konsep sembelihan dalam islam

16

Click here to load reader

Upload: azira-mhd-nor

Post on 03-Aug-2015

138 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Sembelihan Dalam Islam

1. PENGENALAN

Islam adalah agama rahmat dan kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada

haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.

Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘zabiha’ telah meletakkan garis panduan

dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai

kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat

dengan faktor kerohanian dan kesihatan.

Page 2: Konsep Sembelihan Dalam Islam

2. KONSEP SEMBELIHAN DALAM ISLAM

2.1 Definisi

"ذبائح" adalah jamak bagi perkataan "ذبيحة" bermakna "مذبوحة" ertinya yang

disembelih. Maka telah dijamakkan lafaz "ذبائح" kerana banyak alat yang

menghasilkan sembelihannya seperti pisau, anak panah, anjing perburuan dan

sebagainya.

Dari segi bahasa, sembelihan bermaksud potong, belah atau melukakan bahagian

tertentu pada binatang oleh orang tertentu bermaksud untuk menyembelih binatang

tertentu.

Dari segi syara’, bermaksud menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus

dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari’ dan dua urat darah kiri dan

kanan leher binatang tersebut.

Page 3: Konsep Sembelihan Dalam Islam

2.2 Dalil sembelihan

Firman Allah S.W.T : " Makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya,

jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayatNya" (Surah Al-Anam :18)

Firman Allah S.W.T : "dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak

disebutkan nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan " (Surah Al-Anam : 121)

Firman Allah S.W.T: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang

tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk

semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan

yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang

tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang

sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas

berhala.”   (Surah Al-Maidah: 3)

Hadis Nabi s.a.w

Sabda Rasulullah s.aw : " Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik

terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara

membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara

penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihan itu "

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sembelihan adalah di antara pangkal

dagu dan pangkal leher” (Riwayah Ibn Abbas).

Page 4: Konsep Sembelihan Dalam Islam

2.3 Jenis

Terdapat lima jenis sembelihan :

i) Sembelihan biasa

ii) Sembelihan dam (wajib)

iii) Sembelihan nazar

iv) Sembelihan korban

Menyembelih binatang yang tertentu (Al-An’am) pada hari raya haji dan hari-

hari tasyrik kerana beribadat kepada Allah S.W.T. hukumnya adalah sunat

muakkad dan wajib bagi sesiapa yang bernazar dengannya.

v) Sembelihan aqiqah

Aqiqah ialah menyembelih binatang yang tertentu pada hari bercukur rambut

kanak-kanak yang baru lahir. Hukum melakukan aqiqah adalah sunat

muakkad. Masa melakukan aqiqah ialah pada ketika anak itu dilahirkan dan

yang lebih afdhal ialah pada hari ketujuh kelahiran anak tersebut.

2.4 Bahagian

Page 5: Konsep Sembelihan Dalam Islam

Sembelihan terbahagi kepada dua bahagian :

i. Binatang yang mudah disembelih.

ii. Binatang yang sukar untuk disembelih.

Bagi haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau atau yang seumpamanya yang

mudah direbahkan maka hendaklah disembelih pada lehernya dengan memutuskan

halqum dan marihnya serta urat-urat kecil yang berada dikiri dan kanan lehernya

dengan menyembelih serong ke kepalanya agar haiwan itu segera mati.

Manakala bagi haiwan ternakan yang berleher panjang ia hendaklah

disembelih di pangkal lehernya untuk mempercepatkan mati seperti unta, itik dan

kasawari dan sebagainya.

Syarat penyembelihan yang mudah disembelih :

i Memutuskan semua bahagian halqum ( saluran pernafasan )

ii. Memutuskan semua bahagian marih ( saluran pemakanan )

Cara memutuskan halqum dan marih :

1. Memulakan sembelihan dengan melukakan dibahagian leher haiwan iaitu

berukuran satu inici dari buah halkum ( buku kerongkong ) sebelah bawah atau atas

( dapat dirasa melalui sentuhan tangan )dengan syarat ada tinggal daripada saluran

bulat halkum yang berhubung dengan umbi leher.

2. Sekiranya tidak tinggal saluran bulat halkum tersebut maka ia tidak halal

Page 6: Konsep Sembelihan Dalam Islam

sembelihan itu dan ia tidak diistilahkan sebagai menyembelih dan haram dagingnya.

3. Mula menyembelih leher haiwan tersebut dengan menarik pisau dari sebelah bawah

ke bahagian atas leher agar darah yang terpancut tidak menyembur keatas.

Penyembelihan seperti ini diyakini akan terus memutuskan saluran halkum dan urat

marih kerana kedudukan keduanya adalah berkembar.

Disyaratkan memutuskan halqum dan marih dengan sekali sembelihan sahaja iaitu

sempurna sembelihan dengan memutuskan semua bahagian saluran halqum dan

marih serta urat yang terletak disebelah kanan dan kiri leher haiwan dengan sekali

sembelihan sahaja

Jika sembelihan itu tidak memutuskan salah satu dari keduanya tetapi haiwan masih

lagi mempunyai hayat mustaqirrah, maka hendaklah diulangi sembelihan itu dengan

secepat mungkin dan halal sembelihan tersebut.

Tetapi jika diulangi sembelihan pada bahagian saluran halqum atau urat marih yang

tidak putus itu sampai kepada harakat mazbuh lalu ia diteruskan juga sembelihan

tersebut maka haram dimakan daging sembelihan tersebut.

Page 7: Konsep Sembelihan Dalam Islam

2.5 Hukum

Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah

dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan

bagi kamu segala yang baik-baik”.   (Surah Al-Maidah: 4)

2.6 Hikmah

Terdapat beberapa hikmah yang dapat kita perolehi daripada sembelihan.

Penyembelihan yang dilakukan mengikut hukum syara’ dapat memelihara

akidah seseorang.

Membezakan penyembelihan mengikut hukum syara’ dengan sebaliknya.

Membezakan antara daging halal dengan haram untuk dimakan.

untuk mengelakkan kita makan daging yang sudah busuk kerana tidak

disembelih ( bangkai)

Binatang yang mati tanpa sembelih mungkin mempunyai penyakit tertentu

yang memberi kemudaratan kepada manusia

Page 8: Konsep Sembelihan Dalam Islam

Darah binatang yang disembelih telah keluar dari badannya (darah yang

mengandungi kuman).

Mematikan binatang itu dengan cepat dan segera dan tidak menyeksa binatang

tersebut.

Melepaskan nyawa binatang secara mudah tanpa menyakiti dan menyeksa

mereka.

Melahirkan rasa ihsan ke atas binatang bagi memupuk jiwa yang mulia.

Dikhususkan sembelihan pada leher kerana ianya lebih hampir dengan tempat

keluarnya roh.

2.7 Perkara makruh dalam sembelihan

Di dalam sembelihan juga terdapat beberapa perkara yang makruh dilakukan oleh

penyembelih :

Mengasah pisau di hadapan binatang yang akan disembelih

Menyembelih di hadapan binatang lain

Menyembelih dari belakang tengkuk

Menyeret binatang ke tempat sembelihan hingga menyakiti binatang yang

hendak disembelih

Memotong leher hingga ke saraf tunjang

Page 9: Konsep Sembelihan Dalam Islam

Memutuskan kepala binatang

Mematahkan leher binatang

Mencampakkan binatang yang telah disembelih

Melapah atau memotong binatang sebelum sejuk

3. PERATURAN DALAM SEMBELIHAN

3.1 Rukun

Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada

empat iaitu:

i) Penyembelih

ii) Binatang sembelihan

iii) Alat untuk menyembelih

iv) Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

Page 10: Konsep Sembelihan Dalam Islam

3.2 Syarat Sah

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih

2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk

disembah kepada jembalang dan sebagainya.

3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)

4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup

5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan

6. Disembelih oleh orang Islam

7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang

8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh

dalam perigi ketika disembelih. 

3.3 Perkara-perkara sunat

1. Membaca Bismillah

2. Berselawat ke atas nabi

3. Mengadap kiblat

4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih

5. Menyembelih di pangkal leher binatang

6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang

cepat mati.

7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.

8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

3.4 Sebab larangan makan daging binatang yang tidak disembelih

Page 11: Konsep Sembelihan Dalam Islam

4. ISU-ISU DAN MASALAH

4.1 Sembelihan orang perempuan

Ulama sepakat menyetujui bahawa sembelihan wanita muslimah adalah halal di

makan oleh sesiapapun. Surah al-Maaidah ayat 3 tidak membezakan wanita atau

lelaki melakukan penyembelihan.

Didalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Ubaidullah,

bahawa Naafi' telah mendengar Ka'ab ibn Malik meriwayatkan dari bapanya bahawa

Page 12: Konsep Sembelihan Dalam Islam

mereka pernah mempunyai kambing dan binatang tersebut dilepaskan merayap di

Bukit Sala', di kota Madinah. Salah seorang dari hamba wanita menyedari bahawa

seekor kambingnya berada didalam keadaan kematian, lalu dia memecahkan batu dan

menyembelihnya. Kata beliau : 'Jangan makan sehingga aku bertanyakan kepada Nabi

:saw atau Aku menghantar seseorang untuk bertanya kepada baginda.' Maka dia

bertanya kepada Nabi :saw, atau menghantar seseorang untuk bertanya, dan baginda

memberitahunya agar memakan daging tersebut. Ubaidullah menegaskan bahawa si

penyembelih merupakan seorang hamba wanita dan dia berupaya menyembelihnya.

Dalil ini menunjukkan bahawa wanita pun dibolehkan menyembelih binatang.

Malah, Ibn Qudamah r.a mengatakan bahawa walaupun dia dalam keadaan junub

sekalipun, dibenarkan membaca Bismillah dan melakukan penyembelihan [al-

Mughni, 11/61]. al-Munzir menjelaskan bahawa penyembelihan wanita yang datang

haidh sama dengan orang berjunub didalam kes ini [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab,

9/74]. 

4.2 Isu makan ayam goreng kfc

4.3 Beli ayam di pasaraya

Page 13: Konsep Sembelihan Dalam Islam

4.4 Makan nasi lauk ayam di hotel dan pasaraya