komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan mak

2
Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin popular di dunia dewasa ini. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi, komputer meja, komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya. Murid-murid terdedah kepada dunia komputer sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pendedahan ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya, murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik mereka. Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas. Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran. . Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini. Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan teknologi komputer sebaik- baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini. =================================================================================== ============= Guru ialah insan yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik dan mengajar tanpa jemu di samping mencurahkan ilmu yang berguna untuk masa hadapan. Oleh itu, kita wajib menghormati dan menghargai guru. Antara cara-cara menghormati dan membalas jasa guru adalah dengan mendengar nasihat yang diberikan oleh guru. Kita juga sewajarnya patuh akan arahan mereka dan mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Kita juga harus menyiapkan semua latihan yang diberikan tanpa sebarang keluhan atau rungutan. Selain itu, kita sepatutnya rajin belajar dan dan bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Oleh sebab itu, kita mesti menumpukan perhatian semasa guru mengajar atau semasa membuat perbincangan. Kita boleh membanggakan guru dengan cara mengharumkan nama sekolah dan guru dengan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Seterusnya, kita haruslah sentiasa menghormati guru dengan memberi salam semasa bertemu dengan atau terserempak dengan guru tidak kiralah di dalam atau di luar kawasan sekolah. Kita juga sepatutnya rajin membantu guru dengan membawa buku latihan yang banyak dan juga barang-barang agar dapat meringankan bebannya. Di samping itu, kita seharusnya menjaga hati hati dan perasaan guru agar mereka tidak berkecil hati dengan sikap kita. Kita patut bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan mereka. Kita juga mestilah meminta maaf kepada mereka andai melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka agar ilmu yang diterima diredhai dan dihalalkan oleh mereka. Kita juga sewajarnya sentiasa mengucapkan terima kasih kepada guru.

Upload: kishalaniselvarajoo

Post on 17-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bagus

TRANSCRIPT

Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin popular di dunia dewasa ini.

Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi, komputer meja, komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya. Murid-murid terdedah kepada dunia komputer sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pendedahan ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya, murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.

Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik mereka. Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan.

Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas. Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran.

. Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini. Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan teknologi komputer sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.================================================================================================Guru ialah insan yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik dan mengajar tanpa jemu di samping mencurahkan ilmu yang berguna untuk masa hadapan. Oleh itu, kita wajib menghormati dan menghargai guru.

Antara cara-cara menghormati dan membalas jasa guru adalah dengan mendengar nasihat yang diberikan oleh guru. Kita juga sewajarnya patuh akan arahan mereka dan mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Kita juga harus menyiapkan semua latihan yang diberikan tanpa sebarang keluhan atau rungutan.

Selain itu, kita sepatutnya rajin belajar dan dan bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Oleh sebab itu, kita mesti menumpukan perhatian semasa guru mengajar atau semasa membuat perbincangan. Kita boleh membanggakan guru dengan cara mengharumkan nama sekolah dan guru dengan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Seterusnya, kita haruslah sentiasa menghormati guru dengan memberi salam semasa bertemu dengan atau terserempak dengan guru tidak kiralah di dalam atau di luar kawasan sekolah. Kita juga sepatutnya rajin membantu guru dengan membawa buku latihan yang banyak dan juga barang-barang agar dapat meringankan bebannya.

Di samping itu, kita seharusnya menjaga hati hati dan perasaan guru agar mereka tidak berkecil hati dengan sikap kita. Kita patut bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan mereka. Kita juga mestilah meminta maaf kepada mereka andai melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka agar ilmu yang diterima diredhai dan dihalalkan oleh mereka. Kita juga sewajarnya sentiasa mengucapkan terima kasih kepada guru.

Akhir sekali, kita seharusnya menghargai mereka pada Hari Guru. Kita harus menggunakan kesempatan ini untuk memberi hadiah atau kad ucapan. Sebaik-baiknya kad ucapan itu sendiri dan dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Guru haruslah sentiasa dihormati dan dihargai. Jasa dan pengorbanan mereka amat bernilai dan tidak mampu dibalas. Guru umpama lilin yang sentiasa menerangi kegelapan dan menyinari murid-muridnya dengan ilmu.