komited terhadap integriti: tatakelakuan · 2021. 2. 24. · sebagai pekerja, adalah menjadi tugas...

28
Komited terhadap integriti: Tatakelakuan untuk pekerja Air Products dan syarikatnya Panduan kepada harapan Air Products untuk tatakelakuan perniagaan beretika

Upload: others

Post on 14-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

Komited terhadap integriti:

Tatakelakuanuntuk pekerja Air Products dan syarikatnya

Panduan kepada harapan

Air Products untuk

tatakelakuan perniagaan

beretika

Page 2: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

1

Jadual kandungan Surat daripada CEO kita 3

Gambaran Keseluruhan 4

Mesej daripada Chief Compliance Officer kita tentang Tingkah Laku Berintegriti 5

Pematuhan Syarikat 6

Cara bertanya soalan, suarakan kebimbangan atau memfailkan laporan. 6

Keperluan Pensijilan Tatakelakuan 7

Keadilan dan Tidak Bertindak Balas 7

Persekitaran Kerja dan Pekerjaan 8

Kemampanan, Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan 10

Menguruskan Aset dan Maklumat Syarikat 12

Konflik Kepentingan Peribadi 16

Interaksi dengan Orang Awam 18

Interaksi di dalam Industri Kita 21

Undang-undang Antarabangsa 23

Perakaunan Kewangan dan Ketepatan Laporan 26

Tanggungjawab Lembaga dan Pengecualian 27

Integriti:Ia bertingkah laku

dengan beretika dan

mengotakan kata kita.

Untuk meringkaskan bahasa, Tatakelakuan memanggil “pekerja-pekerja” atau “pekerja” atau merujuk kepada keseluruhan warga kerja sebagai “kita” atau memanggil pekerja sebagai “anda.” Kumpulan selain daripada “pekerja biasa” kadangkala mungkin diminta, sebelum atau semasa perhubungan mereka dengan Air Products, untuk membaca dan/atau mematuhi dengan beberapa atau semua Tatakelakuan dan dasar, standard, garis panduan dan proses berkaitan. Pelengkapan langkah ini oleh kumpulan pekerja bukan tetap, jika diminta sepanjang perhubungan perniagaan, tidak menandakan status pekerja, pekerjaan atau sebarang kewajipan pekerja oleh Air Products. Istilah “Air Products” akan digunakan merentasi Tatakelakuan untuk merujuk pada Air Products dan syarikatnya.

2

Page 3: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

3

Pesanan daripada CEO kita: Komitmen terhadap Integriti

Integriti kita ialah aset yang tidak ternilai. Ciri ini merupakan sesuatu yang dipandang tinggi dan kita harus terus mempertahankannya.

Kita tidak akan mengorbankan integriti kita atas sebab apa pun, bukan untuk keuntungan dan bukan untuk memudahkan pengurusan urus niaga. Perkara ini tidak patut dipertikaikan—tiada pengecualian. Ini tidak bermaksud keputusan yang melibatkan risiko dan pematuhan sentiasa jelas - kadangkala isunya rumit, khususnya dalam persekitaran perniagaan kita yang sentiasa berubah-ubah. Itulah sebabnya program "Komited terhadap Integriti" kita memberikan bimbingan praktikal.

Program ini merangkumi dokumen Tatakelakuan kita, dasar yang berkaitan, piawaian dan bimbingan dan peluang pembelajaran serta komunikasi berterusan. Kita bertanggungjawab untuk memahami harapan Syarikat dan mengambil latihan yang berkaitan dengan tugas kita. Kita bertanggungjawab untuk mempertahankan piawaian urus niaga beretika yang menjadi titik gantung bagi reputasi korporat dan individu. Ini termasuk melaporkan kesalahan atau menyuarakan kebimbangan apabila terdapat sebarang isu dan cabaran. Nombor pelaporan IntegrityLine kita, laman web IntegrityOnline dan senarai hubungan organisasi kita merupakan kaedah untuk anda mengambil langkah tersebut apabila anda tidak selesa untuk mengemukakan sebarang isu kepada ketua atau rasa ia tidak praktikal.

Salah satu kualiti yang saya sokong sebagai kunci kejayaan kita ialah keyakinan diri. Lelaki dan wanita yang berbangga dengan integriti peribadi mereka dan Syarikat menunjukkan keyakinan diri dalam bentuk yang paling murni dan kukuh. Kita akan melakukan perkara yang betul, sepanjang masa, tanpa gagal dan kita akan mempunyai keberanian untuk membetulkan kesalahan jika hal tersebut berlaku.

Sesiapa yang mengambil langkah untuk mempertahankan integriti kita tidak akan menerima lawan balas atau tindakan balas. Syarikat akan menghargai dan melindungi anda jika anda melaporkan pelanggaran secara jujur atau mengemukakan kebimbangan anda.

Integriti merupakan nilai teras tradisi perniagaan kita dan kelihatan seperti sesuatu yang sudah termaklum. Namun, perkara ini harus diulang dengan kerap, sepertimana integriti harus sentiasa diamalkan. Saya berterima kasih kerana anda mengutamakan integriti dalam semua tugas anda, walaupun tugas anda memerlukan banyak perkara. Saya tahu anda berkomited untuk menjadikan Air Products yang terbaik dan oleh itu, melalui usaha anda, reputasi Air Products terhadap integriti yang kukuh akan sentiasa berterusan di mana sahaja kita menjalankan urus niaga.

Seifi GhasemiChairman, President and Chief Executive Officer

Page 4: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

4

Adalah penting kita mengekalkan standard integriti yang tertinggi sepanjang semua interaksi perniagaan kita. Ini bermakna mematuhi undang-undang dan juga dasar, standard, garis panduan dan prosedur Air Products di setiap negara kita beroperasi. Ini bermakna kita mesti adil dan jujur—melakukan perkara yang “betul”. Tetapi apa yang “betul” seringkali tidak jelas dengan serta merta.

Harapan SyarikatTatakelakuan Pekerja ini memerihalkan harapan Air Products untuk tingkah laku beretika oleh pekerja Air Products. Dasar, standard, garis panduan dan prosedur syarikat menyediakan butiran lanjut mengenai cara kita harus bertindak sebagai ahli tenaga kerja Air Products. Anda hendaklah mengulas Tatakelakuan dan semua dokumen berkaitan yang digunakan pada kedudukan dan peranan anda dan bertanya soalan kepada pengurus atau penyelia anda bila-bila masa maklumat menjadi tidak jelas.

Jika anda menghadapi situasi di mana perkara yang “betul” tidak ketara—sama ada untuk anda atau dengan siapa anda bekerjasama—anda hendaklah mendapatkan bimbingan. Terdapat sumber yang diperihalkan di sini untuk membantu anda mendapatkan maklumat lanjut. Tanya soalan, suarakan kebimbangan atau laporkan pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki untuk dibuat susulan oleh pengurus atau penyelia anda dan pakar bidang dan hubungan etika dan pematuhan kita. Sebagai pekerja, kita semua bertanggungjawab terhadap tingkah laku beretika. Kita juga diharapkan untuk melaporkan pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki. Air Products menjanjikan bahawa orang yang berniat baik melaporkan pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki terhadap Tatakelakuan tidak akan menghadapi tindakan balas dalam sebarang bentuk. Setiap daripada kita mesti

Gambaran Keseluruhan

melakukan bahagian kita untuk menyokong komitmen Syarikat terhadap perniagaan beretika.

KeperluanSebagai sebuah syarikat, kita mesti menegakkan integriti kita dan melindungi reputasi kita dalam menguruskan perniagaan secara jujur. Memandangkan Air Products ialah sebuah syarikat multinasional, pekerja akan menghadapi banyak undang-undang, peraturan, dasar dan amalan perniagaan formal dan tidak formal yang berlainan. Pematuhan dengan semua undang-undang serta dasar, standard, garis panduan dan prosedur Air Products di semua kawasan geografi di mana kita menjalankan perniagaan adalah penting. Di mana anda tidak pasti mengenai keperluan undang-undang atau dasar Syarikat, atau jika ia berkonflik, anda hendaklah berbincang dengan pengurus atau penyelia anda atau Law Group atau Chief Risk Office untuk bimbingan.

Pekerja yang tidak mematuhi Tatakelakuan mungkin tertakluk pada penamatan pekerjaan dan/atau dakwaan jenayah dan tindakan undang-undang oleh Syarikat dalam sesetengah kes. Sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang tempatan, pengurus dan penyelia mungkin dikenakan tindakan disiplin dan/atau liabiliti peribadi atas kegagalan untuk menangani pelanggaran yang dilakukan oleh pekerja. Ini bermakna pengurus dan penyelia hendaklah melaporkan salah laku oleh pekerja di bawah pengurusan mereka. Tidak biasa dengan Tatakelakuan atau dasar, standard, garis panduan dan prosedur untuk peranan anda tidak menjadi alasan untuk pelanggaran; kita semua bertanggungjawab untuk memahami maklumat penting ini.

Jika anda dalam peranan yang memerlukan anda berinteraksi dengan usaha sama, ejen, pengedar, atau pembekal khidmat, anda mungkin

Page 5: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

5

mengetahui mengenai keperluan Tatakelakuan mereka. Kita juga mesti mengikuti Tatakelakuan, dasar, amalan dan garis panduan Air Products terutamanya jika ia lebih ketat.

PelaporanAir Products mengharapkan pekerja untuk melaporkan salah laku atau pelanggaran etika. Terdapat beberapa alat dan sumber untuk membantu anda. Jika anda mempunyai soalan atau keraguan, atau anda perlu melaporkan pelanggaran Tatakelakuan, berbincang dahulu dengan penyelia atau pengurus anda. Jika anda tidak selesa berbincang dengan pengurus anda, atau jika anda telah berbincang tetapi tidak berpuas hati dengan responsnya, anda boleh mendapatkan bantuan daripada mana-mana hubungan yang disenaraikan pada tapak web Syarikat: www.airproducts.com/codeofconduct.

Pada bila-bila masa, anda juga boleh mendapatkan panduan atau bantuan daripada Law Group, Chief Risk Officer, Corporate Audit atau mana-mana eksekutif Syarikat. Dan jika anda lebih suka bercakap dengan seseorang di luar Air Products, anda boleh memanggil IntegrityLine di 1-877-272-9726 atau melawat www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan membuat laporan tempatan.

Talian telefon dan tapak web dikendalikan oleh vendor pihak ketiga yang digunakan khidmat oleh Air Products untuk membantu dengan pelaporan etika dan pematuhan. Arahan lanjut untuk penggunaannya tersedia dalam sisipan Tatakelakuan mengenai pelaporan. Kategori dan proses yang dibenarkan untuk pelaporan berbeza mengikut negara/rantau. Sila biasakan diri anda dengan undang-undang tempatan anda apabila menggunakan alat laporan pihak ketiga. Ingat, Air Products menguatkuasakan janji tiada tindakan balas yang tegas.

Nota daripada Chief Compliance Officer kita tentang Tingkah Laku Berintegriti

Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika Air Products. Pekerja Air Products menghargai kejujuran dan keadilan. Dalam tinjauan, forum perbincangan dan menerusi maklum balas beranekdot, rakan sekerja telah menekankan berulang kali kepentingan etika profesional. Tindakan kita menyerlahkannya dengan lebih ketara. Kita telah membina reputasi yang kukuh untuk integriti. Ia merupakan harapan Syarikat bahawa kita semua berusaha untuk mengekalkannya.

Kita melakukannya dengan memahami Tatakelakuan dan semua dasar, standard dan garis panduan berkaitan, dengan mengambil semua latihan yang diperlukan untuk peranan atau kedudukan kita, dengan melaporkan pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki dan paling penting, dengan mengutamakan integriti dalam kerja seharian kita. Kita beruntung kerana bekerja untuk sebuah syarikat di mana komitmen terhadap integriti menjadi nilai korporat teras dan penting secara peribadi kepada pekerja kita juga.

Namun, dalam budaya di mana integriti menjadi kunci kepada jenama kita, situasi timbul di mana laluan yang betul tidak sentiasa jelas. Terdapat sumber untuk membantu, termasuk penyelia anda, pengurus atau ketua lain dalam syarikat. Apabila ia menjadi tidak mungkin atau tidak praktikal, pekerja boleh menggunakan Telefon IntegrityLine dan proses penyerahan Web yang ditadbir oleh vendor pihak ketiga kita atau merujuk pada senarai hubungan dalaman kita bagi pakar bidang.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk mematuhi Tatakelakuan. Pengurus dan penyelia mempunyai kewajipan tambahan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang menggalakkan dan mempromosikan keterbukaan dan kejujuran. Pekerja hendaklah berasa selesa menggunakan sebarang sumber yang digariskan dalam Tatakelakuan untuk mendapatkan bantuan dalam situasi yang sukar. Kepimpinan bermakna menawarkan sokongan penuh kepada mereka yang membantu menegakkan integriti kita, termasuk mengotakan janji kita terhadap tiada tindakan balas.

Kita melihat integriti sebagai penting kepada kejayaan berterusan kita. Pekerja dalam sebarang kawasan geografi, dalam sebarang peranan, tidak harus teragak-agak untuk mendekati pemimpin Air Products mengenai topik ini.

5

Page 6: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

6

Pematuhan Syarikat

Cara Memfailkan Laporan Pekerja yang mempunyai soalan atau kebimbangan, memerlukan nasihat atau mengesyaki bahawa pelanggaran Tatakelakuan mungkin telah berlaku hendaklah berbincang dengan penyelia atau pengurus terdekat mereka dahulu. Walau bagaimanapun, jika situasi atau persoalan melibatkan penyelia atau pengurus, atau apabila pekerja lebih suka bercakap dengan orang lain, beliau hendaklah membawa hal ini kepada Law Group, Chief Risk Officer, Corporate Audit, atau mana-mana eksekutif syarikat.

Sebagai pekerja, dalam keadaan tertentu, kita kadangkala mungkin berasa keberatan atau tidak selesa untuk melaporkan pelanggaran atau kebimbangan kepada orang lain di dalam Air Products. Sesiapa sahaja di dalam atau di luar syarikat boleh membuat laporan, 24 jam dalam sehari, tujuh hari dalam seminggu, menggunakan salah satu daripada beberapa alat yang tersedia dengan syarikat pihak ketiga luaran yang mempunyai kontrak dengan Air Products. Menggunakan IntegrityLine kita, pemanggil boleh bercakap dengan (seringkali dalam bahasa

tempatan) wakil vendor yang boleh mendokumenkan kebimbangan dan mengatur susulan. Tapak web IntegrityOnline tersedia dalam banyak bahasa dari sebarang sambungan Internet. Pekerja vendor pihak ketiga dilatih untuk mendokumenkan maklumat yang anda berikan dengan tepat. Ini membolehkan Air Products untuk menyiasat semua kebimbangan.

Mereka yang membuat laporan boleh kekal tanpa nama (apabila dibenarkan undang-undang tempatan) tetapi anda digalakkan untuk mengenal pasti diri anda untuk menjadikan susulan lebih berkesan. Menahan nama anda atau butiran terperinci boleh menyukarkan Air Products untuk menangani atau menyelesaikan isu dan kebimbangan. Sama ada anda memilih untuk membincangkan kebimbangan anda melalui telefon atau dalam talian, anda akan menerima nombor laporan untuk digunakan jika anda ingin membuat susulan. Kemudian syarikat pihak ketiga akan memajukan laporan kepada orang yang bersesuaian di Air Products untuk siasatan.

Harap maklum bahawa undang-undang Privasi Data dalam sesetengah negara menghadkan jenis/kategori laporan yang boleh dibuat oleh pekerja menggunakan nombor telefon IntegrityLine atau halaman Web IntegrityOnline. Di sesetengah negara, laporan hanya boleh dibuat untuk ketidaklaziman dalam audit, perakaunan, penipuan dan kewangan menggunakan alat ini. Sama juga, laporan tanpa nama dilarang oleh undang-undang di beberapa negara. Dalam kes ini, sistem laporan akan menasihati anda dengan cara untuk meneruskan.

Page 7: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

7

Melaporkan Ketidaklaziman PerakaunanMereka yang ingin melaporkan pelanggaran yang disyaki berkaitan dengan hal perakaunan atau pengauditan yang boleh dipersoalkan terus kepada Audit Committee bagi Lembaga Pengarah boleh berbuat demikian. Pekerja boleh meminta laporan yang dibuat dalam talian atau melalui telefon dimajukan kepada Audit Committee, atau aduan boleh diposkan terus kepada Audit Committee dengan alamat Corporate Secretary’s Office di Air Products, Allentown, Pennsylvania (lihat maklumat alamat pada kulit belakang).

Keperluan Pensijilan TatakelakuanDari semasa ke semasa, Chief Risk Officer, Corporate Risk Office, atau Audit Department mungkin menetapkan pekerja tertentu yang akan diperlukan untuk memberikan perakuan bertulis bahawa mereka telah menyemak dan memahami Tatakelakuan, atau sebahagian daripadanya, atau dasar, standard dan garis panduan berkaitan. Perakuan akan mengesahkan bahawa, dalam tempoh terdekat sebelum ini, pekerja telah mematuhi Tatakelakuan dan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai sebarang pelanggaran terhadapnya oleh orang lain.

Keadilan dan Tiada Tindakan BalasUrusan Adil Kita hendaklah adil dalam berurusan dengan pelanggan, pembekal, pesaing Syarikat dan rakan sekerja kita. Tiada siapa boleh mempergunakan orang atau situasi menerusi manipulasi, penyembunyian, penyalahgunaan maklumat khas, menyalahgambarkan fakta material atau sebarang amalan urusan tidak adil yang lain.

Melindungi Orang Yang Membantu Melindungi Syarikat

Reputasi kita dalam kejujuran ialah aset yang bernilai. Sebab itulah kita menjanjikan tiada tindakan balas untuk pekerja yang melindunginya. Anda hendaklah melaporkan pelanggaran Tatakelakuan atau etika dan pematuhan dan dasar pentadbiran yang sebenar atau disyaki. Jika anda merasakan anda menjadi mangsa tindakan balas kerana anda mematuhi Tatakelakuan, mempersoalkan amalan perniagaan yang tidak beretika, atau melaporkan pelanggaran, gunakan salah satu daripada alat laporan atau sumber untuk melaporkan tindakan balas dengan segera. Air Products tidak akan bertolak ansur kepada tindak balas terhadap mereka yang menegakkan komitmen Syarikat terhadap integriti.

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 8: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

8

Rakan sekerja saya mempunyai senarai edaran e-mel yang dia majukan e-mel jenaka yang kadangkala mempunyai jenaka mengenai jantina, kaum, agama, politik dan perbezaan peribadi yang lain. Saya mendapati sesetengah daripadanya menjelikkan dan risau bahawa orang lain juga berpendapat sama. Apakah yang harus saya lakukan?

Humor amat tertumpu kepada cita rasa peribadi dan orang kadangkala berkongsi jenaka yang tidak sesuai di tempat kerja. Rakan sekerja anda mungkin tidak menyedari bahawa subjek utama jenaka tertentu yang dimajukannya mungkin menghina atau merendahkan ahli lain dalam edaran. Anda hendaklah berbincang dengannya dan menjelaskan perasaan anda. Jika dia bertindak negatif terhadap permintaan anda, anda hendaklah bercakap dengan penyelia anda. Jenaka, grafik, komen lisan, gerak isyarat dan komunikasi lain yang memalukan atau merendahkan maruah orang membinasakan persekitaran kerja kita. Anda mempunyai segala hak untuk bersuara.

8

Persekitaran Kerja dan Pekerjaan

Kepelbagaian dan KeterangkumanAir Products ikhlas dalam komitmennya untuk membina persekitaran kerja yang terangkum di mana keterbukaan, kepercayaan dan rasa hormat menjadi sebahagian integral dalam budaya korporat global kita. Sebagai pekerja, kita mesti melayan satu sama lain dengan penuh hormat dan menilai perbezaan masing-masing. Perspektif yang dibawa perbezaan sedemikian adalah penting dalam kejayaan berterusan kita.

Syarikat menganggap gangguan dan diskriminasi sebagai tidak adil dan membinasakan persekitaran kerja kita. Dalam kebanyakan negara, gangguan dan diskriminasi adalah salah. Air Products berusaha untuk mencapai atau melebihi keperluan undang-

undang di semua negara yang kita beroperasi. Pekerja hendaklah merujuk semua dasar, standard, garis panduan dan prosedur serantau yang relevan dan berkaitan dengan persekitaran kerja dan rasa hormat di tempat kerja. Mereka juga mestilah sentiasa dikemas kini mengenai latihan Syarikat dalam Kepelbagaian dan Keterangkuman, anti-gangguan dan kursus lain mengenai persekitaran kerja kita.

Air Products tidak akan bertolak ansur terhadap keganasan atau ancaman keganasan dalam tempat kerja. Pekerja yang membawa senjata atau bahan berbahaya ke tempat kerja atau yang bertindak dalam keadaan yang menakutkan atau mengugut pekerja lain akan dikenakan tindakan disiplin.

Page 9: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

9

Saya merupakan pengurus pengambilan pekerja untuk jawatan yang melibatkan kerja di peringkat antarabangsa. Orang yang paling layak saya temu ramah ialah seorang wanita, tetapi saya tahu bahawa sesetengah ahli perniagaan di beberapa negara ini tidak suka berurusan dengan wanita. Kemahirannya mempunyai padanan terbaik, tetapi jantinanya mungkin menjejaskan perniagaan kita. Apakah yang harus saya lakukan?

Adalah melanggar dasar Air Products, dan salah, untuk mengecualikan calon kerja kerana jantina. Adalah penting bahawa kita mengikuti haluan yang betul dalam apa yang kita lakukan, tidak kira lokasi. Integriti kita tidak patut terjejas langsung, walaupun pilihan yang betul mungkin menjejaskan keuntungan.

9

Peluang Pekerjaan Saksama Pekerja Air Products menjadi aset paling berharga. Kejayaan berterusan kita bergantung pada menarik dan mengekalkan tenaga kerja lelaki dan wanita yang berbakat dan pelbagai. Setiap pekerja akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kemahirannya, tanpa mengambil kira ciri-ciri peribadi. Syarikat menyokong penuh semua prinsip peluang saksama dalam pekerjaan dan akan mematuhi semua undang-undang sedemikian di negara-negara yang kita beroperasi.

Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang Buruh dan Pekerjaan Agar kreativiti dan inovasi berkembang, orang memerlukan persekitaran yang terangkum di mana hak dan pandangan mereka dialu-alukan dan dihormati dan mereka dilayan dengan rasa hormat dan bermaruah. Air Products komited dalam memupuk persekitaran ini. Kita mematuhi semua undang-undang buruh dan pekerjaan di negara-negara di mana kita beroperasi, termasuk undang-undang berkaitan dengan buruh kanak-kanak dan hak pekerja, seperti kebebasan berpersatuan, privasi dan peluang pekerjaan saksama.

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor laporan tempatan dan arahan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 10: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

10

Menjamin KemampananUntuk Air Products, kemampanan merangkumi banyak aktiviti yang penting kepada Syarikat dan pemegang amanahnya. Kita berusaha untuk mewujudkan nilai yang bertahan lama menerusi kepimpinan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan korporat dan penyelesaian inovatif untuk tenaga, alam sekitar dan keperluan pasaran semakin berkembang. Kita berusaha untuk menjadi jiran yang baik dan majikan saksama dalam komuniti di mana kami beroperasi. Kita ialah pemimpin alam sekitar dan warga korporat yang bertanggungjawab. Setiap daripada kita hendaklah cuba mengekalkan nilai perniagaan mampan dalam kerja seharian kita.

Seperti kebanyakan syarikat besar, Air Products menggunakan air, tenaga dan sumber lain dan mempunyai jejak alam sekitar. Sebab itulah kita telah mewujudkan matlamat untuk mengekalkan sumber dan mengurangkan pelepasan asap dan mempunyai dasar untuk menyokong matlamat ini. Penggunaan air dan tenaga kita dan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau dipantau oleh Majlis Kemampanan Air Products dan kita berusaha untuk meningkatkan prestasi kita secara berterusan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk memajukan syarikat ke arah mencapai

matlamat tersebut dengan menggunakan sumber dengan bijak, mengikuti amalan yang bersesuaian untuk mengurangkan sisa dan mengitar semula atau menggunakan semula bahan bila boleh.

Kemampanan termasuk pentadbiran baik. Dokumen Tatakelakuan ini, dasar, standard, garis panduan berkaitan dan sebarang latihan yang diperlukan untuk peranan anda mengukuhkan lagi komitmen kita terhadap tingkah laku berintegriti dalam semua urusan perniagaan kita. Jika anda mendapat tahu mengenai sebarang isu etika dan pematuhan yang berkaitan dengan kemampanan, anda hendaklah membincangkan kebimbangan anda dengan segera, menggunakan salah satu daripada hubungan atau alat yang disediakan di sini.

Kemampanan, Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan

Bertindak secara Bertanggungjawab untuk Mengekalkan dan Melindungi Alam SekitarAir Products komited terhadap mengekalkan alam sekitar. Dasar Syarikat mematuhi atau melebihi keperluan undang-undang perlindungan alam sekitar kerajaan di negara yang kita beroperasi. Kita berbangga menjadi ahli beberapa organisasi yang menyasarkan untuk meminimumkan impak alam sekitar daripada pengilangan, edaran dan penggunaan bahan kimia. Adalah menjadi amalan kita untuk mematuhi garis panduan alam sekitar tersebut dalam semua keadaan. Pekerja mesti sentiasa mematuhi semua dasar, standard dan prosedur Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan dan Kemampanan Air Products dan mengambil semua latihan.

Page 11: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

11

Saya mendapati orang seringkali menahan pintu terbuka untuk membenarkan orang di belakang mereka dalam barisan di pintu masuk kita untuk masuk tanpa mengimbas lencana mereka. Saya rasakan tindakan ini tiada masalah kerana kita semua pekerja, tetapi kadangkala saya melihat orang yang saya tidak kenali. Apa yang harus saya lakukan?

Anda langsung tidak boleh membenarkan orang lain memasuki bangunan kita tanpa mengikut prosedur keselamatan yang sempurna, yang memerlukan setiap individu mengimbas lencana mereka di kebanyakan tapak. Anda tidak bertindak biadap dengan menafikan akses; anda membantu melindungi orang, kilang dan maklumat sulit kita. Jika seseorang menyoalkan tindakan anda, jelaskan bahawa ia menjadi dasar Syarikat bahawa semua orang yang memasuki bangunan kita menggunakan lencana sah mereka sendiri. Sama juga, kita semua hendaklah mematuhi dasar dan prosedur yang berkaitan dengan tetamu dan pelawat ke tapak kita.

Memastikan Tempat Kerja Kita, Pekerja dan Komuniti SelamatAir Products menjadikan prioriti untuk beroperasi dengan keadaan bekerja yang selamat dan sihat dan ini memerlukan komitmen dan juga fokus keselamatan yang kerap oleh setiap daripada kita. Rekod keselamatan kita diperakui dan kita komited terhadap peningkatan berterusan dalam prestasi keselamatan.

Semua pekerja bertanggungjawab untuk bekerja dengan selamat dan melaporkan keadaan yang tidak selamat. Kita hendaklah mengikut semua dasar, standard, proses dan garis panduan yang berkaitan dengan keselamatan untuk mengekalkan dan melindungi keselamatan kita sendiri dan rakan sekerja kita. Kita juga mempunyai beberapa program tempatan dan serantau, maklumat dan alat untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan juga dasar untuk memastikan kita semua pulang ke rumah dari kerja

dengan selamat sama seperti semasa datang ke kerja. Ini mungkin berbeza-beza mengikut rantau dan mungkin termasuk dasar dan standard yang berkaitan dengan penggunaan tembakau, sistem lencana untuk entri ke tapak, faedah kesihatan tempatan dan serantau, program kesejahteraan korporat dan banyak lagi. Pengurus atau penyelia anda, EH&S dan Sumber Manusia dapat membantu anda memahami sebarang perkara yang berkenaan dengan tapak atau peranan anda.

Pelanggaran dasar, standard, garis panduan dan prosedur keselamatan oleh pekerja, di tempat kerja atau tapak pelanggan boleh menyebabkan tindakan disiplin. Keganasan atau ancaman keganasan dan pemilikan senjata di tempat kerja tidak akan diterima. Sama juga, penyalahgunaan di tempat kerja menjejaskan keselamatan semua orang dan dihalang.

Melindungi Tapak dan Produk KitaMelindungi satu sama lain, komuniti jiran kita dan harta syarikat kita adalah perkara yang kita pandang serius. Kerana kita mengilangkan dan menghantar produk yang boleh menjadi berbahaya jika digunakan oleh orang yang berniat jahat, keselamatan adalah keutamaan Air Products. Kami telah mengambil langkah yang ketat untuk memastikan keselamatan dan perlindungan operasi dan produk kita. Kita semua perlu mematuhi semua dasar, standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di tapak kita tanpa pengecualian. Sebagai pekerja, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pelawat dan tetamu sedar mengenai prosedur keselamatan dan perlindungan kita dan bertindak secara mematuhinya.

Pekerja hendaklah memaklumkan Global Corporate Security (the Global Asset Protection Group) apabila mereka mempunyai kebimbangan keselamatan atau sebarang bentuk syak wasangka. Pada masa lalu, situasi yang berpotensi berbahaya telah dielakkan kerana pekerja yang sentiasa berjaga-jaga mengambil langkah berjaga-jaga keselamatan yang sempurna atau memaklumkan Global Corporate Security mengenai isu.

11

Tahukah anda?Kemampanan Di Dalam dan Di

Luar Syarikat: Air Products komited

terhadap perniagaan mampan dan

usaha kemampanan kita menjangkaui

tapak dan kemudahan kita. Kita

juga bekerja dengan pembekal dan

pelanggaran untuk membantu

meningkatkan kemampanan rantai

nilai kita dan dunia. Anda hendaklah

membiasakan diri anda dengan

standard semasa kita dan dasar untuk

membantu Air Products mencapai

matlamat kemampanan kita dan juga

sedar mengenai tawaran kita untuk

membantu pelanggan meningkatkan

kemampanan mereka.

Page 12: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

12

Penggunaan Wajar Sistem, Maklumat dan Kelengkapan Syarikat Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk melindungi aset Syarikat. Kecurian dan kecuaian menjejaskan keuntungan kita. Kita bukan sahaja harus mengikuti dasar tetapi juga membantu melindungi harta kita—termasuk aset maklumat—dengan melaporkan sebarang penipuan, kecurian, pelanggaran keselamatan, atau penggunaan tidak wajar aset Syarikat oleh orang lain dengan segera.

Kelengkapan, sistem, maklumat, barangan dan perkhidmatan Syarikat hanya boleh digunakan untuk urusan perniagaan Syarikat. Penggunaan peribadi insidental dibenarkan dalam kes tertentu, jika ia tidak menjejaskan transaksi perniagaan atau produktiviti. Menggunakan aset atau maklumat Air Products untuk keuntungan peribadi adalah dilarang.

Jika anda salah letak atau kehilangan peranti dengan data syarikat tersimpan dalamnya, anda hendaklah melaporkan kehilangan tersebut kepada Corporate Security (Global Asset Protection).

Menguruskan Rekod dan DokumenRekod syarikat adalah aset korporat yang penting. Penyimpanan rekod yang berkesan dan efisien membantu proses kerja kita beroperasi lancar. Pengurusan rekod yang sewajarnya dipandu oleh keperluan undang-undang, kawal selia dan keperluan operasi. Rekod dan maklumat penting syarikat yang lain mesti diuruskan dengan sempurna (dicipta, digunakan, dikongsi, disimpan dan dimusnahkan) sepanjang kitar hayat mereka. Semua pekerja bertanggungjawab untuk memahami cara untuk mengelaskan maklumat yang mereka kendalikan dan menguruskannya menurut dasar syarikat dan juga undang-undang serta kawal selia. Anda hendaklah berbincang dengan penyelia anda atau jabatan Information Lead untuk mendapatkan bimbingan jika anda tidak pasti cara untuk menguruskan rekod atau dokumen anda.

Menguruskan Aset dan Maklumat Syarikat

Tahukah anda?Risiko Keselamatan Maklumat: Salah satu ancaman terbesar kepada maklumat penting Syarikat (dan maklumat peribadi anda sendiri) boleh dielakkan dengan perubahan tingkah laku sahaja. Orang dengan niat jahat kerap mencipta cara yang lebih sofistikated untuk menipu orang untuk mendedahkan maklumat atau memberikan mereka "jalan masuk" untuk program komputer tersembunyi untuk mencapai sistem, pangkalan data dan repositori maklumat lain. Penjenayah ini menyamar sebagai perniagaan sah atau kenalan atau menerbitkan e-mel atau tapak web yang kelihatan sah. Anda hendaklah mengendalikan setiap e-mel, pautan Internet, lampiran atau permintaan maklumat (elektronik, langsung, atau melalui telefon) dengan berhati-hati. Jangan kongsi rangkaian atau kata laluan peribadi, memberikan maklumat sensitif dalam talian atau dalam e-mel, atau mengklik pada pautan dalam e-mel yang tidak disahkan. Sentiasa semak semula untuk mengesahkan identiti sebenar orang yang meminta maklumat.

Page 13: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

13

Perdagangan DalamanAdalah menjadi pelanggaran dasar Air Products untuk pekerja mendedahkan, secara langsung atau tidak langsung, sebarang maklumat bukan awam yang disedarinya dalam masa pekerjaannya dengan Syarikat. Kita tidak dibenarkan menggunakan maklumat sedemikian untuk keuntungan kita sendiri atau untuk kerugian Air Products. Contohnya, pekerja tidak boleh membeli saham dalam syarikat lain yang kita mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Air Products berminat untuk membuat pemerolehan. Dasar adalah konsisten dengan undang-undang A.S. terhadap perdagangan dalaman dan juga menyasarkan untuk mengelakkan kerugian pada Syarikat daripada pendedahan maklumat bernilai.

Perdagangan Dalaman—membeli atau menjual saham Air Products semasa anda mengetahui maklumat material mengenai syarikat yang tidak diketahui orang awam—adalah tidak adil. Ini juga merupakan satu jenayah. Maklumat “material” termasuk sebarang perkara yang berkemungkinan besar mempengaruhi keputusan bakal pelabur untuk membeli atau menjual saham Air Product. Perkara penting seperti potensi pemerolehan atau pelaburan semula, unjuran

pendapatan korporat dan perubahan yang dirancang dalam pengurusan kanan semuanya boleh dianggap maklumat material.

Undang-undang perdagangan dalaman juga, melarang perkara yang kurang nyata. Jika anda tahu mengenai maklumat material bukan awam, anda tidak boleh dagangkan saham Air Products sama ada secara terus atau dalam pelan persaraan dan simpanan anda. Jika anda tidak dapat membuat dagangan, keluarga anda dan juga semua orang yang tinggal dalam isi rumah anda tidak boleh berdagang. Juga, anda dilarang daripada memberitahu orang lain maklumat material lain yang bukan awam. Sama juga, anda tidak boleh membeli atau menjual saham kepada pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan yang lain jika anda mempunyai maklumat material bukan awam mengenainya.

Ia mengenai keadilan asas. Pelabur seharusnya dapat mempercayai bahawa semua orang yang berdagang dalam pasaran mempunyai maklumat yang sama. Perdagangan dalaman menjejaskan pasaran dan membinasakan kepercayaan.

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 14: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

14

Saya menerima beberapa iklan dan promosi tapak web luaran pada akaun e-mel kerja saya dan melanggan kepada beberapa berita yang tidak berkaitan dengan kerja. Adakah ini dibenarkan oleh dasar Syarikat?

Perkakasan, perisian dan sistem Air Products hendaklah digunakan terutamanya untuk tujuan perniagaan. Walau bagaimanapun, anda boleh menikmati penggunaan peribadi yang terhad asalkan ia tidak menjejaskan keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem atau produktiviti anda atau rakan sekerja anda. Walau bagaimanapun, penggunaan sedemikian boleh membawa ancaman kepada Syarikat. Virus, perisian berniat jahat, penggodaman, phising dan risiko keselamatan lain semakin menjadi biasa. Anda hendaklah membiasakan diri anda sepenuhnya dengan semua dasar berkaitan dan juga mengambil langkah untuk memastikan penggunaan e-mel dan internet oleh anda tidak meletakkan maklumat Air Products—dan maklumat peribadi anda sendiri—dalam bahaya. Harap maklum bahawa institusi yang mempunyai reputasi tinggi tidak akan meminta pengenalan dan kata laluan anda apabila berkomunikasi dengan anda melalui e-mel.

Kita semua bertanggungjawab untuk membantu melindungi aset intelektual Air Products. Aset intelektual (atau harta intelektual) adalah termasuk pengetahuan, maklumat dan kemahiran yang dimiliki syarikat dan pekerjanya yang boleh ditukar kepada nilai. Pelan bertulis, reka bentuk produk, projek semasa dan masa hadapan, paten, tanda dagangan, kemahiran dan proses kerja, dan maklumat bernilai lain adalah contoh aset intelektual yang dimiliki oleh Air Products. Aliran maklumat yang bebas di Air Products adalah kritikal kepada prestasi kita. Walau bagaimanapun, butiran aset intelektual kita boleh menjadi bernilai kepada pesaing kita atau pihak luar. Air Products mempunyai program Pengurusan Risiko Maklumat yang menyeluruh, yang termasuk alat dan teknik untuk melindungi aset intelektual, maka pekerja boleh menggunakan yang terbaik daripada sumber intelektual tergabung kita. Tetapi semua orang hendaklah

sentiasa berjaga-jaga untuk melindunginya. Terdapat juga dasar, standard dan garis panduan untuk membantu kita mengekalkan keselamatan aset intelektual kita.

Pekerja Air Products mungkin memiliki atau ingin menerima maklumat sulit yang dimiliki oleh syarikat atau individu lain yang Syarikat bertanggungjawab untuk melindungi dari segi undang-undang. Jika anda ingin menerima atau menggunakan maklumat sulit atau proprietari sedemikian, anda mesti mengambil langkah tertentu terlebih dahulu. Anda mestilah telah menandatangani perjanjian bukan pendedahan atau kerahsiaan, diluluskan oleh ketua perniagaan yang bersesuaian dan anda mestilah mematuhi termanya. Mengikuti langkah ini boleh membantu mengelakkan potensi tuntutan atau isu undang-undang yang boleh menjejaskan usaha penyelidikan, pembangunan dan perniagaan

Harta Intelektual dan Melindungi Aset Maklumat Syarikat

Syarikat sendiri. Jika anda ada sebarang soalan atau tidak pasti mengenai proses yang perlu diikuti, hubungi pengurus atau penyelia anda atau Kumpulan Undang-Undang.

Pekerja hendaklah melindungi semua maklumat sensitif dan sulit mengenai Air Products atau syarikat atau individu lain daripada pendedahan atau penggunaan yang tidak dibenarkan. Ini termasuk mematuhi dasar untuk melindungi maklumat yang anda miliki secara peribadi dan juga maklumat yang disimpan atau dikendalikan pada sebarang sistem, pangkalan data atau aplikasi Air Products. Menggunakan maklumat sedemikian untuk keuntungan peribadi atau untuk kerugian Syarikat juga dianggap melanggar dasar Air Products. Selain itu, anda haruslah berhati-hati semasa menyimpan, berkongsi atau melupuskan maklumat sensitif dan sulit, sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak.

14

Page 15: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

15

Keselamatan dalam Persekitaran Perkomputeran KitaKita menyimpan maklumat bernilai syarikat pada komputer kita, pada peranti dan perkhidmatan storan luaran (cthnya awan), dalam peranti teknologi peribadi kita sendiri, dan dalam sistem Air Products. Sebab itulah pekerja mesti menggunakan persekitaran perkomputeran Air Products dengan bertanggungjawab dan mematuhi dasar, standard dan garis panduan yang berkaitan dengan keselamatannya—ia direka bentuk untuk melindungi maklumat kita dan melindungi persekitaran perkomputeran daripada virus, pencerobohan keselamatan dan “ancaman siber” yang lain. Ini termasuk butiran yang berkaitan dengan penggunaan wajar sistem dan perkakasan, program keselamatan yang dipasang dan proses penyulitan, perlindungan kata laluan, muat turun dan pemasangan aplikasi yang diluluskan, peranti storan luaran, akses intranet, Internet dan penggunaan media sosial, langkah untuk melindungi PC anda atau perkakasan tapak dan banyak lagi.

Aset perkomputeran dan sistem adalah bertujuan untuk digunakan untuk tujuan perniagaan. Walau bagaimanapun, penggunaan terhad dibenarkan asalkan ia tidak menjejaskan produktiviti perniagaan, kecekapan sistem, atau prestasi pekerja atau melanggar sebarang dasar atau standard Syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk membiasakan dirinya dengan dasar dan garis panduan sedemikian dan juga melengkapkan sebarang latihan berkaitan keselamatan maklumat yang diperlukan.

Privasi Data untuk Pekerja dan Pemegang Amanah LainAdalah menjadi tanggungjawab Syarikat dan semua pekerja untuk melindungi maklumat pengenalpastian peribadi (PII), sama seperti kita melindungi maklumat korporat Air Products. Contoh PII ialah nombor pengenalan peribadi; pekerjaan, perubatan dan butiran kewangan; rekod pekerjaan; dan maklumat serupa. Pekerja Air Products juga mesti melindungi maklumat mengenai pelanggan, pembekal, rakan kongsi dan pemegang amanah lain.

Privasi Pekerja dalam Persekitaran Perkomputeran KitaPerkakasan, perisian, sistem dan aplikasi perkomputeran dan storan data Air Products ialah harta Syarikat. Beberapa penggunaan e-mel dilarang keras, termasuk menghantar mesej atau fail haram, bersifat penghinaan, menjelikkan atau mengganggu; melanggar undang-undang hak cipta; pendedahan yang tidak dibenarkan maklumat sulit, sensitif atau proprietari; dan menghantar permintaan dana.

Memandangkan perkakasan dan perisian yang digunakan oleh pekerja adalah tanggungjawab Syarikat, privasi individu mungkin tidak terjamin apabila menggunakan sebarang sistem, termasuk e-mel dan pesanan segera, dengan pihak dalaman atau luaran. Pekerja tidak boleh menganggap e-mel mereka adalah peribadi atau sulit secara peribadi. Syarikat mempunyai hak, setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang tempatan yang berkenaan, untuk memintas dan mengimbas e-mel dan memantau semua sistem lain untuk memastikan penggunaan sesuai dan pematuhan dengan dasar, standard, garis panduan dan undang-undang. Kita boleh membantu melindungi maklumat Air Products, dan juga maklumat peribadi kita sendiri dengan menggunakan persekitaran perkomputeran kita dengan bertanggungjawab dan mematuhi dasar serta prosedur berkaitan.

Page 16: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

16

Kakak saya ialah pemilik bersama sebuah syarikat yang membida untuk urusan pembekalan dengan Air Products. Tugas saya ialah untuk menilai bida-bida yang diterima. Adakah ini konflik kepentingan?

Ya. Kerana perhubungan kekeluargaan rapat anda, anda mungkin dianggap sebagai berat sebelah dalam penilaian bida anda. Anda hendaklah menjelaskan situasi dan meminta penyelia anda untuk menugaskan orang lain untuk melihat dan membandingkan cadangan pembekal.

Apa yang Boleh Dianggap sebagai Konflik Kepentingan? Pekerja hendaklah mengelakkan sebarang situasi yang melibatkan, atau kelihatan seperti berkait konflik antara kepentingan peribadi mereka dan kepentingan Syarikat. Ini bermakna pekerja hendaklah mengelakkan keadaan yang boleh mengaburkan pertimbangan atau kesaksamaan mereka apabila melakukan kerja mereka. Jika kepentingan peribadi anda atau perhubungan anda menyebabkan anda merasakan berlaku pilih kasih (atau jika ia mungkin kelihatan kepada orang lain bahawa anda merasakan berlaku pilih kasih) bererti konflik kepentingan itu wujud.

Konflik Kepentingan Peribadi

Contoh di mana konflik kepentingan mungkin timbul termasuk:

• Jika pekerja atau ahli keluarganya ialah pemilik atau pemilik bersama pelanggan atau syarikat pembekal Air Products atau perunding, penerima gaji atau seseorang yang menerima pampasan lain daripada syarikat tersebut

• Jika pekerja akan mendapat keuntungan peribadi daripada mengaturkan perhubungan antara Air Products dan pelanggan, pembekal atau rakan kongsi

• Jika pekerja menerima faedah peribadi, seperti pinjaman atau jaminan kewajipan, daripada pelanggan, pembekal atau rakan kongsi

• Jika pekerja mempunyai hubungan dengan sebarang perniagaan yang bersaing langsung atau tidak langsung dengan Air Products

• Jika pekerja menemui peluang untuk keuntungan peribadi menerusi kedudukannya atau menerusi penggunaan kelengkapan atau sistem Syarikat

Melabur dalam saham oleh syarikat yang didagangkan dalam bursa saham utama yang diperoleh dalam urus niaga tulus sebagai sebahagian daripada program pelaburan biasa, biasanya tidak dianggap konflik. Jika anda mempunyai soalan mengenai sama ada suatu situasi ialah konflik kepentingan, hubungi Law Group atau Corporate Audit Department.

16

Page 17: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

17

Pembekal telah mencadangkan untuk bertemu di pusat peranginan mewah untuk membincangkan kontrak kita dan dia menawarkan untuk membayar untuk perjalanan saya dan semua perbelanjaan yang berkaitan, termasuk beberapa tiket persembahan yang mahal. Memandangkan ini berkaitan dengan perniagaan, bolehkah saya menerima tawaran ini?

Tidak, tawaran pembekal melebihi apa yang dianggap wajar dan biasa oleh dasar dan garis panduan Air Products. Menerima tawaran tidak sesuai sedemikian—atau memberikan hadiah, perjalanan atau hiburan yang melebihi amaun yang dibenarkan—boleh dianggap sebagai sogokan dan rasuah untuk mempengaruhi keputusan perniagaan. Undang-undang dan dasar Air Products melarang transaksi sedemikian.

Memberikan atau Menerima Hadiah semasa Urusan PerniagaanAdalah biasa dan menjadi adat untuk orang memberi dan menerima makanan dan hiburan yang tidak mahal semasa dalam urusan perniagaan. Bertukar-tukar hadiah bernilai tinggi atau memberikan atau menerima hiburan yang berlebihan atau tidak wajar adalah tidak beretika dan mungkin salah. Ia boleh menjejaskan reputasi perniagaan peribadi anda dan juga Air Products.

Dalam perhubungan perniagaan, tiada pekerja boleh menawarkan atau menerima sebarang benda bernilai yang mungkin kelihatan sebagai percubaan untuk mempengaruhi keputusan perniagaan atau yang boleh kelihatan seperti memberikan rasuah atau sogokan. Memberi atau menerima tunai adalah melanggar dasar Syarikat, kecuali dalam keadaan yang sangat khusus dan tertentu. Penerimaan makanan atau hiburan yang wajar dan bersesuaian boleh dilakukan semasa interaksi perniagaan dan kita digalakkan untuk membalas dengan budi bahasa yang serupa untuk mengekalkan perhubungan yang seimbang. Tetapi memberikan atau menerima hiburan atau hadiah yang tidak sesuai atau

berlebihan daripada yang dibenarkan oleh dasar, standard atau garis panduan semasa Syarikat adalah tidak beretika. Sama juga, pekerja hendaklah mengelakkan pertukaran yang tidak mahal sekali pun apabila mereka tahu atau mengesyaki bahawa mereka melanggar dasar syarikat pihak lain.

Syarikat menetapkan had terhadap amaun hadiah budi baik yang boleh diberikan atau diterima oleh pekerja dan kita diharapkan untuk memahami had ini. Jika anda ada sebarang soalan mengenai sama ada sebarang hadiah atau hiburan adalah berlebihan atau tidak sesuai, anda hendaklah merujuk dasar Syarikat yang berkaitan dan berbincang untuk mendapatkan nasihat penyelia atau pengurus anda, Audit Department, atau Chief Risk Officer.

Kerana terdapat undang-undang dan peraturan yang sangat teknikal berkenaan berurusan dengan pekerja kerajaan, pemberian hadiah dalam perhubungan ini mungkin adalah salah. Tiada hadiah boleh diberikan kepada pegawai kerajaan tanpa mendapatkan kelulusan daripada penyelia langsung anda dan wakil Law Group.

17

Tahukah anda?

Perbelanjaan Perjalanan dan

Hiburan: Air Products berusaha

untuk mengekalkan perhubungan

yang bagus dengan pelanggan

dan autoriti kerajaan di mana-

mana sahaja kita menjalankan

perniagaan. Tetapi kita mesti

berhati-hati dalam menganjurkan

dan membayar untuk perjalanan,

hiburan, pemeriksaan tapak dan

yang serupa. Sebarang perjalanan

mesti mempunyai tujuan perniagaan

yang sah dan hendaklah disemak

dan diluluskan terlebih dahulu oleh

Kumpulan Undang-Undang. Tempoh

perjalanan hendaklah terhad kepada

apa yang perlu sewajarnya untuk

mencapai tujuan perniagaan yang

diluluskan. Air Products tidak boleh

membayar untuk pelawat yang

tidak berkaitan dengan perniagaan,

lawatan sampingan, bersiar-siar atau

hiburan mewah, dan juga tidak boleh

memberikan hadiah tanpa semakan

dan kelulusan nyata terlebih dahulu.

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 18: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

18

Interaksi dengan Orang Awam

Penglibatan Komuniti Air Products mempunyai tradisi lama dalam menyokong dan membantu komuniti di mana kita beroperasi dan di mana pekerja kita dan keluarga mereka tinggal dan bekerja. Syarikat menganjurkan dan menaja program bantuan dan acara pendidikan komuniti. Pekerja dari tapak tempatan kita bekerjasama dengan penduduk dan organisasi di kawasan mereka untuk meningkatkan komuniti dan juga cara kita menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, pekerja hendaklah sentiasa mematuhi dasar Air Product semasa menggunakan dana Syarikat untuk program bantuan dan acara sedemikian. Sama juga, dasar tidak boleh meminta dikenakan dalam sesetengah situasi dan/atau rantau, yang melarang pekerja individu daripada mengutip dana atau menganjurkan acara. Community Relations Department, Corporate Communications, atau Human Resources boleh membimbing pekerja yang mempunyai soalan dalam bidang ini.

Penyertaan pekerja dalam waktu bekerja biasa adalah tertakluk pada budi bicara pengurus tempatan dalam sesetengah rantau. Menyertai program bantuan komuniti biasanya adalah pilihan masing-masing. Tiada pekerja patut merasa tekanan untuk menyertai sebarang acara bantuan Air Products atau menyumbang kepada kutipan dana yang dianjurkan syarikat. Semasa dalam waktu bekerja, penyertaan pekerja adalah tertakluk pada budi biacara pengurusnya.

Penglibatan Politik, Melobi, Hadiah dan SumbanganDi Air Products, salah satu nilai teras kita ialah menjaga satu sama lain dengan penuh bertanggungjawab. Air Products menggalakkan pekerja, pegawai dan pengarah untuk menyumbang kepada komuniti dan untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam politik tempatan, nasional dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam berbuat demikian, Air Products dan pekerjanya mesti mematuhi undang-undang yang mentadbir penyertaan dalam hal ehwal politik, termasuk sumbangan politik, melobi dan memberi hadiah. Dalam sesetengah negara dan bidang kuasa, sumbangan politik, melobi dan memberi hadiah tidak dibenarkan.

Kita tidak boleh melobi, memberikan hadiah atau cuba mempengaruhi tindakan pegawai kerajaan berkenaan dengan undang-undang atau keputusan dasar yang lain mengenai hal yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat melainkan tindakan tersebut dibenarkan oleh Law Group dan/atau Corporate Relations. Adalah penting untuk mengaturkan usaha melobi kita. Seringkali majikan dan pekerja yang terlibat dalam melobi mesti mendaftar untuk melobi sama seperti pihak luaran yang diambil berkhidmat oleh Syarikat untuk terlibat dalam aktiviti melobi atau membuat perhubungan

Page 19: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

19

melobi. Adalah menjadi dasar Air Products untuk mematuhi semua undang-undang yang mentadbir sumbangan politik. Dan, sebagai sebahagian daripada dasar, Air Products dan Chemicals, Inc., sebagai entiti undang-undang tidak membuat sumbangan politik korporat kepada calon di mana-mana negara atau rantau, walaupun di tempat yang dibenarkan oleh undang-undang. Pekerja bebas untuk memberikan sumbangan peribadi kepada pihak atau calon bagi pihak mereka sendiri, tetapi mereka tidak boleh membuat sebarang sumbangan daripada dana Syarikat, termasuk tunai runcit, harta atau perkhidmatan, kepada mana-mana parti atau jawatankuasa politik, atau kepada mana-mana calon untuk atau pemegang jawatan mana-mana pejabat dalam mana-mana kerajaan. Dan mereka tidak boleh mendapatkan bayaran balik untuk sebarang sumbangan seperti itu. Dasar ini tidak menghalang, di mana sah, operasi Political Action Committee ("PAC"). Air Products Political Alliance (PAC), yang merupakan entiti undang-undang berasingan daripada Air Products dan Chemicals, Inc., membuat sumbangan kepada calon persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat yang menyokong kepentingan Syarikat.

Berkomunikasi dengan Orang AwamAdalah amat penting bahawa komunikasi luaran adalah tepat dan konsisten dan tidak melanggar kerahsiaan, undang-undang yang berkenaan, hak peribadi atau sulit. Komunikasi luaran boleh termasuk komunikasi dengan pelanggan, pemberita, penganalisis kewangan dan pelabur, penulis blog, peserta tapak rangkaian sosial dan profesional, komuniti kita, rakan sekerja kita dalam industri dan ahli lain daripada kumpulan luaran. Maklumat yang diterbitkan boleh mempunyai kesan yang mendalam terhadap reputasi Air Products dan juga mempunyai akibat perniagaan dan undang-undang yang serius. Kita semua mesti berhati-hati apabila berkomunikasi di luar Syarikat.

Kemudahan komunikasi elektronik dalam dunia hari ini bermakna maklumat Syarikat yang disiarkan atau diterbitkan secara kasual oleh pekerja yang berniat baik—atau mungkin tidak berniat untuk berkongsi secara luas—boleh muncul dengan mudah di Web dan boleh ditemui menerusi carian Internet. Untuk memastikan komunikasi luaran mematuhi dasar dan standard semasa, Air Products memerlukan semakan dalaman tertentu.

Jika anda dihampiri media atau ingin menerbitkan maklumat mengenai kerja anda, hubungi Corporate Communications untuk nasihat. Jika anda dihampiri pelabur atau penganalisis, hubungi Investor Relations. Kertas teknikal hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pengurus atau penyelia anda dan dalam sesetengah kes perlu, semakan undang-undang. Jika anda diminta untuk membuat persembahan di luar, berbincang dengan penyelia anda yang boleh memutuskan sama ada untuk menyemaknya dengan Corporate Communications atau Law Group. Semakan ini bertujuan untuk melindungi anda dan Syarikat daripada akibat yang tidak diniatkan dan untuk mewakili Air Products secara konsisten dan profesional. Jika anda mempunyai perhubungan dengan media atau menerbitkan maklumat dalam aktiviti luar kerja anda, tentukan bahawa anda menawarkan pendapat peribadi anda, tidak semestinya pendapat Air Products. Sama juga, berhati-hati untuk tidak mendedahkan maklumat sensitif.

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 20: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

20

Saya melihat beberapa pendapat yang disuarakan dalam siaran dalam tapak komuniti perniagaan dalam talian mengenai prestasi kewangan Air Products. Pendapat tersebut mengandungi beberapa ralat fakta dan juga tanggapan salah mengenai pengurusan. Patutkah saya memperbetulkan ralat dan menyiarkan respons dengan komen yang lebih positif?

Tidak, anda tidak patut memberi respons atau menerbitkan pembetulan atau sebarang komen lain melainkan anda dibenarkan oleh jurucakap Air Products. Siaran asal mungkin melanggar Standard Media Sosial Air Products jika orang yang menulisnya merupakan pekerja yang tidak dibenarkan untuk bercakap bagi pihak Air Products. Anda hendaklah melaporkan tapak kepada Corporate Communications untuk dipertimbangkan. Organisasi tersebut akan menentukan sama ada respons wajar diberikan dan tindakan yang perlu diambil.

Penggunaan Media SosialKemudahan dan kelajuan komunikasi elektronik semakin maju dan pekerja hendaklah lebih berhati-hati apabila menggunakan alat komunikasi elektronik ini di dalam atau di luar tempat kerja. Tapak rangkaian sosial dan forum elektronik yang lain, peribadi dan profesional, adalah amat popular. Mudah untuk menyumbangkan maklumat kepada khalayak yang luas dalam hanya beberapa klik. Tetapi kita mesti berhati-hati bahawa apa yang kita kongsi dalam media sosial tidak melanggar sebarang dasar atau standard Air Products yang direka bentuk untuk melindungi keselamatan dan melindungi maklumat kita, reputasi perniagaan

kita atau privasi pekerja, pelanggan atau rakan kongsi.

Maklumat Syarikat, walaupun yang bertujuan untuk penggunaan perniagaan, hendaklah hanya disiarkan oleh jurucakap Air Products yang dibenarkan selepas semakan oleh Corporate Communications.

Sama juga, jika anda menggunakan tapak rangkaian sosial, berhati-hati untuk memastikan anda tidak mendedahkan sebarang maklumat sensitif, peribadi, proprietari atau sulit sebagai sebahagian daripada resume, vitae kurikulum, profil profesional, surat menyurat, atau komunikasi lain.

20

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 21: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

21

Di mesyuarat persatuan perdagangan, wakil salah satu pesaing kita menghampiri saya dengan idea untuk membina kemudahan pengeluaran bersama di rantau tertentu di mana kedua-dua syarikat memerlukan lebih banyak produk. Ia dapat membantu kepentingan kewangan semua pihak. Patutkah saya berbincang lanjut dengannya mengenai perkara ini?

Ini bukan keputusan yang anda boleh buat dengan sendiri. Sama ada usaha pengeluaran bersama ini adalah sah ialah suatu persoalan yang memerlukan pemikiran teliti. Anda hendaklah menghubungi Law Group kita untuk menyemaknya bersama anda.

Interaksi di dalam Industri KitaKetidak jujuran dan Undang-Undang Persaingan Kita mengharapkan pekerja kita untuk mengikuti hal-hal “tersurat dan tersirat” dalam undang-undang ketidak jujuran Amerika Syarikat dan undang-undang persaingan mana-mana negara atau kumpulan lain bagi negara yang undang-undangnya berkenaan dengan perniagaan kita. Ini bermakna mematuhi situasi yang ditentukan dengan jelas yang diliputi undang-undang dan juga tujuan undang-undang dalam keadaan yang lebih kompleks dan tidak jelas. Jika pekerja tidak pasti sama ada tindakan akan melanggar undang-undang, dia hendaklah berbincang dengan Law Group. Air Products berkembang maju menerusi merit produk dan perkhidmatan kita dalam pasaran yang bebas dan kompetitif. Tiada pekerja boleh menganggap bahawa

keuntungan memerlukan atau mewajarkan tindakan salah.

Persaingan perniagaan menjadi asas kepada ekonomi yang kukuh dan undang-undang ketidak jujuran persaingan melindungi kebebasan pasaran. Secara umumnya, ketidak jujuran dan undang-undang persaingan melarang perjanjian atau tindakan yang boleh menghadkan perdagangan dan mengurangkan persaingan. Sesetengah daripada undang-undang ini menjadikan perjanjian dan persefahaman tertentu antara pesaing kelihatan menyalahi undang-undang. Sama ada persefahaman atau perjanjian menjejaskan persaingan dengan buruk tidak dipertimbangkan; sebaliknya ia dianggap salah.

Contohnya; pelanggaran yang nyata termasuk perjanjian antara pesaing untuk: 1) memperbetulkan atau mengawal harga atau terma, 2) memulaukan pembekal atau pelanggan, 3) memperuntukkan produk, wilayah atau pasaran, atau 4) menghadkan pengeluaran atau jualan produk.

Undang-undang ketidak jujuran dan persaingan adalah kompleks dan sukar untuk ditafsirkan dan ia digunakan pada rangkaian luas aktiviti korporat. Pelanggaran boleh dikenakan sekatan sivil dan jenayah yang keras. Dakwaan pelanggaran sekalipun boleh menjejaskan dan mengganggu Syarikat. Pekerja dalam kedudukan yang mempengaruhi tindakan komersil Syarikat diharapkan amat berhati-hati dan menumpukan perhatian.

21

Page 22: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

22

Wakil pesaing yang saya kenal mencadangkan bahawa, di rantau tertentu, kedua-dua syarikat kita mengalami margin rendah. Dia berkata kita boleh menjadikan urusan ini lebih mudah dengan bersetuju mana antara kita akan mendapatkan perniagaan daripada setiap pelanggan utama di rantau tersebut. Bagaimanakah patut saya membalas?

Perjanjian seperti ini adalah salah, dan juga tidak beretika, dan akibat undang-undangnya mungkin keras. Anda hendaklah menolak untuk mempertimbangkan hal ini dengan jelas. Anda tidak mahu sesiapa untuk berada dalam kedudukan untuk mencadangkan bahawa anda telah bersetuju dengan tindakan anda, walaupun anda tidak berkata "ya". Ini mesti dilaporkan kepada Law Group kita.

Perhubungan Pesaing Hubungan dengan pesaing boleh menyediakan perniagaan yang sah, seperti mesyuarat persatuan perdagangan tertentu dan aktiviti atau perbincangan usaha sama perniagaan atau penyelidikan bersama. Dan dalam sesetengah kes kita membeli daripada dan/atau menjual kepada pesaing kita, jadi urusan perniagaan yang sah mesti berlaku. Walau bagaimanapun, pekerja hendaklah sentiasa berhati-hati dalam kontrak mereka dengan pesaing kerana sesetengah maklumat tidak boleh berpindah dengan bebas. Apabila anda mempunyai sebarang keraguan sama ada transaksi atau urusan adalah konsisten dengan dasar Syarikat atau apabila menimbangkan usaha sama perniagaan atau penyelidikan jenis ini, anda hendaklah berbincang dengan Law Group untuk mendapatkan panduan.

Cara Wajar untuk Mendapatkan Maklumat Persaingan Penyelidikan pasaran—cuba memahami dan menjangkakan produk, pelan dan strategi pesaing—ialah sebahagian daripada perniagaan yang baik. Maklumat ini boleh dikumpulkan daripada banyak sumber yang sah tetapi terdapat had yang jelas. Pemerolehan yang tidak wajar atau penggunaan maklumat sulit pesaing boleh mendatangkan akibat undang-undang dan perniagaan yang serius. Contohnya, undang-undang banyak negara mengenakan penalti jenayah yang serius untuk individu atau organisasi yang menerima atau menghantar rahsia perdagangan secara tidak wajar.

Page 23: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

23

Undang-Undang AntiboikotSesetengah kerajaan enggan untuk berurusan dengan kerajaan negara lain atau perniagaan mereka. Mereka mensasarkan negara lain itu sebagai sebahagian daripada boikot dan cuba mendapatkan negara lain untuk berbuat yang sama. Kerajaan ini cuba untuk mengukuhkan boikot mereka dengan membuatkan pelanggan dan pembekal luaran yang lain untuk turut menolak perniagaan dengan negara sasaran. Negara yang melakukan pemboikotan cuba untuk mengenakan tekanan terhadap negara luar dengan menyatakan mereka juga mesti memboikot negara sasaran sebagai syarat untuk berurusan perniagaan di negara asal mereka. Amerika Syarikat mempunyai undang-undang dan peraturan yang secara umumnya melarang syarikat Amerika Syarikat dan subsidiari asing dan domestiknya daripada bekerjasama dengan boikot yang tidak disokong oleh kerajaan A.S. Undang-udang ini juga memerlukan

Undang-Undang Antarabangsa

syarikat untuk melaporkan kepada agensi kerajaan A.S. apabila mereka menerima permintaan bertulis atau lisan untuk mematuhi atau menyokong boikot sedemikian. Tambahan, beberapa undang-undang tempatan yang mentadbir perdagangan antarabangsa adalah bersifat luar wilayah. Ini bermakna bahawa sebuah negara boleh menguatkuasakan undang-undangnya menjangkaui sempadannya. Jadi jika Air Products melanggar undang-undang anti-boikot negara lain, ia mungkin dipertanggungjawabkan. Sentiasa rujuk kepada Law Group untuk mendapatkan panduan jika anda tidak pasti sejauh manakah undang-undang antarabangsa berkuatkuasa pada situasi sedemikian. Pelanggaran boleh menyebabkan hukuman sivil dan jenayah dan kehilangan faedah cukai.

Saya baru memenangi bida pembekalan untuk Air Products, tetapi kontrak draf mengandungi peruntukkan yang memerlukan kita bersetuju untuk tidak menggunakan komponen atau orang daripada negara tertentu untuk mengusahakan kontrak. Kita tidak perlu menggunakan apa-apa pun daripada negara itu, tetapi adakah menandatanganinya bertentangan dengan undang-undang anti-boikot A.S.?

Kumpulan Undang-Undang perlu menyemak kontrak ini (dan sebarang kontrak). Dalam kes ini, bahasa boikot yang terkandung dalam semua dokumentasi mesti dikeluarkan atau diubah dengan sewajarnya. Butiran ini tidak boleh digantikan dengan perjanjian lisan, jadi sentiasa berhati-hati apabila bercakap dengan pelanggan.

Undang-Undang Import/EksportUndang-undang import dan eksport global memerlukan penetapan yang tepat, penilaian, penentuan lesen, penyaringan pengguna akhir/penggunaan akhir, penyimpanan rekod, pemfailan tepat pada masanya dan penandaan komoditi dan teknologi yang merentasi sempadan antarabangsa. Amerika Syarikat dan kerajaan lain mungkin menghalang, menerusi pelesenan yang diperlukan, pengeksportan, pengimportan, atau pengeksportan semula komoditi berdasarkan faktor seperti asal usul, pengelasan, atau sifat dwi penggunaan kebanyakan komoditi dan teknologi kita, dan juga sebagai identiti kepada pelanggan. Eksport dan eksport semula ke negara yang dikenakan "sekatan" di bawah undang-undang A.S. atau bidang kuasa negara eksport dilarang. Pelanggaran boleh menyebabkan penalti jenayah dan sivil dan kehilangan keistimewaan eksport atau import.

Tahukah anda?Peraturan Berubah-ubah: Pembayaran

pemudahan kadangkala diminta

untuk memujuk pegawai kerajaan di

sesetengah negara untuk menjalankan

fungsi mereka, seperti memberikan

permit atau lesen, dengan lebih cepat.

Walaupun pembayaran ini mungkin

pernah dibenarkan dalam sesetengah

kes pada masa lalu, pekerja Air

Products secara umumnya dilarang

daripada membayar wang pemudahan

kepada mana-mana pegawai asing.

Anda hendaklah mendapatkan

panduan daripada Law Group dan

daripada pengurus anda sebelum

membuat sebarang pembayaran

pemudahan sedemikian.

Page 24: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

24

Sebagai Syarikat A.S., Air Products mesti mematuhi U.S. Foreign Corrupt Practices Act (FCPA). Akta ini melarang pembayaran dan tawaran bayaran sebarang benda bernilai kepada pegawai asing, parti politik, atau calon pejabat politik asing, untuk mendapatkan, menyimpan, atau menjalankan perniagaan. Dan mendakwa tidak mengetahui salah laku tidak akan bertindak sebagai pembelaan di mana keadaan sepatutnya telah mengisyaratkan anda. Pembayaran yang dibuat menerusi pihak pertengahan, seperti ejen jualan dan perunding, apabila kebanyakan orang sepatutnya memahami bahawa bayaran sedemikian dilakukan untuk tujuan yang dilarang, juga adalah salah.

Selain daripada tindakan tertentu yang dilarang, undang-undang juga memerlukan kawalan perakaunan dalaman dan penyimpanan rekod oleh Syarikat berhubungan dengan sebarang pembayaran oleh subsidiari asing.

Isu-isu yang diwakili oleh undang-undang ini adalah lebih kompleks daripada yang ia mungkin kelihatan pada awalnya. Contohnya, walaupun anda tidak menganggap istilah "pegawai asing" untuk merangkumi pekerja bagi perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan asing, undang-undang lazimnya menganggap mereka sebagai "pegawai asing". Untuk merumitkan lagi keadaan, pengecualian tertentu wujud dalam undang-undang. Untuk sebab ini dan yang lain, bantuan daripada Law Group adalah penting untuk bekerja menerusi kerumitan isu yang dihadapi berhubungan dengan mematuhi undang-undang ini.

Negara lain, termasuk kebanyakan negara perindustrian utama di Eropah Barat dan Asia, mempunyai atau sedang menggubal undang-undang yang serupa. Contoh terbaru termasuk undang-undang di U.K. dan Republik Rakyat China. Adalah penting untuk menyedari bahawa di kebanyakan

negara, undang-undang tempatan dan juga antarabangsa mungkin dikenakan—undang-undang tertentu, seperti U.S. Foreign Corrupt Practices Act dan U.K. Bribery Act 2010, berkuat kuasa di luar wilayah; iaitu ia menjangkau luar sempadan negara mereka sendiri untuk digunakan terhadap tindakan sogokan yang dilakukan di luar negara. Kebanyakan undang-undang sedemikian mengenakan takrifan yang luas terhadap "pegawai asing" atau "amalan rasuah" dan menyatakan bahawa amalan atau adat tempatan, jika dipertikaikan berkenaan dengan sogokan dan rasuah, tidak boleh dipertimbangkan. Undang-undang ini sentiasa mendahului. Kita tidak boleh mengorbankan integriti kita, untuk keuntungan atau kemudahan perniagaan.

Contohnya, U.K. Bribery Act 2010, mengandungi dua kategori kesalahan yang luas—menawarkan, menjanjikan atau memberikan

Saya bertanggungjawab terhadap mendapatkan permit pembinaan untuk projek dalam negara membangun dan Air Products telah diberi kontrak. Salah seorang kontraktor tempatan memberitahu saya bahawa adalah menjadi amalan perniagaan yang biasa di kawasan ini untuk membayar wakil pejabat yang memberikan permit bayaran tambahan kecil untuk mempercepatkan pemprosesan, dan jika saya tidak membayar, kertas kerja akan mengambil masa beberapa minggu lebih lama untuk diproses dan melewatkan keseluruhan garis masa kita. Apa yang harus saya lakukan?.

Anda hendaklah berbincang dengan Law Group untuk mendapatkan nasihat, tidak kira amaun bayaran atau kepopularan bayaran sedemikian dalam amalan perniagaan tempatan, bayaran sedemikian mungkin dianggap sebagai rasuah di bawah undang-undang tertentu. Kebanyakan negara di mana Air Products menjalankan perniagaan mempunyai undang-undang anti sogokan dan anti rasuah, sesetengah daripadanya berkuat kuasa di luar wilayah. Ini bermakna bahawa undang-undang ini digunakan walaupun jika transaksi berlaku di luar sempadan negara yang mengenakan undang-undang. Kita tidak boleh terlibat dalam pertukaran yang mungkin dianggap rasuah atau sogokan, walaupun jika menolaknya mungkin melewatkan pelan kita atau menjejaskan keuntungan kita.

Undang-Undang Anti-Sogokan dan Amalan Rasuah Global

24

Page 25: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

25

kelebihan, dan meminta, bersetuju untuk menerima atau menerima kelebihan—dalam transaksi perniagaan yang melibatkan sama ada pegawai kerajaan atau pihak swasta. Tetapi Akta itu sendiri adalah kompleks dan tindakan undang-undang boleh menjadi keras, termasuk pemenjaraan dan denda tanpa had. Di bawah Akta ini, Syarikat diperlukan untuk bukan sahaja menolak penyertaan dalam rasuah atau amalan tidak beretika lain untuk kelebihan perniagaan tetapi untuk menetapkan langkah-langkah yang mencukupi untuk mengelakkan sogokan dan rasuah. Tidak seperti Foreign Corrupt Practices Act, U.K. Bribery Act 2010 tidak membenarkan bayaran pemudahan, yang kadangkala diminta untuk mendorong pegawai kerajaan dalam sesetengah negara untuk menjalankan fungsi mereka, seperti mengeluarkan permit atau lesen. Walaupun bayaran ini mungkin dibenarkan dalam kes-kes tertentu pada masa lalu, pekerja Air Products

dan pihak berkenaan yang lain dilarang daripada membayar wang pemudahan kepada mana-mana pegawai asing kecuali dalam kes-kes yang amat luar biasa dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Law Group.

Di bawah keadaan tertentu, Air Products boleh didapati bersalah akibat sogokan untuk tindakan yang diambil oleh pihak ketiga atau "pihak bersekutu" yang bertindak bagi pihak kita. Pihak berkenaan termasuk rakan kongsi usaha sama, ejen, pengedar, pekerja pembekal khidmat luaran, atau subkontraktor yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kita. Adalah penting bahawa pekerja Air Products sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kelakuan atau yang mencurigakan atau melaporkannya kepada Corporate Risk Office, Law Group atau pengurus mereka.

Sebagai pekerja Air Products, anda harus sentiasa biasa dengan dasar

25

sedia ada untuk persaingan global dan perdagangan antarabangsa. Anda mungkin juga diperlukan untuk menunjukkan pensijilan mengenai tatakelakuan etika, melengkapkan latihan berdasarkan peranan atau jawatan, atau mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan tanggapan mengenai sogokan atau ketidakadilan. Pengurus atau penyelia anda atau Law Group boleh membantu jika anda tidak jelas mengenai sebarang situasi. Anda tidak harus teragak-agak untuk bertanya soalan atau menyuarakan kebimbangan mengenai bidang undang-undang yang penting ini.

Sebelum menjalankan perniagaan di luar negara asal anda, anda perlu mempunyai pengetahuan kerja mengenai undang-undang dan dasar negara-negara di mana anda akan menjalankan perniagaan. Jika anda ada sebarang soalan mengenai hal Undang-Undang Antarabangsa, sila hubungi Law Group.

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 26: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

26

Perakaunan Kewangan dan Ketepatan Laporan

Laporan kewangan yang jujur dan tepat adalah asas kepada reputasi kita untuk integriti. Peraturan perakaunan kewangan dan laporan kita ditadbir oleh undang-undang A.S. Air Products ialah sebuah syarikat global dengan operasi di lebih 40 negara. Oleh yang demikian, perakaunan kewangan dan laporannya turut ditadbir oleh keperluan statutori tempatan. Undang-undang A.S., keperluan statutori tempatan dan dasar Air Products semuanya memerlukan laporan kewangan yang jujur dan tepat.

Laporan jujur bermakna laporan yang penuh, adil, tepat, tepat pada masanya dan boleh difahami dalam semua dokumen. Air Products memfailkan laporan kewangan penuh dengan Majlis Sekuriti dan Bursa A.S. dan mengeluarkan ringkasan kewangan dalam kenyataan dan komunikasi

awam yang lain. Adalah penting bahawa kenyataan ini tepat dan jujur untuk membolehkan kita mematuhi undang-undang dan harapan pelabur.

Laporan yang tepat turut membantu kita membuat keputusan yang baik untuk perniagaan dan operasi kita. Maka kejayaan berterusan perniagaan kita bergantung padanya juga.

Pekerja hendaklah menyediakan semua rekod perniagaan dengan tepat (akaun, invois, laporan perbelanjaan perjalanan dan hiburan, senarai gaji, laporan dan buku) dan merekodkan semua transaksi kewangan tepat pada masanya. Transaksi kewangan hendaklah dilaporkan menurut Dasar dan Standard Kewangan Air Products dan peraturan tempatan dan peraturan perakaunan sebagaimana perlu.

Kepada saya meminta saya untuk mengubah sedikit nombor agar pendapatan kita untuk suku ini akan kelihatan lebih bagus dan kemudian memperbetulkannya pada suku akan datang. Dia menyatakan bahawa kerja saya dalam risiko jika saya tidak melakukannya. Saya tidak begitu selesa dengan cadangannya, tetapi saya takut. Apa yang harus saya lakukan?

Lakukan perkara yang betul—laporkan yang tepat dan tepat pada masanya pada undang-undang yang ditetapkan. Ancaman yang tersirat terhadap pekerjaan anda atau percubaan untuk menakut-nakutkan pekerja untuk melakukan tindakan tidak beretika tidak akan diterima atas sebarang alasan. Anda hendaklah melaporkan perbualan ini kepada penyelia pengurus anda atau memanggil IntegrityLine.

26

Page 27: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

27

Tanggungjawab Lembaga dan PengecualianLembaga Pengarah telah menerapkan Tatakelakuan dan hanya Lembaga Pengarah boleh menggubal Tatakelakuan. Dalam situasi yang jarang berlaku, Chief Compliance Officer boleh menentukan sama ada penepian sebahagian Tatakelakuan adalah wajar. Sebarang pengecualian Tatakelakuan yang akan digunakan terhadap Pegawai Eksekutif (seperti yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah) Syarikat, walau bagaimanapun, hanya boleh dibuat oleh Pentadbiran Korporat dan Jawatankuasa Penamaan oleh Lembaga Pengarah. Semua pengecualian sedemikian hendaklah dimaklumkan kepada pemegang saham Syarikat dengan segera.

Berikut adalah beberapa keperluan lain:

• Sahkan entri lejar kita dengan dokumentasi yang terperinci

• Elakkan sebarang entri palsu atau salah yang dilakukan dengan sengaja, termasuk nombor, kategori, masa atau butiran lain

• Kekalkan dana korporat dan akaun menurut amalan standard kita, termasuk penyepaduan akaun tepat pada masanya

• Gunakan akaun dan dana hanya untuk tujuan yang dijelaskan dengan penuh dan tepat dalam dokumentasi

PelaporanLawati www.airproducts.com/integrityline untuk nombor dan arahan laporan tempatan.

Laporkan dalam talian di www.airproducts.com/integrityonline

Page 28: Komited terhadap integriti: Tatakelakuan · 2021. 2. 24. · Sebagai pekerja, adalah menjadi tugas kita untuk memperkukuhkan standard integriti yang tinggi dan tingkah laku beretika

Air Products mempunyai sumber yang tersedia untuk melaporkan pelanggaran Tatakelakuan atau pelanggaran yang disyaki atau suarakan kebimbangan. Undang-undang di sesetengah negara menetapkan atau menghadkan proses, alat dan/atau kategori yang dibenarkan untuk melaporkan pelanggaran Tatakelakuan. Sila gunakan sumber yang tersedia seperti yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

Senarai hubungan boleh ditemui di www.airproducts.com/codeofconduct.

Laporan dalam talian tersedia di www.airproducts.com/integrityonline.

Arahan laporan melalui telefon diterangkan di www.airproducts.com/integrityline.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

Corporate Headquarters

Air Products and Chemicals, Inc.7201 Hamilton Blvd.Allentown, PA 18195-1501T 610-481-4911F 610-481-5900

Regional Head Offices

Air Products PLCHersham Place Technology ParkMolesey RoadHershamWalton-on-ThamesSurrey KT12 4RZUKT +44-1932-249200F +44-1932-249565

Air Products Chemicals Europe B.V.Kanaalweg 15, Box 31933502 GD UtrechtNetherlandsT +31-30-2857100F +31-30-2857111

beritahu saya selanjutnya

airproducts.com

© Air Products and Chemicals, Inc., 2017 (38976) 900-12-010-MY-May17

Air Products Asia, Inc.2503-5, 25/F148 Electric Road, North PointHong KongT +852-2527-1922F +852-2527-1827

Air Products Asia, Inc.2 International Business Park#03-32 The StrategySingapore 609930T +65-6494-2240F +65-6334-1005

Air Products and Chemicals (China)Investment Co. Ltd.East Wing, Floor 1Building #88, Lane 887Zu Chongzhi RoadZhangjiang Hi-Tech ParkShanghai, 201203P.R. ChinaT +86-21-38962000F +86-21-50805555