mengenal komponen

Download Mengenal komponen

Post on 15-Nov-2014

6.071 views

Category:

Education

11 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. MyEnikwww.myenik.comMohd AzraiMohd Shahrul NizamHakcipta Terpelihara2008Versi e-book MENGENAL KOMPONEN Versi PERCUMA. Versi penuh terdapat dalam pakej e-book Rekacipta Litar Elektronik.

2. Mengenal KomponenJenis-jenis komponen asasPerintang Terdapat 2 jenis perintang: 1. Perintang tetap 2. Perintang boleh ubah Perintang Tetap Perintang Boleh UbahPerintang TetapPerintang tetap adalah komponen elektronik yang berfungsi menghadkan pengaliran elektrik yangmelaluinya. Perintang mempunyai dua kaki dan ianya tiada polariti positif dan negatif. Sifat inimembolehkan perintang dipasang pada mana-mana arah sekali pun dan ianya adalah komponenpasif. Perintang jenis ini biasanya diperbuat dari karbon. Perintang adalah komponen yang tahanlasak. Untuk mengetahui nilai rintang pada satu perintang yang diberi, kita perlu mengetahui warnakod perintang yang terdapat pada badan komponen tersebut. Terdapat empat jalur warna padaperintang. Tiga jalur pertama menunjukkan nilai rintang dan jalur yang keempat menunjukkanperatus toleransi rintangan tersebut. Warna dan nombor bagi mewakili warna tersebut bolehdinyatakan seperti rajah di bawah ini.WarnaJalur pertamaJalur keduaJalur ketigaJalur keempatHitam -0 X1Coklat11 X10Merah 22 X100Oren33 X1000Kuning44 X10000Hijau 55 X100000Biru66 X1000000Ungu77 X10000000Kelabu88 X100000000Putih 99 X1000000000Emas-- X0.15%Perak -- X0.01 10%Tiada warna -- - 20%www.myenik.com 2008Muka 1 3. Mengenal KomponenKod warna yang standart nilainya tidak boleh kurang dari 10. Untuk menunjukkan nilai yang kurang 10.dari nilai tersebut, ia menggunakan dua kod warna yang lain dari yang lain iaitu emas dan perak. Dimana emas adalah pendarab x0.1 dan perak adalah pendarab x0.01.Perintang Boleh UbahSeperti gambar yang ditunjukkan sebelum ini, bentuk rupa perintang boleh laras pastinya kita bolehkenali. Terdapat tombol pelarasan yang boleh dilaras bagi menentukan nilai rintangan yangdikehendaki. Sebenarnya bukan setakat itu sahaja bentuk yang boleh dilihat kerana perintang bolehlaras atau perintang boleh ubah atau nama pendeknya VR mempunyai pelbagai bentuk serta saizyang berbeza. Ia juga mempunyai nilairintangan maksima yang berbezaberbeza-beza. VR biasa mempunyai 3 kaki yang mana kaki tengah adalah kaki yang mesti digunakan untuk penyambungan komponen. Manakala Manaka salah satu kaki digunakan untuk fungsi pelarasan nilai rintangan.VR juga selalu disebut sebagai potentiometeratau rheostat. Potentiometer mempunyai 3terminal manakal rheostat mempunyai 2 terminal. Biasanya rheostat digunakan untuk kegunaanlitar berarus tinggi seperti pengawal kecerahan lampu. Satu lagi jenis VR adalah jenis preset ataujenis trimmer pot. Ianya bersaiz kecil dan mempunyai 2 atau 3 terminal. Harganya murah berbandingVR yang lain.Perintang Peka CahayaPerintang peka cahaya adalah sejenis perintang yang nilairintangannya bergantung kepada kejatuhan cahaya. Ianyajuga merupakan sensor. Nilai rintangan perintang pekacahaya akan berubah-ubah mengikut kecerahan cahaya. ubahSemakin terang cahaya yang jatuh, semsemakin kurang nilai rintangan.www.myenik.com 2008 Muka 2 4. Mengenal KomponenIa juga dipanggil LDR dalam bahasa inggeris. LDR tidak mempunyai polariti positif dan negatif.Pemasangan kaki tiada masalah ikut mana mana kakinya. Sifatnya hampir sama seperti perintangmana-manatetap Cuma bezanya nilai rintang beruba ubah. berubahLDR mempunyai pelbagai saiz dan ada yang mengikut nilai rintangan maksimumnya. Agak sukarmengukur nilai rintangan LDR kerana ianya berubah ubah mengikut keadaan cahaya. Sekiranya nilai berubah-ubahrintangan berubah-ubah semasa proses mengukur mengunakan meter Ohm, ini menunjukkan LDR ubahberkeadaan baik. Sebaliknya jika tiada perubahan sekiranya cahaya jatuh atau tidak, ia menunjukkanLDR tersebut adalah rosak.Secara kesimpulannya apabila cahaya terang niali rintangan akan berkurangan dan apabila gelapnilai rintangan akan tinggi.Perintang Peka HabaPerintang peka haba boleh juga disebut Termistor. Termistor mempunyai nilai rintangan yangberubah ubah sekiranya terdapat suhu atau haba yang jatuh kepadanya. Ianya seperti LDR juga tiadapolariti positif dan negatif. Ia juga perantisensor yang boleh menerima sahaja. erima Termistor mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan nilai rintangan maksimum. Jika anda beli di kedai terdapat pelbagai nilai rintangan maksimumnya yang boleh kita pilih seperti 10K atau 47K. Nilai rintangan tersebut dipilih berpandukan kepada kesesuaian litar yang hendak dipasang. esuaianPastikan nilai rintangan termistorbersesuaian dengan litar yang hendakdipasang. Nilai rintangan termistor padasesuatu litar memberi kesan kepada kepekaan rintangan. Disebabkan itulah terdapat termistor yangdiasingkan mengikut nilai Ohmnya. Nilai Ohm boleh dilihat pada badan termistor tersebut. Caramenguji termistor boleh menggunakan meter Ohm. Pastikan julat meter Ohm pada julat yangbetul.Keadaan sejuk menyebabkan nilai rintangan tinggi. Keadaan panas menurunkan nilai rintanganKeadaan niltermistor. Saiz termistor yang kecil menjadikan ia lebih sensitif dan cepat bertindak dengan suhu.www.myenik.com 2008 Muka 3 5. Mengenal KomponenKapasitorTerdapat beberapa jenis kapasitor tetapi hanya dua jenis yang utama:1. Jenis Elektrolitik2. Jenis Bukan ElektrolitikJenis Bukan Elektrolitik: ia juga dikenali sabagai kapasitor tidak berkutub. Ia tiada kutb positifdan negatif. Pemasangannya tidak kisah ikut kaki mana sekali pun. Kapasitor jenis cakera adalahyang biasa sekali digunakan dalam litar elektronik. Yang lain adalah seperti kapasitor jenis mika dan sepertijenis seramik. Kapasitor jenis cakera berwarna coklat dan bentuknya seperti cakera. Jenis Elektrolitik: ia juga dikenali sebagai kapasitor berpolariti positif dan negatif. Perlu berhati-hati semasa membuat pemasangan.hati Pastikan kakinya dipasang betul mengikut n polariti. Pemasangan yang salah boleh memberi kesan kepada litar dan kapasitor boleh rosak atau mengeluarkan letupan kecil. Kapasitor jenis ini biasanya digunakan bagi nilai kapasitan yang besar. Namun begitu. kapasitor jenis ini kurang stabil atas sebab is ianya mudah dipengaruhi oleh suhu dan juga kesan fizikal yang lain berbanding jenis bukanelektrolitik yang lebih stabil. Harganya juga agak mahal berbanding yang lain.Bagaimana membaca nilai kapasitor.Bagi kapasitor tidak berkutub atau bukan elektrolitik, terdapat label yang dicetak di atas badankapasitor tersebut. Label-label tersebut merupakan kod-kod bagi nilai kapasitor tersebut. Bagaimanalabelkod koduntuk membacanya?Anda mungkin terbaca kod seperti ini 101, 102, 103, 104 dan sebagainya. Oleh itu digit pertama dansebagainya.kedua adalah nilai. Manakala gigit ketiga adalah niali pendarab.Untuk kapasitor berkutub, terdapat nilai bercetak di atas badan kapasitor tersebut. Label tersebutmempunyai nilai kapasitan dan voltan maksimum kapasitor tersebut.Apakah fungsi kapasitor. Fungsi kapasitor sebagai penyimpan cas elektrik, sebagai penapis danpenulin voltan DC. Ia membenarkan isyarat AC dan menahan isyarat DC dari melalui. Kapasitordibaca dalam unit Farad (F). Terdapat 3 peringkat nilai Farad iaitu (mikro), n (nano) dan p (piko).(mikro),www.myenik.com 2008Muka 4 6. Mengenal KomponenTransistorFungsi transistor menggandakan arus, sebagai contoh ia boleh digunakan untuk menggandakan aruskeluaran yang kecil untuk menghidupkan lampu, relay atau sebagai peranti berarus tinggi. Perintangbertindak sebagai penukar perubahan arus kepada perubahan voltan, jadi transistor akanmenggandakan voltan tersebut. Transistor juga berfungsi sebagai suis. Apabila ada arus maksimumtransistor dalam keadaan on dan apabila tiada arus ia menjadi off dan bertindak sebagai penguat.Transistor terdapat dalam 2 jenis iaitu NPN dan PNP. Ia boleh dilihat pada simbol keduakedua-dua jenistransistor. Kaki-kaki transistor dilabelkan sebagai BASE (tapak), COLECTOR (pemungut) dan EMITTER kaki(pengeluar). Transistor mempunyai 3 kaki pada asasnya. Setiap transistor mempunyai turutan label . pkaki yang tidak sama dan amat sukar untuk menentukannya melainkan merujuk kepada data sheettransistor berkenaan. Transistor boleh menghasilkan haba semasa ia bekerja. Namaun tidak semua transistor akan panas. Biasanya power transistor atau transistor yang mempunyai badan besi atau penenggelam haba. Transistor ini apabila sedang bekerja ia akan menghasilkan haba panas apabila disentuh oleh jadi. Untuk panas transistor yang terlalu panas melebihi keupayaannya akan menjadi rosak. Salahsatu cara untuk mengurangkan kepanasan itu adalah dengan melekatkan heat sink pada badantransistor tersebut.Cara membaca kod transistorUntuk membaca kod transistor, anda hanya perlu baca label yang tertera pada badan transistortersebut. Contohnya seperti C9013, 2N3904, 2N2222, BC107B dan sebagainya. Mudah sahaja. Tetapisaya akan terangkan serba sedikit mengenai kod transistor ebagai pengetahuan anda.Kod yang mulanya dari abjad B atau A. Sebagai contoh BC108, BC554, BC478 dan sebagainya. Abjad BC108,B bermaksud silikon, A adalah germanium. Abjad kedua adalah C bermaksud frekuensi audio kuasarendah. D bermaksud frekuensi audio kuasa tinggi. F bermaksud frekuensi tinggi kuasa rendah.rendahAbjad selain yang disebutkan tadi menunjukkan transistor khas. Kadang kala terdapat kod yangadimempunyai abjad di belakang seperti BC108B menunjukkan versi transistor tersebut. Jika dalamdiagram litar menyatakan penggunaan transistor BC108B, bermakna anda mesti menggunakantransistor tersebut. Jika diagram litar menunjukkan transistor BC108, anda boleh gunakan apa sahaja rsebut.versi transistor tersebut seperti BC108B atau BC108C.www.myenik.com 2008Muka 5 7. Mengenal KomponenTerdapat transistor yang mempunyai kod di hadapannya TIP. TIP bermaksud Texas InstrumentTransistor. Kod dibelakangnya menunjukkan versinya yang mempunyai penggunaan voltantersendiri.Bagaimana pula kod yang menggunakan 2N? Kod 2N menunjukkan ia adalah transistor dan koddibelakangnya pula merupakan kod khas bagi transistor tersebut. Tiada logik nyata yangmenggambarkan