konsep pentaksiran dalam pendidikan khas

Upload: annenhafurqhani

Post on 05-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Konsep Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    1/4

    Konsep Pentaksiran dalam Pendidikan Khas ( Nur Musernah Bt Musini)

    Secara umumnya, pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang

    merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod dan memberi skor serta

    menterjemah maklumat mengenai tentang proses pembelajaran seseorang murid

    bagi sesuatu tujan yang tertentu. Hasil pentaksiran boleh dinyataka dalam bentuk

    skor dan skor tersebut mestilah sah dan boleh dipercayai bagi memastikan ianya adil

    kepada murid tersebut.

    Hasil daripada pentaksiran tersebut, maklumat yang terdapat dalam hasil

    pentaksiran akan dirujuk bagi memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan

    pencapaiannya. Pentaksiran juga dibuat mengikut peringkat kebolehan dan

    perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, bagi menjalankan pentaksiran

    pengumpulan bukti serta data pencapaian murid dalam tempoh satu masa yang

    tertentu diperlukan bagi mentaksir pembelajaran dan sejauh mana tahap

    pemahamnannya.

    Pentaksiran mengikut Ronald L. Taylor ( !!! " merujuk kepada proses

    mengumpul maklumat yang berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan.

    Pentaksiran pendidikan dan psikologi kanak#kanak khas melibatkan pengumpulan

    maklumat yang berkaitan dalam membuat keputusan berkaitan dengan matlamat

    dan objekti$ yang bersesuaian, strategi pengajaran dan program penempatan.

    %enurut Raymond ( !!! " pula pentaksiran digunakan sebagai alat membuat

    klasi$ikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas

    ataupun tidak, manakala &avid Lambert ' &avid Lines ( !!! " menyatakan

    penaksiran adalah proses mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan

    maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

    Sementara itu , %c luhan ( )**+ ", mende$inisikan pentaksiran adalah satu

    proses sistematik mengumpul data dan maklumat yang relevan bertujuan untuk

    membuat keputusan, pembelajaran dan perundangan berkaitan dengan peruntukan

    perkhidmatan khas, dan earheart ' earheart ( )**! " pula menyatakanpentaksiran satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan mengintepretasikan

    data untuk tujuan keputusan intervensi dan penempatan pelajar#pelajar khas.

    %engikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan -has adalah

    untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam

    pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira mengesan punca masalah

    yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan

    yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Secara keseluruhannya pentaksiran

    bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan, potensi murid bagi memperkukuhkan

    dan mempertingkatkan perkembangan mereka serta membolehkan guru mengambil

  • 7/21/2019 Konsep Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    2/4

    tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan potensi murid ke tahap

    optimum dalam domain kogniti$,a$ekti$ dan psikomotor.

    Pentaksiran ini bermatlamat bagi meningkatkan kemajuan murid dalam

    pembelajaran. %elalui pentaksiran ini juga, ibu bapa, murid serta guru mendapat

    maklumat yang terperinci mengenai perkembangan murid dalam pembelajaran.

    Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti serta data pencapaian murid

    tersebut. ukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja

    dan port$olio serta beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan

    data yang diperoleh telah menggambarkan tahap kebolehan mahupun kekurangan

    dan kelebihan murid berkenaan untuk menentukan penempatan yang sesuai

    mengikut tahap kebolehannya.

    Secara kesimpulannya, pentaksiran dalam Pendidikan -has tidak kurang

    be/anya dengan pentaksiran yang dilakukan di luar bidang pendidikan khas, yang

    membe/akan hanyalah cara dan strategi bagi menjalankan sesuatu pentaksiran

    tersebut. Pentaksiran amat penting dalam Pendidikan -has, kerana melalui

    pentaksiran guru dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh murid

    secara tidak langsung, guru dapat merancang strategi dan intervensi untuk

    mengatasi masalah murid tersebut.

  • 7/21/2019 Konsep Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    3/4

    Refleksi ( Nur Musernah Bt Musini )

    Syukur 0lhamdulillah segala puji bagi1ya akhirnya tugasan projek ini berjaya

    dilaksanakan dengan jayanya. 2capan ribuan terima kasih kepada pensyarah

    pembimbing iaitu 3ncik -amarul ahrin in %ohd Rad/i kerana banyak membantu

    dan membimbing sepanjang saya melaksanakan tugasan projek ini. Tugasan projek

    ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu, tugasan individu dan berkumpulan.

    Tugasan individu mengkehendaki kami untuk menghuraikan konsep pentaksiran

    dalam Pendidikan -has, manakala bagi tugasan berkumpuan pula, mengkehendaki

    kami untuk membina satu instrument senarai semak pentaksiran kemahiran asas,

    sosial dan tingkah laku.

    Seperti yang diketahui, instrument ini sangat penting bagi menjalankan

    sesuatu pentaksiran khususnya kepada murid#murid Pendidikan -has. Tugasan

    projek kali ini meminta saya dan ahli kumpulan saya untuk membina instrument

    senarai semak pentaksiran bagi kemahiran asas, sosial dan tingkah laku.

    Pentaksiran kemahiran asas meliputi kemahiran pengamatan. Pengamatan

    mempunyai beberapa komponen iaitu diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan,

    diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran serta sensori motor.

    &ari aspek kemahiran pengamatan pula, terdapat )4 pembahagian

    kemahiran pengamatan iaitu diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil,

    diskriminasi sai/, ingat kembali, orientasi kedudukan, kekalan, keabadian bentuk,

    turutan, melengkapkan dan menyudahkan, rajah latar belakang dan bertindih,

    koordinasi motor mata dan tangan, pertalian jarak atau ruang, ma/ing atau mencari

    jalan keluar, mencari gambar tersembunyi, menyalin dan akhir sekali gambar bersiri.

    agi kemahiran sosial pula, instrument ini dibina bagi melihat sejauh mana

    tahap kemahiran sosial mereka terhadap murid yang lain. -emahiran ini juga

    membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat

    dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Selain itu, kemahiran sosial ini

    dapat membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosialyang melibatkan orang lain.

    %ereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan

    orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul.

    Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya

    perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan

    kemurungan. agi instrument tingkah laku pula, instrument ini dibina bagi tujuan

    untuk menilai tingkah laku seseorang murid. 5aktor utama yang mempengaruhi

    tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam

    persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta

  • 7/21/2019 Konsep Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    4/4

    bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana

    berpecah belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang

    yang kasar dan panas baran. 6alaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi

    pembelajaran. Tingkah laku manusia boleh diubah dan boleh berubah sekiranya

    teknik dan strategi yang sesuai digunakan. %elalui instrument ini guru dapat menilai

    tingkah laku seseorang murid tersebut.

    Secara kesimpulannya, banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang

    membina instrument ini. Pengalaman yang saya peroleh, dapat saya aplikasikan

    apabila saya berada di sekolah kelak.