fikrah#3 edisi 3

4
ISNIN | 22 APRIL 2013 | 11 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #3 PULUHAN RIBU Bersama CALON BN RAKYAT JERIT TUKAR!! Tuan Guru Haji Abdullah Sa’amah pengasas Pondok Geting antara puluhan ribu rakyat yang keluar memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional di pusat-pusat penamaan calon seluruh Kelantan. KOTA BHARU - Puluhan ribu rakyat Kelantan bangkit di seluruh negeri ini untuk menolak PAS. Buktinya mereka bersama-sama dengan calon Barisan Nasional (BN) untuk ke pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) pada Sabtu. Kebangkitan rakyat ini tidak dipaksa oleh mana-mana pihak sebaliknya mereka secara sukarela keluar untuk menunjukkan rasa muak terhadap retorik yang sering dimainkan oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Tanpa menghiraukan cuaca panas terik mereka setia menanti pengumuman penuh calon-calon BN daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di semua kawasan Parlimen di seluruh negeri ini. Di Jeli, lebih 6,000 mengiringi Dato' Seri Mustapa Mohamed ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Sementara itu, di Tanah Merah lebih 12,000 rakyat bersama calon-calon BN dan hanya 2,000 sahaja bersama PAS. PAS jelas tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Tindakan pemimpin PAS yang sanggup menjual kalimah Allah dan terpalit dengan skandal seks menyebabkan parti itu hilang kredibiliti. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada PAS yang sanggup tunduk pada DAP dan PKR di dalam isu melibatkan agama dan moral. Tindakan parti itu memalukan ahli PAS dan umat Islam keseluruhannya. Bukan itu sahaja, PAS kini menghadapi masalah dalaman yang amat serius, boikot memboikot, cantas mencantas tidak dapat dibendung lagi dan ia telah menjadi rahsia umum sehinggakan untuk memilih calon dalam pilihan raya menjadi masalah yang amat rumit untuk diselesaikan. Apa yang pasti, PAS sudah sampai di penghujung nyawanya. Tempoh 23 tahun yang diberikan sudah cukup dan peluang seharusnya diberikan kepada BN untuk membawa perubahan secara total di negeri ini. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mendengar keluhan mereka. Rakyat mahukan bekalan air bersih, perumahan mampu milik, lebuh raya dan kemudahan prasarana bertaraf dunia. Hanya BN yang mampu melaksanakan semua itu dan ia telah dibuktikan sejak 56 tahun lalu. Barisan Transformasi BN Kelantan adalah yang terbaik.

Upload: badan-perhubungan-umno-kelantan

Post on 24-Mar-2016

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Fikrah#3 - sempena PRU13 untuk adik kakok Pengundi Kelantan

TRANSCRIPT

Page 1: Fikrah#3 Edisi 3

ISNIN | 22 APRIL 2013 | 11 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #3

PULUHAN RIBUBersama CALON BN

RAKYAT JERIT TUKAR!!

Tuan Guru Haji Abdullah Sa’amah pengasas Pondok Geting antara puluhan ribu rakyat yang keluar memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional di pusat-pusat penamaan calon seluruh Kelantan.

KOTA BHARU - Puluhan ribu rakyat Kelantan bangkit di seluruh negeri ini untuk menolak PAS.

Buktinya mereka bersama-sama dengan calon Barisan Nasional (BN) untuk ke pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) pada Sabtu.

Kebangkitan rakyat ini tidak dipaksa oleh mana-mana pihak sebaliknya mereka secara sukarela keluar untuk menunjukkan rasa muak terhadap retorik yang sering dimainkan oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Tanpa menghiraukan cuaca panas terik mereka setia menanti pengumuman penuh calon-calon BN daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di semua kawasan Parlimen di seluruh negeri ini.

Di Jeli, lebih 6,000 mengiringi Dato' Seri Mustapa Mohamed ke Pusat Penamaan

Calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Sementara itu, di Tanah Merah lebih 12,000 rakyat bersama calon-calon BN dan hanya 2,000 sahaja bersama PAS.

PAS jelas tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Tindakan pemimpin PAS yang sanggup menjual kalimah Allah dan terpalit dengan skandal seks menyebabkan parti itu hilang kredibiliti.

Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada PAS yang sanggup tunduk pada DAP dan PKR di dalam isu melibatkan agama dan moral. Tindakan parti itu memalukan ahli PAS dan umat Islam keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, PAS kini menghadapi masalah dalaman yang amat serius, boikot memboikot, cantas mencantas tidak dapat dibendung lagi dan ia telah menjadi rahsia

umum sehinggakan untuk memilih calon dalam pilihan raya menjadi masalah yang amat rumit untuk diselesaikan.

Apa yang pasti, PAS sudah sampai di penghujung nyawanya. Tempoh 23 tahun yang diberikan sudah cukup dan peluang seharusnya diberikan kepada BN untuk membawa perubahan secara total di negeri ini.

Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mendengar keluhan mereka. Rakyat mahukan bekalan air bersih, perumahan mampu milik, lebuh raya dan kemudahan prasarana bertaraf dunia.

Hanya BN yang mampu melaksanakan semua itu dan ia telah dibuktikan sejak 56 tahun lalu. Barisan Transformasi BN Kelantan adalah yang terbaik.

Page 2: Fikrah#3 Edisi 3

2 | FIKRAH PRU 13

RAKYAT BANGKIT

PASIR PUTEH – Perpecahan dalam PAS semakin tidak dapat dibendung.

Terkini seorang ahli PAS yang berang dengan tindakan pucuk pimpinan parti itu mengambil tindakan nekad bertanding atas tiket bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising.

Ibrahim Ismail bersama dengan pencadang dan penyokong serta ahli PAS yang kecewa tiba di Puat Penamaan Calon di Pejabat Tanah dan Jajahan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi ini dan pencalonannya diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Beliau tanpa berselindung menyatakan perasaan tidak puas hati kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mencalonkan Drs. Saipul Bahrin Mohamad untuk bertanding di kawasan tersebut.

Ini kerana umum telah mengetahui imej Saipul Bahrin telah tercalar apabila beliau didakwa ditangkap berkhalwat di atas gerabak keretapi bersama dengan isteri orang.

Penentangan kami tidak akan wujud sebagaimana hari ini, sekiranya Saiful Bahri berjaya membersihkan namanya dalam insiden khalwat yang menjadi isu berpanjangan bukan sahaja di media cetak,

eletronik dan media sosial tetapi masih menjadi bahan bualan di kedai kopi.

"Sepatutnya, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat peka terhadap perkembangan sebegini dan tidak ego dengan keputusannya yang membelakangi suara rakyat di kawasan ini," kata Ibrahim yang juga Setiausaha PAS cawangan Danan Timur.

Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa ahli PAS sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka sendiri dan ia juga membuktikan bahawa pemimpin PAS tidak suci.

Perpecahan yang berlaku dalam PAS ini adalah berpunca daripada sikap pemimpin mereka sendiri yang khayal dengan kuasa dan wang.

Ini juga membuktikan bahawa pemimpin PAS hanya bertopengkan Islam untuk menghalalkan kerja haram yang dilakukan mereka.

Tidak mustahilah hari ini, rakyat Kelantan sudah bangkit kerana tidak lagi sanggup menjadi mangsa penipuan PAS untuk selama-lamanya.

PASSEMAKINBERPECAH

Bachok 3,500 orang Ketereh 3,500 orang

Jeli 6,000 orang

Kota Bharu 6,000 orang

Ibrahim Ismail, pertama dari kiri di pusat penamaan calon Jajahan Pasir Puteh.

Page 3: Fikrah#3 Edisi 3

3FIKRAH PRU 13 |

RAKYAT BANGKIT BERSAMA BN

PASIR MAS – Matlamat utama rakyat Kelantan bersama Barisan Nasional (BN) adalah untuk menumbangkan PAS dan menubuhkan Kerajaan yang membela nasib mereka.

Demikian penegasan yang dibuat oleh Pengerusi BN Pasir Mas, Dato’ Hanafi Mamat yang menyeru semua pihak supaya bekerja keras untuk memastikan kejayaan menyebelahi rakyat Kelantan dan BN.

Beliau berkata, semua jentera BN harus memastikan PAS kalah di Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

iaitu DUN Chetok, DUN Tendong dan DUN Pengkalan Pasir.

Mengulas mengenai ketiadaan calon BN untuk bertanding kerusi Parlimen, Hanafi menjawab:

"Saya akan pastikan kehendak rakyat melihat PAS kalah dan itu terjawab dengan sendirinya, rakyat mahu PAS kalah di peringkat Parlimen dan ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) kalah."

Ahli UMNO dan penyokong BN tiada pilihan tetapi memberikan undi kepada calon bebas BN, Dato’ Ibrahim Ali yang akan menentang anak kepada Nik Aziz.

Ia ekoran tindakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa

memberi laluan kepada Ibrahim yang juga mentor politiknya dan penyandang kerusi tersebut.

Bagi Che Johan, tindakannya tersebut adalah untuk memastikan PAS tumpas dan membantu BN mendapatkan majoriti dua per tiga di Parlimen.

"Peluang lebih cerah sekiranya per-tandingan satu lawan satu. Berilah sokongan yang sepenuhnya kepada Tok Him bagi memastikan PAS kalah," katanya.

Kerusi Parlimen Kota Bharu akan men-yaksikan pertembungan di antara Ibrahim dengan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ibrahim yang bertanding atas calon bebas akan menggunakan simbol bunga raya.

KUASA RAKYATTUMBANGKAN PAS

Pasir Mas 3,500 orang Pasir Puteh 15,000 orang

Machang 7,000 orang

Tanah Merah 12,000 orang Tumpat 6,000 orang

Page 4: Fikrah#3 Edisi 3

4 | FIKRAH PRU 13

GABUNGAN ULAMA & UMARAK ACUAN TERBAIK

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin gabungan di antara ulama dan umarak yang menganggotai parti itu merupakan satu acuan pentadbiran terbaik yang diguna pakai dalam percaturan politik di Negeri Kelantan.

Keyakinan yang diluahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang menyifatkan kemampuan mentadbir bukan sahaja boleh dilakukan oleh ulama sebaliknya seorang pemimpin memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang baik.

"Kita nak jadi pemimpin ini perlu banyak sifat dan kita tidak menafikan bahawa ada ulama yang boleh menjadi pemimpin. Tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Kita yakin bahawa kita boleh memberikan kepimpinan yang lebih baik dengan adanya gabungan ulama dan umarak yang kita ada. Dengan cara ini kita boleh mantapkan lagi pentadbiran seperti mana yang kita sudah lakukan," katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, BN kini memiliki barisan calon daripada pel-bagai lapisan termasuk tokoh agama, pemuda serta wanita dan di dalam negara demokrasi, setiap parti mempunyai acuan dan kelebihan sendiri.

"Saya tidak nafikan agama itu penting tetapi bukan itu sahaja yang diperlukan untuk membawa perubahan, kemakmuran dan perpaduan. Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan.

Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan. Yang penting ialah memimpin negeri, buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan

saya akui agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya.

Jelasnya, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang."Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen PAS sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja.

"Rakyat Kelantan hari ini, Alhamdulillah telah mula bangkit dan inginkan perubahan. Ke mana-mana kita pergi sambutan pada BN sangat positif," katanya.

KOTA BHARU – Mengubah landskap pembangunan Kelantan berteraskan Islam. Itulah janji yang dibuat Barisan Nasinal (BN) Kelantan sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan dalam Akujanji BN Kelantan bertemakan 'Rakyat Dihati Janji Ditepati' yang dilancar Pengerusi BN Kelantan Dato’ Sri Mustapa Mohamed di Bangunan UMNO di sini baru-baru ini.

Dalam Akujanji 20 muka surat itu, BN menyatakan tonggak utamanya ialah untuk mengubah landskap Kelantan dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan negeri ini membangun dan maju dengan perteraskan Islam.

BN juga memperlihatkan Islam dari segi kemuliaan akidah bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran umat Islam dan rakyat Kelantan menjadi kenyataan berdasarkan prinsip maqasid syariah yang mana dua prinsip penting yang didokong iaitu Islam dan kecemerlangan.

Selain itu, BN akan melaksanakan pen-tadbiran negeri berteraskan Islam dengan mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyah) dalam semua pendekatan, meningkatkan peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat pendidikan se-umur hidup dan mengadakan program pembangunan ummah dan pembinaan insan secara tersusun dan bersepadu.

Pada akujanji itu juga BN berjanji untuk melahirkan para daei, imam dan pegawai masjid yang berwibawa dengan memantapkan institusi pengajian Al-Quran dan menubuhkan pusat latihan perkaderan Islam.

BN juga berjanji meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat, menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah ibadat di samping menyediakan lebih banyak bantuan ke-wangan kepada institusi agama ber-daftar dan rumah-rumah ibadat selain mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan kenaikan gaji.

Selain itu, BN berjanji untuk meningkat-kan kualiti sekolah agama rakyat dan membenarkan pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, dan menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

Akujanji itu juga turut menyatakan tujuh janji Mustapa jika BN diberi mandat memerintah negeri ini, iaitu menjanjikan pentadbiran yang adil, urus tadbir yang telus, amanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN akan mengutamakan anak-anak tempatan dalam pengagihan tanah.

Mengamal, menggalakkan serta me-nerapkan nilai-nilai murni sekali gus mengelakkan amalan fitnah, tuduhan, tomahan atau kata-kata kesat di kalangan masyarakat, kerajaan BN tidak akan menggondolkan tanah di Hulu Kelantan.Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan negara, menyediakan masa depan yang lebih baik untuk orang muda, dan BN akan mengotakan apa yang dijanjikan.

UBAH LANDSKAPKELANTANBerteraskan Islam