kk khairi seminar.docx

19
Teknologi dalam Pendidikan Bahasa Melayu : Usaha dan Kekangan dalam mengaplikasikan penggunaaannya di sekolah 1 Oleh; Muhammad Khairi bin Mohamed Nor Suhemi bin Hj.Abdul [email protected] [email protected] IPG Kampus Sultan Abdul Halim Abstrak Bidang teknologi maklumat dan era penggunaan laman maya memang tidak dapat disangkal lagi. Seluruh dunia mengamalkan penggunaan komputer dalam kehidupan. Pendidikan di Malaysia terutama dalam memenuhi kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan mengambil pendekatan menyediakan masyarakat terutama para pelajar terhadap pembelajaran berbantukan komputer. Pelbagai insentif telah diberikan untuk meningkatkan penggunaan TMK dalam pembelajaran kini. Namun begitu terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ini. Institut Pendidikan Guru mengambil langkah memberi pendedahan terhadap mata pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer kepada para pelajar major Pengajian Melayu. Bahasa Melayu dilihat perlu berkembang dalam dunia gerbang maya seiring dengan pesatnya bidang-bidang lain. Pengajaran Bahasa Melayu dengan berbantukan komputer seharusnya diambil peduli oleh 1 Dibentangkan dalam Seminar Transformasi Ilmu Melalui Liiterasi Pelbagai Bahasa di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah pada 29-30 Oktober 2014.

Upload: suhemi-abdul

Post on 16-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Teknologi dalam Pendidikan Bahasa Melayu : Usaha dan Kekangan dalam mengaplikasikan penggunaaannya di sekolah[footnoteRef:2] [2: Dibentangkan dalam Seminar Transformasi Ilmu Melalui Liiterasi Pelbagai Bahasa di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah pada 29-30 Oktober 2014.]

Oleh;Muhammad Khairi bin Mohamed Nor Suhemi bin [email protected]@ipsah.edu.myIPG Kampus Sultan Abdul Halim

Abstrak

Bidang teknologi maklumat dan era penggunaan laman maya memang tidak dapat disangkal lagi. Seluruh dunia mengamalkan penggunaan komputer dalam kehidupan. Pendidikan di Malaysia terutama dalam memenuhi kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan mengambil pendekatan menyediakan masyarakat terutama para pelajar terhadap pembelajaran berbantukan komputer. Pelbagai insentif telah diberikan untuk meningkatkan penggunaan TMK dalam pembelajaran kini. Namun begitu terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ini. Institut Pendidikan Guru mengambil langkah memberi pendedahan terhadap mata pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer kepada para pelajar major Pengajian Melayu. Bahasa Melayu dilihat perlu berkembang dalam dunia gerbang maya seiring dengan pesatnya bidang-bidang lain. Pengajaran Bahasa Melayu dengan berbantukan komputer seharusnya diambil peduli oleh setiap individu terutama oleh bakal guru untuk berkhidmat di sekolah kelak.

Kata kunci: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, komputer, internet, web pembelajaran

1.0 PengenalanPelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013-2025) merupakan sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional. Dalam merangka Pelan tersebut, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.

Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasaANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisis maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.

Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya dalam pendidikan negara. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

Sehubungan dengan itu, pengajaran kemahiran bahasa Melayu memerlukan anjakan paradigma kerana kini penggunaan TMK sangat relevan dan bertepatan dengan hasrat tersebut. Oleh hal yang demikian, konsep pengajaran yang perlu diterapkan kini seharusnya menggunakan peranti teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Menurut Senn(1998) teknologi maklumat mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Ketiga-tiga komponen ini tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika kita tidak pandai menggunakannya.Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang pendidikan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.Aplikasi pengajaran berbantukan komputer bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan TMK dan penggunaan perisian yang sedia terbina ataupun yang dibina sendiri oleh guru mengikut kredibiliti masing-masing mengikut sukatan pelajaran bahasa Melayu.Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam sistem pendidikan kini menjadi suatu yang penting dan sangat efektif. Dengan penggunaan pengajaran berbantukan komputer ini dilihat lebih memudahkan dalam melakukan sesuatu kerja. Penggunaan pengajaran berbantukan komputer mulai mendapat perhatian dari seluruh warga pendidik yang ingin berubah.Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan KomputerPengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang disampaikan menggunakan gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian dalam mengakses kemudahan internet. Penggunaan kaedah ini terutama dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan afektif memerlukan penggunaan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui internet dan aplikasi persembahan elektronik seperti perisian Powerpoint. Aplikasi komputer ini penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik.Tambahan pula, kini perisian komputer dapat berinteraksi secara terus kepada pengguna. Kecanggihan penggunaan komputer ini mendatangkan kebaikan dan keburukan jika tidak diaplikasi secara berkesan. Kaedah pengajaran berbantukan komputer ini hanyalah merupakan suatu bahan bantu kepada guru dan tidak merubah fungsi guru di dalam kelas. Komputer yang digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran bahasa perlu digunakan secara terancang dan pelbagai aspek hendaklah diteliti dan diambil kira untuk mencapai cita-cita murni yang diharapkan. Pengajaran berbantukan komputer perlu digunakan secara terancang dan kesesuaian perlu diteliti agar dapat meningkatkan penguasaan kemahiran komputer dan kemahiran berbahasa berbantukan komputer.Pendedahan TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Persediaan guru permulaan yang mendapat didikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu pendedahan mendalam dalam aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah kelak. Sehubungan dengan itu, satu subjek khusus iaitu BMM3053 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer telah diperkenalkan bagi membantu guru mengetahui cara mengakses maklumat terutama dalam mencari maklumat mengenai bahasa Melayu. Selain itu, pelajar didedahkan dengan cara membangunkan bahan pengajaran berbantukan komputer seperti membina blog pembelajaran, laman web, perisian persembahan PowerPoint, MS Publisher dan lain-lain.Pengetahuan pengajaran berbantukan komputer didedahkan kepada pelajar jurusan major Bahasa Melayu di semua IPG. Kandungan subjek BBM3053 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer adalah seperti yang berikut. KandunganMenggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPointPemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Memilih bahan sasteraMemilih bahan tatabahasaMemilih bahan bidang ilmu lain

Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu Membina dan menggunakan pakej Tutorial PembelajaranMembina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Struktur Hierarki dan Struktur Komposit Struktur Linear Struktur RangkaianMengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaranPengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian dan Luar Talian Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian. Melaksana simulasi pengajaran atas talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman Prosedur pengeditan Prinsip pengeditan Melaksanakan pengeditan Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasaMembina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio Membina bahan video dan audio Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video Konferensi secara atas talian Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulisMenggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet Memanipulasi animasi dalam persembahan

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa MelayuMeneroka dan mengklasifikasikan cakera padatMemilih cakera padat pembelajaran bahasa MelayuMenggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaranSeminar atau Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan MendatangMengadakan seminarMengadakan pameran Disesuaikan daripada Jadual 3: BMM3053 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuBerbantukan Komputer (berkuat kuasa Julai 2014).

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer ini diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh guru-guru dalam pengajaran mereka kerana kebanyakan kajian yang dijalankan mengenai penggunakan komputer dalam pengajaran menunjukkan kesan peningkatan penguasaan kemahiran, lebih afektif, membantu guru dan murid, membantu guru menjalankan aktiviti di dalam kelas, objektif yang disasarkan mudah tercapai, seterusnya meningkatkan minat pelajar dan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan yang bermanfaat kepada guru dan pelajar.

Pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer juga menyediakan pembelajaran yang konsisten dan terjamin. Peningkatan penguasaan kemahiran TMK membantu guru menyebarluaskan ilmu menggunakan kaedah menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Matlamat ini sangat bertepatan dengan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013-2025) iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

Pendedahan kepada bakal guru mengenai pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membantu mereka untuk memilih bahan sastera, tatabahasa dan bidang ilmu lain melalui kemahiran internet menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah kerana maklumat hanya dihujung jari dan dalam masa yang sama menjimatkan kos dan masa bekerja seorang guru. Kemahiran memilih bahan diterapkan bersama-sama kemahiran menyimpan bahan dalam katelog internet bagi memudahkan proses penyimpanan dan penggunaan semula apabila sesuatu maklumat tersebut diperlukan. Bahan pengajaran bahasa Melayu yang banyak di laman sesawang kini seharusnya berupaya dan mudah diakses untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa terutama dalam kalangan guru dan murid. Selain itu, kemahiran membina bahan video dan audio untuk pengajaran kemahiran bahasa Melayu yang didedahkan kepada bakal guru menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan.Guru-guru dapat menggunakan perisian video dan audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur, membaca serta pelbagai kemahiran berbahasa yang lain dengan lebih efektif dan menarik.

Kekangan Penggunaan TMK di sekolahTeknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bukan merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang pendidikan. Namun, untuk merealisasikan penggunaan TMK dalam pembelajaran, terdapat masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Permasalahan yang timbul dalam pengintegrasian TMK dalam pengajaran bahasa antaranya termasuklah: Tahap kemahiran guru (literasi komputer) Kemudahan Infrastruktur TMK yang kurang (bekalan/rosak/peruntukan baharu) Penerimaan guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Kekangan dalam menghabiskan sukatan pelajaran (peperiksaan) Kemudahan teknologi tidak mencukupi (talian terganggu/tidak laju) Sistem penyelenggaraan yang kurang cekap (peruntukan kewangan)

Pengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaraan bahasa memerlukan seseorang guru mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik. Walau bagimanapun, masih kurang guru yang benar-benar mahir dalam bidang tersebut. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan TMK. Oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan TMK. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan untuk penginterasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru-guru yang tidak mahir juga akan hilang keyakinan untuk melaksanakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah atau di makmal komputer.Kemudahan infrastruktur TMK yang terdapat tidak memungkinkan guru-guru menjalankan proses PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer. Komputer yang dibekalkan di sekolah-sekolah selalunya berkualiti rendah dan mungkin versi yang telah ketinggalan. Hal ini mungkin disebabkan tender yang berikan tidak dapat dipenuhi oleh pembekal. Selain itu, perisian yang kurang bermutu dan sesuai dengan pengajaran bahasa Melayu menjadikan guru-guru sukar menyediakan dan melaksanakan PdP berbantukan komputer. Selain itu, kebanyakan perisian hanya dalam bahasa Inggeris dan kurang sesuai digunakan oleh guru Bahasa Melayu.Terdapat juga segelintir guru Bahasa Melayu yang masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan, mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran yang lebih tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunakan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan di dalam bilik darjah.Guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini, menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat dirasakan menjadi satu bebanan kepada mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.Kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menghabiskan silibus dan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menghalang guru-gurumenggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Keadaan ini wujud kerana guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelengara peralatan serta kadangkala menghadapi masalah dalam melayari internet.Bagi merealisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan komputer serta tidak terdapatnya akses kepada kemudahan internet. Keadaan ini menyebabkan sukar bagi guru-guru untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Peralatan lain seperti projektor LCD juga tidak mampu disediakan dan hal ini menyebabkan guru tidak berminat menggunakan TMK dalam pengajaran.Salah satu gangguan pelaksanaan TMK di sekolah ialah sistem talian internet yang lambat dan tersekat-sekat. Guru-guru terpaksa menggunakan kemudahan broadband sendiri dalam mengakses maklumat menyebabkan minat mereka semakin menurun dalam pengajaran berbantukan komputer ini.Sistem penyelenggaran peralatan TMK di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian TMK dalam PdP Bahasa Melayu tidakdapat dilaksanakan dengan baik.Peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga menjadi punca timbulnya permasalahan dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer.

KesimpulanUsaha berterusan perlu digembleng oleh semua pihak dalam merealisasikan hasrat kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa terutama bahasa Melayu. Kejayaan sesuatu kaedah pengajaran seharusnya bertunjangkan kejituan pengetahuan, komitmen yang berterusan dan mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah, sedang dan akan diteruskan dengan giat. Hal ini bertujuan untuk memberi dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan generasi pelajar sebagai persediaan masa depan dalam arus globalisasi teknologi maklumat.

Selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, diharapkan para guru mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk diaplikasikan dalam kaedah pengajaran mereka.

Pengajaran bahasa berbantukan komputer wajar dijadikan suatu kaedah pengajaran kerana kaedah ini dilihat mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, aktif, kreatif, menarik, dan efektif yang seterusnya akan mencapai objektif yang disasarkan. Adakah para guru telah secara sedar dan bersedia menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer ini?

Rujukan: Ambigapathi, P.. dan Suthagar, N. (2003). Literasi Teknologi Komputer: Persepsi Dan Penggunaan di Kalangan Guru. Selangor:Universiti Putra Malaysia.

Jadual 3: BMM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (berkuat kuasa mulai Julai 2007)

Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhazwanie Zulkifli. (2002). Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Norizan Abd Razak (1998). CALL:Some Pedagogical Issues. Siri Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, Bangi.

Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman & Hassan Ahmad. (2006). HBEF Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:Open University Malaysia.

Sejauhmanakah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan di Malaysia. http://www.geocities.com/gardner 17 Februari 2011

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.