kimia form5 - nesh

18
PENGENALAN Asid sulfurik (nama lama: minyak vitriol) ialah asid mineral yang kuat. Ia mempunyai formula kimia H 2 SO 4 . Asid sulfurik larut dalam air pada semua kepekatan. Apabila gas SO 3 pekat ditambah kepada asid sulfurik, ia membentuk H 2 S 2 O 7 . Ini dikenali sebagai asid sulfurik fuming atau oleum atau, jarang-jarang sekali, asid Nordhausen. Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam kebanyakan reaksi kimia dan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak. Reaksi penghidratan asid sulfurik adalah tindak balas eksoterma yang kuat. Jika air ditambah kepada asid sulfurik pekat, ia mampu menggelegak. Sentiasa tambah asid kepada air dan bukan sebaliknya. Sebahagian daripada masaalah ini disebabkan perbezaan isipadu kedua-dua cecair. Air kurang tumpat berbanding asid sulfurik dan cenderung untuk terapung di atas asid. Reaksi terhasil boleh dianggap sebagai membentuk ion hidronium, seperti: H 2 SO 4 + H 2 O → H 3 O + + HSO 4 - . Disebabkan asid sulfurik bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang baik, dan digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan kering.

Upload: ieyra-narisha

Post on 27-Sep-2015

279 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hope it benefical and means for everyone ! Yeah , my own's writing ^^

TRANSCRIPT

PENGENALAN Asid sulfurik(nama lama:minyak vitriol) ialahasidmineralyang kuat. Ia mempunyai formula kimiaH2SO4. Asid sulfurik larut dalamairpada semua kepekatan. Apabila gas SO3pekat ditambah kepada asid sulfurik, ia membentuk H2S2O7. Ini dikenali sebagai asid sulfurikfumingatauoleumatau, jarang-jarang sekali, asid Nordhausen. Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam kebanyakanreaksi kimiadan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak. Reaksi penghidratan asid sulfurik adalahtindak balas eksotermayang kuat. Jika air ditambah kepada asid sulfurik pekat, ia mampu menggelegak. Sentiasa tambah asid kepada air dan bukan sebaliknya. Sebahagian daripada masaalah ini disebabkan perbezaan isipadu kedua-dua cecair. Air kurang tumpat berbanding asid sulfurik dan cenderung untuk terapung di atas asid. Reaksi terhasil boleh dianggap sebagai membentuk ion hidronium, seperti:H2SO4+ H2O H3O++ HSO4-.Disebabkan asid sulfurik bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang baik, dan digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan kering.

SEJARAH Asid sulfurik telah ditemui oleh seorang ahli sains andalkimiaIslam,Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik denganpenyulingankering mineral-mineral vitriol tertentu. Misalnya:

(FeSO4 7H2O) FeO + H2O + SO3(CuSO4 5H2O) FeO + H2O + SO3SO3+ H2O H2SO4

Apabila ferum (II) sulfat heptahidrat atau kuprum(II) sulfat pentahidrat dipanaskan, kedua-duanya akan terurai menjadi ferum (II) oksida serta kuprum(II) oksida masing masing dan membebaskan air dansulfur trioksida. Air dan sulfur trioksida kemudiannya bergabung menjadi asid sulfurik cair. Cara menghasilkan asid sulfurik ini diketahui oleh ahli alkimiaEropahhasil penterjemahan. Asid sulfurik dikenali sebagai oil of vitriol dan spirit of vitriol. Perkembangan industri pada kurun ke-17 menyebabkan ahli al-kimia bertungkus-lumus mencari cara untuk menghasilan asid sulfurik secara komersial. Pada tahun 1736, seorang ahli farmasiLondon, Joshua Ward, membakar sulfur dengan dengan kalium nitrat, KNO3, dengan kehadiran wap air untuk menghasilkan asid sulfurik secara komersial. Pada tahun 1746 diBirmingham, John Roebuck menghasilkan asid sulfurik dengan cara tersebut dalam kebuk yang menggunakan plumbum. Asid sulfurik dihasilkan dengan cara ini untuk dua kurun yang seterusnya.

Cara Roebuck hanya dapat menghasilkan asid sulfurik 35-40%. Pembaikan cara ini telah meningkatkan kepekatan asid sulfurik kepada 78%. Walau bagaimanapun, asid sulfurik yang lebih pekat diperlukan untuk menghasilkan barangan industri yang lebih berkualiti. Satu lagi cara untuk mendapatkan asid sulfurik telah ditemui:

FeS2 FeSO4FeSO4 Fe2(SO4)3FeSO4 Fe3O2+ SO3

Sulfur trioksida dapat dilarutkan dalam air untuk membentuk asid sulfurik yang pelbagai kepekatannya. Tetapi, cara ini memakan masa dan belanja yang terlalu banyak untuk kegunaan industri.

KEGUNAAN

Sebahagian besar asid sulfurik digunakan dalam pembuatan baja , seperti : Baja Ammonioum Sulfat dihasilkan daripada tindak balas peneutralan antara asid sulfurik dan ammonia akueus .H2SO4 + 2NH3 (NH)SO Baja Kalium Sulfat dihasilkan daripada tindak balas peneutralan antara asid sulfurik dan kalium hidroksida .H2SO4 + 2KOH K2SO4 + H2OKegunaan asid sulfurik yang lain : Membuat Detergen Membuat Gentian Tiruan (Polimer) Membuat Pigmen Cat Sebagai Elektrolit dalam Akumulator Asid Plumbum Sebagai agen penanggal Oksida Logam dalam pembersihan permukaan Logam sebelum proses penyaduran logam elektrik .

CONTOH ASID SULFURIK

Pigmen Cat

Detergen

Pembuatan Baja

Contoh elektrolit

PENGGUNAAN ASID SULFURIK

PEMBUATAN ASID SULFURIK

1. Asid Sulfurik dihasilkan dalam industri melalui Proses Sentuh menggunakan Mangkin Vannadium (V) Oksida sebagai mangkin.2. Bahan mentah yang digunakan dalam Proses Sentuh ialah Sulfur, Udara dan Air.3. Proses Sentuh melibatkan 3 Peringkat yang utama iatu :a) Pemanasan Sulfurb) Penukaran Sulfur Dioksida kepada Sulfur Trioksidac) Penghasilan Asid Sulfurik4. Pembuatan Asid Sulfurik melibatkan beberapa peringkat :Sulfur Sulfur Dioksida Sulfur Trioksida Asid Sulfurik

Penghasilan Asid Sulfurik dalam Industri.

PROSES SENTUH

Peringkat 1 : Penghasilan Sulfur Dioksida

Sulfur (g) dipanaskan dalam udara kering untuk menghasilkan Sulfur Dioksida.S(p) + O2(g) SO2(g) Sulfur Dioksida juga boleh disediakan dengan memanaskan Zink Sulfida dalam udara.2ZnS(p) + 3O2(g) 2ZnO(p) + 2SO2(g)

Peringkat 2 : Penghasilan Sulfur Trioksida

Sulfur Dioksida dioksidakan seterusnya oleh oksigen dengan Mangkin Vanadium (V) Oksida, V2O5 untuk menghasilkan Sulfur Trioksida pada suhu 450 hingga 500oC. Vanadium (V) Oksida digunakan sebagai mangkin untuk menambahkan kadar tindak balas. Tekanan satu Atmosfera :2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g)

Peringkat 3 : Penghasilan Asid Sulfurik

Sulfur Trioksida dilarutkan dalam Asid Sulfurik Pekat untuk membentuk Oleum, H2S2O7 .SO3(g) + H2SO4(ce) H2S2O7(ce) Oleum adalah sejenis cecair likat.

Walaupun Sulfur Trioksida boleh larut terus dalam air untuk membentuk Asid Sulfurik, tindak balas itu cergas dan akan menghasilkan banyak haba. Oleh yang demikian, kaedah ini tidak digemari Oleum kemudian dicairkan dengan sejumlah air yang sesuai untuk membentuk Asid Sulfurik secara besar-besaran.

H2S2O7(ce) + H2O(ce) 2H2SO4(ce)

PENCEMARAN SULFUR DIOKSIDA

1. Gas Sulfur Dioksida ialah gas berasid dan beracun yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.2. Pernafasan udara yang mengandungi gas Sulfur Dioksida boleh mengakibatkan penyakit di sistem pernafasan dan penyakit peparu.3. Sumber pembebasan gas Sulfur Dioksida termasuk :a) Pembakaran bahan api fosil dalam kenderaan bermotor dan stesen kuasa arang batu.b) Letupan gunung api.

4 Kesan pencemaran Sulfur Dioksida :a) Hujan AsidSulfur Dioksida bertindak balas dengan Oksigen untuk membentuk Sulfur Trioksida.

2SO2 + O2 2SO3

Kedua-dua oksida sulfur larut dalam air hujan untuk membentuk Asid Sulfurus dan Asid Sulfurik masing-masing. (Hujan Asid)

b) Masalah PernafasanSulfur Dioksida menyebabkan masalah pernafasan seperti Asma atau Bronkitis.

5 Kesan buruk hujan asid :a) Menghakis bangunan konkrit kerana Kalsium Karbonat yang hadir dalam konkrit bertindak balas dengan Asid Sulfurik.b) Mempercepatkan kakisan bahan buatan logam.c) Menjadikan tanah berasid, tidak sesuai bagi tanaman.d) Mengurangkan nilai pH tanah, air sungai dan air kolam serta membunuh hidupan akuatik.e) Menghapuskan nutrien tumbuhan dengan melarutkan mineral dalam tanah.6 Punca Sulfur Dioksida utama adalah daripada pembakaran bahan api fosil seperti Petroleum yang mengandungi Sulfur.

Hidupan akuatik terancam.

TINDAK BALAS KIMIA

SO2 + H2O H2SO3(Asid Sulfurus)

SO2 + H2O H2SO4(Asid Sulfurik)

Kemusnahan ekosistem yang berterusan akibat hujan asid.

SUMBER

Internet www.theblessedseed.com http://www.anatomylist.com http://www.b4tea.com/ http://extremeplanet.files.wordpress.com www.geology.com www.stonyfield.com http://cikguzainida.blogspot.com/2011/08/pembuatan-asid-sulfurik.html

Majalah