kejuruteraan awam

5
Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bidang yang utama iaitu: (1) Kejuruteraan Geoteknik (2) Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalulintas (3) Kejuruteraan Struktur dan Bahan (4) Kejuruteraan Alam Sekitar (5) Kejuruteraan Hidraulik dan Hidrologi DEFINISI KEJURUTERAAN AWAM Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Kejuruteraan Awam mempunyai ruang lingkup yang luas, merangkumi aplikasi matematik, fizik, kimia, biologi, geologi, hingga ke penggunaan ICT. Kejuruteraan Awam berkembang sejajar dengan permintaan manusia, sehingga boleh dikatakan bidang ini mampu merubah sebuah hutan menjelma kepada kota metropolitan. Berikut antara bidang-bidang dalam Kejuruteraan Awam :- Kejuruteraan Umum Kejuruteraan Struktur Kejuruteraan Kebakaran

Upload: wan-noriani

Post on 26-Jul-2015

309 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kejuruteraan Awam

Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bidang yang utama iaitu:(1) Kejuruteraan Geoteknik(2) Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalulintas(3) Kejuruteraan Struktur dan Bahan(4) Kejuruteraan Alam Sekitar(5) Kejuruteraan Hidraulik dan Hidrologi

DEFINISI KEJURUTERAAN AWAM

Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Kejuruteraan Awam mempunyai ruang lingkup yang luas, merangkumi aplikasi matematik, fizik, kimia, biologi, geologi, hingga ke penggunaan ICT. Kejuruteraan Awam berkembang sejajar dengan permintaan manusia, sehingga boleh dikatakan bidang ini mampu merubah sebuah hutan menjelma kepada kota metropolitan. Berikut antara bidang-bidang dalam Kejuruteraan Awam :-

Kejuruteraan Umum Kejuruteraan Struktur Kejuruteraan Kebakaran Kejuruteraan Geoteknik Kejuruteraan Pengangkutan Kejuruteraan Alam Sekitar Kejuruteraan Hidraulik Kejuruteraan Sumber Air Kejuruteraan Pembinaan Kejuruteraan Sains Bahan Kejuruteraan Ukur tanah

Diploma Kejuruteraan Awam 

Page 2: Kejuruteraan Awam

>> Back to Top

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuhraya dan pembinaan.

Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan.

Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan.

Peluang pekerjaan adalah luas di mana lulusan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.

 

  Sijil Kejuruteraan Awam

 

>> Back to Top

SIJIL KEJURUTERAAN AWAM

Kursus ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam industri kejuruteraan awam. Pelajar akan mengikuti kuliah, menjalankan kerja amali  seperti kerja kayu, kerja paip, kerja bata, kerja luar ukur dan lukisan kejuruteraan. Kerja makmal pula akan meliputi kerja dalam bidang konkrit, struktur, hidraulik, geoteknik dan kejuruteraan jalanraya.

Pelajar juga akan didedahkan kepada penggunaan perisian komputer dan akan menjalani latihan industri selama enam bulan.

Bidang utama kursus ini meliputi Bahan dan Binaan Kej. Awam, Lukisan Kejuruteraan, CADD, Teknologi Konkrit, Ukur Kejuruteraan, Mekanik Struktur, Aturcara Kontrak dan Ukur Binaan, Geoteknik, Hidraulik dan Kejuruteraan Jalanraya.

Page 3: Kejuruteraan Awam

Lulusan Sijil Kejuruteraan Awam boleh mendapatkan pekerjaan di industri kejuruteraan awam sebagai Juruteknik, Penyelia dan Kerani Tapak. Lulusan sijil ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi di Politeknik dan Universiti.

  Diploma SeniBina

 

>> Back to Top

DIPLOMA SENIBINA 

Kursus ini bertujuan melatih pelajar memahami proses reka bentuk seni bina dan berupaya menyediakan kerja-kerja lukisan persembahan seni bina secara konvensional dan terbantu komputer.

Mata pelajaran yang diajar termasuk Lukisan Seni Bina, Reka Bentuk Seni Bina, CADD, Bahan & Binaan, Perkhidmatan Bangunan dan Struktur Seni Bina.

Peluang pekerjaan boleh didapati di jabatan-jabatan kerajaan dan firma-firma arkitek atau pembinaan sebagai pembantu arkitek,Juruteknik Seni Bina, Pelukis Pelan dan Penyelia Tapak Binaan atau pelajar boleh menyambung pelajaran ijazah di universiti.

  Sijil SeniBina

 

>> Back to Top

SIJIL SENIBINA 

Kursus ini bertujuan melatih pelajar memahami proses reka bentuk seni bina dan berupaya menyediakan kerja-kerja lukisan persembahan seni bina secara konvensional dan terbantu komputer.

Mata pelajaran yang diajar termasuk Lukisan Seni Bina, Reka Bentuk Seni Bina, CADD, Bahan & Binaan, Perkhidmatan Bangunan dan Struktur Seni Bina.

Peluang pekerjaan boleh didapati di jabatan-jabatan kerajaan dan firma-firma arkitek atau pembinaan sebagai Juruteknik Seni Bina, Pelukis Pelan dan Penyelia Tapak Binaan atau pelajar boleh menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah di politeknik dan universiti.

Page 4: Kejuruteraan Awam

  Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar

 

>> Back to Top

DIPLOMA ALAM SEKITAR

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dengan memberi penekanan khusus kepada aspek Sistem Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa, Pengurusan Pencemaran Udara, Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa Berjadual serta Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 

Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal. Modul pengajian meliputi Pengenalan Kepada Kejuruteraan Alam Sekitar, Pengurusan Alam Sekitar, Bahan Kejuruteraan, Sains Alam Sekitar, Sumber Air dan Hidrologi, Kejuruteraan Bekalan Air, Pengurusan Sisa Pepejal, Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Air Sisa Domestik, Pengurusan Sisa Berjadual, Kejuruteraan Geo Sekitaran, Peminimuman Sisa, Pencemaran Hingar, Sistem Kawalan Pencemaran Udara, Pengurusan Alam Sekitar dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Peluang pekerjaan adalah luas dimana lulusan boleh ditempatkan di industri pembinaan, perkilangan, pusat rawatan air sisa, tapak rawatan air kumbahan dan jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar di universiti tempatan atau luar negara.