kisah nabi yunus di dalam perut ikan nun

5
Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pengerusi majlis yang dihormati, barisan panel hakim yang arif lagi adil, seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pantun: Kisah Nabi Kisah Teladan Cerita Benar Buat Pengajaran Kisah Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Itulah Cerita Saya Sampaikan Ya hadirin, Nabi Yunus a.s. merupakan utusan Allah kepada kaum bernama Newnowa. Mereka hidup di dalam kejahilan dan menyembah berhala. Nabi Yunus begitu tekun berdakwah menyeru mereka beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Puas sudah Nabi Yunus berdakwah namun mereka menolak seruan baginda malah menentang dan mengkafirkan risalahnya. Mereka berkata kepada Nabi Yunus, ” Hentikanlah ajaran kamu yang mengarut itu. Kami tidak akan meninggalkan agama nenek moyang kami!” Nabi Yunus pula berkata, ” Aku hanya memberi peringatan kepada kamu. Sekiranya kamu menolak agama Allah nescaya akan ditimpa azab siksa dan kamu akan menyesal.” Ya hadirin, Sesungguhnya mengajak ke arah kebaikan pasti ada rintangannya. Lebih-lebih lagi di zaman globalisasi kini terdapat golongan yang anti ajaran Allah SWT. Oleh itu haruslah kita berwaspada. Lagu: Akhirnya Nabi merasa hampa Umatnya masih menderhaka Lalu ia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri.

Upload: fendi050210

Post on 10-Jul-2016

240 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kisah Para Nabi

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Nabi Yunus Di Dalam Perut Ikan Nun

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pengerusi majlis yang dihormati, barisan panel hakim yang arif lagi adil, seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Pantun:Kisah Nabi Kisah TeladanCerita Benar Buat PengajaranKisah Nabi Yunus Dalam Perut IkanItulah Cerita Saya Sampaikan

Ya hadirin,Nabi Yunus a.s. merupakan utusan Allah kepada kaum bernama Newnowa. Mereka hidup di dalam kejahilan dan menyembah berhala. Nabi Yunus begitu tekun berdakwah menyeru mereka beriman kepada Allah Yang Maha Esa.

Minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Puas sudah Nabi Yunus berdakwah namun mereka menolak seruan baginda malah menentang dan mengkafirkan risalahnya.

Mereka berkata kepada Nabi Yunus, ” Hentikanlah ajaran kamu yang mengarut itu. Kami tidak akan meninggalkan agama nenek moyang kami!”

Nabi Yunus pula berkata,” Aku hanya memberi peringatan kepada kamu. Sekiranya kamu menolak agama Allah nescaya akan ditimpa azab siksa dan kamu akan menyesal.”

Ya hadirin,Sesungguhnya mengajak ke arah kebaikan pasti ada rintangannya. Lebih-lebih lagi di zaman globalisasi kini terdapat golongan yang anti ajaran Allah SWT. Oleh itu haruslah kita berwaspada.

Lagu:Akhirnya Nabi merasa hampaUmatnya masih menderhakaLalu ia pergi membawa hatiKe tepi pantai seorang diri.

Ya hadirin, Nabi Yunus sangat marah kepada kaum Newnowa lalu meminta Allah menurunkan azab siksa kepada mereka.

Setelah pemergian Nabi Yunus, kaum Newnowa mula melihat tanda-tanda azab Allah kepada mereka. Mereka hidup dalam ketakutan dan sedar bahawa

Page 2: Kisah Nabi Yunus Di Dalam Perut Ikan Nun

Nabi Yunus tidak berdusta. Kedengaran suara mereka menjerit dan merayu kepada Allah SWT memohon ampun agar tidak ditimpa azab.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui bahawa mereka jujur dan benar-benar bertaubat. Lalu Allah menurunkan rahmatNya dan mengurniakan maghfirahNya. Spertimana firman Allah SWT:

لما ءامنوا كشفنا عنهم عذاب الخزى فى الحيوة الدنيا

Surah Yunus ayat 98. Maksudnya: “Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia…

Setelah itu, kaum Newnowa begitu mengharap kepulangan Nabi Yunus untuk membimbing mereka kepada kebenaran.

Ya hadirin, Jika kita lihat di zaman ini, berbagai bencana alam yang Allah turunkan sebagai peringatan kepada mereka yang lalai, akan tetapi masih ramai yang leka dan alpa untuk bertaubat. Pengajarannya di sini ialah, orang yang bersalah akan mendapat pengampunan Allah sekiranya ia benar-benar bertaubat.

Nabi Yunus yang begitu sedih berjalan menuju ke sebuah kapal yang akan belayar.

Lagu:Baginda menumpang kapal pedagangMembawa diri ke rantau orangMalangnya laut bergelombangHampir karam ditelan lautan...

Untuk mengatasi masalah itu, para kelasi segera bermesyuarat. Akhirnya mereka bersepakat salah seorang penumpang kapal terpaksa dikorbankan ke laut. Maka undian pun dilakukan. Hal ini ada di dalam firman Allah:

اذ أبق الى الفلك المشحون, فساهم فكان.من المدحضين

Surah As-Soffat ayat 140 dan141. Maksudnya:

Page 3: Kisah Nabi Yunus Di Dalam Perut Ikan Nun

“ Ketika ia lari (dari tanggungjawabnya) menuju ke kapal yang penuh muatan. Kemudian dia ikut mencabut undi, lalu dia kalah dalam undian.

Para hadirin, Maka sedarlah Nabi Yunus bahawa itu adalah kehendak Allah yang terselit hikmah disebaliknya. Baginda merasa berdosa kerana meninggalkan tanggungjawabnya sebelum mendapat keizinan Allah. Tanpa ragu lagi Nabi Yunus terus terjun ke lautan yang bergelombang itu.

Ya hadirin,Para pendakwah harus memiliki kesabaran dan tidak berputus asa sekira dakwahnya tidak diterima.

Syair:Allah mengutus seekor ikanDi dalam perutnya baginda ditelanSayup bacaan tasbih kedengaranHidupan laut memuji Tuhan Di dalam kegelapan perut ikan Nun, Nabi Yunus sentiasa berzikir dan memohon keampunan dari Allah. Dalam keadaan bersujud beliau berdoa:

”Wahai Allah, Kini aku menjadikan sebuah tempat bersujud kepadaMu yang tidak pernah digunakan oleh seorang pun”

Akhirnya taubat Nabi Yunus diterima Allah SWT. Sepertimana firman Allah:

فاستجبناله ونجينه من الغمSurah Al-Anbiya` ayat 88. Maksudnya:

“Maka kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan.”

Ya hadirin,Cuba kita lihat di dunia ini, orang yang bersalah dihukum penjara yang terasing dari kegembiraan. Oleh itu ambillah pengajaran dari sini bahawa Allah tetap mendengar rayuan dan keampunan hambaNya walau di tempat yang terasing.Para hadirin,Setelah menjalani hukuman Allah beberapa waktu yang ditentukan, akhirnya Allah memerintahkan ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus ke tepi pantai. Allah berfirman :

Page 4: Kisah Nabi Yunus Di Dalam Perut Ikan Nun

فنبذنه بالعراء وهو سقيم, وأنبتنا عليه شجرة.من يقطين

Surah As-Soffat ayat 145 dan 146. Maksudnya:“ Kemudian kami lemparkan dia ke daerah yang tandus sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan sebatang pohon dari jenis labu.”

Akhirnya sembuhlah baginda. Allah memerintahkan agar Nabi Yunus kembali kepada kaum Newnowa yang menunggu kedatangan baginda. Alangkah terkejutnya Nabi Yunus tatkala melihat kaum yang dulunya menentang telah mengikut agama Allah yang sebenarnya. Baginda amat bersyukur kepada Allah SWT`

Ya hadirin,Pengajarannya di sini ialah, kita hendaklah memaafkan orang yang bersalah kepada kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Pengampun.

PantunKalau ada ilmu di dada,Jangan lupa pada yang Esa,Sekianlah sahaja cerita saya,Untuk renungan kita semua.Wabillahi taufik walhidayah wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.