3 papan cerita 3.pdf

13
1 Slide 1 Deskripsi/Huraian Paparan ini menunjukkan gambaran suasana di Sungai Tengas yang menjadi sumber penting kepada manusia dan habitatnya. Persembahan menggabungkan penerapan elemen multimedia secara bersepadu iaitu teks, animasi, audio-visual dan grafik yang saling melengkapi untuk tujuan tertentu. Teks Anak-Anak Yang Bergelimpangan Di sebuah desa, terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Tengas. Sungai Tengas menjadi nadi penting bagi hidupan di sekitar desa tersebut. Sungai Tengas menjadi habitat bagi hidupan air. Manakala, bagi manusia, Sungai Tengas merupakan punca rezeki - Teks dipersembahkan menggunakan jenis tulisan Bernard MT Condensed dan bersaiz 24, berwarna kuning bergaris luar hitam dan Century Gothic bersaiz 24 berwarna putih bergaris luar merah untuk disesuaikan dengan latar belakang. - Teks yang dipilih menandungi gaya bahasa perulangan untuk menggambarkan penegasan - Teks yang dipilih dianimasikan untuk menarik perhatian. Audio Visual Di sebuah desa, terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Tengas. Sungai Tengas menjadi nadi penting bagi hidupan di sekitar desa tersebut. Sungai Tengas menjadi habitat bagi hidupan air. Manakala, bagi manusia, Sungai Tengas merupakan punca rezeki Teks dipersembahkan dengan iringan muzik latar/ muzik instrumental Popupbook School Project. Muzik disesuaikan dengan teks dan grafik. Muzik dipilih dapat menggambaran suasana kedamaian alam semula jadi, latar masa dan latar sungai Tengas yang digambarkan dalam episod yang dipilih. Grafik Memaparkan grafik alam semula jadi dan hidupan yang berada di Sungai Tengas, selaku watak-watak dalam cerita, iaitu ikan. Grafik yang dipilih untuk disesuaikan dengan latar tempat berdasarkan peristiwa yang dikenal pasti. - Grafik yang dipilih dianimasikan dengan iringan bunyi-bunyian bagi menimbulkan kesan penghayatan dan kesan emosi. Animasi Animasi pada teks dan grafik yang ditetapkan secara secara Fade and WipeAnimasi yang digunakan untuk menjelaskan maklumat yang disampaikan melalui gabungan teknik penyampaian yang dikenal pasti iaitu pada teks dan grafik. Papan Cerita Persembahan Multimedia Anak-Anak Yang Bergelimpangan’

Upload: dinhkhanh

Post on 07-Feb-2017

399 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

1

Slide 1

Deskripsi/Huraian − Paparan ini menunjukkan

gambaran suasana di Sungai Tengas yang menjadi sumber penting kepada manusia dan habitatnya.

− Persembahan menggabungkan penerapan elemen multimedia secara bersepadu iaitu teks, animasi, audio-visual dan grafik yang saling melengkapi untuk tujuan tertentu.

Teks Anak-Anak Yang Bergelimpangan

Di sebuah desa, terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Tengas. Sungai Tengas menjadi nadi penting bagi hidupan di sekitar desa tersebut. Sungai Tengas menjadi habitat bagi hidupan air. Manakala, bagi manusia, Sungai Tengas merupakan punca rezeki

- Teks dipersembahkan menggunakan jenis tulisan Bernard MT

Condensed dan bersaiz 24, berwarna kuning bergaris luar hitam dan Century Gothic bersaiz 24 berwarna putih bergaris luar merah untuk disesuaikan dengan latar belakang.

- Teks yang dipilih menandungi gaya bahasa perulangan untuk

menggambarkan penegasan - Teks yang dipilih dianimasikan untuk menarik perhatian.

Audio Visual

Di sebuah desa, terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Tengas. Sungai Tengas menjadi nadi penting bagi hidupan di sekitar desa tersebut. Sungai Tengas menjadi habitat bagi hidupan air. Manakala, bagi manusia, Sungai Tengas merupakan punca rezeki

− Teks dipersembahkan dengan iringan muzik latar/ muzik

instrumental Popupbook School Project. − Muzik disesuaikan dengan teks dan grafik. − Muzik dipilih dapat menggambaran suasana kedamaian alam

semula jadi, latar masa dan latar sungai Tengas yang digambarkan dalam episod yang dipilih.

Grafik − Memaparkan grafik alam semula jadi dan hidupan yang

berada di Sungai Tengas, selaku watak-watak dalam cerita, iaitu ikan.

− Grafik yang dipilih untuk disesuaikan dengan latar tempat berdasarkan peristiwa yang dikenal pasti.

- Grafik yang dipilih dianimasikan dengan iringan bunyi-bunyian bagi menimbulkan kesan penghayatan dan kesan emosi.

Animasi − Animasi pada teks dan grafik yang ditetapkan secara secara

‘Fade and Wipe” − Animasi yang digunakan untuk menjelaskan maklumat yang

disampaikan melalui gabungan teknik penyampaian yang dikenal pasti iaitu pada teks dan grafik.

Papan Cerita Persembahan Multimedia ‘Anak-Anak Yang Bergelimpangan’

Page 2: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

2

Slide 2

Deskripsi/Huraian Babak ini menggambarkan suasana di Sungai Tengas petang itu. Si Haruan sedang mengapungkan diri di bawah sinaran cahaya matahari, melihat pelbagai keletah manusia sambil mengenang sahabatnya. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks

“Pada suatu petang, Si Haruan mengapungkan diri di bawah sinaran matahari.” “Tidak jauh dari situ, kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki sedang seronok bermandi-manda.” “Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat Dali dan Budin anak Awang Cik Leh berlawan menyelam, bergayut dan terjun macam tarzan.” “Di suatu sudut, di hulu sungai, kelihatan bapa ketiga-tiga kanak-kanak tersebut sedang merancang sesuatu” “Melihat keletah manusia, membuatkan Si Haruan teringat akan rakan-rakannya.”

- Teks dipersembahkan menggunakan jenis tulisan jenis tulisan

Century Gothic bersaiz 24 dan berwarna merah bergaris luar hitam

- Teks yang dipilih disesuaikan dengan grafik dan dianimasikan untuk menarik perhatian dan menimbulkan kesan penghayatan.

- Teks yang dipilih menandungi gaya bahasa personifikasi untuk menimbulkan kesan estetik

Audio Visual

“Pada suatu petang, Si Haruan mengapungkan diri di bawah sinaran matahari.” “Tidak jauh dari situ, kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki sedang seronok bermandi-manda.” “Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat Dali dan Budin anak Awang Cik Leh berlawan menyelam, bergayut dan terjun macam tarzan.” “Di suatu sudut, di hulu sungai, kelihatan bapa ketiga-tiga kanak-kanak tersebut sedang merancang sesuatu” “Melihat keletah manusia, membuatkan Si Haruan teringat akan rakan-rakannya.”

− Teks dipersembahkan dengan iringan gabungan beberapa

muzik latar untuk menimbulkan kesan penghayatan. − Muzik disesuaikan dengan teks dan grafik sekitar Sungai

Tengas yang dikelilingi hutan bagi menggambarkan latar tempat dan watak-watak dalam episod yang dipilih.

− Muzik dipilih dapat menggambaran kesan penceritaan berdasarkan episode yang dipilih.

Page 3: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

3

Grafik

- Grafik yang dipaparkan persekitaran sungai, grafik ikan, kanak-kanak dan lelaki dewasa yang menggerakkan cerita.

- Setiap grafik disesuaikan dengan setiap teks yang diaudiokan.

- Grafik memaparkan watak-perwatakan pada cerita, iaitu watak ikan haruan sebagai watak antagonis.

− Grafik yang dipilih disesuaikan dengan latar tempat berdasarkan peristiwa yang dikenal pasti.

- Pemilihan grafik yang sesuai melahirkan unsur estetik dan menarik perhatian khalayak.

Animasi − Animasi pada teks dan grafik menggunakan 3D ripple, Ease

In ease out dan Fade − Animasi yang digunakan untuk menjelaskan maklumat yang

disampaikan melalui gabungan teknik penyampaian yang dikenal pasti iaitu pada teks dan grafik di samping memberi kesan apresiasi kepada khalayak.

Page 4: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

4

Slide 3

Deskripsi/ Huraian Babak ini mengisahkan kenangan Si Haruan tentang perbualannya dengan ikan sebarau yang berkisar kepada topik kezaliman manusia akibat perasaan tamak haloba. Manusia sewenang-wenangnya membuat pelbagai kerosakan ke atas hidupan sungai, seperti membuang sisa toksik dan menangkap ikan dengan racun tuba. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks

Audio Visual

“Ini cerita rekaan atau benar?” “Ini cerita benar. Banyak hidupan air yang mati. Termasuklah dari golongan kita. Ini semua disebabkan oleh manusia, membuang sisa industri ke dalam sungai.” “Tapi itu berlaku di Brazil bukan?” “Kau jangan lupa, kejadian di hilir dekat Kuala Dingin. Manusia memerah akar tuba menyebabkan banyak rakan-rakan kita yang mabuk. Tak kurang yang terapung mati.”

- Audio perbualan antara Si haruan dan ikan sebarau yang

diiringi muzik latar Morning In The Forest, Running Water Sound Effect dan Underwater Bubble Sound untuk memberi kesan kepada khalayak.

- Adanya teknik dialog dan teknik imbas kembali pada elemen audio visual dalam babak yang dipilih.

- Pemilihan audio disesuaikan dengan latar kehidupan watak-watak yang dipilih dalam episode tersebut.

Grafik

- Grafik dalam sungai, yang melibatkan dua ekor ikan iaitu haruan dan sebarau sebagai watak berdasarkan kesesuaian latar tempat.

- Setiap grafik disesuaikan dengan setiap teks yang diaudiokan.

- Grafik juga memaparkan latar masa, iaitu pada waktu siang berdasarkan warna pada grafik.

- Pemilihan grafik yang sesuai menimbulkan kefahaman seterusnya menarik perhatian penonton.

Animasi

− Animasi pada grafik menggunakan Ease In, Ease Out dan

Fade − Animasi yang digunakan untuk menggambarkan teknik

imbas kembali − Animasi dapat membantu menjelaskan maklumat melalui

gabungan teknik penyampaian yang dikenal pasti iaitu pada grafik di samping memberi kesan apresiasi kepada khalayak.

Page 5: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

5

Slide 4

Deskripsi/Huraian Babak ini memaparkan keadaan semasa di Sungai Tengas, yang merupakan kawasan tumpuan bagi hidupan air, orang dewasa dan kanak-kanak. ketiga-tiganya berada di situ jelas dengan tujuan yang berbeza. Dinyatakan juga keadaan sungai tiba-tiba berubah menjadi kelabu. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks

“Cahaya Matahari yang terik menembusi permukaan sungai. Kanak-kanak tersebut masih leka bermain. Di Hulu sungai, kelihatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sibuk mengocak sesuatu ke dalam air. Kedengaran tawa besar dari arah hulu sungai. Tiba-tiba air sungai bertukar kelabu.

- Teks dipersembahkan menggunakan tulisan

jenis Century Gothic bersaiz 24, berwarna merah bergaris luar hitam untuk disesuaikan dengan latar belakang.

- Teks yang dipilih disesuaikan dengan grafik dan dianimasikan untuk menarik perhatian dan menimbulkan kesan penghayatan.

- Teks yang dipilih menandungi gaya bahasa hiperbola dan personifikasi untuk menimbulkan kehalusan pengungkapan dan makna.

Audio Visual

“Cahaya Matahari yang terik menembusi permukaan sungai. Kanak-kanak tersebut masih leka bermain. Di Hulu sungai, kelihatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sibuk mengocak sesuatu ke dalam air. Kedengaran tawa besar dari arah hulu sungai. Tiba-tiba air sungai bertukar kelabu.

− Teks diaudiokan berserta iringan muzik latar

Cartoon Sound Effect children laugh, Morning In The Forest, Running Water Sound Effect dan Underwater bubble sound effect. untuk menimbulkan kesan penghayatan.

− Muzik disesuaikan dengan teks dan grafik yang dipilih bagi memperjelas makna.

− Audio visual digunakan disesuaikan dengan teknik imbas muka yang digunakan.

Grafik - Grafik di Sungai Tengas dipaparkan sebagai

latar tempat pada peristiwa yang yang dipilih. - Grafik yang dipilih disesuaikan dengan latar

masa, pada petang yang terik dan membantu memberikan kefahaman..

- Grafik yang digunakan dianimasikan untuk menimbulkan kesan kepada penonton dan menarik perhatian penonton

Page 6: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

6

Animasi - Animasi pada grafik yang menggunakan Ease In,

Ease Out dan Fade - Animasi yang digunakan pada teks ialah Fade - Animasi yang digunakan dapat memberi kesan

kepada penonton. - Animasi yang digunakan dapat membantu

menimbulkan kesan dalam menggambarkan perkembangan plot cerita apabila air yang jernih bertukar kelabu.

- Animasi dapat membantu menjelaskan maklumat melalui gabungan teknik penyampaian yang dikenal pasti iaitu pada grafik di samping memberi kesan apresiasi kepada khalayak.

Page 7: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

7

Slide 5

Deskripsi/Huraian Babak ini mengungkapkan kejadian yang berlaku di Sungai Tengas yang disebabkan oleh racun akar tuba. Ikan-ikan digambarkan bertempiaran menyelamatkan diri Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks

Audio Visual

“Mengapa Ibu Temeliang?” “Tuba, lari! Selamatkan diri!”

- Teks diaudiokan berserta petikan video dari Finding Nemo

Keep swimming dan Running Sardin bagi membantu memahami jalan cerita.

- Penggunaan muzik latar disesuaikan mengikut perkembangan plot dan perjalanan cerita untuk memberi kesan mendalam kepada khalayak.

- Elemen audio visual memaparkan teknik dialog yang digunakan sebagai salah satu teknik yang diterapkan.

Grafik - Grafik memaparkan keadaan di dalam sungai Tengas, selaku

latar tempat semasa kejadian tersebut berlaku. - Grafik juga memaparkan watak ibu Temeliang sebagai watak

yang mengembangkan cerita. - Grafik yang dipilih bersesuaian dengan maksud pada rangkap

untuk memberi kefahaman kepada penonton dan menarik perhatian penonton

- Grafik yang digunakan dianimasikan untuk menimbulkan kesan kepada penonton dan menarik perhatian penonton.

Animasi - Animasi pada grafik menggunakan animasi Ease In dan Fade. - Animasi yang digunakan dapat memberi kesan kepada

penonton. - Animasi yang digunakan memaparkan teknik klimaks pada

cerita untuk menimbulkan kesan penghayatan kepada khalayak..

Page 8: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

8

Slide 6

Deskripsi/Huraian Babak ini memaparkan keadaan selepas tragedi racun Tuba. Si Haruan yang terselamat keluar dari tempat persembunyian dan melihat mayat-mayat anak-anak ikan yang bergelimpangan Di permukaan dan tebing sungai. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang menuba Sungai Tengas berjaya mendapat ikan yang banyak. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks

“Tidak lama kemudian, suasana hening kembali. Si Haruan keluar dari tempat persembunyian. Kelihatan mayat anak-anak ikan bergelimpangan. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh mengangkut guni yang sarat dengan ikan.”

- Teks dipersembahkan menggunakan tulisan jenis Century Gothic

bersaiz 24 dan berwarna merah bergaris luar hitam. - Teks memaparkan penggunaan inversi; ‘Kelihatan mayat anak-

anak ikan bergelimpangan.’ Untuk menimbulkan kepelbagai gaya bahasa.

- Teks yang dipilih disesuaikan dengan grafik dan dianimasikan untuk menarik perhatian dan menimbulkan kesan penghayatan.

Audio Visual

“Tidak lama kemudian, suasana hening kembali. Si Haruan keluar dari tempat persembunyian. Kelihatan mayat anak-anak ikan bergelimpangan. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh mengangkut guni yang sarat dengan ikan.”

- Teks diaudiokan dan diiringi muzik latar Underwater bubble

sound effect dan Instrument biola menyayat hati. - Audio digunakan bagi menimbulkan rasa sedih dan disesuaikan

untuk memberi kesan kepada khalayak. - Audio visual memaparkan latar tempat pada babak iaitu dalam

sungai dan kawasan persekitarannya bagi memperjelaskan maklumat.

Grafik - Grafik dalam sungai dan keadaan persekitaran sungai Tengas

sebagai latar tempat pada babak yang dipilih. - Grafik yang digunakan dianimasikan untuk menimbulkan kesan

kepada penonton dan menarik perhatian penonton. - Grafik dipilih bersesuaian dengan maksud dalam babak yang

dipaparkan agar menarik perhatian dan memberi kefahaman kepada penonton

Animasi - Penggunaan animasi Ease In dan Fade pada grafik. - Animasi yang digunakan pada teks ialah Fade - Animasi menunjukkan teknik peleraian pada plot cerita - Animasi yang digunakan dapat memberi kesan apreasasi

kepada khalayak.

Page 9: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

9

Slide 7

Deskripsi / Huraian Babak ini menjelaskan keadaan yang berlaku kepada anak-anak Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh akibat perbuatan khianat mereka terhadap hidupan air di Sungai Tengas. Ketiga-tiga budak lelaki tersebut turut terkena racun tuba. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks “Dalam perjalanan pulang, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh terserempak dengan imam dan beberapa orang kampung. “ “Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh terkejut dengan perkhabaran tersebut dan segera ke Balai Lintang.” - Teks yang dipilih dipersembahkan menggunakan tulisan jenis

Century Gothic bersaiz 24 dan berwarna merah bergaris luar hitam.

- Pilihan teks dapat membantu melancarkan perjalanan cerita

untuk memberi kesan pemahaman kepada khalayak. Audio dan Video. “Dalam perjalanan pulang, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh terserempak dengan imam dan beberapa orang kampung. “ “Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh terkejut dengan perkhabaran tersebut dan segera ke Balai Lintang.” - Teks diaudiokan dan iringan muzik latar muzik latar instrument

biola bagi menimbulkan suasana yang menyayat hati, sayu dan sedih

- Teknik dialog yang digunakan dalam . audio visual dapat memperjelas pemahaman dan memberikan kesan kepada khalayak.

. Grafik - Grafik yang digunakan dalam babak ini ialah grafik suasana di

perkampungan berhampiran Sungai Tengas sebagai latar tempat - Grafik juga memaparkan watak-watak dalam cerita, yang terdiri

dari penduduk kampung seperti imam dan orang kampung. - Grafik yang dipaparkan bersesuaian dengan maksud dalam

rangkap yang dipaparkan agar menarik perhatian dan memberi kefahaman kepada penonton.

Animasi - Penggunaan animasi Ease In dan Fade pada grafik. - Animasi yang digunakan pada teks ialah Fade. - Animasi membantu kepada teknik peleraian pada cerita. - Animasi yang digunakan dapat memberi kesan pemahaman

kepada khalayak.

Page 10: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

10

Slide 8

Deskripsi/ Huraian Episod ini menjelaskan keadaan yang berlaku kepada anak-anak Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh akibat perbuatan khianat mereka terhadap hidupan air di Sungai Tengas. Ketiga-tiga budak lelaki tersebut turut terkena racun tuba. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks

“Melihat keadaan Husin, Mail dan Budin, mereka menyesali perbuatan mereka.” “Di celah-celah rintihan, kepiluan dan penyesalan itu, kedengaran esakan halus daripada ibu-ibu anak-anak yang bergelimpangan.”

- Teks dipersembahkan menggunakan tulisan jenis Century

Gothic bersaiz 24, berwarna merah bergaris luar hitam untuk disesuaikan dengan latar belakang.

- Teks yang dipilih disesuaikan dengan grafik dan dianimasikan untuk membantu kefahaman khalayak.

- Teks yang dipilih menandungi gaya bahasa memetafora iaitu - ‘Di celah-celah rintihan, kepiluan dan penyesalan itu…’

bagi mewujudkan kehalusan bahasa.. Audio Visual

“Melihat keadaan Husin, Mail dan Budin, mereka menyesali perbuatan mereka.” “Di celah-celah rintihan, kepiluan dan penyesalan itu, kedengaran esakan halus daripada ibu-ibu anak-anak yang bergelimpangan.”

- Teks diaudiokan dan iringan muzik latar instrument biola

menyayat hati, crying women sound effect dan crying man sound effect bagi menimbulkan rasa sayu dan sedih.

- - Penggunaan audio visual memaparkan awatak dan

perwatakan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang sayang kepada anak-anak mereka.

- Penggunaan audio visual menggambarkan aksi watak dalam cerita yang diketengahkan.

Grafik - Grafik dianimasikan berkaitan perkampungan berhampiran

Sungai Tengas dan keadaan di Balai Lintang sebagai latar tempat pada babak.

- Grafik juga memaparkan watak-watak dalam cerita, yang terdiri dari penduduk kampung seperti imam ibu mangsa, iaitu isteri kepada Pak Kasa, Awang Cik Leh dan Mat Dali.

- Grafik yang dipaparkan bersesuaian dengan maksud dalam rangkap yang dipaparkan agar menarik perhatian dan memberi kefahaman khalayak.

Page 11: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

11

Animasi - Penggunaan animasi Ease In dan Fade pada grafik. - Animasi yang digunakan pada teks ialah Fade - Penggunaan animasi membantu kepada perjalanan plot

cerita, iaitu plot peleraian pada babak. - Animasi yang digunakan dapat memberi kesan kepada

khalayak.

Page 12: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

12

Slide 9

Deskripsi / Huraian Babak ini memaparkan rangkap sajak yang menjelaskan keseluruhan kisah ini, iaitu perihal sifat sederhana dalam menjalani kehidupan. Persembahan akan menggabungkan penerapan elemen multimedia yang dipersembahkan secara bersepadu dan saling melengkapi antara teks, grafik, animasi dan audio-visual

Teks Sungai ini Allah cipta Untuk aku-Si Haruan, Untuk engkau-pelbagai ikan Inilah dunia kita Sungai ini Allah cipta, Untuk dikongsi bersama Haiwan Tumbuhan Manusia Seisi makhluk menerima bersama Kitaran hidup tabii ternyata, Rantaian makanan Mangsa-pemangsa, Kejadian fitrah boleh dihindar, Sifat bersederhana amalan tegar.

- Teks sajak dipilih untuk memperlihatkan ciri-ciri

sebuah sajak yang mengggunakan pola rima yang bebas.

- Teks sajak yang dipilih dipersembahkan menggunakan jenis tulisan Country Gothic bersaiz 24 dan berwarna merah dan bergaris luar putih.

- Teks sajak yang dipilih mengandungi gaya bahasa asonansi untuk menimbulkan kesan kemerduan apabila dideklamasikan.

Audio Visual Sungai ini Allah cipta Untuk aku-Si Haruan, Untuk engkau-pelbagai ikan Inilah dunia kita Sungai ini Allah cipta, Untuk dikongsi bersama Haiwan Tumbuhan Manusia Seisi makhluk menerima bersama Kitaran hidup tabii ternyata, Rantaian makanan Mangsa-pemangsa, Kejadian fitrah boleh dihindar, Sifat bersederhana amalan tegar.

- Menggunakan muzik latar instrumental Mestika oleh M.Nasir

- Audio digunakan bagi menimbulkan rasa pilu dan sedih atau bernada melankolik.

Page 13: 3 PAPAN CERITA 3.pdf

13

- Muzik yang sesuai memberi kesan mendalam kepada pendengar dan penonton

- Elemen audio juga disesuaikan dengan latar tempat yang berfokus kepada sungai.

Grafik

- Grafik yang digunakan dalam babak ini ialah grafik sungai sebagai latar tempat babak.

- Grafik dianimasikan untuk memaparkan latar

masa, menerusi penggunaan warna yang dipilih - Grafik dipilih bersesuaian dengan maksud dalam

babak yang dipaparkan agar menarik perhatian dan memberi kefahaman kepada penonton

Animasi

- Penggunaan animasi Ease In dan Fade pada grafik.

- Animasi yang digunakan pada teks ialah Fade - Animasi yang digunakan dapat memberi kesan

kepada penonton. - Animasi pada teks dan grafik dapat

memperlihatkan teknik penyampaian yang sesuai untuk menjadikan plot cerita menarik.