kitabul wahyi (3)

Upload: abdul-qayyum-hadi

Post on 14-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    1/27

    44

    -

    .(

    )

    3- Yahya bin Bukair (Abu Zakariya Yahya bin `Abdillah bin Bukair al-Qurasyi al-

    Makhzumi al-Mishri m.231H) meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits (bin Sa`ad

    m.157H) meriwayatkan kepada kami, diambilnya daripada `Uqail (bin Khalid bin `Aqil

    al-Aili m.141H) daripada Ibni Syihab (Abu Bakr Muhammad bin Muslim bin `Ubaidillah

    bin Syihaab az-Zuhri m.124H) daripada `Urwah bin az-Zubair daripada `Aaisyah Ummil

    Muminin r.a. Sesungguhnya beliau (`Aaisyah) berkata; Wahyu yang mula-mula

    diberikan kepada Rasulullah adalah berupa mimpi yang baik.17

    Tidak Baginda s.a.w.

    17

    Wahyu yang mula-mula diberikan kepada Rasulullah adalah berupa mimpi yang baik.Berhubung dengan perbincangan tentang tajuk yang dibuat oleh Imam Bukhari sebelum ini, andaakan dapati hanya hadits yang ketiga inilah yang paling tepat dengan tajuk tersebut iaitu: Bab

    Bagaimana Permulaan (Datangnya) Wahyu Kepada Rasulullah S.A.W. Ini kerana hadits inimengandungi kenyataan Aisyah r.a. yang mengatakan bahawa wahyu yang mula-mula diterimaoleh Nabi s.a.w. adalah dalam bentuk mimpi yang baik ( ) ataupun dalam riwayat yanglain disebutkan mimpi yang benar ( ). Kesesuaiannya dengan tajuk yang diadakanBukhari itu jelas sekali kelihatan. Hadith ini juga menunjukkan bahawa mimpi Baginda juga

    merupakan salah satu bentuk wahyu dan tidur para nabi itu tidaklah sama dengan tidur manusia

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    2/27

    45

    biasa sebaik sahaja mereka melelapkan mata. Sebaliknya tidur para nabi itu tidak ada bezanya

    dengan keadaan jaga mereka yang tidak pernah lalai atau terdedah kepada gangguan syaitan. Olehyang demikian, apa yang disampaikan kepada mereka semasa tidur samalah seperti apa yang

    datang kepada mereka sewaktu jaga. Hakikat ini telah difahami dengan baik oleh Nabi Ibrahim

    a.s. apabila Baginda bertindak nekad untuk menyembelih putera kesayangan Baginda a.s. setelahmendapat mimpi melakukan demikian. Namun apa yang menimbulkan persoalan ialah jika mimpi

    itu benar, kenapakah putera Baginda Ismail a.s. akhirnya telah ditukar dengan seekor kibasysebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan pisau di leher puteranya itu, sedangkan di dalam mimpi

    tersebut Baginda a.s. benar-benar hendak menyembelih Ismail a.s.? Ini menunjukkan bahawamimpi para nabi terbahagi kepada dua bahagian. Pertama: Mimpi yang memerlukan ta`bir dan

    tawilan. Kedua: Mimpi yang tidak memerlukannya kerana kemudian ia berlaku tepat seperti apayang dimimpikan mereka. Kadang-kadang sesuatu perintah melalui mimpi harus dilaksanakanmengikut zahirnya terlebih dahulu. Jika Allah s.w.t. mengubah hakikat pelaksanaannya, itu

    bererti perintah di dalam mimpi tersebut adalah sesuatu yang memerlukan ta`bir dan tawilan.Hakikat ini telah disedari oleh Nabi Ismail a.s. apabila meminta Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan

    sahaja apa yang ditunjukkan di dalam mimpi Baginda, sebaik sahaja ayahandanya itu memintapendapatnya. Lihatlah bagaimana Allah menggambarkan peristiwa itu dan lihat juga bagaimanapengubahan hakikat mimpi seorang nabi dalam pelaksanaannya telah berlaku menerusi beberapa

    ayat berikut:

    Bermaksud: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia)

    berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku!Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah

    apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkankepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar. 102.

    setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahimmerebahkan Anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkanIbrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), 103. Dan Kami

    menyerunya: Wahai Ibrahim!104. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang Engkaulihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakankebaikan. 105. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; 106. Dan Kami tebus

    anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; 107. (as-Shaffat:102-107).

    Jadi maksud sebenar yang dikehendaki Allah s.w.t. dalam kisah Nabi Ibrahim dan Ismail a.s. tadibukanlah zahirnya. Tetapi ma`na kiasan di sebaliknya. Jika anak seseorang itu merupakan sesuatuyang paling dikasihinya, maka ma`na kiasan daripadanya ialah dia harus sanggup

    mengorbankannya. Ma`na Kiasan di sebalik kisah itu juga mengajarkan bahawa dalam usahauntuk menegakkan k`alimah Allah di muka bumi ini, terkadang-kadang seseorang itu haruslah

    mengorbankan sesuatu yang paling dikasihinya, termasuklah darah dagingnya sendiri. Sekiranyasesebuah negara Islam diserang atau terbabit dalam kancah peperangan, ibu bapa haruslahmerelakan pemergian anak-anak mereka ke medan pertempuran. Bukankah melepaskan mereka

    pergi ke medan peperangan seolah-olahnya merelakan mereka terkorban? Sebaliknya jika kitaenggan melakukan sebarang pengorbanan untuk agama Allah s.w.t., nanti akan tiba suatu ketikadi mana negara kita pula diserang, anak-anak kita akan disembelih di hadapan mata kita sendiri,

    sebagaimana yang telah berlaku kepada saudara-saudara kita di kemboja, Bosnia, Palestin danlain-lain. Tetapi sekiranya kita sanggup melakukan pengorbanan yang dituntut demi menegakkan

    agama Allah s.w.t., Allah tidak akan membiarkan kita mengalami tragedi seumpama itu. Malah

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    3/27

    46

    Allah akan mengantikannya dengan kemuliaan di dunia dan di akhirat. Itulah tawilan kepada

    mimpi Nabi Ibrahim a.s. tersebut. Malangnya pengorbanan yang dituntut oleh Allah s.w.t. itugagal difahami kebanyakan umat Islam, meskipun saban tahun mereka menjejaki contoh

    pengorbanan Nabi Ibrahim dan putera Baginda tersebut menerusi ibadat korban. Kenapa apabila

    anda dituntut memilih binatang ternakan yang paling sempurna untuk dikorbankan, binatang yangtidak mempunyai sebarang kecacatan, walaupun hanya yang terbelah sedikit telinganya, anda

    menurutinya dengan penuh ta`at? Tetapi apabila agama memerlukan tenaga-tenaga untukmenyebar dan menegakkannya, hanya anak-anak yang tercicir dalam pelajaran akademiknya atau

    yang sudah tidak ada harapan lagi untuk meneruskan pengajiannya sahaja yang dipilih? Malahlebih parah lagi keadaannya apabila masyarakat hanya menghantar ke pusat-pusat pengajianagama, anak-anak mereka yang sudah tidak mampu lagi dikawal oleh mana-mana institusi

    pemulihan kerana telah teruk terjerumus ke dalam gaung keruntuhan akhlaq. Dalam erti kata yanglain pusat-pusat pengajian agama itu dianggap hanya sebagai pusat pemulihan akhlaq semata-

    mata oleh masyarakat. Anehnya apabila pusat-pusat pengajian agama gagal mengeluarkan hasilsebagaimana yang diidamkan, masyarakat tanpa segan silu menuding jari ke arah agama danmenuduh agamalah sebagai faktor kegagalannya. Akibat daripada ketidakseimbangan reaksi dan

    sikap masyarakat dalam membuat penilaian, mereka ternyata semakin jauh daripada agama Allahs.w.t. Sikap masyarakat seperti itu sebenarnya jauh sekali daripada konsep pengorbanan yang

    tersimpan di sebalik kiasan dan tawilan mimpi Nabi Ibrahim a.s . Ini kerana konsep pengorbananyang dituntut agama adalah pergorbanan sesuatu yang paling dikasihi bukan sebaliknya. Allah

    s.w.t. telah berfirman:

    Bermaksud: kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yangsempurna), sebelum kamu belanjakan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa saja yang

    kamu belanjakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Aali `Imraan:92).Bagaimanapun senario ini sudah mula berubah semenjak sekitar tahun 90an. Selain

    daripada mimpi, Nabi s.a.w. juga menerima wahyu menerusi saluran-saluran yang lain. Bagindas.a.w. pernah bersabda: Bermaksud: Mimpi orang mumin

    merupakan satu daripada enam puluh juzu (bahagian) kenabian (sumber wahyu). (Haditsriwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu `Awaanah, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud at-Thayaalisidan lain-lain). Jika kita manusia biasa juga boleh mengalami mimpi-mimpi yang benar dan

    kebenarannya terbukti dalam kenyataan betul-betul tepat seperti yang dimimpikan, atau ia betul-betul menepati tawilan dan ta`birnya, maka cubalah bayangkan betapa tepatnya ma`lumat yangditerima seseorang nabi dengan adanya sejumlah empat puluh lima lagi saluran wahyu padanya.

    Dengan itu jelaslah bahawa apa sahaja yang dibawakan oleh para nabi a.s. adalah kebenaran yangtidak dapat sama sekali diragui. Asas-asas ilmu ta`bir mimpi itu sebenarnya telah digariskan olehal-Quran dan As-Sunnah. Contohnya bila Allah s.w.t. mengibaratkan sesuatu dengan sesuatuyang lain di dalam al-Quran, maka ia sebenarnya menunjukkan kepada asas ta`birnya. Misalnya

    bila al-Quran menggambarkan bidadari-bidadari sebagai telur-telur yang tersimpan dengan baikmelalui ayat: Bermaksud: Seolah-olah mereka itu telur yang tersimpan dengan

    sebaik-baiknya. (as-Shaaffaat:49). Maka selain ia hendak menyatakan peri suci dan cantiknyabidadari-bidadari itu, ia juga hendak memberikan satu asas ilmu ta`bir mimpi, di mana telur harusditawil dan dita`birkan dengan perempuan. Tawil dan ta`bir mimpi seseorang yang bermimpi

    telur seharusnya tidak dilupai kaitannya dengan perempuan. Seseorang yang bermimpiperempuan pula harus ingat kaitannya dengan dunia. Kerana perempuan dalam ta`bir mimpibererti dunia. Asasnya ialah dalam perjalanan Nabi s.a.w. di malam Miraj, Baginda telah disapa

    oleh seorang perempuan tua yang telah bongkok tiga. Setelah bertanya Jibril, Baginda diberitahubahawa itulah perbandingan dunia. Seseorang yang bermimpi pada hakikatnya melihat gambaran

    atau rupa sesuatu di alam Mitsal. Di alam mitsal, telur merupakan perempuan. Manakala

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    4/27

    47

    bermimpi melainkan mimpinya muncul seperti sinaran pagi.18

    Kemudian Rasulullah

    s.a.w. suka menyendiri.19

    Baginda s.a.w. menyendiri di gua Hiraa.20

    Di situ Rasulullah

    perempuan pula merupakan dunia. Di sana terdapat banyak lagi asas-asas tawilan atau ta`bir

    mimpi yang telah disimpulkan oleh `alim `ulama daripada al-Quran dan hadis. Kesemuanyadipadankan mereka dengan kaedah dan usul daripada al-Quran dan al-hadits juga.Bagaimanapun mimpi yang benar sahaja akan menjadi kenyataan atau mempunyai tawilan. Dan

    tidak semua orang pula sentiasa mendapat mimpi yang benar itu. Untuk mendapat mimpi yangbenar, Nabi s.a.w. pernah memberikan satu panduan penting melalui sabda Baginda berikut ini:

    Bermaksud: Di akhir zaman, hampir-hampirmimpi orang muslim tidak berdusta (mengarut). Orang yang mimpinya paling tepat (benar) ialah

    orang yang paling benar percakapannya. (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud,Ibnu Majah, Daarimi, Ibnu Hibbaan dan lain-lain). Ringkasnya mimpi para nabi itu benarsemuanya. Kerana mimpi-mimpi mereka itu sama ada bersifat dengan (benar) atau(baik) atau (terang) seperti yang dapat difahami daripada keterangan `Aaisyah di dalamhadits di atas bahawa: Tidak Baginda s.a.w. bermimpi melainkan mimpinya muncul seperti

    sinaran pagi. Maksudnya ialah terang dan jelas. Ada pun mimpi-mimpi yang mengarut ataubercelaru () , itu hanya merupakan sifat mimpi manusia biasa yang bukan nabi.18

    Keterangan `Aaisyah ini mungkin mengandungi dua maksud berikut: (1) Mimpi-mimpi Nabis.a.w. itu amat jelas dan tidak memerlukan ta`bir. Apa yang berlaku kemudiannya benar-benarseperti yang dimimpikan Baginda s.a.w. (2) Mimpi-mimpi Baginda s.a.w. pada ketika itu

    merupakan mimpi-mimpi yang menggembirakan sebagai (berita gembira) daripada Allahs.w.t. Keadaannya bagaikan kegembiraan yang dialami seseorang yang melihat kemunculancahaya pagi yang ditunggu-tunggunya sepanjang malam.19

    Kenapa Rasulullah s.a.w. suka menyendiri (berkhalwah) selepas mendapat mimpi-mimpi yangbenar, baik dan terang itu? Para ulama mengemukakan beberapa sebab dan faedahnya. Antaranya

    ialah: (1) Hati seseorang yang menyendiri (berkhalwah) akan menjadi hening, bening dantenang. (2) Mendapat kemudahan dan keselesaan untuk beribadat. (3) Terhindar daripada

    pelbagai kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat. (4) Jauh dari hikuk-pikuk dunia. (5)Lebih khusyu` ketika beribadat dan terhindar daripada perasaan riya atau menunjuk-nunjuk. (6)Dalam keadaan bersendirian dan keseorangan seseorang lebih merasakan kekerdilan dan

    kehinaan dirinya di hadapan Allah. (7) Dalam keadaan itu seseorang akan terputus daripadasegala keselesaan dunia dan perkara-perkara yang diingini nafsunya. (8) Mendapat banyak

    peluang untuk berfikir dan menginsafi diri. (9) Oleh kerana nabi s.a.w. akan diberikan wahyu,

    maka perlu sekali jiwa beliau dipersiapkan untuknya. Antara persiapan yang diperlukan ialah jiwayang tenang dan hati yang dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadapnya.20 Selepas mendapat mimpi tersebut - di samping kejadian-kejadian aneh yang Baginda alamiseperti disapa dengan salam oleh batu-batu dan pokok-pokok - Baginda suka menyendiri dan

    mula berfikir serta menghayati maksud di sebalik mimpi-mimpi dan apa-apa yang telah dialamiitu. Baginda menjadikan keheningan sebuah gua di Bukit Hira yang jaraknya lebih kurang tiga

    batu daripada Kota Mekah sebagai tempat memencilkan diri. Di samping dapat menjauhkan diridaripada hiruk-pikuk kehidupan Kota Mekah dan pelbagai ragam penghuninya, Baginda juga

    beribadat di sepanjang tempoh tersebut. Di sepanjang tempoh pengasingan diri di dalam Gua Hira

    yang sempit itu, Baginda hanya akan pulang apabila perasaan rindu terhadap keluarga tidak dapatdibendung lagi. Setelah pulang menemui keluarga, bekalan untuk tempoh pengasingan seterusnyadisediakan. Malah kadang-kadang apabila Baginda tidak pulang untuk mengambil bekalan,

    Khadijah r.a. akan membawa sendiri bekalan dengan mendaki bongkah-bongkah batu BukitHira. Demikianlah rutin yang terpaksa dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan keluarga Baginda

    sebelum Allah s.w.t. menganugerahkan sesuatu yang amat besar di sebalik pengorbanan melalui

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    5/27

    48

    s.a.w. bertahannuts21

    iaitu ber`ibadat (hanya) beberapa malam22

    sebelum timbul

    keinginan yang kuat untuk pulang kepada ahlinya (anak isterinya), di samping berbekal

    hijrah dan penyendirian di Gua Hira. Namun sesebuah anugerah yang baik hasil daripada

    tafakkur dan penyendirian hanya diberikan oleh Allah s.w.t. kepada orang-orang yangmempunyai niat dan hati suci sahaja. Sebaliknya jika seseorang yang mempunyai hati yang tidak

    baik, bersendirian bukanlah sesuatu yang bermunafa`at untuknya. Malah ada tersebut di dalam

    sebuah hadits bahawa syaitan akan mengambil kesempatan untuk meniupkan bisikan-bisikanjahat apabila seseorang itu bersendirian. Antara faktor mengapa Nabi s.a.w. memilih sebuah gua

    yang berada di atas Bukit Hira sebagai tempat Tahannuth Baginda ialah: (1) Tempat yang samajuga pernah dijadikan sebagai tempat bertahannuts oleh datuk Nabi s.a.w. iaitu Abdul Muttalib.

    (2) Seseorang yang inginkan ketinggian atau kelebihan dalam agama haruslah mengasingkandirinya daripada aktiviti keduniaan, terutamanya dengan tinggal bersendirian demi merenung danmemikirkan kejadian Allah s.w.t. Setelah menyucikan diri daripada segala macam pengaruhdunia, barulah dia akan berjaya mendapat kebaikan di sebalik tindakan menyendiri seperti itu. (3)Daripada jarak dan posisi gua tersebut Nabi s.a.w. dapat melihat bangunan Kabah dengan baik.

    Memandang Kabah juga merupakan satu ibadat. Inibererti dengan berada di gua itu nabi s.a.w.dapat melakukan tiga perkara. Pertamanya ialah menyendiri. Keduanya beribadat. Ketiganyaialah memandang Ka`bah. Ini adalah pendapat Ibnu Abi Jamrah r.a. (4) Jarak Gua Hira yang

    berdekatan dengan Kota Mekah tidak akan menimbulkan sebarang kesangsian kepadapenduduknya terhadap kebenaran yang akan dibawa oleh Nabi s.a.w. Ini kerana jika Nabi s.a.w.

    memilih suatu tempat yang tidak diketahui oleh penduduk Mekah, mereka pasti akan meraguisumber ajaran yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Selain daripada itu, jarak yang sederhana jauhnyaitu memungkinkan Rasulullah s.a.w. pulang dengan segera jika ada sst yang tidak diingini

    menimpa keluarga. Khadijah, isteri baginda s.a.w. juga sekali-sekala dapat pergi ke gua itu untukmemberikan apa-apa keperluan baginda s.a.w.21Tahannuts mempunyai erti yang luas, tetapi perawi telah mentafsirkannya dengan

    (beribadat beberapa malam). Tafsiran ini dibuat oleh Ibnu Shihab az-Zuhri dan disisipkan

    di dalam matan (teks) hadits tersebut. Ia bukannya tafsiran yang dibuat oleh Aisyah r.a. sendiri.Di dalam ilmu hadits sisipan daripada perawi seperti ini dipanggil . Perawi (IbnuShihab az-Zuhri) mentafsirkannya dengan beribadat supaya ma`nanya mudah difahami. Walau

    bagaimanapun, jika riwayat Aisyah r.a. yang asal dikekalkan, ma`na bagi perkataan Tahannuthakan menjadi lebih luas dan lebih fleksibel lagi. Kata akar bagi perkataan adalah yang

    bermaksud dosa, keburukan, pelanggaran sumpah, kecenderungan kepada kebatilan, syirik dan

    perbuatan menyengutukan Allah. Dari sudut ilmu Sharf (morfologi), binaa atau ma`na bagiperkataan ialah Izalah, salb atau Khuruj yang bermaksud menghilangkan, membuang,menjauhi atau keluar. Jadi maksud asal perkataan Tahannuth ialah menghilangkan, membuang,menjauhi atau keluar daripada ma`na kata akarnya iaitu dosa, keburukan dan sebagainya. Seperti

    perkataan yang juga bererti menghilangkan, membuang, menjauhi atau keluar daripada dosa.Kata akarnya ialah (dosa). Namun di dalam sesetengah riwayat di tempat lafaz Tahannuth itu

    tersebut lafaz Tahannuf yang bermaksud cuba beribadat mengikut agama Hanif(agama tauhid)iaitu agama Nabi Ibrahim a.s. Orang-orang `Arab sering juga menukarkan huruf dengandalam percakapan mereka. Oleh itu mungkin sekali perkataan itu sebenarnya adalah

    perkataan . Di samping itu Tahannuts juga bermaksud berfikir, mengkaji atau merenungi(keajaiban Allah s.w.t.) dan sebagainya. Sisipan perawi dalam kata-kata perawi yang asal atausabda Nabi s.a.w. dengan maksud menghuraikan erti sesuatu perkataan di dalamnya adakalanya

    boleh (juga) diterima dalam periwayatan hadits. Tetapi kita tidak dituntut supaya terikat denganpenafsiran berdasarkan sisipan tersebut. Cara ibadat yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. adalah

    dengan mengikuti saki-baki syari`at dan ajaran Nabi Ibrahim a.s. Berpandukan beberapa hadits

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    6/27

    49

    pula untuk tujuan yang sama.23

    Kemudian Beliau s.a.w. kembali kepada Khadijah dan

    berbekal seperti sebelumnya (untuk beberapa malam) sehingga datang kebenaran

    dapat diketahui bahawa sembahyang juga sudah dikerjakan oleh penduduk Mekah sebelumzaman kenabian Baginda s.a.w. Bentuk sembahyang yang mereka praktikkan pula adalahmengikut cara syari`at Nabi Ibrahim a.s. dan dilakukan sebanyak dua kali sahaja dalam sehari

    semalam iaitu di waktu pagi dan petang. Sembahyang seperti yang diamalkan sekarang hanyawujud setelah Nabi s.a.w. diangkat menjadi Rasul atau dengan lebih terperinci lagi ketika Miraj

    Baginda ke langit. Selain daripada sembahyang, saki-baki syari`at Nabi Ibrahim yang lain jugamasih wujud dan diketahui oleh sesetengah penduduk Mekah. Namun banyak daripadanyasudahpun diselewengkan. Dalam usaha mencari saki-baki ajaran Nabi Ibrahim a.s. yang tulen,

    Nabi s.a.w diberikan kemampuan dan kebijaksanaan untuk menyaring dan memilih di antaraajaran-ajaran yang sudah diseleweng atau yang masih belum terusik.22Beberapa malam adalah terjemahan kepada . boleh membawa dua ma`na

    iaitu banyak dan sedikit. Jadi ia boleh bermaksud banyak malam atau hanya beberapa malam.Dan kedua-dua ma`na tersebut boleh membawa pengertian dan penafsiran yang berbeza seperti

    berikut: (1) Jika ia dipakai dengan ma`na banyak berdasarkan tafsiran sesetengah `ulama, iaboleh membawa pengertian bahawa sesiapa yang inginkan sesuatu kebaikan melalui ibadat ataupertapaannya, ia haruslah bersedia mengambil masa yang banyak atau lama.(2)Jika ia dipakai

    dengan ma`na sedikit atau hanya beberapa malam sahaja. Ia akan membawa pengertian bahawatempoh yang dilalui Nabi s.a.w. di sepanjang pertapaan tersebut adalah sebentar sahaja, jikadinisbahkan kepada hasil atau nilai wahyu yang diperolehi Baginda s.a.w. Perumpamaan ini dapat

    dilihat pada keterangan Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang menggambarkan tempoh bilanganhari-hari puasa Ramadhan sebagai beberapa hari sahaja dinisbahkan kepada beberapa bulan yang

    lain di sepanjang tahun. Ayat yang menggambarkan bahawa puasa itu adalah sebentar sahajaialah: . Begitulah juga dengan hasil-hasil kajian para cendikiawan dalam pelbagai

    bidang mereka. Walaupun sesebuah teori, gagasan, ciptaan, karya, penemuan dan sebagainyamengambil tempoh waktu yang panjang, tetapi jika dilihat kepada nilai, kegunaan dan

    penghargaan masyarakat terhadapnya yang berpanjangan, tempoh waktu yang diambil untuk

    menghasil dan menjayakannya dahulu adalah sekejap sahaja. Berdasarkan satu riwayat yangsahih nabi s.a.w. bertahannuts atau bertahannuf di gua Hiraa itu ada ketikanya sampai sebulanlamanya. Baginda s.a.w. bersabda: Bermaksud: Aku pernah berada di gua Hira

    (untuk beribadat dan bertafakkur) selama sebulan. (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi,Nasaai, Ahmad, Ibnu Hibbaan, Abu Ya`la, Abu `Awaanah dan lain-lain). Menurut hadits sahihini, selepas mendapat wahyu pertama nabi s.a.w. masih lagi bertahannuts di gua Hiraa sehingga

    beliau mendapat pula seterusnya wahyu kedua iaitu .23 Fitrah Islam yang berada di dalam jiwa Rasulullah s.a.w. sentiasa terserlah meskipun sebelumBaginda diangkat menjadi seorang nabi. Sebagai seorang suami dan bapa, Nabi s.a.w. tidak

    pernah lupa kepada tanggungjawabnya terhadap keluarga, jauh sekali daripada memutuskanhubungan dengan naluri kemanusiaan. Pandangan dan prinsip hidup Nabi s.a.w. tidak pernahtersasar daripada fitrah, walaupun Baginda dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang sudah

    terpesong daripada landasan fitrah tersebut. Bagi Baginda hubungan kekeluargaan bukanlah suatupenghalang bagi seseorang manusia untuk menghampiri tuhannya. Berbeza dengan sesetengahajaran agama yang menganggap hubungan perkahwinan di antara lelaki dan wanita adalah

    sesuatu yang tidak suci di sisi tuhan, lalu mereka mengharamkan orang-orang yang inginmengabdikan diri kepada tuhan seperti golongan paderi, rahib, sami dan sebagainya daripada

    berkahwin.

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    7/27

    50

    kepadanya ketika di gua Hira.24

    Malaikat datang kepadanya lalu berkata: (bacalah).25

    Nabi s.a.w. menceritakan, Saya menjawab: Saya tidak pandai membaca.26

    Malaikat itu

    24 Kebenaran yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah kedatangan wahyu berupa ayat-ayat al-

    Quran. Kerana sebelum Nabi s.a.w. diturunkan wahyu yang pertama dalam bentuk wahyu al -Quran, Baginda sudahpun menerima kebenaran-kebenaran dalam bentuk yang lain termasuklah

    mimpi-mimpi benar yang telah dikemukakan sebelum ini. Sesetengah ulama berpendapat, apayang dimaksudkan dengan kebenaran di sini ialah utusan kebenaran iaitu Jibril a.s. Wahyu

    pertama yang diterima Rasulullah s.a.w. itu diturunkan pada hari Isnin di bulan Ramadhan, ketika

    baginda berumur empat puluh tahun. Inilah yang dipegang oleh kebanyakan ulama, walaupunmasih ada lagi pendapat-pendapat lain yang dikemukakan. Imam Yahya as-Sharshari di dalamQashidah Nuniyyahnya berkata: * Bermaksud: KetikaBaginda berumur empat puluh tahun, memancarlah sinar matahari kenabian daripadanya pada

    bulan Ramadhan.25 Sebelum ini telah pun dibincangkan bahawa komunikasi Allah s.w.t. dengan hamba-hambaNya

    berlaku hanya menerusi tiga cara. Ia telah disebutkan oleh Allah sendiri menerusi firmanNya di

    dalam ayat di bawah ini:

    Bermaksud: Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahwa Allah berkata-kata dengannya

    kecuali dengan perantaraan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari belakang tabir(dengan mendengar sahaja kalam Ilahi tanpa melihatNya), atau dengan mengutus utusan(malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang

    dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (As-Syura:51).Para `ulama juga telah sepakat mengatakan wahyu al-Quran hanya diturunkan dengan

    perantaraan Jibril a.s. Jadi dua lagi saluran komunikasi Allah s.w.t. dengan hambaNya yangdisebutkan di dalam ayat di atas semestinya wahyu dan dari belakang tabir itu ditafsirkandengan wahyu dan ilham berupa hadits-hadits kepada Baginda s.a.w. Ayat ini dengan terang

    menolak da`waan golongan anti hadits yang mengatakan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t.hanyalah berupa al-Quran sahaja. Hadits tidak lebih daripada kata-kata yang berpunca daripada

    buah fikiran Nabi s.a.w. semata-mata. Ayat berikut juga dengan jelas menolak pandangan merekaitu:

    Bermaksud: dan tiadalah dia (muhammad) mengucapkan (sesuatu berhubung dengan ugama

    Islam) menurut hawa nafsunya. (3) Apa yang diucapkannya itu (sama ada al-Quran atau hadits)tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) (an-Najm:3-4).Berdasarkan andaian-andaian yang pelbagai, di sana terdapat beberapa tafsiran para `ulamatentang arahan Jibril a.s. supaya Nabi s.a.w. membaca. Antara lainnya ialah: (1) Jibril a.s. telah

    mengemukakan sesuatu objek dalam bentuk tulisan agar Nabi s.a.w. membacanya. Andaian iniberdasarkan kepada arahan membaca tersebut. Ini kerana jika Jibril a.s. tidak mengemukakan

    sebarang tulisan di hadapan Nabi s.a.w., apa ertinya Baginda s.a.w. berkata: Saya tidak pandaimembaca. Sekiranya Jibril telah mengemukakannya dalam bentuk sebutan yang dituturkannyaterlebih dahulu sama ada dalam pertemuan itu atau dalam pertemuan sebelum itu jika diandaikan

    telah berlaku, dan itulah yang disuruh Jibril Nabi s.a.w. membacanya, sudah tentu Nabi s.a.w.mampu mengikut sebutannya, kerana Baginda adalah seorang `Arab yang paling fasih lidahnyadan sangat kuat ingatannya. Jawapan Baginda s.a.w. pada ketika itu sepatutnya berbunyi: Saya

    tidak boleh menyebutnya atau Saya tidak ingatdan sebagainya. Bukan saya tidak pandaimembaca! (2) Arahan membaca di sini hanyalah untuk menarik perhatian Nabi s.a.w. sahaja.

    Ianya bolehlah diibaratkan seperti seorang guru tadika yang mengarahkan murid-muridnya

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    8/27

    51

    supaya membaca sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dalam kelas. Sedangkan murid-

    muridnya masih belum mampu membaca. Arahan membaca tersebut sebenarnya adalah memintamurid-muridnya menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan yang akan diajarkannya sejurus

    selepas itu. Selain daripada dua pendapat di atas terdapat berbagai lagi pendapat mengenainya.Namun pendapat yang paling baik bagi penulis ialah Jibril a.s. memang telah mengemukakansesuatu yang berbentuk tulisan di hadapan Nabi s.a.w. Menurut sebuah hadits, ia tertulis di atassehelai kain sutera. Tetapi sayang, hadits tersebut tidak boleh dijadikan hujah untuk menyokong

    pendapat berkenaan kerana statusnya yang lemah.26 Menurut pendapat yang mengatakan Nabi s.a.w. sememangnya telah dikemukakan sesuatuyang berbentuk tulisan oleh Jibril, maka kemampuan Nabi s.a.w. menyebutnya selepas itu adalahkerana kebolehan Baginda s.a.w. membacanya. Persoalannya sekarang ialah adakah Nabi s.a.w.itu sebenarnya seorang yang tidak pernah boleh membaca dan menulis di sepanjang hayat beliau?Atau dalam istilah yang lebih kasar, adakah Rasulullah s.a.w. itu seorang buta huruf hingga ke

    akhir hayatnya?? Adakah sifat tidak boleh membaca dan menulis (kebutahurufan) itu merupakansuatu kelebihan atau kekurangan? Terutamanya di sisi anda yang hidup di zaman moden yang

    terkenal dengan zaman ilmu, dan tentu sekali semua ilmu itu berasaskan pembacaan danpenulisan??

    Jawapan Rasulullah s.a.w. terhadap arahan Jibril a.s. di dalam hadits di atas telah ditanggapi para`ulama dengan pelbagai tanggapan. Antaranya ialah: (1) Nabi s.a.w. memang tidak bolehmembaca hingga ke akhir hayat Baginda. Apa yang Baginda baca di kala itu tidak lebih

    daripada mengikut sebutan yang disebut Jibril sahaja. Pendapat ini merupakan pegangankebanyakkan `ulama dan diterima umum masyarakat Islam. Alasan mereka antara lainnya ialahdua ayat berikut ini:

    Bermaksud: dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sebuah kitabpunsebelumnya (sebelum turunnya al-Quran ini), dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangankananmu; (andaikata engkau dahulu pandai membaca dan menulis) niscaya ragulah (tentangkebenaranmu) orang-orang yang mengingkari(mu). (Al-`Ankabut:48).

    Bermaksud: iaitu orang-orang yang mengikut rasul, Nabi yang Ummi yang (namanya) merekadapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh merekamengerjakan perkara-perkara yang ma`ruf (baik) dan melarang mereka dari mengerjakan perkara-

    perkara yang mungkar (keji) dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan

    bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belengguyang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya,

    menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), merekaitulah orang-orang yang beruntung. 157. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai manusiasesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan

    langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan danmematikan, Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang

    beriman kepada Allah dan kepada k`alimat-k alimatNya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia,

    supaya kamu mendapat petunjuk. 158. (al-A`raaf:157-158). (2) Nabi s.a.w. pada peringkatawalnya memang tidak boleh membaca dan menulis. Tetapi kemudiannya Baginda diberikan

    kebolehan membaca dan menulis oleh Allah s.w.t. serentak (seiring) dengan kebolehan Baginda

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    9/27

    52

    mengucapkan ayat-ayat al-Quran yang pertama diterimanya daripada Jibril a.s. Kebolehan dankemampuan membaca dan menulis itu diperolehi Nabi s.a.w. sebagai mu`jizat setelah melalui

    proses tekanan Jibril terhadap Baginda sebanyak tiga kali sebelum itu. Antara tokoh `ulama

    hadits yang berpendapat begini ialah Abu Zarr al-Hirawi, Abu al-Walid al-Baaji (Pengarang al-Muntaqa Syarah MuwatthaImam Malik), Hafiz Ibnu Hajar al-`Atsqalaani dan lain-lain. Antara

    tokoh `ulama hadits di India dan Pakistan yang sependapat dengan mereka yang tersebut itu ialahal-`Allamah Tamanna `Imaadi, Maulana `Abdul Lathif Rahmaani, Maulana Habibur Rahman al-Kandhlavi dan lain-lain. Al-`Allamah Tamana `Imaadi bahkan telah menulis dua buah buku

    khusus untuk membicarakan topik ini. Ironinya pendapat golongan kedua ini juga berasaskan ayat48 dari Surah al-`Ankabut yang digunakan oleh golongan pertama sebagai hujjah mereka. Bagi

    penulis, jika ayat di atas diperhatikan dengan saksama, bukankah perkataan sebelumnya didalam ayat itu bererti sebelum turunnya al-Quran ini atau sebelum turunnya wahyu ini?

    Bukankah maksud tersembunyi di sebalikperkataan nya menegaskan bahawa ketidakmampuanNabi s.a.w. membaca dan menulis adalah sebelum turunnya wahyu kepada Baginda s.a.w.? Makamafhum mukhalifnya (pengertian sebalik bagi sesuatu kenyataan) adalah selepas turun wahyu,keadaan pengetahuan Baginda s.a.w, termasuk kemampuan membaca dan menulis tidak lagiseperti sebelumnya. Golongan pertama tidak dapat menerima pemahaman golongan kedua kerana

    mereka berpendapat, jika kita menerima Nabi s.a.w. boleh membaca dan menulis, ia akanmenimbulkan keraguan dan membuka ruang kepada para pengkritik untuk menuduh al-Quransebagai karangan Baginda s.a.w. sendiri, hasil pengetahuan yang diperolehi Baginda daripada

    pembacaan mana-mana kitab. Itu pun sebabnya Allah menutup ayat 48 dari Surah al-`Ankabut itudengan firmanNya: (Andaikata engkau dahulu pandai membaca dan menulis) niscaya ragulah

    (tentang kebenaranmu) orang-orang yang mengingkari(mu). Andaian golongan pertama inidinafikan oleh golongan kedua dengan mengatakan bahawa kebimbangan terhadap andaian Nabis.a.w. mengarang sendiri al-Quran dan mengasaskan ajaran Baginda atas pengetahuan hasil

    bacaan Baginda adalah berdasarkan kemampuan Baginda membaca dan menulis sebelumBaginda mengisytiharkan diri sebagai rasul. Semua mereka memang tahu bahawa Nabi s.a.w.

    sebelum menda`wa sebagai rasul tidak tahu membaca dan menulis. Ayat 48 dari Surah al-`Ankabut ini sebenarnya mengisytiharkan anugerah Allah kepada nabiNya sebaik sahaja Baginda

    s.a.w. menerima wahyu pertama yang tersebut di dalam hadits yang sedang kita bicarakan ini.Anugerah itu antaranya ialah kemampuan membaca dan menulis. Jadi kebimbangan tentangkeraguan orang-orang kafir sudah tidak timbul lagi, kerana kepandaian tersebut hanya lahir

    setelah Baginda dilantik menjadi rasul. Kemampuan Nabi s.a.w. itu sebaliknya lebihmenimbulkan kehairanan dan lebih mengkagumkan mereka. Di samping itu, kalaulah firmanAllah ini diturunkan dengan tujuan membuktikan kebuatahurufan Nabi s.a.w. sampai ke akhir

    hayat, tentulah sudah memadai ayat 48 Surah al-`Ankabut itu tanpa firmanNya:(sebelumnya) itu. Kewujudan kelihatan seperti tambahan yang tidak mengandungi apa-apaerti lagi kalau begitu! Nabi yang Ummi. Manakala perkataan Ummi di dalam ayat 157-158 dariSurah al-A`raaf pula difahami golongan pertama sebagai nabi yang tidak tahu membaca dan

    menulis atau dengan bahasa yang agak kasar, nabi yang buta huruf. Padahal perkataan Ummi itutidak hanya membawa satu maksud sahaja. Kerana ia juga mengandungi erti-erti yang lain. Erti

    yang paling tepat untuk perkataan Ummi ialah penduduk Ummu al-Qura(ibu negeri) iaitu namakedua bagi Mekah. Jadi erti Nabiyang Ummiadalah nabi yang datang dari Ummi al-Qura iaituKota Mekah. Ini kerana Penduduk Kota Mekah sering juga dipanggil dengan Ummiyyin. Erti

    inilah sepatutnya diguna pakai di sini, lantaran ayat tersebut merupakan pujian dan sanjunganAllah terhadap Nabi s.a.w. Ketidakmampuan membaca dan menulis atau kebutahurufan itu puladianggap semua pihak sebagai satu kekurangan. Ia sama sekali tidak melambangkan

    ketamaddunan seseorang atau sesuatu bangsa. Maka apakah ertinya menyebut kekuranganseseorang di celah-celah kata-kata pujian dan sanjungan terhadapnya? Kalau ayat tersebut

    merupakan pujian Allah kepada Nabi s.a.w, maka perkataan Ummi seharusnya membawa

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    10/27

    53

    maksud yang istimewa atau ia mengandungi erti yang baik bukannya erti yang buruk dan keji.

    Justeru buta huruf bukanlah ma`na yang tepat di sini. Sebaliknya Kota Mekah adalah sebuahbandar yang menjadi kebanggaan penghuni-penghuninya. Mereka sememangnya berbanggamenjadi penduduk Mekah. Seringkali apabila ditanya tempat asal atau negeri mereka, dengan

    penuh rasa bangga mereka menjawab: Saya Ummi. Maksudnya ialah saya orang Ummu al-Qura atau orang Mekah. Tidak mungkin sama sekali mereka berbangga dengan berkata: SayaUmmi dengan maksudSaya buta huruf! Golongan pertama menghujahkan bahawa buta huruf

    bukanlah suatu kekurangan kepada Nabi s.a.w, sebaliknya ia adalah suatu kelebihan dan mu`jizat.Kerana meskipun Baginda tidak mampu membaca dan menulis walau sepatah perkataanpun,

    tetapi Baginda telah membawa suatu ajaran yang mengandungi wacana cukup istimewa dansempurna. Golongan kedua tidak pernah menafikan realiti keistimewaan dan kesempurnaanwacana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu. Cuma menurut mereka, kemampuan membacadan menulis Nabi s.a.w. itu hanya hadhir selepas Baginda menerima wahyu pertama.Keistimewaan wacana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu tidak ada kena mengenanya dengan

    sifat buta huruf. Kerana di sepanjang sejarah umat ini, tidak ada seorang pun celik huruf yangmampu mengemukakan wacana seperti itu! Ia tetap merupakan mu`jizat sama ada Baginda s.a.w.

    dianggap sebagai buta huruf atau celik huruf!! Hujjah mereka diperkukuhkan lagi oleh dalil al-Quran ini:

    Bermaksud: dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (al-Quran sebagai) roh (yangmenghidupkan hati yang mati) dengan perintah kami; Engkau dahulu tidak pernah mengetahui(sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui

    apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikannya (al-Quran itu) cahaya yang menerangi, Kami beripetunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. dan

    sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk (dengan al-Quran itu) kejalan yang lurus. (as-Syura:52). Ayat ini jelas menyatakan bahawa di suatu ketika dahulu Nabi

    s.a.w. memang tidak mengetahui apa itu kitab sama ada al-Quran atau kitab-kitab lain. Keranapada ketika itu Baginda s.a.w. memang tidak pandai membaca dan wahyu berupa al-Quran jugabelum diterima. Tetapi bukankah ayat itu mengaitkannya dengan dahulu? Kalau begitu, keadaan

    Baginda s.a.w. selepas menerima wahyu pastilah berbeza daripada keadaan sebelumnya.Andaikata buta huruf adalah suatu kelebihan, maka apakah sebabnya al-Quran dan al-haditsmenggalakkan kita membaca dan menuntut ilmu? Apakah ertinya dalam wahyu pertama lagi

    Allah berfirman: Bermaksud: Yang mengajar (manusia) dengan perantaran pena. (al-`Alaq:4). Mafhumnya ialah Allah mengajar manusia dengan perantaraan membaca dan menulis.

    KenapaNabi s.a.w. sanggup membebaskan tawanan perang hanya dengan syarat mereka bersediamengajar anak-anak orang-orang Islam di Madinah membaca dan menulis? Bukankah tindakan

    itu merupakan salah satu usaha pembasmian buta huruf di kalangan masyarakat Islam? Adalahpelik sekali, kerana dalam pada al-Quran dan hadits sentiasa menggalakkan umat Islam agar

    membaca demi membebaskan ummatnya daripada belenggu kebutahurufan, dalam masa yangsama Nabi umat Islam sendiri adalah seorang yang selesa membiarkan dirinya buta huruf!! Hurufapa yang Rasulullah s.a.w. tidak kenal kalau Baginda sendiri bersabda:

    Bermaksud: Sesiapa membacasatu haraf (sahaja) dari Kitab Allah (al-Quran), dia akan mendapat satu kebajikan. Satukebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata (Alif, Laam, Mim) itu

    satu haraf, tetapi Alif satu haraf, Laam satu haraf dan Mim satu haraf. (Hadits riwayat Tirmizi,Bukhari di dalam Tarikh Kabirnya, Baihaqi di dalam Syu`ab al-Imannya, at-Thabaraani, al-

    Hakim dan Abu Nu`aim di dalam Ma`rifatu as-Shahaabahnya). Adakah anda fikir orang yang

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    11/27

    54

    telah menyebut huruf-huruf Alif, Laam dan Mim itu hanya tahu menyebutnya sahaja? Sementara

    rupa huruf-huruf itu tidak dia kenal pun?! Anda seorang yang sangat naif sekiranya berfikirbegitu!! Sekiranya timbul pula persoalan dan kemusykilan tentang kenapakah Nabi s.a.w. tidakmenulis sendiri al-Quran dan surat-surat Baginda, kalau Baginda s.a.w. memang pandai menulis.

    Bukankah Beliau s.a.w. sebaliknya melantik penulis-penulis lain untuk mencatit surat-suratmahupun wahyu yang diterima dari Jibril? Persoalan ini sebenarnya tidak patut menimbulkan

    kemusykilan. Kerana bukankah raja-raja dan ketua-ketua negara juga tidak menulis sendiri surat-surat mereka? Apakah itu bererti mereka tidak pandai menulis? Soal kenapa Rasulullah s.a.w.tidak menulis sendiri al-Quran, sama juga jawapannya dengan jawapan kepada kenapa Nabi

    s.a.w. tidak menulis surat-surat Baginda sendiri. Selain itu jika diperhatikan dua ayat yang akanpenulis bawakan nanti, niscaya anda akan percaya bahawa Rasulullah s.a.w. memang telah pandaimenulis selepas menerima wahyu pertama dan Baginda sendiri juga ada menulis al-Quran.Berdasarkan ayat-ayat itu orang-orang kafir juga telah mengetahui tentang perkara ini. Perhatikan

    betul-betul dua ayat yang dimaksudkan itu di bawah ini:

    Bermaksud: dan orang-orang kafir berkata: Al Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yangdiada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaum yang lain; Maka (dengan menuduh

    begitu) sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kez`aliman dan dusta yang besar. 4. dan merekaberkata lagi: (Al-Quran itu adalah) Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, ditulisnya

    dengan baik. Ia direncanakan (diimlakan) kepadanya pagi dan petang. Al-Furqaan:4-5).Bahagian yang bergaris di bawahnya itu bererti al-Quran itu direncanakan kepadanya supayaditulisnya pagi dan petang. Bahagian yang bergaris di bawahnya itu boleh juga diterjemahkan

    begini: dituliskannya, lalu direncanakan di hadapannya setiap pagi dan petang. Maksud laludirencanakan di hadapannya setiap pagi dan petang ialah al-Quran itu direncanakan

    (diimlakan) supaya ditulis para sahabat di bawah pengawasan Baginda s.a.w. Penulis sedarbahawa kebanyakan terjemahan al-Quran yang ada, berbeda terjemahannya dengan terjemahan

    yang dibuat penulis, terutamanya di bahagian yang bergaris di bawahnya itu. Tetapi jikadirenungi dengan cermat tanpa terpengaruh dengan kefahaman yang tersebar dengan meluas dikalangan masyarakat, bahawa Nabi s.a.w. itu seorang buta huruf, anda in sya Allah akan

    mengutamakan terjemahan penulis. Ya, masing-masing terjemahan tetap memakai qaedahtertentu dan punya sandarannya sendiri. Cuma qaedah dan sandaran yang manakah lebih sesuaidan lebih relevan untuk diguna pakai di sini. Itu saja masalahnya. Sebagai contoh dan untuk

    perbandingan semata-mata di bawah ini penulis ingin mengemukakan dua terjemahan lain untukayat 5 Surah al-Furqaan yang dikemukakan di atas. (1) Terjemahan Pimpinan ar-Rahman KepadaPengertian al-Quran: dan mereka berkata lagi: Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongengorang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara

    yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya) . (2) Terjemahan al-Quran Terbitan Departemen Agama Indonesia: dan mereka berkata: Dongengan-dongengan

    orang-orang dahulu, dimintanya supaya dituliskan, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanyasetiap pagi dan petang.Kesimpulan daripada dua terjemahan ini ialah Nabi s.a.w. tidak dituduhmenulis sendiri al-Quan itu. Kononnya, bagaimana mereka akan menuduh Rasulullah s.a.w.

    menulis sendiri al-Quran, padahal semua mereka tahu yang Baginda s.a.w. itu buta huruf, tidaktahu membaca dan menulis! Sebaliknya Baginda s.a.w. dikatakan telah meminta orang lainsupaya menuliskannya untuk diri Baginda s.a.w. Setelah dituliskan ia dibaca di hadapan Baginda

    pagi dan petang. Mungkin untuk tujuan semakan, hafalan, suntingan, pengubahsuaian dansebagainya! Antara terjemahan al-Quran yang lebih tepat terjemahannya untuk ayat 5 al-Furqaan

    di atas bagi penulis ialah sebuah terjemahan Indonesia karangan dua orang tokoh `ulama,

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    12/27

    55

    bernama H. Zainuddin Hamidy dan Fachruddin Hs. Untuk perbandingan lihatlah terjemahannyaini: Dan mereka berkata lagi: Cerita-cerita orang purbakala itu dituliskannya, lalu dibacakan di

    hadapannya setiap pagi dan senja. (al-Furqaan:5). Sebenarnya asas bagi kebanyakanterjemahan al-Quran dalam hal ini ialah tiga perkara penting berikut: (1) Perkataan itu

    dipakai dengan ma`na (minta / suruh) iaitu dengan ma`na (meminta / menyuruhseseorang supaya menuliskan). Sama seperti perkataan-perkataan (meminta dibekam) dan

    (meminta disuntik untuk mengeluarkan darah) dan sebagainya. Penulis pula tidak

    memakainya dengan ma`na itu.Sebaliknya dengan ma`na sahaja. Ertinya ialah dia menulissendiri. Cuma bezanya dengan ialah memberi erti semata-mata menulis dan pula

    bererti menulis dengan baik, teliti cermat atau bersungguh-sungguh. Keadaannya sama sepertiperkataan , ia dipakai dengan ma`na saja. Ertinya ialah menarik. Kalau ada pun

    perbedaan di antara keduanya hanyalah bererti menarik semata-mata. Sementara pulabererti menarik dengan teliti, cermat atau bersungguh-sungguh. Ini kerana bina (ma`na) bab

    pada semua perkataan tersebut adalah yang mengandungi erti sesuatu perbuatan itudilakukan dengan baik, teliti cermat atau bersungguh-sungguh. selepasnya puladiterjemahkan golongan pertama dengan maka dibacakan kepadanya apa yang ditulis itu pagi

    dan petang. Padahal bukan perkataan digunakan oleh Allah di sini, malah perkataan .Perkataan ini berpunca daripada perkataan yang bererti dikte, diktat, rencana atau imla.Diktat atau imla itu ertinya ialah menyuruh tulis apa-apa yang dibaca atau diucapkan. Ia juga

    bererti membaca atau mengucapkan sesuatu di hadapan seseorang supaya ditulisnya apa yangdibaca atau diucapkan itu. Jadi perkataan dengan sighah majhul itu seharus diterjemahkan

    dengan Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala itu dibacakan kepadanya ataudisampaikan di hadapannya atau direncanakan kepadanya supaya ditulisnya pagi dan petang.Ganti nama atau pada perkataan diterima semua pihak kembalinya kepada Nabi s.a.w.

    Tidakkah ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. pada ketika itu memang pandai menulis. Kalautidak apakah ertinya mengimlakan sesuatu kepadanya supaya ditulisnya apa yang diimlakan

    itu?? (2) Isnad perbuatan kepada Nabi s.a.w. dikatakan isnad majaazi, seperti kata orang-orang `Arab: (gabenor telah membina bandar itu). Padahal bukan amir (gabenor)

    sendiri yang membinanya. Oleh kerana dialah yang menyuruh atau meminta supaya bandar itudibina dan dibangunkan, dikatakanlah dia membinanya. Yang terlibat dalam pembinaan secaralangsung sebenarnya ialah tukang-tukang dan kakitangan-kakitangannya. Asas tawilan ini juga

    adalah kepercayaan bahawa Rasulullah s.a.w. buta huruf sampai mati. Kalau tidak apa salahnyadikatakan isnad itu adalah isnad haqiqi dengan erti Nabi s.a.w. sendiri telah menulisnya?! (3)Menjadikan hadits sebagai hakim dan pemutus terhadap al-Quran atau dengan kata lain,

    mentawilkan al-Quran agar sesuai dengan hadits tertentu. Sedangkan pendirian yang sepatutnyadiambil ialah menjadikan al-Quran sebagai hakim dan pemutus kepada hadits dan lain-lain.Sikap yang semestinya dipilih pula ialah mentawilkan hadits dan lain-lain sumber ma`lumat danhukum agar sesuai dengan al-Quran. Di dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang dengan

    jelas menyebutkan Nabi s.a.w. itu buta huruf sampai ke akhir hayat. Perkataan ummi (ummiyyun/ ummiyyin) misalnya tidak jelas menunjukkan ma`na buta huruf, seperti telah dibincangkan

    sebelum ini. Walaupun penulis juga menerima ia merupakan salah satu ma`nanya. Justeruperkataan ini juga ada digunakan di dalam al-Quran untuk beberapa ma`na yang lain. Antaranyaialah dengan ma`na: (a) Orang Yahudi yang buta agama. Tidak semestinya dia buta huruf. (b)

    Orang yang jahil tentang agama. Dia juga tidak semestinya buta huruf. (c) Orang / bangsa yangtidak mendapat mana-mana kitab Allah dari langit. Atau bangsa yang telah lama tidak diberikankitab dari langit. Mereka tidak semestinya buta huruf. (d) Anak cucu Nabi Isma`il a.s. Tidak

    semua mereka buta huruf. (e) Orang Mekah. Tidak semua orang Mekah itu buta huruf. Dan (f)Orang / bangsa `Arab. Tidak semua mereka juga buta huruf. Lihat sebagai contohnya dua firman

    Allah di bawah ini:

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    13/27

    56

    Bermaksud: Di antara mereka (orang-orang Yahudi) ada yang jahil (buta agama), mereka tidakmengetahui al-Kitab (Taurat) selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketuamereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (Al-Baqarah:78).

    Perkataan ummiyyun di dalam ayat ini jelas sekali telah digunakan untuk orang-orang Yahudiyang jahil tentang agama. Ketiadaan pengetahuan mereka tentang Kitab Taurat sama sekali tidak

    bererti mereka buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis. Alangkah ramainya umat Islam yangjahil tentang al-Quran. Tetapi itu tidak bererti mereka juga buta huruf.

    Bermaksud: Tetapi kalau mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), katakanlah: Akumenyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku. Dankatakanlah kepada orang-orang yang telah diberi al-Kitab dan kepada orang-orang yang ummi:Mahukah kamu menerima Islam? Kalau mereka menerima, bererti mereka telah mendapat

    petunjuk, dan kalau mereka berpaling (tidak menerima), maka kewajibanmu hanyalah

    menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat (tingkah laku) sekalianhambaNya. (Aali `Imraan:20). Maksud orang-orang yang ummi di dalam ayat ini ialah sama ada

    bangsa yang telah lama tidak diberikan kitab dari langit atau orang-orang musyrikin dari kalangananak cucu Nabi Isma`il a.s. yang tinggal di sekitar Mekah, Madinah dan juga di bumi Hijazkeseluruhannya. Ia tidak sesuai dikaitkan dengan orang-orang buta huruf sahaja. Kerana da`wah

    Islam itu tidak terhad setakat Ahli al-Kitab dan orang-orang buta huruf sahaja. Di zamanRasulullah s.a.w. orang-orang kafir itu dapat dibahagikan dua kelompok besar. Pertamanya darikalangan Ahli al-Kitab dan keduanya ialah dari kalangan orang-orang musyrikin. Kerana itulah

    bekas mufti besar Mesir Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf di dalam Kamus al-Quranmininya bernama Kalimaat al-Quran, menjelaskan perkataan ummiyyin di satu tempat (Aali

    `Imraan:20) dengan kata beliau: (orang-orang musyrikin `Arab). Di tempat yang lainpula (al-Jumu`ah:2) beliau menulis: (orang-orang `Arab yang sezaman dengan

    baginda s.a.w.). Malangnya sebahagian besar kitab-kitab tafsir dan juga terjemahan al-Quranyang ada, tetap menterjemahkan ummiyyun atau ummiyyin itu dengan orang-orang yang butahuruf. Puncanya ialah kerana ada tersebut di dalam sebuah hadits tafsiran perkataan ummi itu.

    Kononnya ia bererti orang yang tidak tahu menulis dan mengira. Maka di mana saja ditemuiperkataan itu, teruslah dipakai tafsiran tersebut. Padahal banyak lagi perkara yang perlu dibahasberkenaan dengan hadis itu. Mana haditsnya? Nah, inilah dia hadits yang disebut-sebut itu. Ia

    diriwayatkan oleh Ibnu `Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Bermaksud: Sesunggunya kita adalah umat ummi. Kita tidak

    pandai menulis dan mengira. Bulan itu begini-begini. Maksud Beliau s.a.w. ialah kadang-kadang(bulan itu) dua puluh sembilan hari, kadang-kadang pula tiga puluh hari. (Hadits riwayat Bukhari,

    Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaai, Baihaqi dan lain-lain). Inilah antara hadits utama yangdianggap sebagai penentu ma`na ummi di semua tempat yang lain sama ada di dalam al-Quran

    atau hadits. Ia seolah-olahnya telah dianggap sebagai hakim dan pemutus terhadap al-Quran.Mana-mana ayat al-Quran yang mengandungi perkataan ini terus ditawil saja supaya sesuaidengannya, tanpa mengambil kira lagi sama ada ia sesuai atau tidak dengan konteks ayat.

    . Padahal hadits ini juga bukan merupakan dalil yang putus tentang Rasulullah s.a.w. itutidak tahu membaca dan menulis. Jika diteliti dengan cermat, hadits seperti ini sama sekali tidak

    patut dijadikan asas untuk menghukum bahawa Nabi s.a.w. itu seorang buta huruf. Bangsa `Arab

    juga satu bangsa buta huruf. Kalau tidak di sepanjang sejarah pun, sekurang-kurangnya semuamereka pernah di suatu ketika dahulu buta huruf. Atau lebih dahsyat lagi kalau disimpulkan

    daripadanya, umat Islam itu semua sekali buta huruf dengan alasan Rasulullah s.a.w. telah

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    14/27

    57

    bersabda: Sesungguhnya kita adalah umat ummi. Kita tidak pandai menulis dan mengira. Siapa

    kita itu? Umat Islam! Kerana Nabi s.a.w. tidak bersabda, kita orang-orang Mekah atau kita orang-orang `Arab!! Semua ini tidak benar bersaksikan mata kepala kita sendiri. Hadits Ibnu `Umar itutidak patut dijadikan sebagai penentu dalam perkara ini bagi penulis kerana beberapa sebab

    berikut: (1) Walaupun ia sahih, ia hanya hadits aahaad yang layak diletakkan di tempat yangsewajar dengannya. Tidak wajar kita menjadikannya sebagai penentu dan penghukum kepada al-

    Quran yang mutawatir. Al-Quran yang mutawatir tidak seharusnya ditundukkan kepada haditsseperti ini. Lihatlah riwayat mana sekalipun, anda akan mendapati al-Aswad (bin Yazid) bin Qais

    adalah madaarnya (paksinya). Anda tidak akan temui orang lain selain beliau meriwayatkanhadits ini di dalam kitab-kitab hadits yang sahih. Dia mengambil hadits ini hanya daripada Sa`id

    bin `Amar. Sa`id bin `Amar pula hanya mengambilnya daripada Ibnu `Umar. Itulah sebabnya

    hadits ini dikatakan aahaad. Lihat misalnya beberapa isnad di bawah ini bersama-sama haditsnya:(a)

    (Ini adalah riwayat Bukhari).(b)

    (Ini riwayat Muslim).(c) Imam Ahmad telah mengemukakan hadits ini melalui empat saluran. Tetapi tetap daripada al-

    Aswad (bin Yazid) bin Qais daripada Sa`id bin `Amar daripada Ibnu `Umar. Lihat sebagai contohsatu daripadanya:

    (d)

    (Ini riwayat Abu Daud). (e)

    (Ini adalah riwayat an-Nasaai). (f) Imam Baihaqi telahmengemukakannya melalui dua saluran riwayat. Di dalam kedua-duanya terdapat tiga orang

    perawi tadi. Ini salah satu daripadanya: -

    . (g)

    (Ini riwayat Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya). (2)Hadits Ibnu `Umar ini mubham (samar) dan tidak muhkam (tidak terang dan tegas maksudnya).

    Kerana tidak jelas siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai umat di dalamsabdanya itu. Semua umat Islamkah? Semua orang-orang (umat) `Arabkah? Semua orang-orang`Arab di zaman beliaukah? Atau siapa sebenarnya. Kalau dikatakan semua umat Islam, jelassekali ia bercanggah dengan kenyataan. Begitu juga kalau dikatakan semua orang `Arab. Kalau

    dikatakan semua orang-orang `Arab di zaman beliau, juga tidak masuk `aqal. Kerana di zamanJahiliah lagi sudah ramai orang yang tahu membaca dan menulis. Kalau tidak, apakah ertinya

    menggantung sya`ir-sya`ir terpilih di pekarangan Ka`bah? Kalaulah orang-orang `Arab di zamanJahiliah itu buta huruf semuanya, untuk apakah as-Sab`u al-Mu`allaqaat dan lain-lain digantungkan? Siapa akan membacanya dan menilainya sekiranya mereka semua atau kebanyakan

    mereka buta huruf? Ibnu Faaris (Abu al-Husain Ahmad bin Faaris bin Zakariya m.395H) didalam Kitabnya as-Shaahibi Fi Fiqh al-Lughah menentang keras orang-orang yang berpendapat

    bahawa orang-orang `Arab di zaman Rasulullah s.a.w. itu semua mereka atau kebanyakan mereka

    buta huruf. Beliau mengemukakan ribuan nama para sahabat dan kalangan musyrikin `Arab yangbukan sekadar celik huruf, malah mereka juga mahir dalam pelbagai bidang ilmu dan kesenian.

    Di akhirnya beliau menulis: Bermaksd:

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    15/27

    58

    Orang-orang `Arab di zaman dahulu itu sama spt kita hari ini juga. Tdk semua kita pandaimembaca dan menulis (berpendidikan). Mereka juga begitu. (Lihat Ibnu Faaris- as-Shaahibi FiFiqh al-Lughah j. 8 m/s. 11, Dr, Jawaad `Ali- al-Mufasshal Fi Tarikh al-`Arab Qabla al-Islam j.

    17 m/s. 43). (3) Adakah dengan sebab Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kita adalah umatummi. Kita tidak pandai menulis dan mengira, anda patut terus menyimpulkan Baginda s.a.w.

    juga seorang buta huruf dan buta angka? Semata-mata kerana Baginda menggunakan perkataankita? Kalau begitu apabila anda mendengar seorang kaya bercerita tentang seorang kawannyayang juga kaya, di hadapan sekumpulan orang yang mana sebilangan kecil daripada mereka

    terdiri daripada orang-orang miskin dan tidak berada. Katanya: Kawan saya tu goyang kaki saja.Lainlah cerita dia. Berapa pendapatan hariannya? 2,000 sekurang-kurangnya. Kalau kita buat

    seperti dia, kebulurlah jawabnya. Sudah tentulah anda menyimpulkan orang kaya yang berceritaitu sebenarnya miskin seperti kita juga, kerana dia telah menggunakan perkataan kita dalam

    ceritanya tadi. Padahal orang-orang yang mengerti seni bahasa (Ilmu Balaghah) tidak pulamenyimpulkan begitu. Justeru baginya, seseorang yang bercakap itu ada kalanya menggunakan

    perkataan kita dengan maksud merendahkan diri, menjaga hati orang-orang yang dihadapcakap, menyatakan kemesraannya dengan mereka dan sebagainya. Begitulah juga sepatutnyasabda Rasulullah s.a.w. tadi difahami. Itulah gunanya ada bahasa iltifaat dan sebagainya. (4)

    Kalau anda tetap berkeras mengatakan Rasulullah s.a.w. juga termasuk dalam sabdanya itu.Rasulullah s.a.w. juga tidak pandai menulis dan mengira, maka penulis akan berkata: Seolah-olahnya anda mengatakan Allah tersilap kerana menurunkan ayat-ayat di bawah ini kepadanabiNya yang buta angka: (i) Bermaksud: Katakan: Allah itu Esa (Satu). (al-Ikhlas:1).Di sini perkataan satu dalam bahasa `Arab digunakan untuk muzakkar. (ii)

    Bermaksud: salah satu dari dua golongan (musuh). (al-Anfaal:7). Perkataan digunakan untuksatu muannats. (iii) Perkataan dua yang digunakan untuk muzakkar: Bermaksud:dua orang lelaki yang adil di kalangan kamu. (al-Maaidah:106). (iv) Perkataan dua yang

    digunakan untuk muannats: Bermaksud: Kalau saudara perempuan itu dua orang. (an-Nisaa:177). (v) Bermaksud: tiga kali suci atau tiga kali haidh. (al-Baqarah:227).

    Perkataan tiga untuk muzakkar. (vi) Bermaksud: dalam tiga kegelapan. (az-Zumar:6).Perkataan tiga untuk muannats. (vii) Bermaksud: Empat ekor burung. (al-

    Baqarah:260). Empat untuk muzakkar. (viii) Bermaksud: empat kali bersumpahdengan nama Allah. (an-Nuur:6). Empat untuk muannats. (ix) Bermaksud: Ada orang

    berkata, (Ashaabu al-Kahfi itu) lima orang. (al-Kahfi:22). Lima untuk muzakkar. (x)

    Bermaksud: yang keenamnya ialah anjing mereka. Enam dalam bentuk sifat muzakkar. (xi)Bermaksud: dan ada orang berkata, (Ashaabu al-Kahfi itu) tujuh orang. Yang

    kelapannya ialah anjing mereka. (al-Kahfi:22). Lapan dalam bentuk sifat muzakkar. (xii)

    Bermaksud: lapan pasang (binatang tenakan) (al-An`aam:143). Lapan untuk muzakkar. (xiii)Bermaksud: lapan tahun (al-Qasas:27). Lapan untuk muannats. (xiv) Bermaksud:

    sembilan qabilah. (an-Naml:48). Sembilan untuk muzakkar. (xv) Bermaksud: danmereka menambah (lagi) sembilan. (al-Kahfi:25). Sembilan untuk muannats. (xvi)

    Bermaksud:Maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya. (al-An`aam:160). Sepuluh untukmuzakkar. (xvii) Bermaksud: Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. (al-Baqarah:196).

    Sepuluh untuk muannats. (xviii) Bermaksud: sebelas bintang (Yusuf:4). sebelas untukmuzakkar. (xix) bermaksud: dua belas mata air (al-Baqarah:120). Lihatlah

    penggunaan bilangan di dalam al-Quran dari nombor satu sampai nombor dua belas untuk

    kedua-dua jantina, muzakkar dan muannats. (xx) Bermaksud: pengawal danpenjaganya adalah sembilan belas (malaikat). (al-Muddttsir:30). (xxi) Bermaksud:dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat. (an-Nisaa:3). (xxii) Bermaksud: Sekiranya

    ada di antara kamu dua puluh orang. (al-Anfaal:65). Bermaksud: sedangtempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga

    puluh bulan.(al-Ahqaaf:15). (xxiii) Bermaksud: dan umurnya sampai empat puluh

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    16/27

    59

    tahun (al-Ahqaaf:15). (xxiv) Bermaksud: Maka ia tinggal di antaramereka seribu tahun kurang lima puluh tahun (sembilan ratus lima puluh tahun).(al-`Ankabuut:14). (xxv) Bermaksud: enam puluh orang miskin. (al-Mujaadilah:4). (xxvi)

    Bermaksud: lapan pulu sebatan. (an-Nuur:4). (xxvii) Bermaksud: diamempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina (Shaad:23). (xxviii)

    Bermaksud: seratus tahun. (al-Baqarah:259). (xxix) Bermaksud: dapat mengalahkan duaratus orang (musuh). (al-Anfaal:60). (xxx) Bermaksud: tiga ratus tahun. (al-Kahfi:25).(xxxi) Bermaksud: Sekiranya ada di antara kamu seribu orang (al-Anfaal:66). (xxxii)

    Bermaksud: dapat mengalahkan dua ribu orang (al-Anfaal:66). (xxxiii)Bermaksud: dengan tiga ribu malaikat (Aali `Imraan:124). (xxxiv) Bermaksud:

    dengan lima ribu malaikat (Aali `Imraan:125). (xxxv) Bermaksud: lima puluh ributahun (al-Ma`arij:4). (xxxvi) Bermaksud: danKami utuskan dia (Nabi

    Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. (as-Shaffaat:147). (xxxvii) Bermaksud:

    mereka mendapat dua per tiga (2/3) peningalannya (an-Nisaa:11). (xxxviii)Bermaksud: setiap orang daripada dua ibu bapa mendapat satu per enam (1/6) daripada

    peninggalannya (an-Nisaa:11). (xxxix) Bermaksud: kamu berhak mendapat satper empat (1/4) daripada peninggalan mereka (isteri-isterimu) (an-Nisaa:12). (xxxx)

    Bermaksud: mereka (isteri-isterimu) berhak mendapat satu per lapan (1/8) daripadapeninggalanmu (para suami) (an-Nisaa:12). Dan banyak lagi yang lain-lain tentang bilangan danangka di dalam al-Quran. Cuba fikir, bagaimana kalau Nabi s.a.w. itu memang buta angka dantidak tahu mengira. Apakah dia memahami apa itu bilangan gandaan, bilangan pecahan, bilangan

    bulat, bilangan puluhan, ratusan, ribuan dan sebagainya? Bagaimana pula dia akan melaksanakan

    pembahagian pesaka, kalau dia tidak tahu apa itu 1/8, 1/4, 2/3 dan sebagainya?? Penggunaanbilangan dalam bahasa `Arab lebih rumit berbanding bahasa-bahasa lain, kerana ia mengambilkira muzakkar atau muannatsnya sesuatu yang dibilang. Fahamkah agaknya seorang buta huruf

    dan buta angka tentang perbedaan pada bilangan yang digunanya semata-mata kerana berbedanyaapa yang dibilang daripada segi jantina??? Jika dikatakan, maksud Nabi s.a.w. dengan sabdanya

    itu bukanlah menafikan langsung kebolehan menulis dan mengira beliau sendiri serta umatnya.Maksud Beliau s.a.w. cuma menafikan kemahiran dan kepakaran dalam tulisan dan matematik

    sahaja. Jawabnya ialah karut semua itu. Kerana kalau kemahiran dan kepakaranlah yangsebenarnya dinafikan oleh Rasulullah di dalam hadits berkenaan, maka ia tidak khusus lagidengan beliau, umat Islam atau umat `Arab. Kerana bukan Islam dan bukan `Arab juga begitu. (5)

    Bagi penulis, hadits riwayat Ibnu `Umar itu tidaklah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. untukmensabitkan kebutahurufan dan kebuta angkaan beliau sendiri atau kebutahurufan dan kebutaangkaan umatnya semua sekali. Ia disabdakan Beliau s.a.w. hanya dalam konteks tertentu dan

    melibatkan segelintir umatnya sahaja. Ditinjau dari sudut Ilmu Balaghah, dapatlah dikatakanRasulullah s.a.w. sebenarnya telah menggunakan majaaz mursal dalam sabdanya itu. Bagindas.a.w. menyebutkan umat. Pada zahirnya ia merangkumi semua umat. Tetapi hakikat yangdimaksudkan Beliau s.a.w. ialah sebahagian atau segelintir daripada umatnya. Qaedah majaaz

    mursal yang digunakan di sini ialah Yang disebut adalah semua (keseluruhan sesuatu), tetapiyang dimaksudkan adalah sebahagian daripadanya () . Kita selalu dengar

    orang berkata: Saya telah baca al-Quran pagi ini. Kalau anda menganggap dia telah membacasemua sekali Quran, dari awal hingga ke akhirnya, itu menunjukkan anda memang seorang yang

    betul bendul. Tidak salah dia berkata begitu, sedangkan maksudnya ialah membaca satu juzu al-

    Quran atau beberapa surah daripadanya. Ini bererti orang itu telah menggunakan qaedah majaa zmursal tadi. Mungkin tanpa disedarinya. Konteks hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkanoleh Ibnu `Umar di atas ialah melaksanakan ibadat puasa, sembahyang dan sebagainya dalam

    Islam tidak sukar. Ia dapat dilaksanakan dengan baik oleh sesiapa sahaja yang hendakmelakukannya. Seorang buta huruf dan buta angka sekalipun dapat melaksanakannya tanpa tahu

    membaca, menulis dan mengira. Pendek kata umat Islam tidak perlu pandai ilmu falak atau ilmu

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    17/27

    60

    memegang aku lalu menekan aku sehingga habis dayaku kemudian ia melepaskan daku27

    dan berkata pula: Bacalah! Saya menjawab: Saya tidak pandai membaca. Ia terus

    haiah untuk melaksanakan ibadat kepada Allah. Untuk mengetahui masa sembahyang, mereka

    hanya perlu melihat pergerakan matahari. Kalau sudah tergelincir matahari, masuklah waktuZohor. Apabila terbenam matahari, masuklah pula waktu Maghrib dan begitulah seterusnya.Untuk mengetahui hari dan bulan, lihat saja perjalanan bulan di langit. Dari satu hari bulan

    hingga ketiga puluh hari bulan atau dua puluh sembilan hari bulan. Semua orang dapatmelihatnya. Tua, muda, lelaki, perempuan, jahil, `alim, buta huruf, celik huruf, buta angka, celik

    angka, merdeka, sahaya, miskin, kaya dan lain-lain, semuanya nampak bulan. Sebagai contoh,umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Satu bulan adakalanya terdiri daripada dua puluh

    sembilan hari. Adakalanya pula terdiri daripada tiga puluh hari. Mereka tidak perlu bergantungkepada ahli falak, ahli matematik dan sasterawan dalam menentukan masa dan waktu mereka

    beribadat, khususnya puasa. Mereka sendiri dapat menentukannya berdasarkan panduan mudahyang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Bagi penulis, inilah sebenarnya maksud Rasulullahs.a.w. di sebalik sabda Beliau s.a.w.:

    Bermaksud: Sesunggunya kita adalah umat ummi. Kita tidak pandai menulis dan mengira.Bulan itu begini-begini. Maksud Beliau s.a.w. ialah kadang-kadang (bulan itu) dua puluhsembilan hari, kadang-kadang pula tiga puluh hari. Melalui sabda ini, Rasulullah s.a.w. seolah-olahnya menyatakan satu hakikat dan realiti yang tidak dapat dinafikan bahawa tentu ada dikalangan umat Islam yang jumlahnya sebesar ini, segolongan atau segelintir orang yang tidak

    tahu membaca, menulis dan mengira. Tetapi mereka juga tidak akan mengalami kesukaran dalammelaksanakan ibadat yang dituntut agama, lantaran mudah dan sederhananya ajaran agama Islamitu. Orang-orang yang buta huruf dan buta angka juga dapat mengetahui dan menentukan bila

    bulan puasa bermula dan berakhir misalnya, semata-mata berpandukan sabda Baginda s.a.w. itu.Ia sama sekali tidak bermaksud menganjurkan umat Islam agar selesa dalam keadaan buta huruf

    dan buta angka. Tidak juga ia menafikan kepentingan ilmu falak, haiah, matematik,kesusasteraan dan lain-lain dalam kehidupan umat Islam. Ilmu-ilmu itu tetap diperlukan oleh

    semua manusia, tidak kira apa bangsa dan agamanya.27

    Perkataan bermaksud menekanku, bukan memelukku sebagaimana yang diterjemahkanoleh sesetengah penterjemah. Kerana perkataan yang lebih tepat untuk diterjemahkan dengan erti

    memeluk adalah . Tekanan mempunyai pengertian yang luas. Ia boleh bermaksudtekanan secara fizikal iaitu Jibril menekan tubuh Nabi s.a.w. ataupun secara mental iaitu tekanandalam bentuk desakan terhadap perasaan baginda. Lalu desakan yang kuat daripada Jibril tersebut

    telah membuatkan Nabi s.a.w. kehabisan daya dan upaya. Motif di sebalik Jibril memulakanpengajarannya dengan menekan Nabi s.a.w., bukan dengan cara yang lebih lembut atau mesratelah di bahas oleh para `ulama. Antara kesimpulan yang dibuat para `ulama daripada tindakanagresif Jibril tersebut ialah: (1) Proses pembelajaran seharusnya mengandungi sedikit tekanan dan

    kesukaran. Tanpa tekanan matlamat yang disasarkan oleh seseorang pelajar tidak akan dapatdicapai dengan baik. Keadaan terlalu selesa mungkin tidak begitu sesuai untuk sesetengah pelajar.

    (2) Tekanan yang diberikan hendaknya dalam kadar-kadar yang sesuai untuk membangkitkansemangat pelajar. (3) Tindakan Jibril a.s. itu mencerminkan proses pengajian seharusnya melaluilatihan dan ketahanan yang kuat bagi menempuh segala dugaan dan tekanan dalam pengajian. (4)

    Keadaan tekanan yang diperlukan untuk seseorang pelajar mencapai kejayaan tentulah berbeza-beza, sesuai dengan situasi dan kedudukannya. Antara tekanan yang boleh membawa kepadakejayaan seseorang pelajar atau kemerosotannya ialah masalah kewangan. Berapa ramai pelajar-

    pelajar yang berpotensi tinggi terkandas dalam pelajarannya hanya kerana dihimpit masalahkewangan. Tekanan juga boleh muncul dalam bentuk tugasan dan sebagainya. Kadang-kadang

    seseorang pelajar itu hanya akan menunjukkan potensinya bila menerima tekanan dalam bentuk

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    18/27

    61

    paksaan untuk menyiapkan sesebuah tugasan. (5) Mengosongkan jiwa nabi s.a.w. danmemalingkannya daripada dunia. (6) Mengisyaratkan kepada nabi s.a.w. bahawa baginda akandibebankan dengan bebanan tanggungjawab yang besar dan akan diturunkan kepada baginda

    wahyu yang berat secara berterusan selepas itu. (7) Menarik perhatian nabi s.a.w. kepadaketidakmampuan baginda membaca walaupun disuruh berkali-kali. Akan tetapi dengan kuasa dan

    limpah kurnia Allah, baginda s.a.w. akan dapat membaca dan menulis dengan baik. (8)Menyatakan bahawa apa yang dialami dan disaksikan oleh nabi s.a.w. dalam peristiwa itu bukansuatu khayalan dan ilusi. Malah ia merupakan suatu kenyataan yang berlaku kepada seseorang

    dalam keadaan penuh sedar. (9) Pemindahan kuasa (daya) daripada Jibril a.s. kepada Bagindas.a.w. yang menimbulkan keserasian sifat () dan konsentrasi () luar biasa di dalam jiwa

    baginda s.a.w. Manakala tindakan Jibril a.s. menekan Nabi s.a.w. sebanyak tiga kali jugamempunyai maksud simbolik dan isyarat yang tersendiri. Antara maksud-maksudnya yang telah

    disimpulkan oleh para `ulama ialah: (1) Nabi s.a.w. akan menghadapi tiga peringkat tekanandaripada kaumnya di sepanjang perjuangan baginda, iaitu: (i) Penolakan penduduk Mekahterhadap seruannya di samping tekanan dan penganiayaan mereka terhadap baginda dan

    pengikut-pengikut baginda. (ii) Di peringkat kedua, Nabi s.a.w. akan menghadapi tindakanpenduduk Mekah yang merancang untuk membunuhnya. (iii) Di peringkat ketiga pula baginda

    dan pengikut-pengikutnya tetap menerima gangguan dan tekanan daripada mereka walaupunsetelah berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan Kota Mekah. (2) Menurut al-Qasthallaani,tekanan pertama bermaksud memutuskan perhubungan jiwa Rasulullah s.a.w. dengan dunia danmenumpukan perhatian beliau kepada wahyu yang akan disampaikan. Tekanan kedua dan ketigatidak lebih daripada menguatkan maksud tekanan pertama jua. (3) Tekanan pertama untuk

    mengosongkan jiwa nabi s.a.w. daripada dunia. Tekanan kedua bertujuan memfokuskan jiwa nabis.a.w. kepada wahyu yang akan disampaikan dan tekanan ketiga untuk menimbulkan kemesraan

    jiwa baginda dengan wahyu. (4) Selain `aqal, manusia diberi Allah tiga perkara berikut ini: (a)

    Nafsu. Ia mendorong manusia meminati sst yang menarik hati dan berbagai-bagai-bagai bentukkeinginan. (b) Tabi`at. Ia membuatkan manusia itu leka dan lalai. (c) Syaitan. Kerananya manusia

    terperangkap dalam sifat-sifat tercela. Tekanan pertama untuk menghilangkan pengaruh nafsu.Tekanan kedua untuk menghilangkan kesan tabi`at. Tekanan ketiga untuk melepaskan diri dari

    pengaruh syaitan. (5) Tindakan tersebut merupakan satu bentuk latihan dan pemindahan kuasa(daya) daripada Jibril a.s. kepada Baginda s.a.w. Jibril a.s. yang mempunyai kemampuanmenerima wahyu secara langsung daripada Allah dan bergelar Syadidul Quwa dan Dzu Mirrah

    (yang sangat kuat dan yang mempunyai kebijaksanaan). Daya atau kemampuan yang diperolehiNabi s.a.w. daripada Jibril a.s. menerusi proses tekanan sebanyak tiga kali itu adalah berupakeserasian sifat dan konsentrasi yang paling tinggi sehingga Baginda s.a.w. dapat memusatkan

    tumpuan kepada wahyu yang berat itu dalam keadaan fizikal dan mentalnya langsung tidakterjejas. Keserasian sifat () dan konsentrasi ini telah dibahagikan oleh Syah Abdul Aziz(anakanda Syah Waliyullah) kepada empat peringkat. Keempat-empat peringkat keserasian sifat

    () dan konsentrasi itu juga mungkin dialami oleh para pelajar dalam usaha mereka menuntutilmu: (a) Tawajjuh Inikaasi ( ) iaitu keserasian sifat dan konsentrasi pelajar yang

    paling rendah dan bawah. Dalam keadaan ini seseorang pelajar itu akan mendapat ilmu dan

    memahaminya selagi ia berada di dalam majlis ilmu atau selagi ia berada di samping gurunya.Pelajar yang berada pada peringkat ini akan dapat menghidu wangian (minyak `atar dansebagainya) daripada pakaian gurunya atau menumpang cahaya pelita gurunya apabila duduk di

    samping gurunya itu. Tetapi sebaik sahaja berpisah dengan guru, ia tidak akan dapat menghidulagi wangian dan tidak dapat lagi menumpang cahaya pelitanya. (b)Tawajjuh Ilqai( ).Pada peringkat ini seseorang pelajar memang mendapat sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari dari

    guru. Keadaannya bolehlah diibaratkan seperti orang yang mendapat api (cahaya) daripada apipelita orang lain dengan dicucuhkan ke sumbu pelita atau lilinnya yang sebelum itu tidak

    menyala. Tetapi api yang menyala di sumbu lilinnya tidaklah sebesar dan sekuat api pelita

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    19/27

    62

    memegang aku dan menekan aku buat kali kedua sehingga habis dayaku. Kemudian ia

    melepaskan saya dan berkata bacalah! Saya menjawab: Saya tidak pandai membaca.

    Nabi s.a.w. menceritakan lagi; Seterusnya dia memegang dan menekan saya buat kali

    ketiga, kemudian melepaskan saya lantas dia berkata : ... (bacalah

    dengan nama tuhanMu).28

    Rasulullah s.a.w. membawa pulang wahyu itu dalam

    gurunya yang tidak mudah terpadam bila ditiup angin. (c) Tawajjuh Islahi ( ). Padaperingkat ini seseorang pelajar mendapat ilmu dengan menceduk sebanyak mungkin ilmugurunya. Keadaannya bolehlah diibaratkan seperti orang yang membuka parit daripada sungai

    yang mengalir deras. Selagi dia membuka dan menjaga muara aliran paritnya, dia akan terusmendapat air sungai itu. Halangan-halangan kecil seperti daun-daun dan ranting-ranting pokokyang hanyut tidak akan menghalang air sungai daripada masuk ke dalam paritnya. Kecuali kalauada sst halangan besar seperti batu besar dan sebagainya. (d) Tawajjuh Ittihadi ( ) . Iniadalah peringkat keserasian sifat dan konsentrasi pelajar yang paling tinggi dan sempurna. Pada

    peringkat ini seseorang pelajar mendapat sepenuh ilmu gurunya atau mungkin juga ilmunyamelebihi ilmu gurunya. Inilah kemuncak kemampuan yang diterima oleh Nabi s.a.w. setiap kalimendapat wahyu baginda daripada Jibril a.s. Menurut Syah `Abdul `Aziz, tujuan Jibril menekan

    Nabi s.a.w. dalam peristiwa ini sebanyak tiga kali ialah untuk memasukkan ke dalam jiwa ragaBaginda s.a.w. tiga peringkat terakhir keserasian sifat dan konsentrasi yang tersebut itu. Menurut

    Syeikh Zakariya, peringkat pertamanya telah diperolehi Nabi sebaik sahaja Baginda s.a.w.melihat Jibril a.s. dalam peristiwa itu. Kemampuan membaca dan menulis secara tiba-tiba juga

    bagi Abu al-Walid al-Baaji, diperoleh Baginda s.a.w. setelah tiga kali ditekan oleh Jibril a.s. (6)

    Tindakan Jibril a.s. tersebut adalah untuk menimbulkan kesedaran Nabi s.a.w. terhadap identitidan potensi sebenar Baginda s.a.w. yang sebelum ini tidak pernah disedari baginda sendiri.

    Keadaan Nabi s.a.w. pada ketika itu bagaikan anak seekor harimau dalam kisah ibarat yangdikemukakan oleh Maulana Rumi. Kononnya ada seekor anak harimau yang tidak menyedari

    identiti dirinya kerana ia dibesarkan dalam lingkungan sekawan kambing. Anak harimau ituhanya makan apa yang dimakan oleh kambing dan bermain seperti kawan-kawan kambingnyayang lain. Sehinggalah ke suatu ketika, apabila ia terpandang bayang wajahnya yang muncul di

    sebalik permukaan air sebuah tasik. Pada ketika itu barulah ia sedar akan identiti dirinya yangsebenar dan mulalah ia mengaum seperti seekor harimau, lalu terus menerpa dan menerkamlah iake arah kambing-kambing yang ada di sekelilingnya. Dalam erti kata yang lain, tindakan Jibril

    tersebut seolah-olahnya membawakan cermin ke hadapan Nabi s.a.w. agar baginda dapat menilikwajah sebenar Baginda s.a.w.28 Dalam usaha membangkitkan kesedaran Nabi s.a.w. terhadap identiti dan potensi diri baginda,Allah s.w.t. telah memulakan wahyu pertama dengan mengingatkan baginda bahawa Allah amat

    berkuasa mencipta dan memuliakan manusia. Jika sebelum itu, Nabi s.a.w. merasakan bahawadirinya hanyalah seorang hamba Allah yang lemah sama seperti insan-insan yang lain, maka

    Allah s.w.t. hendak mengingatkan baginda bahawa penciptaan manusia hanyalah bermuladaripada segumpal darah. Jika Dia mampu mengubah gumpalan darah tersebut kepada seorangmanusia yang mulia, maka Dia juga mampu mengubah peribadi baginda daripada seorang

    manusia biasa kepada seorang nabi yang mulia. Salah satu cara Allah mengubah mentaliti danparadigma manusia daripada kehinaan kepada kemuliaan adalah dengan ia meningkatkan ilmudan belajar. Inilah yang hendak dicetuskan oleh wahyu pertama dengan arahan Bacalah itu.

    Malah jika diperhatikan lagi kandungan wahyu pertama yang juga mengandungi perkataanPena, jelaslah ia menunjukkan wahana Allah memberi ilmu kepada manusia adalah dengan

    membaca dan menulis. Dengan itu tepat sekalilah da`waan golongan yang berpendapat bahawa

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    20/27

    63

    keadaaan hatinya berdebar-debar. Beliau s.a.w. pun masuk menemui Khadijah binti

    Khuwailid seraya berkata : Selimutkan saya..! Selimutkan saya ! Mereka pun

    meyelimutkannya sehingga hilanglah rasa takut Beliau. Rasulullah s.a.w. menceritakan

    apa yang berlaku kepada Khadijah dan seterusnya berkata Sesungguhnya aku benar-

    benar bimbangkan diriku.29

    Khadijah berkata : Tidak! Demi Allah, sampai bila pun

    Nabi s.a.w. telah mendapat kemampuan membaca dan menulis serentak ketika menerima wahyu

    pertama itu.29 Golongan anti hadits dan Syiah telah mengambil kesempatan daripada potongan hadits di atas

    untuk mempertikai dan menolak hadits yang sahih ini. Kata mereka, tidak masuk `aqal hatiRasulullah s.a.w. berdebar-debar dan Baginda s.a.w. ketakutan sebegitu rupa sehingga menyuruhahli keluarga menyelimutkannya. Dan kemuncaknya bagaimana Nabi s.a.w. boleh berkata:Sesungguhnya aku benar-benar bimbangkan diriku. Bagi mereka hadits ini tidak mungkinsahih, bahkan ia adalah hadits maudhu` (palsu) kerana beberapa alasan berikut ini: (1) Ia jelas

    menunjukkan kekurangan Nabi s.a.w. Mana boleh seorang nabi takut? Takutnya pula kepadaJibril! Sepatutnya Nabi s.a.w. bergembira kerana telah dilantik sebagai nabi dan rasul. Apaertinya Beliau s.a.w. berkata: Sesungguhnya aku benar-benar bimbangkan diriku. Adakah Nabis.a.w. bimbang akan dibunuh oleh Jibril? (2) Hadits ini menggambarkan Nabi s.a.w. seolah-olahnya tidak yakin dengan kebenaran wahyu yang dibawakan oleh Jibril a.s. kepadanya. Nabi

    s.a.w. juga digambarkan macam tidak berapa pasti bahawa yang datang kepadanya itu adalahJibril. Kalau yakin, maka untuk apa pergi berjumpa Waraqah dengan isterinya Khadijah r.a.? Dankalau pasti, kenapa bila Nabi s.a.w. menceritakan tentang seseorang yang datang kepadanya di

    gua Hiraa itu, Waraqah berkata: Itu ialah Namus yang Allah telah turunkan kepada Musa.Nabi s.a.w. diam saja pada ketika itu. (3) Ia menampakkan Rasulullah s.a.w. kerdil di hadapan

    seorang paderi Kristian. Agama Islam pula kelihatan rendah dan hina di hadapan agama Kristian.Mana mungkin Nabi s.a.w. akan meruju` kepada seorang paderi kristian untuk menentukan

    kedudukan dirinya dan kebenaran agama yang dibawanya?? Jawapan kepada alasan (1) ialah dimana tersebut di dalam hadits ini Rasulullah s.a.w. takut kepada Jibril? Yang menyebabkan Nabis.a.w. takut dan hati Baginda s.a.w. berdebar-debar ialah kerisauan Nabi s.a.w. terhadap

    kemampuan baginda sebagai seorang manusia dalam melaksanakan tanggungjawab danmenghadapi penentangan musuh-musuh yang akan datang sepanjang hayat baginda. Di sanamungkin juga akan berlaku sedikit sebanyak kecuaian atau kegelinciran dalam menyampaikan

    dan mempraktikkan tugas berat yang baru diterima baginda. Tekanan oleh Jibril seketikamenyampaikan wahyu pertama juga membuatkan Rasulullah s.a.w. ketakutan. Fikir baginda,kalau tekanan dalam pertemuan kali pertama itu mengakibatkan baginda kehabisan daya dantenaga, bagaimanalah nanti apabila menerima wahyu-wahyu seterusnya. Mungkinkah dengan

    menerima tekanan-tekanan seperti itu, di samping beban wahyu yang sememangnya berat nanti,nyawa baginda akan terancam atau kesihatan baginda akan terjejas kerananya?! Ini semualah

    yang menyebabkan beliau risau dan ketakutan sebegitu rupa. Dengan mengatakan sepatutnyaRasulullah s.a.w. bergembira kerana telah dilantik menjadi nabi dan rasul, seolah-olahnya kitamenyamakan baginda dengan calon yang menang pilihan raya. Di mana dengan memperolehi

    kemenangan itu ia dijulang oleh para penyokong dan terbayanglah di hadapan matanya sekian-sekian banyak gaji bulanan yang akan diterimanya. Sebanyak mana pula peluang dankeistimewaan yang akan diperolehi daripada jawatan yang akan disandangnya nanti dan

    sebagainya. Jawatan kenabian dan kerasulan tidak menjanjikan sorak-sorai penyokong, gaji yanglumayan dan habuan dunia yang boleh mempesonakan seseorang yang dilantik menjadi nabi dan

    rasul. Ia adalah suatu jawatan yang penuh dengan tanggungjawab dan kesukaran. Bagaimana

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    21/27

    64

    Nabi s.a.w. akan bergembira kerana mendapatnya? Soal takut, itu adalah salah satu naluri semula

    jadi manusia. Bukankah para nabi dan rasul itu manusia? Kalau mereka manusia, tentulah sifattakut itu ada juga pada mereka. Kenapa pula dengan sebab itu dinafikan kesahihan hadits ini?

    Padahal bukan hadits ini sahaja menyatakan perasaan takut itu ada pada para nabi a.s. Al-Quransendiri ada menyatakannya. Adakah al-Quran juga kamu akan pertikaikan? Adakah kamu akanmenolak ayat-ayat al-Quran itu? Lihat satu per satu ayat-ayat di bawah ini dan lihatlah bahagian

    yang bergaris terjemahannya. Bagaimana Allah menjelaskan para nabi dan rasulNya jugamempunyai naluri takut:

    (a)

    Bermaksud: Maka Musa merasa takut dalam hatinya . 67. Kami berkata: Jangan takut,sesungguhnya engkau lebih tinggi (akan menang). 68. (Thaha:67-68).(b)

    Bermaksud: Nabi Musa berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah membunuh seorangdari kalangan mereka; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku. (al-Qashash:33).(c)

    Bermaksud: Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandanganeh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat-malaikat itu berkata: Jangankamu takut, Sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Luth.

    (Huud:70).(d)

    Bermaksud: ketika mereka masuk (menemui) Daud lalu dia terkejut karena (kedatangan) mereka.

    Mereka berkata: Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorangdari kami telah berlaku z`alim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami denganadil, dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus.(Shaad:22).

    (e)

    Bermaksud: Bapa mereka (Ya`qub) menjawab: Permergian kamu dengan membawanya bersama

    sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang (takut) ia akan dimakan serigala, ketikakamu lalai dari mengawalnya. (Yusuf:13).(f)

    Bermaksud: dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu (Nabi) Ibrahim. 51. ketika merekamasuk mendapatkannya lalu mengucapkan: Salaam. Dia (Ibrahim) berkata: Sesungguhnyakami berasa takut kepada kamu.52. Mereka menjawab: Janganlah engkau takut, sebenarnya

    kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan mendapat seorang anaklelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu. 53. (al-Hijr:51-53).(g)

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    22/27

    65

    Bermaksud: dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah

    dikurniakan ni`mat oleh Allah (ni`mat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baikkepadanya: Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah, sambil engkau

    menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut

    kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti. Kemudian setelah Zaidselesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan

    engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwindengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis

    kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). dan adalah ketetapan Allah itu pastiterjadi. (al-Ahzaab:37). Ayat-ayat yang dikemukakan di atas dengan jelas menunjukkan

    bahawa nabi-nabi juga mempunyai perasaan takut sesuai dengan sifat mereka sebagai seorang

    manusia. Bukan nabi-nabi biasa yang mempunyai sifat takut itu, malah nabi-nabi Ulil `Azmi jugatidak terkecuali daripada mempunyai naluri tersebut. Sekiranya sifat-sifat seperti itu hendak

    dipertikaikan, berereti kamu juga telah menari mengikut rentak orang-orang kafir yangmempertikaikan kemanusiaan para nabi dan rasul. Lihat bagaimana Allah menggambarkankemusykilan mereka melalui firmanNya ini:

    Bermaksud: dan mereka berkata: Mengapa rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar(seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turutmemberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yangmembenarkannya). (al-Furqaan:7). Kata-kata Nabi s.a.w. bahawa:Sesungguhnya aku benar-

    benar bimbangkan diriku, tidaklah kerana Beliau s.a.w. takut Jibril membunuhnya ataumengapa-apakannya. Ini kerana sabda Baginda s.a.w.akubimbangkan dirikuitu boleh dikaitkandengan masa yang telah lalu. Seolah-olahnya Baginda s.a.w. berkata: Sesungguhnya aku benar-

    benar bimbangkan diriku tadi, iaitu apabila ditekan dengan begitu teruk jibril a.s. sehinggaBaginda s.a.w. kehabisan daya dan tenaga. Ia juga boleh dikaitkan dengan masa akan datang.

    Seolah-olahnya Nabi s.a.w. berkata: Sesungguhnya aku benar-benar bimbangkan diriku nanti /kelak, iaitu apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan dan ujian yang boleh mengancam

    nyawa baginda dalam usaha melaksanakan tanggungjawab yang baru diserahkan kepadanya itu.Jawapan kepada alasan (2) ialah perginya Rasulullah kepada Waraqah bukan kerana tidakyakin dengan kebenaran wahyu yang dibawakan oleh Jibril a.s. kepadanya. Bukan juga untuk

    mendapat kepastian daripada Waraqah tentang orang yang menemui Rasulullah dalam peristiwayang diceritakan oleh baginda kepada Waraqah itu sama ada Jibril atau bukan. Tidak ada pun

    pertanyaan berbentuk seperti itu diajukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Waraqah, baik di dalam

    riwayat ini atau riwayat-riwayat yang lain. Pertama sekali perlu diingat bahawa perginyaRasulullah s.a.w. untuk menemui Waraqah itu bukan rancangan Baginda s.a.w. Malah Bagindas.a.w. telah dibawa oleh isterinya Khadijah yang cukup mengenali Waraqah sebagai tempatrujukan agama yang jujur dan luas pengetahuannya. Ini menunjukkan tidak ada kemungkinan

    berlaku pakatan di antara Waraqah dan Rasulullah untuk menyokong Baginda s.a.w. Antarahikmat Nabi s.a.w. menurut kehendak isterinya Khadijah r.a. untuk pergi menemui Waraqah ialah

    beberapa perkara berikut ini: (a) Waraqah adalah seorang tua yang sangat `alim dan berpengaruhdalam masyarakat. Kalau dia membenarkan Nabi s.a.w. dan menyokong Baginda s.a.w., tentulahrintangan dan halangan di jalan perjuangan Baginda s.a.w. sedikit sebanyak akan berkurang. (b)

    Nabi s.a.w. kiranya telah mengetahui kejujuran Waraqah dan kesahihan ilmu yang ada padabeliau. Kepergian baginda untuk menemuinya tidak akan mengundang kerugian, malah akanmembawa keuntungan dan meraih sokongan yang kuat. (c) Pengesahan Waraqah dan sokongan

    beliau terhadap Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman selain dapat melemahkan semangatmenentang masyarakat Quraisy, akan menarik perhatian Ahli Kitab yang lain kepada agama

    Islam. Pengikut-pengikut setia Waraqah tentunya akan menurut keputusan beliau untuk memeluk

  • 7/30/2019 Kitabul Wahyi (3)

    23/27

    66

    Allah tidak akan menghinamu. Sesungguhnya engkau selalu menghubungi keluarga,

    menanggung beban orang-orang susah, mengusahakan sesuatu untuk orang yang tiada

    perusahaan, melayani tetamu dan membantu orang ketika bencana-bencana `alam

    menimpa.30

    Khadijah pun membawa Nabi s.a.w. pergi kepada Waraqah bin Naufal bin

    Asad bin Abdil Al-`Uzza (sepupu Khadijah). Waraqah telah menganut agama Nashrani di

    agama Islam dan seterusnya membela Baginda s.a.w. (d) Menunjukkan kepada dunia bahawapada ketika itu masih ada penganut agama Kristian yang mempunyai pengetahuan tentang Kitab

    Taurat dan Injil yang sebenar. Rupa-rupanya di dalam Kitab Taurat dan Injil yang sebenar ituterdapat perincian tentang Nabi akhir zaman seperti yang disebutkan oleh Waraqah di dalamhadits ini. Sst yang pada ketika itu belum diketahui oleh Nabi s.a.w. sendiri sekalipun. Akantetapi malang, kerana ma`lumat yang tepat dan jelas seperti itu hanya ada pada segelintir AhliKitab shj. Adapun kebanyakan Ahli Kitab, mereka hanya mendapat ma`lumat yang telah

    diselewengkan, kerana itulah yang tersebar secara meluas di kalangan mereka. Jawapan kepada

    alasan (3) pula ialah tidak timbul soal Nabi s.a.w. kerdil di hadapan seorang paderi Kristian danagama Islam pula kelihatan hina di hadapan agama Kristian. Sebabnya ialah hadits ini sendirimenegaskan bahawa Waraqah dalam majlis itu juga menyatakan hasratnya membela Rasulullahs.a.w. Kerananya kebanyakan `ulama, termasuk Hafiz Ibnu Katsir, Hafiz Ibnu Hajar, al-

    Munaawi, al-Biqaa`i, Ibnu asy-Sy