kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

25
(A) Perancangan dan Pelan Tindakan Penglibatan Pasukan Olahraga Sekolah Ke Kejohanan Balapan Padang MSS Zon/ Kawasan 2013 1.0 Nama program : Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar 2.0 Rasional Mewujudkan seorang insan yang sihat dan cerdas serta meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu. Secara tidak langsung, gejala-gejala kurang sihat seperti melepak dan penyalahgunaan dadah akan dapat dibendung. Ini kerana aktiviti pelajar telah diisi sepenuhnya dengan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang berfaedah seperti bersukan. 3.0 Objektif 3.1 Melahirkan peserta yang dapat mengendalikan program seumpama ini dengan baik. 3.2 Sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang kejohanan yang akan dilaksanakan. 3.3 Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sukan untuk kesihatan dan kecergasan dari semua aspek termasuk fizikal atau mental. 3.4 Mempereratkan lagi silaturrahim sesama peserta, guru-guru, pihak sekolah 1

Upload: vani-taah-g

Post on 07-Feb-2016

67 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

(A) Perancangan dan Pelan Tindakan Penglibatan Pasukan Olahraga Sekolah

Ke Kejohanan Balapan Padang MSS Zon/ Kawasan 2013

1.0 Nama program : Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar

2.0 Rasional

Mewujudkan seorang insan yang sihat dan cerdas serta meningkatkan disiplin

dalam diri setiap individu. Secara tidak langsung, gejala-gejala kurang sihat seperti melepak

dan penyalahgunaan dadah akan dapat dibendung. Ini kerana aktiviti pelajar telah diisi

sepenuhnya dengan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang berfaedah seperti bersukan.

3.0 Objektif

3.1 Melahirkan peserta yang dapat mengendalikan program seumpama ini

dengan baik.

3.2 Sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang

kejohanan yang akan dilaksanakan.

3.3 Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sukan

untuk kesihatan dan kecergasan dari semua aspek termasuk fizikal atau

mental.

3.4 Mempereratkan lagi silaturrahim sesama peserta, guru-guru, pihak sekolah

dan ibubapa.

3.5 Melahirkan masyarakat (murid) yang cintakan sekolah.

3.6 Mewujudkan suasana yang harmonis semasa kejohanan ini berlangsung.

4.0 Tarikh : 9 / 4 / 2013 (Hari Selasa) - 10 / 4 / 2013 (Hari Rabu)

5.0 Tempat : Sekolah Menengah Chung Hwa Tinggi, Muar.

6.0 Waktu / Masa : 7.30 hingga 4.30 petang

7.0 Sasaran Program : Murid sekolah Tahun 4 hingga Tahun 6

8.0 Penganjur : Sekolah Menengah Chung Hwa Tinggi, Muar.

9.0 Bilangan Pegawai : 6 orang

1

Page 2: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

10.0 Bilangan Atlet : 17 orang

11.0 Anggaran perbelanjaan :

1. MAKANAN MURID DAN GURU - RM138

2. LAIN-LAIN - RM100

JUMLAH RM238

12.0 Sumber peruntukan : Peruntukan dari PIBG sekolah

13.0 Acara yang dipertandingkan :

1. 100m

2. 200m

3. 4 x 100m

4. Lompat Tinggi

5. Lompat Jauh

6. Lontar Peluru

2

Page 3: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

(B) Penyertaan dan Penglibatan Pasukan Sekolah Saya

Kategori

Acara

Lelaki

bawah 10

Perempuan

bawah 10

Lelaki

bawah 12

Perempuan

bawah 12

100m x x x x

200m x x x x

4 x 100m x x x x

Lompat Tinggi x x x x

Lompat Jauh x x x x

Lontar Peluru x x

Tanda 'x' mana yang berkenaan.

Peserta :

1) Ng Sheng Jian (Lelaki bawah 10) 100m , Lompat Tinggi, 4 x 100m

2) Wong Yu Yang (Lelaki bawah 10) 200m , Lompat Jauh, 4 x 100m

3) Sia Wei Sheng (Lelaki bawah 10) 4 x 100m

4) Siah Jing En (Lelaki bawah 10) 4 x 100m

5) Ng Tian Sing (Perempuan bawah 10) 200m, 4 x 100m

6) Ng Jin Yu (Perempuan bawah 10)100m, Lompat Tinggi, 4 x 100m

7) Gan Jia Yi (Perempuan bawah 10) Lompat Jauh, 4 x 100m

8) Angie Haw (Perempuan bawah 10) 4 x 100m

9) Peh Wee Ping (Lelaki bawah 12) 200m, 4 x 100m

10) Khoo Yeong Wee (Lelaki bawah 12) 100m, 4 x 100m, Lompat Tinggi

11) See Wilson (Lelaki bawah 12) 4 x 100m, Lompat Jauh

12) Yap Soon Cheng (Lelaki bawah 12) 4 x 100m

13) Gwi How Zheng (Lelaki bawah 12) Lontar Peluru

14) Kelly Tang (Perempuan bawah 12) Lompat Tinggi, 4 x 100m

15) Loi Pei Rong (Perempuan bawah 12) Lompat Jauh, 4 x 100m

16) Lim Yee Chin (Perempuan bawah 12) 100m, 200m, 4 x 100m

17) Tay Zhong Mei (Perempuan bawah 12) Lontar Peluru, 4 x 100m

3

Page 4: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

(C) Perancangan Pelan Tindakan Yang Mesti Diambil

PELAN STRATEGIK SUKAN OLAHRAGA

Isu Prestasi pencapaian Olahraga sekolah kurang cemerlang

Masalah 1) Tiada pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam acara

MSSD Daerah Muar.

Matlamat 1) Meningkatkan pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam

acara MSSD Daerah Muar.

2) Meningkatkan pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam

Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar .

Strategi 1) Mewujudkan sistem pemantauan pelaksanaan aktiviti kokurikulum

sekolah yang mantap.

2) Mengadakan latihan acara olahraga secara berterusan.

3) Memberi ganjaran kepada murid yang berjaya memperoleh

kemenangan dalam mana-mana pertandingan atau kejohanan.

Indikator

Pencapaian

1) Peratus kejayaan dalam kejohanan Olahraga di peringkat daerah.

2) Peratus kejayaan dalam Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-

Sekolah Chung Hwa Muar.

4

Page 5: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

PELAN TAKTIKAL SUKAN OLAHRAGA

PELAN OPERASISUKAN OLAHRAGA

Program Latihan Intensif Olahraga

Objektif 1. Mengenal pasti dan memilih atlet yang berbakat untuk mewakili

sekolah dalam acara sukan MSSD Muar dan Sukan Tahunan

Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar.

2. Melatih atlet mengikut kebolehan dalam acara.

3. Melatih atlet menguasai teknik dan kemahiran acara masing-

masing.

Tanggungjawab 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

2. Setiausaha Sukan Sekolah

3. Guru Penasihat Kelab Olahraga

4. Guru Rumah Sukan

Tempoh Jan - Apr

Kos/Sumber -

TOV Tiada Pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam

pertandingan daerah

ETR Pencapaian acara olahraga Sekolah dalam MSSD:

Tempat ke-3 dalam saringan acara larian 100m

Peserta 10 terbaik dalam lompat tinggi.

Indikator Pencapaian

Pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah Peratus penglibatan

murid secara aktif dalam latihan intensif.

5

Page 6: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

Nama Projek Latihan Intensif Olahraga

Objektif 1. Mengenal pasti dan memilih atlet yang berbakat untuk

mewakili sekolah dalam acara sukan MSSD Muar dan

Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa

Muar.

2. Melatih atlet mengikut kebolehan dan acara.

3. Melatih atlet meguasai teknik dan kemahiran acara

masing-masing.

Tempoh Januari - April

Kumpulan Sasaran Atlet- atlet yang berbakat dan murid yang berminat

Guru Terlibat 1. Penolong Kanan Kokurikulum

2. Setiausaha Sukan

3. Guru Penasihat Kelab Olahraga

4. Guru Rumah Sukan

Proses Kerja Mengadakan beberapa siri mesyuarat/perjumpaan

pelaksanaan latihan olahraga.

Mengagihkan tugas dan menyediakan jadual latihan

Mengeluarkan surat makluman tentang penglibatan

murid dalam dalam latihan olahraga sepanjang bulan

Januari hingga April kepada ibu bapa

Melaksanakan latihan intensif olahraga

Memilih pemain yang berbakat untuk mewakili Pasukan

Olahraga Sekolah

Kekangan 1. Tiada padang sekolah

Pemantauan 1. Penolong Kanan Kokurikulum

2. Setiausaha Sukan

3. Guru Bertugas

Penilaian Aspek penilaian meliputi:

1. Kualiti pertandingan dan pencapaian rekod peribadi

Pasukan Olahraga sekolah.

2. Kecekapan dan keberkesanan latihan intensif olahraga

3. Kualiti atlet

Penambahbaikan Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki kecekapan

6

Page 7: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

LATIHAN INTENSIF OLAHRAGA

Bil STRATEGI PERLAKSANAAN

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept

1 Mesyuarat

2 Menyediakan Modul Latihan

3 Melaksanakan latihan

4 Memantau,menilai dan menambah baik

5 Membuat laporan

(D) Kriteria Pemilihan Peserta

Kita boleh memilih peserta yang menyertai Kelab Olahraga.7

Page 8: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

Kita juga boleh merujuk pencapaian kejohan peringkat sekolah dan MSSD pada tahun yang

lepas supaya dapat memilih peserta yang berpotensi.

Guru PJK boleh memilih peserta semasa murid tersebut dapat menjalankan setiap

aktiviti dengan aktif.

Pihak sekolah boleh mengadakan ujian saringan untuk memilih peserta yang layak.

Kita juga boleh memilih peserta yang memenuhi syarat dari segi fizikal.

(E) RANCANGAN MENGAJAR OLAHRAGA

Latihan : Olahraga

Tunjang : Kemahiran ( Olahraga)

8

Page 9: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

Tajuk : Lompat Jauh

Tarikh : 15 Mac 2013

Masa : 2:00 – 300 petang

Tahun : 4,5 6 ( Tahap II)

Bil. Murid : 25 orang

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Kognitif:

-Menyatakan fasa-fasa acara lompat jauh.

2. Psikomotor:

-Melakukan kemahiran lompat jauh dengan betul dan selamat.

3. Afektif:

-Membina keyakinan diri.

Kemahiran Berfikir : Membanding beza fasa-fasa pergerakan lompat jauh.

Pengalaman sedia ada : Murid boleh dan pernah melakukan lompatan.

Bahagian/

Masa

Aktiviti Butiran mengajar/

Fokus pembelajaran

Organisasi Alatan/

Catatan

Permulaan

( 5 minit)

1, Memanaskan

badan:

Lari dan

lompat

setempat.

2. Aktiviti

regangan

Murid-murid digalakkan

bertindak mengikut

isyarat.

i. Melangkah ke

hadapan dengan kaki

kiri diletakkan ke

belakang.

ii.Tangan kanan

diletakkan pada lutut

sebagai sokongan.

iii. Perlahan-lahan turun

ke bawah sehingga

lutut lurus.

iv. Tukar kaki, sama

turun ke bawah

perlahan-lahan dan

tahan lapan hingga

Berseorangan.

Bebas dan terkawal

dalam kawasan yang

ditetapkan.

Berseorangan-

berselerak dalam

kawasan yang

ditetapkan.

9

Page 10: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

sepuluh saat.

Perkem-

bangan

Langkah 1

(15 minit)

Langkah 2

(20 minit)

Gerakerja:

1. Berlari anak

dan melangkah

ke dalam

kawasan

mendarat.

2. Berlari sambil

melonjak tinggi.

Tunjuk cara guru:

1. Fasa

penujuan

2. Fasa

lonjakan

3. Fasa

layangan

4. Fasa

pendaratan

i. Tanda permulaan

larian ditetapkan.

ii. Pelajar tidak

semestinya memijak

papan lonjak.

i. Lari ke arah papan

lonjak.

ii. Melompat dari

papan.Kedua-dua

tangan dihayun ke

hadapan dan ke

atas.

iii. Badan berada di

udara.

iv. Kaki dihulur ke

hadapan dan lutut

dilenturkan semasa

mencecah tempat

mendarat. Badan

dicondongkan ke

Hadapan.

Berpasangan—

bergilir-gilir bergerak

ke kawasan

mendarat.

Selepas tunjuk cara

guru, pelajar perlu

cuba lompat jauh

dengan 4 fasa

tersebut.

Kemuncak

( 15 minit)

Permainan kecil

”Lumba lari

berganti-ganti

melompat anak

sungai”

1 Apabila isyarat ’mula’

diberi, murid No 1

berlari ke hadapan

dan melompat anak

sungai ke seberang.

1. Kelas dibahagi

kepada 3

kumpulan.

2. Setiap kumpulan

dibahagi dua (1-4

tali skip,

skitel

10

Page 11: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

Sekiranya gagal

melepasi sungai,

dia akan cuba

sehingga berjaya.

2.Sampai di seberang,

murid No 1 akan

menyentuh tangan

murid No 5.

3. Perlumbaan

diteruskan oleh murid

No 5 sementara

murid No 1 duduk di

hujung barisan.

4. Perlumbaan tamat

apabila semua murid

telah mendapat

giliran masing-

masing. Pasukan

yang selesai

lebih awal sekali

akan dikira

pemenang.

dan 5-

8) dan mengambil

tempat masing-

masing

seperti dalam

gambarajah.

1 2 3 4 5 6 7 8

x x x x x x x x

o o o o o o o

Penutup

( 5 minit)

Aktiviti gerak

kendur

1. Berjalan bebas

perlahan-lahan.

2. Apabila diberi isyarat,

cari kawan dan

berjabat tangan.

Berseorangan—

berselerak dalam

kawasan ditetapkan.

(F) Laporan Penglibatan Pasukan Olahraga Sekolah Ke Kejohanan Balapan Padang

MSS Zon/ Kawasan 2013

SEKOLAH : SJKC CHUNG HWA SATU B

11

Page 12: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

KOD SEKOLAH : JBC 5013

MATLAMAT : 1. Mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.

2. Memupuk minat murid terhadap pelbagai acara olahraga dan sukan.

3. Meningkatkam prestasi sukan sekolah.

TARIKH PELAKSANAAN : 9-4-2013 hingga 10-4-2013

PELAKSANAAN : Guru bertugas dan atlet Tahun 4,5 dan 6.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :1. 100m

2. 200m

3. 4 x 100m

4. Lompat Tinggi

5. Lompat Jauh

6. Lontar Peluru

KEPUTUSAN :

1. 100m (Lelaki bawah 10) - NG SHENG JIAN - tempat ke-7(18:50s)

2. 200m (Lelaki bawah 10) - WONG YU YANG - tempat ke-7(40:44s)

3. 4 x 100m (Lelaki bawah 10) - tempat ke-5(76:00s)

4. Lompat Tinggi (Lelaki bawah 10) - NG SHENG JIAN - tempat ke-6(1.00m)

5. Lompat Jauh (Lelaki bawah 10) - WONG YU YANG - tempat ke-5(2.04m)

6. 100m (Perempuan bawah 10) - NG JIN YU - tempat ke-6(18:69s)

7. 200m (Perempuan bawah 10) - NG TIAN SING - tempat ke-7(44:23s)

8. 4 x 100m (Perempuan bawah 10) - tempat ke-6(78:56s)

9. Lompat Tinggi (Perempuan bawah 10) - NG JIN YU - tempat ke-10(95m)

10. Lompat Jauh (Perempuan bawah 10) - GAN JIA YI - tempat ke-8(1.82m)

11. 100m (Lelaki bawah 12) - KHOO YEONG WEE - tempat ke-4(16:44s)

12. 200m (Lelaki bawah 12) - PEH WEE PING - tempat ke-6(37:62)

13. 4 x 100m (Lelaki bawah 12) - tempat ke-3(67:62s)

14. Lompat Tinggi (Lelaki bawah 12) - KHOO YEONG WEE - tempat ke-5(1.06m)

15. Lompat Jauh (Lelaki bawah 12) - SEE WILSON - tempat ke-2(3.34m)

16. Lontar Peluru (Lelaki bawah 12) - GWI HOW ZHENG - tempat ke-6(5.42m)

17. 100m (Perempuan bawah 12) - LIM YEE CHIN - tempat ke-3(17:00s)

18. 200m (Perempuan bawah 12) - LIM YEE CHIN - tempat ke-3(35:19s)

19. 4 x 100m (Perempuan bawah 12) - tempat ke-2(68:99s)

12

Page 13: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

20. Lompat Tinggi (Perempuan bawah 12) - KELLY TANG - tempat ke-3(1.13m)

21. Lompat Jauh (Perempuan bawah 12) - LOI PEI RONG - tempat ke-4(2.39m)

22. Lontar Peluru (Perempuan bawah 12) - TAY ZHONG MEI - tempat ke-2(6.10m)

Gambar-gambar

13

Page 14: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

14

Page 15: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

Refleksi :

Kekuatan

15

Page 16: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

Sebagai Setiausaha Sukan, saya berasa kerja kursus projek semester ini amat memberi

bantuan kepada saya apabila menjalankan latihan intensif olahraga untuk atlet-atlet sekolah

saya. Dengan rancangan saya murid tidak berasa bosan semasa menjalankan latihan. Selain

itu, atlet juga melibatkan diri dengan aktif dan bersemangat untuk mendapat keputusan yang

baik dalam kejohanan yang akan dipertandingkan. Pada peringkat permulaan latihan intensif

olahraga, atlet-atlet sudah biasa melakukan aktiviti memanaskan badan dengan berdisiplin dan

bekerjasama. Oleh itu, saya tidak perlu memberi tunjuk ajar semasa aktiviti memanaskan

badan. Melalui latihan intensif olahraga, atlet-atlet lebih memahami cara lompat jauh yang

berkaitan dengan 4 fasa yang penting itu. Mereka cuba mengaplikasikan semasa latihan

melompat. Saya mendapati lompatan-lompatan yang dilakukan oleh atlet-atlet semakin baik

dan jauh. Mereka juga berani untuk membuat percubaan walaupun mereka bukan atlet yang

berpotensi dalam acara lompat jauh. Selepas menagadakan latihan intensif olahraga, atlet

yang menyertai acara lompat jauh telah mendapat tempat ke-2 (lelaki bawah 12) dan tempat

ke-4 (perempuan bawah 12).

Kelemahan

Kelemahan yang saya dapati adalah tempat yang melakukan latihan adalah terhad. Ini

disebabkan sekolah saya tiada padang kerana sekolah saya dibina di tengah pusat bandar.

Selain itu, sekolah saya berkongsi bangunan sekolah dengan SJK(C) Chung Hwa 1A. Oleh itu,

kami tidak dapat menjalankan latihan intensif olahraga dengan secukupnya. Kami perlu

menjalankan aktiviti mengikut jadual masa yang ditentukan untuk menggunakan kawasan

sekolah. Tambahan pula, murid-murid tahun 4 yang baru menyertai latihan intensif olahraga

tidak dapat menguasai kemahiran dalam acara olahraga, terutamanya acara lompat jauh dan

lompat tinggi. Saya juga mendapati beberapa orang murid yang dipilih tidak berminat untuk

menyertai latihan intensif olahraga.

Penambahbaikan

Selepas Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar, saya telah

mengadakan post mortem dengan rakan-rakan sejawat supaya dapat meningkatkan prestasi

atlet-atlet sekolah saya dalam bidang sukan. Langkah yang penting untuk penambahbaikan

adalah pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa supaya dapat

membawa atlet-atlet ke stadium untuk menjalankan latihan intensif olahraga. Ini kerana atlet-

atlet dapat menjalankan latihan intensif olahraga dengan secukupnya dan tidak perlu berkongsi

kawasan latihan dengan atlet-atlet sekolah lain. Di samping itu, pihak sekolah perlu

mengadakan kem motivasi supaya dapat menarik minat murid-murid yang baru menyertai

latihan intensif olahraga mengambil bahagian dalam acara olahraga. Guru-guru yang terlibat

16

Page 17: kertas kerja sukan tahunan 2014.doc

akan menyertai kursus-kursus tentang bidang olahraga supaya dapat membantu atlet-atlet

sekolah menguasai kemahiran-kemahiran acara olahraga.

17