konsep

23
1.7.1 BIDANG USUL AL-FIQH Ilmu usul al-fiqh adalah suatu bidang kecil dalam disiplin ilmu pengajian Islam khususnya bidang Syariah. Pelajar-pelajar bidang Syariah selalunya dimestikan mempelajari bidang kecil ini kerana ia akan memudahkan para pelajar memahami kenapa sesuatu hukum itu ditetapkan sebagai wajib, sunat, harus, haram dan makruh. Dari mana dalil diambil dan bagaimana proses pengambilan hukum tersebut dilakukan oleh para ulamak dan mujtahid terhadap sesuatu perkara sehingga sesuatu hukum dapat dikeluarkan. Pemahaman mengenai seterusnya akan memudahkan para pelajar syariah menyelesaikan sesuatu masalah fiqh dengan mudah kerana mereka telah memahami kaedah menetapkan sesuatu hukum. 1.7.1.1 Definisi ilmu Usul Al-Fiqh Istilah usul al-fiqh adalah terdiri daripada perkataan dua perkataan yang digabungkan menjadi satu perkataan iaitu ‘usul’ dan ‘al-fiqh’. Di dalam bahasa arab, gabungan dua perkataan itu dinamakan idhafi. Perkataan usul diidhafatkan (digabungkan) kepada perkataan al-Fiqh. Perkataan usul adalah kata jamak kepada perkataan ‘Aslun’. Perkataan aslun dari segi bahasa arab adalah bermaksud asas atau dalil. Dari segi istilah pula ia mempunyai banyak maksud iaitu

Upload: azie-zaki

Post on 06-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

USUL

TRANSCRIPT

Page 1: konsep

1.7.1 BIDANG USUL AL-FIQH

Ilmu usul al-fiqh adalah suatu bidang kecil dalam disiplin ilmu pengajian Islam khususnya

bidang Syariah. Pelajar-pelajar bidang Syariah selalunya dimestikan mempelajari bidang

kecil ini kerana ia akan memudahkan para pelajar memahami kenapa sesuatu hukum itu

ditetapkan sebagai wajib, sunat, harus, haram dan makruh. Dari mana dalil diambil dan

bagaimana proses pengambilan hukum tersebut dilakukan oleh para ulamak dan mujtahid

terhadap sesuatu perkara sehingga sesuatu hukum dapat dikeluarkan. Pemahaman mengenai

seterusnya akan memudahkan para pelajar syariah menyelesaikan sesuatu masalah fiqh

dengan mudah kerana mereka telah memahami kaedah menetapkan sesuatu hukum.

1.7.1.1 Definisi ilmu Usul Al-Fiqh

Istilah usul al-fiqh adalah terdiri daripada perkataan dua perkataan yang digabungkan menjadi

satu perkataan iaitu ‘usul’ dan ‘al-fiqh’. Di dalam bahasa arab, gabungan dua perkataan itu

dinamakan idhafi. Perkataan usul diidhafatkan (digabungkan) kepada perkataan al-Fiqh.

Perkataan usul adalah kata jamak kepada perkataan ‘Aslun’. Perkataan aslun dari segi bahasa

arab adalah bermaksud asas atau dalil.

Dari segi istilah pula ia mempunyai banyak maksud iaitu

1. Dalil,

2. Kaedah,

3. Al-Rujhan (yang sebenar),

4. yang diqiyaskan kepadanya dan yang diistishab kepadanya.

1. Dalil ialah seperti dikatakan “asal wajib sembahyang ialah dengan firman Allah Taala (

ة الصال� �قيموا ). Surah An-Nur: 56, maksudnya dalil wajib sembahyang ( و�أ الصالة - وأقيموا

Hendaklah kamu mendirikan sembahyang). Perkataan “Usul Fiqh“ maksudnya dalil-dalil

fiqh.

Page 2: konsep

2. Kaedah ialah seperti kaedah fiqh ( ار� ضر� و�ال� ر� ض�ر� yang bermaksud tiada ada kemudaratan (ال�

dan memudaratkan adalah salah satu kaedah fiqh.

3. Al-Rujhan iaitu yang terang dan sebenar. Seperti Asal daripada sesuatu perkataan itu adalah

dikehendaki maknanya yang hakiki. Ertinya makna perkataan yang sebenar di sisi pendengar

ialah maknanya yang hakiki.

4. Yang di kiaskan keatasnya يه� ع�ل “seperti “arak asal bagi hukum keatas minum tuak ((م�قيس

maksudnya: haram meminum tuak dikiaskan kepada haramnya meminum arak. Yang di

istishabkan (yang di sabitkan kekal) seperti seseorang yang yakin ia bersuci kemudian ragu

tentang tidak bersucinya “asalnya bersuci” maksudnya disabitkan kekal kesuciannya

sehingga di yakini tidak bersucinya.

Perkataan Fiqh pula dari segi bahasa ialah ’memahami’. Diantara penggunaan lafaz fiqh seperti

dalam firman Allah taala :

�قول �ثيراممات ك �فق�ه م�ان �شع�يب� ق�الواي

Maksudnya: mereka berkata “wahai shuib tidaklah banyak kami memahami daripada

apa yang engkau katakan.” (surah hud: 91)

Manakala dari segi istilah pula fiqh (fekah) ialah mengetahui hukum-hukum syarak berbentuk

amali (perbuatan) yang diambil daripada dalil-dalil yang bersifat tafsil (terperinci).

1.7.1.2 Definisi Ilmu Usul Al-Fiqh Setelah Dijadikan Suatu Bidang Ilmu Yang Khusus.

Apabila usul al-Fiqh dijadikan suatu bidang ilmu yang khusus dalam ilmu fiqh maka ia telah

diberikan beberapa definisi lain mengikut pandangan ulamak dalam mazhab.

a. Pandangan Ulamak Shafie

Page 3: konsep

Ulamak usul fiqh dari mazhab shafie telah mendefinisikan ilmu usul al-fiqh sebagai

�فيد المست و�ح�ال منه�ا االستف�اد�ة ة �يفي و�ك اجم�اال الفقه ئل� د�ال� .م�عرف�ة

Iaitu mengetahui dalil-dalil feqah secara ijmali (tidak terang) dan cara memetik atau mengambil

hukum-hukum daripadanya serta keadaan orang yang menuntutnya.

Yang dimaksudkan dengan mengetahui dalil-dalil feqah secara ijmal ialah mengetahui bahawa

al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ dan lain-lainnya adalah dalil-dalil yang boleh dijadikan sebagai

hujah, setiap perintah adalah wajib, setiap larangan adalah haram dan sebagainya. Apa yang di

ambil kira oleh ulamak usul fiqh ialah mengetahui dalil-dalil dari segi ijmali bukan detail.

Mengetahui cara-cara mengambil hukum-hukum daripada dalil-dalil feqah secara ijmali (umum)

adalah memerlukan kepada mengetahui syarat-syarat berdalil seperti diutamakan lafaz nas

daripada lafaz zahir, hadis mutawatir daripada hadis ahad dan sebagainya. Termasuk didalam

mengetahui keadaan orang yang menuntut hukum Allah itu mengetahui keadaan orang yang

berijtihad (mujtahid) dan yang bertaklid (muqallid), kerana yang berijtihad mengambil atau

memahami hukum-hukum daripada dalil-dalil sedangkan orang yang bertaklid mengambilnya

daripada mujtahid, jadi mengetahui syarat-syarat berijtihad dan bertaklid adalah sebahagian

daripada usul fiqh, kerana memandangkan bahawa penunjukan dalil-dalil adalah secara zhanni

pada kebiasaannya dan mengetahui zhan dan penunjukannya perlu kepada ijtihad.

b. Pandangan Ulamak Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali

Para ulamak usul fiqh dari kalangan yang berpazhab Hanafi, Maliki dan Hambali mendefinisikan

usul fiqh sebagai

ة �فصيلي الت ته�ا أدل من ة الع�م�لي ة رعي الش� �ام �حك اال �اط استنب �ى ال به�ا �و�صل يت تي ال باالق�و�اعد �لعلم اErtinya: Ilmu dengan kaedah-kaedah yang dengannya dapat menghubungkan istimbat

(mengeluarkan) hukum-hukum syarak yang bersifat amali (praktikal) yang diambil daripada

dalil-dalilnya yang bersifat terperinci (tafsil).

Page 4: konsep

Lafaz (العلم) sebelum disandarkan kepada (القواعد) merangkumi ilmu secara tasawur dan tasdik,

akan tetapi setelah ia disandarkan kepada (القواعد) maka ia bermaksud ilmu secara tasdik. Lafaz

) adalah jama’ bagi kaedah yaitu kaedah umum (القواعد) كليه yang dengannya dapat di (قضية

fahami hukum-hukum jaz’iyat (hukum-hukum yang lebih kecil atau terperinci seperti:

1. Kaedah umum ( �مرللوجوب أ (كل maknanya “setiap perintah suruhan adalah wajib,

dengan kaedah ini dapat di fahamkan wajib sembahyang dari perintah Allah (قيموا� أة� (أقيموا) maksudnya hendaklah kamu menunaikan sembahyang. Kerana lafaz (الصال�perbuatan suruhan, setiap suruhan wajib, oleh yang demikian setiap suruhan adalah

wajib.

2. Kaedah umum ( �حريم للت �هي ن (كل maknanya, setiap tegahan atau larangan adalah

haram. Dengan kaedah ini dapat difahami haram melakukan zina dari tegahan Allah (

الزنا surah al-isra’, ayat 32 yang bermaksud janganlah kamu menghampiri(والتقربوا

zina, kerana lafaz (والتقربوا) menunjukkan larangan, setiap larangan atau tegahan

adalah haram, oleh itu zina adalah haram.

Maksud ( ة فصيلي الت ته�ا أدل من ة الع�م�لي ة رعي الش �ام االحك �اط استنب �ى ال به�ا �و�صل� يت تي ialah dengan (و�ال

melalui kaedah-kaedah usul fiqh, para ulamak mujtahidin dapat memahami hukum-hukum fiqh

dari dalil-dalil yang terperinci. Perkataan ((الشرعية didalam definisi ini disebut ialah untuk

mengeluarkan hukum-hukum selain dari hukum-hukum syarak, seperti hukum akli bahawa alam

ini baharu , hukum-hukum ilmu nahu bahasa arab seperti Fail pasti hukumnya marfuk, maf ul bih

pasti mansub dan sebagainya. Perkataan (العملية) didalam definisi ini disebut adalah untuk

mengeluarkan hukum-hukum syarak yang bukan bersifat amali seperti hukum akidah (tauhid)

dan hukum akhlak atau tasawuf.

1.7.1.3 Sejarah Perpulaan dan Perkembangan Usul Al-Fiqh

Wahyu merupakan asas atau sumber perundangan Islam di masa hayat Rasulullah SAW samaada

ia (wahyu) di baca iaitu al-Quran atau tidak di baca iaitu as-Sunnah. Firman Allah Taala:

Page 5: konsep

يوح�ى و�حى اال هو� ان اله�و�ى ع�ن �نطق و�م�اي

Maksudnya : Dan ia (nabi) tidak mengeluarkan kata-kata menurut hawa nafsu, sesungguhnya ia

adalah wahyu yang di wahyukan. (surah al-Najm:ayat 3-4)

Oleh yang demikian para sahabat semasa hayat Rasulullah SAW tidak begitu perlu berijtihad

mengeluarkan hukum-hukum Islam dari al-Quran, kerana mereka mudah mendapatkan daripada

nabi Muhammad SAW dan bertanya kepadanya mengenai sesuatu kemuskilan didalam

memahami kandungan al-Quran, meskipun demikian tidaklah kesemua para sahabat dapat

melakukan demikian kerana ada diantara mereka yang berada ditempat-tempat yang jauh yang

menyebabkan sukar mereka merujuk kepada nabi SAW untuk menyelesaikan kemuskilan

mereka dan terpaksalah mereka berijtihad sendiri bagi mengatasi perkara-perkara yang berlaku

semasa itu yang tidak didapati hukumnya didalam al-Quran dan al-Sunnah, sebagaimana yang

berlaku kepada Muaz Bin Jabal ketika diutus oleh Rasulullah SAW ke negeri Yaman untuk

berdakwah orang ramai kepada Islam, baginda telah menemuduga beliau dengan sabdanya :

سول , ر� ة سن فى بم�ا ق�ال �جد ت �م ل ف�ان ق�ال الله �اب كت فى بم�ا ق�ال ق�ض�ا؟ ل�ك� اذ�اعرض� �امع�اذ ي �قضى ت بم� , ( ) , ذى. : ال الح�مدلله و�ق�ال� �يده ب ه ص�در� ص الله سول ر� ب� ف�ض�ر� آلو و�ال� �هد �جت ا ق�ال �جد ت �م ل ف�ان ق�ال� الله

سوله و�ر� الله �رض�ى ي لم�ا الله سول ر� سول� ر� .و�فق�

“Bagaimana engkau wahai Muaz menghukum apabila dibentangkan sesuatu masalah? Kata

Muaz: hamba akan menghukum atau menyelesaikannya dengan berpandukan kepada al-Quran,

sabda nabi lagi, jika engkau tidak dapat menyelesaikan dengannya? Jawab Muaz: hamba akan

berpandukan hadis, Rasulullah SAW bersabda lagi: kalaulah engkau tidak dapat menyelesaikan

dengannya? Jawab Muaz: hamba akan berijtihad berusaha menurut pandangan sendiri dan

hamba tidak cuai dan tinggal begitu sahaja, lalu Rasulullah SAW pun menepuk dada Muaz dan

bersabda : segala pujian bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulnya dengan

apa di redhai oleh Allah dan Rasulnya.”

Page 6: konsep

Ilmu usul fiqh merangkumi kaedah-kaedah mengistimbatkan hukum atau mengeluarkan hukum

daripada dalil yang mana setiap mujtahid beRPandu kepadanya didalamu membuat ijthad

terhadap hukum-hukum baru. Proses mengistimbatkan hukum-hukum tidak dapat dilaksanakan

kecuali oleh mereka yang memperolehi pengetahuan yang cukup dan sempurna mengenai

kaedah-kaedah atau metod-metodnya kerana tidak ada ijtihad tanpa metod dan tidak ada istimbad

tanpa kaedah. Oleh yang demikian boleh dikatakan bahawa kaedah-kaedah ilmu fiqh telah wujud

sama dengan feqah malah terdahulu darinya walaupun ia dibukukan selepas feqah kerana hukum

feqah pasti dibuat mengikut kaeadah tertentu cuma adakah ia disedari, difahami atau tidak

sahaja.

Para mujtahid dari kalangan sahabat selepas Rasulallah S.A.W wafat dan kalangan tabie tidak

perlu kepada pembukuan kaedah-kaedah usul fiqh kerana kaedah-kaedah ini sudah tersemat

didalam diri mereka, maka merekalah orang yang paling mengetahui bahasa al-quran yang

banyak kaedah-kaedah istimbad atau menyimpulkan hukum diambil daripadanya, disamping itu

lama persahabatan mereka dengan baginda rasulallah s.a.w menyebabkan mereka mengatahui

sebab-sebab nuzul ayat al-quran, bersesuaian diantara ayat dengan ayat-ayat yang terdahulu

daripadanya, kepentingan-kepentingan dan illah-illahnya. Kebanyakan kaedah-kaedah istimbad

hukum pula adalah bergantung kepada mengatahui matlamat-matlamat, kepentingan-

kepentingan, illah-illah dan tujuan-tujuan tersebut. Ia ditambah pula dengan kelebihan yang

istimewa pada diri mereka iaitu kerjernihan jiwa, ketajaman pemikiran dan kecerdasan akal.

Sebahagian daripada kaedah-kaedah metod-metod mengistimbadkan hukum feqah telah pun

lahir dengan jelas di kalangan sahabat dan tabie ketika mengemukakan hujah pendapat mereka

dan mengkritik pendapat penentang-penentang mereka. Sebagai contoh para sahabat telah

melarang Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa beliau memegang tampok pemerintahan dari

berniaga atau berkerja untuk mendapat sara hidup, dan mencadangkan supaya beliau mendapat

sara hidupnya yang mencukupi dari baitulmal (perbadaharan negara) kerana penelitian terhadap

kepentingan orang-orang Islam adalah termasuk didalam kepentingan umum dan urusan

perniagaan perbadanan adalah tergolong kedalam kepentingan khas.

Page 7: konsep

Abdullah bin Masud’ berpendapatt bahawa adapun perempuan yang kematian suaminya ialah

dengan melahirkan anak kandunganya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah al-

talak: 4

Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-

perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka masa iddah mereka adalah

tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-

perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.

dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan

dalam urusannya.

Dan semasa ayat ini bertentangan dengan firman Allah s.w.t didalam surah al-Baqarah :

وعشرا أشهر أربعة بانفسهن يتربصن أزواجا ويزرون منكم يتوفون والذين

(suruh al-baqarah)

“dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu, sedang mereka meniggalkan isteri-

isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh

hari.”

Abdullah bin Masud’ memperakui kaedah akad usul fiqh yang ia meraikannya didalam

ijtihadnya, dengan katanya, “aku bersaksi bahawa surah an-nisa’ yang paling pendek (surah an-

nisak al-kusra) maksudnya surah al-talak–turun selepas surah an-nisak yang paling panjang

maksudnya surah al-baqarah.’’Maksud perkataan ini ialah bahawa nas yang terkemudian

menasahkan yang terdahulu atau mentahsihkanya. Begitulah seseorang dapat bahawa para

fuqaha’ dari golongan sahabat dan tabie terikat dengan kaedah-kaedah usul fiqh didalam ijtihad

mereka, walaupun mereka pada masa itu tidak ilmu kaedah fiqh dan proses pembukuannya.

1.7.1.4 Sebab-Sebab Penulisan Ilmu Usul Al-Fiqh

Page 8: konsep

Terdapat beberapa faktor atau sebab mengapa ilmu usul al-fiqh akhirnya ditulis dan dijadikan

satu disiplin ilmu dalam ilmu fiqh. Antaranya ialah :

1. Dizaman para imam-imam mujtahid telah muncul dengan banyak aliran pengajian feqah,

perselisihan diantara satu sama lain dari tempat-tempat tersebut berhubung dengan

masalah-masalah feqah adalah hebat, metodologi-metodologi ijtihad dan kaedah-

kaedahnya timbul dengan banyak dan setiap faqih perlu kepada dalil atau hujah demi

untuk mempertahankann pendapatnya dan membahas dalil mereka yang menyalahinya,

maka tak dapat tidak bagi mereka daripada dibukukan kaedaeh-kaedah yang mana

mereka merujuk kepadanya didalam memahami dalil syariat dan ketika berlainan mereka

didalam memahaminya

2. Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelusuk dunia sehingga

sampai ke Negara-negara yang tidak menggunakan bahasa arab dan penduduk-penduduk

negara-negara tersebut telah memeluk Islam dan memperlajari hukum-hukumnya maka ia

sudah tentu memberi kesan kepada keaslian bahasa arab dan menyebabkan timbul

kesalahan dalam memahami gaya-gaya bahasa (uslub-uslub) al-quran dan sunah dan

kesamaran memahami makna keduanya. Keadaan ini mendesak supaya disusun kaedah-

kaedah bahasa arab yang denganya terikat oleh mereka yang ingin memahami syariat

Islam dan membantu mereka yang berkecimpung dalam membuat kesimpulan hukum-

hukum dari nas-nasnya, maka disusun satu kumpulan daripada kaedah usul fiqh yang

diambil dari bahasa arab

3. Berjauhan masa antara tabien al-tabien dengan masa rasulallah s.a.w menyebabkan

mujtahid pada masa ini tidak semudahnya mengatahui tujuan-tujuan syariat illah-illah

dan hikmah hikmatnya, lalu ditafsir nas-nas secara tafsiran yang bertentangan dengan

tujuan-tujuan syariat dan menceburi diri untuk berijtihad oleh mereka yang tidak

mempunyai keahlianya, maka timbul satu kumpulan lain mengingkari berdalil dengan al-

sunnah, satu kumpulan lain pula berhujjah mengingkari berdalil dengan hadis ahad, dan

satu kumpulan lain pula berhujjah dengan istihsan dan sebagainya, kesemuanya ini

Page 9: konsep

memerlukan kepada kaedah-kaedah yang mana setiap mereka yang menceburi diri dalam

ijtihad terikat denganya dan berlandas kepadanya .

1.7.1.5 Pengasas Ilmu usul al-Fiqh

Imam al-Syafie Muhammad bin Idris al-Syafie wafat pada tahun 204hijrah dikatakan sebagai

pengasas ilmu usul fiqh dan orang pertama yang menyusun kaedah-kaedah usul fiqh sebagai satu

disiplin ilmu yang berasingan. Sebelum imam syafie, para fuqaha’ telah pun menjelaskan

beberapa masalah dibidang usul fiqh tetapi mereka belum mempunyai kaedah yang menyeluruh

yang boleh dirujuk kepadanya untuk mengenali dalil-dalil syarak dan cara mengkritik serta

menilainya. Kemudian imam Syafie telah mengasaskan kepada umat Islam satu ilmu usul fiqh

yang merupakan satu kaedah menyeluruh untuk dijadikan rujukan dalam mengetahui peringkat

dalil-dalil syarak. Imam Fakhr al-Razi menjelaskan bahawa kedudukan al-syafie dalam bidang

ilmu asul fiqh adalah seperti kedudukan (Aristotal) dalam bidang ilmu logik (ilmu mantik) dan

kedudukan al-Holil bin Ahmad dalam bidang ilmu A’rud.

Walaupun terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Abu Sufian (meninggal 182 hijrah) adalah

orang yang pertama menulis usul fiqh kemudian disusuli oleh Ahmad Bin Hasan al-Syibani

(meninggal 189 hijrah), tetapi tidak ada bukti dakwaan tersebut kerana tidak pernah ditemui hasil

karya mereka mengenai usul fiqh oleh para penyelidik sehingga ke hari ini. Dan jika ditakdirkan

riwayat itu betul maka ia sampai ke tahap yang dicapai oleh penulisan-penulisan imam al-Syafie.

Begitu pula golongan syiah Imamiah yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Bakar Ali

Zainal Abidin (meninggal pada 114 hijjrah) adalah penulis pertama mengenai usul fiqh,

kemudian diikuti oleh anaknya imam Muhammad Abu Abdullah Jaa`far (meninggal pada 148

hijrah). Sheikh Muhammad Abu Zahrah telah menolak dakwaan ini dengan bahawa apa yang

didakwa itu tidak lebih dari hanya bentuk merencanakan beberapa masalah berhubung dengan

usul fiqh bukan dalam bentuk satu penulisan yang lengkap mengenainya. Dan apa yang

dilakukan oleh imam-imam syiah hanya sekadar apa yang dilakukan oleh imam Abu Hanifah

dan para muridnya iaitu memberi pandangan mengenai beberapa masalah tentang kaedah hukum,

Page 10: konsep

sedangkan imam Syafie telah menulis kaedah-kaedah usul fiqh dengan cara menyeluruh.

(Muhammad Abu Zahrah, 1958: 14-15)

Dengan ini jelaslah bahawa imam al-Syafie adalah orang pertama sekali menulis mengenai usul

fiqh. Bukunya al-risalah adalah dianggap karya beliau yang pertama dalam bidang usul fiqh yang

mana beliau yang menyusunnya pada mulanya di Baghdad kemudian beliau mengulangi

penyusunanya di Mesir dan diriwayatkanya daripada beliau oleh muridnya Al-Robi’ al-Muradi

dan menjadikanya sebagai mukadimah kitabnya. Diantara kandungan al-risalah ialah al-Quran

dan keteranganya mengenai hukum, al- sunnah dan kedudukanya nisbah dengan al-Quran, nasih

dan mansuh, illah-illah hadis, berhujah dengan hadis ahad dan Qiyas, istihsan dan apa yang harus

dan tidak haru dipertikaikanya.

Penulisan mengenai ilmu usul fiqh tidaklah terbatas kepada imam al-Syafie sahaja malah

disambung oleh ulamak-ulamak selepasnya. Imam Ahmad bin Hambali telah menulis beberapa

buah buku mengenai bidang ini diantaranya kitab Taat al-Rasul, kitab al-Ilal dan kitab an-Nasih

dan Mansuh begitu pula dengan ulamak al-Kalam dan para fuqaha’ Hanafi. Penulisan-penulisan

mereka kesemuanya adalah berkisar kepada hukum, dalil, cara-cara istimbad (membuat

kesimpulan hukum) dan orang yang mengistimbat, meskipun mereka bersatu didalam isi

kandungan tetapi mereka berlainan dalam cara-cara penyusunannya.

1.7.1.6 Riwayat hidup Pengasas ilmu usul fiqh (Imam Syafie)

Imam Syafie atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris al-Syafie, adalah ahli fiqah Islam

yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafie. Imam

Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau beRPegang

kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada

pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafie berhijrah

Page 11: konsep

ke Mesir, di mana di sanalah beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran

beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah

terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat perpulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah,

Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar

ke Iraq. Di Iraqlah berpula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan

mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di

Mesir dan pengasasan mazhab Syafie. Imam Syafie dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin.

Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani

Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah

sekali lagi ke Makkah. Imam Syafie mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan

mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun.

Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di

dalam bidang fiqah. Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafie

adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong

Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat

dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.

Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafie kemudiannya kembali ke Makkah dan

memulakan pengajian syariat beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu,

Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau

membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafie

meninggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu

ialah 22 tahun.

1.7.1.7 Bidang-Bidang Perbincangan Usul Al-Fiqh

Bidang perbincangan ilmu usul fiqh ialah kaedah kaedah dan dalil dalil syara’ dari segi

pembinaan hukum supaya para ulamak mujtahidin tidak teRPesong dari kebenaran didalam

menganalisa cara-cara mengeluarkan hukum-hukum syara’. Ia beRPeranan mengkaji dalil-dalil

yang terperinci, dengan menggunakan kaedah kaedah atau dalil dalil syara’ secara umum para

ulamak fiqh dapat membuat kesimpulan hukum-hukum fiqh dari segi dalil-dalil terperinci yang

berkaitan dengan masalah-masalah yang tertentu dan menunjukkan kepada hukum tertentu.

Page 12: konsep

1.7.1.8 Faedah faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh

Seorang yang mempelajari ilmu usul al-fiqh mendapat banyak faedah. Antaranya ialah

a. Faedah kepada mujtahid iaitu kemampuan membuat kesimpulan hukum-hukum syara’

yang berbentuk amali daripada dalil-dalil yang terperinci.

b. Faedah kepada Muqallid iaitu (mereka yang mengambil hokum hokum daripada mujtahid

dan tidak mampu membuat kesimpulan hokum hokum syara’ yang berbentuk amali

daripada dalilnya yang terperinci) iaitu sebagaimana berikut:

dapat benar benar memahami hokum hokum yang dibuat kesimpulan oleh para

mujtahid dan merasai tenteram jiwa dengan hokum hokum tersebut.

Mengetahui hokum mengenai masalah masalah yang tidak dinyatakan oleh para

mujtahidin berpandukan kepada kaedah kaedah mereka

c. Dapat membuat perbandingan diantara mazhab mazhab fiqh mengenai satu masalah dan

mentarjih atau memihak kepada yang lebih kuat dari pendapat pendapat mereka dari segi

dalil kerana membuat perbandingan di antara mazhab mazhab yang berlainan hanya

dapat dilakukan dengan mengetahui dalil dalil yang mereka bersandar di dalam

menentukan hokum hokum syara’ yang berlainan, kemudian membuat pertimbangan

diantara dalil dalil dan memihak kepada yang terlebih kuat daripadanya, perkara perkara

ini tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan mengetahui kaedah kaedah usul fiqh.

1.7.1.9 Definisi Kaedah Fiqh

Kaedah dan segi bahasa bermaksud asas. Dari segi istilah ialah perkara yang dipraktikkan

daripada perkara asas terhadap perkara-perkara furu’ atau pecahan. Ia juga bermaksud prinsip-

prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum

yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Contohnya, Kaedah: al-Dararutul Yuzal iaitu,

bahaya mestilah dihapuskan. OIeh itu, Qawaid fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang--

Page 13: konsep

undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan feqah Islam tentang

kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada

pembatalan lagi. Tetapi Ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksible untuk

membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas supaya berijtihad.

Walaupun segala hukum tidak ada pembatalan selepas kewafatan nabi, tetapi melalui nas

membentuk kaedah lain. Iaitu perubahan hukum menurut perubahan masa. Berdasarkan

pengertian tersebut, Maudu’ atau skop perbahasan kaedah fiqh ialah mengenai perbuatan orang

mukallaf. Manakala objek kaedah fiqh ialah hukum syarak.

1.7.1.10 Faktor kemunculan ilmu kaedah Fiqh

Antara faktor utama kemunculnya kaedah fiqh ialah terdapat nas-nas yang dapat ditafsirkan

dengan berbagai-bagai. Iaitu ada nas yang berbentuk umum dan ada nas mutlak yang melahirkan

pendapat-pendapat untuk mengikatnya. Kaedah fiqh muncul ekoran dalil-dalil syarak yang

diperselisihkan oleh fuqaha’. Contohnya: samada sesuatu dalil itu Qat’i atau Zanni dan Ia

menjadi pegangan atau tidak. Selain dan itu terdapat kaedah-kaedah dalam perkembangan

hidup manusia generasi lain untuk disesuaikan dengan masalah-masalah furuk. Untuk itu ia

memerlukan sumber-sumber akal fikiran untuk mengeluarkan hukum yang fleksible bagi

menangani persoalan semasa yang sentiasa wujud sesebuah masyarakat.

1.7.1.11Sumber pengambilan ilmu kaedah Fiqh .

Ahli mujtahid memainkan peranan mereka menggunakan akal fikiran berdasarkan ilmu dari

sumber perundangan selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa mengira

masa dan tempat. Mujtahid berusaha dengan berijtihad dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang

umum yang baru dan sentiasa muncul. Contohnya Istihsan, Istishab, Masalih al-Mursalah, Sadu

Zaraie dan Uruf serta berbagai sumber lagi. Justeru itu, apabila terdapat hukum furuk yang sama

‘illah atau sebabnya, maka ia digabungkan dalam kaedah umum , Qawa’id al-Kulliyah

al-‘Ammah iaitu kaedah umum ialah meliputi semua hukum furu’ dan segala bahagiannya.

Sumber pengambilan hukum dan perkembangan Fiqh terbahagi kepada tiga peringkat:

Page 14: konsep

1. Peringkat Pertama: Iaitu zaman Rasullah s.a.w Pada waktu itu segala sumber syariat hanya

berdasarkan al-Quran dan Sunnah Baginda. Dari situ, segala jawaban dan fatwa yang diputuskan

adalah ijtihad Baginda, kemudian di perbetul oleh wahyu apabila tidak tepat. Pada zaman Nabi,

dalam keadaan tertentu sahaja Baginda membenarkan sahabatnya berijtihad apabila tidak ada

dalam aI-Qur'an dan aI-Sunnah. Sebagaimana yang diwasiatkan kepada Mu'az Ibn Jabal sewaktu

diutuskan ke Yaman menerusi sabda Baginda yang diriwayat oleh Ahmad dan Abu Daud:

Terjemahan:

Bagaimanakah nanti kamu akan putuskan sesuatu hukum apabila dibentangkan kepada kamu

sesuatu masalah? Mu'az menjawab: Saya akan putuskan berpandukan al-Quran. Nabi bcrtanya

lagi: Sekiranya kamu tidak dapat dalain al-Qur'an? Muaz menjawab, "Sekiranya saya tidak

menemui hukum dalam al-Qur'an, saya akan beRPadukan al-Sunnah." Nabi bertanya lagi,

"Sekiranya engkau tidak dapati dalain al-Sunnah? Muaz menjawab, "Kiranya saya tidak dapati

juga dalain al-Sunnah. Saya akan berijtihad dengan ilmu saya dan saya tidak akan

mengenepikan perkara itu. Lalu Rasulullah s.a. w. menepuk dada sambil bersabda, "Segala

pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada utusan Rasulullah s. a. w. ke arah sesuatu

yang diredai oleh Rasulullah.

( Riwayat Abu daud )

Peringkat Kedua: Iaitu Zaman Sahabat. Pada zaman ini merupakan zaman yang masih

beRPegang kuat kepada aI-Qur'an dan aI-Sunnah. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat hanya

berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua-dua sumber tersebut. Untuk itu, zaman

tersebut tidak digalakkan berijtihad dan menggunakan akal.

Peringkat Ketiga: Iaitu Zaman Tabi 'in dan Tabi ' al-Tabi 'in. Pada zaman itulah berpulanya

penulisan dan pembukuan usul fiqh yang berpula abad ke 2 hingga abad ke 4 Hijrah. Waktu itu

juga fekah Islam mulai berkembang pesat. Dalam keadaan lain lagi, zaman itu lahir dua aliran

fekah:

Pertama: Aliran Abu Hanifah yang beRPengaruh di Kufah.

Kedua: Aliran Hadis Imam Malik yang bertumpu di Madinah.

Maka dan sini lahirlah usul fekah dan istilah-istilah fekah yang mana kitab Usul Fiqh yang mula-

mula ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah yang di karang oleh Imam al-Syafi'i. Pada zaman itu

Page 15: konsep

juga kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fekah sahaja.

1.7.2.4 Kaedah Kuliyyah dalam Kaedah Fiqh

Disebabkan masalah-masalah fekah dan pecahannya terlalu banyak, maka perlulah kepada

penetapan kaedah-kaedah tertentu. Hal tersebut merupakan tugas ahli-ahli fekah untuk

memahami kaedahnya dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana segala masalah fekah bergantung

kepada kaedah-kaedah tertentu. Untuk itu, antara kaedah fekah umum yang utama akan

dibincangkan ada lima:

1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat.

2. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan.

3. Kesukaran Membawa Kemudahan.

4. Bahaya Mesti Dihapuskan.

5. Adat Menjadi Hakum.