kj awam

Upload: da-harlequin-gal

Post on 09-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jjjjjj

TRANSCRIPT

TUGASAN________________________________________________________________________HBLS4303_V2PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAMSEMESTER SEPTEMBER 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi DUA (2) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

1. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. 1. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. 1. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN SOALAN 1Rajah 1 menunjukkan pelan tapak lot tanah, dan Rajah 2 pula menunjukkan pelan cadangan bangunan kediaman yang akan dibina dalam lot tanah tersebut.Anda dikehendaki menyediakan satu laporan cadangan peringkat pertama pembinaan tersebut.Cadangan anda mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:

(a) Langkah-langkah keselamatani. Keselamatan diri/pekerjaii. Keselamatan persekitaran/orang awamiii. Bahaya kebakaraniv. Isyarat dan papan tanda (20 markah)(b) Proses penyediaan merancang tanda tapaki. Dengan menggunakan aplikasi CAD, lukis pelan kedudukan bangunan di atas tapak lot tanah tersebut.ii. Kaedah mendirikan pancang ukur tapakiii. Proses penyediaan pembinaan asas Cadangan jenis asas yang sesuai Kaedah pancang tanda tembok dan asas Pengorekan Binaan sementara(20 markah)(c) Lukis cadangan reka bentuk atau jenis bumbung yang sesuai bagi bangunan kediaman tersebut. (10 markah)Nota: Perbincangan setiap bahagian hendaklah disertakan gambar/lukisan yang sesuai.

Rajah 1: Lot Tanah

Rajah 2: Cadangan Tapak Rumah

SOALAN 2i. Rajah 3 menunjukkan dua anggota terdiri daripada anggota A silinder berdiameter 20mm dan anggota B bar hexagon sekata yang mengalami tegangan P kN.

Rajah 3

Kirakan nilai Tegasan Tegangan (t ) bagi anggota A dan anggota B. (Gunakan nilai = 3.14 dan pilih nilai P antara 30kN hingga 80kN )

15 markah

ii. Rajah 4 menunjukkan andaian salah satu rasuk bagi bangunan tersebut. Kirakan daya tindak balas pada tiang B dan D serta lukiskan Gambarajah Daya Ricih dan Gambarajah Momen Lentur Rasuk. (Nilai beban P adalah bebas antara 10 kN hingga 80 kN; dan setiap pelajar tidak boleh memilih nilai beban P yang sama)35 markah

Rajah 4[Jumlah: 100 markah)PANDUAN PELAJARSoalan 1 Buat lawatan ke tapak binaan bangunan satu tingkat yang sesuai.1. Laporan lengkap langkah-langkah dan penjagaan keselamatan tersebut. Sertakan gambar-gambar yang sesuai bagi mengukuhkan perbincangan. Ambil gambar asal di tapak bina.1. Laporan proses penyediaan merancang tanda tapak. Mesti menggunakan aplikasi CAD Jarak dan kedudukan bangunan mestilah mengikut syarat bagi kawasan perumahan atau spesifikasi pembinaan bangunan mengikut piawaian JKR Melukis dengan jelas pembinaan pancang bagi tanda tapak Membincangkan dengan jelas dengan bantuan lakaran yang sesuai cadangan asas yang sesuai dan bagaimana kerja-kerja pancang tembok dan asas, pengorekkan dan binaan sementara di bina.1. Gunakan aplikasi CAD bagi melukis cadangan bumbung yang sesuai. Lukisan bumbung mestilah berasaskan tembok bangunan tersebut. Lukis semula pelan bangunan tersebut dengan menggunakan garisan tersembunyi. Pastikan jarak antara cucur atap dan dinding bangunan mengikut piawaian Lukis cadangan reka bentuk jenis bumbung yang sesuai

Soalan 2(i) Pilih nilai daya P antara 30kN hingga 80kN, setiap pelajar mestilah memilih daya yang berbeza antara satu sama lain. Buat pengiraan untuk mendapatkan tegasan tegangan bagi anggota A dan anggota BSoalan 2(ii) Daripada rajah 4 yang diberi, lukis rajah badan bebas tindakan daya rasuk Nilai beban P yang dipilih adalah bebas antara 10 kN hingga 60 kN. Mestilah dipastikan juga setiap pelajar tidak memilih nilai yang sama antara satu sama lain. Buat pengiraan bagi mendapatkan nilai daya setiap tindakan.Lukis dengan lengkap GDR dan GM