar ke dalam UMNO telah menyebabkan berakhirnya kerjasama di antara PAS dan ABIM (Fauzi Hamid 2007:455). Dari aspek sumbangan intelektual pula, PAS juga berjaya menubuhkan institusi pendidkan sendiri dari peringkat rendah hingga peringkat pengajian tertinggi.

PAS terlibat dalam pemodenan istilah pendidikan agama berikutan penghijrahan beramai-ramai ahli ABIM ke dalam PAS. Menurut Badlisham, pada tahun 1980, PAS telah merubah struktur kepada kepimpinan Ulama’ dengan memfokuskan kepada pendidikan dan tarbiyyah. Walaupun PAS terlibat dalam pemodenan pendidikan Islam, PAS masih meneruskan sistem pengajian sekolah pondok. Institusi-institusi pendidikan moden juga didirikan oleh PAS dengan menekankan nilai-nilai Islam antaranya PASTI untuk pra sekolah dan institusi pendidikan rendah seperti Sekolah Darul Ulum dan Sekolah Agama Rakyat. Bagi peringkat pengajian tinggi pula, PAS telah menubuhkan Yayasan Islam Kelantan dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhmamad(2010:8). Gerakan Islam yang masih mengekalkan unsur-unsur tradisional seperti PAS adalah gerakan Islam Darul Arqam.

Ringkas mengenai Al-Arqam ditubuhkan pada tahun 1968 di Kampung Datuk Keramat. Organisasi Arqam memfokuskan kegiatan dakwah, persekolahan, pertanian, perubatan, penerbitan, dan ekonomi(Bahagian hal ehwal Islam JPM 1991:2-3). Al-Arqam pada awal kemunculanya pernah bernaung di bawah ABIM dan Ustaz Ashaari sendiri pernah memegang jawatan sebagai ketua dakwah ABIM Wilayah Persekutuan. Walaubagaimanapun, kerjasama ini tidak lama apabila Arqam kecewa dengan corak perjuangan ABIM. Menurut Rahman Abdullah, beberapa krisis telah berlaku dalam Arqam. Pada tahun 1978, beberapa tokoh pengasas bertindak keluar dari Arqam kerana mendakwa kesalahan amalan tarekat oleh Ustaz Ashaari. Walaubagaimanapun Arqam kembali kuat apabila beberapa tokoh lepasan Azhar menyertai Arqam. Malah, Arqam juga disertai oleh ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang dan mendapat pendidikan tinggi membolehkan Arqam aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan, ekonomi dan pertanian. Konflik yang kedua berlaku pada Jun 1986 apabila Ashaari didakwa mengamalkan tarekat yang berunsur ajaran sesat (1987:205-

Page 15: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 102

207). Dari aspek kepimpinan pula, ahli-ahli Arqam perlu taat kepada pemimpin.

Menurut Syukri Salleh, ahli-ahli Arqam perlu taat kepada pemimpin kerana mereka terikat dengan amalan tarekat Muhammadiyyah. Struktur organisasi sebegini menjadikan Arqam sebagai sebuah kumpulan sosial yang menjadikan pemimpin dan ahli-ahlinya mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan pemimpin Arqam. Walaubagaimanapun, Arqam akhirnya diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994 kerana kerajaan beranggapan Arqam adalah sebuah gerakan ajaran sesat dan cabaran Ustaz Ashaari kepada Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad(2016:35). Arqam mempunyai cita-cita untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang disebut sebagai Daulah Islamiah. Malah, Arqam dilihat sebagai suatu organisasi yang mempunyai struktur yang baik. Abdul Rahman menyatakan bahawa organisasi Arqam sebagai sebuah kerajaan kecil(1987:207). Arqam adalah sebuah gerakan yang bersifat Islam tradisional. Ini kerana Arqam masih mengekalkan cara hidup Islam tradisional.

Walaupun Arqam merupakan suatu gerakan yang bersifat tradisional atau konvensional, Arqam juga bersifat progresif tetapi masih di dalam kerangka Islam tradisional. Malah menurut Fauzi Hamid, pemimpin Al-Arqam, Ustaz Ashaari adalah seorang pemikir sufi kontemporari. Ustaz Ashaari sendiri juga telah melakukan kebangkitan Islam melalui Arqam dengan melakukan pembaharuan yang masih bersifat konvensional (2014:13). Antara sifat progresif yang terdapat dalam Arqam adalah dengan tidak hanya memfokuskan agama sahaja, tetapi turut mengambil berat tentang hal ehwal dunia. Arqam menyeru ahlinya supaya mereka perlu memenuhi tuntutan fardhu Ain dan fardhu Kifayah (Badlisham Mohd Nasir 2010). Oleh yang demikian, Arqam berjaya menerokai pelbagai bidang seperti ekonomi, media, pendidikan, dan pertanian. Seperti gerakan sosial ABIM, JIM, dan PAS, Al-Arqam juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan konsep dan institusi pendidikan sendiri. Walaubagaimanapun, hal ini terhenti apabila Arqam diharamkan pada tahun 1994. Walaubagaimanapun, perkembangan intelektual yang ditonjolkan oleh Arqam bukan semata-mata melalui institusi pendidikan sahaja, tetapi juga melalui media Arqam.

Arqam mempunyai struktur organisasi yang baik dan mempunyai jabatan Penerangan Darul Arqam di mana pelbagai media cetak seperti buku, akhbar dan majalah telah diterbitkan telah menjadi salah satu fokus perkembangan intelektual utama di dalam gerakan Arqam. Menurut Rossfa Hashim, Arqam telah menerbitkan pelbagai bahan bacaan yang khusus kepada kelompok masyarakat seperti bahan bacaan fokus dakwah kepada kaum wanita, remaja, politik, pelajar dan kanak-kanak. Tambahan lagi, Arqam mempunyai tenaga-tenaga kerja yang berpengalaman dalam menghasilkan bahan-bahan bacaan termasuk sasterawan Shanon Ahmad(2008:36-38). Hal ini menunjukkan bagaimana gerakan Al-Arqam menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada ahli-ahli mereka. Selain fokus kepada bahan bacaan, Al-Arqam juga telah mewujudkan

Page 16: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 103

irama nasyid yang tidak menggunakan alat muzik yang bertali dan hanya membenarkan peserta nasyid dari kalangan orang lelaki sahaja. Antara kumpulan nasyid yang berkembang dari organisasi Al-Arqam adalah kumpulan Nada Murni dan The Zikr(Mashitah Sulaiman&Redzuan Othman 2015:216). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa Darul Arqam adalah satu gerakan Islam di Malaysia yang kuat berpegang kepada unsur-unsur tradisional terutamanya dari aspek ideologi dan nilai-nilai Islam tradisional. Selain Al-Arqam, satu lagi gerakan Islam yang turut mempunyai persamaan dari segi perinsip dan nilai tradisional adalah Jamaat Tabligh(JT).

Jamaat Tabligh adalah sebuah pertubuhan dakwah Islam yang telah ditubuhkan sejak tahun 1950an lagi di India. Dari sudut organisasi pula, Jamaat Tabligh adalah sebuah organisasi yang tidak formal, selain mempunyai struktur yang longgar. Pada awalnya, aktiviti dan kegiatan Jamaat Tabligh hanya dilakukan semasa waktu lapang sahaja(Chandra Muzaffar 1988:53). Gerakan Jamaat Tabligh ini adalah sebuah gerakan Islam yang berideologi tradisionalis konservatif. Malah, peranan pengajian pondok juga menjadi salah satu aspek yang penting di dalam gerakan Jamaat Tabligh(Badlisham Mohd Nasir 2010). Berbeza dengan gerakan-gerakan sosial yang dibincangkan sebelum ini, Jamaat Tabligh pula sebuah gerakan yang bermula dari Nizamuddin India, tetapi berkembang pesat juga di Malaysia.

Menurut Diana Wong dan Arfan Aziz, Malaysia telah menjadi markaz utama gerakan Jamaat Tabligh bagi Asia pasifik. Gerakan Tabligh mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Muslim Malaysia apabila penggerak ditokohi oleh ahli intelek Tabligh iaitu Profesor Abdul Rahman dan Profesor Abdul Majed Basheh yang berkunjung ke Universiti Malaya. Sebab utama masyarakat menolak gerakan Tabilgh pada peringkat awal adalah kerana bimbang Jamaat Tabligh mempunyai unsur-unsur agama baru seperti Syiah dan Qadiani(2013:192-194). Bagi mengembangkan pengaruh Jamaat Tabligh di Malaysia, pemimpin Tabligh berjumpa dengan pemimpin Arqam, Ustaz Ashaari dan Ustaz Ashaari sendiri pernah mengikuti aktiviti gerakan Tabligh. Tambah Diana dan Arfan, pada tahun 1975, Jamaat Tabligh semakin berkembang dengan penyertaan Ulama’ dalam kegiatan Tabligh. Jamaat Tabligh memasuki dunia Melayu Muslim melalui kalangan akademik dan kelas menengah. Walaupun gerakan Tabligh tidak dapat menyaingi gerakan ABIM pada ketika itu, gerakan Tabligh terus bertahan semasa kejatuhan gerakan lain seperti ABIM, Arqam, dan JIM. Konflik Jamaat Tabligh dengan PAS pula dilihat lebih kepada konflik Islam kontemporari antara kumpulan Sufi dan Salafi(2013:213). Gerakan yang amat hebat yang berlaku juga menyebabkan pihak kerajaan juga memberi reaksi terhadap kesedaran kebangkitan Islam di Malaysia.

Keinginan masyarakat pada waktu itu untuk kembali kepada Islam menyebabkan kerajaan sendiri perlu melakukan sesuatu supaya kerajaan dapat dilihat lebih Islamik berbanding sebelum ini yang dilihat sebagai sekular. Antara pemimpin di dalam kerajaan yang mula menerima konsep

Page 17: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 104

yang lebih Islamik di dalam kerajaan adalah Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Fauzi Hamid, apabila ABIM mengemukakan memorandum pendidikan hasil dari pertemuan dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk menyemak kembali dasar pendidikan Negara terutama dalam mengukuhkan aspek-aspek Islam, Dr. Mahathir menerima baik memorandum tersebut(2007:458). Usaha kearah menjadikan kerajaan dilihat lebih Islamik diteruskan oleh Dr. Mahathir Mohamad selepas beliau dipilih menerajui kerajaan pada tahun 1981.

Dr. Mahathir Mohamad mempunyai pemikiran tersendiri dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. Antara pemikiran Dr. Mahathir adalah beliau menganggap bahawa pegangan Islam yang Ortodox dan ekstrimis yang akan menjadi penghalang kepada kemajuan dan modenisasi. Dr. Mahathir juga tidak melihat beliau sendiri sebagai seorang ahli agama, tetapi Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau adalah seorang Pemimpin Muslim yang mahu memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu Muslim yang dilihat sebagai gagal di bumi sendiri(Muhamad Amin 2011:44). Dr. Mahathir juga menjelaskan bahawa supaya membezakan antara ‘ekstrimism’ dan ‘fundamentalism’. Semasa dalam pentadbiran pada era ini, Dr. Mahathir banyak menyokong dasar-dasar intelektual berkaitan dengan pembangunan Islam serta melakukan dasar-dasar luar yang pro-Islam. Antara sumbangan kerajaan dalam memertabatkan Islam pada era tersebut adalah dengan penubuhan pelbagai institusi-institusi yang lebih Islamik seperti penubuhan Yayasan Ekonomi Islam Malaysia, Tabung Haji, pengenalan sistem dinar emas, menaik taraf pusat-pusat Islam, penubuhan Yayasan Dakwah Islam Malaysia(YADIM), dan penubuhan Institusi Kefahaman Islam Malaysia(IKIM)(Mashitah Sulaiman 2013:792). Ini adalah diantara usaha kerajaan dalam memberi reaksi kepada kesedaran kebangkitan Islam di Malaysia. Antara sumbangan penting kerajaan juga adalah dengan mewajibkan matapelajaran Pendidikan Islam di Sekolah. UMNO juga yang mengetuai kerajaan juga tampil dengan lebih Islamik.

Reaksi yang berlaku kepada kerajaan turut memberi kesan intelektual kepada parti UMNO untuk tampil dengan imej yang lebih Islamik. Malah, kemasukan bekas presiden ABIM, Anwar Ibrahim dan bekas ahli-ahli ABIM yang lain ke dalam UMNO telah membantu UMNO dan kerajaan dilihat lebih Islamik dengan pengenalan masyarakat Madani. Hal ini membantu pihak kerajaan dalam menangkis persepsi bahawa kerajaan Malaysia bersifat sekular. 6. Analisis Kritikal Perkembangan Intelektual Muslim Pasca Merdeka (1960an-1990an) Perkembangan terhadap intelektual dan nilai-nilai Islam di dalam sistem sosial yang berlaku adalah hasil daripada tekanan daripada masyarakat sivil yang menginginkan kepada prinsip dan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian, hasil dari tekanan masyarakat sivil ini telah memulakan era kebangkitan Islam di Malaysia pada sekitar era 1960an. Gerakan-gerakan sosial seperti ABIM, JIM, PAS,

Page 18: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 105

Arqam dan Jamaat Tabligh muncul pada era ini dalam memperjuangkan ideologi dan prinsip-prinsip yang lebih bersifat Islamik. Era kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia juga bukan oleh faktor dalaman sahaja tetapi turut dipengaruhi oleh faktor luaran.

Pengaruh Kebangkitan Islam Gerakan kebangkitan Islam di Malaysia juga dipengaruhi oleh gerakan

kebangkitan dari negara luar terutamanya gerakan Ikhwan Muslimin dari

Mesir, gerakan Jamaat Islami dari Pakistan dan kemudianya revolusi Iran

pada tahun 1979. Malah, perkembangan intelektual turut berlaku pada era

tersebut di mana orang Melayu pada ketika itu banyak melanjutkan

pelajaran pada peringkat tertinggi sama ada di universiti-universiti

tempatan atau pun antarabangsa. Perkembangan intelektual ini telah

mewujudkan satu jaringan sosial di antara gerakan kebangkitan Islam di

Malaysia dan di luar negara terutamnya dari timur tengah.

Perkembangan Islam Di Malaysia Keinginan masyarakat Melayu kepada kehidupan yang lebih Islamik telah menyebabkan kerajaan telah menerapkan lebih banyak unsur-unsur Islam di dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Selain dari menubuhkan institusi-institusi yang bersifat Islamik seperti Tabung Haji, Bank Islam, dan Universiti Islam, kerajaan juga telah menubuhkan pertubuhan-pertubuhan Islam seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Antara Tokoh utama yang terlibat di dalam pengukuhan aspek dan nilai Islam di dalam kerajaan pada era 1960an sehingga tahun 1990an adalah Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang kemudianya masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tahun 1990an ini telah menjadi puncak kebangkitan Islam di Malaysia setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. 7. Penutup Sebagai kesimpulan, era 1970an hinggan 1990an melihat perkembangan Islam di Malaysia telah mencapai kemuncaknya. Perkembangan kebangkitan Islam adalah disebabkan oleh tekanan masyarakat sivil yang ingin kepada Islam. Tekanan ini meyebabkan tumbuh gerakan-gerakan sosial yang berjuang untung untuk berdakwah, tarbiyyah, perjuangan nilai-nilai Islam, dan politik Islam. Gerakan-gerakan sosial yang dominan pada era tersebut adalah ABIM, JIM, Darul Arqam, PAS, dan Tabligh. Malah, gerakan-gerakan ini menyebabkan pihak kerajaan telah memberi reaksi terhadap situasi sosial yang berlaku dengan melakukan polisi-polisi yang pro-Islam, mewujudkan dan mengukuhkan institusi-institusi berkaitan Islam dan menerapkan unsur-unsur Islamik dalam pentadbiran kerajaan. Hal ini menjadikan unsur-unsur intelektual Islam semakin diperkasakan terutamanya melalui institusi pendidikan dan ekonomi dengan tertubuhnya Universiti Islam pertama di Malaysia iaitu Universiti

Page 19: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 106

Islam Antarabangsa (UIA) dan Bank Islam sebagai bank Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia.

Menarik juga untuk dibincangkan mengenai teori William R Roff yang dilihat terus relevan semasa era kebangkitan Islam meskipun dalam bentuk yang berbeza. Berlaku juga satu dinamika apabila kelas menengah pada era 70an hingga 90an juga turut menyertai kumpulan-kumpulan yang beraliran tradisionalis. Ini adalah satu perkara yang berbeza di mana golongan melayu intelektual pada era ini lebih mudah menerima pendekatan yang dibawa oleh kumpulan tradisionalis berbanding era kaum tua. Hal ini akibat kaum tua dilihat sebagai satu kumpulan yang eksklusif. Kemunculan gerakan-gerakan tradisional baharu seperti Arqam dan Jamaat Tabligh dilihat lebih inklusif dan dapat menarik ahli-ahli baru terutamanya dari kelas melayu menengah yang mendapat pendidikan tinggi. Dari sudut konflik antara kumpulan reformis dan tradisionalis pula, konflik antara dua kumpulan ini masih berlaku tetapi hanya dalam skala yang lebih kecil dan wujudnya persefahaman antara kedua-dua kumpulan ini. Bibiliografi

Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran. Jakarta: Gema Insani Press.

Abdul Rahman Abdullah. 1989. Gerakan Islah di Perlis: sejarah dan pemikiran. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Abdullah. 2010. Sejarah ikhtilaf mazhab di Malaysia: suatu kajian tentang perkembangan pemikiran tajdid dan islah. Shah Alam: Karisma Publications.

Abdul Rahman Abdullah. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ab Razak Bin Mohd Khairan. 2004. The influence of Islam in the military: comparative study of Malaysia, Indonesia and Pakistan. Tesis M.A, Security Studies, Naval Postgraduate School, Montery, California.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2015. The challenge of religious pluralism in Malaysia with special reference to the sufi thought of Ustaz Ashaari Muhammad. Comparative Islamic Studies 9(1): 9-40.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2007. Patterns of state interaction with Islamic movements in Malaysia during the formative years of Islamic resurgence. Southeast Asian Studies 44(4): 444-465.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid & Muhammad Takiyuddin Ismail. 2014. Islamists conservatism and the demise of Islam Hadhari in Malaysia. Islam and Christian-Muslim Relation 25(2): 159-180.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid & Che Hamdan Che Mohd Razali. 2015. The changing face of political Islam in Malaysia in the era of Najib Razak, 2009-2013. Journal of Social Isuues in Southeast Asia 30(2): 301-337.

Page 20: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 107

Ahmad Fauzi Abdul Hamid & Che Hamdan Mohd Razali. 2016. Middle eastern influences on Islamists organizations in Malaysia.: the cases of ISMA, IRF, and HTM. Trends in Southeast Asia 2: 1-28.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2009. The new Challenges of political Islam in Malayisa. Asia Research Centre Conferences on Governance and Security Challenges in the Asia-Pacific. Perth, 12-13 Febuari.

Azyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hamin Hamjah. 2014. Peranan NGO Islam dalam mereliasasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia. Jurnal Hadhari 6(1): 1-12.

Amini Amir Abdullah. 2011. Intellectual interaction and Malaysia dakwah activism. Al-Mawaqif 6:19-32.

Badlisham Mohd Noor. 2007. Da’wah in pronouncements of the ABIM leaders (1975-1990s). Jurnal Usuluddin 26(6): 85-104.

Badlisham Mohd Nasir. 2010. Pendidikan dalam gerakan Islam di Malaysia: satu tinjauan. Journal of Islam and Arabic Education 2(1): 1-12.

Badrul Azmier Mohamed@Bakar, Mujibu Abd Muis & Zaliha Hj Hussin. 2010. Sejauh mana peranan agama dalam politik Malaysia. Political Managements and Policies in Malaysia. Universiti Utara Malaysia, Sintok: hlm. 393-409.

Chandra Muzaffar. 1987. Islamic Resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Chandra Muzaffar. 1988. Kebangkitan Semula Islam di Malaysia. Terj. Adibah Amin. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Che Noraini Hashim & Hassan Langgulung. 2008. Islamic religious curriculum in muslim countries: the experiences of Indonesia and Malaysia. Bulletin of Education and Research 30(1): 1-19.

Diana Wong & Arfan Aziz. 2013. Kehadiran jamaah tabligh di Malaysia dan memoir seorang karkun tabligh. Kontekstualita 28(2): 191-225.

Hailan Bin Salaman & Asyraf Bin Ab. Rahman. 2015. Pertimbangan ketuhanan dalam kepimpinan politik Rabbani masyarakat Melayu. International Conference on Empowering Islamic Civilization in 21st Century. UNISZA, 6-7 September.

H. Dadang Kahmad. 1999. Metode Penelitian Agama: Perspektif Ilmu Perbandingan Agama: Bandung: Gunung Djati Press.

Hew Wai Weng. 2016. Will Malaysia’s new Islamists party reshape the political landscape? ISEAS Perspective 35: 1-6. https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/ISEAS_Perspective_2016_53.pdf [10 November 2016].

Jabatan Perdana Menteri. 1991. Penjelasan Terhadap Buku Ahmad Muhamadiah Pegangan Darul Arqam. Cetak ulang. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Jaffary Awang & Kamarudin Salleh. 2007. Pemikiran Islam & isu-isu semasa. Bangi: FPI UKM.

Kamarudin Salleh. 2007. Modenisme Islam Malaysia-Indonesia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.

Page 21: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 108

Kamarudin Salleh. 2012. Tranformasi pembaharuan dan modenisme di Malaysia: satu penelitian awal. International Journal of Islamic Thought 2: 23-37.

Kana, M.P. 2004. Christian mission in Malaysia. Tesis M.phil, School of Theology, Faculty of Arts and Sciences, Australian Catholic University.

Kassim Ahmad. 1984. Teori Sosial Moden Islam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Kersten, C. 2009. Islam, cultural hybridity and cosmopolitanism: new muslims intellectuals on globalization. Journal of Global and International Studies 1(1):89-113.

Kikue Hamayotsu. Democracy and religious pluralism in Southeast Asia: Indonesia and Malaysia compared, key issues in religion and world affairs. https://www.bu.edu/cura/files/2015/10/Religious-Pluralism-and-Democracy-in-Southeast-Asia-Hamayotsu-093015.pdf [12 Disember 2016].

Ladage, F. 2012. A muslim-Malay modernity: on the interrelation of Islamization and economic development in Malaysia. Tesis M.A, Faculty of Modern South and Southeast Asia Studies, University of Berlin.

Lily Zubaidah Rahim. 2011. Towards a post-islamists secular democracy in the muslim world. Paper for Contemporary of Politics Research Workshop. Hlm. 1-18.

Mahyuddin Asha’ari Muhammad. 2004. Sejarah pendidikan ABIM. Jurnal Pendidikan Islam 10(4): 1-27.

Mandaville, P. 2007. How do religious beliefs affect politics. Global Political Islam, hlm. 97-122. Abingdon: Routledge.

Mashitah Sulaiman. 2013. Islam dan transformasi sosial masyarakat Melayu Malaysia: suatu kajian eksploratori. Proceeding of The International Conference on Social Science Research(ICSSR) hlm. 778-800.

Mashitah Sulaiman & Mohammad Redzuan Othman. 2015. Islamisasi dan kaitanya dengan hubungan serantau Malaysia-Indonesia. Jurnal Sejarah 22(1): 203-229.

Mazlee Malik. 2014. Islamic movement and human rights: pertubuhan Jemaah Islah Malaysia’s involvement in the “abolish internal security act movement”, 2000-2012. Intelectual discourse 22(2): 139-165.

Mazlee Malik & Hamidah Mat. 2014. Pious approach to development: social capital and Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia(JIM). World Journal of Islamic History and Civilization 4(3): 107-118.

Mohamad Kamil Ab. Majid. 1996. Skop, sejarah, dan aliran pemikiran Islam. Jurnal Usuluddin 5(9): 111-136.

Mohamad Saleeh Rahamad. 2014. Oksidentalisme dalam sastera Melayu: sebelum merdeka hingga era Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Page 22: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 109

Mohamed Nawab Osman & Saleena Saleem. 2016. The impact of Islamic civil society organization on Malaysia Islam and politics. S.Rajaratnam School of International Studies 1-10. https://www.rsis.edu.sg/wp-content/uploads/2016/04/Malaysia-Update-April-2016_Copy_Finalised.pdf [10 November 2016].

Muhamad Amin bin Shaie. 2011. Pandangan Dr. Mahathir Mohammad tentang Islam. Tesis Sarjana Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Muhammad Syukri Salleh. 1999. Establishing an Islamic state: ideals and realities in the state of Kelantan, Malaysia. Southeast Asian Studies 37(2): 235-256.

Muhammad Syukri Salleh. 2016. A note on the politics of Islamic-based development strategy in Southeast Asia. International Refereed Research Journal VII(1): 33-38.

Muhammad Tahir. 2013. Tidak Islamiknya pembangunan di negara Islam. GJAT 3(1): 85-105.

Muller, D.M. 2013. Post-Islamism or pop-Islamism? Ethnographic observations of muslim youth politics in Malaysia. Paideuma 59: 261-284.

Roff, W.R. 1967. The origins of Malay nationalism. Kuala Lumpur. University of Malaya Press.

Roff, W.R. 1975. Nasionalisme Melayu. Terj. Ahmad Boestamam. Cetak ulang. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Roff, W.R.(pnys.). 1974. Kelantan religion, society and politics in a Malay state. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Roff, W.R. 2009. Studies on Islam and society in Southeast Asia. Singapore: NUS Press.

Roosfa Hashim. 2008. Majalah terbitan Al-Arqam dalam penerbitan majalah agama di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia 10(1): 33-46.

Shiozaki Yuki. 2007. Formation of public spheres and Islamists movements in Malay muslim society of Malaysia. Journal of the Interdisciplinary Study of Monotheistic Religions (3): 98-122.

Sudarno Shobron. 2014. Model dakwah Hizbur Tahrir Malaysia. Jurnal Studi Islam 15(1): 44-62.

Syarul Azman Shaharuddin & Marlon Pontino Guleng@Muhammad Yusuf Marlon Abdullah. 2014. Keberkesanan metodologi dakwah Jemaah Tabligh di masjid Jame’ Bandar Baru, Sri Petaling. Proceeding of The International Conference on Masjid, Zakat and Waqf: Kuala Lumpur, 1-2 Disember.

Syed Muhd Khairudin Aljuneid. 2016. Demarganalizing the Sharia: muslim activistsand legal reforms in Malaysia. www.plutojournals.com/reorient [21 Disember 2016].

Tarbiatuna. 2013. Bergerak ke hadapan memperkasa IKRAM. Zulkifly Abdul Malek. 2011. From Cairo to Kuala Lumpur: the influences of

the Egyptian muslim brotherhood on the Muslim Youth Movement

Page 23: ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 110

of Malaysia(ABIM). Tesis M.A, Faculty of the Graduate School of Arts and Sciences, Georgetown University.