kontekstual amir

19
1.5: Definisi operasional Menurut Nik Safiah dan Norlidza Shamsuddin dalam buku ACE AHEAD STPM Bahasa Malaysia menyatakan bahawa keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Selain itu, Menurut Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor dalam buku Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna menyatakan bahawa keselarasan vokal melibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Bagi perkataan yang megandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanyalah dikenakan pada suku kata terakhir. Di samping itu, dalam buku Panduan Dan Latihan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dikarang oleh Wan Abu Bakar Wan Abas dan Hashimah Harun menyatakan bahawa hukum keselarasan vokal ( KV ) ialah huruf vokal yang membentuk sesuatu perkataan ( yang berakhirkan suku kata tertutup ) mestilah daripada pasangan yang telah ditetapkan. Dalam Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang dikarang oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd menyatakan bahawa keselarasan huruf vokal ialah penentuan penggunaan vokal dalam dua suku kata akhir pada kata dasar. Dr .Abdul Hamid Mahmood dalam buku Betulkan Kesalahan Bahasa Anda menyatakan bahawa Hukum D-M ialah hukum atau peraturan

Upload: cascara

Post on 13-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

lmlkmk

TRANSCRIPT

1.5: Definisi operasional Menurut Nik Safiah dan Norlidza Shamsuddin dalam buku ACE AHEAD STPM Bahasa Malaysia menyatakan bahawa keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Selain itu, Menurut Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor dalam buku Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna menyatakan bahawa keselarasan vokal melibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Bagi perkataan yang megandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanyalah dikenakan pada suku kata terakhir. Di samping itu, dalam buku Panduan Dan Latihan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dikarang oleh Wan Abu Bakar Wan Abas dan Hashimah Harun menyatakan bahawa hukum keselarasan vokal ( KV ) ialah huruf vokal yang membentuk sesuatu perkataan ( yang berakhirkan suku kata tertutup ) mestilah daripada pasangan yang telah ditetapkan.Dalam Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang dikarang oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd menyatakan bahawa keselarasan huruf vokal ialah penentuan penggunaan vokal dalam dua suku kata akhir pada kata dasar.Dr .Abdul Hamid Mahmood dalam buku Betulkan Kesalahan Bahasa Anda menyatakan bahawa Hukum D-M ialah hukum atau peraturan susunan frasa dalam bahasa Melayu.Susunan frasa bahasa Melayu harus mengikut susunan yang betul dan lazim digunakan.Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid dalam buku Bahasa Melayu Komunikasi 1, keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang dapat membentuk dua suku kata.Oleh itu, prinsip keselarasan vokal pada dasarnya melibatkan kata yang terbentuk daripada dua suku kata.

1.6: POLA KESELARASAN VOKALMenurut fakta Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran yang dikarang oleh Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari menyatakan bahawa sistem keselarasan huruf vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal di suku kata akhir tertutup.Dengan perkataan lain,keselarasan vokal melibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata.Bagi perkataan yang mengandungi lebih dua suku kata,peraturan keselarasan vokal ini hanyalah dikenakan pada suku kata terakhir.Terdapat beberapa prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang seperti berikut

Dalam sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal.Antaranya ialah :

BILSUKU KATA PRAAKHIRSUKU KATA AKHIR TERTUTUPCONTOH PERKATAAN1A-aAlam , arah2A-iAmbil , tarik3A-uCatur , atur4e pepet-aEmas , kelas5e pepet-iSedih , lebih6e pepet-uTelur , temenggung7e taling-aMereka , dewan8e taling-e talingSelekeh , selekoh9e taling-oElok , telor10I-aBinatang ,silang11I-iIntip ,sisih12I-uPeriuk ,pikul13O-aOtak , sekolah14O-e talingBoleh , celoteh15O-oDodol , obor16U-aKetupat ,ulat17U-iButir , usik18U-uBurung , untuk

1.7: POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKALTerdapat beberapa perkataan Bahasa Melayu yang tidak mematuhi keselarasan huruf vokal.Perkataan perkataan ini adalah kata pinjaman daripada bahasa serumpun.Menurut dalam Bahasa Melayu 1 yang dikarang oleh Siti Hajar ialah Kekecualian kepada peraturan keselarasan huruf vokal berlaku pada beberapa perkataan pinjaman daripada bahasa bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris. Pola kekecualian yang menyimpang daripada keselarasan tersebut, iaitu Sebanyak 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal.Antaranya ialah :

BILPOLACONTOH PERKATAAN BAHASA NUSANTARACONTOH PERKATAAN BAHASA INGGERIS1a - e talingKagetPanel2a oLapor Atom3e pepet e talingGembleng -4e pepet - oBendokGabenor5i e talingImlekParlimen6i oPilonDiftong7u e talingTulenSubjek8u - oLeluconkonduktor9a e pepetPakemTeater10e taling iHipotesis11e taling - uPetroleum12e pepet e pepetDemdem -13i e pepetIsengArtikel14o - iHipokrit15o - uBonus16o e pepetLumerSkute1.8: HUKUM D-MHukum D-M ialah hukum atau peraturan susunan frasa dalam bahasa Melayu. Susunan frasa bahasa Melayu harus mengikut susunan yang betul dan lazim digunakan iaitu kata yang diterangkan ( D ) dimestikan hadir dahulu, kemudian diikuti oleh kata yang menerangkan ( M ). Misalnya frasa rumah besar yang betul susunannya mengikut Hukum D-M ,terbentuk daripada kata rumah ,iaitu kata yang diterangkan dengan diikuti oleh kata besar iaitu kata yang menerangkan. Kesalahan penggunaan frasa yang banyak dilakukan adalah disebabkan susunan kata-kata dalam frasa itu tidak mematuhi Hukum D-M. Kesalahan umum yang dilakukan ialah susunan kata penerangnya mendahului kata yang diterangkan.Terdapat beberapa kekecualian dalam Hukum D-M iaitu :1.KEKECUALIAN AKIBAT KEBIASAANDalam nama-nama tertentu,berlaku kekecualian terhadap hukum D-M, iaitu yang berupa M-D dan tidak D-M.2.KATA BILANGANDalam bahasa Melayu, kata bilangan dan penjodoh bilangan hadir di hadapan kata inti dan tidak sebaliknya.3.NAMA PANGGILAN DAN GELARANBagi kata nama orang dan haiwan, nama panggilan atau gelaran hadir sebelum kata inti sebagai unsur penerang.Frasa NamaPenerang (M)Yang Diterangkan (D)PerdanaMenteri TimbalanMenteriNaibYang dipertuaIbu Pejabat

1.9: KATA MAJMUKDalam Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna, kata majmuk ialah dua kata yang menunjukkan satu kesatuan dan mengandungi satu makna tertentu.Dalam Bahasa Melayu, kata majmuk ditulis secara terpisah.Walaubagaimanapun, bagi kata majmuk yang dianggap sudah mantap, pengeculian dibenarkan dan dengan demikian, penulisannya bergabung.Antara contohnya ialah : Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu :

1.10: KATA PINJAMANPerkataan pinjaman daripada bahasa asing akhirnya menjadi perkataan lazim bahasa Melayu.Dalam peristilahan ilmu bahasa Melayu sebagaimana pengalaman bahasa moden lain di dunia,penggunaan ejaan dan tatacara penulisan istilah perlu mematuhi peraturan tertentu.Bagi bahasa Melayu ,penulisan istilah mematuhi tatacara yang disepakati oleh Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1956.Mulai 1984 kerja peristilahan melibatkan dua negara di Asia Tenggara.Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain,penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai peraturan khas.

EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS 1.Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu. Contohnya :

HURUFBAHASA INGGERISBAHASA MELAYUC SCent , cylinderSen , silinderC, CC KCarbon , classicKarbon , klasikCC- KSAccent , vaccinAksen , vaksinCh SAchelon , machineEselon , mesinPh fGraph , phonemeGraf , fonemq kQuality , techniqueKualiti , teknikRh rRhetoric , rhythmRetorik , rima

2.Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama. Contohnya :HurufBahasa InggerisBahasa Melayub,bb > bbarbecue, lobbybarbeku, lobif,ff > ffactor, trafficfaktor, trafikg,gg > ggeology, aggresivegeologi, agresifm,mm > mmammalmamalian,nn > nneon, tennisneon, tenisp,pp > ppassport, applepasport, epalr,rr > rrecruit, lorryrekrut, loris,ss > sstatus, expressstatus, eksprest,tt > ttractor, batterytraktor, bateriz,zz > zzodiac, jazzzodiak, jaz

3.Pengguguran huruf bagi gabungan dua huruf vokal.Contohnya :

HURUFBAHASA INGGERISBAHASA MELAYUau au AutomaticAutomatikea eaGearGearia ia DialectDialekoo u BootBot

4.Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian. Contohnya :

BAHASA INGGERISBAHASA MELAYU

BlockBlokDraftDrafPrismPrismaOrganismOrganisma

5.Huruf g yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris , ditulis sebagai g dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.Sebagai contoh :

BAHASA INGGERISBAHASA MELAYUGenerationGenerasiTragedyTragediPsychologyPsikologiAgentAgen

6.Kata yang asalnya berakhir dengan sion , - sional , - tion ,- tional menjadi si , - sen , - syen , - sional. Contohnya :

BAHASA INGGERISBAHASA MELAYULotionLosenSectionSeksyenProfessionalProfesional

7.Pengejaan kata yang berakhir dengan isme.Sebagai contohnya :

BAHASA INGGERISBAHASA MELAYUNationalismNasionalismeSocialismSosialismeMechanismMekanisme

8.Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap / sudah lama digunakan dalam Bahasa Melayu. Contohnya.

BAHASA INGGERISBAHASA MELAYUPencilPenselActionAksiFileFailGlassGelasModernModenDriverDrebar

1.11 SISTEM EJAAN BAHARUTerdapat 26 huruf dalam tulisan Rumi bahasa melayu bagi melambangkan 25 bunyi konsonan dan 6 bunyi vokal.Disebabkan bilangan bunyi lebih banyak daripada jumlah huruf, lalu ada huruf yang digabungkan untuk melambangkan satu bunyi.Huruf Sebutan Huruf Sebutan A aeN nenB bbiO ooC csiP ppiD ddiQ qkiuE eiR rarF fefS sesG gjiT ttiH hecU uyuI iaiV vviJ jjeW wdabliuK kkeX xaksL lelY ywaiM memZ zzet

1.12 SINGKATANA.KATA GANTI NAMA SINGKATMenurut Siti Hajar dalam Buku Bahasa Melayu 1 menyatakan bahawa Kata ganti nama singkat terdapat empat kata ganti nama singkatan bagi kata ganti nama, iaitu kau ( singkatan daripada engkau ) , ku ( singkatan daripada aku ) , mu ( singkatan daripada kamu ) dan nya.

Kata ganti nama singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.Contohnya :1.Kaudengar - kudengar2.Kaulihat - kulihat3.Kata ganti nama singkat ku , mu , dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya . Contohnya :1.Kasihku kasihmu - kasihnya2.Kesedihanku kesedihanmu kesedihannyaKata ganti nama singkat bagi merujuk kepada Tuhan menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang ( - ). Contohnya :1.Bimbinglah hamba Mu, ya Tuhanku.2.Mereka memohon keampunan Nya dalam hidayat Nya.

I.AwalanSalah BetulKu buangKu bacaKu cariKubuangKubacaKucari

II.Akhiran Salah Betul Mencari ku Mencari muKepada nyaMencarikuMencarimukepadanya

B.KATA SENDI NAMAMenurut Abdullah Hassan dalam buku Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu menyatakan bahawa kata sendi nama menunjukkan hubungan antara satu kata nama dengan perkataan lain.Contoh :1.Menunjukkan tempat dan masa kata nama2.Menunjukkan arah kata nama ( tempat dan masa )3.Menunjukkan asal kejadian kata nama4.Menunjukkan perbandingan antara dua kata nama5.Menyatakan pecahan kata nama6.Menunjukkan kata nama untuk sesuatu7.Menegaskan kata nama8.Menunjukkan giliran kata nama9.Menunjukkan tentang atau mengenai sesuatu10.Menunjukkan persamaan11.Menunjukkan bersama12.Menunjukkan cara13.Menunjukkan alat14.Menyatakan keadaan serupa 15.Menunjukkan mula16.Merujuk kepada penyambut

Antara kata sendi nama ialah di, bagi, antara, ke, demi, terhadap, untuk, dari, tentang, akan, dengan, daripada, seperti, oleh, dalam, kepada, bagai, hingga, pada, mengenai, umpama, dan sampai.Manakala Buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1985 ) menerangkan ada empat jenis kata yang lazim mengikuti kata sendi nama di dan ke iaitu :1.Kata nama yang menunjukkan arah sesuatu kata nama.2.Kata nama umum.3.Kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum.4.Kata nama tempat atau kata nama khas.Kata sendi nama yang terdiri daripada di dan ke hendaklah ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya.Dalam ejaan lama, kata sendi nama di dan ke ditulis dengan menggunakan tanda sempang ( - ). Apabila tanda sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baru, kata depan di den ke ditulis sebagai satu kata yang berasingan.Contohnya :

EJAAN LAMAEJAAN BARUDi dalamDi dalamDi selatanDi selatanDi satu daerahDi satu daerahKe seluruh bumiKe seluruh duniaKe Negeri SembilanKe Negeri SembilanKe Hotel PuteriKe Hotel Perkasa