konsep profesion dan profesionalisme

6
Konsep Profesion dan Profesionalisme Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956). Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain). Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi. sas Kepemimpinan:Nota Bab 1: Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion 1) Pengenalan; ž Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. ž Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

Upload: mala-murugan

Post on 19-Jan-2016

1.061 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

gud

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Profesion Dan Profesionalisme

Konsep Profesion dan Profesionalisme

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).

Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi.

sas Kepemimpinan:Nota Bab 1: Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

1) Pengenalan;

ž Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

ž Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

ž Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.

ž Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.

Page 2: Konsep Profesion Dan Profesionalisme

ž Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.

ž Pakar dalam bidang pekerjaan .

ž Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.

ž Mementingkan mutu perkhidmatan.

ž Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.

ž Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.

ž Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;

ž Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.

ž Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:

a) penguasaan ilmu yang mendalam

b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang

c) kod etika

d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

ž Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)

ž Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5) GURU….PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL…..;

Guru Profesional;

ž Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.

ž Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.

Page 3: Konsep Profesion Dan Profesionalisme

ž Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.

ž Guru adalah pakar dalam pendidikan.

ž Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional;

ž Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara

ž Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.

ž Autonomi guru adalah terhad.

ž Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika.

ž Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

ž Bersikap profesional

ž Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori

ž Berilmu

ž Patuh dengan Kod Etika.

ž Bermoral

ž Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran

ž Prihatin terhadap murid dan ibubapa

ž Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.

ž Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

ž Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah.

ž Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

ž Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.

ž Mempertahankan martabat profesionnya.

ž Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

Page 4: Konsep Profesion Dan Profesionalisme

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

ž Dorongan oleh misi dan passionate

ž Positif dan benar

ž Guru sebagai pemimpin

ž With-it-ness

ž Gaya

ž Kepakaran dalam motivasi

ž Keberkesanan pengajaran

ž Pembelajaran kandungan

ž Pintar

ž Celik minda

8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah

• Bertaqwa

• Berakhlak

• Berperibadi mulia

• Komitmen

• Bersopan

• Positif

• Berkepimpinan

• Budaya ilmu

Ketrampilan

• Merancang & mengurus p & p

Page 5: Konsep Profesion Dan Profesionalisme

• Memilih strategi

• Kemahiran teknologi

• Kemahiran generik

• Kemahiran kaunseling

• Menilai p & p

Ilmu

• Isi kandungan

• Pedagogi

• Bahan

• Kaedah

• Teknologi

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

ž Kaedah mengajar

ž Kawalan sosial di sekolah

ž Kawalan disiplin murid

ž Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid

ž GERKO

ž Pembimbing kepada murid

10) Refleksi;

ž Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?

ž Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan