kontrak sosial dalam perlembagaan persekutuan

9
Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan Dalam perkara yang menyentuh status mana-mana kaum dalam Persekutuan Tanah Melayu, tuntutan-tuntutan yang dibuat untuk kepentingan kelompok masing-masing ada yang sama, ada yang berbeza, malahan ada yang berkonflik dan bercanggah. Contohnya dalam persoalan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu, orang-orang Melayu berpendirian bahawa ‘ Tanah Melayu untuk orang Melayu’, maka mereka bahawa menuntut syarat untuk menjadi rakyat Persekutuan perlulah diperketatkan untuk golongan bukan Melayu. UMNO dalam teraju pimpinan Dato’ Onn Jaafar, kemudian Tunku Abdul Rahman mengambil pendirian tersebut. Bagaimanapun terdapat tuntutan-tuntutan bahawa Tanah Melayu perlu menerima sesiapa sahaja kaum bukan Melayu yang bukan sahaja mahu terus tinggal menetap di sini, malahan menjadikannya objek kesetiaan mereka. Pendirian ini sudah tentu diambil oleh sebahagian besar golongan bukan Melayu seperti kaum Cina serta disokong secara dasarnya oleh pentadbiran British. Dalam hal ini, walaupun pendapat yang kedua lebih konsisten dengan cita-cita British dalam membina satu bangsa Malayan, namun pihaknya akur bahawa pendapat pertama tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana pendapat tersebut datang dari kelompok Melayu yang telah menunjukkan’amuk Melayu’ semasa berlakunya penentangan Malayan Union tidak berapa lama dahulu. Malahan sebahagian bekas pentadbir Britih di negeri-negeri Melayu sendiri sangat bersimpati dengan keadaan orang-orang Melayu seperti Frank Sweetenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan banyak lagi. Sweetenham sendiri pernah berkata : “ The Malays have their own outright position as native inheritors of their land”. Dalam kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden UMNO dan Presiden Parti Perikatan, beliau seringkali menghadapi masalah untuk mengseimbangkan antara tuntutan-tuntutan orang-orang Melayu dalam UMNO dengan tuntutan-tuntutan daripada kaum-kaum yang lain dalam parti-parti MCA dan MIC yang bersekutu dengan UMNO terutamanya dalam hal berikut; Pertama : Kedaulatan Raja-raja Melayu, Kedua : Hak dan Kedudukan Istimewa Ornag Melayu Dan Bumiputera Melayu sebagai penduduk pribumi Ketiga : Status Agama Islam

Upload: azmi-aminudin

Post on 12-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

KIsah kontrak sosial dalam perlembagaan persekutuan dan kepentingannya kepada masyarakat.

TRANSCRIPT

Page 1: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan      Dalam perkara yang menyentuh status mana-mana kaum dalam Persekutuan Tanah Melayu, tuntutan-tuntutan yang dibuat untuk kepentingan kelompok masing-masing ada yang sama, ada yang berbeza, malahan ada yang berkonflik dan bercanggah.

          Contohnya dalam persoalan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu, orang-orang Melayu berpendirian bahawa ‘ Tanah Melayu untuk orang Melayu’, maka mereka bahawa menuntut syarat untuk menjadi rakyat Persekutuan perlulah diperketatkan untuk golongan bukan Melayu. UMNO dalam teraju pimpinan Dato’ Onn Jaafar, kemudian Tunku Abdul Rahman mengambil pendirian tersebut.

          Bagaimanapun terdapat tuntutan-tuntutan bahawa Tanah Melayu perlu menerima sesiapa sahaja kaum bukan Melayu yang bukan sahaja mahu terus tinggal menetap di  sini, malahan menjadikannya objek kesetiaan mereka. Pendirian ini sudah tentu diambil oleh sebahagian besar golongan bukan Melayu seperti kaum Cina serta disokong secara dasarnya oleh pentadbiran British.

      Dalam hal ini, walaupun pendapat yang kedua lebih konsisten dengan cita-cita British dalam membina satu bangsa Malayan, namun  pihaknya akur bahawa pendapat pertama tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana pendapat tersebut datang dari kelompok Melayu yang telah menunjukkan’amuk Melayu’  semasa  berlakunya penentangan Malayan Union tidak berapa lama dahulu.

      Malahan sebahagian bekas pentadbir Britih di negeri-negeri Melayu sendiri sangat bersimpati dengan keadaan orang-orang Melayu seperti Frank Sweetenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard  dan banyak lagi. Sweetenham sendiri pernah berkata : “ The Malays have their own outright position as native inheritors of their land”.

          Dalam kedudukan Tunku Abdul Rahman  sebagai Presiden UMNO dan Presiden Parti Perikatan, beliau seringkali menghadapi masalah untuk mengseimbangkan antara  tuntutan-tuntutan  orang-orang Melayu dalam UMNO dengan tuntutan-tuntutan daripada kaum-kaum yang lain  dalam parti-parti MCA dan MIC yang bersekutu dengan UMNO terutamanya dalam hal  berikut;

Pertama :  Kedaulatan Raja-raja Melayu,

Kedua    :  Hak  dan Kedudukan Istimewa Ornag Melayu Dan Bumiputera                  Melayu sebagai penduduk pribumi 

Ketiga   :  Status Agama Islam

   Perkembangan tawar-menawar politik diantara kepimpinan pihak-pihak yang berkepentingan di bawah bimbingan kuasa Britih kemudiannya  terkandung beberapa hadiah percuma yang tidak ternilai harganya yang diberikan oleh kepimpinan atasan parti UMNO kepada kaum-kaum pendatang, diberikan daripada khazanah bangsa Melayu semata-mata. Hadiah-hadiah percuma yang dimaksudkan itu adalah dalam bentuk kerakyatan umum jus soli, sokongannya kepada wawasan pembentukan suatu bangsa Malayan, pembentukan sistem politik demokrasi sekular, toleransi orang-orang Melayu kepada jumlah kaum bukan Melayu yang ramai menjadi warganegara dengan perkongsian kuasa politik, toleransi kepada tuntutan kaum bukan Melayu untuk mengekalkan identiti asal, berbahasa dan berbudaya etnik ibunda. 

   Jikalau dengan hadiah-hadiah percuma ini kaum bukan Melayu, malahan kuasa British sendiri  masih terus membuat tuntutan-tuntutan- melampau seperti penghapusan Institusi Raja-raja Melayu (mendirikan negera republik seperti Indonesia), penghapusan hak

Page 2: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

istimewa orang-orang Melayu  dan kaum pribumi lain, serta penghapusan kepentingan Agama Islam (yang sebenarnya telahpun dikompromi secara separuh sedar), bukan sahaja akan memburukkan imej British dalam politik antarabangsa sebagai pejuang demokrasi tulen, malahan akan memburukkan hubungan antara kaum yang masih saling bersikap prejudis antara satu dengan yang lain. 

    Dengan pengorbanan orang-orang Melayu yang telah sanggup mengambil sejumlah harta dari khazanah bangsa dan memberikan kepada kaum pendatang dengan cuma-cuma  sahaja, maka sudah tentu mereka menuntut supaya mutiara-mutiara bangsa yang sakaral, yang telah dipelihara dengan rasa ‘cemburu’ selama beratus-ratus lamanya itu, yang masih sedia tersimpan baik dalam peti khazanah bangsa supaya jangan pula diambil. Perkara ini jelas terbukti dalam peristiwa protes Melayu secara besar-besaran pada tahun 1946  sehingga Malayan Union mati tak berkubur.

          Tuntutan-tuntutan kaum yang lantang dan bercanggah antara satu sama lain  sehingga berpotensi mengancam keharmonian tanah air telah menyebabkan pemimpin Parti Perikatan mengamalkan kesederhanaan, menghindar keinginan kepada dasar radikal serta membuat kompromi-kompromi politik.  

   Atas kesedaran inilah terbentuknya apa yang dipanggil KONTRAK SOSIAL[1] dalam rangka memberikan input kepada Suruhanjaya Reid ke arah penggubalan Persekutuan Tanah Melayu 1957, iaitu persefahaman yang wujud antara semua kaum yang hidup bersama-sama di bawah satu bumbung tanah air untuk berkompromi, bersikap tolak ansur, bertoleransi dan tidak membuat tuntutan-tuntutan melampau demi menjaga sensitiviti semua pihak.

    Dalam ertikata lain, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dimeterai oleh parti-parti UMNO, MCA dan MIC sebagai wakil kepada tiga komuniti terbesar di Tanah Melayu  iaitu Melayu, Cina dan India. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrif dan menentukan sifat negara Malaysia. 

     Kontrak sosial merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara yang merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui bersama antara kaum ini perlu dijadikan rujukan asas bagi segala usaha untuk menegakkan keadilan sosio-politik di negara ini. 

[1] Menurut ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke,  kontrak sosial  merujuk kepada kewujudan  negara sebagai suatu perjanjian diantara individu-individu bebas yang sama-sama  bersetuju untuk menyerahkan hak masing-masing dalam urusan memerintah diri sendiri kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.

Elemen-elemen Kotrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan         Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM[1]

          Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).

Page 3: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu[2].” 

        Beberapa peruntukan yang digubal dalam Perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian Hashim:

        “Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu[3].”

        Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

        Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan

        Apabila kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan[4].[

        Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan Persekutuan iaitu Parlimen[5].

Page 4: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

           Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[6] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja[7].

        Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah[8].

            Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

 Hak Keistimewaan Orang Melayu 

            Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri[9].

        Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i)menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

        Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. 

Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Page 5: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

    (2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

         Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu[10]. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu[11].

       Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan[12].

        Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak[13]. Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan[14].

Kedudukan Islam Sebagai Agama Rasmi

        Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

      “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan[15].”

            Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan[16]. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam[17].

            Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini

Page 6: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

            Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan’ membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

            Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. 

Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a)    Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,

b)   Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud  agama atau khairat, dan,

c)    Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan  mentadbirkannya mengikut undang-undang

        Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu[18].

        Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2). 

  Bahasa Melayu

        Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

    Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

            “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju[19].”

Page 7: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Persekutuan

        Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa :- 

(a)   Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan,

 (b)  Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

        Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi