membangun masyarakat beretika

3
Membangun masyarakat beretika m

Upload: others

Post on 24-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Membangun masyarakat beretika

Membangun masyarakat beretikam

Page 2: Membangun masyarakat beretika

UCAPAN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia di Majlis PelancaranPelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut IntegritiMalaysia (IIM) di Pusat Persidangan Putrajaya(PCC).

ALHAMDULILAH, saya bersyukur ke hadratAllah s.w.t. kerana dengan izin dan makbul-Nyadapat kita sama-sama berhimpun di majlis pelan-

caran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan InstitutIntegriti Malaysia (IIM). Terlebih dahulu saya inginmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawa-tankuasa pelaksana penubuhan Pelan Integriti Nasio-nal dan Institut Integriti Malaysia, yang dipengerusi-kan oleh Tan Sri Samsudin Osman, atas usaha merekayang penuh dedikasi untuk menyediakan PIN, menu-buhkan IIM, dan seterusnya menganjurkan majlis yangpenuh bermakna ini.

Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran anggotajemaah menteri, menteri-menteri besar dan ketua-ke-tua menteri, para perwakilan negara asing di Malaysia,serta para pegawai tinggi Kerajaan Pusat dan kerajaannegeri.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran para pemimpindan wakil dari sektor swasta, parti politik, agama, wa-nita, pertubuhan bukan kerajaan, serta belia dan pe-lajar. Kehadiran saudara-saudari ke majlis ini amatdihargai kerana ia menandakan sokongan padu sertakomitmen saudara-saudari semua kepada agenda pe-mantapan integriti dan urus tadbir negara.

Melalui rancangan dan pelaksanaan pelbagai dasaroleh para pemimpin sejak mencapai kemerdekaan ham-pir 47 tahun yang lalu, Malaysia telah berjaya menciptapertumbuhan ekonomi yang pesat.

Ini telah membawa kemakmuran kepada segenaplapisan rakyat. Taraf hidup golongan berpendapatanrendah semakin bertambah baik dengan pengurangankadar kemiskinan.

Kejayaan ekonomi negara telah juga membesarkansaiz kelas menengah di Malaysia. Ia juga telah mem-bawa kepada kewujudan satu kelas korporat dan usa-hawan Malaysia yang semakin disegani.

Namun, transformasi ekonomi negara telah mening-galkan kesan ke atas keadaan sosial negara juga. Aruspemodenan sedikit sebanyak telah mengakibatkanpenghakisan sistem nilai-nilai masyarakat Malaysia.Hakikat ini dapat dilihat di mana-mana sahaja.

Ia boleh dilihat dalam sikap tidak bertanggungjawabdan kurang kepekaan sivik terutamanya di jalan rayadan lebuh raya. Ia boleh dilihat dalam sikap dan tin-dakan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitardan kemudahan awam.

Ia boleh juga dilihat dalam khidmat kaunter yang ku-rang mesra pelanggan, amalan melompat barisan, dansebagainya.

Kajian

Dalam pada itu, mentaliti materialistik, suka kepadajalan mudah dan ingin cepat kaya, juga semakin menu-lar dalam budaya masyarakat Malaysia. Ini membawakepada masalah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Pelbagai kajian yang dilakukan oleh kera-jaan dan juga pihak lain telah menarik perhatian ke-pada masalah ini.

Contohnya, satu kajian mengenai persepsi umum ter-hadap gejala rasuah Malaysia 2002 mendapati bahawa15 peratus daripada 7,594 orang yang mengambil baha-gian dalam kajian tersebut mengaku telah membabit-kan diri secara langsung dalam aktiviti rasuah. Lebihkurang 20 peratus pula telah menyaksikan aktiviti ra-suah secara langsung.

Disebabkan perasaan malu atau enggan mengakui,jumlah sebenar mereka yang terlibat dengan rasuahmungkin lebih tinggi lagi daripada apa yang diperaku-kan.

Berlakunya rasuah dan penyelewengan tidak selaridengan kehendak rakyat untuk hidup dalam masyara-kat yang beretika dan yang bebas daripada rasuah.Kerajaan amat prihatin terhadap aspirasi rakyat ini.Saya percaya kemenangan besar kerajaan BarisanNasional (BN) dalam pilihan raya umum baru-baru inimencerminkan kepercayaan rakyat terhadap kebolehandan kesungguhan kerajaan BN untuk membawaperubahan dalam masyarakat. Ini adalah satu amanahrakyat yang mesti kita laksanakan.

Kita perlu menangani masalah ini secara menyelu-ruh dan menyuburkan semula nilai-nilai murni dalamsegala tingkah laku dan tindakan kita. Tidak adagunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segikebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika danintegriti.

Kerajaan sedar bahawa terdapat persepsi umum ba-hawa gejala rasuah semakin bertapak dalam masyara-kat kita masa kini. Hampir setiap orang di antara kitaada sahaja cerita tersendiri tentang dirinya sendiri,ataupun kenalannya, yang telah membayar duit kopiuntuk menyegerakan sesuatu permohonan atau mele-paskan diri daripada membayar saman trafik, seumpa-manya.

Kita juga ada mendengar cerita tentang kes-kesrasuah, pecah amanah atau salah guna kuasa yangmelibatkan tokoh-tokoh korporat atau politik.

Kes-kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Apabilaia berlaku, ia harus ditangani dengan segera denganmengambil langkah punitif. Dalam pada itu, kita mesti

ABDULLAH AHMAD BADAWI

memastikan bahawa prosedur-prosedur yang sewajardijalankan dan siasatan yang teliti dijalankan demimempertahankan aspek keadilan.

Baru-baru ini, penangkapan beberapa orang tokohkorporat, ahli politik dan pegawai pentadbiran awambersabit dengan kes rasuah atau pecah amanah telahmenjadi berita yang diikuti ramai. Ini menandakan ke-rajaan BN amat serius dalam menangani rasuah.

Namun begitu, kita mesti menjauhi daripada ter-bawa-bawa oleh prasangka atau emosi atau daripadaberlakunya 'trial by media', iaitu seseorang itu terusdianggap bersalah walhal perkara itu belum lagi disi-asat sepenuhnya.

Bagi menjauhi perkara sebegini berlaku, di sampingmengarah pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) untukmenyiasat kes-kes rasuah yang dibawa kepada merekatanpa rasa takut atau gentar atau memihak, saya telahjuga mengarahkan mereka untuk menyegerakan penyi-asatan mereka tanpa mengorbankan aspek ketelitian.

Sememangnya, prinsip yang mendasari segala tin-dakan punitif adalah keadilan dan kesaksamaan. Olehitu, kita harus berlaku adil kepada yang dituduh selagidia belum lagi dibuktikan bersalah.

Bagaimanapun, kita tidak harus tunggu sampai ak-tiviti rasuah itu berlaku sebelum bertindak. Kita bolehmengambil langkah-langkah preventif dengan mem-bawa perubahan kepada elemen-elemen yang membe-narkan atau menggalakkan rasuah berlaku. Bak pe-patah Inggeris 'mencegah adalah lebih baik dari meng-ubati'. Strategi kerajaan dari segi preventif adalah ber-sifat dua-serampang.

Pertama, kerajaan sedang berusaha secara gigih un-tuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat,bermula dengan pegawai-pegawai kerajaan. Kedua, ke-rajaan sedang berusaha memantapkan lagi proses kerjauntuk mengurangkan peluang bagi rasuah berlaku.

Untuk melaksanakan strategi dua-serampang terse-but dalam sektor kerajaan, kerajaan telah menubuhkanJawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pe-ngurusan Kerajaan (JKKMKPK).

Namun pada hakikatnya, usaha-usaha untuk me-ningkatkan integriti perlu dilakukan dalam sektor-sek-tor yang lain. Oleh itu, kerajaan telah mengambil be-berapa langkah positif ke arah ini. Misalnya, kerajaantelah merumuskan suatu kod etika untuk syarikat-syarikat swasta, iaitu Kod Tadbir Urus Korporat Ma-laysia.

Baru-baru ini, beberapa inisiatif baru telah diambiluntuk meningkatkan integriti di kalangan pihak polisdan wakil rakyat. Salah satu daripada terma rujukansuruhanjaya khas mengenai Polis Diraja Malaysia(PDRM) yang ditubuhkan pada awal tahun ini adalahuntuk meningkatkan imej dan integriti anggota-ang-gota polis.

Di samping itu, saya telah melancarkan satu kodetika bagi wakil rakyat pada hari Isnin lepas, yang an-tara lain menggariskan beberapa langkah untuk me-mantapkan integriti wakil rakyat.

Bagaimanapun, langkah-langkah ini tidak boleh di-lakukan secara berasingan demi memenuhi tuntutansemasa semata-mata. Satu pendekatan yang bersifatmenyeluruh atau holistik, yang melibatkan semua golo-ngan, adalah diperlukan.

Sememangnya, isu integriti melibatkan semua golo-ngan; oleh itu, semua golongan patut dilibatkan. Tetapisetakat ini, belum ada perancangan menyeluruh yangmelibatkan semua sektor sosial secara bersepadu untukmenggerakkan agenda integriti.

Justeru itu, kerajaan telah mengambil inisiatif meng-gubal dan melaksanakan satu dasar payung yang kom-prehensif, yang melibatkan semua sektor dan golongan

Bagi menjauhi perkarasebegini berlaku,

di samping mengarahpihak Badan Pencegah

Rasuah (BPR) untukmenyiasat kes-kes rasuah

yang dibawa kepada merekatanpa rasa takut atau gentar

atau memihak, saya telahjuga mengarahkan mereka

untuk menyegerakanpenyiasatan mereka

tanpa mengorbankanaspek ketelitian '

masyarakat dalam gerakan pemantapan integriti.Dasar payung ini dinamakan Pelan Integriti Nasional(PIN).

PIN merupakan satu pelan induk yang bertujuanuntuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagisemua sektor masyarakat supaya mereka dapat beker-jasama dan mengambil bahagian secara langsung da-lam usaha memantapkan nilai etika dan integriti. Ob-jektif PIN dalam jangka panjang ialah untuk meme-nuhi cabaran keempat wawasan 2020 iaitu membentuksebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral danetikanya, dengan para warganya mempunyai nilai ke-agamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangioleh budi pekerti yang luhur.

Di samping itu, PIN juga mempunyai objektif me-ningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama rak-yat sejagat dari pelbagai sektor dalam usaha pemanta-pan integriti.

Skop PIN adalah holistik dan menyeluruh. Tumpuandiberi kepada peningkatan integriti daripada peringkatteratas hingga ke peringkat akar umbi. Sebanyak sem-bilan buah sektor atau komponen masyarakat yangtelah dikenal pasti dalam PIN bagi setiap sektor terse-but, beberapa program dan aktiviti telah ditentukan.

Program dan aktiviti tersebut telah dipadankan den-gan agensi-agensi yang sesuai, sama ada kementerian,agensi kerajaan atau badan sukarela, untuk melak-sanakan program tersebut. Agensi tersebut pula perlumenyusun ataupun menyempurnakan program integ-riti masing-masing berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang dikandung dalam PIN.

Oleh kerana PIN mempunyai skop atau agenda yangluas, sasaran utama telah dikenal pasti. Bagi tempohlima tahun pertama iaitu antara tahun 2004 hingga2008, PIN menetapkan lima sasaran yang hendak dica-pai.

Kecekapan

Sasaran yang dikenali sebagai tekad 2008 ini iaitu:Pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewe-

ngan dan salah guna kuasa secara berkesan;Kedua, meningkatkan kecekapan dalam sistem pe-

nyampaian perkhidmatan awam, dan mengatasi kere-nah birokrasi;

Ketiga, meningkatkan tadbir urus korporat dan etikaperniagaan;

Keempat, memantapkan institusi keluarga; danKelima, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahtera-

an masyarakat.Bagi memantapkan lagi PIN, satu agensi atau jen-

tera pelaksana diperlukan. Oleh itu, serentak denganpenggubalan PIN, satu institut, iaitu Institut IntegritiMalaysia (IIM), turut ditubuhkan. IIM merupakan se-buah institusi bebas yang akan bersifat sebagai agensipemantau dan koordinasi bagi PIN dan antara fungsi-fungsi penting yang akan dijalankan oleh IIM adalah:

Pertama, menjalankan penyelidikan, pendidikan danlatihan berkaitan integriti institusi dan masyarakat,

Kedua, membangunkan pangkalan data mengenaiintegriti dan etika,

Ketiga, mengemukakan perakuan-perakuan dasarbagi peningkatan integriti dan etika dan memberi khid-mat nasihat kepada kerajaan mengenai program-pro-gram peningkatan integriti, dan

Keempat, menjalankan pemantauan berterusan bagimemastikan pengisian PIN terlaksana.

Sesungguhnya, pemantauan yang berterusan adalahamat penting. Bukan sahaja untuk memastikan PINdilaksanakan dengan jayanya, tetapi sebagai kayu-ukur untuk mengukur tahap kejayaan sebenar yang di-capai.

Dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya IIMmenerajui perlaksanaan kajian berkala mengenai per-sepsi nmum terhadap rasuah sekali setiap dua tahun.

Dengan itu, maklumat yang diperoleh daripada hasilkajian ini dapat memberi gambaran kepada kerajaan

Page 3: Membangun masyarakat beretika

tentang keberkesanan strategi-strategi yang dijalankanuntuk meningkatkan integriti dan membanteras ama-lan rasuah. Ia juga penting dari segi proses penambah-baikan yang berterusan.

Ternyata skop kerja IIM penting dan luas. Untukmemastikan institut ini ditubuhkan dan bergerak den-gan segera, saya ingin melantik Tan Sri SamsudinOsman sebagai pengerusi pertama Lembaga PengarahIIM. KSN akan memastikan IIM dapat menjalankantugas dan tanggungjawabnya dengan lancar, dan den-gan itu akan meneliti urusan penubuhan institut sertastruktur organisasi dengan dekat, termasuk isu-isuberkaitan urusan bangunan dan pelantikan staf IIM.

Pelantikan ahli Lembaga Pengarah serta presidenIIM akan dilakukan dalam masa terdekat untuk mem-bantu pengerusi IIM.

Daripada maklum balas positif terhadap pelbagaiinisiatif kerajaan dalam beberapa bulan ini untukmeningkatkan integriti, saya percaya rakyat akan terusmemberikan sokongan padu dan melaksanakan pelba-gai program anjuran PIN.

Tetapi saya ingin menekankan bahawa kejayaan PINdan seterusnya langkah-langkah menerapkan nilai-ni-lai integriti dalam masyarakat, bukan hanya bergan-tung kepada usaha kerajaan sahaja. Ia bergantung ke-pada sokongan aktif setiap individu dalam masyarakat.

Sokongan boleh di bahagian-bahagian yang diberikeutamaan atau beri secara bersahaja. Tetapi sokonganyang diingini sokongan aktif adalah lebih mendalam, iamemerlukan seseorang itu menerapkan nilai-nilai mur-ni dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Dengan strategi dan program-program yang digaris-kan, PIN mampu bertindak sebagai pemangkin dalamusaha peningkatan integriti. Naraun, strategi dan pro-gram-program tersebut boleh diubahsuai mengikutkeperluan setempat dan peredaran masa.

Dengan itu, saya menganggap PIN ini sebagai satudokumen yang dipakai. PIN adalah dokumen yangdipakai yang mengangkat nilai-nilai mulia manusia.Oleh itu, kejayaannya bergantung kepada sokonganserta input oleh rakyat secara berterusan.

Akhir kata, PIN ialah sebuah pelan integriti yanglahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malay-sia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimilikibersama oleh rakyatnya yang berbilang kaum danagama.

Gerakan pemantapan integriti, yang dipacu oleh PINdan dipantau oleh IIM ialah satu gagasan yang menda-pat sokongan dan dukungan pelbagai lapisan masya-rakat Malaysia.

Insya-Allah ia akan menjadi satu sumber kekuatanbagi menguras kejayaan dan mengatasi kelemahan dankepincangan masyarakat. Negara dan bangsa juga indi-vidu Malaysia tidak akan jadi yang cemerlang, gemi-lang dan terbilang tanpa adanya integriti.

Sesungguhnya pelancaran PIN dan penubuhan IIMadalah satu peristiwa bersejarah. Buat pertama kaliintegriti dilihat secara lebih dekat, khusus dan ber-sepadu.

Kita ingin membangunkan masyarakat Malaysiayang beretika dan mempunyai kesedaran mengenai apayang baik dan salah, dan dilengkapi dengan kompasmoral yang membimbing mereka ke hadapan.

Akhirnya, kita mahu rakyat Malaysia yang mampumenghadapi cabaran masa depan dengan berani me-nerusi karakter kukuh dan sabar, yang mampu tampildi hadapan apabila berhadapan dengan masalah sertacabaran getir.