konsep peradaban islam

33
Konsep Peradaban Islam Bab Pertama Disediakan oleh: Bungsu@Aziz b Jaafar Abdullah Khalid CITU UiTM Sabah razizi.uitm.edu.my

Upload: step

Post on 08-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Konsep Peradaban Islam. Bab Pertama. Disediakan oleh : Bungsu@Aziz b Jaafar Abdullah Khalid CITU UiTM Sabah. Bab Satu. 1.1 Definisi Peradaban 1.2 Ciri dan matlamat 1.3 Asas dan sumber. 1.1 Definisi Peradaban. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Peradaban  Islam

Konsep Peradaban Islam

Bab Pertama

Disediakan oleh:

Bungsu@Aziz b JaafarAbdullah Khalid

CITU UiTM Sabah

razizi.uitm.edu.my

Page 2: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Bab Satu1.1 Definisi Peradaban1.2 Ciri dan matlamat1.3 Asas dan sumber

Page 3: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

1.1 Definisi PeradabanBahasa : Adab (Arab): Budi pekerti, kesusilaan;

(2) Kesusasteraan, sesuatu yang berkaitan dengan kebudayaan .

Istilah : sesuatu yang berkaitan dengan pencapaian ketamadunan yang berasaskan kemajuan budi, kerohanian dan agama

* Peradaban adalah amat berkait dengan tamadun. “Satu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.” – Syed Naquib al-Attas

Page 4: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Peradaban (Civilization) antara istilah yang digunakan oleh sarjana untuk menggambarkan pencapaian sesuatu tamadun secara menyeluruh.

Istilah lain yang digunakan adalah : ‘Umran dan Hadarah yang dimulakan oleh Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah (Kitabul-’Ibar wa Diwanul-Mu’tabar fi Ayyamil-’Arab wal ‘Ajam wal Barbar)

Page 5: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Begitu juga istilah seperti Madaniyyah (M.Farid Wajdi dalam al-Madaniyyah wal Islam 1899) dan Sheikh Muhamad Abduh dalam al-Islam wan Nasraniyyah Ma’al Ilmi wal Madaniyyah 1901).

Juga istilah Tamadun (Tamaddun – Arab) yang dipopularkan oleh Jurji Zaidan dalam Tarikhut-Tamaddunil-Islami)

Page 6: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Peradaban (Melayu) diambil dari perkataan Arab (Adab – yang merujuk kepada ketinggian budi pekerti dan kehalusan kesusasteraan).

Page 7: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Definisi Peradaban IslamTahap pencapaian ketamadunan yang

meliputi seluruh aspek kehidupan manusia dengan berpaksi kepada ajaran Islam.

Pencapaian ketamadunan yang merangkumi pembangunan kebendaan, pemikiran dan falsafah serta pembangunan kerohanian.*Semakin tinggi ketamadunan suatu bangsa semakin tinggi nilai kerohanian dan spiritual mereka (termasuk pengamalan keagamaan)

Page 8: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Komponen Islamakidahsyariahakhlak

Page 9: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

1.2 Ciri-ciri Peradaban IslamRabbani

Berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan.

Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah telah ditetapkan oleh Allah SWT

KeseimbanganKesimbangan antara kerohanian dan

kebendaan serta antara kepentingan individu dan masyarakat.

Page 10: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

UniversalTidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat

dan tempoh tertentu.Milik seluruh manusia yang berpegang kepada

din al-Islam. Ideal dan Realistik

Meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat dicapai.

Page 11: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

SyumulAjarannya mencakupi seluruh aspek

kehidupan, agama yang diturunkan untuk seluruh manusia dan merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat

Tetap dan anjalTetap dan tidak berubah pada sasaran dan

matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.

Page 12: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Keperibadian Rasululah dan sunnah beliau menunjukkan ajaran yang dipacu oleh baginda adalah komprehensif

Kata-kata Michael Hart,1978: “My choice of Muhammad to lead the list of the worlds most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the secular and religious level”

Page 13: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Matlamat Peradaban IslamMenjaga hubungan manusia dengan Allah -

Pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata dengan melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya.

Menjaga hubungan baik sesama manusia - Peraturan dalam membina hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela

Page 14: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Menjaga hubungan antara makhluk dan alam - Meliputi hubungan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala dan alam seluruhnya

Page 15: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

1.3 Asas-Asas Peradaban Islam

Peradaban Islam diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Ia banyak memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat manusia dan dunia pada hari ini.

Berbeza dari Peradaban Barat, Peradaban Islam tertegak di atas asas-asas yang kukuh dan kuat.Asas-asas itu diantaranya ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu.

Page 16: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Asas 1: Akidah

• Pengertian Akidah

–Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan atau simpulan.– Ikatan dari segi istilah merujuk kepada

kepercayaan-kepercayaan dalam agama dan fahaman-fahaman yang diperjuangkan oleh seseorang.

Page 17: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Pengertian Akidah Islam

Akidah islam ialah iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah S.W.T, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Akhirat, Qadha’ dan Qadar.

Maksud iman ialah membenarkan dalam hati,mengucap dengan lidah dan beramal dengan anggota badan

Page 18: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Asas ke-2: Syariah

Pengertian Syariah syariah dari segi bahasa bererti sumber air ( air mata air ) dan

jalan yang lurus,( jalan yang benar ). Syariah dari segi istilah bermaksud peraturan dan hukum-

hukum yang di turunkan Allah ke atas umat manusia yang meliputi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w

Maksud firman Allah s.w.t “kemudian kami jadikan engkau ( Muhammad ) menjalani syari’ah ( hukum ) dalam setiap urusan ; maka turutilah ketentuan itu, dan janganlah engkau turuti keinginan orang-orang yang tidak tahu ‘’ ( Al-Jathiyah 18 ).

Page 19: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Tujuan/objektif hukum syarak ( maqasid syariah )

5 tujuan besar hukum syarak iaitu:-Melindungi akidah- syariat Islam sangat tegas

dalam mempertahankan akidah- mati syahid bagi yang mati berperang mempertahankan agama

Melindungi Nyawa- Allah mewajibkan manusia menjaga nyawanya dan melarang melakukan kecederaan ke atas diri sendiri atau mana-mana pihak

Page 20: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Sambungan

Melindungi akal - Allah menuntut manusia menjaga akal supaya tidak rosak dan dipesongkan dari kebenaran. Maka Islam mengharamkan meminum arak, mempercayai perkara khurafat dan mewajibkan menuntut ilmu.

Melindungi keturunan – dengan mewujudkan sistem keluarga dan mengharamkan zina.

Melindungi harta - Islam menggalakkan manusia supaya mereka mencari harta secara halal dan melarang mereka mengumpul harta secara haram seperti mencuri dan menipu.

Page 21: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Asas ke-3: Akhlak

Pengertian AkhlakPengertian akhlak merupakan kata ganda dari

perkataan al-khuluq. Pengertian akhlak dari segi istilah. Menurut imam

Al-Ghazali , akhlak hati yang terpendam di dasar hati menyerlah dalam bentuk perbuatan dan tindakan secara spontan.

Page 22: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Pensyariatan akhlakSabda Rasulullah s.a.w bermaksud “

sesungguhnya telah di utuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ” ( Riwayat Ahmad dan Baihaqi )

Firman Allah yang bermaksud “ sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkannya ( jiwa dan hati )’’ ( Asy- Syams 9 )

Akhlak juga adalah komponen penting dalam memacu pembangunan dan kesejahteraan negara. Sesungguhnya akhlak juga la yang menentukan bangun dan runtuh sesuatu bangsa seperti kata penyair Arab, Ahmad Syauqi Bey yang bermaksud “ kekalnya suatu bangsa selama akhlaknya kekal jika akhlaknya sudah lenyap musnah pula bangsa itu”.

Page 23: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Asas ke-4: Ilmu

Islam mengutamakan ilmu Islam adalah agama yang mengutamakan ilmu

pengetahuan. Ajaran al Quran menghormati akal manusia,ia menyuruh

menuntut ilmu mendorong akal manusia merenung dan berfikir tentang kejadian alam. Ini adalah dasar yang sangat penting bagi terbinanya peradaban dan kebudayaan Islam.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah berkenaan dengan ilmu iaitu surah al ‘Alaq ayat 1-5.

Page 24: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Kewajipan menuntut ilmu

Maksud firman Allah s.w.t “ sesungguhnya yang takut pada Allah ialah ulamak” ( Surah al-Fatir 28 )

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu itu wajib ke atas muslim laki- laki dan perempuan ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda Rasulullah juga bermaksud “ barangsiapa yang berpergian untuk mendapat ilmu pengetahuan di mudahkan Allah jalan ke syurga” ( Riwayat muslim )

Page 25: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Sambungan

Justeru dorongan tuntutan perintah daripada Al-Quran membawa umat islam berlumba-lumba menuntut dan mencari ilmu pengetahuan dari segenap penjuru dunia dan di tapisi dengan Al-Quran lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi serta lahir juga tokoh-tokoh cendiakawan muslim yang terbilang tersohor nama mereka sehingga kini.

Page 26: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

SUMBER PERADABAN ISLAM

Peradaban islam itu lahir dan tertegak dari beberapa sumber iaitu: Al Quran,As-sunnah,Ijtihad dan peradaban-peradaban lain.

Al Quran Pengertian Al-Quran dari segi istilah ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail di dalam bahasa Arab dan diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya dianggap sebagai ibadah.

Page 27: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

As-SunnahAs-Sunnnah dari segi bahasa bererti jalan dan adat resam

sementara hadith bermaksud kata-kata atau percakapan.Pengertian Assunnah dan Al Hadith dari segi ishtilah ialah

apa-apa yang merupakan perkataan-perkataan,perbuatan-perbuatan dan taqrir (pengakuan) Rasulullah s.a.w

Jenis-Jenis As-Sunnah Berdasarkan pengertian di atas Assunnah dapat

dibahagikan kepada tiga bahagian:I. Sunnah Qauliyah iaitu apa yang diucapkan oleh Rasulullah

s.a.wII.Sunnah Fi’liyah ialah apa yang dilakukan oleh Rasulullah

s.a.wIII.Sunnah Taqririyah iaitu apa yang diperakui oleh Rasulullah

s.a.w

Page 28: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

IjtihadAl-Ijtihad: Ijtihad (bahasa Arab اجتهاد) ialah suatu

proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali.

Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran ataual-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.

Page 29: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Sambungan

Ijthad adalah ruang yang diberi oleh syarak kepada umat islam untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi mereka dalam melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t bilamana mereka tidak mendapati hukum dalam al Quran dan Assunnah maka mereka boleh ber ijtihad untuk menylesaikan masaalah yang di hadapi pada masa itu.

Dalam menghadapi perkembangan dan kemajuan dalam pelbagai bidang dalam masyarakat,ijtihad memaiankan peranan yang penting terutamasekali untuk menghadapi kemajuan sains dan teknologi.

Keharusan ijtihad membawa kepada hukum syarak sentiasa berkembang tidak rigid dan statik,dapat menanganni masaalah-masalah baru dan semasa sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan.

Page 30: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Tamadun-Tamadun Asing Islam bersifat terbuka terhadap perkembangan ilmu

pengetahuan,justeru islam menggalakan umatnya menimba ilmu dari al Quran dan Assunnah dan dari mana-mana peradaban yang boleh menzahirkan kebenaran dan memberi faedah kepada manusia serta mengimarahkan bumi. Berikut adalah antara usha kearah tersebut:

Al Makmun(813-833 M) telah mendirikan perpustakaan Baitul Hikmah yang sangat besar dengan mendatangkan kitab-kitab ke Baghdad sebanyak beban seratus unta terdiri dari kitab-kitab Yunani,Suryani,Parsi,Hindi,Qibti dan lain-lain.

Al makmun terkenal sebagai seorang pencinta ilmu terbukti dalam satu peristiwa perdamaian dengan kerajaan Rom bahawa diberi kepadanya satu gudang buku Kostantinopel juga kerana pesatnya ilmu pengetahuan pada masa itu.

Baghdad pada masa itu menjadi pusat pendidikan dan perkembangan ilmu dan kesenian.Selain perpustakaan ,universiti,observatari dan dewan-dewan penterjemahan.Di Baitul Hikmah disediakan tempat khas untuk kerja menyalin,menterjemah,belajar,mengarang dan membaca masing-masing mempunyai tempat yang disedia khas.

Page 31: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Sambungan

Sastera-sastera kuno dipelajari oleh penduduk-penduduk bandar dengan ghairah. Banyak kitab-kitab lama yang mashhur dari Rom dan Yunani diterjemahkan kepada bahasa arab seperti kitab-kitab karangan Phythagoras(570-500SM),Socrates, Anaximandros, Aristotles(364SM), Archimedes,Anaxagoras,Antynus dan lain-lain.

Hunayn terkenal sebagai penterjemah yang cermat dan cekap,Beliau menterjemah buku Galen, Demethodo Medendi ke bahasa Arab.

Tokoh-tokoh penterjemah yang lain seperti Qusta bin Luqa,Abu Uthman ad Dimashqi,Thabit bin Qurrah dan lain-lain.

Ini adalah sebahagian kecil yang menunjukan berlakunya pemanfaatan dan penjernihan ilmu yang dilakukan oleh umat islam kepada karya-karya sastera,falsafah dan sains dari segenap pelusuk dunia.

Page 32: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

Buku buku rujukan• “Al Quran dan terjemahnya”(1990).Department Agama, Repablik

Indonesia.• Abdul Karim Al-Aql, Dr ( t.t ) “Mabahith Fi Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-

Jamaah”, Saudi Arabia Dar Al-Watan• Abdullah Bin Muhammad “ Ilmu terus dari Allah ” Pustaka Aman

Press,1983• A. Hanafie M.A “ Usul Fiqh ” Terj. Khudhary Bey, Klang Book

Centre,1988• Ahmad Fahmi Zamzam “ Empat puluh hadis kelebihan ilmu dan ulamak”

Khazanah Al Banjariah, Kedah,2008• Al- Ghazali “ Cacat celah budi pekerti” terj .Muhammad Ali & H Abdullah

Ma, Darul Fikri, Kl, 1987• Dr Haji Abdullah Siddik L.L.D “ Islam dan Ilmu Pengetahuan”,

DBP,KL ,1980• Dr Harun Din “ Manusia dan Islam” DBP,KL 2000• Drs Masjfuk Zuhdi “ Pengantar Ulumul Quran” , Pt Bina Ilmu,

Surabaya ,1980• H. Hart, Michael “The 100: A ranking of the most influential persons in

history”. Kensington Publishing Corp,New York, 1978

Page 33: Konsep Peradaban  Islam

razizi.uitm.edu.my

sambungan

• Dr Mohammad Naim Yasin “ Al- Iman( Rukunnya, hakikatnya, pembatalannya )” bahagian 2, terj Abdul Rahman Abdullah Pustaka Darussalam ,1991

• Drs Nasruddin Razak “ Dienul Islam “ PT Alma’Arif, Bandung, 1977

• Hairudin Harun “ Daripada sains yunani kepada sains Islam” Penerbit Universiti Malaya Kl, 1992

• Hamka “Ilmu dan amal shaleh” Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur ,1983

Prof Dr Ahmad Shabby “ Masyarakat Islam” Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, terj. Prof. Mukhtar Jahya ,1984

Wan Fuad Wan Hassan “ Ringkasan sejarah sains” DBP , KL, 1990 Wan Mohd Nor Wan Daud “ Penjelasan Budaya Ilmu” DBP, KL,

1991