konseptual pendidikan guru

9

Upload: rudy-jemain-rj

Post on 26-May-2015

1.430 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konseptual pendidikan guru
Page 2: Konseptual pendidikan guru

• Model konseptual pendidikan guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan.

• Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama iaitu:

Page 3: Konseptual pendidikan guru

1. Ketuhanan: peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

2. Kemasyarakatan: penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

Page 4: Konseptual pendidikan guru

3. Kendiri: penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

• Di bawah 3 dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas iaitu:

Page 5: Konseptual pendidikan guru

1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Konseptual pendidikan guru

3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, bepekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

• Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Page 7: Konseptual pendidikan guru

• Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

Page 8: Konseptual pendidikan guru

SUMBER RUJUKAN

Mok Soon Sang, (1994)..Asas Pendidikan 3 Kurikulum dan Praktikum, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,

Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,Subang Jaya.

Sharifal Alwiah Alsagoff,(1984). Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur :Heinemann Asia.

Sulaiman Hamzah, Karimah Zainab, (1977). Aliran Pendidikan, Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Page 9: Konseptual pendidikan guru