pengguna berhemah, peniaga beretika

12
Bil: 7/2003 ISSN: 1675-5626 www.kpdnhq.gov.my Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika P engguna berhemah boleh didefinasikan sebagai pengguna yang bijak membuat pertimbangan, bermaklumat dan bertang- gungjawab dengan sebarang tindakan yang dibuat. Ini termasuklah berbelanja berdasarkan keperluan, mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan. Dato' Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan dalam ucapannya bahawa pengguna yang bermaklumat akan berupaya mewujudkan satu sistem check and balance bagi memerangi peniaga-peniaga yang rakus dan tidak beretika. Dengan ini pengguna juga dapat memastikan hak- hak mereka dilindungi. Ini bermakna pengguna perlu mendalami ilmu kepenggunaan agar segala maklumat yang diperolehi dapat djadikan panduan. Amalan beretika merujuk kepada prinsip- prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesyen, dan sebagai satu standard tingkah laku. Justeru itu, perniagaan yang beretika merupakan satu perkara penting yang patut diamalkan. Peniaga yang beretika adalah peniaga yang mengamalkan prinsip kemanusiaan, perasaan kasih sayang, murah hati, saling menghormati, bertimbang rasa, tolong menolong dan belas kasihan. Amalan sifat ini dapat mengelakkan berlakunya penindasan dalam perniagaan. Selain itu, ciri-ciri seperti disiplin diri, bersungguh-sungguh, sikap berinisiatif, bertanggungjawab, amanah, berakhlak dan komited terhadap kerja patut dijadikan amalan peniaga beretika. Dewasa ini, kita dapat melihat senario peniaga yang sering terlibat dalam kes penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan. Biasanya kes-kes tersebut melibatkan para peniaga yang menyingkirkan amalan beretika. Dalam hal ini mereka perlu berfikir panjang kerana bagi pengguna, sekali ditipu mereka akan ingat perkara tersebut selama-lamanya. Justeru, peniaga harus sedar bahawa mereka juga merupakan individu yang bergelar pengguna. Pengguna berhemah dan peniaga beretika merupakan gabungan toleransi yang menjadi salah satu matlamat dalam dunia kepenggunaan. Sikap berhemah dan beretika daripada kedua-dua pihak adalah penting selaras dengan Matlamat Dasar Negara iaitu membangunkan masyarakat bermoral, berhemah, berilmu, kreatif dan bersatu padu. Justeru,"Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika: Asas Kemakmuran Negara" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Pengguna Malaysia bagi tahun 2003. Ke muka 88 Julai 2003 || 1 ||

Upload: others

Post on 21-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

Julai 2003 || 1 ||

Bil: 7/2003 ISSN: 1675-5626www.kpdnhq.gov.my

Pengguna Berhemah,Peniaga Beretika

Pengguna berhemah boleh didefinasikansebagai pengguna yang bijak membuatpertimbangan, bermaklumat dan bertang-

gungjawab dengan sebarang tindakan yang dibuat.Ini termasuklah berbelanja berdasarkan keperluan,mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan.

Dato' Abdullah Ahmad Badawi pernahmenyatakan dalam ucapannya bahawa penggunayang bermaklumat akan berupaya mewujudkansatu sistem check and balance bagi memerangipeniaga-peniaga yang rakus dan tidak beretika.Dengan ini pengguna juga dapat memastikan hak-hak mereka dilindungi. Ini bermakna penggunaperlu mendalami ilmu kepenggunaan agar segalamaklumat yang diperolehi dapat djadikan panduan.

Amalan beretika merujuk kepada prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individuatau profesyen, dan sebagai satu standard tingkahlaku. Justeru itu, perniagaan yang beretikamerupakan satu perkara penting yang patutdiamalkan. Peniaga yang beretika adalah peniagayang mengamalkan prinsip kemanusiaan,perasaan kasih sayang, murah hati, salingmenghormati, bertimbang rasa, tolong menolongdan belas kasihan. Amalan sifat ini dapatmengelakkan berlakunya penindasan dalamperniagaan.

Selain itu, ciri-ciri seperti disiplin diri,bersungguh-sungguh, sikap berinisiatif,

bertanggungjawab, amanah, berakhlak dankomited terhadap kerja patut dijadikan amalanpeniaga beretika. Dewasa ini, kita dapat melihatsenario peniaga yang sering terlibat dalam kespenipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.Biasanya kes-kes tersebut melibatkan parapeniaga yang menyingkirkan amalan beretika.Dalam hal ini mereka perlu berfikir panjang keranabagi pengguna, sekali ditipu mereka akan ingatperkara tersebut selama-lamanya.

Justeru, peniaga harus sedar bahawa merekajuga merupakan individu yang bergelar pengguna.

Pengguna berhemah dan peniaga beretika merupakan gabungan toleransiyang menjadi salah satu matlamat dalam dunia kepenggunaan. Sikapberhemah dan beretika daripada kedua-dua pihak adalah penting selarasdengan Matlamat Dasar Negara iaitu membangunkan masyarakat bermoral,berhemah, berilmu, kreatif dan bersatu padu. Justeru,"Pengguna Berhemah,Peniaga Beretika: Asas Kemakmuran Negara" telah dipilih sebagai temasambutan Hari Pengguna Malaysia bagi tahun 2003.

Ke muka 88

Julai 2003 || 1 ||

Page 2: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

|| 2 || Julai 2003

Sejak dua tahun yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunatelah menetapkan 26 Julai sebagai Hari Pengguna Malaysia. Mewujudkan satu tarikh hari khassebagai hari pengguna adalah satu keputusan yang bijak bagi memberikan kesedaran kepada

para pengguna tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh pengguna dalam pembangunannegara. Sempena perayaan tersebut, pelbagai anugerah diberikan, antaranya Anugerah Tokoh Pengguna,Anugerah Persatuan Pengguna dan Anugerah Media Pengguna. Anugerah ini bagi menghargai merekayang telah memberikan sumbangan yang besar kepada gerakan kepenggunaan di negara ini.

26 Julai dipilih sebagai Hari Pengguna Malaysia sempena pembentangan Akta Perlindungan Penggunadi Parlimen pada 26 Julai 1999 dan diwartakan pada 9 September 1999. Akta Perlindungan Penggunamerupakan akta induk dalam perlindungan pengguna. Ia merupakan akta yang ditunggu-tunggu olehpengguna, terutamanya pergerakan pengguna. Terdapat lebih kurang 29 akta lain yang mempunyaiunsur-unsur perlindungan pengguna di Malaysia. Namun ia tidak menyeluruh dan hanya menyentuhperkara-perkara yang tertentu sahaja. Dan, perkara terpenting dalam akta ini ialah penubuhan TribunalTuntutan Pengguna Malaysia. Tribunal ini merupakan mekanisme tebusrugi yang banyak membantupengguna dalam membuat tuntutannya terhadap peniaga.

v v v

Kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam usahanya membanteras kegiatan VCD cetak rompakdan lucah. Jika sebelum ini, hanya pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna serta pihak berkuasa tempatan banyak terlibat dalam usaha ini, namun denganpenglibatan pihak polis, usaha pembanterasan ini menampakkan kejayaan sehingga hampir melumpuhkankegiatan ini.

Usaha ini bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan para ̀ perompak’ yang ̀ menodai’ harta intelekpara karyawan, juga untuk mengembalikan keyakinan para pelabur asing dalam industri ini yang sebelumini ragu-ragu dengan pulangan pelaburan mereka akibat kerugian daripada aktiviti cetak rompak. Selaindaripada itu, kegiatan VCD lucah yang dijual secara berleluasa, memberikan kesan yang buruk kepadamasyarakat terutamanya golongan remaja. Jika ia tidak dibanteras sehingga ke akar umbi, dikhuatiriakan menjadi barah yang tidak dapat diubati lagi.

Persoalannya, mengapa para pengguna memilih untuk membeli VCD cetak rompak, walaupun merekatahu kualitinya amat rendah berbanding VCD tulen. Sudah pasti jawapannya ialah harga VCD tulenjauh lebih tinggi berbanding VCD cetak rompak yang hanya RM5 sahaja. Baru-baru ini MenteriPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin telah mengadakan

Penasihat:Y. Bhg. Datuk Dr Sulaiman B. Mahbob

Ketua Setiausaha Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Ketua Sidang PengarangHaji Wan Mansor bin Wan Omar

Timbalan Ketua Sidang PengarangMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangNormah bte Sheikh Abdullah

Anyi NgauHasliana Kamarudin

Che Aizawati bte Che SallehArpannah Appala NaiduSiti Rahayu bte Zakaria

Dicetak oleh Syarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanusahasama di antara Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Silahantarkan sumbangan kepada:

Editor,Buletin Pengguna,No 1D-1, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.Emel: [email protected] Web KPDN & HEP : www.kpdnhq.gov.myLaman Web FOMCA : www.fomca.org.my

S I D A N G R E D A K S I

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna ini tidaksemestinya mencerminkan pendirian dan dasarKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulissendiri.

M I N D A E D I T O R

Ke muka 88

Page 3: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

Julai 2003 || 3 ||

P A N D U A N P E N G G U N A

Panduan MembeliKenderaan Baru

Semua orang ingin memiliki kenderaansendiri. Bergantung kepada kemampuankewangan sendiri sama ada membeli

kenderaan baru atau terpakai. Biarpun membelikenderaan baru menyeronokkan bukan sahajadapat menikmati pemanduan secara selesa danmenyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati,kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkanmasalah.

Ketika membuat tempahan

n Tempahan hendaklah dibuat denganmenggunakan cek atau bank deraf. Bayarantunai tidak digalakkan.

n Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikanresit rasmi syarikat secara serta merta sebagaimengakui penerimaan bayaran.

n Pastikan borang tempahan diisi dengan betulseperti maklumat peribadi, maklumat pinjamandan maklumat kenderaan.

n Satu salinan yang lengkap dan ditandatanganihendaklah disimpan oleh pembeli.

n Pembeli hendaklah membaca dan memahamikeseluruhan terma dan syarat yang terkandungdalam borang tempahan.

Membuat pinjaman

n Ketika memohon pinjaman, serahkan

dokumen-dokumen berikut:q Salinan borang tempahan rasmi syarikat

pengedar.q Salinan fotokopi kad pengenalan yang

dicatatkan perkataan ‘untuk tujuan pinjamandengan syarikat kewangan' bagimengelakkan penyalahgunaan salinantersebut.

q Salinan fotokopi lesen memandu atausekeping gambar.

q Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.q Penyata akaun simpanan/semasa /tetapq Borang cukai pendapatan.q Borang EA.q Surat perlantikan tawaran kerja.q Borang 9, 24, 49 M & A, resolusi syarikat

(jika pembelian oleh syarikat).

n Apabila pinjaman telah diluluskan, sila ambiltindakan berikut:q Hubungi syarikat kewangan dan sahkan

syarat-syarat kelulusan pinjaman sepertidicatatkan dalan surat jaminan sepertijumlah pinjaman, tempoh bayaran, kadarfaedah dan jenis atau model kenderaan.

q Semua dokumen mengenai perjanjianpinjaman ditandatangani di syarikatkewangan.

Ke muka 48

Page 4: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

|| 4 || Julai 2003

q Tidak ada bayaran dikenakan bagipengendalian proses pinjaman kenderaan.

n Pendaftaran kenderaanPendaftaran kenderaan hanya boleh dibuatsekiranya:q Bayaran penuh harga kenderaan telah

dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).q Surat Aku Janji dari syarikat kewangan

dikeluarkan dan bayaran muka telahdijelaskan sepenuhnya.

n Untuk tujuan pendaftaran, kemukakandokumen-dokumen berikut di JabatanPengangkutan Jalan:q Salinan fotokopi kad pengenalan pembeli

yang disahkan (dicatatkan perkataan 'untuktujuan pendaftaran kenderaan di JabatanPengangkutan Jalan sahaja'.

q 2 salinan JPJ K1 yang lengkap diisi danditandatangani oleh pembeli.

q Borang pelepasan tanggungan JPJ yanglengkap diisi dan ditandatangani olehpembeli dan juga ditandatangani olehseorang saksi.

q Surat jualan dari syarikat pengedar.q Dokumen perlindungan insurans yang

berkuatkuasa yang diisi penuh denganbutir-butir pembeli dan kenderaan.

q Surat tuntutan hak milik dari syarikat

kewangan.q Resit tender nombor pendaftaran (jika

ada).q Untuk mendapatkan pendaftaran segera,

pembeli perlu hadir di JabatanPengangkutan Jalan.

q Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalandan tuntutan hak milik termasuk dalamharga kenderaan yang diisytiharkan.

q Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kesseperti:

q Penukaran nombor pendaftaran yang dipilihq Penukaran nombor pendaftaran yang

melibatkan pengekalan nombor pendaf-taran lama kepada kereta baru.

Semasa penyerahan kenderaan

Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan:n Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.n Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.n Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop

syarikat wakil pengedar dan ditandatanganioleh pembeli.

n Borang penyerahan rasmi syarikat pengedarkereta hendaklah ditandatangani oleh pembelidan syarikat wakil pengedar dan satu salinandisimpan oleh pembeli.

(Petikan Buku Panduan Membeli Kereta Baru,Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia.)

7Dari muka 3

Banjir kilat memang tidak diduga. Ia berlaku tanpa kita sedari. Dalam kebanyakan kes yang berlaku,ia turut melibatkan kenderaan. Sekiranya tidak berhati-hati terhadap kenderaan tersebut, ia akanmenyebabkan kerosakan sehingga memerlukan kos yang tinggi untuk memperbaikinya. Berikut

ialah panduan bagi mengendalikan kenderaan yang ditenggelami air.n Jangan hidupkan kereta anda setelah ditenggelami air kerana ia akan memburukkan lagi keadaan

enjin kereta.n Jika anda sedang memandu kereta dan kereta ditenggelami air, anda perlu ̀ overhaul’ enjin berkenaan.

Ini kerana dalam keadaan kepanasan enjin yang sedang digunakan, kemudian dimasuki air, bolehmenyebabkan kerosakan pada injap dan juga rod piston. Ini menelan belanja yang besar.

n Tetapi sekiranya kenderaan itu diletakkan di sesuatu tempat dari waktu pagi, kemudian banjir kilatberlaku pada waktu petang, maka enjin dan duit anda boleh diselamatkan. Apa yang perlu andabuat ialah tunda kereta ke bengkel (tetapi jangan cuba hidupkan enjin), minta mekanik servis enjindengan mengeluarkan air dan minyak pelincir, tembakkan dengan angin untuk pengeringan.Masukkan minyak pelincir yang baru dan enjin tidak perlu di`overhaul’.

Panduan Tentang KenderaanKetika Banjir

T I P P E N G G U N A

Page 5: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

Julai 2003 || 5 ||

P E N G G U N A P I N T A R

P enggunaan alatan elektrik memangmemudahkan urusan seharian. Tetapi jikatidak diberikan penjagaan terhadap

pemakaiannya, maka ia akan menyebabkan kitaperlu membayar bil elektrik yang tinggi. Berikutadalah beberapa langkah yang boleh diamalkanbagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik bagipeti sejuk di rumah.

n Sebelum membeli peti sejuk, beberapaperkara perlu diingat. Pastikan mutu ketebatanpeti sejuk yang hendak dibeli. Dalam peti sejukyang rendah kualitinya, alat kompresor akanberjalan lebih kerap dan ia akan menggunakantenaga berlebihan bagi mengekalkan suhu yangdiperlukan. In menyebabkan motor tidak tahanlama dan perlu diganti atau membeli peti sejukbaru.

n Lokasi - Letakkan peti sejuk anda di tempatyang jauh dari dinding bagi membolehkanperedaran udara yang bebas di sekeliling koilkondenser. Jika tidak, koil kondenser akanmenjadi panas dan ini menambahkan bebankepada kompresor.

n Jauhkan dari punca kepanasan - Letakkan

peti sejuk di tempat yang jauh dari dapur masak,sinaran cahaya matahari dan lubang udarapanas.

n Pastikan koil kondenser bersih - Koilkondenser peti sejuk hendaklah sentiasa dalamkeadaan bersih. Kotoran yang melekat padakondenser menyekat aliran elektrik danmenyebabkan ia bekerja berlebihan bagimendapatkan suhu yang diperlukan.

n Tutup pintu peti sejuk - Buka pintu peti sejukapabila perlu. Setiap kali membuka pintu sejuk,udara panas masuk ke dalam dan inimemerlukan kuasa yang lebih untukmenyejukkannya semula. Pastikan kakihadapan peti sejuk lebih tinggi dari kakibelakang supaya pintu peti sejuk tertutupdengan sendirinya.

n Sejukkan dahulu makanan yang panas -Sejukkan dahulu makanan yang panas atauhangat sebelum memasukkannya ke dalampeti sejuk.

n Kebocoran - Periksa gasket pada pintu petisejuk dan sekiranya terdapat kebocoranhendaklah lekas diperbaiki. Gasket yang telahusang menyebabkan motor peti sejuk bekerjaberlebihan bagi mengekalkan suhu yangdiperlukan.

n Cairkan ais - Cairkan ais yang melekat didalam freezer kerana ia menyebabkan motorbekerja berlebihan dan mengakibatkanpertambahan kos.

n Jangan isi berlebihan - Peti sejuk akanberjalan dengan baik sekiranya tidak diisiberlebihan. Jika diisi berlebihan motor akanbekerja lebih kerap bagi mengekalkan suhuyang diperlukan.

n Tutup suis jika tidak digunakan - Sebelumanda pergi bercuti ke mana-mana, kosongkandahulu peti sejuk, cuci dan tutup suis.

Jimatkan PenggunaanTenaga Peti Sejuk

Page 6: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

|| 6 || Julai 2003

LAW

It is imperative that all Malaysians are aware ofthe laws that are designed to safeguard theirinterest. The government is constantly amend-

ing current laws to cater to the constant changesthat take place. It can be said that most Malaysiansneed adequate protection when it comes to lawsgoverning employment. The following is a brief out-line on some of the fundamentals of the MalaysianEmployment Act 1955.

About Labour Law

n All Malaysians should be aware of the funda-mentals of Malaysian Labour Laws.

n It is an act that has been enacted to safeguardthe interest of Malaysian employees.

n The Labour Laws cover areas such as em-ployment, security of employment, unlawful dis-missal, termination and lay off benefits.

Employment Act 1955

n The act applies to any person whose incomedoes not exceed RM1500 a month.

n When you are employed, it is the law that acontract of service must be made in writing if itis for a period exceeding one month.

n The way in which the contract of service maybe terminated must be in writing and containedin the contract of service.

The Contract of Service Can Be Terminated:n upon expiry of that contract; orn if the work you have been contracted to do has

ended; orn if written notice is given by either party or if

one party pays to the other compensation inan amount equal to the amount of income forthe period of notice that should have beengiven; or

n if there is a breach of the terms of the contractservice by either party.

Leave Entitlement

n All employees are entitled to one rest day eachweek.

UnderstandingMalaysia Labour Law

n An employee is entitled to be paid wages athis ordinary rate of income for 10 gazetted pub-lic holidays every year.

n An employee is entitled to:q 8 days leave - if less than 2 years of serv-

ice.q 12 days leave - if service has been for 2 or

more years.q 16 days leave - if service has been for 5 or

more years of service

n An employee is entitled to the following daysof sick leave:q 14 days leave - less than 2 years of serv-

ice.q 18 days leave - if 2 or more years but less

than 5 years of service.q 22 days leave - if service has been for 5

years or more.

Maternity Protections for the Female Employee

n Maternity leave for a period of not less than 60days.

n Maternity allowance.n An employer cannot dismiss an employee dur-

ing her maternity leave and if the employer hasdone so then the employer would be guilty ofand offence and is liable.

What Can Be Done If An Employee is DismissedWithout Cause / Excuse

n Write and appeal to the Director General un-der the Act - written representation within 60days of the dismissal to the DG.

n File a suit enforcing your rights for the breachof the Contract of Service

These are but a few of the areas in which theEmployment Act 1955 addresses. Other areas inthe Act include the rights of an employee under theEmployee's Provident Fund (EPF) and also regard-ing the contributions that should be made underthe Social Security Organisation (SOSCO) whichcomes under the ambit of the Employees SocialSecurity Act 1969 (ESSA).

Page 7: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

Julai 2003 || 7 ||

n Pastikan anda membaca arahan tentangkeadaan menyimpan makanan pada labelbungkusan sebelum dan sesudah dibuka.q Sayur-sayuran segar dan buah-buahan

perlu dibasuh, dikeringkan dan disimpan didalam ruang bekas sayur di dalam petisejuk.

q Sayur yang disimpan di ruang sejuk bekuakan merosakkan tisu-tisu sayur danbuah-buahan.

n Makanan seperti keju mestilah disimpan didalam peti sejuk dengan pembungkusnyayang asal. Selepas dibuka, ia mestilahdibungkus semula dengan sempurnamenggunakan pembungkus yang kalis air danbaru (seperti aluminium, atau plastik) ataudiletakkan di dalam bekas yang bertutup ketatbagi mengelakkan wap air di permukaan keju.

n Simpan telur di ruang pendingin (suhu 0oChingga 4oC) untuk mengelakkan pertumbuhanbakteria. Telur mengandungi kandungan pro-tein dan kelembapan yang tinggi yang sesuaiuntuk pertumbuhan bakteria.

n Simpan susu segar pasteur di ruang pendingin(suhu 0oC hingga 4oC).q Susu pasteur mudah dicemar oleh bakteria

pada suhu bilik. Susu ultra tinggi atau susuUHT tidak perlu disimpan di dalam petisejuk. Tetapi setelah kotak dibuka lebihanhendaklah disimpan dalam peti sejuk diruang pendingin (suhu 0oC hingga 4oC).

n Digalakkan menyimpan ikan dan dagingmentah di ruang bekas ikan/daging (suhu 2oCatau kurang).q Ikan dan daging mengandungi kandungan

protein dan kelembapan yang tinggi danmudah dicemar oleh bakteria. Ikan dandaging hendaklah disimpan di dalam bekasplastik yang kedap udara untukmengelakkan kekeringan dan bau ikanpada makanan-makanan lain.

q Jangan simpan ikan dan daging di dalamkeadaan ruang pendingin (0oC hingga 2oC)lebih daripada 3 hari.

q Bagi simpanan yang lebih lama, ikan dan

daging hendaklah disimpan secara sejukbeku (kurang dari 0oC).

q Ikan, daging dan sebagainya hendaklahdisimpan dalam bahagian-bahagian kecil didalam ruang sejuk beku.

n Simpan makanan sejuk beku di dalam bekasyang lebih telap wap air untuk mengelakkankekeringan.

n Makanan yang dibeli di dalam keadaan sejukbeku atau dingin mestilah disimpan di dalamruang yang bersesuaian di dalam peti sejuksecepat mungkin selepas dibeli untukmengelakkan kerosakan.

n Nyahsejuk bekukan bahagian makanan yangdiperlukan sahaja. Elakkan menyejuk bekusemula makanan yang telah dinyahsejukbekukan.

n Makanan berlebihan hendaklah ditutup ataudibungkus dan disimpan di dalam peti sejuksecepat mungkin selepas makan.

n Jangan simpan makanan mentah bersama-sama dengan makanan yang sudah dimasakkerana pencemaran silang boleh berlaku.

n Makanan bijiran seperti beras, kacang dantepung gandum perlu disimpan di dalam bekaskedap udara dan disimpan di tempat yang sejukdan kering.

(Dipetik dari risalah terbitan KementerianKesihatan Malaysia)

Panduan Menyimpan Makanan

K E B E R S I H A N

Page 8: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

|| 8 || Julai 2003

MemeliharaAlam Sekitar

Sebagai anggota masyarakat yang bertang-gungjawab, kita hendaklah bersama-samamembantu memelihara alam sekitar.

Beberapa langkah berikut hendaklah dilakukan dandiamalkan untuk tujuan tersebut.n Asingkan bahan-bahan buangan sebelum

membuangnya atau masukkan dalam tongkitar semula.

n Elakkan daripada penggunaan racun seranggaatau makhluk perosak yang mengandungibahan kimia.

n Buatlah baja 'compost' sendiri - menggunakannajis haiwan yang telah diproses semulamenjadi baja.

n Banyakkan penanaman pokok-pokok.n Kurangkan minum minuman dalam

bungkusan.n Jangan menggunakan alat penyembur aero-

sol yang mengandungi kloroflourokarbon.n Kurangkan penggunaan plastik.n Bawa beg atau kereta sorong apabila membeli

belah. Masukkan barangan yang dibeli di dalambeg.

n Beli barang-barang yang tidak mencemarkanalam sekitar.

n Jangan beli barangan yang membahayakankehidupan liar sepergi gading, bulu dan

A L A M S E K I T A R

perjumpaan dengan mereka yang terlibat dalamindustri ini. Ia bertujuan untuk mencari jalan bagimenurunkan harga VCD tulen agar harganyapada tahap yang munasabah dibayar olehpengguna. Malahan kerajaan mengambil langkahyang lebih drastik lagi dengan meletakkan cakeraoptik dan cakera padat sebagai barangankawalan.

Para peniaga dalam industri ini tidaksewajarnya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kepentinganpengguna. Tidak ada gunanya menjual baranganyang tidak mendapat pasaran akibat daripadaharga yang tinggi. Pengguna yang bijak, mampumembuat memberikan pertimbangan bahawabarangan yang dibeli adalah mempunyai “nilaiwang” yang dibayar.

kulit binatang.n Bantulah memelihara hutan rimba.n Gunakan semula kertas yang telah digunakan

di dalam pejabat.n Buat fotokopi di sebelah belakang kertas

terpakai.n Gunakan semula sampul surat lama.n Anjurkan kempen kebersihan di kawasan anda.n Didik keluarga anda tentang alam sekitar.n Berjalan kaki atau berbasikal jika perlu, atau

gunakan kenderaan awam(Disambung pada keluaran hadapan)

Manakala pengguna pula harus faham dalamdunia perniagaan, keuntungan merupakan salahsatu matlamat yang perlu dicapai. Toleransi antarakedua-dua pihak akan memudahkan urusan dandapat mengelakkan daripada timbulnya rasa tidakpuas hati. Contoh toleransi yang dapat kita lihatialah apabila berlaku satu keadaan di manapengguna dengan tidak sengaja membelibarangan yang rosak, langkah yang sewajarnyaialah dengan melaporkan perkara tersebutkepada peniaga agar dapat gantian barangan lainyang elok. Pada masa yang sama peniaga perlubijak bersedia menangani masalah tersebutdengan bersikap terbuka menghadapi tuntutanpengguna, seperti kata pepatah "bagai menarikrambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepungtidak berselerak."

7Dari muka 1 7Dari muka 2

Page 9: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

Julai 2003 || 9 ||

Simbol kebangkitan usaha secara kolektifdalam hal ekonomi dan sosial masyarakatdunia selepas perang dunia kedua adalah

melalui Pertubuhan Kewangan Antarabangsa(IMF),Bank Dunia dan Pertubuhan PerdaganganAntarabangsa (ITO), yang merupakan pertubuhanterulung kewangan terbesar dunia yang'bertanggungjawab' atas kelancaran kewanganantarabangsa. Bank Dunia pula menjadi institusisumber terakhir kepada sesebuah kerajaan yangmemerlukan bantuan kewangan dalam pengurusanpentadbiran.

Usaha menubuhkan Pertubuhan PerdaganganAntarabangsa (ITO) mengalami kegagalandisebabkan penentangan keras oleh AmerikaSyarikat atas kebimbangannya hilang kuasapenentu dalam menentukan syarat perdaganganantarabangsa. Walau bagaimanapun,usaha inidapat dibentuk semula melalui pengenalanPerjanjian Umum Perdagangan danTarif (GeneralAgreement on Trade and Tariffs - GATT) padatahun 1947. GATT merupakan perjanjian multila-teral ditandatangani oleh 23 negara pengasas pada30 Oktober 1947 di Geneva, Switzerland.Perjanjian utama GATT meliputi:n Perjanjian yang dipersetujui bersama oleh

negara angota atas tariff import .

n Merupakan badan yang menentukan syaratperdagangan antarabangsa.

n Merupakan forum pertemuan dalammenyelesaikan masalah perdagangan.Perjanjian GATT telah dinamakan sebagai

World Trade Organisation (WTO) pada 1 Januari1995 berdasarkan persidangan meja bulat pelbagaihala Uruguay (UR). Ibu pejabat WTO terletak diGeneva, Switzerland dengan jumlah keanggotaan146 negara. Malaysia diberikan keanggotaansecara automatik di dalam WTO setelah menyertaiGATT pada 24 Oktober 1957. WTO merupakanbadan pengantara kerajaan tetap yang menyeliadan mengurus halangan perdaganganantarabangsa seperti pengenaan cukai atau tarifke atas barangan dan perhidmatan. WTO jugamerupakan salah satu badan yang memiliki kuasaperundangan ke atas negara-negara anggotadalam menentukan perdagangan luar mereka.Antara peranan utama WTO adalah:n Menyelia dan mengurus perjanjian

perdagangan WTO.n Forum perundingan perdagangan antara-

bangsa.n Mengawasi polisi perdagangan sesebuah

negara.

Memahami PertubuhanPerdagangan Antarabangsa

PERDAGANGAN

Ke muka 108

Page 10: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

|| 10 || Julai 2003

7Dari muka 9

n Memberikan bantuan teknikal dan latihankepada negara-negara sedang membangun.

n Membentuk kerjasama dengan organisasiantarabangsa yang lain.Rangka kerja WTO dalam pengurusan,

pengamalan dan pelaksanaan perjanjian multila-teral adalah berdasarkan perjanjian GATT 1994yang berdasarkan persetujuan persidangan mejabulat Uruguay. Perjanjian-perjanjian WTO yangutama meliputi:n GATT 1994n Perjanjian atas Pertanian (AOA)n Perjanjian atas Tekstil dan Kainn Perjanjian atas halangan perdagangan dan

teknikaln Perjanjian atas pelaburan berkaitan

perdagangann Perjanjian atas langkah anti-lambakann Perjanjian untuk melaksanakan GATT 1994n Perjanjian atas pemeriksaan pra-

pemunggahann Perjanjian atas syarat pengasalann Perjanjian atas prosedur perlesenan importn Perjanjian atas subsidi dan tarifn Perjanjian atas 'safeguard'n Perjanjian Umum atas Perdagangan

Perkhidmatann Perjanjian atas Perdagangan yang melibatkan

Hak Ciptan Persefahaman atas prosedur dan syarat

penyelesaian konflik perdagangann Mekanisme Pertimbangan Semula Polisin Perjanjian ‘Pelbagai-hala'n Perjanjian atas Pesawat Tempatann Perjanjian atas Pemerolehan Kerajaan

Tanda harga adalah pelabelan harga pada barangan atau perkhidmatan yang ingin dijual. Ia diadakanbagi kemudahan pengguna dan juga sebagai langkah menstabilkan harga barangan atauperkhidmatan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah

menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan harga oleh penjual runcit) 1977 di bawah AktaKawalan Harga 1946. Di bawah Perintah ini, peruncit dikehendaki mematuhi undang-undang denganmeletakkan tanda harga pada 111 barang keperluan. Jumlah barangan yang wajib dipamerkan hargaumumnya mengikut keadaan pasaran. Misalnya pada musim perayaan beberapa barangan keperluandiletakkan tanda harga, pada atau tidak melebihi harga siling yang ditetapkan.

Tujuan menetapkan tanda harga juga bagi membolehkan pengguna mengetahui harga baranganuntuk tujuan perbandingan. Ia juga dapat membantu pegawai penguatkuasa mengesan sebarangkenaikan harga dan membolehkannya mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.

Berdasarkan Akta Kawalan Harga 1946, mereka yang tidak meletakkan tanda harga boleh dikenakankompaun sehingga RM7,500.00 bagi individu atau RM12,500.00 bagi syarikat.

Tanda Harga

Perjanjian-perjanjian di dalam WTO merupakansatu set dokumen umum yang sesuai digunakandi peringkat antarabangsa.n Mengendalikan masalah perdagangan oleh

semua negara anggota. Namun begitu,terdapat perjanjian khas melibatkansesetengah negara individu yang dikenali"Schedules of Concessions". Oleh itu, semuanegara anggota adalah tertakluk kepada syaratperjanjian tarif WTO dalam menjalankanperdagangan dengan negara anggota lain.Justeru, segala pemindahan dalam perjanjianperdagangan memerlukan persetujuan rakandagang yang melibatkan sejumlah pampasanuntuk kerugian perdagangan. Di samping itu,segala usul baru haruslah mendapatpersetujuan negara-negara anggota lain.Kebiasaannya, prosedur perbincangan usulbaru melibatkan langkah-langkah:q Majlis Tertinggi akan mengarahkan negara

pembawa usul untuk menubuhkan MajlisTindakan yang bertanggungjawabmengendalikan perbincangan isu.

q Majlis Tindakan dikehendaki menyediakanlaporan usul sebelum dibincangkan dalamMajlis Perwakilan.

q Perbincangan hanya akan dimulakan jikaterdapat persetujuan ahli majlis.

Secara prinsipnya, WTO menawarkan peluangyang luas dalam perdagangan kepada parapengeluar dan pengguna bagi memenuhi kehendakmasing-masing. Namun begitu, penglibatansesebuah kerajaan dalam perdagangan terbukamemerlukan pengetahuan yang menyeluruh dalammenentukan hala tuju perdagangan dengannegara-negara lain.

G L O S A R I

Page 11: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

Julai 2003 || 11 ||

Dewan Negara ApprovesCopyright Bill

The Dewan Negara unanimously approved theCopyright Bill 2003 which provides for the Control-ler of Copyrights to decide on the appropriate meth-ods of disposing goods that have been sealed.

Deputy Domestic Trade and Consumer AffairsMinister Datuk S. Subramaniam said it was notpractical to destroy all such goods as they couldhave economic values.

New Straits Times - 2 Julai 2003

Pindaan Akta BangkrapLindungi Penjamin Sosial

Pindaan kepada Akta kebangkrapan akanmemberi perlindungan kepada penjamin sosial bagipinjaman, seperti biasiswa, kenderaan atauperumahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriDr Rais Yatim, berkata ini kerana tindakankebangkrapan terhadap penjamin sosial hanyaboleh diambil selepas segala langkah memunguthutang diambil terhadap peminjam.

Rang Undang-Undang Kebangkrapan(Pindaan) 2003 telah diluluskan.

Berita Harian - 2 Julai 2003

Banks have to PractisePrivacy

Bank officials and financial institutions whichreveal details of their customers’ accounts to thirdparties can be fined up to RM500,000 under thePayment Systems Act.

Finance Ministry Parliamentary SecretaryHashim Ismail said under the Act, bank officials wererequired to protect the privacy of their customers.

“The law is formulated to protect the interestsof customers from unscrupulous officials,” he saidwhen winding-up the debate on the Payment Sys-tems Bill 2003.

New Straits Times - 3 July 2003

R A M P A I A N B E R I TA

Kementerian DimintaSahkan Ketulenan Air

Mesin Automatik

Kementerian Kesihatan diminta mengesahkansama ada kandungan air mesin penapis airautomatik yang dirampas dari stesen minyak diTaman Tun Dr Ismail (TTDI), sesuai diminum atausebaliknya.

Ketua Unit Operasi Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Selangor, Mohamad Sopa Sarjan,berkata sampel air daripada mesin automatik ituakan dihantar ke makmal Kementerian Kesihatanuntuk menguji kandungannya.

“Siasatan mendapati pembekal menggunakanair paip biasa yang disalurkan kepada mesinautomatik bagi menjalani proses penurasan danbukan air mineral tulen seperti tertera pada mesinberkenaan.”

Berita Harian - 4 Julai 2003

Decision to Control DiscPrices Final

The Government will not back down its deci-sion to place VCDs, other optical disc products andall computer software on the controlled items list,said Domestic Trade and Consumer Affair Minis-ter Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“The decision has been made and we will en-force it. The meeting tomorrow (Thursday) is to getco-operation and feedback. The cabinet has madethe decision and I have no power to retract it,”

The Star - 3 July 2003

Malaysia Mampu KenalPasti Makanan Genetik

Malaysia mampu mengenal pasti makananyang diubah suai secara genetik (GMF) walaupunia tidak diisytiharkan apabila kemudahanpenganalisaan GMF dibangunkan di MakmalKesihatan Awam Kebangsaan, di Sungai Bulohtidak lama lagi.

Berita Harian - 4 Julai 2003

Ke muka 128

Page 12: Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika

|| 12 || Julai 2003

KESIHATAN

TALIAN ADUAN PENGGUNA BEBAS TOL : 1-800-886-800

Standardised certificationfor Halal Food

Food Products carrying certificates or labelsdenoting they are halal must have the endorse-ment of the Islamic Development Department(Jakim) under a ruling to be enforced soon.

Such certificates include the ISI 2020, a stan-dard label issued by the Malaysian Muslim Con-sumers Association, in collaboration with a spe-cial panel under the Organisation of Islamic Con-ference.

The Star, 8 July 2003

Kos Rawatan Murah diHospital Swasta

Orang ramai, terutama golonganberpendapatan rendah berpeluang menjalanirawatan di hospital swasta apabila kadar hargarawatan di hospital terbabit diselaraskan denganhospital kerajaan dengan pelaksanaan SkimPembiayaan Kesihatan Kebangsaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng,berkata apabila skim itu dilaksanakan, satu garispanduan atau senarai harga rawatan sertaprosedur rawatan seragam bagi hospital kerajaandan swasta akan disediakan.

Berita Harian - 8 Julai 2003

Anda memakai kaca mata? Anda merasakankaca mata mencacatkan penampilan andaatau anda seorang yang berani mencuba?

Selain pakaian, pengguna kanta sesentuh turutdilanda arus perubahan. Ia juga sebagai satualternatif kepada mereka yang tidak gemar berkacamata.

Secara umumnya terdapat dua jenis kantasesentuh, iaitu harian, yang membolehkanpengguna menanggalkannya setiap malam danmembersihkan, dan kanta sesentuh yang dipakaiselama 30 hari tanpa perlu ditanggal. Kantasesentuh yang bercirikan mata haiwan sepertiharimau bintang mungkin menjadi pilihan bagi andayang berani!

Sebelum anda membuat keputusan untukberalih kepada penggunaan kanta sesentuh, andaperlu menimbangkan kembali setelah membacaartikel ini. Menurut pihak pentadbiran Makanan danDadah Amerika (FDA), kanta sesentuh berwarnaboleh memberi beberapa kesan negatif kepadamata pengguna.

Menurut FDA, kanta sesentuh bolehmenyebabkan kecederaan mata yang serius danberkemungkinan menjadi buta. Jika tidak mendapatnasihat daripada pakar mata yang bertauliah, andaboleh mendapat kecederaan mata yang kekal.

Pemakaian kanta sesentuh yang melebihi had

Kesan PemakaianKanta Sesentuh

yang ditetapkan akan mengakibatkan pengunamendapat penyakit ulser mata. Ulser mata yangtidak dirawat segera akan menyebabkan jangkitandi dalam mata.

Selain itu, FDA turut menyenaraikan beberaparisiko dalam pengguna kanta sesentuh berwarna,antaranya:n Jangkitan matan Reaksi alahann Kurang keupayaan penglihatan

Mata merupakan organ yang paling berharga.Walaupun kadangkala mereka yang bercerminmata kelihatan seperti Betty (salah satu watakdalam siri Betty La Fea), cermin mata merupakanalternatif yang paling selamat untuk para pengguna.

7Dari muka 11