konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

15
Konsep perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah Kita sentiasa berpendapat bahawa perkhidmatan bimbingan dan perkhidmatan adalah sama, tetapi sebenarnya kedua-dua perkhidmatan ini adalah berbeza dari segi penggunaan pendekatannya. Untuk mengetahui perbezaan antara kedua-dua perkhidmatan ini, kita perlulah mengetahui definisi dan konsep antara perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini. Menurut Persatuan Kaunseling Amerika, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan manusia dari segi strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkahlaku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembanga kerjaya atau patologi. Pada kebiasaannya, kaunseling berlaku secara bersemuka. Namun ada juga sesi kaunseling melalui telefon, emel ataupun konferens video seperti apa yang dilaksanakan oleh Persatuan Befrienders. Walaupun apa saja cara perlaksanaannya, kaunseling bukan bersifat pemberian nasihat. Kaunselor juga tidak mempunyai sebarang preskripsi penyelesaian bagi kebimbingan yang dialami 1

Upload: edsonho

Post on 27-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Bimbingan dan Kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Konsep perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah

Kita sentiasa berpendapat bahawa perkhidmatan bimbingan dan

perkhidmatan adalah sama, tetapi sebenarnya kedua-dua perkhidmatan ini adalah

berbeza dari segi penggunaan pendekatannya. Untuk mengetahui perbezaan antara

kedua-dua perkhidmatan ini, kita perlulah mengetahui definisi dan konsep antara

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini.

Menurut Persatuan Kaunseling Amerika, kaunseling merujuk kepada aplikasi

prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan manusia dari segi

strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkahlaku bagi menangani isu-isu yang

berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembanga kerjaya atau patologi.

Pada kebiasaannya, kaunseling berlaku secara bersemuka. Namun ada juga

sesi kaunseling melalui telefon, emel ataupun konferens video seperti apa yang

dilaksanakan oleh Persatuan Befrienders.

Walaupun apa saja cara perlaksanaannya, kaunseling bukan bersifat

pemberian nasihat. Kaunselor juga tidak mempunyai sebarang preskripsi

penyelesaian bagi kebimbingan yang dialami oleh kliennya. Sebaliknya klien akan

bekerja bersama-sama kaunselor untuk memahami sebab sesuatu isu atau

kebimbingan yang dialaminya, serta meengenalpasti kepercayaan bercelaru yang

berhubungkait.

Manakala menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan

sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan

secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu

1

Page 2: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan

kebajikan dan perkembangan dirinya.

Bimbingan juga boleh dilihat sebagai satu proses membantu individu atau

kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat

membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial akademik, kerjaya dan

sebagainya demi kepentingan masyarakat amnya dan individu khasnya. (Forum

Kebangsaan Bimbingan, 2005).

Berdasarkan pengertian di atas, maka boleh dikatakan bahawa bimbingan

ialah sesuatu aktiviti yang dijalankan dengan memberikan bantuan kepada seserang

individu untuk menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan panjang, serta

merancang cara-cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkahlaku pada

individu tersebut.

2

Page 3: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Matlamat Bimbingan dan Kaunseling

Sepertimana yang kita sedia maklum, salah satu fungsi pendidikan ialah

member setiap kanak-kanak peluang untuk mencapai potensi masing-masing dari

segi perkembangan peribadi, social, akademik, kerjaya dan emosi. Sebagai satu

komponen penting dalam bidang pendidikan, perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah juga mentikberatkan fungsi pendidikan itu. Menurut Gibson

dlm Lunenberg pada tahun 2010, secara amnya, perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling yang ditawarkan di sekolah rendah mempunyai dua matlamat. Pertama

ialah memberi sokongan psikologikal dari aspek penyesuaian diri, aspek kesihatan

mental yang positif, aspek penerimaan kendiri dan aspek keberkesanan peribadi.

Dan matlamat kedua ialah menyediakan kanak-kanak untuk bertanggungjawab atas

keputusan yang dibuat, seterusnya meningkatkan kebolehan mereka untuk

memahami dan menerima kesan dan akibat pilihan tersebut.

Dalam konteks Negara Malaysia, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan dari

pelbagai aspek termasuk pengetahuan, sahsiah, dan kemanusiaan bagi melahirkan

generasi masa depan yang mampu bersaing dalam arena antarabangsa. Matlamat

ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi

Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan berteraskan Zero Defect.

Bagi mencapai matlamat itu, guru-guru bimbingan dan kaunseling perlulah

tunjuk ajar guru biasa supaya dapat membantu kanak-kanak mengagihkan

kebolehan, bakat dan tenaga mereka bagi memaksimumkan peluang pembelajaran

yang sedia ada. Selain daripada itu, guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah

3

Page 4: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

juga perlulah membantu menangani kanak-kanak yang bermasalah disiplin, supaya

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh berjalan lancar.

4

Page 5: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah

Keperluan bimbingan dan kaunseling untuk kanak-kanak boleh dihuraikan

dengan sebab-sebab berikut. Pertama, masalah disiplin di sekolah semakin

bertambah ke tahap di mana guru biasa yang kurang mampu menanganinya dengan

berkesan. Punca timbulnya masalah disiplin bukan sahaja masalah pembelajaran

tetapi juga faktor psikososial. Justeru itu, masalah disiplin murid memerlukan guru

bimbingan yang mahir dalam bidang kaunseling membimbing murid supaya

menguasai kemahiran berdisiplin diri.

Kedua, dasar pendidikan inklusif yang melibatkan muriid-murid kurang normal

belajar di sekolah biasa memangnya menambah beban guru biasa mengawal

disiplin kelas. Misalnya, murid-murid yang menghadapi gangguan mental seperti

attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) tidak boleh duduk lama, tetapi sering

bergerak sana-sini, sentuh dan bermain dengan apa benda yang mereka jumpa.

Sesetengahnya adalah impulsif dan menjawab sebelum guru menghabiskan

soalannya. Kanak-kanak ADHD lazimnya mempunyai defisit koordinasi, memori,

kekurangan keupayaan belajar serta gangguan percakapan dan pendengaran.

Kanak-kanak ADHD ini perlu kemahiran guru bimbingan dan kaunseling mengenal

pasti mereka dengan tepat dan menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan rawatan

daripada pakar ADHD.

Ketiga, guru bimbingan yang mahir kaunseling memainkan peranan penting

bukan sahaja membantu guru biasa membimbing murid-murid yang menghadapi

masalah pembelajaran kerana gangguan mental, bukan sahaja menjadi insan yang

bertanggungjawab dan disiplin, tetapi juga membantu guru biasa mengurangkan

masalah kawalan disiplin yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan

5

Page 6: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

pengajaran-pembelajaran. Ini disebabkan ada beberapa masalah dalam pendidikan

dan pengajaran di sekolah yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh guru sebagai

pengajar sahaja. Guru sebagai pengajar, kadang-kadang terikat dengan tugas yang

harus diselesaikannya di mana tugas itu bertentangan dengan kehendak murid.

Maka, terjadi konflik antara murid dengan guru yang memerlukan bantuan pihak

ketiga.

Walau bagaimanapun, untuk membantu murid-murid yang menunjukkan

tingkah laku bermasalah, guru biasa harus bekerjasama dengan guru bimbingan dan

kaunseling seperti mengumpul segala maklumat murid berkenaan yang diperlukan

oleh guru bimbingan dan kaunseling.

Dengan adanya bantuan daripada guru bimbingan dan kaunseling, maka

masa untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan

dengan lebih bermanfaat.

6

Page 7: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Perbezaan di antara Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan Guru

Biasa dalam Bimbingan dan Kaunseling

Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan guru yang terlatih dalam bidang

Bimbingan dan Kaunseling secara khas. Guru-guru ini mendapat latihan secara

khusus dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Institue Perguruan, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia atau universiti-universiti luar/dalam

negeri.

Antara bimbingan daripada guru bimbingan dan kaunseling adalah termasuk

membimbing murid dalam pelajaran mereka, misalnya memperkenalkan matlamat-

matlamat pelajaran, cara-cara belajar, situasi persekitaran, peraturan-peraturan dan

menekankan lebih kepentingan pembelajaran mata pelajaran yang berkenaan.

Seterusnya adalah membimbing murid menyediakan perancangan persekolahan

sesuai dengan kebolehan, minat dan perkembangan masing-masing. Ketiga adalah

memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan

pelajaran. Keempat, membimbing murid dalam proses menyelesaikan masalah

pembelajaran. Kelima, membimbing murid membuat keputusan yang rasional. Yang

terakhir adalah membimbing murid membentuk tabiat kerja yang baik, menghargai

kerja dan membina sifat-sifat personaliti yang sempurna.

Dalam menyelesaikan masalah peribadi dan masalah akademik pelajar, guru

bimbingan dan kaunseling akan mengadakan temu bual dengan pelajar secara

individu. Masalah yang dihadapi oleh pelajar sering dibincang bersama kaunselor

dengan guru lain untuk menyelesainya. Di samping itu, mereka juga akan

melakukan lawatan ke rumah dan menjemput ibu bapa untuk menghadiri

7

Page 8: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

perjumpaan di sekolah bertujuan untuk lebih memahami pelajar. Guru bimbingan

dan kaunseling adalah sentiasa peka dan sensitif terhadap emosi keseluruhan murid

di bilik darjah dan emosi murid secara individu.

Dari segi keputusan ujian yang telah dilaksanakan oleh guru bimbingan dan

kaunseling adalah bertujuan untuk menunjukkan keperluan peribadi dan pelbagai

halangan untuk membuat penyesuaian diri. Gred yang digunakan adalah untuk

menunjukan pelbagai jenis pencapaian selain pencapaian mata pelajaran misalnya

pencapaian sosial, psikologi estetik dan lain-lain.

Peranan Guru biasa

Guru biasa ialah guru yang tidak mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan

kaunseling seperti guru mata pelajaran akademik dan guru non akademik.

Tugasan guru biasa termasuk yang pertama menolong murid membuat

penyesuaian dalam peribadi sosial emosi akademik perkembangan mental dan

akhlak. Kedua, menolong murid dalam pelajaran mereka seperti memperkenalkan

sistem pendidikan, matlamat pelajaran, cara belajar, situasi persekitaran, peraturan

sekolah dan kepentingan mata-mata pelajaran. Ketiga. guru biasa menyediakan

perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan, minat dan perkembangan

masing-masing. Keempat, memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi

tentang kepentingan pelajaran. Kelima, menolong murid dalam proses

menyelesaikan maslah pembelajaran. Keenam, adalah bekerjasama dengan ibu

bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar. Secara keseluruhannya, guru biasa

lebih memberi keutamaan terhadap mata pelajaran yang mereka ajar dan mereka

tidak bersensitif terhadap emosi murid.

8

Page 9: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Dalam menyelesaikan masalah pelajar, guru biasa biasanya tidak banyak

melakukan temu bual secara peribadi dengan murid kecuali tentang masalah

akademik. Kemajuan murid adalah jarang merujuk kepada kaunselor atau guru lain.

Di samping itu, tidak banyak lawatan ke rumah dilakukan dan jarang mengadakan

pertemuan dengan ibu bapa di sekolah. Jika pelajar memahami masalah dari segi

mental guru biasa akan merujukkan pelajar tersebut kepada guru pembimbing dan

kaunseling di sekolah.

Dari segi keputusan ujian yang telah dilaksanakan oleh guru biasa adalah

bertujuan untuk menentukan aras potensi pencapaian dalam sesuatu mata

pelajaran. Gred yang digunakan berfungsi untuk menilai pembelajaran mata

pelajaran sahaja dan hanya murid yang dapat mempelajari mata pelajaran akan

berjaya ke tahap yang tinggi.

Rumusannya, peranan guru bimbingan dan kaunseling adalah berbeza

dengan guru biasa. Guru biasa cuma menitikberatkan keputusan mata pelajaran

manakala guru bimbingan dan kaunseling adalah mengambil berat tentang

pembentukan personaliti klien.

9

Page 10: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Kaedah yang terbaik bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling itu menarik

perhatian klien dan mendapatkan kerjasama darinya dalam proses kaunseling

Kalau saya ialah seorang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, saya

telah bertemu dengan seorang klien yang sentiasa merungut dan memberikan

pelbagai alasan setiap kali menghadiri temujanji dengan saya, saya akan mengikut

enam tahap, (Thompson, Rudolph&Henderson, 2004) untuk menyelesaikan masalah

tersebut.

Pertama, mendefinisikan masalah. Ini merupakan persediaan awal, yang

amat penting bagi guru bimbingan dan kaunseling untuk membina hubungan

dengan kanak-kanak yang berkenaan. Saya akan menyambut budak dengan

senyuman manis dan penampilan yang mesra. Setelah saya mendapati kanak-

kanak itu nampak selesa dengan keadaan itu, saya akan menjelaskan kepada dia

tentang maksud kaunseling, tempoh masa sesi, bilangan sesi, peranan kanak-kanak

dan kaunselor dan yang paling penting ialah kerahsiaan bersyarat.

Apabila pensrukturan sesi sudah selesai, saya akan cuba mengenalpastikan

isu atau masalah dengan bertanya kepada klien secara terus-terang tentang

matlamat yang ingin dicapai melalui sesi kaunseling ini. Saya juga akan

menggalakkan klien berceritakan apa yang ingin dikongsikan. saya tidak akan

mencelah, saya hanya akan memberi respon dengan menggunakan mimik muka

dan pergerakkan badan sehingga dia telah habis perkongsiannya. Saya akan

membuat pernyataan yang ringkas supaya dapat meningkatkan komunikasi yang

lebih berkesan.

10

Page 11: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Kemudian, saya akan lanjutkan sesi kaunseling ke tahap kedua iaitu

menjelaskan jangkaan klien. Saya akan memberitahu kepada dia samada jangkaan

dia kurang realistik dan jenis perkhidmatan kaunselling yang diperlukan.

Seterusnya, saya akan menerusan tahap ketiga dengan membuat

penerokaan tentang usaha klien untuk menyelesaikan masalah. Pada tahap ini

adalah mustahak untuk menimbulkan kesedaran tentang kos melepas bagi alternatif

yang tidak berhasil. Saya akan menggunakan kemahiran melayan dan mendengar

dan menunjukkan minat ingin tahu dan ingin membantu klien. Saya juga akan

membantu klien memikirkan alternatif penyelesaian tetapi tidak memberi sebarang

cadangan, hanya mendorong klien menjanakan pemikiran sahaja.

Tahap keempat ialah membuat penerokaan tentang usaha baru klien ke arah

penyelesaian masalah. Saya akan melibatkan klien dalam sesi sumbangsaran agar

dapay meneroka dan menjana alternatif penyelesaian. Pada tahap ini, kuantitii idea

adalah lebih penting daripada kualiti idea.

Tahap kelima ialah memperoleh komitmen klien untuk mencuba satu cara

penyelesaian yang telah dikenalpasti. Dengan senarai alternatif yang dihasilkan

pada tahap empat, klien akan memilih satu cara dan berjanji untuk memberi

komitmen masing-masing untuk mencubanya dalam masa yang ditetapkan bersama

dengan guru bimbing dan kaunseling. Dan pada tahap keenam, tahap akhir sekali

ialah menamatkan sesi kaunseling. Saya merumuskan segala tahap yang berlaku

sepanjang sesi kaunseling. Saya akan mendapatkan persetujuan klien terlebih

dahulu sebelum saya menamatkan sesi kaunseling. Saya juga akan merancangkan

tindakan susulan seperti merujukkan klien kepada pakar psikiatri jikalau perlu.

11

Page 12: Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Akhir kata, kaunseling boleh disimpulkan sebagai satu proses yang dinamik

dimana guru bimbingan dan kaunselin sentiasa menyesuaikan diri bertujuan untuk

mengakomodasikan kehendakkan klien yang unik dan berubah-ubah.

12