kk sukan 2013.doc

5
PENGENALAN : Majlis Sukan Padang dan Balapan ini merupakan satu program yang dirancang oleh unit Kokurikulum sekolah bagi memberikan pendedahan dan seterusnya memilih atlet sekolah ke peringkat Daerah Kuala Penyu yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan ( 2014 ). Selain itu, program ini juga memberi ilmu pengetahuan kepada semua murid dari segi latihan yang akan dijalankan mengikut prespektif kecergasan fizikal, kemahiran, kesihatan diri serta memupuk nilai-nilai kesukanan di kalangan murid sekolah. RASIONAL : Program ini merupakan satu model penyaluran latihan yang komprihensif oleh jurulatih di kalangan guru dan seterusnya dapat di aplikasikan oleh para peserta yang terlibat. Di samping itu juga, ianya dapat membentuk kesihatan diri yang sempurna dalam kehidupan seharian. Ini adalah berdasarkan kepada konsep pendidikan itu sendiri iaitu badan sihat otak cerdas. MATLAMAT : Matlamat utama unit Kokurikulum Sekolah mengadakan program ini adalah untuk memilih wakil sekolah ke peringkat Daerah Kuala Penyu yang akan diadakan pada tahun hadapan ( 2014 ). Ini kerana sebarang penglibatan murid dalam Sukan Padang dan Balapan peringkat Daerah Kuala Penyu ini merupakan satu

Upload: hamzah

Post on 03-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KK sukan 2013.doc

PENGENALAN :

Majlis Sukan Padang dan Balapan ini merupakan satu program yang dirancang oleh unit

Kokurikulum sekolah bagi memberikan pendedahan dan seterusnya memilih atlet sekolah

ke peringkat Daerah Kuala Penyu yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan ( 2014 ).

Selain itu, program ini juga memberi ilmu pengetahuan kepada semua murid dari segi

latihan yang akan dijalankan mengikut prespektif kecergasan fizikal, kemahiran,

kesihatan diri serta memupuk nilai-nilai kesukanan di kalangan murid sekolah.

RASIONAL :

Program ini merupakan satu model penyaluran latihan yang komprihensif oleh jurulatih

di kalangan guru dan seterusnya dapat di aplikasikan oleh para peserta yang terlibat. Di

samping itu juga, ianya dapat membentuk kesihatan diri yang sempurna dalam kehidupan

seharian. Ini adalah berdasarkan kepada konsep pendidikan itu sendiri iaitu badan sihat

otak cerdas.

MATLAMAT :

Matlamat utama unit Kokurikulum Sekolah mengadakan program ini adalah untuk

memilih wakil sekolah ke peringkat Daerah Kuala Penyu yang akan diadakan pada tahun

hadapan ( 2014 ). Ini kerana sebarang penglibatan murid dalam Sukan Padang dan

Balapan peringkat Daerah Kuala Penyu ini merupakan satu pendedahan yang amat

berguna kepada mereka. Selain dari bersaing dengan peserta lain, mereka juga secara

tidak langsung akan dapat memberikan penghayatan bahawa individu itu perlu

mempunyai daya saing antara satu dengan yang lain.

OBJEKTIF :

Dalam program ini juga, pihak Unit Kokurikulum Sekolah mengharapkan dapat

memenuhi kesemua objektif program ini. Antara objektif program ini adalah seperti

berikut :

Memilih wakil sekolah Ke peringkat Daerah Kuala Penyu bagi tahun 2014.

Murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

Mempunyai semangat juang yang tinggi dan daya saing yang sihat.

Murid dapat memupuk kerjasama antara satu dengan yang lain.

Page 2: KK sukan 2013.doc

SASARAN :

Prasekolah SK Menumpang, Kuala Penyu Murid Tahap I ( Tahun 1 – Tahun 3 ) Murid Tahap II ( Tahun 4 – Tahun 6 )

TEMPAT : Padang Sekolah, SK. Menumpang, Kuala Penyu

CADANGAN TARIKH : 07 & 08 November 2013 ( Khamis & Jumaat )

SUMBER KEWANGAN :

Peruntukan Kewangan Ko-kurikulum sekolah. ( Sukan Tahunan )

Peruntukan Yuran Khas

Sumbangan ikhlas individu

ANGGARAN PERBELANJAAN : Lampiran I

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MSS : Lampiran II

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama oleh seluruh Warga Sekolah.

Terutama sekali PPD, guru-guru, murid yang terlibat, Ibubapa dan Pengawal

Keselamatan Sekolah. Kita yakin dan percaya keterlibatan secara langsung atau tidak

sebenarnya memberi impak yang positif terhadap perkembangan Jasmani, Intelek dan

pembangunan rohani.

Disediakan Oleh,

...........................................( Puan Laura Micheal )Setiausaha Kokurikulum,Sek.Keb Menumpang,89808 Kuala Penyu, Sabah.

Disemak Oleh,

........................................( En.Mohd. Hamzah G. )Pen. Kanan Kokurikulum,Sek.Keb Menumpang,89808 Kuala Penyu, Sabah.

Disemak Dan Disahkan Oleh,

............................................( En. Ramlee Bin Ambu )Guru Besar,Sek.Keb Menumpang,89808 Kuala Penyu, Sabah.

Page 3: KK sukan 2013.doc
Page 4: KK sukan 2013.doc