komponen biotik dan abiotik

Upload: asrul-hisham-jasiman

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Komponen Biotik Dan Abiotik

    1/4

    KOMPONEN BIOTIK DAN ABIOTIK

    Komponen Biotik & Abiotik serta rantaian makanan yang berlaku dalam

    ekosistem hutan hujan tropika.

    Komponen biotik yang terlibat dalam ekosistem hutan hujan tropika ialah seperti

    tumbuhan hijau yang bertindak sebagai pengeluar, pelbagai peringkat pengguna.

    Manakala komponen abiotik ialah

    Tenaga matahari: berperanan membekalkan tenaga kapada

    pengeluar & menjamin suhu yang tinggi.

    Hujan: pembekal utama sumber air kepada komponen biotik. Hujan

    turun dengan lebat kira-kira 2000mm setahun.

    Tanih: berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara

    luluhawa kimia yang menghasilkan pelbagai jenis regolit @ tanih

    seperti tanah laterit, tanah liat, tanah pasir & sebagainya.

    Proses-proses perpindahan tenaga dalam rantai makanan bagi ekosistem hutan

    tropika adalah:

    Tenaga dipindahkan terus dari matahari

    kepadapengeluar / tumbuhan

    untuk proses fotosintesis. Daun pokokakan melakukan proses fotosintesis untuk membuat makanan & hasilnya

    ialah tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk

    karbohidrat, protein, lemak & asid tumbuhan.

    Tenaga kimia & haba dipindahkan

    dari pengeluar / tumbuhanke penggu na pr imer.

    Tenaga kimia & haba dari pengguna sekunderakan berpindah

    kepada penggu na ter t ier(omnivor) iaitu apabila

    haiwan karnivormemakan karnivor yang lain @ memakan

    herbivor serta pengeluar.

    Organisma penguraiseperti bakteria & kulat pula memperolehi

    tenaga kimia daripada molekul yang kaya dengan tenaga daripada

  • 7/28/2019 Komponen Biotik Dan Abiotik

    2/4

    tisu organisma yang mereput & menguraikan jisim organik yang

    mati ialah seperti kulat, bakteria, ulat,& cacing tanah.

    Kepentingan kpd alam sekitar manusia

    1. Sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan

    seperti masyarakat orang asli yang menjalankan aktviti pertanian pindah,

    mengutip & berburu.

    2. Penting untuk sektor pembalakan.menghesilkn sumber kayu dalam

    pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan & juga dieksport.

    3. Sektor pelancongan seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis

    flora & fauna mampu menarik pelancong & seterusnya akan

    menambahkan pendapatan penduduk & negara.m

    4. Membantu memajukan industri yang berkaitan dengan sumber hutan

    seperti industri membuat perabot, pembinaan, serta industri

    pengangkutan.

    http://1.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5L_YZT45I/AAAAAAAAAHI/o7IDiaNgflA/s1600/Clip_24.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5LniNbY-I/AAAAAAAAAHA/emu2soL-b1U/s1600/Clip_23.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5LPCQl9FI/AAAAAAAAAG4/eGN0GV87xwM/s1600/Clip_22.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5L_YZT45I/AAAAAAAAAHI/o7IDiaNgflA/s1600/Clip_24.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5LniNbY-I/AAAAAAAAAHA/emu2soL-b1U/s1600/Clip_23.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5LPCQl9FI/AAAAAAAAAG4/eGN0GV87xwM/s1600/Clip_22.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5L_YZT45I/AAAAAAAAAHI/o7IDiaNgflA/s1600/Clip_24.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5LniNbY-I/AAAAAAAAAHA/emu2soL-b1U/s1600/Clip_23.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nLpnoPpiX1s/TH5LPCQl9FI/AAAAAAAAAG4/eGN0GV87xwM/s1600/Clip_22.jpg
  • 7/28/2019 Komponen Biotik Dan Abiotik

    3/4

    5. Menjadi kawasan tadahan air bagi membekalkan air kepada empangan &

    diproses seterusnya dijual kepada pnduduk @ dieksport ke negara lain

    yang menhasilkan pendapatan negara.

    Kepentingan kepada alam sekitar fizikal

    1. Hutan berfungsi sebagai habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna

    seperti hidupan liar. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan

    membentuk lingkungan populasi & meneruskan generasinya.Selain itu,

    gangguan ekosistem akan menjejaskan rantai makanan.

    1. Ia juga perlindungan daripada hakisan tanah. Liputan tumbuhan

    melindungi tanih daripada hakisan percikan @ hempasan air hujan serta

    mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui cengkaman

    akar & juga proses cegatan silarannya.sistem akar banir yang timbul di

    permukaan tanah akan menyekat @ memperlahankan had laju larian air

    permukaan.

    2. Mengawal keseimbangan kitar hidrologi. Kawasan hutan tebal yang

    berlakunya proses transpirasi yang berkesan utk membebaskan wap-wap

    air ke udara.

    Dalam ko nteks ik l im mikro , peranan hutan untu k mengekalkan @

    mengawal perubahan ik l im m ikro bo leh di t in jau dar i beberapa sudut sepert i

    ber ikut ;

    1. Mengurangkan kelajuan angin.

    Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang & nyaman.

    Dgn perkataan lain angin bertiup sepoi2 bahasa.

    2. Mengekalkan klmbapan udara. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat

    & padat serta mendapat cahaya matahari yang cukup sudah tentu akan

    mengalami proses perpeluhan (transpirasi) dengan baik. Wap air akan disejat ke

    atmosfera sebaliknya diperangkap oleh daun & silara pokok yang tebal.

  • 7/28/2019 Komponen Biotik Dan Abiotik

    4/4

    3. Menyederhanakan suhu sekitar. Kelembapan udara yang tinggi di

    kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana , tidak

    terlalu panas & tidak terlalu sejuk.