komsas spm

15
Komsas SPM "TERBARU! Perolehi US Dollar pada Setiap Minggu & Wang Tunai dalam gandaan RM50 & RM100 pada Setiap Hari, terus ke akaun bank anda. Sila Klik - http://lpgnxtreme.com/?referid=syedeen CONTOH JAWAPAN SOALAN NOVEL TING.5 Contoh1 Soalan 4 : Novel ( 15 markah ) Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut: (i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan mahmood (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. (b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. Conton Jawapan Soalan (a) Konserto Terakhir Novel Konserto Terakhir menggambarkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita. Antara gambaran latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah gambaran masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 05-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

spm BM

TRANSCRIPT

Page 1: Komsas SPM

Komsas SPM

"TERBARU! Perolehi US Dollar pada Setiap Minggu & Wang Tunai dalam gandaan RM50 & RM100 pada Setiap Hari, terus ke akaun bank anda. Sila Klik - http://lpgnxtreme.com/?referid=syedeen

CONTOH JAWAPAN SOALAN NOVEL TING.5

Contoh1

Soalan 4 : Novel

( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan

tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang

telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

Conton Jawapan

Soalan (a)

Konserto Terakhir

Novel Konserto Terakhir menggambarkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita. Antara gambaran latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah gambaran masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta

Page 2: Komsas SPM

berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.

Selain daripada itu, novel ini juga menggambarkan masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Demikian juga dengan Encik baker yang rajin dan tekun mengajar Hilmi hingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Watak Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Datuk Johari juga berusaha menghalang Hilmi daripada dihalau oleh Datin Salmah apabila Hilmi merosakkan piano dengan tidak sengaja. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Interlok dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Kembara Amira

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan

kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Terdapat

beberapa latar masyarakat yang digambarkanoleh pengarang dalam novel Kembara Amira.

Pembaca mendapat gambaran latar masyarakat Orang Asli dengan jelas apabila Amira

berhubung dengan Itai dan Tau. Mereka tinggal di sebuah perkampungan di hutan Banjaran

Titiwangsa. Ada di antara mereka masih bergegang kuat pada adat seperti Ludin. Mereka

digambarkan sebagai mahir dalam ilmu tentang hutan seperti mengesan, menjejak, menangkap

ikan dan berburu. Kecekapan ini ditunjukkan oleh Itai dan Tau semasa mereka menyelamatkan

Amira, Jacinta dan juga Malique. Selain daripada itu, masyarakat ini juga digambarkan telah

menerima arus kemajuan dan pemodenan. Itai seorang yang terpelajar dan belajar di bandar. Dia

pulang ke perkampungan semasa cuti sekolah. Dia pernah menang tempat kedua dalam bahagian

perubatan herba semasa Pameran Saintis Muda 2002.

Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat yang cinta akan alam

semulajadi. Dia berusaha untuk menghalang hutan itu daripada dimusnahkan oleh pembalak.

Dengan menggunakan kulit beruang yang dibunuhnya, dia telah menyamar sebagai makhluk

berkaki dua dab berbulu lebat. Kemunculannya menjadi misteri kepada masyarakat Orang Asli

Page 3: Komsas SPM

di situ. Dia menggantung seorang daripada pekerja balak secara songsang menyebabkan pekerja

lain takut dan meninggalkan hutan itu. Dia juga telah menangkap seorang daripada pekerja

pengkaji kandungan emas dan mencederakannya. Tujuannya adalah untuk menghentikan

kegiatan itu sebelum hutan itu diteroka untuk melombong emas.

Watak Tau dan Itai pula digambarkan sebagai ahli masyarakat yang baik hati dan suka

menolong. Mereka menolong Amira yang hamper lemas dihanyutkan oleh arus deras di sungai.

Kemudian mereka menolong mencari kawan Amira iaitu Jacinta yang hilang di hutan semasa

memintas Amira yang dihanyutkan arus sungai dari darat. Tau telah menolong Prof. Zaidah

untuk mendapatkan bahan sejarah tentang bukti kewujudan masyarakat prasejarah di Gunung

Gua Gajah. Di situ terdapat lakaran lukisan prasejarah dan sebilah kapak batu dijumpai.

Akhirnya Itai telah menolong Amira menari Malique yang telah hilang selepas kenderaannya

jatuh ke dalam gaung. Mereka menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kembara Amira

dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang

disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Kabus di Perbukitan

Sesebuah cerita dalam novel sebenarnya menceritakan kisah masyarakat. Ciri-ciri masyarakat

dapat dikesan melalui tindakan dan sifat watak itu sendiri. Dalam novel Kabus di Perbukitan

juga terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat dikesan oleh pembaca.

Pembaca dengan jelas dapat mengesan kewujudan masyarakat Inggeris dalam novel ini.

Masyarakat ini terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Inggeris yang terdiri daripada

orang British yang diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel melalui

halusinasi Faridah semasa dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang dan menjajah serta

mentadbir negara ini. Selain daripada itu mereka mengambil hasil bumi seperti bijih timah.

Golongan kedua pula ialah masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand. Golongan ini

diwakili oleh Soleh Johnsons, suami kepada Faridah. Sebahagian mereka beragama Islam

termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan lading ternak biri-biri dan membekalkan daging

halal untuk dieksport.

Selain daripada itu pembaca mendapat gambaran tentang masyarakat yang penyayang kepada

keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan ibunya sehingga tidak mahu berpisah

walaupun telah bersuami. Suaminya Ghazali terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari

tempat kerjanya ke rumah ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah

sehingga dia bergitu sedih dengan kematian Rahayu. Tambahan pula Rahayu telah berpisah

dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-

anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari

Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama

Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan orang Asli.

Novel ini juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Salmah

Page 4: Komsas SPM

hidup dengan tabah dalam keadaan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh suaminya

Mejar (B) Kamarudin. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah

untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga

ibunya meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan

jalan raya. Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya

Benny hilang. Pada masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung

untuk berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kabus di Perbukitan

dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang

disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Sutera dalam Lukisan

Masyarakat merupakan salah satu unsur penting yang melatari sesebuah cerita dalam novel.

Demikian juga dengan novel Sutera dalam Lukisan. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat

dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita menjadikan cerita

tersebut lebih menarik.

Antara latar masyarakat yang terdalam dalam novel ini ialah masyarakat yang kurang daya

pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak

siuman menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya

bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak

Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen tanpa gambar dan

suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa Bujei seorang yang tidak normal.

Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia

diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka

membuli terutamanya Bujei. Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan

badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa upah.

Alias juga berlagak samseng di kampung hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di

kampung itu tidak berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar. Adila merupakan seorang

graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati

tunangnya Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dia enggan

pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana walaupun telah ditawarkan oleh bapanya. Dengan

ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang ada padanya

juga dia telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah pada akhir cerita novel ini.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Sutera dalam Lukisan

dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang

disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Page 5: Komsas SPM

Soalan (b)

Konserto Terakhir

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Ia didasari oleh rentetan beberapa peristiwa yang penting. Dalam novel Konserto Terakhir, klimaks bermula apabila Keretakan rumahtangga Hilmi dengan Azizah tidak dapat diselamatkan lagi. Usaha Encik Bakar tidak berhasil. Azizah terlalu cemburu terhadap Hilmi. Malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Kemuncak daripada konflik itu Azizah telah meninggalkan Hilmi. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Hilmi tidak kelihatan. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu pergi ke rumah Hilmi. Mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Hilmi dalam bahaya dan berada di unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Dia ingin menggantkan tempat Hilmi. Ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.

Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari.

Kembara Amira

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada

peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa

pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Dalam novel Kembara Amira, peristiwa yang menjadi klimaks berlaku dalam masa yang juga

agak singkat. Ia terjadi di dalam gua semasa mengesan tapak kaki yang tidak berkasut menuju

lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung. Di puncak gunung Itai

dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui

kawasan lapang dan sebuah pondok. Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu

pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique

Page 6: Komsas SPM

yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique.

Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta

agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang

menyembunyikan Malique di puncak gunung. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin

sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer

memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin

segera naik ke puncak gunung.

Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur.

Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing

kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah

kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk

menemui seseorang.

Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka

berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu. Namun kemunculan makhluk berbulu

lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu Malique

diserahkan kepadanya. Keenganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan makhluk

itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya menangkis serangan tersebut. Ludin

sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah

mengejutkan mereka yang berada di puncak gunung itu.

Kabus di Perbukitan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada

peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa

pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat pada bab 13 dan bab

14. Salmah masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya

kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami Faridah bertugas

di Kelang dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan Salmah semakin tertekan kerana

teringatkan Ayu. Dia pergi ke kubur Ayu sehingga dua kali sehari. Minah, jiran Salmah

menenangkan perasaan rindu Salmah. Salmah semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu

semasa Mejas (B) Kamarudin menghantar Rahayu pulang. Salmah begitu sedih dengan

penderitaan yang dialami oleh Ayu berbanding dengan dirinya.

Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan solat

tahajud. Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya Salmah. Selesai

memasak dia menyedari ibunya belum bangun dan sembahyang subuh walaupun sudah agak

lewat dan waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia mengejutkan ibunya untuk

menunaikan solat Subuh. Namun dia mendapati ibunya sudah meninggal.

Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia

Page 7: Komsas SPM

setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan

hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke

New Zealand.

Sutera dalam Lukisan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada

peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa

pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Sutera dalam Lukisan terdapat pada bab 11. Ia

bermula apabila Alias datang ke rumah Bujei pada waktu pagi. Alias naik ke rumah melalui

pintu depan dan terus mengambil radio Bujei. Bujei terkejut dengan kehadiran Alias. Alias

melambung-lambung radio itu. Bujei meminta alias memberikan radio tersebut. Sebaliknya Alias

membuat tuduhan bahawa radio itu adalah radio curi. Bujei terus merayu Alias dengan

mangatakan bahawa Radio itu dibeli dengan duitnya sendiri. Bujei meminta radionya dan

meminta Alias pergi dari situ. Sikap menentang BUjei membuatkan Alias semakin marah. Alias

telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai.

Bujei amat kecewa dan marah. Bujei telah manumbuk Alias. Dia telah mencapai parang yang

terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sambil memaki hamun Alaias

sebagaimana Alias memakinya sebelum itu. Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas

kerosakan radionya. Bujei memerintahkan Alias pergi mendapatkan ganti rugi tersebut. Alias

tidak dibenarkan mengambil motosikalnya. Bujei mengugut untuk membakar motosikal Alias.

Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman.

Bujei terkejut dan keliru apabila Sidang saman menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan

Alias dengan parang. Dia kecewa dengan sikap Sidang Saman. Namun setelah menjelaskan

kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Sidang

Saman mengesahkanbahawa radio tersebut dibeli sendiri oleh Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke

rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Namun Sidang Saman tetap memaksa Alias

membayar ganti rugi tersebut. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei

dengan Alias.

Page 8: Komsas SPM

Contoh 2

Soalan 4 : Novel

( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Ranyah karya Gunawan mahmood

(v) Interlok karya Abdullah Hussain

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan

panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel

yang telah anda kaji.

Page 9: Komsas SPM

(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga

peristiwa menarik dalam novel tersebut.

Conton Jawapan

Soalan (a)

Konserto Terakhir

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca di dalam novel Konserto Terakhir. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam

novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.

Selain daripada itu, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.

Pembaca juga mendapat pengajaran bahawa kita harus kembali kepada ajaran agama

untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah membaca buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

Kembara Amira

Novel Kembara Amira mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan

dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang yang dapat dikesan dalam novel

ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-

anak. Contoh yang paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali

Amira tidak ada di Desa Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan

dia tidak memberi perhatian yang secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas

diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer juga memberian perhatian kepada Malique.

Page 10: Komsas SPM

Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu supaya Malique mendapat rawatan

yang sempurna.

Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam

semulajadi daripada dimusnahkan oleh golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat

mencontohi Tau yang bertindah berani dalam mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan

pembalak dan pelombong. Dia menakutkan pembalak dengan menyamar sebagai makhluk

misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak secara songsang. Dia juga menangkap

dan memberlasah seorang daripada pekerja O’Hara yang begitu bersungguh-sungguh mencari

emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan kewujudan

manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan

kekal.

Selain daripada itu, kita juga hendaklah menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan

tanpa mengira bangsa dan agama. Itai dan Tau yang belum pernah mengenali Amira telah

menolong Amira daripada lemas di sungai yang berarus deras. Selepas itu mereka menolong

mencari Jacinta yang didapai hilang semasa memintas Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai

melalui darat. Itai pula telah menolong Amira mencari Malique yang hilang setelah

kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Itai menolong walaupun dia tidak mengenali Malique.

Malah Tau juga menolong Prof. Zaidah dengan menunjukkan tempat terdapatnya artifak sejarah.

Tau membawa Dr. Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta ke sebuah gua di Gunung Gua Gajah.

Kabus di Perbukitan

Novel Kabus di Perbukitan mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan

panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan

dalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya

makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung

mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka

merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun

Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan

penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di

kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk.

Selain daripada itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Pengajaran ini digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan

tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah dia

ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula rasa

bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan. Rasa tanggungjawab

itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan Faridah selepas van yang dipandu

Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk

ke dalam hutan bersama Buyung untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal

Pengajaran lain yang dapat dikesan oleh pembaca ialah kita haruslah rajin menuntut ilmu

memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Azrul.

Page 11: Komsas SPM

Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu. Dengan ilmu yang ditimba di UPM,

dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah

menamatkan pengajian dia memulakan penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada.

Manakala selepas 25 tahun, anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti

pengajian dalam bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak

mungkin dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan labih

baik.

Sutera dalam Lukisan

Pengarang akan menyelitkan beberapa pengajaran dalam cerita yang disampaikan. Ia

disampaikan melalui sesuatu persitiwa dan tindakan watak. Antara pengajaran utama dalam

novel Sutera da;am Lukisan ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih

pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang akan membuatkan rumahtangga bahagia.

Sebaliknya pasangan yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan

seseorang isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap memilih Harun sebagai suami

menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia

meniinggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan

sayang.

Pengajaran lain yang terdapat daalm novel ini ialah seorang suami janganlah mendera isteri dan

anak-anak kerana mereka adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera

Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka adalah tanggungjawab

suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat

dinikmati. Ia juga akan membawa kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan

daripada tindakan Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah menimbulkan

perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran dan perasaannya tertanggu.

Selain daripada itu, kita juga haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang

lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani pepertahankan tanah peninggalan

ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa

dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah

itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya

Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.

Conton Jawapan

Soalan (b)

Konserto Terakhir

Page 12: Komsas SPM

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel Konserto Terakhir. Antaranya ialah peristiwa semasa Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi telah mencuba memainkan piano. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Encik Bakar yang telah melanggar peraturan

perlembagaan persatuannya. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

Manakala peristiw ketiga ialah peristiwa yang berlaku di hospital. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Ketika sampai di rumahnya, Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

Kembara Amira

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa

peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi

saya dalam novel Kembara Amira ialah peristiwa Amira lepas di sungai. Amira terpijak batu

yang licin dan terjatuh ke dalam air deras. Jacinta mengejar Amira melalui jalan hutan. Amira

kemudian telah diselamatkan oleh Itai, remaja Orang Asli bersama bapa saudaranya Tau. Amira

berehat. Itai menangkap ikan sementara Tau menghidupkan api. Mereka makan ikan yang

dibakar. Atai dan Tau menghantar Amira pulang. Mereka mendapati Jacinta pula hilang.

Gerakan mencari diketuai oleh Tau dan Itai dijalankan. Dengan pengalaman menjejak Tau dan

Itai, mereka menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir pokok. Mereka mengambil

masa dua jam untuk membawa Jacinta pulang ke Desa Karpus. Peristiwa ini menarik bagi saya

Page 13: Komsas SPM

kerana ia merupakan permulaan konflik dalam novel ini.

Peristiwa kedua yang menari bagi saya ialah peristiwa Amira mengikut Itai meredah hutan dan

denai untuk ke tempat yang dikatakan terdapat emas oleh Itai. Mereka sampai di sebatang

sungai. Amira terkejut apabila mendapati kilauan emas di celahan batu. Itai mahu Amira

memilih satu sahaja untuk Jacinta. Dia juga mahu Amira merahsiakan tentang emas tersebut.

Ketika perjalan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berkaki dua dan berbulu sedang

mengheret seorang pencari emas dengan marah. Makhluk itu terhidu bau manusia lain. Itai

menyedari keadaan itu dan mengajak Amira melarikan diri dengan sekuat hati. Semasa berlari

mereka tiba-tiba disergah oleh Tau. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia membongkar

rahsia hutan yang tidak diketahui oleh orang luar.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagisaya ialah peristiwa makhluk berbulu muncul

ketika Itai, Amira dan Pak Lias berada di puncak gunung untuk mencari Malique. Mereka

terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira

menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique

di puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak

masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-

masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin

meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana

ia membongkar rahsia yang menjadi persoalan kepada Itai dan Amira.

Kabus di Perbukitan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa

peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi

saya dalam novel Kabus di Perbukitan ialah peristiwa semasa Faridah sesat di hutan. Dia

berhalusinasi dan berjalan di dalam hutan danpa sedar. Semasa dia terjaga dari tidur, dia

mendapati dirinya berada di kawasan rehat pegawai Inggeris. Faridah hairan. Selepas mandi dia

dijemput minum bersama pegawai Inggeris yang bernama Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil

Renking memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Suasana di situ dingin. Di atas bukit itu

juga terdapat beberapa buah rumah rehat dan kolam renang yang dibina oleh pegawai Inggeris.

Dia juga diberitahu bahawa dia dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu. Faridah kembali

ke biliknya. Dia bingung dan tidur kembali. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia membawa

pembaca meneroka kea lam yang lain.

Peristiwa kesua yang menarik bagi saya ialah peristiwa yang berlaku pada bab 9. Peristiwa

tersebut juga berlaku dalam halusinasi Faridah di dalam hutan. Dia berada di Pekan Sungai

Kubu. Siti Amah, oranggaji Tuan Cecil Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah

dapat melihat aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga tempatan, Pahang dan

pendatang Cina. Dia juga dapat melihat aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah

melalui sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada Siti Amah. Namun Siti

Amah tidak mengetahui tempat tersebut. Faridah semakin dapat menyesuaikan diri. Namun dia

tetap merasakan bahawa dia berada di tempat yang asing. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana

pembaca mendapat gambaran tentang aktiviti ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu pada

Page 14: Komsas SPM

era 1800-an.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa semasa Faridah berada di wad

ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahayu berada di samping katilnya. Rahayu

memegang tangan Faridah sambil menitiskan air mata. Rahayu keletihan dan meletakkan kepala

di tepi dada Faridah. Rahayu dan Faridah telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu merayu

kepada Faridah agar Faridah kembali kerana ibunya sedang menanti. Dia memberitahu Faridah

bahawa sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu meninggalkan Faridah disebalik cahaya. Faridah

menjerit memanggil nama Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang berada di situ

terkejut. Faridah telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu telah meninggal dunia. Sewaktu

jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan, Faridah masih lemah dan berada di wad ditemani

oleh Ghazali. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana pembaca dapat berkongsi rasa sedih atas

kematian Rahayu.

Sutera dalam Lukisan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa

peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi

saya dalam novel Sutera dalam Lukisan ialah peristiwa yang berlaku pada bab 2. Bujei pulang ke

rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia

makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia

tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan

bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun

getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke

sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia

ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia

hampa dan tertidur di kaki lima kedai. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mengundang

rasa sedih dan simpati pembaca terhadap watak Bujei.

Peristiwa lain yang menarik bagi saya ialah peristiwa penentangan Bujei terhadap Alias semasa

Alias datang ke rumahnya. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio

Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan

meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang

Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias yang mengatakan dia menumbuk dan

menyerang Alias dengan parang. Sidang Saman memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara

sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei.

Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Sebelum

meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias. Peristiwa ini menarik

bagi saya kerana alias mendapat pembalasan terhadap perbuatannya kepada Bujei sebelum itu.

Peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa Bujei dibelasah oleh Harun di tebing

sungai. Dari rumah Sidang Saman, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun

untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah pusaka

ibunya. Cap jari itu dirosakan oleh Bujei. Harun berasa amat marah lalu mengejar Bujei. Semasa

menuruni tebing sungai, Harun tersungkur dan badannya berlumuran dengan selut. Bujei berasa

Page 15: Komsas SPM

kasihan lalu datang mendapatkan Harun dan menyapu lumpur pada pakaian Harun. Harun

mengambil kesempatan untuk menumbuk Bujei hingga pengsan di tebing sungai. Bujei sedar

setelah malam dan pulang ke rumah. Dia sakit selama tiga hari tanpa diketahui oleh sesiapa.

Sidang Saman telah menemuinya dan membawanya pulang. Peristiwa ini menarik bagi saya

kerana ia mendatangkan rasa simpati pada pembaca.