kajian tindakan hukum nun sakinah smart book

39
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013 SMART BOOK: MENINGKATKAN PENGUASAAN HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN Nor Amalina binti Ahamad Azahari & Rahim bin Mohamed Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid amatlah penting dan sangat dituntut bagi menjaga kemuliaan kalam Allah ini. Sehubungan itu, satu kajian tindakan telah dijalankan yang mana berfokuskan untuk membantu murid menguasai hukum tajwid nun sakinah dan tanwin iaitu Izhar Halqi, Ikhfa’ Hakiki, Idgham Ma’al Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab dengan menggunakan Smart Book. Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah murid-murid Tahun 4 Mawar Sekolah Kebangsaan LKTP Belara, Kuala Terengganu iaitu seramai 10 orang. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan instrumen ujian pra dan pos yang berbentuk lisan dan bertulis, temu bual berstruktur dan juga soal selidik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa markah responden meningkat dari min 10% pada ujian pra kepada min 74% pada ujian pos 2. Analisis temu bual dan soal selidik juga mendapati bahawa responden mengakui Smart Book telah membantu mereka menguasai hukum nun sakinah dan tanwin. Kata kunci: Smart Book, Hukum Nun Sakinah dan Tanwin.

Upload: rosmaini-zakaria

Post on 27-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

SMART BOOK: MENINGKATKAN PENGUASAANHUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

Nor Amalina binti Ahamad Azahari & Rahim bin MohamedJabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid amatlah penting dan sangat dituntut bagi menjaga kemuliaan kalam Allah ini. Sehubungan itu, satu kajian tindakan telah dijalankan yang mana berfokuskan untuk membantu murid menguasai hukum tajwid nun sakinah dan tanwin iaitu Izhar Halqi,Ikhfa’ Hakiki, Idgham Ma’al Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab dengan menggunakan Smart Book. Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah murid-murid Tahun 4 Mawar Sekolah Kebangsaan LKTP Belara, Kuala Terengganu iaitu seramai 10 orang. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan instrumen ujian pra dan pos yang berbentuk lisan dan bertulis, temu bual berstruktur dan juga soal selidik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa markah responden meningkat dari min 10% pada ujian pra kepada min 74% pada ujian pos 2. Analisis temu bual dan soal selidik juga mendapati bahawa responden mengakui Smart Book telah membantu mereka menguasai hukum nun sakinah dan tanwin.

Kata kunci: Smart Book, Hukum Nun Sakinah dan Tanwin.

PENDAHULUAN

Pengkaji telah menjalankan praktikum untuk kali yang ketiga di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara selama tiga bulan. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 Mawar sekolah tersebut. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang al-Quran, pengkaji telah mendapati murid gagal mengenalpasti hukum tajwid yang terdapat pada potongan kalimah yang dipaparkan. Murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji dan terdapat juga murid yang menjawab dengan sekadar meneka. Justeru, situasi ini menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 4 Mawar sebenarnya amat lemah dalam hukum tajwid nun sakinah dan tanwin. Mereka sekadar mengetahui nama-nama hukum tajwid tetapi tidak mengetahui secara lanjut seperti huruf-huruf dan cara bacaan bagi setiap hukum. Hal ini ini menimbulkan kerisauan kepada pengkaji kerana membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid perlu dipupuk sejak dari awal lagi. Oleh itu, pengkaji telah memikirkan cara untuk membantu murid-murid tersebut menguasai hukum tajwid nun sakinah dan tanwin.

Membaca al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Sikap tidak suka membaca al-Quran merupakan satu kerugian yang besar kerana al-Quran adalah panduan dan pedoman dalam segala bidang kehidupan kerana kehidupan yang tidak berpandukan

57

Page 2: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

kebenaran al-Quran akan terus menderita dilanda berbagai-bagai masalah yang semakin hari semakin parah.

Menurut Mahadi Dahlan (2008), dalam memelihara al-Quran, salah satu cara adalah dengan membacanya dengan penuh tartil iaitu dengan memperelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya. Membaca al-Quran tanpa bertajwid seolah-olah mengubah terhadap apa yang telah dinyatakan di dalam al-Quran, dan mengubah setiap sesuatu yang ada di dalam al-Quran itu adalah ditegah dan berdosa (berdasarkan kepada umumnya lafaz ayat al-Quran).

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Maimunah (1995) tentang kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid tingkatan satu, mendapati keseluruhan tahap penguasaan tilawah al-Quran masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan murid yang cepat khatam al-Quran mempunyai tahap kemahiran penguasaan bacaan al-Quran yang baik. Mereka mendapat markah yang tinggi dalam pencapaian tajwid bertulis, pencapaian tajwid bacaan dan pencapaian sebutan. Manakala bagi murid yang belum khatam al-Quran semasa berada di tingkatan satu, mereka mendapat markah yang rendah.

Kesimpulannya, membaca al-Quran secara bertajwid itu sesuatu yang dituntut atau dengan erti kata lain wajib bagi orang yang membacanya.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi tujuan tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam mengenal hukum-hukum tajwid, namun pengkaji hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam hukum tajwid nun sakinah dan tanwin.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1. Meningkatkan penguasaan murid dalam hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Smart Book.

2. Menilai keberkesanan Smart Book dalam meningkatkan penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin.

KUMPULAN SASARAN

Sasaran pengkaji dalam melaksanakan kajian ini ialah murid-murid Tahun 4 Mawar di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara bagi sesi persekolahan tahun 2013. Responden terdiri daripada 10 orang iaitu dua orang lelaki dan lapan orang perempuan. Walaupun mereka boleh membaca al-Quran, namun majoriti mereka masih lemah dalam penguasaan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin. Mereka tidak dapat membaca al-Quran dengan tajwid yang betul serta gagal mengenalpasti hukum Ikhfa’ Hakiki, Izhar Halqi, Idgham MaalGhunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab.

58

Page 3: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan Model Kajian Penyelidikan Tindakan daripada Kemmis & Mc Taggart (1988). Model ini juga dikenali sebagai action research cycle. Model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe).

Refleksi Refleksi

Pemerhatian GELUNG 1 Merancang Pemerhatian GELUNG 2 Merancang

Tindakan Tindakan

Rajah 1: Gelung Kajian Penyelidikan Tindakan Kemmis & Mc Taggart

Prosedur tindakan yang telah dibuat oleh pengkaji diringkaskan seperti di bawah:

Gelung 1

Mereflek

Kajian dimulakan dengan sesi refleksi ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pada masa mereflek ini, pengkaji mendapati murid hanya membaca potongan ayat mengikut baris sahaja tetapi tidak dapat membaca al-Quran secara bertajwid. Apabila ditanya mengenai hukum tajwid dan cara bacaan yang terdapat pada potongan ayat tersebut, murid tidak dapat memberikan jawapan yang betul.

Merancang

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji telah menyusun langkah-langkah untuk dilaksanakan sepanjang kajian. Pengkaji telah menetapkan objektif yang ingin dicapai. Seterusnya, pengkaji telah merancang satu bahan belajar yang akan digunakan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah yang difokuskan. Bahan bantu ini dirancang dan difikirkan sesuai dengan tahap murid Tahun 4 Mawar dalam membantu menguasai hukum tajwid nun sakinah dan tanwin. Selain itu, pengkaji merancang untuk menggunakan instrumen ujian pra dan pos secara lisan dan bertulis, temu bual dan juga soal selidik.

Bertindak

Pengkaji melaksanakan ujian pra bagi mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid tentang hukum nun sakinah dan tanwin. Setelah pengkaji menjalankan sesi rawatan terhadap responden dengan menggunakan Smart Book, responden diberikan ujian pos.

59

Page 4: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Ujian pos bertujuan untuk melihat perbezaan pencapaian sebelum dan selepas sesi rawatan.

Memerhati

Data yang diperoleh daripada instrumen dikumpul dan dianalisis. Pada gelung pertama, pengkaji mendapati pencapaian semua responden meningkat namun peningkatan markah adalah kurang memberangsangkan.

Gelung 2

Mereflek

Pengkaji meneliti aspek yang menyebabkan markah responden pada ujian pos 1 tidak meningkat secara maksimum. Pengkaji mengubah cara persembahan hukum nun sakinah dan tanwin di dalam Smart Book supaya responden lebih faham dan mudah ingat.

Merancang

Dengan mengambil kira beberapa aspek seperti minat, kaedah pengajaran dan bahan bantu yang digunakan, pengkaji telah membuat penambahbaikan terhadap bahan bantu belajar yang digunakan. Pengkaji menggabungkan elemen warna dan bentuk dalam Smart Book supaya murid lebih faham dan mudah ingat. Seterusnya, pengkaji merancang kembali langkah-langkah pelaksanaan kajian yang akan dijalankan.

Bertindak

Pada peringkat ini, pengkaji memberi panduan kepada responden cara merujuk Smart Book edisi terbaru ketika membuat latih tubi berkaitan hukum nun sakinah dan tanwin. Kemudian, pengkaji menjalankan ujian pos 2 secara lisan dan bertulis terhadap responden. Pengkaji juga mengedarkan borang temu bual dan borang soal selidik kepada responden.

Memerhati

Setelah kesemua data diambil daripada responden, pengkaji membuat analisis ke atas data-data yang dikumpul. Melalui analisis inilah pengkaji mendapati bahawa objektif yang ditetapkan telah tercapai.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Meningkatkan penguasaan murid dalam hukum nun sakinah dan tanwin menggunakan Smart Book.

Berdasarkan objektif kajian di atas, pengkaji telah menggunakan dua instrumen iaitu ujian pra dan pos dan temu bual terhadap responden kajian. Berikut merupakan markah yang dicapai oleh responden dalam ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2.

60

Page 5: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Bil Responden Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

1 Responden 1 10 % 20% 60%

2 Responden 2 20 % 50% 90%

3 Responden 3 0 % 30% 70%

4 Responden 4 0 % 20% 60%

5 Responden 5 10 % 50% 80%

6 Responden 6 0 % 30% 70%

7 Responden 7 10 % 20% 80%

8 Responden 8 30 % 70% 100%

9 Responden 9 20 % 30% 70%

10 Responden 10 0 % 30% 60%

Jadual 1: Pencapaian dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Mar

kah

(%)

120

100

80

60 Ujian Pra

Ujian Pos 140

Ujian Pos 2

20

0R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Responden

Rajah 1: Graf Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Berdasarkan rajah 1 dan jadual 1 di atas, hasil dapatan menunjukkan peningkatan bagi setiap responden dalam ujian pra dan pos. Markah yang diperoleh kesemua responden meningkat pada kedua-dua ujian pos yang dijalankan setelah Smart Book diperkenalkan.

Min markah ujian pra sebanyak 10% meningkat kepada 35% dalam ujian pos 1 dan meningkat lagi dalam ujian pos 2 kepada 74%.

Page 6: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

61

Page 7: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Pengkaji juga telah menjalankan sesi temu bual berstruktur iaitu temu bual 1 pada gelung 1 dan temu bual 2 pada gelung 2 untuk mendapatkan respons murid terhadap penggunaan Smart Book dalam kajian yang dijalankan.

BIL SOALAN TEMU BUAL 1 TEMU BUAL 2

YA TIDAK YA TIDAK

(%) (%) (%) (%)

1 Adakah Smart Book membantu 20 80 100 0kamu untuk memahami hukumtajwid nun sakinah dan tanwin?

2 Adakah kamu berasa seronok 60 40 100 0belajar tajwid menggunakanSmart Book?

3 Adakah kamu mengadakan 30 70 80 20perbincangan dengan rakansemasa membuat latih tubiberkaitan hukum nun sakinah dantanwin?

4 Adakah Smart Book tidak 80 20 0 100menarik dan susah untukdigunakan dalam pelajarantajwid?

5 Adakah kamu masih keliru untuk 80 20 0 100mengenalpasti hukum nunsakinah dan tanwin yang terdapatdalam ayat-ayat al-Qur’an.

Jadual 2: Analisis temu bual 1 dan temu bual 2

Pada gelung 2, terdapat perubahan pada jawapan yang diberikan oleh responden setelah pengkaji membuat penambahbaikan terhadap bahan yang digunakan. Kesemua responden telah menunjukkan peningkatan ke tahap yang lebih memberangsangkan.

Menilai keberkesanan Smart Book dalam meningkatkan penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin.

Ujian pra dan pos secara lisan juga telah dilaksanakan ke atas setiap responden. Setiap item mewakili setiap satu hukum nun sakinah dan tanwin.

62

Page 8: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

ITEM UJIAN PRA UJIAN POS 1 UJIAN POS 2SOALAN / X / X / XITEM 1 0 8 2 8 10 1ITEM 2 0 10 2 8 7 3ITEM 3 1 9 3 7 10 0ITEM 4 0 10 1 9 8 2ITEM 5 0 10 1 9 9 1

/ = Betul X = Salah

Jadual 3: Tahap Penguasaan Bacaan Murid bagi Setiap Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Merujuk kepada jadual 3 di atas, majoriti responden berada pada tahap yang sangat lemah dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin dalam ujian pra. Hal ini dapat dilihat berdasarkan item 1, 2, 4 dan 5 yang menunjukkan bahawa kesemua responden tidak menguasai hukum tajwid tersebut. Namun, pencapaian responden yang boleh membaca dengan betul menunjukkan peningkatan pada setiap item pada ujian pos 1 dan ujian pos 2.

Jadual 4 menunjukkan dapatan soal selidik untuk menilai keberkesanan Smart Book dalam meningkatkan penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin.

BIL PERKARA YA TIDAK

1 Sayasukabelajartajwidsebelum 0% 100%diperkenalkan Smart Book.

2 Sayasukabelajartajwidselepas 100% 0%diperkenalkan Smart Book.

3 Saya berasa bosan mendengar guru mengajar 0% 100%menggunakan Smart Book.

4 Saya berasa lebih yakin untuk menjawab100% 0%soalan guru selepas pengajaran tajwid

menggunakan Smart Book.5 Smart Book membantu saya belajar tajwid 100% 0%

hukum nun sakinah dan tanwin.6 Smart Book membantu saya mengenalpasti

100% 0%hukum nun sakinah dan tanwin yang terdapatdalam ayat al-Qur’an.

7 Smart Book membantu saya untuk mengingati 100% 0%huruf-huruf dalam setiap hukum nun sakinah dan tanwin?

Jadual 4: Analisis soal selidik

Hasil soal selidik yang dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden memberikan respons yang positif dengan mengakui bahawa mereka lebih berminat untuk belajar tajwid selepas Smart Book diperkenalkan dan mengakui bahawa penggunaan Smart Book telah membantu mereka belajar tajwid.

63

Page 9: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Hasil analisis ujian pra dan pos bertulis menunjukkan bahawa tahap penguasaan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mawar sangat lemah. Hal ini terbukti apabila ujian pra yang dijalankan menunjukkan bahawa peratus murid-murid yang dapat menjawab soalan berkaitan dengan hukum tajwid lima adalah sangat rendah. Setelah menjalankan sesi rawatan, terdapat peningkatan dalam skor ujian pos 1, namun pengkaji mendapati peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh responden adalah tidak memberangsangkan. Jadi, pengkaji telah membuat refleksi terhadap intervensi yang telah dilakukan dengan membuat penambahbaikan terhadap bahan bantu yang digunakan. Setelah menjalankan sesi rawatan untuk kali kedua, pengkaji telah melaksanakan ujian pos 2. Terdapat peningkatan dalam ujian pos 2 berbanding ujian pos 1. Min skor ujian pos 1 telah meningkat daripada 35% kepada 74% dalam ujian pos 2 dengan perbezaan sebanyak 39%.

Hasil dapatan sesi temu bual 1 dan temu bual 2, pengkaji mendapati terdapat perubahan positif respons daripada responden setelah pengkaji membuat penambahbaikan pada bahan bantu yang digunakan semasa sesi rawatan.

Hasil analisis ujian pra lisan, tahap penguasaan responden amat lemah dalam mengenalpasti cara bacaan yang betul. Selepas sesi rawatan, ujian pos 1 tidak menunjukkan peningkatan yang memuaskan. Manakala, ujian pos 2 terdapat peningkatan yang lebih baik sehingga pada item 1 dan 3 menunjukkan kesemua responden boleh membaca dengan betul.

Berdasarkan hasil analisis soal selidik pula, pengkaji dapat merumuskan bahawa penggunaan Smart Book telah membantu murid untuk memahami dan mengingati berkaitan hukum nun sakinah dan tanwin.

Crow dan Crow (1983) berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai akan mendorong minat murid untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seterusnya dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.

Oleh itu, kriteria bahan bantu yang sesuai digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran perlulah diambil kira agar ianya membantu murid untuk memahami sesuatu konsep isi pelajaran. Penggunaan Smart Book dilihat berjaya dan mampu meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mengenalpasti hukum tajwid seterusnya membaca al-Quran dengan bertajwid bagi murid Tahun 4 Mawar. Mereka bukan sekadar perlu tahu bacaan itu perlu dengung atau tidak dengung tetapi mereka juga perlu tahu mengapa kalimah tersebut dibaca dengung dan tidak dengung kerana inilah yang dapat memenuhi inkuiri murid.

64

Page 10: Kajian Tindakan Hukum Nun Sakinah Smart Book

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

RUJUKAN

Al-Quran Karim

Ab. Rahim Selamat (1992). Siri Kecemerlangan Pelajar: Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Adel M. Abdulaziz, Ahmad Kamal Mohamad, Mohamad Mustaqim Zarif (2004).Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran. Kuala Lumpur: iBook Publication Sdn.Bhd.

Azizul Rahman Abdul Rahman, Mohamad Saleeh Rahamad (2012). Inovasi dan Kreativiti Menjana Transformasi Pendidikan. Selangor: Percetakan Majujaya Sdn. Bhd.

Edinin, R. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Percetakan Advanco Sdn Bhd.

Pasukan Penyelidik (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin (PhD). (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua. Kuala Lumpur :Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Sabri Ahmad (2003). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

65