konsep pembalasan

1

Click here to load reader

Upload: hasrol-hashim

Post on 06-Jul-2015

388 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep pembalasan

KONSEP PEMBALASAN

Konsep pembalasan merupakan aspek akidah yang penting dalam Islam. Ianya merupakan rukun iman yang wajib dipercayai oleh setiap muslim. Konsep pembalasan amat berkait-rapat dengan sifat Allah yang maha adil dan bijaksana serta ujian dan tanggungjawab bagi umat manusia. Golongan ahlu Sunnah dan falsafah masing-masing mempunyai perspektif yang berbeza tentang konsep pembalasan ini.

KONSEP PEMBALASAN MENURUT AHLUSSUNNAH

1. Ianya merupakan ujian dan taklif daripada Allah SWT kepada manusia serta pembalasan terhadap amalan manusia. Konsep ini menggambarkan setiap amalan manusia ada balasan dan ganjaran yang telah ditetapkan Allah SWT. Firmannya:

È È È y È È È È È

2. Konsep pembalasan melambangkan keadilan Allah serta sifat kelembutannya terhadap manusia. Sekiranya Allah tidak melaksanakan pembalasan maka sia-sialah taklif yang Allah berikan kepada manusia daripada suruhan dan larangan. Firman Allah SWT:

È È È È 3. Konsep pembalasan menunjukkan kebijaksanaan Allah dan ketelitianNya dalam memberi ganjaran dan balasan. Allah SWT memberikan ganjaran mengikut kadar dan jumlah yang berbeza sesuai dengan nilai sesuatu amalan. Bagi mereka yang berjihad dan syahid dijalanNya dibalaskan dengan masuk syurga tanpa dihisab demikian juga balasan bagi malan yang lain yang berbeza kadarnya. Firman Allah SWT:

b e e r b e

4. Konsep pembalasan menurut ahlussunnah wal jamaah merangkumi jasad dan roh. Ini berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadis antaranya:

وما أنت بمسمع من فى القبورAyat ini menunjukkan bahawa azab di dalam kubur berlaku dan ianya secara reality buj\kannya melalui alam roh semata-mata.

5. Konsep pembalasan melambangkan sifat Allah yang mutlak dan manusia tidak berhak mencampuri dan mempertikaikan urusan Allah SWT. Imam Sanusi mengatakan konsep Syurga dan Neraka berada di atas prinsip Rahmat dan kehendak Allah. Allah lebih berhak untuk memutuskan seseorang ketika di hari pembalasan mengijkut kehendaknya yang mutlak dan rahmatNya yang tidak terbatas. Firman Allah SWT:

فعال لمايريد

KONSEP PEMBALASAN MENURUT AHLI FALSAFAH

1. Menurut ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi, konsep pembalasan adalah perkara yang mesti bagi Allah sesuai dengan sifatnya yang maha lemah lembut dan adil. Sekiranya Allah SWT tidak mengadakan pembalasan maka ternafilah sifat Allah yang maha adil lagi kemah lembut terhadap makhluknya. Firman Alllah

إن ال اطيف خبيـــر

2. Ibnu Sina berpendapat, hari pembalasan termasuk nikmat dan azab dikubur berlaku dengan roh semata-mata bukanlah dengan jasad dan badan. Beliau menggunakan dalil akal bahawa mustahil jasad yang telah hancur dihidupkan kembali untuk menunggu pemalasan. Bagi beliau azab dan nikmat di syurga dan neraka berlaku dengan ruh semata-mata.