koleksi makna istilah formula fizik spm (2)

27
Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 1 KOLEKSI DEFINISI / MAKNA / ISTILAH / FORMULA FIZIK SPM Disediakan oleh: En. Muhamad Fariez Bin Mustafar B. Ed. Sc. Physics Hons. (UPSI) [email protected] Ketua Panitia Fizik SMK Tebedu

Upload: ryan-ko

Post on 18-Jan-2016

1.747 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 1

KOLEKSI DEFINISI / MAKNA / ISTILAH / FORMULA

FIZIK SPM

Disediakan oleh: En. Muhamad Fariez Bin Mustafar

B. Ed. Sc. Physics Hons. (UPSI) [email protected]

Ketua Panitia Fizik

SMK Tebedu

Page 2: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 2

ISI KANDUNGAN

Bab Tajuk Muka Surat

1 Pengenalan Kepada Fizik 3 – 4

2 Daya dan Gerakan 4 – 8

3 Daya dan Tekanan 9

4 Haba 10 – 11

5 Cahaya 12 – 14

6 Gelombang 15 – 18

7 Elektrik 18 – 20

8 Keelektromagnetan 20 – 21

9 Elektronik 22 – 24

10 Radioaktif 25 – 27

Page 3: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 3

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA FIZIK

Bil.

Istilah Definisi / Makna Simbol/

Unit Formula / Contoh /

Catatan

1 Kuantiti Fizik Kuantiti yang boleh diukur.

2 Kuantiti Asas Kuantiti yang tidak boleh diterbitkan dalam sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain.

Contoh: Panjang, jisim, masa, suhu, arus elektrik.

3 Kuantiti Terbitan

Gabungan kuantiti-kuantiti asas secara pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya.

Contoh: Halaju, daya, pecutan, momentum, ketumpatan, kerja.

4 Unit Asas Unit yang tidak boleh diterbitkan dalam sebutan unit-unit yang lain. Contoh:

Meter, kg, saat, Kelvin, Ampere.

5 Unit Terbitan Gabungan unit-unit asas secara pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya.

Contoh: m s-1, m s-2, joule, Nm-2, kg ms-1

6 Kejituan Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.

7 Kepersisan Kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang diperolehnya.

8 Kepekaan Kebolehan suatu alat mengesan perubahan kecil kuantiti fizik yang diukurnya.

9 Ralat Perbezaan antara suatu nilai pengukuran dengan nilai sebenar.

10 Ralat

Bersistem

11 Ralat Rawak

12 Ralat Paralaks Kesilapan pengukuran yang berlaku apabila seseorang membaca tanda skala dari kedudukan yang salah.

13 Ralat Sifar Penunjuk alat pengukuran tidak berada pada kedudukan ‘0’ apabila alat itu tidak digunakan.

Page 4: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 4

14

15

16

17

18

BAB 2 : DAYA DAN GERAKAN

1 Kuantiti Skalar

Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud (nilai) sahaja. Contoh:

Jisim, masa, ketumpatan, isi padu, laju, dll.

2 Kuantiti Vektor

Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah. Contoh:

Halaju, sesaran, daya, momentum, dll.

3 Gerakan

linear Suatu gerakan sepanjang suatu garis lurus.

4 Jarak Jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh objek itu. (Kuantiti skalar)

Simbol : s Unit SI : m

5 Sesaran Jarak di antara dua lokasi yang diukur dengan lintasan yang paling dekat yang menghubungi lokasi-lokasi itu dalam arah yang tertentu. (Kuantiti vektor)

Simbol : s Unit SI : m

6 Laju Kadar perubahan jarak. (Kuantiti skalar)

Simbol : v Unit SI : m s-1

sv

t

7 Halaju Kadar perubahan sesaran. (Kuantiti vektor)

Simbol : v Unit SI : m s-1

sv

t

8 Pecutan Kadar perubahan halaju. Simbol : a Unit SI : m s-2

v ua

t

Page 5: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 5

9 Nyahpecutan

(pecutan negatif)

Objek yang bergerak dengan halaju yang semakin berkurang. Simbol : a Unit SI : m s-2

v ua

t

10 Inersia

Sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak. (Inersia boleh dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama)

11 Jisim Kuantiti zarah dalam suatu objek. Simbol : m Unit SI : kg

12 Berat Berat suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas objek itu. (Kuantiti skalar)

Simbol : W Unit SI : Newton (N)

W mg

13 Momentum Momentum linear atau momentum sesuatu objek ditakrifkan sebagai hasil darab jisim objek itu dengan halajunya.

Simbol : p Unit SI : kg m s-1

14 Prinsip

Keabadian Momentum

Prinsip keabadian momentum menerangkan bahawa dalam suatu sistem yang terdiri daripada beberapa objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah malar jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu.

15 Perlanggaran

kenyal

Dalam perlanggaran kenyal, i) Momentum diabadikan ii) Tenaga kinetik diabadikan iii) Objek-objek yang berlanggar bergerak berasingan selepas

perlanggaran iv) Jumlah tenaga terabadi.

1 1 2 2 1 1 2 2m u m u m v m v

16 Perlanggaran tidak kenyal

Dalam perlanggaran tidak kenyal, i) Momentum diabadikan ii) Tenaga kinetik tidak diabadikan iii) Objek-objek yang berlanggar bercantum dan bergerak iv) Jumlah tenaga terabadi.

1 1 2 2 1 2( )m u m u m m v

17 Daya paduan Daya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. (kuantiti vektor)

18 Daya bersih

19 Daya tidak seimbang

Page 6: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 6

20

Daya seimbang /

Keseimbangan daya

21 Daya Impuls Daya impuls ditakrifkan sebagai kadar perubahan momentum terhadap masa tindakan yang singkat bagi sesuatu objek yang bergerak, contohnya semasa perlanggaran.

Simbol : F Unit SI : N

mv muF

t

22 Impuls Impuls ditakrifkan sebagai perubahan momentum. (kuantiti vektor)

Simbol : Ft Unit SI : kg m s-1 @ N s

Ft mv mu

23 Medan graviti

24 Kekuatan

medan graviti 9.8 N kg-1

Fg

m

25 Pecutan graviti

Simbol : g Unit : m s-2 g = 10 m s-2

26 Jatuh bebas

Gerakan sesuatu objek yang jatuh yang hanya bergantung kepada daya graviti sahaja. * Jatuh bebas hanya berlaku dalam vakum (tiada udara)

27

Hukum Gerakan Newton Pertama

Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.

Contoh: Inersia

28

Hukum Gerakan Newton Kedua

Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya paduan itu.

Simbol : F Unit SI : N

F ma

29

Hukum Gerakan Newton Ketiga

Hukum Gerakan Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.

30 Prinsip

Leraian Daya

Leraian daya ialah satu proses di mana satu daya tunggal boleh diuraikan kepada dua komponen. Proses ini merupakan songsangan kepada prinsip paduan daya.

Page 7: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 7

31 Tenaga Tenaga ialah keupayaan atau kebolehan suatu sistem untuk melakukan kerja. (Kuantiti skalar)

Simbol : E Unit SI : Joule @ J

32 Daya geseran

33 Kerja yang dilakukan

Hasil darab magnitud sesaran dan komponen daya yang selari dengan arah sesaran itu.

Simbol : W Unit SI : Joule @ J W Fs

34 Kuasa Kuasa ialah kadar melakukan kerja atau kadar pemindahan tenaga. Simbol : P Unit SI : Watt @ W

WP

t

Atau

EP

t

35 1 watt

36 Tenaga Kinetik

Tenaga yang diperoleh oleh suatu jasad apabila jasad itu bergerak. Simbol : E Unit SI : Joule @ J

21

2E mv

37 Tenaga

Keupayaan Tenaga yang dipunyai oleh jasad itu disebabkan oleh kedudukan atau keadaan jasad itu.

38 Tenaga

keupayaan graviti

Tenaga keupayaan suatu jasad yang disebabkan oleh ketinggian jasad itu.

Simbol : E Unit SI : Joule @ J

E mgh

39 Tenaga

keupayaan kenyal

Tenaga keupayaan suatu jasad yang disebabkan oleh keadaan jasad itu. Simbol : E Unit SI : Joule @ J

1

2E Fs

40 Ketumpatan Jisim per unit isipadu. Simbol :

Unit : g cm-3 @ kg m-3

Page 8: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 8

41 Prinsip

keabadian tenaga

Prinsip keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

42 Kecekapan Kecekapan suatu alat didefinisikan sebagai peratusan tenaga input yang bertukar kepada tenaga yang berguna.

Tenaga output yang bergunaKecekapan 100

Tenaga input

Atau

Kuasa output yang bergunaKecekapan 100

Kuasa input

43 Kekenyalan Kekenyalan suatu bahan ialah kebolehan bahan itu untuk kembali ke bentuk dan saiz asalnya apabila daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan.

Contoh: Tali getah, span.

44 Hukum Hooke Hukum Hooke menyatakan bahawa pemanjangan suatu bahan kenyal berubah secara langsung dengan daya regangan yang bertindak terhadapnya jika daya itu tidak melebihi had kekenyalan bahan itu.

F kx

45 Had kenyal Daya maksimum yang boleh dikenakan ke atas spring itu sebelum spring itu kehilangan sifat kekenyalannya. Jika daya regangan melebihi had ini, spring tidak akan kembali ke panjang asalnya.

46 Pemalar spring

Daya per unit regangan. F

kx

47

48

49

50

Page 9: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 9

BAB 3 : DAYA DAN TEKANAN

1 Tekanan Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak secara normal per unit luas permukaan sentuhan.

Simbol : P Unit SI : Pascal @ N m-2

Daya,

Luas,

FP

A

2 Tekanan

dalam cecair

Simbol : P Unit SI : Pascal @ N m-2

2

kedalaman air

ketumpatan cecair

pecutan graviti, 10

h

g m s

P h g

3 1 Pascal @

1 N m-2

4 Tekanan

atmosfera Tekanan atmosfera, Pat ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan bumi dan semua jasad di bumi.

Simbol : Pat

5 Prinsip Pascal Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada permukaan suatu bendalir dalam bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke seluruh bahagian bendalir itu.

1

1

2

2

daya input

luas keratan rentas silinder input

daya output

luas keratan rentas silinder output

F

A

F

A

1 2

1 2

F F

A A

6 Daya apungan Daya apungan = Berat air tersesar. Simbol : F Unit SI : N

berat bendalir

yang disesarkan

F

V g

7 Prinsip

Archimedes

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila satu objek direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir, objek itu akan mengalami satu daya apungan ke atas yang sama dengan berat bendalir yang tersesar. Berat di udara = Berat sebenar Berat dalam bendalir = Berat ketara

8 Prinsip

Bernoulli

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju aliran bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir itu berkurang. *udara, gas, cecair dan air adalah bendalir, maka kesemua ini mematuhi prinsip Bernoulli.

9

Page 10: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 10

BAB 4 : HABA

1 Suhu Suhu ialah darjah kepanasan sesuatu bahan.

2 Keseimbangan

Terma

i) Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar.

ii) Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang sama.

3 Takat beku Suhu bagi ais tulen melebur di bawah tekanan atmosfera piawai.

Nilai: 0 C

4 Takat didih Suhu air mendidih di bawah tekanan atmosfera piawai.

Nilai: 100 C

5 Muatan haba

Suatu objek yang mempunyai muatan haba yang besar memerlukan kuantiti haba yang lebih besar untuk menaikkan suhunya sebanyak 1OC. *semakin besar objek, semakin besar muatan habanya.

Muatan haba suatu objek bergantung pada: i) Jisim objek, dan ii) Jenis bahan objek itu.

6 Muatan haba

tentu Muatan haba tentu suatu bahan,

Qc

m ialah haba yang diperlukan untuk

menaikkan suhu sebanyak 1OC bagi 1 kg bahan itu.

Simbol : c Unit : J kg-1 OC-1

Qc

m

7 Haba pendam Haba yang diserap atau haba yang dibebaskan oleh sesuatu bahan semasa perubahan keadaan jirim tanpa kenaikan suhu.

Page 11: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 11

8 Haba pendam

tentu pelakuran

Haba pendam tentu pelakuran suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada pepejal kepada cecair pada suhu tetap.

Simbol : L Unit : J kg-1

Haba pendam tentu:

Kuantiti haba, Q yang diperlukan:

Jika haba dibekalkan oleh

pemanas elektrik:

kuasa pemanas dlm. unit W

masa dlm. saat

QL

m

Q mL

Pt mL

P

t

9 Haba pendam

tentu pengewapan

Haba pendam tentu pengewapan suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada cecair kepada gas pada suhu tetap.

10 Hukum Boyle Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, tekanan gas itu adalah berkadar songsang dengan isi padunya jika suhu gas itu adalah tetap.

1 1 2 2PV PV

11 Hukum Charles Hukum Charles menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, isi padu gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika tekanan gas itu adalah tetap.

1 2

1 2

V V

T T

12 Hukum tekanan Hukum Tekanan menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, tekanan gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika isi padu gas itu adalah tetap.

1 2

1 2

P P

T T

13 Sifar mutlak

14 Suhu mutlak

15 Skala Kelvin

16

17

Page 12: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 12

BAB 5 : CAHAYA

1 Hukum

pantulan

i) Sudut pantulan, r adalah sentiasa sama dengan sudut tuju, i. ii) Sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal berada pada satah yang

sama.

2 Paksi utama

3 Pusat

lengkungan Pusat lengkungan, C cermin melengkung ialah pusat sfera bagi cermin melengkung.

Simbol : C

4 Jejari

lengkungan Jejari lengkungan, R ialah jarak di antara C dengan cermin. Simbol : R

5 Titik fokus

6 Imej nyata Imej yang dapat ditangkap oleh skrin.

7 Imej maya Imej yang tidak dapat dilihat pada skrin.

8 Jarak objek Jarak di antara objek dengan cermin. Simbol : u

9 Jarak imej Jarak di antara imej dengan cermin. Simbol : v

10 Pantulan cahaya Apabila sinar cahaya ditujukan ke atas permukaan suatu cermin, cahaya tidak merambat melaluinya, tetapi dipantul balik oleh cermin satah. Fenomena ini dikenali sebagai pantulan cahaya.

11 Pembiasan

cahaya

Pembiasan cahaya ialah suatu fenomena yang mana alur cahaya mengubah arahnya apabila merambat dari satu medium ke medium lain yang berlainan ketumpatannya.

12 Hukum

pembiasan

Hukum Pembiasan menyatakan bahawa apabila suatu sinar cahaya merambat dari satu medium ke medium yang lain,

i) Sinar tuju, sinar pembiasan dan garis normal terletak pada satah yang sama.

ii) Nisbah sin i kepada sin r ialah suatu pemalar.

sin

sin

ipemalar

r

Page 13: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 13

13 Hukum Snell

sin

sin

in

r

14 Indeks

pembiasan

Nisbah sin

sin

i

r ialah suatu ukuran yang menunjukkan banyaknya sinar

cahaya terbias apabila merambat melalui suatu medium dari vakum atau udara.

sin

sin

in

r ,

Laju cahaya di dalam vakum @ udara,

Laju cahaya di dalam medium,

cn

v

15 Dalam nyata Kedalaman yang sebenar.

16 Dalam ketara Kedalaman yang mana imejnya kelihatan lebih dekat dengan permukaan air.

17 Sudut genting Sudut tuju apabila sudut pembiasan sama dengan 90O.

18 Pantulan dalam

penuh Fenomena pantulan cahaya di permukaan dalam suatu medium dikenali sebagai pantulan dalam penuh.

Rujuk buku Fokus Sukses m/surat 186 – 188.

19 Panjang fokus Jarak di antara titik fokus dengan pusat optik suatu kanta. Simbol: f Rujuk buku Fokus Sukses m/surat 192.

20 Kuasa kanta Kuasa kanta ditakrifkan sebagai songsangan panjang fokus yang diukur dalam unit meter.

Simbol : Unit : diopter (D)

1 1Kuasa kanta

panjang fokus f

Page 14: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 14

21 Pembesaran

linear

Nisbah tinggi imej kepada tinggi objek. Atau Nisbah jarak imej kepada jarak objek.

1

0

Tinggi imejPembesaran linear,

Tinggi objek

Jarak imej

Jarak objek

m

atau m

h vm

h u

22 Formula kanta 1 1 1

f u v

u = jarak objek v = jarak imej f = panjang fokus

Page 15: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 15

BAB 6 : GELOMBANG

1 Gelombang

Gelombang ialah suatu gangguan yang bergerak merentasi ruang atau medium dalam satu siri ayunan. Punca gelombang ialah getaran atau ayunan. Gelombang memindahkan tenaga dari satu titik ke titik lain. Tenaga dipindahkan tanpa memindahkan medium.

1. Buku teks – bermula m/surat 2.

2. Buku Kuasai Melalui Diagram – bermula m/surat 128

2 Gelombang mekanikal

Gelombang yang terhasil dari zarah-zarah medium yang bergetar.

Contoh: Gelombang bunyi.

3 Gelombang

elektromagnet Gelombang yang terdiri dari ayunan medan elektrik dan medan magnet yang dapat merambat melalui vakum.

Contoh: Gelombang cahaya.

4 Gelombang membujur

Gelombang membujur ialah gelombang yang arah getaran zarah-zarah

mediumnya SELARI dengan arah perambatan gelombang.

5 Gelombang melintang

Gelombang melintang ialah gelombang yang arah getaran zarah-zarah

mediumnya BERSERENJANG dengan arah perambatan gelombang.

6 Muka

gelombang

Muka gelombang ialah garis atau permukaan satah yang menyambungkan semua titik yang bergetar pada fasa yang sama dan berada pada jarak yang sama dari sumber gelombang. Muka gelombang terbahagi kepada dua:

i) Muka gelombang membulat ii) Muka gelombang satah

7 Satu ayunan

lengkap

8 Amplitud Sesaran maksimum zarah dari kedudukan keseimbangan. (Rujuk buku teks m/surat 8)

Simbol : a Unit : meter, m

9 Tempoh Masa yang diambil oleh sesebuah system ayunan untuk melakukan satu ayunan lengkap. (Rujuk buku teks m/surat 9)

Simbol : T Unit : s (saat)

10 Frekuensi Bilangan ayunan lengkap dalam satu saat. (Rujuk buku teks m/surat 9)

Simbol : f Unit : Hertz (Hz)

1

Tempoh, f

T

Page 16: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 16

11 Panjang

gelombang Jarak di antara dua titik sefasa yang berturutan. (Rujuk buku teks m/surat 8)

Simbol : (lambda) Unit : meter, m

v

f

12 Laju gelombang Jarak yang dilalui oleh suatu gelombang dalam satu tempoh masa dalam arah perambatan. (Rujuk buku teks m/surat 10)

Simbol : v Unit : m s-1

v f

13 Pelembapan

Sistem mengalami kehilangan tenaga secara beransur-ansur. Pada masa yang sama, amplitud sistem berkurang dan menjadi sifar pada akhirnya. Pelembapan berpunca daripada:

i) Pelembapan luar – sistem kehilangan tenaga untuk mengatasi daya rintangan dan geseran udara.

ii) Pelembapan dalam- sistem kehilangan tenaga kerana regangan dan mampatan zarah-zarah dalam sistem tersebut.

Rujuk buku teks m/surat 12 - 13

14 Frekuensi asli

Frekuensi asli ialah frekuensi sesuatu sistem ketika berayun secara bebas tanpa sebarang tindakan daya luar. Setiap sistem ayunan mempunyai frekuensi asli yang tersendiri. (Rujuk buku teks m/surat 13)

15 Resonans Resonans berlaku apabila suatu sistem ayunan dikenakan daya luar berfrekuensi sama dengan frekuensi asli sistem ayunan tersebut. Sistem ayunan dikatakan mengalami ayunan paksa. (m/surat 13)

16 Pantulan

gelombang Fenomena perubahan arah perambatan gelombang apabila suatu gelombang terkena pada suatu halangan.

17 Pembiasan gelombang

Perubahan arah perambatan suatu gelombang disebabkan oleh perubahan laju gelombang ketika merambat merentasi dua medium atau keadaan yang berlainan.

18 Pembelauan gelombang

Page 17: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 17

19

Perbezaan pantulan,

pembiasan, pembelauan

Ciri-ciri Fenomena

Panjang gelombang,

Frekuensi, f

Laju, v Amplitud,

a Arah

perambatan

Pantulan Tidak berubah Tidak berubah Tidak berubah Tidak berubah Berubah

Pembiasan

Kawasan: Dalam ke cetek ( berkurang) Cetek ke dalam ( meningkat)

Tidak berubah

Kawasan: Dalam ke cetek (laju berkurang) Cetek ke dalam (laju meningkat)

Kawasan: Dalam ke cetek (mendekati garis normal) Cetek ke dalam (menjauhi garis normal)

Pembelauan Tidak berubah Tidak berubah Tidak berubah Berkurang Berubah

20 Interferens

Interferens ialah kesan superposisi dua atau lebih gelombang yang koheren. Interferens berlaku ketika dua atau lebih gelombang bertemu dan bertindih ketika sedang merambat dalam medium yang sama.

ax

D

21 Sumber koheren

Merupakan sumber yang menghasilkan gelombang dengan frekuensi yang sama dan fasa yang sama atau beza fasa yang tetap.

22 Prinsip

superposisi

Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila dua atau lebih gelombang bertindih pada satu titik pada satu masa yang tertentu, sesaran paduan gelombang pada titik itu adalah sama dengan hasil tambah sesaran setiap komponen gelombang ndividu pada masa itu.

23 Interferens membina

24 Interferens memusnah

25 Gelombang

bunyi

Page 18: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 18

26 Spektrum

elektromagnet Satu siri susunan gelombang elektromagnet yang disusun mengikut tertib frekuensi atau panjang gelombang.

1. Buku teks m/surat 57- 59

2. Buku Kuasai Melalui Diagram m/surat 152 – 156

27

28

29

30

31

32

33

BAB 7 : ELEKTRIK

1 Arus elektrik Kadar pengaliran cas elektrik melalui suatu konduktor. Simbol : I Unit : Ampere, A

2 1 Ampere Arus elektrik yang mengalir melalui suatu konduktor jika 1 coulomb cas mengalir melalui suatu londuktor dalam masa 1 saat.

3 Medan elektrik

Kawasan yang mengalami daya elektrik yang bertindak ke atas cas. *Setiap cas elektrik atau jasad bercas menghasilkan medan elektrik di sekelilingnya.

4 Beza keupayaan Kerja, W, yang dilakukan untuk menggerakkan 1 Coulomb cas, Q, antara dua titik di dalam suatu medan elektrik. Simbol : V

Unit : volt, V

WV

Q

5 1 volt beza keupayaan

Satu kerja sebanyak 1 joule dilakukan untuk memindahkan cas sebanyak 1 C dari satu titik ke titik yang lain di dalam medan elektrik.

Page 19: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 19

6 Rintangan Nisbah beza keupayaan, V, kepada arus, I, yang melaluinya. Simbol : R Unit : ohm,

VR

I

7 Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasi hujungnya, dengan keadaan suhu dan keadaan fizikal yang lain adalah tetap.

V I

Kecerunan graf V melawan I adalah R.

V IR

8 Superkonduktor 1. Buku teks m/surat 89- 90

2. Buku Kuasai Melalui Diagram m/surat 164 – 165

9 Litar bersiri

Rujuk perbandingan antara litar sesiri dengan litar selari di dalam buku teks m/surat 96.

1. Buku teks – bermula m/surat 92

2. Buku Kuasai Melalui Diagram – bermula m/surat 166 10 Litar selari

11 Daya gerak

elektrik (d.g.e.) Jumlah tenaga yang dibekalkan oleh satu sel untuk menggerakkan satu unit cas melalui satu litar lengkap.

Simbol : E Unit : volt, V

WE

Q

12 Rintangan dalaman

Rintangan dalaman ialah rintangan antara suatu sumber yang disebabkan oleh elektrolit atau elektrodnya.

Simbol : r Unit : ohm,

@

E V Ir

E IR Ir

13 Kuasa elekrik Kuasa elektrik ialah kadar pertukaran tenaga elektrik kepada bentuk tenaga yang lain di dalam suatu litar elektrik.

Simbol : P Unit : Watt, W

2

2

@

@

P VI

P I R

VP

R

14 Kecekapan

tenaga

Kuasa outputKecekapan 100%

Kuasa input

Page 20: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 20

15

16

17

18

19

20

BAB 8 : KEELEKTROMAGNETAN

1 Elektromagnet Elektromagnet ialah suatu alat yang bertindak sebagai satu magnet (magnet sementara) apabila arus mengalir melalui dawai.

2 Medan magnet

3 Kekuatan

medan magnet

Kekuatan medan magnet boleh ditambah dengan: i) Menambahkan bilangan lilitan. ii) Menggunakan teras besi lembut untuk menumpukan garis

medan magnet. iii) Meningkatkan arus elektrik.

4 Medan lastik

(catapult field)

Terhasil apabila medan-medan magnet digabungkan. Ketidakseimbangan kekuatan medan magnet dalam medan lastik akan menghasilkan suatu daya bertindak ke atas dawai itu.

5 Aruhan

elektromagnet

Penghasilan arus elektrik dalam suatu konduktor di bawah aruhan suatu medan magnet yang berubah-ubah dikenali sebagai aruhan elektromagnet.

6 Peraturan tangan kiri

Fleming

Page 21: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 21

7 Peraturan

tangan kanan Fleming

8 Hukum Lenz Hukum Lenz menyatakan bahawa arus teraruh yang terhasil sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan yang menghasilkannya.

9 Hukum Faraday Hukum Faraday menyatakan bahawa, magnitud daya gerak elektrik teraruh berubah secara langsung dengan kadar perubahan fluks magnet yang melalui suatu konduktor.

10 Arus terus (d.c.) Arus seragam yang hanya mengalir dalam satu arah sahaja di dalam suatu litar.

Contoh: Bateri

11 Arus ulang alik

(a.c.)

Arus dengan magnitud dan arah pengaliran yang sentiasa berubah-ubah secara berkala berbanding masa. Arus ulang alik sentiasa mengalir secara berulangan dalam dua arah yang berlawanan dan mempunyai frekuensi.

Contoh: Stesen janakuasa.

12 Transformer Transformer merupakan suatu alat yang digunakan untuk menukarkan beza keupayaan input kepada output yang dikehendaki.

13 Transformer

injak naik Transformer injak naik digunakan untuk MENAIKKAN beza keupayaan arus ulang-alik.

Lihat perbandingan dalam buku Kuasai Melalui Diagram m/surat 207.

p p

s s

V N

V N

14 Transformer injak turun

Transformer injak turun digunakan untuk MENURUNKAN beza keupayaan arus ulang-alik.

15 Transformer

ideal

16 Arus Eddy

(Arus pusar) Arus teraruh yang terhasil akibat konduktor yang bergerak dalam medan magnet.

1. Buku teks – m/surat 170

2. Buku Kuasai Melalui Diagram –m/surat 208

17 Sistem

Rangkaian Grid Nasional

Merupakan sistem rangkaian kabel penghantar kuasa elektrik dari stesen jana kuasa elektrik kepada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.

Contoh syarikat: TNB (Semenanjung) SESCO (Sarawak) SESB (Sabah)

18

Page 22: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 22

BAB 9 : ELEKTRONIK

1

Pancaran Termion

(Thermionic emission)

Pancaran (pembebasan) elektron daripada permukaan logam yang dipanaskan.

2 Sinar katod Alur elektron dipancar dari elektrod negatif dan bergerak dengan laju tinggi dalam tiub vakum.

3 Osiloskop Sinar

Katod (OSK)

Suatu alat yang dapat menukarkan isyarat elektrik kepada bentuk visual dan dipaparkan. 3 bahagian utama dalam OSK:

1) Senapang Elektron 2) Sistem Pemesongan 3) Skrin Berpendafluor

1. Buku teks – bermula m/surat 188

2. Buku Kuasai Melalui Diagram –bermula m/surat 219

4 Senapang Elektron

Bahagian yang menghasilkan alur elektron pada halaju yang tinggi. Bahagian ini terdiri daripada filamen, grid, anod memfokus dan anod memecut.

5 Sistem

Pemesongan

Berfungsi untuk memesongkan alur elektron secara menegak dan mengufuk. Sistem ini terdiri daripada dua pasang plat yang selari, iaitu plat-X dan plat-Y.

6 Skrin

Berpendafluor

Berfungsi untuk memaparkan isyarat elektrik dalam bentuk visual. Bahagian dalam skrin disalutkan dengan bahan pendafluor zink sulfida. Apabila alur alektron yang berhalaju tinggi melanggar skrin, satu tompok cahaya terhasil. Tenaga kinetik elektron telah ditukarkan kepada tenaga cahaya pada skrin.

Page 23: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 23

7 Semikonduktor ialah suatu bahan yang mengkonduksi elektrik lebih baik daripada penebat, tetapi tidak sebaik konduktor.

8 Semikonduktor tulen / intrinsik

Semikonduktor yang ada unsur silikon dan germanium. Mempunyai sifat kekonduksian elektrik yang rendah.

9 Pendopan (doping)

Proses penambahan bendasing ke dalam kekisi hablur semikonduktor yang tulen untuk mengubah sifat kekonduksian elektriknya.

10 Semikonduktor

ekstrinsik Semikonduktor yang telah diubahsuai melalui proses pendopan.

11 Semikonduktor

jenis-n

Rujuk: 1. Buku teks – bermula m/surat 200

2. Buku Kuasai Melalui Diagram –bermula m/surat

227 12 Semikonduktor

jenis-p

13 Diod

semikonduktor

14 Diod pincang ke

depan

15 Diod pincang

songsang

16 Rektifier Alat yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.

17 Rektifikasi Proses penukaran arus ulang-alik kepada arus terus.

18 Rektifikasi gelombang

separuh

Rujuk: 1. Buku teks – bermula m/surat 204

2. Buku Kuasai Melalui Diagram –bermula m/surat

229 19 Rektifikasi gelombang

penuh

Page 24: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 24

20 Transistor

Peranti elektronik yang juga diperbuat daripada gabungan semikonduktor jenis-p dan jenis-n. Suatu transistor mempunyai tiga terminal:

i) Pengeluar, E (membekalkan pembawa cas ke pengumpul) ii) Tapak, B (mengawal pengaliran cas dari pemancar ke

pengumpul) iii) Pengumpul, C (menerima cas yang dating dari E)

21 Transistor jenis

n-p-n Terdiri daripada satu semikonduktor jenis-p yang diapit oleh dua semikonduktor jenis-n.

22 Transistor jenis

p-n-p Terdiri daripada satu semikonduktor jenis-n yang diapit oleh dua semikonduktor jenis-p.

23 Get logik Get logik merupakan satu peranti suis (suis elektronik) dengan satu atau lebih terminal input dan satu terminal output.

Rujuk: 1. Buku teks – bermula m/surat 214

2. Buku Kuasai Melalui Diagram –bermula m/surat

235 24 Jadual

kebenaran Digunakan untuk mencatat serta menyenaraikan semua input dan output yang sepadan bagi sesuatu get logik.

Page 25: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 25

BAB 10 : KERADIOAKTIFAN

1 Nombor proton,

Z Bilangan proton di dalam nukleus sesuatu atom. Juga dikenali sebagai nombor atom. ( )

( )

nukleon

proton

A

Z X

2 Nombor

nukleon, A Jumlah bilangan proton dengan bilangan neutron. Juga dikenali sebagai nombor jisim.

3 Nuklid Suatu proses nuklear yang mempunyai bilangan proton dan neutron yang tertentu.

4 Isotop Isotop ialah atom-atom bagi suatu unsur yang mempunyai nombor proton, Z, yang sama tetapi nombor nukleon, A, yang berlainan.

5 Keradioaktifan Satu pereputan spontan bagi suatu nukleus yang tidak stabil diikuti dengan pancaran zarah-zarah bertenaga atau foton.

6 Reputan

radioaktif

Merupakan proses penguraian nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan membebaskan sinaran radioaktif.

i) Pereputan Alfa ii) Pereputan Beta iii) Pereputan Gamma

7 Radiasi

8 Separuh hayat

Separuh hayat ditakrifkan sebagai: Masa yang diambil untuk keaktifan suatu sampel unsur radioaktif berkurang menjadi setengah daripada nilai asalnya. ATAU Masa yang diambil untuk setengah daripada atom-atom dalam sampel unsur radioaktif mereput.

Simbol : 1

2

T

Unit : saat/minit/jam/tahun

9 Radioisotop Radioisotop merupakan isotop-isotop yang tidak stabil bagi sesuatu unsur. Radioisotop mengalami proses pereputan radioaktif untuk mencapai kestabilan.

Page 26: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 26

10 Aplikasi

radioisotop

Dalam perubatan 1. Penyurih. 2. Pensterilan. 3. Radioterapi. 4. Penyelidikan perubatan.

Dalam industri

1. Pengesan kecacatan bahan industri 2. Tolok ketebalan.

Dalam pertanian

1. Kawalan seranggan perosak. 2. Pengawetan hasil tanaman. 3. Kajian pertanian.

11

Unit jisim atom (u.j.a.)

Atomic mass unit

(a.m.u)

Bersamaan dengan 1

12 daripada jisim 1 atom karbon-12.

Simbol : u.j.a. Unit : kg

23

27

1 u.j.a.

11 atom karbon-12

12

1 0.012 kg

12 6.02 10

1.66 10 kg

12 Pembelahan

nucleus (nuclear fission)

Merupakan suatu tindak balas apabila nuklid berjisim besar

DIPECAHKAN menjadi nuklid-nuklid yang lebih kecil.

13 Pelakuran

nucleus (nuclear fusion)

Merupakan suatu tindak balas PERCANTUMAN nuklid-nuklid yang ringan untuk membentuk nuklid yang lebih berat.

14 Tindak balas

berantai Suatu tindak balas spontan di mana hasil tindak balas boleh memulakan tindak balas lain yang sama.

15 Tenaga nuklear Tenaga yang dibebaskan semasa berlakunya tindak balas nuklear seperti pembelahan nukleus atau pelakuran nukleus.

16 Cacat jisim Nilai perbezaan jisim sebelum dan selepas tindak balas.

Page 27: Koleksi Makna Istilah Formula Fizik Spm (2)

Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM

© 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 27

17

Prinsip Kesetaraan

Jisim-Tenaga Einstein

Menurut prinsip ini, jisim dan tenaga adalah setara tetapi dalam bentuk yang berlainan.

2E mc

E ialah tenaga tindak balas nukleus atau tenaga yang dibebaskan dalam unit joule. m ialah cacat jisim dalam unit kg

c ialah halaju cahaya dalam vakum, 83 10 m s-1

Baca juga tajuk 5.5 (Tingkatan 5) iaitu Kepentingan Pengurusan Bahan Radioaktif Yang Betul

~~ Tamat. ~~