krp3033 laporan analisis kurikulum pengajaran bersifat kontekstual

26
PEMARKAHAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH LAPORAN ANALISIS 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A18(A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 27HB APRIL 2013

Upload: fatimah-shukur

Post on 08-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN ANALISIS KURIKULUM PENGAJARAN BERSIFAT KONSTEKTUAL (SUBJEK : SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN, PENDIDIKAN MORAL, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DAN SAINS)

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARANSEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 1DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A18(A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 27HB APRIL 20131LAPORAN ANALISIS 1(Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual)Nama: No. ID : Nama Tutor: Kump E-Learning: 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

(1 markah)b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.Gambar di atas menggambarkan tentang suasana jamuan 1 Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum yang berbeza. Dengan suasana yang sibuk, mereka masih dapat beramah mesra antara satu sama lain. Perhubungan dan pemahaman budaya wujud di antara mereka. Situasi sebegini harus di jadikan contoh kepada murid murid untuk Pengamatan nilai toleransi dalam masyarakat iaitu kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup diantara pelbagai budaya dan kaum bukan sahaja di peringkat sekolah malah harus di bawa ke masa hadapan mereka terutama di tempat kerja.(1 markah)22. Disiplin/Mata Pelajaran a. Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan b. Tahun: 4 c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : Kenali Budaya Malaysia Sukatan Pelajaran bagi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Ini kerana sukatan pelajaran ini, merangkumi tiga aspek objektif iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Antara sukatan objektif pengetahuan yang dapat di kaitkan dengan senario di atas adalah dalam memahami pelbagai adat agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia dan kepentingan hidup bersama. Manakala objektif kemahiran pula, berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat, menangani konflik diri, keluarga dan rakan dan belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat. Bagi aspek sukatan nilai, ianya merangkumi nila menghormati kaum dan budaya lain, menunjukkan semangat kekitaan.

(1 markah)d. Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Keadaan situasi dalam gambar di atas akan dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar dalam memahami kepelbagaian budaya dalam bilik darjah. Dengan adanya pengetahuan dalam adab budaya penduduk malaysia ia dapat membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Ini terbukti dengan gambaran dalam senario di atas, nilai menghormati budaya masing masing wujud dalam diri mereka, di samping perasaan ramah mesra yang boleh di lihat di antara mereka tanpa mengenal kaum. (1 markah)

3e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalampengajaran dan

pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arahmenambahbaik keadaan/

situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran subtopik ialah dengan mewujudkan suasana bilik berasaskan konsep 1 Malaysia oleh guru. Setiap pelajar dari pelbagai kaum boleh melekatkan isu isu semasa seperti kebudayaan, adat resam, budi bahasa yang berkonsepkan 1 Malaysia di papan kenyataan di dalam kelas bagi membolehkan murid-murid berkongsi maklumat dengan murid kaum lain. Selain itu, guru boleh mempamerkan pelbagai banting yang berkonsepkan 1 Malaysia bagi menggambarkan budaya tiga kaum utama di Malaysia. Banting di gantung di sudut hadapan sebelah kanan papan hitam iaitu tempat masuk pelajar di kelas bagi menyemai semangat kebudayaan dan semangat 1 Malaysia di hati muridmurid setiap kali mereka memandang dan menghayati banting tersebut. Murid akan mempamerkan pakaian, jenis makanan, perayaan serta adat dalam aktiviti mengapresiasi warisan budaya sendiri. Dengan ini, pelajar kaum lain boleh mengetahui budaya kaum lain melalui penghayatan dan gambaran yang diletakkan di sudut pameran dalam kelas selepas selesai aktiviti tamat. Sudut buku 1 budaya akan di wujudkan dalam kelas di mana murid-murid digalakkan untuk meletakkan buku yang menerangkan dan mewujudkan nilai-nilai murni dikalangan semua pelajar. Kategori buku juga boleh terdiri dari tiga empat bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.(1 markah)4LAPORAN ANALISIS 2(Kurikulum & Pengajaran BersifatKontekstual)Nama: No. ID : Nama Tutor: Kump E-Learning: 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran.a.Gambar

(1 markah)b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.Keadaan yang terdapat dalam gambar diatas menjelaskan tentang golongan warga emas yang dibiar seorang diri tanpa bantuan ahli keluarga di rumah orang tua. Keadaan warga emas yang uzur dan kesukaran untuk membantu diri sendiri kurang diberi perhatian oleh golongan muda dewasa ini. Walaupun begitu terdapat juga yang masih prihatin. Masyarakat kini lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga dan kerana itulah warga tua tidak mahu lagi dijaga oleh anak-anak dan dihantar ke pusat penjagaan orang tua. Warga emas terutamanya dianggap tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak karenah. Keadaan ini wujud di kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat. Nilai murni yang boleh dipraktikkan dalam situasi seperti ini adalah kasih sayang dimana kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Nilai Kasih sayang sesama anggota keluarga mengukuhkan kemesraan antara ibu bapa, adik, abang/kakak, nenek dan datuk.52. Disiplin/Mata Pelajaran a. Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Pendidikan Moral b. Tahun: Tahun 2 c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran).

Pendidikan Moral : Tanggungjawab Terhadap Keluarga(1 Markah)

d. Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Seperti situasi di dalam gambar dapat dikaitkan dengan nilai tanggungjawab terhadap keluarga dimana kewajipan setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga sangat penting sebagai individu yang bertanggungjawab. Contohnya, Ibu bapa perlu tegas kepada anak-anak dalam soal menghormati nenek yang berusia dan diteladani oleh seisi keluarga di rumah. Nilai Tanggungjawab antara keluarga adalah sangat penting dimana setiap individu dalam ahli keluarga perlu membantu merawat anggota keluarga yang sakit dan lemah seperti situasi dalam gambar.(1 markah)

6e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran subtopik nilai bertanggungjawab adalah aktiviti bercerita boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum. Aktiviti bercerita dapat mengembangkan kesedaran dan keseronokan untuk menikmati nilai moral, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktivit bercerita adalah :i. Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya murid-murid boleh duduk mengeliling pencerita. ii. Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut: Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara (1 markah)7LAPORAN ANALISIS 3(Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual)Nama: No. ID : Nama Tutor: Kump E-Learning: 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

(1 markah)b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.Senario di dalam gambar menghuraikan tentang aktitivi murid-murid sekolah yang sedang berlari merentas desa di sekolah. Berlari merupakan senaman yang paling mudah, tidak memerlukan sebarang kos atau dibebani dengan sebarang kelengkapan atau peralatan. Paling istimewa aktiviti berlari ini boleh dilakukan dimana dan bila-bila sahaja. Senaman ringkas seperti ini dapat dilakukan selalu oleh murid-murid sekolah supaya dapat menjauhkan mereka daripada tekanan, depresi dan kesan negative. Aktiviti berlari sangat penting bagi mencergaskan murid-murid yang lemah dan tidak berdaya. Selain itu, aktiviti berlari dalam kumpulan juga memberi semangat yang tinggi dan dapat menjadi atlet yang berjaya di masa depan. Nilai murni yang boleh diterapkan adalah nilai keyakinan diri.Secara umum keyakinan diri boleh ditafsirkan sebagai kemampuan murid-murid mempercayai dan yakin di atas kemampuan dirinya untuk melakukan sesuatu untuk menang dalam pertandingan merentas desa. Ianya tidak bergantung kepada penampilan diri, suara yang lantang atau pakaian yang boleh menarik perhatian orang ramai tetapi keyakinan diri sangat penting untuk berjaya dalam apa jua aktiviti seperti ini.( 1 markah)8a. Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan b. Tahun: Tahun 2 c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Pergerakan Asas - Lokomotor(2 markah)

d. Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Situasi berlari dalam gambar dapat dikaitkan dengan kemahiran atau pergerakan Lokomotor iaitu pergerakan yang dilakukan oleh murid-murid itu akan menyebabkan mereka berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Terdapat pelbagai contoh yang melibatkan pergerakan lokomotor antaranya situasi berlari di gambar yang merupakan kemahiran paling asas di mana murid-murid banyak melakukannya dalam kehidupan sehari-harian. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik.(1 markah)

9e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalampengajaran dan

pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arahmenambahbaik keadaan/

situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti pergerakan semasa pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan jasmani dan Kesihatan di sekolah. Aktiviti pergerakan dapat membantu murid ke arah menambah baik aktiviti berlari dengan mengambil langkah keselamatan. Menyebut aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti pergerakan lokomotor. Guru boleh melakukan aktiviti pergerakan lokomotor secara individu dan kumpulan di padang. Aktiviti pergerakan yang membolehkan murid memahami dan terlibat aktif dalam aktiviti tersebut. Contohnya, mengadakan pertandingan berlari merentas desa di sekolah dari semasa ke semasa.(1 markah)10LAPORAN ANALISIS 4(Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual)Nama: No. ID : Nama Tutor: Kump E-Learning: 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.Situasi dalam gambar menerangkan seorang remaja sedang menyiram pokok bunga. Menyiram air adalah merupakan langkah penyenggaraan yang paling utama dalam penjagaan pokok. Menyiram pokok selalunya dilakukan setiap hari. Remaja tersebut menyiram sehari dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Tujuan remaja tersebut menyiram pokok bunga Adalah untuk memberi bekalan sumber air pada pokok. Ia juga memberi kesegaran pada pokok untuk terus hidup. Nilai seperti menyayangi Alam Sekitar boleh diterapkan dikalangan Masyarakat untuk mengekalkan keharmonian hidup di masa hadapan. Kesedaran ini adalah untuk memelihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.(1 markah)112. Disiplin/Mata Pelajaran

a.Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Sainsb.Tahun: Tahun 1c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Sains - Benda hidup dan benda bukan hidup(1 markah)

d. Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Keadaan menyiram pokok bunga diatas dikaitkan dengan pengetahuan yang terdapat dalam topik iaitu benda hidup dan benda bukan hidup. Di mana murid dapat mengenal pasti ciri-ciri benda hidup seperti perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. Nilai seperti kemapanan alam sekitar adalah masyarakat berusaha mengekalkan keseimbangan alam sekeliling serta menganggap penjagaan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama.(1 markah)

12e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalampengajaran dan

pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arahmenambahbaik keadaan/

situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran subtopik benda hidup dan benda bukan hidup adalah proses pembelajaran melalui pemerhatian dan pemodelan. Di mana guru boleh menyediakan kawasan lapang untuk pelajar menanam pokok bunga dan mempraktikan aktiviti menyiram pokok setiap hari. Aktiviti ini menambah baik keadaan dan murid-murid juga mengetahui kebaikan dan keperluan untuk menyiram pokok bunga. Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat. Hasilan guru seperti penanaman pokok bunga dengan kaedah penyiraman betul akan menghasilkan pokok yang sihat dan cantik. Contoh aktiviti Guru menunjukkan dua buah pasu bunga: Pasu A(Tumbuhan yang subur) dan Pasu B(Tumbuhan yang layu) Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang layu di hadapan kelas dan murid akan menyatakan sebab tumbuhan itu layu. Murid juga meramal apa yang perlu mereka lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh dengan subur. Dengan ini guru boleh bersoal jawab dengan murid bagaimana hendak menyuburkan tumbuhan tersebut.Melalui aktiviti ini murid lebih faham akan keperluan air kepada tumbuhan.(1 markah)13

GAMBAR

GAMBAR

GAMBAR

GAMBAR