konsep mol

7
KONSEP MOL 1. “mol” mewakili satu bilangan yang tertentu ( 6.02 x 10 23 ). 2. Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 gram karbon-12. Bilangan zarah ini ialah 6.02 x 10 23 .” 3. Nombor malar 6.02 x 10 23 disebut nombor Avogadro. Sebagai contoh: 1 dozen telur = 6.02 x 10 23 biji telur ½ dozen telur = 3.01 x 10 23 biji telur ¼ dozen telur = 1.505 x 10 23 biji telur Dengan konsep yang sama: 1 mol atom = 6.02 x 10 23 biji atom ½ mol atom = 3.01 x 10 23 biji atom ¼ mol atom = 1.505 x 10 23 biji atom. 4. Jenis zarah yang terdapat dalam suatu bahan mungkin ialah atom, molekul atau ion. Sebagai contoh: 1 mol kalium = 6.02 x 10 23 atom kalium 1 mol karbon dioksida = 6.02 x 10 23 molekul karbon dioksida. 1 mol ion sulfat = 6.02 x 10 23 ion sulfat. Contoh: Cari bilangan atom yang terdapat di dalam: a. 2 mol ferum b. 3.6 mol zink c. 2.8 mol zink d. ¼ mol ferum

Upload: cikgu-ummi

Post on 10-Aug-2015

72 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep mol

KONSEP MOL1. “mol” mewakili satu bilangan yang tertentu ( 6.02 x 1023 ).

2. Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti yang mengandungi bilangan zarah yang

sama dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 gram karbon-12. Bilangan zarah ini ialah 6.02 x 1023.”

3. Nombor malar 6.02 x 1023 disebut nombor Avogadro.

Sebagai contoh:1 dozen telur = 6.02 x 1023 biji telur

½ dozen telur = 3.01 x 1023 biji telur

¼ dozen telur = 1.505 x 1023 biji telur

Dengan konsep yang sama:

1 mol atom = 6.02 x 1023 biji atom

½ mol atom = 3.01 x 1023 biji atom

¼ mol atom = 1.505 x 1023 biji atom.

4. Jenis zarah yang terdapat dalam suatu bahan mungkin ialah atom, molekul atau ion.

Sebagai contoh:

1 mol kalium = 6.02 x 1023 atom kalium

1 mol karbon dioksida = 6.02 x 1023 molekul karbon dioksida.

1 mol ion sulfat = 6.02 x 1023 ion sulfat.

Contoh:Cari bilangan atom yang terdapat di dalam:

a. 2 mol ferum

b. 3.6 mol zink

c. 2.8 mol zink

d. ¼ mol ferum

Page 2: Konsep mol

BILANGAN MOL DAN BILANGAN ZARAH1. Kita telah belajar bahawa "mol" mewakili satu kuantiti, iaitu 1 mol = 6.02 x 1023.

Nombor 6.02 x 1023 dan nilai ini digelar pemalar Avogadro.

2. Oleh itu, jika dalam satu soalan kita diberi bilangan mol bahan dan disuruh mencari

bilagan zarah dalam bahan itu, kita boleh mendapat jawapan dengan mendarabkan bilangan mol bahan itu dengan pemalar Avogadro.

3. Sebaliknya, jika bilangan zarah diberi dan disuruh menbari bilangan mol, jawapan

boleh diperolehi dengan membahagikan bilangan zarah dengan pemalar Avogadro.

Contoh 1Antara 1 mol of helium dan 1 mol of uranium, yang manakah emngandungi lebih banyak zarah? Yang mana pula mempunyai jisim yang lebih besar. [Jisim atom relatif: He=4; U=238 ]

Contoh 2Cari bilangan zarah yang terdapat di dalam 2.5 mol emas.

Contoh 3Berapa bilangan mol magnesium mengandungi 2.76 x 1023 atom magnesium?

BILANGAN MOL ATOM DAN BILANGAN MOL MOLEKUL

Page 3: Konsep mol

1. Semua molekul mengandungi lebih daripada satu atom

2. Contohnya, setiap karbon dioksida mengandungi 3 atom, iaitu satu atom karbon

dan dua atom oksigen.

3. Oleh itu, satu mol karbon dioksida mengadungi 3 mol atom, iaitu satu mol atom

karbon dan dua mol oksigen.

4. Dengan cara yang sama, kita mengetahui bahawa, dalam dua mol karbon dioksida

terdapat 6 mol atom, dalam 3 mol karbon dioksida terdapat 9 mol atom dan

seterusnya.

Contoh 1:a. Berapa bilangan molkah molekul hidrogen boleh dibentuk oleh 20 mol atom

hidrogen?

b. Berapa bilangan molkah atom hidrogen yang terdapat di dalam 20 mol molekul

hidrogen?

Jawapan:

Contoh 2:a. Cari bilangan mol karbon atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.

b. Cari bilangan mol oksigen atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.

Jawapan:

BILANGAN MOL DAN JISIM BAHANJisim Molar

Page 4: Konsep mol

1. Jisim molar satu bahan ialah jisim 1 mol bahan itu.

2. Nilai jisim molar satu bahan adalah sama dengan jisim atom relatifnya dalam unit

gram.

3. Jisim molar juga ditakrifkan sebagai jisim satu bahan yang menpunyai bilangan

zarah yang sama dengan pemalar Avogadro.

Unsur Jisim atom relatif Jisim satu mol bahan Jisim molarHidrogen 1 1 g 1 g mol-1

Karbon 12 12 g 12 g mol-1

Oksigen 16 16 g 16 g mol-1

Kuprum 64 27 g 27 g mol-1

Ferum 56 56 g 56 g mol-1

Contoh1. Jisim atom relatif kuprum ialah 64, maka jisim 1 mol kuprum ialah 64g

2. Jisim atom relatif natrium ialah 23, maka jisim 2 mol natrium = 2 x 23 = 46g

3. Jisim molekul relatif nitrogen ialah 28, maka jisim 2.5 mol nitrogen = 2.5 x 28 = 70g

4. Jisim atom relatif kalsium ialah 20, maka jisim 0.3 mol kalsium = 0.3 x 20 = 6g

Kesimpulan

Nota:Hubungan di antara jisim satu bahan dan bilagnan mol zarah boleh diringkaskan seperti persamaan di bawah:

n= Molar Mass

Persamaan ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di mana anda diberi jisim bahan dan diminta mencari bilangan mol zarah (atau sebaliknya).

Contoh:Cari bilangan mol atom yang terdapat dalam 4.6g natrium (Jisim atom relatif natrium = 23)

Page 5: Konsep mol

Jawapan:

ContohCari bilangan mol natrium hidroksida yang berjisim 191 g [Jisim atom relatif: Na=23, O=16, H=1]

Jawapan:

Contoh 1 - Bilangan Mol dan Jisim BahanSoalan Berapakah jisim bagi 7.12 mol NaI. [Jisim Atom Relatif: Iodin = 131; Natrium = 23]

Jawapan:

Page 6: Konsep mol