konsep

3
Syahadah ini mengandungi beberapa perkara: Pertama: Mengakui tentang kerasulannya dan beri’tiqad di dalam hati. Kedua: Melafazkan syahadah serta mengaku secara zahir dengan lidah. Ketiga: Sentiasa mengamalkan semua kebenaran yang dibawanya serta meninggalkan segala kebatilan yang dilarangnya. TUNTUTAN-TUNTUTAN SYAHADAH Syahadah yang diucapkan hasil daripada kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang berfungsi untuk mendesak pengucapnya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Di antara tuntutan syahadah ialah: Membenarkan segala yang datang dari Allah dan Rasul-NYA Seseorang mu min wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang dari Allah dan Rasul-NYA terkandung di dalam Al-Quran atau Al-Hadith. Seterusnya mereka percaya bahawa segala yang bukan dari Allah dan Rasul-NYA yang bercanggah dengan Islam adalah palsu. Firman Allah s.w.t : ن ي الد عد ب ب ك ب كد ب ما ف ن مي ك حا ل م ا حك ا له ب س ال لي ا

Upload: cuz-mah

Post on 28-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pra3108

TRANSCRIPT

Syahadah ini mengandungi beberapa perkara:

Pertama: Mengakui tentang kerasulannya dan beritiqad di dalam hati.

Kedua: Melafazkan syahadah serta mengaku secara zahir dengan lidah.

Ketiga: Sentiasa mengamalkan semua kebenaran yang dibawanya serta meninggalkan segala kebatilan yang dilarangnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN SYAHADAH

Syahadah yang diucapkan hasil daripada kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang berfungsi untuk mendesak pengucapnya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Di antara tuntutan syahadah ialah:

Membenarkan segala yang datang dari Allah dan Rasul-NYA

Seseorang mumin wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang dari Allah dan Rasul-NYA terkandung di dalam Al-Quran atau Al-Hadith. Seterusnya mereka percaya bahawa segala yang bukan dari Allah dan Rasul-NYA yang bercanggah dengan Islam adalah palsu.Firman Allah s.w.t : Maksudnya: Maka apa pula yang menjadikan engkau pendusta (bercakap tidak benar)berkenaan dengan hari pembalasan sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari) itu? Bukanlah Allah (yang demikian kekuasaan-NYA) seadil-adil hakim. (At-Tin 95:7-8)

Taat kepada Allah dan Rasul-NYA

Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-NYA tunduk dan patuh kepada perintah kedua-duanya dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan amalan harian supaya sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith.Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:Sesiapa yang taat kepada Rasul maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling (ingkar) maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad) kerana Kami tidak mengutuskan engkau untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).(An-Nisa 4: 80)

Melakukan Amar makruf dan nahi Mungkar

Salah satu tuntutan syahadah ialah menjalankan tugas dakwah mengajak diri dan orang lain melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar.Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan(kuasa) kamu, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati dan demikian itu (cegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

Memberi wala kepada orang mumin dan menolak orang kafir

Seseorang mumin wajib memberi wala (kepatuhannya) kepada sesama saudaranya, yang mumin dan menolak wala orang kafir.Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulullah serta orang yang beriman ,yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka ruku (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-NYA serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dia mendapat kemenangan) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.(Al Maidah : 55-56)

Melaksanakan Hukum-hukum dari kitab Allah dan Rasul-NYA

Semua hukum dan peraturan Allah dan Rasul-NYA yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadith mesti dilaksanakan dalam semua urusan hidup, samada urusan ibadah,politik,ekonomi,sosial dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.(An Nisa 4: 65)

Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang yang beriman rela menghukum dengan hukum Allah dan Rasul-NYA dan menerima hukum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan jauh sekali dari menukar hukum Allah itu dengan hukum ciptaan makhluk. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Allah merupakan satu kewajipan dan tangungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.