komsas novel konserto terakhir

Click here to load reader

Download Komsas Novel Konserto Terakhir

Post on 19-Jun-2015

8.890 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

KOMPONEN SASTERA NOVEL

KONSERTO TERAKHIR

ISI KANDUNGANPERKARA MUKASURAT

KOMPONEN SASTERA NOVEL KONSERTO TERAKHIR

SINOPSIS SETIAP BAB 3 - 12 TEMA 13 PERSOALAN 14 - 15 WATAK DAN PERWATAKAN 16 - 19 LATAR 20 BINAAN PLOT 21 TEKNIK PLOT 22 NILAI 23 PENGAJARAN 24

komsaskonsertoterakhir | 2

LATIHAN RUMUSAN 25 - 29

ISI-ISI KARANGAN BAHAGIAN B

komsaskonsertoterakhir | 3

KONSERTO TERAKHIR SINOPSIS SETIAP BAB

oleh Abdullah Hussain

BAB 1 KELUARGAHayati tidak ada mood untuk belajar piano kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya.. Tiba-tiba muncul Hilmi. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerakgeri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun kelulusannya yang hanya setakat setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, fikirannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

BAB 2 KULIHilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di perkarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan, jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. *** Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

BAB 3 PIANOHilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbangkomsaskonsertoterakhir | 4

kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangakala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat.

Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-hari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut, keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar yang dimainkan Hayati. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada temantemannya apabila pergi morning coffee dan juga kepada teman-temannya yang datang ke rumahnya. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawankawannya.

BAB 4 HUKUMANLeha, penolong pembantu rumah telah pulang telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat mendekati piano. Suatu hari, ketika berseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya, Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu makciknya tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pakcik dan makciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jarijarinya pada mata-mata piano dan membuat intronya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada fa, nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano tersebut. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya dan menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf darinya. *** komsaskonsertoterakhir | 5

Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemakan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

komsaskonsertoterakhir | 6

BAB 5 PENUNGGUHilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati Dr. Nathan. Mamat, kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik makciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik makciknya dia pergi pula ke bilik Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. *** Mamat telah balik dari kampong dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah Dr. Nathan. Hilmi kecewa. Dia ingin mengajak Mamat yang dari Kelantan itu tidur bersama-samanya. Mamat telah memperkealkan Hilmi dengan Encik Bakar, ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. *** Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pakciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walaubagaimanapun, kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya notnot muzik.

BAB 6 MUZIKHilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakkan yang kuat dari Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya.Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pakciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa ole-ole untuknya berupa sebuah komsaskonsertoterakhir | 7

patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi Datin Salmah.

komsaskonsertoterakhir | 8

BAB 7 OLEH-OLEHMohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di