unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

14
Kanak-kanak Berkeperluan Khas | 1 UNIT PELAJARAN 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep pendidikan khas. 2. Menjelaskan Falsafah Pendidikan Khas. 3. Menerangkan peranan dan tugas pasukan pelbagai disiplin. PENGENALAN Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang.

Upload: marina-masdar

Post on 22-Jun-2015

5.488 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 1

UNIT PELAJARAN 1

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan definisi dan konsep pendidikan khas.

2. Menjelaskan Falsafah Pendidikan Khas.

3. Menerangkan peranan dan tugas pasukan pelbagai disiplin.

PENGENALAN

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan

tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut.

Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri

daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri

daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif,

Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah

Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid

khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibentuk adalah fleksibel

selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “

guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P),

masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan

matlamat Pendidikan Khas”.

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang

yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi

dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang

dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan

setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam

amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai

untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan

sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan

hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang.

Page 2: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 2

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.

Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani

dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997),

pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau

ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan

ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan

yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program

pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya

juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus

(Gargiulo 2003). Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak-

kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital

atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada suatu

usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang

berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan

kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang

seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang

dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/

kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran,

latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum

untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai

dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai

jenis kecacatan/ kuang upaya itu.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KHAS

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Apakah konsep dan definisi pendidikan khas mengikut akta pendidikan khas yang

diamalkan di Malaysia.

Page 3: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 3

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang

dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu

bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelik

dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan kumpulan pelbagai

disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang

menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang

merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Suasana

penbelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan

dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat.Ini dapat melahirkan

murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.Manakala prinsip yang ketiga ialah pendidikan

sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam

persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam

kehidupan seharian.

Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu

bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang

berteraskan kepada keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu, penilaian

awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar.Guru perlu menjalankan ujian

pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah

murid berada dalam pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai semak dan

pemerhatian perlu dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan seterusnya

merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu.

Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran,

dan penilaian adalah bersifat interaktif.Untuk memenuhi keperluan individu,interaksi antara

ketiga-tiga aspek di atas boleh berlaku dalam keadaan fleksibel. Proses ini boleh bermula

daripada mana-mana aspek berpaksikan kepada keperluan murid.Kurikulum ini juga

menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktivi pembelajaran

boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pemilihan pengalaman

pengajaran melalui bidang berikut iaitu bidang pengurusan kehidupan yang merangkumi

komponen pengurusan diri, komponen kemahiran menipulatif , komponen pengurusan tingkah

laku, dan komponen kemahiran hidup. Bidang akademik berfungsi pula merangkumi

komponen Bahasa Melayu, komponen Matematik, komponen Bahasa Inggeris dan komponen

Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bagi bidang kerohanian dan nilai-nilai murni

merangkumi komponen pendidikan Agama Islam dan komponen Pendidikan Moral. Manakala

bidang yang terakhir ialah bidang sosial, riadah dan kreativiti yang mengandungi komponen-

Page 4: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 4

komponen seperti komponen Pendidikan Jasmani, komponen Pendidikan Seni, komponen

Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama, komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori

pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang

sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu

akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan penbelajaran. Melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan

individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari,berdisiplin dan bersikap positif, bermoral

dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan produktif dan boleh menyumbang kepada

keluarga, masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan proses pengajaran dan

pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid dapat menjalani satu

kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan dengan nilai-nilai yang diterima

oleh masyarakat.

MODEL-MODEL PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS

Terdapat dua model utama dalam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model

Perubatan dan Model Sosial.

Model Sosial (Social model) dan Model Perubatan (Medical Model)

Kedua-dua model ini mengutamakan ke arah masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti

masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti memastikan keperluan OKU diambil kira.

Locates problem in society.

Individual limitations are acknowledged but are seen as less important than society’s failure

to ensure the needs of the disabled are taken into account in its organisation and facilities

Bagi tujuan menjayakan model ini prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak

amat diutama dengan penglibatan ibubapa, sekolah dan masyarakat kepada program

pendidikan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam

menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk mencapai suatu matlamat. Semangat

kerjasama harus lahir secara sukarela untuk memudahkan pencapaian suatu matlamat. Dalam

proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai displin memainkan peranan penting. Menurut Golin

dan Ducanis ( 1981), kumpulan pelbagai displin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri

Bincangkan bagaimanakah anda menerapkan prinsip Falsafah Pendidikan Khas di

dalam bilik darjah.

Page 5: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 5

daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu.

Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak

khas. Mereka berfungsi untuk mengenal pasti masalah pelajar, merancangkan program

pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk memastikan keberkesanan Program

Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah memastikan kanak-kanak mendapatkan penempatan

yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus

diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, masalah

pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak- kanak ini memang dilahirkan dengan

pelbagai kecacatan tetapi pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka.

Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan

diri mereka tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan

dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi. Matlamat

falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan

keperluan–keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang

berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, merancang, mengurus kehidupan

sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Maka

kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi dan memberi sumbangan tertentu kepada

program pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan

dalam hidup mereka.

Tahukah anda siapakah yang akan terlibat dalam menjayakan program pendidikan

khas yang berkesan?

Mewujudkan pasukan pelbagai disiplin adalah kaedah yang sering dilakukan oleh guru pendidikan khas.

Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Displin meliputi pengenalpastian masalah iaitu;

a. Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas dari segi masalah

kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku dan sebagainya.

Pasukan Pelbagai Disiplin

Ibubapa Sekolah Pakar Perubatan Bahagian

Pendidikan Khas

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat

Badan Pertubuhan

Bukan Kerajaan (NGO)

Masyarakat

Page 6: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 6

b. Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenalpasti keberkesanan

strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan akan menilai kesesuaian

program pendidikan yang sedia ada.

c. Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk pemulihan. Contohnya

apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif ? Maka ahli kumpulan

yang terlibat akan memberikan pelbagai cadangan untuk mengajar kategori kanak-kanak ini.

d. Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan segala maklumat kanak-

kanak.

e. Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan

masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan

dicadangkan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan.

f. Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab untuk menjalankan dan memantapkan

rancangan pendidikan.

Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin

1. Ibubapa

Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anak-

anak. Mereka patut mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka tidak harus

membiarkan sahaja jika mereka dapat mengesan sebarang masalah atau perubahan pada

anak mereka. Mereka harus berbincang dengan professional pakar berkaitan masalah atau

kecacatan anak mereka supaya tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka

dapat diambil dengan segera. Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika dapat

mengesan kecacatan pada peringkat awal. Adalah penting untuk setiap ibubapa mengetahui

cara menjaga anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal

kerana kesilapan kecil boleh membawa kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak ini.

Mereka sentiasa perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk memulihkan kecacatan

kritikal anak mereka kepada keadaan lebih baik.Oleh itu mereka perlu bersikap positif dan

sentiasa percaya dalam diri yang mereka dapat menangani perkembangan anak-anak mereka.

Selepas itu juga perlu melakukan pemerhatian dan menganalisis setiap perlakuan anak-anak

mereka kerana kelakuan anak-anak berbeza mengikut kecacatan.

Ibubapa perlu memilih strategi yang sesuai untuk membentuk kelakuan anak-anak

mereka. Pembentukan kelakuan positif adalah penting supaya anak-anak dapat berkelakuan

baik di khalayak ramai kerana bukan semua faham keadaan mental dan emosi kanak-kanak

yang memiliki ciri-ciri khas. Universal Declaration of Human Right 1948 menegaskan bahawa

setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan. Jadi ibubapa tidak seharusnya

Page 7: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 7

mengabaikan anak-anak mereka yang memiliki kekurangan dan kecacatan. Sebaliknya mereka

harus memberi sokongan dan kerjasama yang penuh untuk membantu anak-anak mereka yang

berkeperluan khas. Setiap kanak-kanak ini memiliki bakat dan kemahiran tertentu, maka

menghantar mereka ke sekolah khas dapat memperkembangkan bakat yang ada pada diri

mereka. Tanggungjawab ibu bapa tidak berhenti setakat menghantar anak mereka ke sekolah

sahaja. Mereka harus ke sekolah untuk mengetahui perkembangan semasa anak-anak mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas adalah penting untuk membina

keyakinan dalam diri murid-murid khas selain memberi sokongan kepada mereka. Ibubapa juga

boleh memberi cadangan yang bernas untuk melancarkan lagi program pendidikan khas.

Ibubapa juga harus berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar nasihat

guru dan menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan di sekolah. Ibubapa juga boleh

melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti perkhemahan, program

motivasi dan sebagainya. Ibu bapa disarankan tidak menganggu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran tetapi boleh berperanan sebagai pembantu kepada guru. Ibubapa boleh

membantu guru dengan mengawasi anak-anak mereka semasa membuat kerja rumah. Ibu

bapa perlu melakukan intervensi di rumah kerana ibu bapa merupakan guru terbaik kerana

mereka kerap mendampingi anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa akan memberi pengaruh

dalam perkembangan anak mereka. Sumbangan dan sokongan padu daripada pihak ibu bapa

sangat diperlukan kepada program pendidikan khas.

2. Pakar Perubatan

Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan

penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca

masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Peranan pakar perubatan boleh

dibahagikan seperti jadual di bawah.

Pakar Perubatan Peranan

Pediatrik Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan

merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca

masalah pembelajaran seperti genetic, kewarisan,prenatal

dan postnatal.

Neurologi

Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan

mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal

seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal

hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan

memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal

keaktifannya

Terapi pertuturan Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi

pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi pertuturan

akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk

membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan

Page 8: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 8

kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi

untuk bertutur.

Terapi fizikal

Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir

fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

Dan melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu

diri.

Audiologi

Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi

pendengaran akan dirujuk kepada audiologi untuk

mengesan fungsi pendengaran mereka.

Oftomologi

Pakar ini akan menaksiran penglihatan pelajar. Sekiranya

mereka mempunyai masala penglihatan maka akan

memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan

kanak-kanak biasa.

Bincangkan perananan yang dimainkan oleh pakar-pakar perubatan seperti jurupulih

pertuturan, jurupulih cara kerja, pakar pemakanan, jurupulih bahasa dan psikologi klinikal dalam

membantu murid-murid pendidikan khas.

3. Pihak Sekolah

Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka

boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan

atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas. Menyediakan infrastruktur yang serba

lengkap adalah salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar. Pengetua atau

guru besar juga harus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada program pendidikan

khas. Program pendidikan khas akan berkembang dengan adanya sokongan guru besar atau

pengetua. Mereka perlu mengambil tahu keperluan program pendidikan khas dan murid-murid

berkeperluan khas.

Bagi sekolah yang mempunyai program integrasi sepatut tidak mengasingkan murid-

murid berkeperluan khas dengan murid-murid biasa melalui. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan

pergaulan antara murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus diperbanyakan. Ini adalah

untuk membolehkan murid-murid khas berinteraksi secara normal dengan semua glongan dan

tidak akan mengasingkan diri. Langkah sebegini akan membantu murid-murid khas untuk

menghadapi masyarakat luar secara normal. Guru pendidikan khas berperanan penting dalam

keberkesanan program pendidikan khas. Guru pendidikan khas harus memberi komitmen yang

sepenuhnya kepada murid-murid berkeperluan khas dan program pendidkan khas. Mereka

Page 9: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 9

seharusnya menjiwai karier mereka sebagai seorang guru pendidikan khas. Hanya guru

pendidikan khas sahaja dilatih dengan pelbagai kemahiran untuk mengajar murid-murid

keperluan khas. Guru khas perlu memiliki kriteria sebagai seorang guru khas supaya program

pendikan khas dapat berjalan lancar.

Seorang guru khas harus berfikiran secara kreatif, inovatif dan imagenatif supaya dapat

menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian.Guru

khas juga harus tahu mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra supaya murid dapat

menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Sikap simpati dan juga empati perlu ada

ada pada seorang guru pendidikan khas. Guru khas harus berupaya memberikan ujian saringan

kepada pelajar untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan masalah pelajar. Guru khas perlu

mengenali setiap anak muridnya secara terperinci supaya mereka dapat melayan murid-murid

mengikut kepeluan tertentu. Guru pendidikan khas juga perlu menyediakan Rancangan

Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai

satu kemahiran dengan baik. Program dan aktiviti dirancang oleh guru tidak seharusnya

tertumpu di kawasan sekolah sahaja. Sebaliknya guru khas perlu membawa murid-murid ke

kawasan luar agar murid-murid dapat terdedah kepada masyarakat luar. Mereka juga boleh

meluaskan pengetahuan dan pengalaman melalui program lawatan. Guru khas juga harus

berbincang dengan ibubapa tentang masalah kesihatan dan tingkahlaku murid-murid khas agar

mereka dapat mencari jalan penyelesaian dengan mudah kepada suatu masalah dengan

adanya kerjasama yang baik antara guru khas dan ibubapa. Guru khas juga boleh mengubah

strategi pengajaran dengan mendengar nasihat dan idea ibubapa jika bersesuain dengan kuri-

kulum.

Selain itu, kerjasama guru khas dengan program pendidikan arus perdana juga penting

untuk melancarkan perkembangan program pendidikan khas. Guru biasa (arus perdana) perlu

berkongsi pendapat dan tanggungjawab bersama guru pendidikan khas supaya objektif

pendidikan khas dapat dicapai. Guru khas dan guru biasa boleh tukar-menukar bahan bantu

mengajar supaya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru biasa perlu membantu dan

memberi tumpuan lebih kepada murid-murid khas dalam program inklusif supaya mereka dapat

kekal dalam kekal biasa. Guru khas juga membantu guru biasa dengan mengajar pelajar-

pelajar lemah dalam kelas biasa. Guru biasa boleh mengunakan kemahiran dan idea untuk

membolehkan murid –murid mengembangkan bakat dan kemahiran yang pada mereka. Guru

biasa perlu mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan untuk murid-murid khas supaya guru

dapat mengenal dan memahami keperluan dan ciri mereka supaya mereka tidak menghadapi

masalah semasa mengajar mereka dalam program inklusif. Kolaborasi semua staf sekolah

kepada program pendidikan khas penting untuk merealisikan aspirasi pendidikan khas.

4. Jabatan Kebajkan Masyarakat

Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi usaha-usaha membantu serta

memberi perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta

syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada mereka yang

Page 10: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 10

mendaftar dengan jabatan ini sahaja. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang

kurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota

masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Jabatan ini

mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan supaya

mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses kepada kemudahan awam. Dengan

adanya kad ini pelbagai faedah seperti rawatan perubatan, khidmat pemulihan, rawatan

lanjutan dan latihan vokasional juga diberikan. Selain itu, untuk mendaftar di sekolah dan

institusi tertentu kanak-kanak khas perlu juga mendapatkan kebenaran JKM. Kad ini perlu untuk

golongan Khas ini mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga untuk

mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta.

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak

kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-

institusi di bawah kelolaan jabatan. Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini kepada

kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) seperti Taman Sinar

Harapan, Pusat Dalam Komuniti, Bengkel Daya dan Pusat Pemulihan dan Latihan Perindustrian

Bangi. Institusi-institusi ini menyediakan latihan dan menggalakkan penyertaan aktif serta

sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan

positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke

arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan

Masyarakat negara.

SEMAK KENDIRI

a. Huraikan definisi pendidikan khas dalam konteks pendidikan khas di Malaysia.

b. Bincangkan kandungan kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

c. Nyatakan dan huraikan perbezaan falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan khas.

d. Jelaskan bagaimana amalan konsep kolaborasi antara pelbagai disiplin dilaksanakan.

e. Senaraikan tugas dan peranan pasukan pelbagai disipilin di bawah; i. Pakar Perubatan ii. Jabatan Kebajikan Masyarakt iii. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran

Malaysia iv. Pihak Pentadbir Sekolah

Page 11: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 11

Rumusan

1. Pendidikan Khas di Malaysia memberi peluang kepada semua kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan secara formal di sekolah-sekolah pendidikan khas, program intergrasi dan inklusif.

2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas memfokus kepada perkembangan dan pengupayaan individu khas ke arah kecemerlangan akademik dan kemahiran melalui tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu,pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna dan pendidikan sepanjang hayat.

3. Dua model pelaksanaan pendidikan khas iaitu Model Sosial dan Model Perubatan. Model Sosial mengutamakan kolaborasi antara pihak ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Model Perubatan pula mengutamakan peranan dan tanggungjawab pakar-pakar.

4. Kepelbagaian kategori murid berkeperluan khas memerlukan kerjasama pasukan pelbagai disiplin untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti ciri-ciri serta keperluan pendidikan khas.

5. Secara keseluruhannya, boleh dilihat bahawa terdapatnya perbezaan antara ciri-ciri Akta Pendidikan di Malaysia dengan Akta Pendidikan di Amerika Syarikat. Secara umum, Akta Pendidikan 1996 lebih bersifat umum di mana peruntukan untuk bidang pendidikan khas adalah sebahagian kecil sahaja dalam akta ini dan tidak dinyatakan dengan lebih jelas dan lanjut mengenai takrifan ’murid khas’, ’sekolah khas’, ’kategori murid khas’ dan sebagainya. Manakala, IDEA dinyatakan lebih jelas dan spesifik dalam takrifan-tarifan tersebut

6. Akta OKU 2008 menekankan penyamaan peluang serta peruntukan hak-hak asas untuk golongan OKU ini dalam aspek yang lebih luas bukan saja dalam aspek pendidikan.

Secara kesimpulannya, tidak kira Akta Pendidikan di Malaysia mahupun luar negara, akta pendidikan diwujudkan demi mempertahankan hak golongan OKU dalam memperoleh perkhidmatan pendidikan yang sepatutnya. Dengan itu, sebagai pendidik, harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan khas, malah menambahbaikkan lagi kualiti pendidikan untuk golongan khas ini.

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (1997). Dimuat turun pada 13 November 2009, 11.34p.m. daripada http://414326-Akta-Pendidikan-1996 1.pdf.

Allan. G. O., & Charles, J. R. (2006). Special Education And The Law. A Guide for Practitioners.2nd Ed. California: Crown Press.

Alper, S. 2001. Alternate assessement of students with disabilities in inclusive settings. Needham Heights, MA.: Allyn & Bacon.

Burch, P. (2007). Supplemental Education Services Under NCLB: Emerging Evidence And Policy Issues. Dimuat turun pada 18 November 2009, 11.44 p.m. daripada http://www.greatlakescenter.org/docs/Policy-Briefs/Burch_NCLB.pdf

Chadd, J., & Drage, K. (2006). No Child Left Behind: Implications for Career and Technical Education. Journal of Career and Technical Education Research. 31(2), 79-99.

Dudley, K. (2006). The Effect of the No Child Left Behind Act 2020 on Special Education and Learning. Dimuat turun pada 19 November 2009, 4.05p.m. daripada http://www.associatedcontent.com/article/43665/the_effect_of_the_no_child_left_behind_pg4_pg4.html?

Page 12: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 12

Lerner, J. 2003. Learning disabilities theories, diagnosis and teaching strategies. Boston : Houghton Mifflin Company.

Paige, R. (2002). No Child Left Behind: A Desktop Reference. Dimuat turun pada 18 November 2009, 11.15p.m. daripada http://www.ed.gov/admins/lead/account/ndbreference/reference.pdf .

Supiah Saad, 2005. Komitmen dan Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia, Jurnal Kementerian Pengajian Tinggi. Dimuat turun pada 19 November 2009, 3.05p.m. dalam http://www. Toodoc./com/search.php?=dasar+pendidikan+khas.

Tie Fatt Hee. (2002).Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Trahan, C. (2002). Implications of the No Child Left Behind Act of 2001 for Teacher Education. Dimuat turun pada 19 November 2009, 4.30 p.m. daripada http://findarticles.com/p/articles/mi_pric/is_200212/ai_3334171959/

Turnbull, H. R. 1998. Free appropriate public education: The law and children with disabilities. Denver, CO: Love.

Undang-undang Malaysia: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (1996).Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2008). Dimuat turun pada 19 November 2009, 3.30 p.m. daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0015/001585/158536mly.pdf.

Weishaar, M. K. (2007). Case Studies in Special Education Law. No Child Left Behind Act. New Jersey: Pearson Edu. Inc.

Wong Huey Siew & Sandiyao Sebestion, 2002 : Pendidikan Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia : Satu Analisis daripada Perspektif Sejarah. Journal Issues in Education, Vol 25, m/s 145-163.

Yell, M. L. & Shriner, J.G. 1997. The IDEA amendments of 1997: implication for special and general education teachers, administrators and teacher trainers. Focus on exceptional children. 30(1): 188 – 243. dan penyelidikan. Konvensyen Pendidikan Khas, 2004. 6-9 Disember 2004, Kuala Lumpur. Dimuat turun pada 19 November 2009, 8.00a.m. daripada http://www.paralympic.org.my/mpc/doc/ref_doc UNDANG-UNDANG_MALAYSIA-AKTA_ORANG_KURANG_UPAYA.pdf.

Ysseldyke, J., & Bob, A. (2006). The Legal Foundation of Special Education. A Practical Guide for Every Teacher. California: Corwin Press.

Page 13: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 13

Page 14: Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 14