konserto terakhir form5

36
SINOPSIS BAB BAB 1 – Keluarga Hilmi tiba di rumah Datuk Johari dan memperkenalkan dirinya sebagai anak Pak Karim dari Kedah. Hayati dan Datin Salmah tidak senang dengan kehadiran dan tingkah laku Hilmi. Mereka tidak mengetahui bahawa Datuk Johari masih mempunyai saudara di kampung. Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat sementara menunggu kepulangan Datuk Johari. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan sejak tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan kepada Datuk Johari bahawa dia berhasrat untuk mencari pekerjaan. Kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi diminta menjadi tukang kebun di rumah itu. Hilmi menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama, dia rasa cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. BAB 2– Kuli Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Namun Datuk Johari tidak menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang

Upload: afira-ismail

Post on 03-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Dia menumpang tinggal di rumah sepupu bapanya iaitu Datuk Johari. Walau bagaimanapun, kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin Salmah memandang hina terhadap orang kampung yang miskin seperti Hilmi. Hilmi kemudiannya meninggalkan rumah Datuk Johari dan belajar bermain alat muzik daripada Encik Bakar. Hilmi berjaya menjadi seorang pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal.

TRANSCRIPT

Page 1: konserto terakhir form5

SINOPSIS BAB

BAB 1 – Keluarga        

     

Hilmi tiba di rumah Datuk Johari dan memperkenalkan dirinya sebagai

anak Pak Karim dari Kedah. Hayati dan Datin Salmah tidak senang dengan

kehadiran dan tingkah laku Hilmi. Mereka tidak mengetahui bahawa Datuk Johari

masih mempunyai saudara di kampung. Hilmi ditempatkan di sebuah bilik

berhampiran dengan bilik Pak Amat sementara menunggu kepulangan Datuk Johari.

Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya

yang telah ditinggalkan sejak tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan kepada

Datuk Johari bahawa dia berhasrat untuk mencari pekerjaan. Kelulusannya yang

hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari

mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi diminta menjadi tukang kebun di

rumah itu. Hilmi menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama, dia rasa

cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

BAB 2– Kuli                       

Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah

melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat

pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Namun

Datuk Johari tidak menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik

dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh

saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah

termakan hasutan kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana dia takut orang akan

mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Datin Salmah menjadi

tidak senang hati dan mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

Page 2: konserto terakhir form5

BAB 3 – Piano    

 

Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh

kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-

kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan

menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi

memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala

Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat.

Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain

piano di rumahnya. Pada hari-hari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat

dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari

tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan

penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari

hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi

makanan rohaninya.

Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-

rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai

berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi

sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang

yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman

seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan

menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil

tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga

ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang

dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada

kawan-kawannya.

Page 3: konserto terakhir form5

BAB 4 – Hukuman         

Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah

ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang

hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari

Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati

belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang

kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak

menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah

kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila

Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya

mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega

kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.

Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan

mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya

pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada

mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah

menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang

mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa

memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil

kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk

Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi

memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.

Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak

Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk

menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian

Page 4: konserto terakhir form5

sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana

sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati.

Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan

tanamannya sahaja.

BAB 5– Penunggu                  

Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr.

Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung.

Semasa Hilmi masuk ke bilik tamu, dia rasa terlalu ingin bermain piano begitu kuat

dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya

dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia

masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan

diberi makan ikan.

Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan telah

memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik

Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada

Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi pada

mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan

meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-

janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam

terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun

dan Encik Bakar juga telah mengajarnya not-not muzik.

BAB 6- Muzik                  

Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Hilmi

juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya.

Page 5: konserto terakhir form5

Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke

rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa

disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati

terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak

tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan lantas terperanjat

kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga.

Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke

dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-

oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang

zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”.

Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih

lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh untuk Hilmi. Sedangkan selama perjalanan

mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati

cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah

merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

BAB 7 – Oleh-oleh          

Mohsin kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang.

Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Hayati sedang

asyik bercerita dengan Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang

konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di

kebun tulip di negara Belanda.

Hayati bersikap dingin dan hanya bersalam dengan hujung jarinya sahaja

apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan tali leher.

Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati.  Datin Salmah

semakin tidak senang dengan  perubahan perangai Hayati. Dia percaya Hayati ada

sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya.

Hayati marah apabila Datin Salmah inginkan penjelasan daripadanya. Datin Salmah

memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi.

Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah

Datin Salmah menelefonnya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh

dari kampung yang digemari oleh Hayati. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah

jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia

Page 6: konserto terakhir form5

teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula

ada oleh-oleh untuknya.

BAB 8 - Sengketa

Hilmi ke rumah Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah

menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila

mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada

sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi

kemudian terus meminta izin untuk pulang.

Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar

kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk

dari pintu kecil di sebelah belakang. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga

yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan

marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak

ciknya dan berlalu pergi.

Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu bapanya

tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan

berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf

dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan

yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan

perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput

dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan

sikapnya itu terhadap Hilmi.

Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana

kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah

memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan

balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama

Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi.

Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang

diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah

mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba

menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap

Page 7: konserto terakhir form5

sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta

pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

BAB 9– Pertemuan                    

Datin Salmah merasa kehilangan Helmi apabila tanaman bunga tidak terurus.

Hayati pula tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak Hilmi pergi. Dia asyik

berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak

Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan

helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah

kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas

itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati.

Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang

untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan

pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi

Hayati menolak.

Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah.

Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu

ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak

mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Hilmi tidak dapat menahan tekanan

perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus

berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu

sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian

sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan

tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Walau bagaimanapun, Hilmi

telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu

supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya.

Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa

semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di

kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang

Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia

tidak segembira dan senang dahulu lagi.

Page 8: konserto terakhir form5

Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni.

Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah

telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya

kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya.

Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Hilmi sering diingatkan oleh

Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah

dengan Hilmi juga semakin rapat. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana

menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti

tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon,

klarinet, dan biola.

BAB 10- Bebas      

Datin Salmah semakin resah memikirkan keadaan Hayati. Hayati sekarang

sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati,

dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah

sejadah dan telekung yang terlipat di sudut biliknya. Hayati sudah mula

sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Hayati

menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat

perubahan diri Hayati. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara

Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah

Hayati kelihatan terlalu gembira.

Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua suratkhabar

Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita

perkahwinan itu. Hilmi berkurung dalam biliknya selama seminggu.  Hari kelapan

Hilmi pergi ke rumah Encik Bakar untuk menunjukkan lagu yang dikarangkannya.

Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia

telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain

muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.

Page 9: konserto terakhir form5

BAB 11– Intermeso

Hilmi telah berhenti kerja dan menyertai quartet Encik Bakar yang terkenal di

ibu kota. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin

terpesona dan terpegun. Temu ramah dengan Helmi oleh pemberita hiburan telah

disiarkan di dalam akbar pada hari yang berikutnya. Datuk Johari terpegun melihat

gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan

Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Daripada akhbar itu Hayati mendapat

tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur. Setiausaha Persatuan Pemain-pemain

Muzik Nasional mendapati Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan

persatuannya kerana semua pemain muzik hendaklah terdiri daripada anggota-

anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya

kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong

kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi berasa kesal kerana menjadi

sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam

itu mereka bermain seperti biasa.

Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa

Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar

tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli

jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh

menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan

Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan

menerima keahlian Hilmi.

Page 10: konserto terakhir form5

BAB12- Krisis      

Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British

Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun. Sekiranya

Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain

dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Hilmi berjumpa Hayati

dengan bantuan Mamat. Dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat

mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa

berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi.

Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang

paling mujarab bila hatinya luka. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan

bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar

pula gelisah menunggu Hilmi. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan

resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada

malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam

berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu

pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam

perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari

perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”.

Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang

diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan

Arasu. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama

Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Setelah setahun lebih

bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan. Tetapi kira-kira setahun setelah anak

lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut

berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Hilmi banyak berfikir dan telah

mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang

digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.

Page 11: konserto terakhir form5

BAB 13– Perpecahan    

Keretakan rumahtangga Hilmi semakin memuncak. Persengketaan antara

mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi

dengan panggilan “bapa jahat”.  Azizah cemburu kerana pada anggapannya

beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati.

Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta

dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada Kasih”. Sekali sekala

dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta

sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Harapan untuk kembali dengan

Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan

Azizah.

Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan

Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar

biasa. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari

Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke

Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah

lagu yang diberi nama “Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru,

kawan, dan bapa mertuanya.

Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta

muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk

memimpin satu Pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan

itu sama tarafnya dengan persembahan di-Raja yang diadakan di England. Hilmi

diminta untuk membuat penyusunan semua lagunya dan diberi nama “Hilmi

Potpouri”. Publisiti tentang pertunjukan itu tersebar luas. Datin Salmah juga telah

mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan Pertunjukan Orkes Perdana itu

kerana saudaranya iaitu Datin Mastura kakak, dan Datuk Roslan abang ipar, Datin

Page 12: konserto terakhir form5

Maniam kakak, dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk

menontonnya.

BAB 14– Seniman          

Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan menjadi tegang apabila

Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati

keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor

juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin

dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan

supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Hayati mendapat tahu

tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi

memimpin pertunjukan tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali

perbuatan mereka terhadap Hilmi. Setelah pertunjukan selesai, Hayati, Datuk

Johari dan Datin Salmah bergegas ke hospital. Di hospital, Datuk Johari telah

bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari

kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta

Hakim, anak Hilmi.

Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung

Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus

dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka

dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima

khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh

tersepuk di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

Page 13: konserto terakhir form5

TEMA

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah ketabahan dan kegigihan

perjuangan hidup seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk

mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar

negara.

Hilmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa

saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa

saudaranya Datuk Johari, Hilmi telah menjalankan tugasnya sebagai tukang

kebun dengan baik walaupun menerima penghinaan daripada Datin Salmah.

Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung

dan berpendidikan rendah. Selain daripada itu, Hilmi juga dihalang daripada

berhubung dengan Hayati sehingga akhirnya beliau terpaksa keluar dari

rumah itu.

Page 14: konserto terakhir form5

Walau bagaimanapun Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik

Bakar. Hasilnya, beliau berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

Hilmi gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya

terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga beliau menghadapi masalah

rumah tangganya dengan isterinya Azizah. Hilmi berasa amat kecewa dan

tertekan walaupun beliau mendapat pujian daripada peminat seni. Keadaan

ini terterusan sehinggalah Hilmi meninggal dunia.

PERSOALAN

Kerajinan dan kegigihan dapat menjadikan diri seseorang berjaya.

Walaupun tidak berpendidikan dan miskin, Hilmi akhirnya berjaya menjadi

seorang seniman yang terkenal kerana usaha gigih beliau belajar muzik

dengan Encik Bakar.

Sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan pangkat dan

kedudukan.

Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi kerana beliau anak kampung

yang tidak berpendidikan dan miskin. Datin Salmah juga menganggap

kehadiran Hilmi ke rumah beliau hanya menjejaskan status keluarganya.

Page 15: konserto terakhir form5

Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapakan

balasan.

Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mencipta lagu

sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Encik Bakar

tidak mengenakan apa-apa bayaran semasa mengajar Hilmi.

Berkorban demi kebahagiaan orang lain.

- Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan ibu bapanya.

Hayati mencintai Hilmi tetapi berkahwin dengan Mohsin kerana memenuhi

kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah.

- Pak Karim berkorban untuk kebahagiaan Datuk Johari dan Datin Salmah.

Pak Karim sanggup merahsiakan Hilmi adalah anak Datuk Johari kerana takut

mengancam kebahagiaan rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah.

Keinsafan setelah melakukan kesilapan.

- Datuk Johari insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap isteri

pertamanya.

- Datin Salmah menangis apabila mengetahui kisah sebenar Hilmi ketika

Hilmi sedang sakit.

- Azizah menyesali kerana perbuatannya meninggalkan Helmi. Beliau datang

ke hospital memohon maaf daripada Pak Karim kerana berbuat salah

terhadap Hilmi.

Sinopsis/Ringkasan ceritaHilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Dia menumpang tinggal di rumah sepupu bapanya iaitu Datuk Johari. Walau

bagaimanapun, kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana

Datin Salmah memandang hina terhadap orang kampung yang miskin

seperti Hilmi. Datuk Johari menawarkan kerja kepada Hilmi iaitu sebagai

Page 16: konserto terakhir form5

tukang kebun di rumahnya. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh

Hilmi telah mengubah lanskap di kawasan pekarangan rumah Datuk Johari

hingga menjadi lebih cantik.

            Hayati, anak Datuk Johari pula tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain

piano.  Hubungan Hayati dengan Hilmi yang semakin rapat menyebabkan

Datin Salmah bertekad untuk menghalau Hilmi dari rumahnya. Hilmi

kemudiannya meninggalkan rumah Datuk Johari dan belajar bermain alat

muzik daripada Encik Bakar. Seterusnya, Hilmi berjaya menjadi seorang

pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Sebelum berangkat

ke London dengan suaminya, Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan

menyatakan perasaan cintanya kepada Hilmi.

            Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi

berkahwin dengan Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat

seorang anak. Hilmi terjatuh dan terlantar di hospital pada malam

“Pertunjukan Orkes Perdana.” Ketika itu, Hayati pulang dan mengambil alih

tugas Hilmi sebagai pemimpin orkestra pada malam “Pertunjukan Orkes

Perdana”. Di hospital pula, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa

Hilmi sebenarnya ialah anak Datuk Johari hasil perkahwinannya dengan

isterinya yang pertama. Sebagai kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah

insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi sebelum itu. Akhirnya,

Datuk Johari meninggal dunia secara mengejut selepas menerima berita

kematian Hilmi.

PLOT

Page 17: konserto terakhir form5

Permulaan

Hilmi tiba di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari ketika Hayati sedang belajar bermain piano. Apabila Datin Salmah pulang, dia tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Hilmi dilayan dengan buruk dan sering dihina oleh Datin Salmah. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi kerana kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu . Akhirnya Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari.

Perkembangan

Hilmi sangat berminat kepada piano dan pada setiap petang Rabu, dia melakukan kerja berdekatan dengan tempat Hayati bermain piano. Pada suatu petang, Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu tetapi telah merosakkannya secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Ketika Datuk Johari sekeluarga ke luar negara, Hilmi telah belajar muzik dengan Encik Bakar. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

Konflik

Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak. Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal.  Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.

Klimaks

Hilmi telah jatuh pada hari Pertunjukan Orkes Perdana dan dibawa ke hospital. Hilmi berada dalam keadaan kritikal. Hayati yang baru pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah menjadi pengganti Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana . Selepas itu, Hayati dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Datuk Johari dan Datin Salmah turut bersama. Di sana , mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, Pak Karim yang datang dari Kedah. Pak Karim mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.

Peleraian

Page 18: konserto terakhir form5

Setibanya di rumah,Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi telah meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu beliau turut meninggal dunia.

WATAK DAN PERWATAKAN

Hilmi (Watak Utama)

* Seorang pemuda kampung yang miskin dan hanya bersekolah setakat

darjah empat Sekolah Melayu.

* Anak kandung Datuk Johari yang dipelihara oleh Pak Karim setelah ibunya

diceraikan oleh Datuk Johari.

* Pernah memenangi Festival Muzik di Tokyo dan pesta muzik tahunan RTM

selama tiga tahun berturut-turut

* Kejayaan paling besar adalah diberi tanggungjawab memimpin Pertunjukan

Orkes Perdana RTM di Dewan Tunku Canselor.

Rajin

Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga

taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan

Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu

sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat

bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.

Mempunyai bakat yang luar biasa dan kreatif dalam bidang

muzik.

Dia dapat  memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya

dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain daripada itu, dia

juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu

sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.

Gigih berusaha dan tabah dalam menghadapi cabaran

Page 19: konserto terakhir form5

Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya.

Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak

menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya

yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik

Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Bercita-cita tinggi

Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah

memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya.

Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi

berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang

muzik.

Penyayang

Tetap menyayangi Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun dilayan

dengan buruk

Taat pada perintah Allah

Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di

mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati

sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula

bersembahyang.

Berjimat cermat

Gajinya semasa bekerja di Shell Jalan Setapak hanya diambil sedikit

dan bakinya disimpan oleh taukenya.

Page 20: konserto terakhir form5

Hayati (Watak Sampingan)

* Anak datuk Johari dan Datin Salmah serta isteri kepada Mohsin.

* Bermuka bulat dan manis, rambutnya hitam lebat mencecah bahu dan

berkulit cerah

Penyayang

Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib

Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk

Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan

sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.

Belas kasihan

Simpati akan Hilmi yang dihina dan dilayan buruk oleh ibunya dan

menyuruh Hilmi makan walaupun ibunya melarang Hilmi berbuat

demikian

Berkahwin dengan Mohsin atas kehendak ibu bapa

Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak

mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini

dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum

berangkat ke London.

Page 21: konserto terakhir form5

Berubah kepada sikap positif

Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta

hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari,

beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada

Tuhan dan mula bersembahyang.Beliau mula membaca buku-buku

agama.

Manja dan mudah merajuk

Hayati menangis apabila pianonya rosak.

Menjadi penyelamat dan pengganti Hilmi dalam Pertunjukan

Orkestra Perdana.

Datin Salmah (Watak Sampingan)

* Anak jati Kuala Lumpur yang berjiwa bandar

* Isteri kepada Datuk Johari dan ibu kepada Hayati

Sombong serta mementingkan pangkat dan keturunan

Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari

kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah

rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar

Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati

daripada merapati Hilmi.

Suka dipuji

Datin Salmah berasa seronok apabila kawan-kawannya memuji

keenakan sayur-sayuranya.

Page 22: konserto terakhir form5

Mempercayai kepercayaan karut

Mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada

Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah

daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang

Mengabaikan ajaran agama

Datin Salmah mengamalkan budaya hidup secara kebaratan.  Beliau

digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning

Coffee”. Ekoran daripada budaya hidup seumpama itu,  Datin Salmah

tidak menunaikan solat dan di rumahnya ada sudut khas untuk

meminum arak.

Mudah terpengaruh

Mahu menyingkirkan Hilmi dari rumahnya setelah dihasut keluarganya

Datuk Johari (Watak Sampingan)

* Suami kepada Datin Salmah dan ayah kepada Hilmi dan Hayati.

* berasal dari Kedah dan tamat School Certificate dari Maktab Sultan Abdul

Hamid

Baik

Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada

masa yang sama, beliau turut memberi pekerjaan kepada Hilmi

sebagai tukang kebun di rumahnya.

Bijak

Page 23: konserto terakhir form5

Beliau dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar

dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Datuk

Johari mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja.

Mudah terpengaruh

Terikut-ikut dengan isterinya yang mementingkan pangkat dan status

Tiada pegangan agama

Datuk Johari hidup seperti masyarakat barat. Sikap ini dapat

diperhatikan oleh pembaca kerana di rumahnya terdapat sebuah ‘mini

bar’.  Beliau seorang peminum minuman keras. Beliau juga sudah

terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

Tidak bertanggungjawab dan lupa diri

Memujuk isterinya pada malam pertama, namun meninggalkannya

pada keesokan hari. Datuk Johari sudah lama tidak pulang ke kampung

sehingga tidak mengetahui tentang anak kandungnya iaitu Hilmi.

Belas kasihan

cuba melindungi Hilmi apabila Datin Salmah memarahi Hilmi.

Insaf

beliau menyesal atas perbuatannya yang mensia-siakan Hilmi dan

berharap Hilmi akan sembuh dan beliau dapat menebus dosanya.

Meninggal dunia selepas mengetahui berita kematian Hilmi.

NILAI DAN PENGAJARAN

GIGIH

KITA HENDAKLAH BERUSAHA GIGIH UNTUK MEMAJUKAN DIRI

DAN

MEMBAIKI TARAF HIDUP

Page 24: konserto terakhir form5

Hilmi gigih belajar muzik dengan Encik Bakar dan akhirnya berjaya

menjadi pemuzik yang

terkenal .

SABAR DAN TABAH

KITA MESTILAH SENTIASA BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN

HIDUP

Hilmi sabar dan tabah apabila dihina dan dilayan buruk oleh Datin

Salmah

TAAT AGAMA

KITA SEHARUSNYA MENGAMALKAN AJARAN AGAMA DAN

MENJAGA

MARUAH DIRI

Hilmi menunaikan solat apabila masuk waktu dan tetap

mempertahankan keimanannya

walaupun digoda oleh Azizah

KEMAAFAN

KITA HARUSLAH MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN

Walaupun dilayan dengan buruk oleh Datuk Johari dan Datin Salmah,

Hilmi telah

menceritakan kebaikan mereka kepada bapanya, Karim.

BERTANGGUNGJAWAB

KITA HENDAKLAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN

BAIK

Hilmi tetap menziarahi isteri dan anaknya walaupun mereka tidak

melayannya dengan

baik.

Page 25: konserto terakhir form5

TEKNIK PLOT

IMBAS KEMBALI

Datuk Johari teringat kisahnya dahulu yang pernah berlaku di kampung iaitu

melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang gadis kampung.

SASPENS

Sebelum Hayati berangkat ke London dengan Mohsin yang sudah menjadi

suaminya, Mamat telah mengatur perjumpaan Hayati dengan Hilmi di kebun

bunga. Perkara utama yang pembaca ingin tahu ialah sebab-sebab Hayati

ingin bertemu dengan Hilmi dan perkara yang hendak disampaikan oleh

Hayati kepada Hilmi.

KONFLIK

Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah apabila Hilmi tinggal di

rumah Datuk Johari. Datin Salmah sering mengkritiknya dan cuba mencari

kesalahan Hilmi. Datin Salmah juga bersikap agak kasar dengan Hilmi.

DIALOG

Perbualan antara Hilmi dan Hayati.

- Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka

berjumpa.

Perbualan Hilmi dengan Encik Bakar

- Encik Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus

belajar agar berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. 

KEJUTAN

Datuk Johari telah menerima panggilan yang memaklumkan kematian Hilmi

sehingga beliau juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.

Page 26: konserto terakhir form5

GAYA BAHASA

SIMILE

Unsur simile ditakrifkan sebagai satu bentuk gaya bahasa yang

membandingkan manusia dengan suatu objek lain. Simile banyak

menggunakan perkataan bandingan seperti, bak, macam, umpama dan

bagai. Sebagai contoh, penggunaan simile dapat dilihat melalui contoh

berikut :

- Hilmi yang sedang berdiri seperti patung di depan ruangan itu di luar telah

gementar sendi lututnya.  ( hlm 62 )

PERSONIFIKASI

Gaya bahasa ini bertujuan memberikan unsur perorangan kepada sesuatu

objek. Dengan erti kata lain, personifikasi mengandaikan sesuatu objek

seolah-olah hidup dan bernyawa melalui kata-kata puitis yang digunakan.

Contoh penggunaannya adalah seperti berikut :

“ Kau jangan susah,” kata Mamat. “ Rumah itu tak lari.”  ( hlm 92 )

METAFORA

Metafora merupakan satu gaya bahasa yang membandingkan sesuatu

perkara dengan perkara lain tetapi bentuk perbandingannya tidak dibuat

secara langsung. Metafora melibatkan gabungan dua perkataan ,iaitu

perkataan abstrak dan konkrit. Berdasarkan kajian yang dibuat, penggunaan

metafora dapat didapati dalam contoh di bawah ini :

Page 27: konserto terakhir form5

Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. ( hlm 46 )

PERIBAHASA

Penggunaan gaya bahasa ini digunakan untuk mengindahkan lagi ayat-ayat

dalam sesebuah novel. Perkataannya yang mengandungi seribu satu makna

dapat menunjukkan bahawa penggunaannya dalam kehidupan seharian

sejak dahulu dari sekarang. Kepuitisan dapat digarap apabila adanya

kepelbagai gaya bahasa termasuk unsur peribahasa. Kajian yang dilakukan

mendapati contoh penggunaan peribahasa ditunjukkan melalui ayat berikut :

...melewati waktu sembahyang dengan tidur-tidur ayam.  ( hlm 184 )

SINKOF

Sinkof merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan atau pengguguran huruf

sisip atau suku kata sisip perkataan atau pewujudan kata ringkas yang

terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata. Contoh penggunaannya

dapat dilihat berdasrkan contoh berikut :

“ Apa yang kau mahu, Mi? ” tanya Mak Minah.

“ Tengok jam.”

“ tengok jam? ” Perempuan tua tukang masak itu agak kehairanan. Hilmi

tidak pernah melihat jam selama ini. Mengapa pula hari itu tiba-tiba dia

mahu menengok jam. Tetapi hairannya itu hanya sebentar. ( hlm 46 )

INVERSI

Page 28: konserto terakhir form5

Penggunaan inversi adalah untuk mewujudkan pembalikan ayat atau

rangkaian kata tertentu. Pembalikan ini akan menjadikan ayat atau

rangkaian kata itu lebih indah, segar dan menarik walaupun menyimpang

daripada kelaziman tatabahasa. Penggunaan inverse dapat dilihat

berdasarkan contoh berikut :

Di muka pintu tertegak seorang anak muda, lima kaki lima inci tingginya.

Rambutnya sedikit ikal, anak matanya agak liar. Pakaiannya agak miskin

terbuat daripada bahan kain yang murah seluarnya berkeredut dan bajunya

sudah hilang warna asal. Dia….. ( hlm 2 )

** Sepatutnya : Tertegak seorang anak muda di muka pintu.

HIPERBOLA

Hiperbola merupakan satu gaya bahasa yang digunakan untuk

menggambarkan sesuatu objek secara berlebih-lebihan supaya

menampakkan kehebatan dan meningkatkan imej sesuatu watak. Sebagai

bukti, penggunaannya dapat dilihat dalam contoh berikut :

Betullah kau ni malaikat.

PENGGUNAAN BAHASA ASING

Bahasa asing digunakan untuk memperindah bahasa di samping

mempelbagaikan perkataan untuk menunjukkan penulisnya seorang berdaya

intelektual yang tinggi. Penggunaan gaya bahasa asing yang digunakan

termasuklah penggunaan bahasa Inggersi, bahasa Arab dan bahasa

Indonesia. Penggunaan dialek atau bahasa daerah juga digunakan untuk

mempuitiskan lagi bahasa dalam sesebuah karya seperti novel. Contoh

penggunaan gaya bahasa asing ini adalah menerusi contoh berikut :

Page 29: konserto terakhir form5

auntie, uncle, morning coffee ( Bahasa Inggeris )

bilang, oleh-oleh ( Bahasa Indonesia ) 

solat, takdir, tawakal ( Bahasa Arab )

…bappa kedianya. Ore tok ke nak kena. Tauke ite, drebar pong ite.”

( dialek Kelantan)