bab 1 konsep asas hubungan etnik

37
BAB 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Upload: nur-az

Post on 05-Dec-2014

15.187 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

BAB 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN

ETNIK

Page 2: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

OBJEKTIF BAB • Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya

boleh: 1. Memahami konsep asas hubungan etnik. 2. Memahami definisi dan asal usul manusia. 3. Memahami definisi, kemunculan dan ciri

masyarakat. 4. Memahami definisi dan unsur berkaitan

dengan kebudayaan.

Page 3: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.1 PENGENALAN • Konsep asas hubungan etnik – definisi dan asal-usul manusia, – definisi dan kemunculan etnik, – definisi kemunculan dan ciri masyarakat dan

konsep kebudayaan, – sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan.

Page 4: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.2 MANUSIA 1.2.1 Definisi Manusia • “Manusia” berasal dari bahasa Sanskrit. “Manu” -

berfikiran dan berakal budi (Ismail Yusof, 2003: 37).

• Kamus Dewan - insan dan makhluk yang mempunyai akal (T.Iskandar, 1970: 714).

• Dalam bahasa Inggeris “human” berasal perkataan latin “humo” - yang dilahirkan dari tanah. “Human” akhirnya membawa maksud sebagai manusia yang boleh berfikir dan berkreativiti (Collins, 1983: 263).

Page 5: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Dalam bahasa Arab “ins, al-insan, an-nas” dan “al-basyar” - sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur (Mustafa Daud, 1991:28).

• Al-Qur’an menjelaskan bahawa perkataan “al-insan” dan “an-nas” berasal dari perkataan “nasiya” yang memberi erti lupa - Adam a.s. apabila baginda sendiri terlupa terhadap janjinya dengan Allah SWT iaitu tidak memakan buah khuldi.

Page 6: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.2.2 Asal Usul Manusia

• Abad ke 4, 5 dan 6 S.M. - ahli-ahli falsafah Greek seperti Aristotle, Anazimander, Empidocles (teori evolusi).

• Abad 19M - 20M pakar sosiologi barat - Charles Darwin (1802-1889) dan Jean Baptiste Come de Lamarck (1749-1829) - manusia berasal dari monyet - (Sulaiman Nordin, 1978: 50).

• Pakar sains Barat menolak teori evolusi - tidak saintifik dan tidak sahih.

Page 7: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Diperalatkan oleh golongan anti agama - Karl Marx - nafi kebenaran wahyu dan agama yang dianggap sebagai khayalan Sulaiman Nordin, 1978: 50).

• Al-Qur’an menjelaskan: “Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa). Daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak”

(Surah al Nisaa 4: 1)

Page 8: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.3 ETNIK 1.3.1 Definisi Etnik • Berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ethnic”. Kamus

Collins Gem English Dictionary - ras (race). • Kajian berkaitan dengan etnik - “ethnology” - klasifikasi

manusia berasaskan kepada faktor sosial dan kebudayaan. • Kajian berkaitan hubungan etnik dengan faktor geografi

dan kependudukan dikenali sebagai “ethnography” (Collins, 1983:185).

• Perkataan ini dipinjam oleh bahasa Melayu yang membawa pengertian yang sama sepertimana yang digunakan di dalam bahasa Inggeris (T. Iskandar, 1970: 272).

Page 9: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.3.2 Kemunculan Etnik • Teori evolusi asal usul manusia - Homo Sapiens

berkembang menjadi tiga etnik utama - etnik Caucasoid, etnik Mongoloid dan etnik Negroid.

• Bentuk tubuh badan dan warna kulit yang berlainan kerana faktor mutasi, seleksi dan “random genetic drift”.

• Kroeber (1948) - empat etnik utama (Ismail Yusof, 2003:38):

(i) Caucasoid - Nordik (Eropah Utara sekitar Laut Baltik), Alpine (Eropah Tengah dan Timur), Meditterranean (sekitar Laut Tengah, Afrika Utara), Armenia, Arab, Iran dan India.

Page 10: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(ii) Mongoloid - Asiatic Mongoloid (Asia Utara, Asia Tengah, Asia Timur), Malayan Mongoloid (Asia Tengah, kepulauan Indonesia, Malaysia, Filipina), American Mongoloid (dari Eskimo di Amerika Utara hingga penduduk Terra del Fuego di Amerika Selatan).

(iii) Negroid - African Negroid (benua Afrika), Negrito (Afrika Tengah, Semenanjung Tanah Melayu, Filipina, Malanesian (Irian, Malanesia).

(iv) Etnik-etnik yang tidak dapat diklasifikasikan seperti Bushman (di daerah gurun Kalahari di Afrika Selatan, Veddoid (pendalaman Sri Lanka, Sulawesi Selatan), Austroloid (penduduk asli Australia), Polenesia (kepulauan Mikronesia dan Polenesia) dan Ainu (pulau-pulau Karafuto, Hokkaido di Jepun Utra).

Page 11: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Klasifikasi etnik berdasarkan kepada pembahagian geografi - Garn (1961) dan Coon (1962), (Ismail Yusof, 2003:50):

(i) Amerindian: penduduk asli di Amerika sebelum kedatangan orang Eropah dan Afrika.

(ii) Micronesia: penduduk di kepulauan Mikronsia dan sebahagian dari Pasifik Barat.

(iii)Malanesian-Papuan: penduduk New Guinea, Fiji dan pulau-pulau lain di Pasifik Barat.

(iv) Australian: peduduk asli di Australia sebelum kedatangan Eropah. (v) Asiatik: penduduk di Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Tengah dan

Siberia. (vi) India: penduduk India. (vii) European: penduduk di Eropah, Afrika Utara dan Barat-Daya Asia. (viii)African: penduduk Afrika di bahagian selatan padang pasir Sahara.

Page 12: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Firman Allah:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

(Surah al-Hujarat, 49: 13)

• Masyarakat plural (majmuk) dikenali dengan istilah “Ahli al Zimmah” atau golongan Zimmi di dalam sesebuah negara Islam (Al-Maududi, 1974: 3).

Page 13: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.4 MASYARAKAT 1.4.1 Definisi Masyarakat • Ilmu kajian berkaitan hubungan etnik, kelompok-

kolompok dan masyarakat - cabang ilmu sains sosial (Ismail Yusof, 2003: 57).

• Perkataan masyarakat berasal dari perkataan Arab – – “syaraka, yusyariku, musyarakatan” - bersekutu,

berkongsi, hidup bersama dan bermasyarakat (Idris Al Marbawi, 1950: 320).

– “jama’a, yajami’u, jam’an” - kumpulan, kehidupan, pergaulan dan masyarakat (Idris al-Marbawi, 1950: 108).

Page 14: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Kamus Dewan - masyarakat sebagai kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup bermasyarakat (T. Iskandar, 1970: 718).

• Bahasa Inggeris - guna dua perkataan iaitu “society” dan “community”.– “Society” - hidup bersama dengan orang lain (Colins,

1983: 500).– “Community” - kumpulan individu yang hidup

bersama dan mempunyai nilai bersama (Colins, 1983: 100).

• Keseragaman definisi - bahasa Melayu, Inggeris dan Arab - perkongsian, persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan.

Page 15: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Kuncaraningrat - kelompok terbesar dari makhluk-makhluk manusia yang hidup terjaring dalam satu kebudayaan (Sidi Gazalba, 1986:5).

• Linton - kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan berkerja-sama sehingga mereka dapat mengorganisasikan diri mereka dan berfikir tentang diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu bergantung kepada kemahuan yang sama di hati sanubari setiap individu masyarakat tersebut (Sidi Gagazalba, 1986:5).

• Roucek dan Waren - “satu kumpulan manusia yang berhubungan secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama” (Musa Ahmad, 2006: 8).

Page 16: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Lyson - bentuk-bentuk pergaulan hidup keluarga, suku, etnik, bangsa, jemaah agama, persyarikatan dan sebagainya. Tiga perkara yang ditekankan oleh beliau dalam memberikan definisi masyarakat adalah (Sidi Gazalba, 1986: 6): – (i) Sebutan jenis iaitu kelompok yang dapat dibayangkan

dari jenis yang sama iaitu sesama manusia, kelompok yang dapat dibayangkan dari segi kewujudannya dalam bentuk konkrit dan kelompok yang dapat dibayangkan kewujudannya dari segi abstrak.

– (ii) Lingkungan masyarakat iaitu pergaulan hidup sesama manusia, semua golongan, semua lapisan dan semua kelompok membentuk masyarakat.

– (iii) Semua kesatuan sosial yang meliputi setiap golongan dan lapisan masyarakat.

Page 17: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Hammudah Abdalati - seluruh bentuk hubungan yang diatur oleh keakraban yang tinggi dari seseorang dalam pergaulannya dengan seseorang yang lain. Ia merupakan bentuk awal bagi terciptanya keluarga (Hammudah Abdalati, 1983:81).

• Drs. Sidi Gazalba (Sidi Gazalba, 1986: 12):– (i) Interaksi manusia dengan manusia, hidup

berkelompok dan di dalam masyarakat yang teratur. – (ii) Pemeliharaan interaksi yang teratur dalam

kelompok.

Page 18: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Lyson - masyarakat dipengaruhi oleh tiga suasana (Sidi Gazalba, 1986: 8): – (i) Pengaruh alam ke atas kehidupan masyarakat - alam

persekitaran dalam banyak hal boleh menghasilkan kesan yang besar ke atas kelompok sesebuah masyarakat.

– (ii) Pengaruh manusia ke atas alam sekitar - aktiviti manusia merupakan faktor perubahan alam terbesar, boleh membina dan boleh merosakkan.

– (iii) Pengaruh manusia ke atas manusia - manusia sentiasa saling pengaruh-mempengaruhi - tiga bentuk pengaruh sesama manusia: • (a) Pengaruh individu ke atas individu yang lain. • (b) Pengaruh kelompok ke atas individu. • (c) Pengaruh individu ke atas kelompok.

Page 19: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.4.2 Kemunculan Masyarakat

• Ahli antropologi, sosiologi dan arkeologi - sependapat bahawa masyarakat manusia di dunia ini mengalami proses evolusi.

• Fiedrichcist (1987-1846) mengatakan bahawa masyarakat berkembang melalui lima peringkat iaitu (Ahmad Kamar, 1982: 14): – (i) Berburu dan memancing. – (ii) Menternak. – (iii) Bertani. – (iv) Bertani dan berkejiranan. – (v) Bertani, berkejiranan dan berniaga.

• Teori ini menganalisis evolusi masyarakat berdasarkan kepada kegiatan ekonomi.

Page 20: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Tweedie (1970:2) membahagikan peringkat perkembangan masyarakat kepada lima tahap:

(i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age)/“Palaelithic”– Tahap tertua dalam tamadun dan masyarakat manusia.

Bermula 500,000 atau 400,000 tahun yang silam. – Peralatan diperbuat daripada batu kelikir seperti kapak, pahat

dan pinggan mangkuk.– Tinggal di gua-gua dan memburu haiwan

(ii)Zaman Batu Pertengahan(Middle Stone Age)/“Mesolithic”– Tahap kedua dalam perkembangan tamadun manusia. Bermula

sejak 25,000 tahun yang lalu (sejak 10,000 hingga 4,000 tahun). – Masyarakat semakin maju dan menggunakan api untuk

memasak.– Memburu haiwan, meramu makanan dan masih tinggal di

dalam gua (David R. Hughes, 1965: 7).

Page 21: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age)/ “Neolithic” – Zaman ini bermula kira-kira 2,500 hingga 1,500 tahun

S.M - lebih bertamadun dan hidup dalam keadaan yang lebih rukun dan damai

– Menghasilkan alat daripada besi dan tajam – untuk memburu dan kerja harian.

– Tinggal dalam rumah. Tetapi rumah itu masih lagi berhampiran dengan gua.

– Menggunakan pinggan mangkuk daripada tembikar.– Menghasilkan alat perhiasan seperti rantai, gelang

dan sebagainya. – Aktiviti pertanian mereka ialah padi huma.

Page 22: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(iv) Zaman Gangsa (Bronze Age). – Masyarakat bertambah maju dengan mengguna alatan daripada

gangsa seperti dulang, loceng dan sebagainya.

(v) Zaman Besi (Iron Age). – Bermula sejak tahun 1000 hingga 700 S.M. – Peralatan diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. – Perhiasan bermutu tinggi - wanita zaman ini telah pandai

menjaga kebersihan dan menggunakan perhiasan. – Tinggal di tanah lembah dan lereng bukit yang subur.

• Tahap evolusi yang dikemukakan di atas merupakan

pendapat ahli arkeologi. Zaman sejarah ialah bermulanya tradisi penulisan rekod sejarah (Slametmuljono, 1964: 31).

Page 23: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Al Farabi (870-950M)– Pertumbuhan masyarakat bermula dari naluri semula jadi

keperluan setiap individu kepada individu yang lain. – Saling memerlukan antara satu sama lain dalam segala

bidang kehidupan, sentiasa tolong-menolong dan sifat ini akhirnya menjadikan manusia hidup berkelompok yang melahirkan sebuah masyarakat.

– Tiga perkara asas kehidupan mereka iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, membentuk empat kumpulan dan inilah yang dijelaskan sebagai masyarakat desa (Idris Zakaria, 1986: 80):• (i) Petani. • (ii) Pembuat rumah. • (iii) Penenun kain. • (iv) Pembuat kasut.

Page 24: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

– Empat kumpulan lain diperlukan apabila masyarakat berkembang. lnilah yang dikatakan sebagai masyarakat kota: • (i) Tukang kayu. • (ii) Tukang besi. • (iii) Saudagar. • (iv) Peniaga runcit.

Page 25: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Ibnu Khaldun (1332-1406M)– Manusia merupakan makhluk yang lemah dan

terpaksa bertungkus-lumus mendapatkan makanan.

– Memerlukan hidup berkelompok agar dapat tolong-menolong dan bergotong-royong dalam menyempurnakan keperluan mereka secara kolektif (Osman Din, 1981: 19).

– Kemunculan masyarakat adalah satu ketentuan daripada Allah SWT atau sunnatullah.

Page 26: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

– Masyarakat secara keseluruhannya banyak dipengaruhi oleh tekanan iklim, pemakanan, hubungan rapat antara satu sama lain, kekayaan dan sebagainya (Ahmad Kamar, 1982: 30).

– Ahli-ahli sosiologi kini lebih mengagungkan nama seperti Auguste Comte, Max Weber, Karl Marx, Thomas Hobbes, John Stuart Mill, Macheavilli dan lain-lain. Sedangkan sumbangan Ibnu Khaldun lebih besar dan lebih awal daripada mereka. Malahan mereka banyak mengambil teori Ibnu Khaldun dan memperkembangkannya pada masa kini.

Page 27: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.4.3 Ciri Masyarakat • Brownel menyenaraikan lima ciri masyarakat (Musa Ahmad, 2006:

8-9): (i) Kelompok-kelompok jiran yang mengenali antara satu dengan

yang lain. (ii) Kelompok itu menyeluruh dirangkumkan dalam kaedah umur,

jantina, kepintaran, fungsi dan pertolongan, sifat gotong-royong antara satu dengan lain.

(iii) Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama, terdapatnya kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar dalam penghidupan yang dianjurkan bersama. (iv) Mempunyai perasaan kasih atau “sence of belonging”, di samping mempunyai identiti kelompok (group identity) dan perpaduan. (v) Kelompok yang kecil seperti keluarga, desa atau pekan kecil di

mana seseorang itu dapat berkenalan rapat sesama mereka.

Page 28: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.5 KEBUDAYAAN 1.5.1 Definisi Kebudayaan • Kamus al Munjid Fi al Lughah wa al ‘A’lam - “al

thaqafah” adalah perkataan yang paling tepat untuk defenisi kebudayaan dalam bahasa Arab. – Ia merupakan tingkat-tingkat kemajuan yang dicapai

oleh manusia untuk memperbaiki taraf hidup mereka meliputi bidang ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, bahasa, kesusasteraan, seni rupa, seni bina dan sebagainya (Al-Munjid, 1973: 71).

Page 29: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Kamus Collins Gem English Dictionary - “culture” merupakan perkataan yang paling sesuai untuk definisi kebudayaan dalam bahasa Inggeris. – Ia merupakan cara hidup manusia di dalam kedua-

dua bidang iaitu pemikiran dan kebendaan yang meliputagama, ilmu pengetahuan, sains teknologi, ekonomi, undang-undang, seni bina dan sebagainya. Ia diwarisi dari satu generasi ke generasi lain dan berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain (Collins, 1982: 126).

Page 30: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Kamus Dewan - perkataan kebudayaan berasal dari empat suku kata iaitu “ke, budi, daya” dan “an”. “Ke” dan “an” merupakan penambahan di awal dan di akhir bagi menyempurnakan kata nama. Budi membawa maksud akal atau fikiran. “Daya” pula membawa maksud usaha dan ikhtiar. – Ia membawa maksud segala daya usaha manusia untuk

mengatasi segala masalah kehidupan mereka dan usaha menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Segala-galanya tersirat di dalam ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, falsafah, bahasa, kesusasteraan, seni bina dan sebagainya (T.Iskandar, 1971: 137).

Page 31: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya.

Page 32: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

1.5.2 Unsur Budaya (a) Kebudayaan sejagat

Berikut merupakan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap kebudayaan di dunia ini.

• Herskovits (1948) menyenaraikan empat unsur (Ismail Yuosf, 2003: 120): – (i) Alat teknologi. – (ii) Sistem ekonomi. – (iii) Keluarga. – (iv) Kekuasaan politik.

Page 33: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

• Kluckhohn (1953) menyenaraikan tujuh unsur: – (i) Peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

Kebendaan dan teknologi. – (ii) Mata pencarian dan sistem ekonomi. – (iii) Sistem sosial. – (iv) Bahasa. Unsur pertama dipelajari lebih awal

daripada agama dan adat resam. – (v) Kesenian. – (vi) Pengetahuan. – (vii) Agama.

Page 34: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(b) Aktiviti kebudayaan Ia meliputi perburuan, penternakan, perdagangan, berkebun dan sebagainya.

(c) Kompleks unsur-unsur

Termasuk sistem pemilikan tanah, teknik menanam, membajak dan lain-lain.

(d) Unsur-unsur tret kebudayaan

Ia mengandungi unit kebudayan paling mudah sama ada kebendaan seperti anak panah dan sebatang pena atau bukan kebendaan seperti berjabat tangan.

Page 35: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(e) Faktor pengaruhi kebudayaan • Dawson di dalam bukunya The Source of Cultural Change,

menyenaraikan empat faktor (Ismail Yusof, 2003: 124): – (i) Persekitaran - Iaitu keadaan penempatan manusia. Yang utama

ialah keadaan muka bumi, iklim dan sebagainya. – (ii) Bangsa dan etnik - Kepelbagaian bangsa, ras dan etnik

mempengaruhi corak kebudayaan. – (iii) Psikologi. – (iv) Ekonomi - Penghidupan berekonomi mencorakkan kebudayaan.

• Fischer di dalam bukunya Anthropology menyenaraikan tiga faktor

(Ismail Yusof, 2003: 124): – (i) Lingkungan hidup. – (ii) Ras dan etnik. – (iii) Interaksi antara-bangsa dan masyarakat. Interaksi antara-bangsa

dan masyarakat semestinya saling pengaruh mempengaruhi kebudayaan yang mereka miliki.

Page 36: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(f) Perubahan kebudayaan • Dua jenis perubahan:

– (i) Dalaman yang dibawa seseorang ke dalam sesebuah masyarakat seperti idea, konsep dan penemuan baru.

– (ii) Luaran hasil dari interaksi antara etnik dan antara-bangsa berlaku pengaruh- mempengaruhi dan pinjam-meminjam.

(g) Peminjaman kebudayaan • Tiga jenis peminjaman kebudayaan:

– (i) Difusi - Ia membawa maksud penyebaran dan pemindahan unsur-unsur dari satu kebudayaan ke dalam kebudayaan lain.

– (ii) Akulturasi - Berlaku akibat percantuman dua kebudayaan atau lebih.

– (iii) Asimilasi - Penyesuaian sesuatu kebudayaan dengan kebudayaan lain.

Page 37: Bab 1 konsep asas hubungan etnik

(h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan • Terdapat tiga sikap terhadap kepelbagaian

kebudayaan: – (i) Etnocentrisme - Melihat sesuatu berasaskan

kepada bangsa dan kebudayaan sendiri. Lantas memandang rendah terhadap kebudayaan

lain (Superiority complex). – (ii) Xenocentrisme - Melihat kebudayaan sendiri lebih

rendah dari kebudayaan orang lain (inferiority complex).

– (iii) Relativisme - Menilai sesuatu kebudayaan sebagai sesuatu yang relatif kerana ia tidak dapt dinilai secara objektif. Penilian sesuatu

kebudayaan itu ditentukan oleh perspektif kebudayaan itu sendiri.