buku formula hidup luar biasa

71

Upload: diem-vuong

Post on 13-Feb-2016

52 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

buku

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Formula Hidup Luar Biasa
Page 2: Buku Formula Hidup Luar Biasa

TAHNIAHkerana telah memiliki buku

Poster Istimewa“21 Formula Hidup Luar Biasa”boleh dimuat turun secara PERCUMA di

www.hidupluarbiasa.com

Ikuti kami di hidupluarbiasa

Page 3: Buku Formula Hidup Luar Biasa
Page 4: Buku Formula Hidup Luar Biasa

Buku ini saya dedikasikan untuk

............................................................................

Semoga segala ilmu di dalamnyamemberi sejuta manfaat

kepada kita semuadi dunia dan akhirat.

Page 5: Buku Formula Hidup Luar Biasa
Page 6: Buku Formula Hidup Luar Biasa
Page 7: Buku Formula Hidup Luar Biasa
Page 8: Buku Formula Hidup Luar Biasa

AZIZAN OSMAN PUBLICATIONS

2015

Page 9: Buku Formula Hidup Luar Biasa

Hak cipta © Azizan Osman Publications Sdn BhdCetakan Pertama 2015

Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis Azizan Osman Publications Sdn Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

Azizan Osman, 1974- :21 Formula Hidup Luar Biasa / Azizan OsmanISBN 978-967-0703-14-51. Motivation (Psychology). 2. Motivation (Psychology)--Religious aspects--Islam3. Success. I. Judul158.1

Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap memberikan khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Diterbit / Dicetak / Azizan Osman Publications Sdn BhdDiedar Oleh No 74, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03 5524 2966 | Fax : 03 5524 1966 www.richworks.com.my

Pengurus Zafrol Rizal Bin Mat [email protected]

Editor Mohd Fithri Mohd Shahrum [email protected]

Susun Atur Aizzuan Mohamad Ali [email protected]

Kulit / Grafik Hasnita Ahmad [email protected]

Penulis Asraff Ayob / Azizan Osman

Page 10: Buku Formula Hidup Luar Biasa

KANDUNGANBAB 1The Power of Sedekah 1

BAB 2The Power of Seikhlas 29

BAB 3The Power of Serah 45

BAB 4The Power of Syukur 67

BAB 5The Power of Semangat 91

BAB 6The Power of Sabar 107

BAB 7The Power of Salam 125

BAB 8The Power of Sayang 139

BAB 9The Power of Segera 157

BAB 10The Power of Sejahtera Jiwa 175

ix

Page 11: Buku Formula Hidup Luar Biasa

BAB 11The Power of Selawat 189

BAB 12The Power of Senyum 203

BAB 13The Power of Servicing Others 217

BAB 14The Power of Siddiq 235

BAB 15The Power of Silaturrahim 249

BAB 16The Power of Suasana 261

BAB 17The Power of Suci 277

BAB 18The Power of Sujud 293

BAB 19The Power of Sunnah 317

BAB 20The Power of Syafaat 337

BAB 21The Power of Submission : Doa 355

BAB 22‘Upgrade’ Kedudukan Anda 381

x

Page 12: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xi

hidupluarbias

a.com

PrakataDisember 2013Seminar IMKK, Stadium Melawati, Shah Alam. ‘Ustaz, Doc nak jumpa ustaz sekarang kat belakang’, Puan Reena, pengurus Dr. Azizan Osman memanggil saya yang ketika itu sedang beransur keluar bersama lebih kurang enam ribu peserta seminar yang lain. Dr. Azizan mahu saya menyertainya makan tengahari bersama. Sambil menyantap, kami seronok bercerita dan bertukar pandangan tentang keterujaan peserta seminar hari itu. ‘Doc, saya fikir poin syukur, sabar dan senyum yang doc huraikan tadi paling best’, saya menekankan kandungan paling bermakna dari sesi pagi. Saya tidak tahu apa pandangan peserta lain tetapi sungguh, poin yang Dr. Azizan kupas amat mempengaruhi minda saya sekarang. Dr. Azizan tersenyum dengan tangannya laju menambah juadah sambal udang di hadapannya. Sedap agaknya. Jerry, ‘mastermind’ Richworks menambah, ‘betul tu ustaz, baru diorang ni senyum sikit. Kalau tak muka kelat je masuk seminar…’. Sambil mengangguk tanda bersetuju, saya bahagia memerhatikan wajah ceria Jerry. Tentu beliau lebih faham kuasa senyuman kerana ia jarang lekang dari wajahnya. Kami terus bersembang. Saya mencadangkan, ‘elok semua poin yang Doc kata tadi dibukukan sebab saya rasa, itulah power sebenarnya untuk kita menarik kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan…’.

Page 13: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xii

hidupluarbias

a.com

Belum sempat saya meneruskan bicara, Dr. Azizan mencelah, ‘Apa kata ustaz yang tulis? Nanti saya support lagi ideanya…’. Suaranya penuh teruja. Matanya tepat memandang saya dengan air muka yang begitu meyakinkan. Tampak dari renungannya, idea itu amat penting untuk direalisasikan. ‘A ah, ustaz tulislah… Nanti kitorang terbitkan’. Jerry pula menyokong. ‘Saya mahu buku itu nanti mampu menginspirasikan orang. Biar mereka lebih yakin untuk hidup luar biasa…’. Dr. Azizan menambah. Saya memandang mereka berdua. Mulut tiba-tiba berhenti mengunyah. Tidak pasti atas dorongan apa, saya terus bersetuju. Insya’ Allah Doc, boleh’. Mereka berdua tersenyum. Jasad saya masih di hadapan mereka tetapi fikiran sudah kembali ke perpustakaan rumah menyelongkar idea. Jerry sejak awal lagi meletakkan garisan penamat, ‘lagi cepat lagi bagus ya ustaz….tiga bulan boleh?’ Mohon maaf Jerry. Saya terpaksa menambah enam bulan lagi untuk ia siap sepenuhnya kerana maklumlah, bukan mudah hendak menyiapkan projek penulisan buku yang lebih sukar dari mengalih gunung. Projek ini bukan sekadar mengumpul idea, menulisnya kemudian dibukukan. Ia bukan semudah itu. ‘Gunung’nya terletak kepada pertanyaan ini: mengapa saya perlu menulis buku ini? Mengapa pula anda perlu menghadam keseluruhan kandungannya? Jawapannya ada dalam kata Dr. Azizan tadi, ‘Saya mahu buku itu nanti mampu menginspirasikan orang. Biar mereka lebih yakin untuk hidup luar biasa…’. Para pembaca budiman, ini ‘why factor’nya. Inilah tujuan utama penulisan buku ini. Ia perlu benar-benar bermakna. Kandungannya mestilah mampu menginspirasikan anda untuk hidup lebih luar biasa.

Page 14: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xiii

hidupluarbias

a.com

Dan saya sedar, hidup luar biasa bermula dari hati yang luar biasa. Bak pesan Junjungan mulia, Rasulullah SAW :

’Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati’.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ucapan Rasul ini telah menjadi pusat penulisan buku ini. Saya tertarik untuk memulakan perbincangannya dari hati, dari rohani. Ia adalah pusat ‘connection’ antara kita dengan Maha Agung. Untuk menjadi manusia berprestasi luar biasa, kita perlukan hati yang suci. Hati yang jernih, bersih, kuat dan positif. Hati yang dipenuhi ‘taman bunga’ di dalamnya. Di sinilah anda akan menemui manfaat buku ini. Mudah-mudahan ia menjawab persoalan di atas, bagaimana hati suci mampu menjadikan kita manusia luar biasa. Dan yang lebih utama, bagaimana hati suci mudah diraih. Begitulah harapan kami. Tetapi di sinilah juga cabarannya bermula. Untuk menjernihkan hati, ia tidak semudah memasukkan perisian Windows ke komputer baru. Manusia bukannya robot yang boleh diprogramkan untuk berfungsi stabil. Kita amat unik kerana memiliki hati yang mampu menyimpan rasa dan emosi. Kerananya juga kita mudah bertukar pendirian. Sesuailah dengan gelarannya, Al-Qolb yang berasal dari kata Arab, Qo-la-ba. Maksudnya ‘berbolak-balik’. Pagi kita rajin semacam, petang kita tersandar malas di sofa. Maknanya, di sebalik segala kelebihan hati untuk merasa, ia punya tabiat unik iaitu ‘taqallub’. Cepat bertukar. Kerana itu hati perlu diluruskan settingnya. Orang putih kata ‘fine tune’. Kita perlu menguasai ilmu dan kaedah yang boleh menghilangkan segala keladak hati, sucikannya seterusnya menguatkan hati dengan ‘perisian’ khas yang power agar ia kekal

Page 15: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xiv

hidupluarbias

a.com

stabil berprestasi luar biasa. Sesuai dengan pesan Rasul tadi, apabila hati manusia luar biasa, pasti hidupnya luar biasa. Segalanya di puncak. Segalanya nikmat. Tuhan redai, manusia sukai.

Para pembaca yang dihormati,Disebabkan misinya amat mulia, saya memulakan ‘journey’ penulisan buku ini dengan penuh semangat walaupun sedar, pendakiannya amat tinggi. Sejak awal Januari 2014, saya mula menjelajah internet, kedai buku dan perpustakaan, mencari buku dan idea tentang kaedah menata hati. Ribuan ringgit dan ratusan jam dihabiskan untuk itu. Puluhan individu telah saya temui untuk mendapatkan kearifan serta panduan. Tafsir Al-Quran dan kitab hadis tersusun tinggi di tepi meja penulisan buat bekalan idea. Dr. Azizan Osman sejak awal telah menyediakan formulanya. Pada asalnya ia terdiri dari 13 formula sahaja tetapi sepanjang brainstorming kami, ia bertambah menjadi 21 ‘S’. Kesemua formula ini bukan dikumpulkan atas tekaan kosong. Ia berasal dari kearifan yang kami rangkumkan berdasarkan faktor kejayaan manusia luar biasa dari Al-Quran serta segala yang diaplikasikan oleh Baginda Rasulullah SAW, para sahabat, para auliya’, para solihin dan alim ulama’. Berdasarkan kedua sumber utama di atas, kami kemudiannya mengkayakan penerangannya dengan ilmu dan pengalaman hidup kami berguru dari mereka yang alim serta mendalam hikmahnya. Dr. Azizan juga amat banyak berkongsi poin hasil dari pengkajian beliau tentang pemikiran dan cara hidup mereka yang berjaya, bukan setakat dari sudut kewangan tetapi juga keberkatan hidup. Semua pegangan dan kepercayaan hidup mereka kami soroti. Segala nasihat mereka kami amati. Kemudian kesemua itu kami kongsikan dalam buku ini.

Page 16: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xv

hidupluarbias

a.com

Saya juga banyak menyelitkan intipati hikmah yang dipelajari dari Dr. Azizan Osman sepanjang menghadiri dua seminarnya: Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ). Ini kerana saya dapati, segala perbincangan kedua seminar tersebut amat selari dengan perspektif Al-Quran, sunnah dan hadis yang saya pelajari dari para ulama dan solihin selama lebih sepuluh tahun di Malaysia dan juga di Mesir. Berbekalkan semua input di atas, saya mula menulis buku ini. Kerap juga saya gandingkan kebenaran hikmahnya dengan pengalaman diri untuk menunjukkan kepada anda, 21 formula dalam buku ini terbukti berkesan. Jika ia mampu mengubah hidup saya dan Dr. Azizan, pasti ia juga mampu mendatangkan kesan besar kepada perubahan hidup anda. Walaupun begitu para pembaca semua, penulisan buku ini mengambil masa lebih panjang dari yang disangkakan. Masalahnya bukan kerana tidak cukup idea atau fakta, tetapi soal ‘rasa’. Saya sedar, buku ini ditujukan kepada hati maka ia perlu ditulis dari hati. Jika kita ingin ‘menanam bunga’ di taman hati orang lain, hati kita mestilah penuh berbunga. Saya perlu belajar menata dan membersihkan hati dahulu. Kerana itu, apabila saya merasakan tulisannya tidak hadir dari kesedaran, ia akan ditulis semula dan proses ini sering berulang berkali-kali. Memang secara zahir, ia agak memerihkan. Tetapi benarlah, apabila kita mulakan sesuatu dengan ‘why’ yang jelas, Tuhan pasti datangkan kekuatanNya kerana sungguh aneh, walaupun babnya bertambah dan proses penulisan agak rumit, namun bebanannya terasa semakin ringan. Nampaknya sepanjang perjalanan penulisan ini, ia telahpun membantu saya mencapai tujuannya: erti hidup luar biasa.

Page 17: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xvi

hidupluarbias

a.com

Para pembaca mulia, Saya ingin mohon maaf. Saya terpaksa menghentikan pengalaman ‘journey’ penulisan buku ini ketika anda masih menikmatinya. Kita punya perkara lain yang lebih utama iaitu menggali hikmah buku ini. Walaupun saya sedar bukunya agak tebal, 21 bab semuanya, anda tidak perlu khuatir. Bicaranya segar, mudah dan santai. Anda akan lebih banyak tersenyum berbanding serius. Barangkali juga, anda akan kerap menangis kerana pencerahannya. Teruskan pembacaan kerana saya jamin, apabila anda selesai membaca satu babnya, hati akan tertarik untuk menghabiskan baki dua puluh power seterusnya. Bab dalam buku ini tidak disusun mengikut prioriti kerana semuanya penting. Anda wajib menghadam keseluruhannya. Walaubagaimanapun, agar hati cepat terinspirasi, saya cadangkan anda baca bab ini dahulu : 1. The power of Sedekah, terutamanya poin nombor empat di

hujung babnya.2. The power of Seikhlas. Hayati kisah awal dan akhirnya.3. The power of Serah. Anda bakal terpesona dengan kisah bantuan

Tuhan di tanah suci.4. The power of Syukur, keseluruhannya.5. The power of Semangat. Pelajari sesuatu luar biasa dari seorang

makcik biasa.

Kemudian, jangan lupa menyapa saya di : Youtube : Asraffayob Facebook : UstazAsraff Twitter : AsraffAyob Emel : [email protected]

Kerana buku ini hanya kupasan awal. Ada banyak lagi pencerahan yang akan dikongsikan di sana.

Page 18: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xvii

hidupluarbias

a.com

Para pembaca budiman,Sejuta kesyukuran dan terima kasih saya sampaikan kepada Tuhan Ar-Rahman dan Ar-Rahim atas segala nikmat dan kurniaan. Dia sentiasa menemani dan mencurahkan idea ketika saya terperangkap di hujung jalan, tidak tahu apa lagi hendak dicoretkan. Terima kasih dan selawat penuh penghormatan kepada Junjungan besar, Rasulullah SAW. Pemikiran dan akhlak Baginda banyak mencorakkan hala-tuju buku ini. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Azizan Osman atas peluang serta dorongan yang diberikan. Dari beliau idea buku ini tercipta. Dari beliau beribu inspirasi terjana. Juga kepada seluruh warga Richworks, kalian bertuah kerana banyak menyebar berkah kepada insan. Mak dan Abah, terima kasih atas segalanya. Wahai Tuhan Ar-Rahman, jika ada pahala amal jariah dari buku ini, jangan masukkannya dalam ‘baggage’ Angah, tetapi sampaikanlah kepada kedua insan mulia ini. Lindungi mereka, kasihi dan kasihaninya serta masukkanlah mereka dalam daftar senarai penduduk syurgaMu, Amin. Terima kasih yang paling dalam kepada isteriku, bidadari tercinta, Siti Ujila Masuri serta dua buah hati kami, Aliya Altafunnisa dan Aqif Furqan. Ketiga mereka mengajar saya bahawa kebahagiaan tidak terletak di Mall yang megah dan tinggi tetapi di rumah ‘Baiti Jannati’ yang sentiasa bising dengan suara tawa, gaduh teriakan kecil dan riuh ceria mereka. Saya juga tidak lupa menyampaikan penghargaan tinggi kepada berpuluh manusia mulia lain yang menyumbangkan idea secara langsung dan tidak langsung. Maaf, nama mereka tidak dapat disebutkan satu-persatu di sini. Tetapi saya yakin, mereka lebih suka kekal berstatus ‘’unknown’ kerana Tuhan telahpun mengenal pasti mereka. Tuhan telah berikan ganjaranNya.

Page 19: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xviii

hidupluarbias

a.com

Juga kepada anda, saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca buku ini. Maafkan saya atas segala kekurangan dan kesilapan. Sampaikan pujian kepada Tuhan apabila manfaatnya menyapa hati anda. Akhirnya, kepada Allah Ta’ala saya pohon keampunan dari segala kesilapan.

“….. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan kami bersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan besar sebagaimana Engkau bebankan kepada mereka sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami….’

(Surah Al-Baqarah, 286)

Selamat membaca dan saya berdoa agar kebahagiaan, kekayaan, kejayaan, kesihatan dan keberkatan sentiasa Tuhan curahkan dalam hidup anda. Wahai Tuhan Ya Arhamar Rohimin, perkenankanlah. Allahumma Amiiin.

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz20 Oktober 2014

Page 20: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

PengenalanMulakan Di Sini

Anda pernah duduk di satu sudut di ruang bilik anda dan berfikir merenung diri serta meratapi kehidupan anda yang tidak ada perubahan? Anda pernah duduk berfikir apakah sebabnya hidup anda tidak tenang, tidak gembira, tidak bahagia? Anda pernah tidak tidur malam berbaring sambil meletakkan belakang tangan ke dahi risau tentang tekanan kewangan atau tekanan hidup yang anda sedang lalui? Anda rasa hidup anda sangat kucar-kacir, masalah datang bertubi-tubi kepada anda dan anda sudah hampir berputus asa dengan diri anda. Dan anda tidak faham kenapa anda sentiasa menjadi ‘mangsa’ kepada keadaan. Kenapa anda sentiasa berada di tempat yang salah pada waktu yang salah? Kenapa anda dianiaya? Itulah apa yang saya pernah lalui. Jalan jauh dan penuh dengan liku yang saya pernah redah satu masa dahulu. Teraba-raba mencari arah dan pegangan umpama berjalan di malam kelam melalui jalan yang tidak tahu di mana penghujungnya serta apakah ‘surprise’ yang akan datang menjelma. Pernah alami perasaan begitu? Saya pernah laluinya berulang-ulang kali satu masa dahulu. Perjalanan hidup saya penuh dengan onak dan duri. Perkahwinan saya yang terdahulu adalah porak-peranda. Pernah cuba pelbagai perniagaan tetapi gagal. Pernah hampir jadi bankrap. Tahap kewangan yang melarat dan pelbagai cabaran pada awal waktu saya mula menceburi perniagaan.

xix

Page 21: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xx

hidupluarbias

a.com

Saya dahulu percaya bahawa jika aku kaya, aku akan mampu beli segalanya termasuk kasih sayang, masa dan impian. Ia adalah benar sebahagiannya, tetapi tidak benar jika anda tidak mempunyai kefahaman yang tinggi tentang keseimbangan hidup. Saya melalui fasa hidup jatuh bangun yang ‘intensif’. Masalah tentang perjalanan kehidupan sebelum anda jumpa jalan yang benar adalah anda akan cuba bina then jatuh, jatuh, jatuh, bangun sikit, jatuh, jatuh, jatuh, jatuh lagi sampai anda hampir tidak mampu bangkit lagi. Dan hanya yang benar-benar kuat dan teguh pegangannya akan mampu untuk bangkit semula walaupun kita tidak tahu apa yang ada di hadapan yang akan buat kita jatuh semula. Saya mula berniaga sejak di UiTM ketika zaman Diploma lagi untuk mendapatkan duit belanja. Cukuplah untuk sara diri kerana keluarga saya bukan orang senang. Dulu saya fikir, mak dan ayah saya bukan orang kaya sebab itulah mereka hanya dapat menyara saya, bergolok bergadai menyekolahkan kami 5 beradik sekadarnya sehingga ke tahap yang kami mampu. Tetapi hari ini saya sedar, bukan mak dan ayah saya yang tidak mampu berikan lebih banyak lagi wang kepada saya kerana ayah saya bekerja sebagai juruteknik Jabatan Parit dan Tali Air (sekarang Jabatan Pengairan dan Saliran), tetapi sebenarnya, Tuhan sengaja menjadikan keadaan saya begitu untuk melihat bagaimana saya bangkit menjadi seseorang yang mengatasi situasi tersebut serta membanggakan mak dan ayah saya satu masa nanti. Dan hari ini, anak-anak saya tidak diajar bahawa kita kaya dan mereka boleh belanja sesuka hati mereka. Anak-anak saya perlu menghabiskan pelajaran di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Agama sebelah petangnya. Mereka perlu score UPSR mereka dengan cemerlang bukan kerana mereka mesti dapat 6A atau 17A, tetapi ia menunjukkan bahawa mereka adalah komited

Page 22: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxi

hidupluarbias

a.com

dan bertanggungjawab untuk beri yang terbaik di dalam tugasan mereka. Dan untuk Sekolah Menengah mereka, saya tidak hantar mereka ke Sekolah Antarabangsa walaupun kami Insya Allah mampu, tetapi mereka dihantar ke Madrasah Pondok di kawasan perkampungan susah. Kenapa? Kerana itu namanya proses didikan hati. Dan saya percaya dengan cara mendidik anak jauh dari kemewahan, supaya mereka tahu bahawa mereka bertanggungjawab membina tahap kehidupan yang mereka mahukan satu hari nanti dengan bimbingan kami, ibu bapa mereka Insya Allah. Kunci kepada segala kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan kejayaan dunia akhirat adalah terletak kepada hati atau bahasa yang saya selalu sebut di dalam seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) saya iaitu Kolam Jiwa. Saya umpamakan Kolam Jiwa atau hati manusia ini adalah umpama Magnet. Bayangkan kolam jiwa ini umpama satu kolam takungan air dan airnya penuh dengan sampah sarap, kekotoran, bau busuk seperti bangkai dan berkeladak hitam. Apakah jenis makhluk yang akan datang dan tinggal di dalamnya atau mendekatinya? Pasti makhluk yang suka kepada keadaan yang kotor dan busuk bukan? Dan ianya akan dijauhi oleh makhluk dan manusia yang tidak suka kepada bau busuk dan kekotoran serta ia boleh mendatangkan punca pelbagai jenis penyakit. Tetapi cuba bayangkan jika kolam tersebut airnya adalah bersih, sentiasa bersih dan lagi bagus jika ia merupakan kolam tadahan air bersih yang bakal disalurkan untuk mengairi kawasan pertanian. Ia menjadi punca air kepada ramai manusia. Bukankah kolam tersebut akan menarik banyak kebaikan kepadanya? Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada ramai orang lain dan bukan sekadar hidup mementingkan dirinya. Kolam jiwa yang bersih bukan sahaja akan memberikan ketenangan atau kebahagiaan kepada pemiliknya tetapi ia boleh menjadi asbab kepada kebahagiaan ramai orang lain.

Page 23: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxii

hidupluarbias

a.com

Kebangkitan hidup saya yang sebenar bukanlah ketika saya berjaya mencapai perniagaan pengiklanan dan pemasaran saya bernilai jutaan ringgit sejak 2001. Itu mungkin kebangkitan dari segi kewangan, tetapi belum mencapai tahap kebahagiaan dan merasai keberkatanNya. Ketika itu, syarikat saya menguruskan projek pengiklanan dan pemasaran untuk prinsipal saya bagi pihak syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia, TMNet (waktu itu), Celcom dan Digi di Malaysia dan Singtel serta Starhub di Singapura. Saya juga menguruskan projek pemasaran untuk syarikat perbankan seperti HSBC Bank dan Standard Chartered serta projek-projek lain yang portfolionya mencecah jutaan ringgit setahun dari 2001-2008. Alhamdulillah, ia adalah kejayaan demi kejayaan bagi saya, travel dalam dan luar negara, bercakap di konvensyen luar negara, duduk di hotel-hotel 6-7 star di banyak negara seperti Dubai, London, Sydney, Melbourne, Jakarta, Hong Kong, Macau, Shenzen dan berada di kalangan mereka yang berjaya dari segi kewangan. Ia merupakan fasa lonjakan hidup dan kewangan yang mampu melekakan jiwa yang kurang kuat dekat denganNya. Ketika itu, of course ia berjaya secara lahiriah dan material serta menjadi breakthrough buat bisnes saya kerana sebelum tahun 2001, perniagaan saya adalah sangat teruk. Itu fasa pertama beberapa tahun saya mula menceburi perniagaan secara full-time. Mereka yang pernah membaca kisah saya pasti tahu bagaimana saya mencuba pelbagai jenis perniagaan tetapi jatuh bangun bersilih ganti sehingga hampir tergadai rumah mak dan ayah kepada skim cepat kaya Y2K pada tahun 2000 dan pelbagai skim cepat kayap lain antaranya projek burung unta di Australia katanya. Akhirnya, burung ke mana, unta pun ke mana. Fasa kedua perniagaan saya dari tahun 2001 ke awal tahun 2008 adalah penuh dengan kesibukan bekerja dari awal pagi sehingga balik pukul 2 atau 3 pagi dan kemudian keluar semula seawal 6 pagi.

Page 24: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxiii

hidupluarbias

a.com

Ketika itu, rezeki kewangan telah mula menerjah masuk melimpah ruah, pengiktirafan prestasi, limpahan kewangan datang dengan banyaknya tetapi jiwa saya merasa kosong. Solat bukan keutamaan saya, bersyukur jauh sekali, sedekah sekali-sekala, berselawat bila ingat dan ia semakin hari semakin parah. Saya dibesarkan dengan didikan awal agama yang agak bagus dari ayah dan mak saya selain dari bersekolah agama Johor walaupun paginya saya bersekolah Cina. Ketika kecil, solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu adalah sesuatu yang ayah saya akan seret saya untuk lakukan. Ayah saya juga suka menghadiri majlis-majlis zikir dan ia sedikit sebanyak menjadi kebiasaan saya ketika kecil dan membesar. Saya juga aktif berguru mendekati ilmu tauhid untuk kenal siapa Tuhan kita dan ilmu tasawuf untuk kenal siapa diri kita selain ilmu fekah tentang bagaimana untuk beramal. Itulah proses didikan awal saya. Jadi, bila berada di dalam keadaan yang berjaya secara material tetapi jiwa saya kosong, ia semakin lama semakin menyesakkan jiwa. Hati menangis selalu rindu kepadaNya dan kepada Rasulullah SAW. Kemudian, saya mula berfikir-fikir dan berkira tentang erti kejayaan yang saya raih ketika itu. Ia adalah rasa kosong di dalam. Pada tahun 2007, saya telah mencapai antara tahap tertinggi di dalam perniagaan saya bila saya mendapat pengiktirafan menjadi Ketua Organisasi Malaysia di bawah prinsipal saya menguruskan hampir 1,500 orang di bawah organisasi kami. Ia adalah satu pencapaian yang besar bagi organisasi prinsipal saya yang memiliki beribu pejabat di United Kingdom serta mempunyai perniagaan di hampir 25 buah negara ketika itu. Saya menjadi satu-satunya anak Melayu yang pernah mencapai tahap tersebut. Saya hanya ada satu langkah lagi untuk mencapai impian saya menjadi Vice President Asia untuk organisasi prinsipal saya. Pencapaian yang menjadi impian ramai ketika itu. Dan ia bakal

Page 25: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxiv

hidupluarbias

a.com

menjadikan saya yang pertama di dunia bukan sekadar jutawan tetapi pengiktirafan dan kuasa. Pada masa yang sama, jiwa saya semakin kosong dan jauh dariNya. Pada awal tahun 2008, hati saya semakin rindu kepadaNya dan kesibukan saya tidak memungkinkan saya mendekatiNya secara total. Dan sejak saya berniaga dari tahun 2001 sehingga waktu itu, saya gagal mengimbangkan kehidupan dan perniagaan saya. Perkahwinan saya ketika itu juga sudah hampir ke penghujungnya. Mungkin pasti ada yang membaca ini akan berkata, “Sebab itulah aku tak nak kaya, nani lupa diri!”, “Sebab itulah aku tak nak berniaga, nanti tidak ada masa dengan keluarga” dan pelbagai persepsi negatif atau salah faham. Itu jugalah persepsi saya ketika itu. Saya merasakan saya seorang yang gagal. Gagal mengimbangi hidup saya. Dan saya fikir, semuanya ini perlu dibetulkan. Lebih 7 tahun sibuk menjalankan perniagaan ketika itu membuatkan saya tidak pernah bercuti panjang. Dan bagi saya, sesiapa yang bercuti adalah orang yang tidak mementingkan kerjaya mereka. Itu persepsi saya. Tetapi pada awal tahun 2008, saya mula merasa sangat penat, ‘exhausted’. Saya rasa tenaga emosi saya telah kekeringan. Saya rasa jiwa saya sangat jiwa gersang. Saya rasa saya perlukan sedikit ruang untuk diri saya. Tetapi tekanan perniagaan saya ketika itu adalah membina organisasi saya ke tahap yang lebih tinggi serta melayakkan diri saya menjadi Vice President. Keretakan perhubungan rumah tangga saya ketika itu menambah tekanan saya dan sesuatu telah berlaku ketika itu di dalam organisasi saya. Saya difitnah oleh orang kuat saya dan paling parahnya kesetiaan saya di dalam organisasi saya dipersoalkan oleh pihak atasan saya iaitu mentor saya selama saya bersama organisasi tersebut. Ia satu perkara yang mengecewakan ketika itu bila kesetiaan saya selama beberapa tahun dipersoalkan.

Page 26: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxv

hidupluarbias

a.com

Di situlah antara saat-saat yang tidak dapat saya lupakan. Segalanya berlaku bertimpa-timpa serentak seperti dilanggar trelar berkali-kali. Rasa dikhianati, rasa kecewa, rasa tidak dihargai dan pelbagai perasaan yang cukup menghiris hati. Pernah rasa begitu? Dan ketika itu, pertama kali selama saya menguruskan perniagaan pengiklanan dan pemasaran serta sebagai orang yang paling penting mengetuai sebuah divisi yang besar, saya menghilangkan diri. Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan selama 7 tahun saya membina perniagaan saya dari kosong hingga ke tahap tersebut. Ia benar-benar mencabar diri saya. Saya menghilangkan diri untuk hampir 4 bulan. Saya bersendirian setiap hari. Saya ‘frust’ seperti seorang yang putus cinta dan ditinggalkan oleh seorang kekasih hatinya. Saya rasa kehilangan dan lost. Setiap hari saya menghisap 2 ke 3 kotak rokok. Saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Saya tidak mahu menjawab sebarang panggilan. Bila saya menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi, seluruh perniagaan saya dan kewangan saya melibatkan syarikat saya telah dibekukan oleh prinsipal saya kerana itu terma kontrak syarikat kami. Ini menambah lagi kekecewaan saya. Saya hanya survive dengan sedikit duit simpanan yang saya ada. Ketika itu, saya mula mencari diri saya dan mencari erti hidup saya. Ia satu fasa yang sukar. Saya mula mendekati Allah swt semula. Saya mula menjaga solat saya serta menghayatinya. Saya mula melakukan solat taubat setiap malam, menangis, menyesali setiap kesilapan saya. Saya mula bangun sepertiga malam membuat solat tahajud sujud kepadaNya. Saya mula mengamalkan kembali zikir-zikir serta membaca Al-Quran setiap pagi dan petang. Saya mula duduk lama selepas solat fardhu. Saya mula mencari jalan dan cahaya untuk kembali kepadaNya. Saya memohon bimbinganNya.

Page 27: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxvi

hidupluarbias

a.com

Semakin hari jiwa saya semakin tenang. Semakin hari, hati saya semakin kuat pertautan dan keyakinan saya kepadaNya. Saya mula muhasabah perjalanan hidup saya selama ini dan betapa jauhnya saya denganNya. Saya bukan seorang yang jahat tetapi saya pun bukan seorang yang baik kepadaNya sedangkan Dia sangat baik kepada saya. Dalam tempoh 4 bulan tersebut, saya adalah seperti seorang yang bersuluk mengasingkan diri mencari cintaNya. Saya semakin nampak proses didikan hati dariNya kepada saya. Saya semakin nampak kesilapan saya selama ini dan saya semakin jelas perubahan yang saya mahu lakukan agar saya dapat mendekatiNya sentiasa. Ketika itu, saya mula mendisiplinkan diri saya dengan beberapa perkara asas yang saya wajib lakukan setiap hari agar saya menjaga hubungan saya denganNya. Kemudiannya, perkara-perkara asas tersebut menjadi antara formula penting yang membawa kehidupan saya, perniagaan dan kewangan saya serta kejayaan saya ke tahap yang lebih tinggi lagi tanpa perlu jauh dariNya. Malah, semakin saya mendekatiNya, saya dapati perjalanan hidup saya semakin dipermudahkan. Pada pertengahan tahun 2008, saya telah membuat keputusan untuk membatalkan kontrak perniagaan saya dengan prinsipal saya yang selama ini syarikat saya bernaung di bawah mereka. Itu menjadikan saya hampir bankrap. Tetapi saya nekad untuk membina syarikat agensi pengiklanan dan pemasaran saya sendiri dengan pengalaman saya bertahun-tahun membantu meletupkan pelbagai kempen pemasaran strategik di belakang tabir. Ketika itu, saya kembali bermula seorang dan saya perlu bermula semula dari kosong sebagaimana pada awal tahun 2001. Tetapi berbezanya kali ini ialah Alhamdulillah, saya telah mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup untuk membina segalanya semula tetapi kali ini dengan kekuatan perhubungan yang lebih baik serta bimbingan dariNya.

Page 28: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxvii

hidupluarbias

a.com

Segalanya berlaku dengan pantas. Selepas 7 tahun ‘tragedi’ yang berlaku kepada saya, saya bersyukur Alhamdulillah perniagaan kami telah mencapai tahap yang berkali ganda lebih baik dari dulu. Kami mempunyai perniagaan dan pelaburan di dalam pelbagai jenis industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi 4A, syarikat yang terlibat di dalam pengurusan acara, syarikat latihan dan kejurulatihan yang menjadi ‘passion’ saya untuk membantu ramai usahawan berjaya dunia dan akhirat dengan pengalaman saya selama ini, syarikat pelaburan hartanah, syarikat pengurusan dan perkhidmatan korporat, syarikat penerbitan dan terbaru penubuhan Kolej Keusahawanan saya sendiri di mana nilaiannya mencecah 9 angka. Bukan itu sahaja, saya hidup lebih bahagia hari ini bersama keluarga saya. Walaupun perkahwinan pertama saya gagal, tetapi Alhamdulillah Allah swt beri saya peluang untuk membina keluarga bahagia dengan isteri saya sekarang bersama anak-anak saya dari perkahwinan dahulu dan sekarang. Dan perkara yang paling best tentang hidup saya hari ini adalah saya bersyukur dapat berkongsi manfaat kepada ramai orang lain yang ingin keluar dari kesusahan hidup atau ingin tingkatkan taraf kehidupan dan kewangan seperti saya satu masa dahulu tetapi dengan berpegang kepada 21 formula penting yang saya kongsikan di dalam dewan-dewan seminar saya terutamanya seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan seminar Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ). 21 formula yang dikongsikan di dalam bab-bab seterusnya dengan olahan bahasa Ustaz Haji Mohammad Asraff Ayob mengikut aplikasi dirinya selepas mempelajarinya dari seminar IMKK adalah agar ia mudah difahami oleh anda. Dan setiap formula ini sebenarnya berasaskan daripada Al-Quran dan Sunnah serta hadis-hadis Nabi SAW dan Ustaz Asraff sebagai seorang yang menghafal Al-Quran serta kefahaman ilmu agama yang tinggi, telah dapat membantu

Page 29: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxviii

hidupluarbias

a.com

saya menjelaskan aplikasi formula-formula ini sebagaimana yang saya kongsikan tetapi bersandarkan kepada Al-Quran dan hadis Insya Allah. Tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian agar kita mencapai kejayaan dan redhaNya dunia akhirat. Ini bukan buku agama tetapi ia buku formula untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa kita agar hati kita sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya. Bila Allah swt redha dan kasih kepada kita menjadi keutamaan hidup kita, saya dapati hidup kita akan menjadi lebih tenang dan keberkatan akan meluru datang melimpah ruah dalam hidup kita serta di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Saya berharap anda hayati setiap formula ini sehingga habis dan jadikanlah ia pegangan hidup anda dan keluarga anda. Mudah-mudahan dengan menghayatinya, hidup kita semua akan lebih berjaya dunia dan akhirat Insya Allah. Mari kita bacakan surah Al-Fatihah buat baginda Rasulullah SAW, guru-guru yang membimbing saya selama ini, ibu bapa kita semua, ahli keluarga kita yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia lebih awal dari kita serta buat diri kita sendiri. Semoga Allah swt memberkati ilmu ini untuk kejayaan anda dunia dan akhirat. Saya halalkan ilmu ini Insya Allah. Al-Fatihah. Semua mereka yang berjaya mempunyai beberapa persamaan dan antaranya ialah, mereka mempunyai disiplin atau rutin yang mendekatkan mereka kepada kejayaan mereka serta impian mereka. Formula-formula yang dikongsikan ini jika diamalkan dengan konsisten, Insya Allah mampu membantu anda untuk memperbaiki kolam jiwa anda serta menjadikan hidup anda lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkatiNya.

Page 30: Buku Formula Hidup Luar Biasa

21 Formula Hidup Luar Biasa

xxix

hidupluarbias

a.com

Semoga berkat istiqomah anda mengamalkan formula-formula ini dan menjadikan ia sebagai kunci pegangan hidup anda. Ia bukan sahaja dapat memperbaiki hubungan anda dengan Allah swt tetapi juga dapat membina kehidupan anda yang luar biasa. Anda dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada ramai orang lain terutamanya keluarga dan generasi seterusnya.

Azizan Osman21 Januari 2015New York, USA

Dapatkan artikel tulisan saya diwww.AzizanOsman.com

Ikuti saya di :-FB Page : Azizan OsmanTwitter : @drazizanosmanInstagram : drazizanosmanYoutube : Azizan Osman

Page 31: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Page 32: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

2The Power of

Seikhlas

B A B D U A

Page 33: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Page 34: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Kata orang, ikhlas itu sukar. Saya juga mulanya percaya begitu, tetapi ketika di Mesir saya belajar pengertiannya. Ia bukan dipelajari dari syarahan ulama besar di Masjid tetapi dari seorang ahli konglomerat Mesir yang memilih untuk menjadi ’khadam’ masjid. Dari beliau saya memahami, ikhlas mudah dilatih cuma terpulang kepada kita samada ingin melakukannya atau tidak. Kini saya kongsikan tipsnya dengan anda: Antara hobi saya bersama beberapa rakan ketika menuntut di Mesir adalah menghadiri majlis zikir setiap malam Jumaat di sebuah masjid terkemuka Kaherah. Di sana, akan ada ribuan jemaah memenuhi masjid bermula dari maghrib hingga ke tengah malam untuk berzikir, bermadeh, berselawat dan mendengar tazkirah para ulama. Jujurnya, kami tidak mengikuti semua aktivitinya. Kadang-kadang kami asyik berlegar di luar, membelek kitab dan minyak wangi yang banyak terjual di kaki lima masjid. Ada juga waktu saya datang lewat, pukul sepuluh baru nampak muka kerana ingin makan percuma. Untuk makluman, masjid ini menyediakan juadah makan malam kepada semua jemaah yang hadir. Dari ribuan pengunjung yang hadir, saya terfokus kepada seorang tua. Umurnya lebih kurang enam puluhan. Aktivitinya agak pelik. Selalunya kami tersua beliau di kawasan tandas masjid, sibuk memastikan kebersihan tandas terjaga. Kadang-kadang dia akan menjadi penjaga rak kasut. Elok tetamu tiba, kasut mereka

Page 35: Buku Formula Hidup Luar Biasa

32

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

cepat-cepat beliau ambil untuk diletakkan di rak. Ada juga waktu kami ternampak beliau di dalam masjid, setia menghulurkan ’syai’, teh panas Arab kepada tetamu. Jika tiada di dalam, mungkin kami menemuinya di ’mat’am’, kafeteria masjid. Laksana general, beliau menjadi orang kuat mengatur hidangan, memastikan semua jemaah makan sekenyangnya. Benar, perbuatan orang tua itu pelik tetapi saya lebih pelik reaksi orang lain terhadapnya. Ramai yang menegurnya dengan penuh hormat dan ramah, melayaninya seakan-akan V.I.P. Tetapi ada juga yang memperlekehkannya, mengherdik beliau dengan kasar bila lambat hidangkan makanan. Anda pasti mengira beliau siak masjid bukan? Saya pun mulanya begitu tetapi bila melihat beberapa ulama besar Al-Azhar melayaninya penuh ramah seperti kawan lama, saya fikir jawatannya bukan itu. Apabila mendapati beliau pulang dengan kereta Mercedes ’S Class’ siap dengan driver setelah majlis zikir selesai, saya bertambah musykil. Pasti dia ini bukan calang-calang orangnya. Saya bertanya Mun’im, rakan Arab yang selalu bersama kami,

’Ya Mun’im, enta a’rif man huwa? Anda tahu siapakah orang tua itu?’

’Oooo… dia itu orang besar di Mesir. Namanya Muhammad Ali Rif’ah (bukan nama sebenar). Enta jangan lihat sebelah mata sahaja. Kalau enta baca suratkhabar Al-Ahram, pendapatnya selalu keluar di bahagian ekonomi...’

’Haa? Dia big bisnesman ke?’ Saya terperanjat.

’Bukan setakat big bisnesman, tapi dialah antara ketua syarikat pelaburan utama negara. Kira penasihat ekonomi Mesirlah. Orang kuat presiden tu...’

Page 36: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Seikhlas

33

hidupluarbias

a.com

’MasyaAllah! Tapi kenapa dia seperti orang biasa je?’ Saya cuba menggali lebih dalam.

’Haa... itulah yang peliknya. Syeikh Robah (salah seorang tuan guru kami) pernah berbual dengannya bertanya soalan sama...’

’Apa katanya?’ Saya memotong kata-kata Mun’im tanda rasa ingin tahu terlalu tinggi.

’Luar biasa dahsyat Asraff. Dia memang hebat. Seingat saya, katanya kepada Syeikh:

’Dalam hidup saya, kemasyhuran sudah menjadi darah-daging. Ketika siang hari, saya sering dijulang dan dihormati manusia. Kadang-kadang saya terasa bersalah dengan Tuhan kerana cara hidup begitu banyak menumbuhkan perasaan ria’ dan ujub pada diri.. Kerana itu ketika malam hari, saya mewajibkan diri melakukan semua ini.....’

Mun’im melepaskan nafas. Kemudian dia menyambung kata-kata Syeikh Robah tentang orang tua itu yang masih diingatinya, ’Saya tidak kisah penghinaan, herdikan dan celaan kerana semua itulah yang menjadikan saya manusia semula. Semua itulah yang menyedarkan yang saya ini hamba Tuhan, tidak layak memiliki hati yang merasa tinggi, bagus dan sebagainya....’

Mun’im memandang saya, ’Ketika kita datang untuk belajar zikir, dia datang untuk belajar ikhlas Asraff....’

Page 37: Buku Formula Hidup Luar Biasa

34

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Saya terkesima dengan penjelasasan Mun’im. Subhanallah, dia memang manusia ikhlas kerana sanggup melakukan perkara yang manusia normal malu melakukannya. Pasti Tuhanlah penyebabnya. Pasti dia telah menghadam betul hikmah ayat ini :

’Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu (golongan miskin) kerana Allah semata-mata, dan kami tidak perlukan sebarang balasan atau ucapan terima kasih darimu. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan kami azab pada hari di mana muka orang bersalah masam berkerut-kerut’.

(Surah Al-Insan, 9 dan 10)

Mengapa beliau layak dijadikan contoh ikhlas? Para pembaca semua, saya yakin ketika membaca kisah ini anda terdetik, ’oh ikhlasnya dia’. Pandangan kita serupa kerana sedar, sukar di zaman sekarang untuk kita menemui individu terkenal sanggup melakukan kerja ’lekeh’ di mata manusia. Lebih sukar untuk kita menemui manusia melakukannya tanpa mengharapkan sebarang terima kasih, apatah lagi tepukan bahu atau ucapan tahniah. Yang diinginkan oleh ahli konglomerat tadi adalah belajar ikhlas. Melakukan sesuatu kerana Tuhan, untuk Tuhan. Lillahi Ta’ala. Yang diutamakannya adalah belajar mensucikan hati. Dia percaya, dengan membersihkan kotoran tandas, Tuhan akan membersihkan segala keladak hatinya. Dia yakin, dengan berlapang dada terhadap segala kata negatif manusia, Tuhan akan memperbetulkan ’alignment’ hatinya. Memperbetulkan hati agar berniat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Berita akhir saya dengar dari Mun’im, beliau telahpun meninggal dunia. Saya doakan rohnya disambut gembira para malaikat di syurga. Yang penting, kita jadikan kisah beliau sebagai batu loncatan untuk menyelongkar makna dan manfaat ikhlas serta mempelajari bagaimana ia mampu membersihkan hati.

Page 38: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Seikhlas

35

hidupluarbias

a.com

Apakah ikhlas?Tuhan sering mengingatkan kita untuk hidup ikhlas keranaNya. Ketika membaca doa iftitah di awal solat, kita ulangi berkali-kali pengertian ikhlas : ’Inna solati wanusuki wamahyaya wamamatii lillahi Robbil A’lamin’. Maksudnya, ’Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku semuanya kerana Allah Tuhan sekelian alam’. Saya tertarik dengan analogi yang Allah SWT gunakan dalam Al-Quran untuk menjelaskan maksud ikhlas. Jika anda rujuk Surah An-Nahl ayat 66, ada perkataan ’khooliso’ di dalamnya. Ia adalah kata dasar bagi perkataan ikhlas yang kita gunakan. Melalui ayat itu Tuhan mengibaratkan susu sebagai ’labanan kholiso’: minuman yang suci murni. Ia dianggap ’kholiso’ kerana, meskipun tempatnya dalam badan haiwan bercampur dengan najis dan susu, ia tetap mengekalkan kesuciannya. Kita tidak akan terjumpa susu bercampur darah atau susu yang tercemar dengan kotoran najis. Amati ayatnya:

’Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (iaitu) susu bersih, mudah diminum, lagi sedap rasanya.’

(Surah An-Nahl, 66)

Dari situlah datangnya maksud ikhlas. Sesuatu yang kekal bersih tidak bercampur dengan elemen lain. Apabila melakukan sesuatu, anda tidak mencampuradukkan niat selain dariNya. Semuanya kerana Allah Ta’ala sahaja. Semak maksud ikhlas yang disampaikan secara langsung menerusi ayat ini:

Page 39: Buku Formula Hidup Luar Biasa

36

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

’Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan itulah agama yang lurus.’

(Surah Al-Bayyinah, 5)

Kerana itu jika anda perasan, kandungan Surah Al-Ikhlas yang sering kita baca, kandungannya berlegar tentang Allah SWT sahaja. Allah itu tunggal. Jika kita kesusahan, minta tolong dariNya. Dia tidak memiliki anak dan tiada ibu-bapa. Dan tiada yang sama sepertiNya. Keempat-empat ayat mengarah kita kepada fokus utama: Lillahi Ta’ala. Ikhlaskan niat hanya kerana Dia, tidak yang lain. Jika ada niat berkembar, menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, anda dianggap sedang melakukan dosa syirik kecil kerana menduakan Allah secara tidak langsung. Dalam banyak-banyak dosa, Dia amat murka dengan dosa syirik kerana berdasarkan ’common sense’, anda pun tidak suka diduakan. Bukan? Saya yakin anda mengangguk setuju. Bayangkan jika kita melakukan kebaikan bukan keranaNya, pasti Dia akan menolak semua kebaikan itu kerana tiada ’Lillahi Ta’ala’ di dalamnya. Saya datangkan contoh apakah maksud melakukan amalan bukan kerana Allah Ta’ala. Jika kita merengus kerana penerima sedekah tidak berterima kasih atas wang yang kita hulurkan, itu menunjukkan kita tidak ikhlas. Amalan kita amat dipengaruhi oleh reaksi orang lain. Kita bersemangat melakukan kebaikan ketika orang lain menghargai atau paling tidak tersenyum. Namun ghairah kita hilang bila dicemuh atau tidak mendapat apa-apa balasan. Nampaknya niat kita membantu kerana mengharapkan pujian manusia, bukan reda Ilahi. Kerana itu ulama sering menasihatkan, perhatikan motif dan niat yang menggerakkan tindakan anda. Pastikan ia menuruti tiga perkara yang diperincikan oleh ulama besar, Dzunun al-Misri ini:

Page 40: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Seikhlas

37

hidupluarbias

a.com

Pertama, pujian dan cacian yang diterima dianggap sama, tidak ada bezanya. Kedua, perbuatan yang telah dilakukan tidak dipedulikan lagi. Anda telah melupakan segalanya. Ketiga, anda tidak mengharap balasan pahala di akhirat. Yang anda tahu, terserah pada Tuhan untuk mengadili semua itu. Jelas di sini, rahsia ikhlas itu hanya anda dan Tuhan sahaja yang tahu kerana tempatnya di hati. Tiada sesiapapun yang memiliki akses untuk menyelongkar hati selain anda dan Allah Ta’ala. Disebabkan ia terlalu sukar dikesan, ulama sering mengibaratkan ikhlas seperti anda mencari semut hitam di atas batu hitam pada malam hari yang amat gelap-gelita. Dalam satu ceramah, saya pernah mendengar seorang ulama tasauf mengatakan, sesuatu perbuatan dianggap ikhlas apabila malaikat sebelah kanan pun tidak sempat menulis kebaikannya, apatah lagi malaikat sebelah kiri. Apatah lagi manusia. Ia hanya rahsia antara anda dan Tuhan sahaja. Begitulah lebih kurang yang saya ingat.

Anda sedang garu kepala?Mungkin sesetengah pembaca garu kepala bila mendapati, ikhlas amat sukar dicapai. Barangkali ada yang terfikir ’Aduhai...pasti semua yang saya kerjakan selama ini tidak ikhlas.... cari rezeki pun kerana nak menyara keluarga. Belajar pun kerana nak cari kerja bagus...’ Kalau begitu, benarkah langsung tidak tersisa walau sedikitpun rasa ikhlas dalam amalan kita? Para pembaca budiman, jangan cepat bersedih hati. Saya punya erti ikhlas kedua. Ia lebih mudah untuk anda dan juga saya. Ulama menjelaskan lagi, suatu amalan dianggap ikhlas apabila ia dilakukan berdasarkan acuan yang Tuhan sarankan.

Page 41: Buku Formula Hidup Luar Biasa

38

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Saya berikan contoh, jika anda mencari rezeki bersungguh-sungguh dengan rasa tanggungjawab untuk menyediakan kehidupan yang lebih bermakna untuk keluarga, anda dianggap ikhlas. Niat anda itu, walaupun tidak menyertakan ’Lillahi Ta’ala’ pada zahirnya, ia tetap termasuk dalam makna ikhlas kerana selari dengan saranan Rasulullah SAW :

’Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta bersikap belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam’.

(Hadis riwayat Tabrani) Tetapi, janganlah pula usaha mencari wang melalaikan anda dari mengingati Allah. Dalam kata lain, walaupun anda ikhlas mencari rezeki hingga ke tengah malam kerana hendak membesarkan anak, itu tidak bermakna anda bebas meninggalkan solat. Tidak. Bukan begitu sifirnya, kerana anda telah melanggar perintah Tuhan:

’Wahai orang beriman, jangan kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi’.

(Surah Al-Munafiqun, 9).

Page 42: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Seikhlas

39

hidupluarbias

a.com

Malah, anda dianggap lebih teruk jika dari awal lagi sudah tidak ikhlas. Anda bersungguh mencari wang kerana ingin puaskan nafsu beli kereta mewah untuk tujuan berlagak, menunjuk-nunjuk kejayaan depan bekas kekasih. Ketika itu yakinlah tiada ikhlasnya tindakan anda. Bukan setakat itu, yakinlah tiada keberkatan dalam rezeki anda. Bersedialah untuk bersedih kerana malaikat sebelah kiri sedang berlumba menulis segala dosa riak anda. Oleh itu, pastikan semuanya ikhlas dari awal hingga akhir. Pastikan segalanya menuruti formula ikhlas yang Rasulullah SAW terangkan:

’Jika dia keluar mencari rezeki kerana anak kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk kedua ibu bapanya, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia berada di jalan Allah, dan jika dia mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia berada di jalan syaitan’.

(Hadis riwayat Tabrani)

Berdasarkan kefahaman di atas kita boleh membuat satu kesimpulan, segala amalan yang kita lakukan dikira ikhlas bila ia diniatkan kerana kebaikan. Anda dianggap ikhlas bila menderma sepuluh ringgit dengan niat kasihankan anak kecil kelaparan. Anda dianggap ikhlas bila bersengkang mata mencari rezeki kerana ingin anak berjaya dalam hidup. Anda dianggap ikhlas bila bersungguh menelaah pelajaran demi sekeping sijil agar masa depan lebih bermakna. Saya fikir, kita mula menarik nafas lega dengan penjelasan kedua ini. Tetapi masih ada lagi perkara yang memeningkan kita. Benarkah ikhlas mampu membersihkan keladak hati?

Page 43: Buku Formula Hidup Luar Biasa

40

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Bagaimana ikhlas mampu membersihkan hati?Saya akui, walaupun dengan penjelasan kedua, ikhlas masih kekok menduduki hati kita kerana ia dipenuhi ’gangster-gangster’ keladak hati seperti riak, ujub, bangga, rasa bagus dan sebagainya. Saya rasa, dari memikir-mikir bagaimana hendak mencari ikhlas kerana Allah, lebih baik kita tumpukan langkah pertama, iaitu bagaimana menjadikan ikhlas sebagai sarana membersihkan hati. Para pembaca budiman, mengapa perkara ini perlu ditumpukan dahulu? Saya percaya, semua perkara bila diikhlaskan kerana Allah SWT, hasilnya pasti suci. Mungkin selama ini usaha kita kurang menjadi kerana kita kurang ikhlas kepadaNya. Kita campurkan niat mencari rezeki dengan perkara-perkara mengotorkan hati seperti riak, ingin dipandang hebat dan sebagainya. Alih-alih dari kerana Allah, ia bertukar kerana ’show-off’. Cerdik-pandai menasihatkan, jika awalnya tidak betul, hujungnya pasti hancur. Kerana itu, segala usaha kita dalam perniagaan sering tersekat kerana Tuhan tahu, kita bakal menjadi lebih teruk jika jutaan ringgit mencurah. Dia sedar, kita semakin jauh dari mengunjungi rumahNya apabila mahligai mewah kita siap. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh buat pusingan ’U’. Dalam Islam ada banyak cara untuk kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka luas. Dengan beristighfar dan kembali mengikhlaskan niat, Tuhan pasti mensucikan hati anda dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Tuhan pasti menempatkan anda dalam highway rezekiNya semula. Ini janji Tuhan:

’Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (makhroja), dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak ia sangka.’

(Surah Al-Talaq, 2-3)

Page 44: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Seikhlas

41

hidupluarbias

a.com

Malah, silap-silap Tuhan turut datangkan rezeki ’makhroja’ kepada anda. Apakah rezeki ’makhroja’? Ia bermaksud, rezeki yang tidak anda sangka. Jalan keluar kepada segala kepayahan. Perkara ini tidak mustahil, bahkan pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Kisah tiga pemuda yang Allah SWT perkenankan hajat utamanya kerana manfaat ikhlas yang dilakukan sebelumnya. Hadisnya sahih riwayat Bukhari. Namun, disebabkan ia amat panjang, saya pendekkan dengan berkongsi fakta pentingnya sahaja. Pada zaman Rasulullah SAW, ada tiga lelaki terperangkap dalam gua kerana ada batu besar menutupi pintunya. Mereka buntu kerana setelah segala usaha fizikal dilakukan, batu itu langsung tidak bergerak. Ia tetap di tempatnya. Seorang darinya mencadangkan, ’apa kata kita berdoa bersungguh kepada Allah dengan menyebut amal paling soleh dan ikhlas yang pernah kita lakukan?’ Semuanya bersetuju. Lelaki pertama memulakan kisahnya. Dahulu dia pernah menahan dari memberikan susu kepada anaknya yang menangis kerana ingin dahulukan orang tuanya. Dia pun berdoa, ’Ya Allah, jika saya berbuat begitu kerana mengharapkan keikhlasanMu, maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.’ Dengan izin Tuhan, batu itu bergerak tetapi sedikit sahaja. Lelaki kedua mengambil-alih bercerita. Dahulu dia pernah mencintai sepupunya sendiri dan dalam satu kesempatan, mereka berpeluang melakukan zina. Ketika ia hampir terjadi, tiba-tiba ia tersedar dan bertaubat. Lalu terselamatlah dia dan sepupunya, wanita cantik itu dari perbuatan yang akan dikutuk Tuhan berzaman-zaman. Dia menyambung, ’Ya Allah, jika saya meninggalkan zina kerana takut kepadaMu dan mengharap redaMu, maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.’ Batu itu bergerak sedikit namun masih belum mencukupi untuk mereka lepas keluar.

Page 45: Buku Formula Hidup Luar Biasa

42

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Lelaki ketiga meneruskan. Dia pernah memiliki pekerja yang tiba-tiba menghilangkan diri, tidak mengambil gajinya. Lalu wangnya itu diuruskan dalam bentuk pelaburan lain. Alhamdulillah, hasilnya amat lumayan. Tiba-tiba suatu hari pekerja itu datang dan menuntut segala haknya. Dia dengan ikhlas memberikan segalanya, gaji pokok termasuk segala hasil pelaburan tanpa menuntut walau sedikitpun. ’Ya Allah, sesungguhnya saya lakukan itu kerana mengharapkan redaMu, maka gerakkanlah batu itu.’ Maka dengan izin dan rahmat Tuhan, batu itu pun bergerak sepenuhnya dan mereka dapat keluar dari gua tersebut. Para pembaca budiman, mata anda pasti bersinar dengan kisah ini bukan? Inilah kuasa ikhlas, anda akan dibantu Tuhan bukan setakat di akhirat, malah di dunia lagi. Begitulah manfaat ikhlas, ia ibarat peluru yang sedia digunakan ketika anda di saat genting. Simpanlah banyak-banyak peluru tersebut. Cari segala jalan untuk memilikinya kerana kita sedar, ia amat berguna di saat genting, saat anda tersekat dengan ’batu’ masalah kehidupan.

Jika ikhlas masih sukar, cuba belajar dari kanak-kanak pula ....Semua cerita di atas memang menginspirasikan kita untuk ikhlas, cuma saya khuatir masih ada ’tapi’ dalam minda kita. Ada yang bertapi, ’ahli perniagaan yang ustaz ceritakan tu bolehlah ikhlas. Dia dah kaya. Saya ni motor pun belum mampu beli lagi....’ Mungkin ada yang beralasan ’ustaz, tiga pemuda itu hidup di zaman Rasul. Zaman segalanya mungkin. Zaman Rasul ada depan mata untuk kita belajar ikhlaskan hati.....’ Jika segala ayat Al-Quran, hadis Rasul dan cerita kecil saya di atas sukar kita hadam, saya akan bawakan contoh lebih mudah. Contoh lebih kecil agar kita tiada alasan lain selepas ini untuk belajar mempraktikkan ikhlas.

Page 46: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Seikhlas

43

hidupluarbias

a.com

Kisahnya datang dari seorang murid saya, pelajar darjah dua sahaja. Saya berpeluang mengajarnya ketika menjadi guru sementara pada tahun 2004 di Sekolah Kebangsaan Berisu, Melaka. Sekolah itu kecil sahaja. Murid darjah dua hanya dua belas orang. Antara mereka ada seorang pelajar lelaki yang amat nakal. Jika saya menulis di papan hitam, dia pasti tidak duduk diam di belakang. Ada sahaja rakan menangis diganggunya. Geram saya dibuatnya. Bila dihukum atau dimarahi, dia hanya tersenyum sahaja. Kerja rumah pula jarang disiapkan. Asyik-asyik ’saya lupa ustaz’, itulah alasannya. Rasanya sepanjang saya mengajar di situ, dialah murid yang paling banyak ditegur dan dimarahi. Dialah pelajar yang paling banyak menaikkan darah saya. Tetapi dalam nakalnya itu, dialah murid paling rajin membantu guru. Jika kapur habis, tanpa disuruh pun dia akan berlari ambilkan di pejabat. Kalau papan hitam kotor, belum sempat saya beri arahan dia sudah berebut hendak tolong padamkan. Habis kotor seluar biru pekatnya dengan habuk papan hitam itu. Dia tetap tersengih sahaja. Paling mengharukan bahkan sampai sekarang saya ingati, peristiwa sambutan hari guru. Ketika itu saya baru sahaja tiba sekolah. Belum sempat hendak keluar dari kereta, dari jauh dia meluru datang, menjerit nama saya ’Ustaz Asraaaff, selamat hari guruuu!’ Semua rakannya melopong. Guru lain pun terperanjat. Dia dengan tersenyum terus hulurkan saya hadiah hari guru. Saya mengambilnya dan dia terus berpaling, lari ke arah rakannya untuk menyambung ’tugasan’ biasa: mengusik mereka. Wallahi, saya amat terharu dengan kejadian itu. Sungguh terharu. Mendapat hadiah hari guru dari anak murid yang langsung tidak disangka. Hadiahnya biasa sahaja. Mug air terukir tulisan ’selamat hari guru’ yang nilainya tidak sampai lima ringgit.

Page 47: Buku Formula Hidup Luar Biasa

44

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Tetapi sampai sekarang saya simpan cawan itu. Nilai lebih mahal dari lima juta ringgit kerana ia mengajar saya erti perkataan ikhlas dan hati suci. Walaupun kerap dimarahi, pelajar ini tidak pernah menyimpan benci. Hatinya amat suci dan mulia. Saya doakan anak murid ini berjaya dalam hidupnya. Saya juga doakan anda selaku pembaca mendapat pengajaran sama: erti hati yang ikhlas dan suci. Semoga kisah anak kecil ini membantu kita mencapai kebesaran erti ikhlas kerana Allah Ta’ala.

Page 48: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

4The Power of

Syukur

B A B E M P A T

Page 49: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Page 50: Buku Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Dan ingatilah pesan Tuhanmu ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu

kepadamu, dan jika kamu kufur dan ingkar, Sesungguhnya azabKu amatlah keras.

(Surah Ibrahim, 7)

Pesan para bijaksana - Rasa kebahagiaan jiwa mudah dicapai apabila kita bersyukur atas segala nikmatNya. Pagi tadi saya mulakan hari dengan markah cemerlang. Bangun pukul lima pagi untuk solat tahajud dan taubat. ‘Berdua-duaan’ bersamaNya, berdoa mengharapkan hari berjalan lancar penuh barakah. Kemudian saya menguak fajar pagi, keluar ke masjid solat subuh berjemaah. Di situ semua aktivitinya barakah: sesi tazkirah, bacaan Quran serta bersilaturrahim sesama jiran. Setelah semuanya selesai, saya pulang dengan motorsikal yang dipandu perlahan untuk menikmati keindahan matahari yang baru menjengukkan dirinya, diiringi decitan puluhan burung yang ceria keluar mencari rezeki di pagi hari. Alhamdulillah, permulaan hari yang positif. Walau bagaimanapun, episod berbeza menanti sebaik kaki menjejak rumah. Aqif, anak yang baru mencecah setahun merengek tanpa henti sementara Aliya pula ‘tantrum’ bila dikejutkan ibunya.

Page 51: Buku Formula Hidup Luar Biasa

70

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Ketika kecoh melayani mereka, bunyi ‘paang’ pula kedengaran. Bibik pecahkan pinggan tanpa sengaja. Isteri saya apa lagi, mulalah ‘berceramah’ – ‘hati-hati bibik. Pinggan tu mahal!’. Saya tidak mahu melanjutkan isi ceramahnya. Anda pasti dapat meneka. Sarapanmasihbelumsiap.Perutlapar.Sayafikirlebihbaikbawa mereka sarapan di luar. Elok enjin kereta hendak dihidupkan, musibah lain datang. Tayar belakang pancit. Bila pula ia terkena paku? Saya menepuk dahi yang mula berdenyut. Mati akal. Segalanya tiba-tiba serba tak kena. Tetapi itulah kehidupan. Saya, anda bahkan sesiapa sahaja pasti melalui dua sisi yang telah Tuhan pasangkan: bahagia dan bencana, mudah dan sukar, suka danduka.AllahSWTberfirman:

‘….Dan masa (senang dan susah) itu Kami gilirkan di antara manusia ..’

(Surah A’li Imran,140)

Namunramaimanusia tidakhiraukansifirkehidupanini.Mereka ingin segalanya lancar belaka. Kalau boleh mereka mahu semua hari cerah: saham naik, tiada traffic jam, air kopi yang dipesan tidak terlebih manis, anak bangun pagi ceria, boss setiap hari belanja makan, (anda tambahkan lagi senarainya…). Maaf, kehidupan yang Allah SWT tetapkan tidak demikian. Selagi kita hidup di dunia, kita tidak akan menemui kehidupan ‘full control’ kerana kita hanyalah hamba bukannya Tuhan yang Maha ‘Kun Fayakun’. Namun adakah kita terpaksa menuruti arus? Bila sedih berduka, bila senang kita ketawa? Tidak semestinya, kerana Tuhan telah kurniakan beberapa kaedah untuk mengendalikan diri . Kita tidak mungkin mengendalikan ‘dunia luar’ sepenuhnya, tetapi kita berupaya

Page 52: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

71

hidupluarbias

a.com

mengendalikan ‘dunia’ di dalam. Dunia dalaman atau ‘kolam hati’, jika dikendali dan dibekalkan dengan kepercayaan yang betul, anda akan kekal positif dan bahagia tidak kira sekuat mana pun taufan dunia luar melanda. Dan salah satu kaedahnya adalah rasa SYUKUR.

Bagaimana syukur mampu menjadikan hidup anda bahagia?Rasa syukur menyimpan rahsia terbesar bagaimana menjalani kehidupan yang ‘wonderful’. Hidup penuh cinta, kesihatan luar biasa danfikiranpositifwalaupunmasalahmenerpasetiaphari.Keranaitu para ulama menasihatkan kita bahawa sikap syukur adalah aspek utama penataan hati yang perlu kita hadirkan jika inginkan kehidupan yang penuh dengan ‘mukjizat’. Mukjizat berbentuk ‘exit door’ seperti tongkat Nabi Musa yang amatberkuasaketikaandadikepungsejuta‘tenterafiraun’masalah.Saya pernah berpengalaman menghadapi masalah besar sebegini. Situasi di mana kita sedang berhadapan masalah yang tidak mampu diselesaikan walaupun kita punya wang berjuta dan kepintaran luar biasa. Saya akan memperincikan lagi situasinya. Suatu hari ketika sedang duduk membaca akhbar, saya tiba-tiba merasa sakit di dada. Ia menyucuk-nyucuk. Datangnya secara mengejut dan selepas seminit dua ia hilang. Kemudian pada malamnya ia menyerang kembali. Perkara ini berulang beberapa hari dan ketika itu saya membayangkan ‘sakit jantung ke?’. Iabelumdisahkanlagitetapisayasudahberfikirbukan-bukan.‘Agaknya lagi 6 bulan sahaja hidup lagi...’. Akibatnya, seminggu itu saya berkelakuan agak pelik. Aliya amat gembira kerana apa yang diinginkannya di kedai semuanya dipenuhi. Isteri saya semakin

Page 53: Buku Formula Hidup Luar Biasa

72

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

kerap dibelai. Ketika ini, saya amat merasakan bahawa segala yang ada di sekeliling seperti insan tersayang, rumah kecil comel dan kereta buruk yang bising enjinnya ketika dihidupkan tiba-tiba bertukar menjadi nikmat paling besar. Apabila sebentar lagi anda menjadi ‘nothing’, segala perkara normal dianggap penting. Isteri saya menyedarinya. ‘Abang, ada masalah ke?’ Dia bertanya. Sambil mengusap wajahnya, saya menjawab, ‘Abang rasa macam sakit jantung sebab dada rasa sakit menyucuk beberapa hari ni….’ Diakelihatanterperanjat,tetapifikiranlogiknyabertanya‘betul ke? Abang dah pergi check doktor?’ ‘Belum. Abang agak-agak je sebab internet kata begitu….’ ‘Hmm....’ dia tersenyum menggeleng. ‘Apelah abang ni. Internet itu bukannya betul sangat sebab ia tak dapat jalankan diagnosis. Dari berfikir bukan-bukan, lebih baik abang jumpa doktor esok untuk pastikan penyakitnya...’. Esoknya saya bertemu doktor dan benar telahan isteri. Berfikirnegatif, merujuk sumber kurang autoriti serta membuat kesimpulan salah bukanlah teknik penyelesaian yang baik. Setelah menjalani medical check-up, doktor menerangkan sesuatu yang melegakan hati: ‘Encik Asraff, sebenarnya ini hanya sakit otot dada sahaja. Ia mungkin disebabkan anda mengangkat sesuatu yang berat sebelum ini. Jangan risau kerana dalam dua ke tiga minggu ia akan hilang….’ Saya tersenyum sendirian. Rasa kurang cerdik pun ada. Rasa lega pun ada. Tetapi para pembaca semua, peristiwa ini benar-benar mengubah diri saya. Ia banyak mengajar erti BERSYUKUR. Rasa berterima kasih terhadap segala yang Tuhan kurniakan walaupun sekecil satu helaan nafas. Saya insaf dan faham benar kata cerdik-pandai: nikmat akan mula dihargai apabila ia hilang dari genggaman. Saya tidak mahu sampai ke tahap itu. Bersyukur bila nikmat hilang dan Alhamdulillah, peristiwa ini benar-benar mengubah pandangan hidup: menjadi

Page 54: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

73

hidupluarbias

a.com

seorang yang menghargai apa yang dimiliki, mengatakan hal-hal baik mengenainya dan menjaganya dengan sempurna. Kebahagiaan rupanya tidak perlu dicari. Ia sudah ada depan mata. Kita sekurangnya memiliki beberapa perkara yang jika direnungkan akan membuat kita merasa bahagia dan selalu ceria. Yang penting kita perlu belajar mengubah pandangan hidup: dari melihat segalanya dari kacamata ‘tiada’ kepada melihatnya menerusi teropong ‘syukur’. Jika ia sudah dikuasai, kita akan mudah faham mengapa Nabi Sulaiman meminta Tuhan ‘ajari’ Baginda cara bersyukur:

’…. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hambaMu yang soleh’.

(Surah Naml, 19)

Tetapi, mengapa manusia jarang bersyukur?Normalnya, setiap manusia akan mensyukuri perkara baik yang diperolehinya. Inginkan anak mendapat ‘full A’ dalam peperiksaan, ia berdoa bersungguh dan Alhamdulillah doanya dikabulkan, ia bersyukur. Tetapi dalam kehidupan, ‘full A’ tidak sering berlaku. ‘Result’ yang kerap diperolehi adalah ‘2A 4B 2C dan 1E’. Maka ketika itu ramai yang akan bersungut, menyalah dan bersikap negatif. Soalnya mengapa kita begitu mudah lupa bersyukur? Jika diselidiki, ia berpunca dari dua perkara iaitu apa yang kita fokuskan dan keinginan untuk membanding diri.

Page 55: Buku Formula Hidup Luar Biasa

74

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

The law of focus adalah satu tabiat umum di mana manusia akan fokuskanperhatian,tenagasertafikiranterhadapsuatuperkarasamada positif atau negatif. Selalunya, minda manusia yang kurang bersyukur akan menumpukan perkara negatif. Contohnya dalam keputusan peperiksaan tadi, mereka lebih suka memfokuskan huruf B, C dan E, bukannya A. Jika kita bersembang dengan manusia sebegini, kita dapati apa sahaja yang keluar dari mulut mereka semuanya malang, nasib tidak baik,negatifdandukasahaja.Merekafikir,hidupinitiadayangpositif: merekalah paling tidak hensem, punya isteri paling cerewet, anak tidak menjadi, pemerintah tidak adil, jalan asyik jamhattawangdi bank pun negatif! Tiada yang baik keluar dari mereka, seolahnya hidup di dunia sudah bertukar menjadi neraka. Kebahagiaan tampaknya sudah tidak sudi mendekati. Berita buruknya, jika kita terus-menerus memikirkan perkara negatif, ia akan automatik bertambah. Ini merupakan aturan Ilahi:

‘.....jika kamu mengingkari nikmatKu, sesunguhnya azabKu amat pedih.’

(Surah Ibrahim, 7).

Semakin kita ingkarkan nikmat, semakin banyak masalah timbul. Apa nak buat. Apa yang difokuskan, itulah yang akan datang. Kerana itu para bijaksana menasihatkan, control your mind. Ajarinya untuk fokuskan perkara baik kerana ia banyak terpapar depan mata. Memang, kadangkala ketika menggunakan tandas awam, kita mendapati air di sinki tidak bertutup dan tandas tidak diflush. Tetapi bukankah anda punya banyak pilihan lain? Masuklah tandas lain yang lebih bersih. Benar air sinki lupa ditutup, tetapi apa salahnya jika kita ringankan tangan menutupnya? Dapat juga pahala free of charge.

Page 56: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

75

hidupluarbias

a.com

Alihkan perhatian dari melihat negatif kepada positif. Tidakkah anda perasan tandas itu cukup kemas? Tisunya cukup, lantainya dilap dan sabun tangan masih ada? Atau at least, anda masih sempat ke tandas untuk melepaskan hajat. Itu perkara paling besar harus disyukuri berbanding anda tidak bertemu tandas langsung. Kalau itu berlaku, anda memang malang berganda! Oleh itu, belajarlah untuk bersyukur walaupun hikmahnya masihbelumdiketahui.Sebabiaakanmembukafikiranandauntukkekal melihat jauh ke depan dengan penuh rasa optimis. Perkara kedua yang selalu menggagalkan kita untuk bersyukur adalah sikap suka membandingkan diri dengan orang lain. Jiran ada kereta besar, kita beriya hendak menukar kereta besar padahal kereta yang baru dibeli tahun lepas masih elok. Hutangnya masih belum langsai. Rakan mengubahsuai rumah, kita pun menuruti mereka hingga sanggup berhutang di luar kemampuan diri hanya untuk membandingkan rumah kita tidak kalah hebatnya. Kepada manusia sebegini, ada baiknya mereka merenung kata ini: ‘Kebahagiaan tidak akan pernah dimiliki jika kita hanya melihat kebahagiaan milik orang lain dan selalu membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain’. Pernah dalam satu sesi kaunseling yang saya kendalikan, seorang pelajar menangis kerana baru putus cinta. Ia bukan tertekan kerana cintanya tidak kesampaian tetapi tekanan itu datang dari perasaan malu dianggap tiada ‘couple’ sedangkan rakan lain semuanya telah berpunya. Saya cuba tenangkannya dan mencadangkan beberapa solusi tetapi setiap kali sesi berikutnya berlangsung, keadaannya masih sama. Akhirnya saya mencuba sesuatu yang baru. ‘Kakak, cuba berdiri’. ‘Mengapa ustaz?’ ia yang asyik mengesat air mata tiba-tiba hairan.

Page 57: Buku Formula Hidup Luar Biasa

76

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

‘Berdiri sebelah kaki dan tolong jalan keluar dari bilik ini sekarang’. Saya menyambung arahannya. Ia yang dalam kehairanan menuruti sahaja cadangan itu. Memang agak kekok bila berjalan terloncat-loncat sebelah kaki. Hampir sahaja ia terjatuh melanggar pasu bunga jika ustazah yang menemani sesi kami tidak menyambar tangannya. Saya memanggilnya semula dan berkata, ‘apa kata jika perkara tadi benar-benar terjadi? Sebelah kaki awak benar-benar tiada. Sempatkah awak melayani perasaan malu tiada couple?’ Air mukanya berubah. Agak terperanjat dengan kesimpulan yang saya datangkan. Kemudian, dengan muka yang menunduk dia menjawab ‘tidak ustaz.’

‘Tiada guna jika awak fokuskan perkara ini hingga abaikan seribu satu nikmat lain depan mata. Awak abaikan harapan ibubapa yang mahukan awak cemerlang. Khianati nikmat yang Tuhan kurniakan kerana tidak bersyukur. Lebih baik awak banyakkan taubat dan fokuskan untuk belajar bersungguh-sungguh. Usah fikirkan soal couple terlalu awal kerana Allah pasti menjodohkan awak dengan insan lebih baik suatu hari nanti. Itu janjinya. Attoyyibuuna lit Toyyibaat....’

Alhamdulillah, pelajar ini kembali normal. Peristiwa tersebut mengingatkan saya kepada Nick Vujicic, seorang warga Australia yang tiada tangan dan kaki tetapi hidupnya lebih gembira dari manusia biasa. Ia bermula apabila beliau memutuskan untuk menjalani hidup dengan pemikiran ‘gelas setengah penuh’ bukannya ‘setengah kosong’. Bagi Nick, kehidupan ini boleh dilalui dengan penuh kegembiraan walaupun no arms and no legs. No worries!

Page 58: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

77

hidupluarbias

a.com

Benar sungguh kata Tuhan: laa yukallifullahu nafsan illa wus’aha.

‘Kami tidak pernah membebani manusia melebihi kemampuannya…’

(Surah Al-Baqarah, 286)

Moga kita mempelajari sesuatu dari Nick. Moga kita diberikan hati yang pandai bersyukur. Moga kita diizinkan Tuhan untuk digolongkan dalam kumpulan yang ‘sedikit’.

Apa maksud golongan sedikit?Anda akan memahaminya dari kisah ini: pada zaman Saidina Umar AlKhattab,adaseorangpemudaseringberdoadisisiBaitullahdengan doa agak pelik: ’Ya Allah! Masukkanlah aku ke dalam golongan yang sedikit.’ Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika sedang melakukan tawaf di Kaabah. Beliau hairan dengan permintaan pemuda itu lalu selesai tawaf, beliau memanggilnya dan bertanya, ’Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa? Tidak adakah permohonan lain yang engkau pinta?’ Pemuda itu menjawab, ‘Wahai Amirul Mukminin. Saya membaca doa itu kerana saya takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10: ’’Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur.’’ Saya memohon agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang sedikit itu, kerana terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah....’. Anda mahu masuk ke golongan ini? Belajarlah bersyukur sekarang.

Page 59: Buku Formula Hidup Luar Biasa

78

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Lima teknik berlatih bersyukurBerteori tentang syukur memang mudah, tetapi mengamalkannya tidak semudah membaca bab ini. Disebabkan mindset kita rata-ratanya masih meletakkan setting ‘suis’ syukur di kedudukan ‘off’, kita sering lalai melakukannya. Lalu bagaimana cara terbaik untuk ‘on’kan suis syukur? Saya ada beberapa cadangan :

1. Latih diri untuk bersyukur setiap saat, hattanikmatterkecilApakah maksud bersyukur terhadap nikmat terkecil? Saya akan berkongsi perspektifnya melalui pengalaman ini: sewaktu saya menghadiri satu seminar antarabangsa di Singapura, penceramahnya mengadakan satu aktiviti yang memberi impak amat besar. Kata-katanya dalam bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya terjemahkannya dengan bahasa buku ini sahaja:

’Para penonton sekelian, sila ambil duit syiling satu sen yang petugas kami berikan kepada anda sekarang..’

Antara lima ribu peserta seminar, ramai yang mengambilnya. Tetapi ada juga yang buat acuh-tak-acuh.

’Sekarang, sila campakkan duit syiling satu sen itu ke lantai.’

Maka berdenting-dentinglah dewan seminar dengan bunyi duit syiling dicampakkan. Saya akui ia agak mengujakan, cuma masih tertanya-tanya apa hikmah aktiviti mudah ini. Penceramah utama berceloteh sebentar. Membuat satu-dua ’mild jokes’ untuk menceriakan suasana. Kemudian beliau memberikan arahan baru:

Page 60: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

79

hidupluarbias

a.com

’Dalam satu minit, sila kutip semula duit syiling satu sen tadi sekarang!’

Katanya dengan diiringi muzik ringan untuk menceriakan aktiviti. Selalunya apabila beliau memberikan arahan, 5,000 peserta akan menurutinya tanpa banyak soal. Tapi kali ini lain pula berlaku. Tidak ramai yang mengutip syiling tersebut. Lebih ramai yang bersembang tanpa mempedulikan arahannya. ’Now stop.’ Kata penceramah. Muzik dihentikan. Beliau meneruskan kata-kata:

’Berapa ramai antara anda yang mengutip duit syiling tadi? Sila angkat tinggi-tinggi duit syiling yang telah dikutip......’

Saya mengangkat duit syiling perlahan-lahan sambil melihat ke kiri ke kanan. Rupanya dalam barisan saya, mungkin 6 dari 20 peserta sahaja yang mengutipnya. Begitulah ratio umum untuk semua peserta. Lebih kurang seribu ke seribu setengah peserta sahaja yang ambil peduli arahannya. Bagi yang tidak mengutip, mereka barangkaliberfikir,’alahai, satu sen. Apa yang boleh dilakukannya pada zaman sekarang? Nak masuk tandas pun tak lepas....’ Kemudian, beliau dengan air muka agak serius ’menghentak’ kami dengan kata-kata yang cukup tegas: ’Tahukah anda, mengapa selama ini anda broke (pokai)? Sebab anda semua tidak menghargai nikmat kecil. Benar, ia hanya duit satu sen sahaja tapi duit tetap duit. Ia BERHARGA. Bagaimana Tuhan akan kurniakan nikmat besar kepada anda jika nikmat kecil pun tidak pandai dihargai? Tidak pandai jaga?...’ Saya benar-benar tersedar dari kata-katanya terutamanya yang terakhir: ’bagi mereka yang miskin, anda memang layak miskin. Tuhan bukan sengaja miskinkan anda tetapi mentaliti anda yang miskin menyebabkan wang besar sukar masuk ke dalam kolam rezeki anda...’

Page 61: Buku Formula Hidup Luar Biasa

80

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Para pembaca semua,Pengalaman di atas mengajar saya bahawa selama ini kita kurang peka terhadap berbagai nikmat yang Allah berikan. Jika nikmat besar pun dilayani secara ’take for granted’, apatah lagi nikmat kecil. Kini, saya mula mengajar diri untuk meningkatkan KEPEKAAN, dan ia bermula dari nikmat remeh, perkara kecil dan nikmat yang biasa dinikmati tanpa sedar. Dan cara meningkatkan kepekaan untuk bersyukur mudah dilakukan dengan menekan butang ’pause’ kepada aktiviti harian anda. Saya namakannya sebagai ’teknik muhasabah 10 saat sejam’. Berhenti sebentar dan lihat sekeliling anda. Semua yang dilihat itu nikmat. Hargainya walau sekecil pensel sekalipun. Lakukanlah aktiviti setiap hari dan anda akan terperanjat dengan perubahan sikap yang berlaku pada diri. Anda akan dapati, senyuman mudah sahaja dijelmakan walaupun anda baru tersekat lebih sejam di lebuh raya. Jangan terperanjat jika anda sering melakukannya, rezeki lebih besar akan datang kerana ketika itu Tuhan barangkali sudah menganggap ’hambaku ini layak mendapat rezeki lebih besar kerana ia pandai mensyukuri nikmat kecil’. Moga-moga begitu hasilnya. Itu yang saya doakan.

2. Latih diri untuk mudah berterima kasih. Berterima kasih adalah perkara mudah tetapi amat berat keluar dari mulut kita, padahal ia adalah aktiviti penting untuk mengekalkan rasa syukur. Saya banyak belajar perkara ini ketika menetap di New Zealand. Di sana, saya sering terperanjat kerana ucapan ‘thank you’ biasa keluar dari mulut masyarakat sana. Kadang-kadang ketika saya menghantar troli supermarket kembali ke tempatnya, penjaga troli beriya berkata terima kasih. Tidaklah saya bermaksud mengagungkan mereka tetapi inilah kenyataan. Ia telah menjadi budaya masyarakat Kiwi hingga saya

Page 62: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

81

hidupluarbias

a.com

bergurau dengan rakan, mereka yang tidak mengucapkan terima kasih di sini bukannya manusia tetapi alien! Maka kita perlu belajar berterima kasih. Perlu ringan mulut untuk berkata ‘thank you’. Dan ia sepatutnya dimulakan dengan berterima kasih kepada Allah Ta’ala sebelum dipanjangkan sesama manusia. Untuk itu, saya sering mengajar diri, malah dalam beberapa kesempatan, saya sering ‘memaksa’ diri untuk bersyukur kepadaNya. Ia kerap saya lakukan terutamanya ketika membaca doa solat duha. Jika diperhatikan, isi doa solat duha mengajar kita kunci mendapatkan rezeki halal, berkat, berganda dan sebagainya. Saya sering menuturkan doa ini kerana ia diajarkan Nabi, tetapi ada kalanya ia ditukar kepada doa bersyukur sahaja seperti:• terimakasihYaAllah,pagi iniEngkaubangunkansaya

dengan anak yang memeluk sambil mengucapkan kata paling bermakna: ‘babah, yaya sayang babah’.

• terimakasihYaRahman, Engkau bangunkan saya di sebelah bidadari, isteri tercinta,

• terimakasihYaRahim, Engkau masih setia bekalkan saya dengan nikmat yang tidak mampu dihitung,

• terimakasihYaSyakur, Engkau telahpun anugerahkan saya berjuta rezeki walaupun saya tidak pernah berdoa memintanya,

• YaAllah,bantulahdanajarilahsayacaraterbaikuntukmenjadihamba yang bersyukur, Amin.

Saya mengajar diri untuk mengalunkan doa syukur. Doa terima kasih. Ia perkara yang perlu dilakukan kerana tidak adil rasanya jika saya asyik meminta sedangkan Allah ’already’ - telahpun anugerahkan rezeki banyak luar biasa depan mata. Dan saya tidak risau ‘nanti terlepaslah rezeki jika tidak diminta dalam doa’, kerana ulama telah pun mengajar kunci memahami

Page 63: Buku Formula Hidup Luar Biasa

82

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

‘sifirrezeki’Tuhan:banyakkanbersyukur,nescayaTuhanakandatangkansegalarezekiyangkitafikirkandenganjumlahdancaratidak terhitung. Rezeki dihadapkan kepada kita, bukan kita yang mengejar rezeki. Begitu maksud tersirat perkataan ‘la’aziidannakum’ dalam ayat tujuh Surah Ibrahim: ’Kami pasti akan menambah rezeki kamu’.

3. Latih diri untuk mudah memberiCara seterusnya untuk menumbuhkan pohon syukur dalam hati adalah dengan melatih diri untuk mudah memberi, bersedekah, bermurah hati serta melayani orang lain. Dengan banyak memberi (bukan setakat wang, tetapi masa, tenaga serta apapun), anda sedang mengajar minda untuk bersyukur terhadap apa yang telah Tuhan kurniakan. Seorang rakan menyampaikan kisah luar biasa hasil dari perbualan beliau dengan seorang pak kiyai dari Indonesia. Kata pak kiyai, di tempatnya ada satu pesantren khas yang dibiayai sekumpulan golongan kaya dan dermawan di mana pesantren tersebut hanya mengambil anak gelandangan, atau bahasa yang mudah kita fahami, anak super miskin sebagai pelajar. Antara aktiviti mingguan pelajar pesantren ini adalah setiap Jumaat (jika tidak salah), setiap pelajar akan diberikan sedikit wang. Ia bukan untuk dibelanjakan tetapi mereka diminta keluar mencari anak gelandangan, anak jalanan serta anak miskin seperti mereka. Kemudian, pelajar ini diajar untuk menyedekahkan wang itu kepada anak miskin yang ditemuinya. Rakan saya bertanya, ’Pak kiyai, apa sih tujuan sebenarnya?’ ’Begini.... gunanya untuk melatih anak-anak ini bersedekah. Gunanya untuk mengajar mereka bahawa kaya bukannya syarat untuk membantu orang lain. Semua manusia punya peluang untuk berbagi kerana Tuhan menjadikan setiap manusia pada asalnya kaya. Punya kelebihan tersendiri. Makanya dengan aktivitas ini, kami mengajar anak miskin supaya tahu

Page 64: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

83

hidupluarbias

a.com

bersyukur sejak kecil, kerana tidak mahu mereka bilang ’kami ni kan miskin, lalu bagaimana bisa membantu? Bagaimana bisa bersyukur?’ Cerita di atas amat sesuai untuk dijadikan sebagai ’benchmark’ latihan memberi. Memberi, dalam apa jua bentuk sekalipun adalah latihan terbaik untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan. Ia perlu kita latih setiap hari agar menjadi rutin kerana bersedekah dan membantu bukan aktiviti yang dilakukan sekali-sekala atau ’bila ada duit lebih’. Ia adalah habit. Ia adalah karakter yang perlu dipupuk setiap hari.Karakter’berfikirkaya’yangterhasildariperasaansyukurkepada Tuhan. Kembali melihat diri kita. Cuba lihat di mana ’tangan’ kita sekarang? Adakah ia sering terbuka dan terhulur? Atau ia sering dikepalkan dan bersilang di dada? Mudah-mudahan saya salah. Tangan anda tidak bersilang di dada. Tetapi jika syaitan cuba keruhkan hati kita dengan ’tangan yang dikepal’, cepat-cepatlah kita menadah tangan berdoa moga dijauhkan Tuhan.

4. Latih diri untuk mudah menyantuni mereka yang kurang bernasib baikJika diperhatikan, segala teknik yang dikongsikan sebelum ini berbentuk ajakan kerana ia sesuai untuk kebanyakan manusia. Namun, ada juga tidak terkesan dengan pujukan. Mereka tidak akan terjaga dari tidur jika kita sekadar menggerakkan badan untuk mengejutkannya. Kita perlu menyimbah sebaldi air, baru mereka terjaga. Perkara ini berlaku kepada anak seorang rakan saya. Beliau adalah seorang kaunselor yang agak berjaya. Walaupun punya daftar panjang senarai klien yang berjaya dipulihkan, beliau tetap punya masalah tersendiri yang masih tidak dapat ditangani. Anaknya super nakal.

Page 65: Buku Formula Hidup Luar Biasa

84

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Sudah banyak kem motivasi dihantar, sudah berpuluh teknik kaunseling digunakan tetapi nakalnya bukan kepalang. Bawa basikal laju-laju. Cakap ibu tidak dituruti. Di sekolah asyik mengganggu kawan sahaja. Boros pun boleh tahan. Diberi lima ringgit pagi, tengahari sudah meminta duit tambah. Suatu hari dalam satu pertemuan, saya mencadangkannya satu perkara; ’cubalah bawa ia ke hospital. Biar ia tengok betapa merananya orang patah kaki, terkehel tangan. Nanti tahulah ia bawa basikal perlahan...’ Rakan saya pun merencanakan ’lawatan sambil belajar ke hospital’ untuk anak bertuah itu. Dan benar, bila ia melihat jeritan pesakit yang terpekik-terlolong menyeringai menahan sakit akibat kemalangan, baru ia berubah. Basikal di rumah seminggu tidak disentuhnya. ’Aman sikit hati saya, Asraff....’ Ia bukan proses menakutkan, tetapi anda tentu pernah mendengar pendekatan stick and carrot bukan? Manusia memang fitrahnyabegitu.Adayangcepatmenurutibiladiberi’carrot’, tetapi ada juga yang terpaksa dikejutkan dengan’stick’. Patutlah Tuhan mencipta neraka bukan setakat syurga untuk memperingatkan kita. Dan hospital adalah satu tempat terbaik untuk melahirkan perasaan syukur. Kita mudah insaf, kurang menggerutu dan lembut hati untuk mensyukuri nikmat bila melihat ramai manusia yang lebih teruk dari kita. Syukur kerana masih dapat bernafas di kala ramai orang yang perlukan bantuan mesin hanya untuk bernafas. Syukur kerana kaki masih sempurna di saat ramai orang lain menunggu giliran dipotong kaki. Patutlah Rasulullah SAW memberikan merit besar kepada mereka yang suka mengunjungi orang sakit, kerana dengan mengunjungi mereka, kita sedang belajar ’hikmah’ dari Tuhan:

’Siapa yang menjenguk orang sakit, ia berada dalam taman syurga sehingga ia pulang’.

(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Page 66: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

85

hidupluarbias

a.com

Selain itu, antara cara mudah untuk kita belajar bersyukur adalah dengan menyantuni anak yatim. Saya mempelajarinya dari ustaz yang pernah mengajar suatu ketika dahulu. Keluarganya hidup sederhana sahaja. Punya anak lima orang. Tetapi jika kita ke rumah beliau, kita mengira ustaz ini punya 10 anak. Suatu hari, saya memberanikan diri bertanya ’Ustaz ada 5 anak ke 10 anak?’ ’Asraff confuse ya?’ Saya mengangguk. Beliau menjawab ’sebenarnya anak saya hanya lima orang sahaja. Lagi lima itu anak angkat kami. Mereka asalnya anak yatim. Ada yang ibubapanya telah meninggal dunia. Ada juga yang ibubapanya masih ada tetapi kita tidak tahu siapa. Mereka sejak bayi telah dibuang....’ Tambah ustaz lagi ’kami membela mereka seperti anak sendiri kerana mahu mengejar satu perkara, moga Allah sudi mengasihi kami pada hari kiamat.....’ Mulia sungguh hatinya bukan?

Rasulullah SAW bersabda :

’Mereka yang memelihara anak yatim, sama ada anak yatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga.’ Perawi hadis iaitu Malik Bin Anas mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan jari tengah.’

(Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya ada banyak hadis dan kelebihan menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, tetapi semuanya membawa kita kepada satu kesimpulan: ia baik untuk menumbuhkan hati yang lembut serta meningkatkan kepekaan untuk bersyukur.

Page 67: Buku Formula Hidup Luar Biasa

86

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

5. Latih diri untuk bersyukur dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.Ketika di Mesir, saya sering mengikuti seorang rakan Arab ke gymnasium. Asad namanya. Di sana, ramai pemuda obses dengan badan berketul sasa. Mungkin mereka mengira, dengan memiliki badan berbentuk ‘V’, keyakinan diri semakin tinggi dan ya, peluang untuk meningkatkan saham di hadapan gadis disukai semakin cerah. Begitulah alasan kebanyakan lelaki tetapi tidak bagi Asad. Jika anda bertemu beliau, anda mungkin mengira Asad adalah pelajar Ph.D Universiti Al-Azhar. Bakal syeikh besar, kata orang. Ini kerana janggutnya panjang, jubahnya kembang, dahinya hitam bertanda sementara tasbih di tangan tidak lepas. Apabila bersembang, ayat Al-Quran, hadis serta kata ulama lebih banyak keluar. Saya pernah bertanya Asad apa sebab beliau bersungguh mengangkat besi berat di gymnasium itu. Ini alasannya. Jangan terkejut dengan penjelasan beliau. Saya sudah lama terkejut sebelum anda:

‘Asraff, ana bersungguh bersenam kerana dua sebab. Pertama untuk menunjukkan syukur kepada Allah dengan menjaga nikmat kesihatan tubuh sebaiknya. Bukankah tubuh ini pinjaman? Satu bentuk amanah? Pasti Allah akan bertanya suatu hari nanti apa yang kita lakukan untuk menjaga amanah ini….’

Para pembaca sekelian. Jawapan pertama itu walaupun mengujakan tetapi tahap terperanjatnya masih rendah. Semak jawapan kedua:

‘Sebab kedua dan ini lebih utama, ana bersenam untuk mengekalkan stamina dan tenaga agar mudah qiamullail malam nanti…..’

Page 68: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

87

hidupluarbias

a.com

Bersenam untuk tujuan ibadah. Jarang kita dengar bukan? Dan untuk makluman anda, hobi sebenar Asad adalah solat malam hingga tiga jam setiap hari. Oh ya, saya tertinggal satu perkara, Asad juga seorang hafiz. Dengan kelebihan itu, beliau mudah memanjangkan solat dengan membaca satu juzuk setiap rakaat.

Para pembaca semua,Di sebalik semua cara melatih syukur yang telah kita bincangkan, poin ini paling utama untuk kita amalkan. Bersyukur dengan meningkatkan ibadah dan amal soleh. Manusia yang benar-benar bersyukur, ia tidak akan menggunakan nikmat Tuhan ke jalan maksiat. Ia pasti mengarahkannya ke jalan taqwa sahaja. Mata hanya melihat perkara baik, mulut tidak akan bertutur kecuali perkara manfaat dan kakinya tidak diarahkan kecuali ke tempat yang Allah redai. Begitulah seterusnya. Dan cara termudah untuk bersyukur telah Rasulullah SAW ajarkan. Perbanyakkan zikir ‘Alhamdulillah’: segala puji, puja dan syukur bagi Allah:

‘Barangsiapa yang membaca Subhanallah setiap selesai solat 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 33x hingga menjadi 99, lalu disempurnakan menjadi seratus dengan Laa ilaha illallah wahdahu’ laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli Syaiin qadir, diampuni dosanya sekalipun sebanyak buih lautan’.

(Hadis riwayat Muslim)

Ucaplah Alhamdulillah dengan keadaan sedar. Ucapkannya denganfikiranyangturutbersyukurtidakkiraapapunsituasianda:senang atau susah. Banyak atau sedikit. Menang atau kalah.

Page 69: Buku Formula Hidup Luar Biasa

88

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Kembali kepada cerita saya di awal bab ini, selepas kejadian sakit dada itu, saya bersungguh amalkan kehidupan bersyukur. Setiap kali mengucapkan ‘Alhamdulillah’, ia tidak lagi diucapkan laju-laju hanya untuk mengisi kuota 33 kali. Saya akan mengungkapkannya dengan penuh kesedaran. Setiap kali kalimah mulia itu dituturkan, saya akan hubungkan dengan segala nikmat: Alhamdulillah kerana hidup, Alhamdulillah kerana ada anak yang mendatangkan senyuman walaupun letih mengadap karenahnya culas mandi pagi, Alhamdulillah kerana sebentar lagi boleh berjalan-jalan dengan kereta buruk yang bising enjinnya, Alhamdulillah kerana masih ada peluang baca Quran. Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah Ya Rahman. Alhamdulillah Ya Syakuur. Begitulah seterusnya. Ketika itu, Wallahi para pembaca semua, berkat penangan rasa syukur, terasa kehidupan ini seperti di syurga. So wonderful!

Akhir kata, bersyukurlah.Bicara kita tentang bersyukur sampai ke penghujungnya. Dan kita bersyukur kerana melalui buku ini, kita dikurniakan Tuhan kesempatan untuk berkongsi ilmu syukur. Saya doakan semoga Allah Azza Wa Jalla akan terus membantu anda menjalani hidup penuh syukur. Saya doakan anda berjaya menemui kebahagiaan dalam setiap ungkapan syukur yang dilakukan. Namun, jika hari anda masih malap walaupun syukur telah diamalkan, saya nasihatkan, teruskan bersyukur. Kita masih belum sampai ke tali penamat putus asa, kerana Tuhan menyatakan tali itu tidak pernah ada. Dia pasti akan memberi ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk bersyukur:

‘….dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.’

(Surah A’li Imran, ayat 145)

Page 70: Buku Formula Hidup Luar Biasa

The Power of Syukur

89

hidupluarbias

a.com

Saya akan tutup bab ini dengan satu kisah syukur yang amat ekstrem untuk kita amati, bagaimana tahap seorang hamba yang rasa syukur telah bersebati dengan dirinya: Al-Asma’ie, menteri yang bertugas pada zaman Khalifah Al-Mansur memiliki hobi unik iaitu berburu di tengah padang pasir. Suatu hari, beliau telah keluar berburu dan kerana asyik mengejar buruannya, Al-As’maie terpisah dari kumpulan rakannya. Sudah pasti di gurun sahara, kita akan mudah tersesat dan kata orang, jika bantuan tidak ditemui, malaikat mautlah yang akan datang menghampiri. Begitulah yang berlaku pada As’maie. Beliau terus berjalan dalam keadaan menderita, menahan haus luar biasa. Detik demi detik, ia terasa tenaga yang tersisa semakin merosot. Hidupnya dirasakan semakin dekat ke penghujung nyawa. Namun begitu, Tuhan masih mensisakannya peluang kedua. Tidak beberapa lama, dari kejauhan beliau terlihat sebuah khemah. Tanpa menunggu, ia terus ke sana dengan harapan menemui sesuatu yang akan menyambung talian hidupnya iaitu air. Setibanya di khemah, Al-As’maie terperanjat apabila menemui penghuninya yang cukup memukau: seorang perempuan muda yang amat jelita. Ia terus meminta air kepadanya tetapi perempuan itu menjawab, ‘air kami ada sedikit tetapi maaf, ia hanya dikhaskan untuk suamiku. Beginilah. Ambil sahaja baki air minumanku….’ Al-As’maie terus mengambilnya dan minum dengan keadaan agak laju. Terasa air yang diteguk memberikan tenaga baru kepadanya. Dalam pada itu, perempuan yang sedang memerhatikannya dari dalam khemah tiba-tiba berubah tindak-tanduknya. Ia berdiri dengan muka yang agak cemas bercampur ceria kerana dari jauh, kelihatan debu berterbangan tanda seseorang sedang menuju ke khemah itu. ‘Suamiku pulang’, katanya. Ia sudah tidak mempedulikan As’maie, terus menyiapkan air minuman dan kain untuk kegunaan suaminya.

Page 71: Buku Formula Hidup Luar Biasa

90

21 Formula Hidup Luar Biasa

hidupluarbias

a.com

Lelaki yang pulang itu rupanya seorang tua yang berwajah bengis serta menakutkan. Sesampainya di khemah, mulutnya tidak henti menggerutu isterinya, perempuan jelita itu. Yang ajaibnya, tiada satu pun perkataan yang keluar dari perempuan itu. Ia tetap tenang dan sabar. Ia membuka serban suaminya, membersihkan bajunya dari habuk, menuangkan air dengan penuh cermat dan menarik tangan suaminya dengan mesra ke dalam khemah. Sebelum pulang, Al-As’maie sempat bertanya, ‘wahai perempuan jelita... Engkau kan muda, cantik dan setia. Kombinasi yang jarang sekali didapati. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berperangai buruk?’ Jawaban perempuan itu mengejutkan, ‘Rasulullah SAW bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan kepadaku kecantikan dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak mulia. Aku telah melaksanakan setengah agamaku. Disebabkan itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan setengahnya lagi, iaitu bersabar....’ Barangkali cerita ini benar. Barangkali juga ia ditambah perisa untuk kelihatan sempurna. Apapun asalnya, hikmah cerita ini amat luar biasa. Ia mengingatkan kita kepada pesanan penting, jika kita ingin hidup bahagia, jalaninya dengan rasa syukur dan sabar. Pesanan tersebut benar, kerana ia datang dari Rasulullah SAW:

‘Sungguh mengkagumkan melihat urusan orang mukmin kerana baginya, semua masalah adalah baik. Dan sikap sedemikian tidak dimiliki kecuali orang yang benar-benar beriman sahaja. Jika dia mendapatkan kebahagiaan dia bersyukur kerana ia baik baginya, dan jika dia menghadapi keburukan dia bersabar, kerana itu baik baginya.”

(Hadis riwayat Muslim)