3 3 kekenyalan

10
KEKENYALAN Pengertian Kekenyalan Keupayaan sesuatu bahan kembali ke bentuk @ saiz asal apabila daya yang bertindak ke atasnya ( mampatan @ rengangan) dialihkan. Mengapa Pepejal Kenyal? Terdapat dua jenis daya antara molekul-molekul pepejal iaitu daya tarikan dan daya tolakan. Jika pepejal diregang,daya tarikan antara molekul bertindak. Jika pepejal dimampat daya tolakan antara molekul bertindak. Jika tiada daya luar ,daya tolakan dan daya tarikan seimbang(daya paduan sifar). Graf daya antara molekul,F melawan jarak pemisahan antara molekul,x. Pada kedudukan X 1 : Dipanggil sebagai kedudukan keseimbangan dimana daya tarikan = daya tolakan Pada kedudukan X < X 1 : Pepejal dimampatkan menyebabkan daya tolakan > daya tarikan.Jika tiada daya tolakan kemungkinan dua molekul bercantum dan musnah. Pada kedudukan X 1 < X<X 2 : Pepejal diregang dimana daya tarikan > daya tolakan sehingga daya tolakan akan mencapai nilai maksimum pada X 2 untuk mengekalkan bentuknya. Pada kedudukan X > X 2 :Pepejal terus diregang menyebabkan daya tarikan menjadi lemah,kemungkinan pepejal bertukar menjadi cecair atau gas. Hubungan daya (F) dan regangan @ mampatan,x Bagi suatu bahan kenyal -(Hukum Hooke) (i)Hukum Hooke Hukum Hooke menyatakan daya regangan berubah secara langsung dengan regangan jika had kenyal tidak dilampaui. @ F x F = k x F = daya PELAJARAN 3

Upload: slokkro

Post on 06-Jun-2015

1.909 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 3 Kekenyalan

KEKENYALAN

Pengertian KekenyalanKeupayaan sesuatu bahan kembali ke bentuk @ saiz asal apabila daya yang bertindak ke atasnya( mampatan @ rengangan) dialihkan.

Mengapa Pepejal Kenyal?

Terdapat dua jenis daya antara molekul-molekul pepejal iaitu daya tarikan dan daya tolakan.Jika pepejal diregang,daya tarikan antara molekul bertindak.Jika pepejal dimampat daya tolakan antara molekul bertindak.Jika tiada daya luar ,daya tolakan dan daya tarikan seimbang(daya paduan sifar).

Graf daya antara molekul,F melawan jarak pemisahan antara molekul,x.Pada kedudukan X1 : Dipanggil sebagai kedudukan

keseimbangan dimana daya tarikan = daya tolakanPada kedudukan X < X1 : Pepejal dimampatkan menyebabkan daya tolakan > daya tarikan.Jika tiada daya tolakan kemungkinan dua molekul bercantum dan musnah.Pada kedudukan X1 < X<X2 : Pepejal diregang dimana daya tarikan > daya tolakan sehingga daya tolakan akan mencapai nilai maksimum pada X2 untuk mengekalkan bentuknya.Pada kedudukan X > X2 :Pepejal terus diregang menyebabkan daya tarikan menjadi

lemah,kemungkinan pepejal bertukar menjadi cecair atau gas.

Hubungan daya (F) dan regangan @ mampatan,xBagi suatu bahan kenyal -(Hukum Hooke)

(i)Hukum HookeHukum Hooke menyatakan daya regangan berubah secara langsung dengan regangan jika had kenyal tidak dilampaui.

@ F x F = k x

F = dayaX = regangan @ pemanjangan @ pemampatan

(ii) Eksperimen mencari hubungan antara daya dan pemanjangan.Hipotisis: Jika daya bertambah maka pemanjangan bertambahP.U.manupulatif: Daya , P.U.respons : pemanjnaganP.U. dimalarkan : jenis spring,diameter spring.

Ukur panjang asal spring = Lo

Timbang jisim pemberat = mKira daya, F = mgGantung pemberat pada springUkur panjang baru pemberat = LKirakan pemanjangan , x = L - Lo Ulangi eksperimen sebanyak 5 kali dengan jisim pemberat yang berlainan.Jadualkan data .

DayaPemanjangan

Lukis graf x lawan F

PELAJARAN 3

Page 2: 3 3 Kekenyalan

Berdasarkan graf didapati daya F berubah secara langsung dengan pemanjangan x.Sebagai langkah berjaga-jaga setiap kali beban ditambah pastikan spring kembali kepada panjang asal supaya had kenyal spring tidak dilampaui.

Pemalar spring , k

F = kx,maka k = F x Unit k ialah Nm-1

Jika k bertambah , x berkurang , spring lebih keras.

Graf daya lawan pemanjangan apabila dawai kuprum diregang

A : Had KenyalB: Takat alahOA : Kawasan kekenyalan berlaku di mana Hukum Hooke dipatuhi.Jika daya dialihkan dawai boleh kembali pada panjang asalAB:Kawasan plastik,dawai tidak kembali pada panjang asal.Selepas B:Dawai mengalami kadar regangan yang sangat tinggi.

Mengapa ayunan spring berhenti

Apabila spring berbeban diayunkan ,lama kelamaan ia kan berhenti kerana proses pelembapan (kehilangan tenaga dalam bentuk haba berlaku).

Proses pelembapan mengambil masa yang singkat penting dalam spring dalam ammeter supaya apabila arus berhenti mengalir penunjuk terus kembali ke sifar.Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pemanjangan spring

Jenis bahan:Bahan yang berlainan mempunyai kadar pemanjangan yang berlainan.Contohnya dawai kuprum mempunyai kadar pemanjangan yang lebih tinggi dari dawai keluli.Diameter: lilitan spring Apabila diameter lilitan spring bertambah,kadar pemanjangan bertambahDiameter dawai(bahan spring) dibuat.Jika diameter dawai(bahan spring) bertambah ,kadar pemanjangan berkurang.Panjang spring:Apabila panjang spring bertambah kadar pemanjangan bertambahSusunan spring: Spring disambung sesiri mempunyai kadar pemanjangan yang lebih daripada spring yang disambung selari

Aplikasi sifat kekenyalan dalam kehidupan seharian.(1)Kusyen/tilam:Kita rasa selesa apabila berada di atasnya kerana kusyen dan tilam mempunyai sifat kekenyalan menyokong berat badan kita.Apabila badan kita dialih kusyen dan tilam akan kembali pada kedudukan asal.(2)Alat elektrik seperi ammeter,voltmeter:Alat-alat ini mempunyai spring di dalamnya.Dengan bantuan spring penunjuk akan kembali ke kedudukan sifar apabila arus tiada mengalir ke alat-alat tersebut.(3)Neraca spring:Digunakan untuk mengukur berat atau daya kerana pemanjangan spring berkadar langsung dengan daya yang dikenakan.(4)Spring pada kenderaan:Digunakan untuk sistem gantungan sebuah kereta.Apabila berlaku hentakan,penumpang tidak akan merasa kesan hentakan itu.

Prinsip pembahagian daya.Sambungan sesiri: Jika n spring disambung sesiri dan dikenakan daya F,maka setiap spring akan menerima dayasebanyak F.Sambungan selari:Jika n spring disambung selari dikenakan daya F maka setiap spring akan menerima daya sebanyak F n

Contoh-contoh pengiraan menggunakan Hukum Hooke:

Contoh 1

Page 3: 3 3 Kekenyalan

Sebuah spring mempunyai panjang asal 5 cm.Apabila digantung beban 20 g,panjangnya menjadi 7 cm.Tentukan(a) Jumlah pemanjangan spring apabila digantung

beban 40 g(b) Jumlah panjang spring apabila digantung beban

60 g.(c) Jumlah beban perlu digantung supaya panjang

spring menjadi 20 cm.

Penyelesaian

Contoh 2

Spring A didapati memanjang sebanyak 2 cm apabila digantung beban 10 g dan spring B didapati memanjang 4 cm apabila digantung beban

10g.Berapakah jumlah pemanjangan bagi susunan spring-spring pada rajah berikut:-

Penyelesaian

1 Suatu spring keluli menghasilkan pemanjangan 4 cm apabila dikenakan daya 8N.Berapakah daya yang perlu dikenakan supaya pemanjangannya adalah 5 cm?

TUTORIAL 3

Page 4: 3 3 Kekenyalan

A 9 N B 10 NC 12 N D 14 NE 16 N

2 Rajah menunjukkan sebuah spring yang mempunyai panjang asal 18 cm.Apabila diletak beban 10 kg,panjangnya menjadi 8 cm dan apabila diletak beban P panjangnya menjadi 10 cm.Berapakah nilai P?

A 4 kg B 6 kgC 8 kg D 9 kgE 12 kg

3 Spring K dan L mempunyai panjang asal masing-masing 5 cm.Spring K meregang 2 cm apabila digantung beban 200g dan spring L meregang 3 cm apabila digantung beban 100 g.Apabila kedua-duanya disambung sesiri dan digantung beban 400 g seperti rajah di atas,berapakah jumlah panjang AB terhasil?

A 16 cm B 21 cmC 23 cm D 24 cmE 26 cm

4 Satu spring yang panjangnya 10 cm.Apabila diletak beban 20 N panjang spring menjadi 8 cm seperti pada rajah(a).Apabila lima spring yang serupa disusun seperti rajah(b) dan diletak beban 60 N,berapakah nilai L?

A 5 cm B 7 cmC 9 cm D 13 cmE 15 cm

5 Rajah menunjukkan dua spring yang serupa mempunyai panjang asal yang berbeza ditetapkan pada dinding tegak.Sekeping papan diletak di atas satu permukaan ufuk yang lici.satu daya dikenakan untuk menolak papan itu ke arah dinding.Manakah antara graf-graf F melawan X yang betul?

6

Dua spring A dan B masing-masing mempunyai panjang asal 10 cm.Spring –spring itu kemudiannya digantungkan beban 100g dan 200 g seperti rajah(a).Apabila kedua-dua spring digantung dengan beban 300 g seperti rajah(b),berapakah nilai P?

A 55 cm B 100 cmC 70 cm D 105 cmE 125 cm

Page 5: 3 3 Kekenyalan

7 Rajah(a) menunjukkan satu spring dengan satu ceper tergantung di hujungnya.Apabila satu beban 60 g diletak pada ceper,spring memanjang seperti rajah(b).Apabila satu beban M ditambah spring memanjang seperti rajah(c) .Berapakah nilai M?

A 100g B 180gC 200 g D 240gE 300g

8 Apabila satu jisim 0.5 kg digantungkan kepada hujung satu spring seperti pada rajah(a) ,pemanjangan spring adalah 5 cm.Empat spring yang serupa dengan spring tadi dipasang dan dibebankan dengan satu jisim 1.0 kg seperti rajah(b).Jumlah pemanjangan sistem spring itu adalah,

A 5.0 cm B 10.0 cmC 15.0 cm D 20.0 cm

E 25.0 cm

9 J,K,L dan M adalah empat spring yang serupa.Tiap-tiap satu akan meregang 2 cm apabila dibebankan dengan jisim 20 g .Rajah (a) menunjukkan spring P yang dibebankan dengan satu beban berjisim 40 g.Berapakah jisim P itu yang boleh meregangkan spring K,L dan M pada rajah(b) dengan regangan yang sama dengan spring J pada rajah(a)?

A 60g B 80gC 120g D 160gE 200 g

10 Spring-spring E,F pada rajah(a) dan spring-spring G,H,I dan J pada rajah(b) adalah serupa.Panjang asal tiap-tiap spring adalah 12 cm. Berapakah panjang L?

A 26 cm B 28 cmC 30 cm D 32 cmE 34 cm

Page 6: 3 3 Kekenyalan

11 Rajah(a) menunjukkan bacaan penunjuka suatu spring dibebankan dengan jisim 50g.Apabila ditambah jisim 30g,bacaan penunjuk baru adalah seperti pada rajah(b).Berapakah bacaan penunjuk spring itu jika jisim 20 g dikeluarkan selepas itu?

A 5.00 cm B 10.00 cmC 15.00 cm D 18.75 cmE 20.00 cm

12 Berdasarkan graf daya,F lawan regangan,X di atas pada kawasan manakah Hukum Hooke berlaku?

A Antara titik O dan AB Antara titik A dan BC Pada titik BD Selepas titik B

13 Rajah menunjukkan bagaimana daya antara dua molekul ,F berubah dengan jarak pemisahan antara molekul,x. Apakah yang berlaku apabila satu daya luar menyebabkan nilai x melebihi nilai x2 ?

A Objek patahB Objek mula menunjukkan sifat plastikC Daya tarikan antara molekul bertambahD Daya tolakan antara molekul bertambah

14 Pemalar spring, k bertambah apabila

A Panjang spring bertambahB Diameter lilitan spring bertambahC Diameter dawai yang dijadikan spring bertambah

15 Graf di atas graf pemanjangan ,x lawan daya,F bagi dua spring iaitu spring A dan spring B yang

panjang asalnya adalah 10.0 cm masing-masing.(a) Daripada graf nyatakan hubungan antara

pemanjangan,x dan daya ,F.

………………………………………………………

(b) Nyatakan Hukum yang menerangkan perhubungan tersebut.

………………………………………………………(c) Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh

kecerunan graf di atas.

………………………………………………………(d) Spring yang manakah lebih sesuai

digunakan untuk menyukat daya yang lebih besar?Mengapa?

Page 7: 3 3 Kekenyalan

………………………………………………………

………………………………………………………(e) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi

perbezaan pemanjangan antara spring A dibandingkan dengan pemanjangan spring B apabila suatu beban digantungkan pada hujung-hujung spring itu?

………………………………………………………

………………………………………………………(f) Ciptakan satu susunan spring A dan

spring B,supaya pemanjangan spring pada susunan itu ialah 10 cm apabila beban 10N digantungkan di hujungnya.

16 Rajah(a) menunjukkan satu spring yang mempunyai panjang asal 100 cm.Apabila dikenakan daya F ke atas papan ringan,spring akan dimampatkan sebanyak y seperti rajah(b).Hubungan antara daya F dan jarak mampatan,y adalah diberikan oleh graf berikut:(a) Nyatakan hubungan antara daya ,F

dengan jarak,y.

………………………………………………………(b) Namakan Hukum yang menerangkan

jawapan(a)

………………………………………………………(c) Berapakah panjang spring apabila daya,F

adalah 50 N?(d) Berapakah daya F yang diperlukan supaya

panjang spring menjadi 50 cm?

(e) Apakah terjadi kepada graf apabila spring yang lebih keras digunakan?

………………………………………………………17 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan

kekenyalan.Terangkan mengapa pepejal adalah bersifat kenyal.

(b) Nyatakan kegunaan-kegunaan sifat kekenyalan dalam kehidupan seharian.

(c) Nyatakan Hukum Hooke.Seterusnya huraikan eksperimen untuk mencari hubungan antara daya dan pemanjangan suatu spring.

(d) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pemanjangan spring.