k.hidup - tahun 5

36
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5 http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 1/36

Upload: sekolah-portal

Post on 31-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 1/36

Page 2: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 2/36

1

PENDAHULUAN

Kemahiran Hidup 

Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran bercorak amali yang diajar dalamTahap II Kurikulum Bersepadu SekolahRendah. Mata pelajaran ini digubal untukmengembangkan keupayaan dalam bidang rekabentuk dan teknologi serta perniagaan dan

keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasaimelalui penguasaan kemahiran praktis,pengetahuan serta pemupukan sikap yangpositif berasaskan teknologi dankeusahawanan.

Buku ini disediakan untuk membantu gurumerancang dan melaksanakan kegiatantersebut melalui aktiviti dan projek yang

dicadangkan. Kandungannya mendedahkantentang kemahiran asas, pengetahuan yangberkaitan serta nilai dan sikap yang perludipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiatkerja yang baik, dan sikap yang positif.

Matlamat Tidak 

Berubah 

MATLAMAT DALAM EDISI PENYEMAKAN

Dalam edisi semakan, matlamat kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidakberubah dan kebanyakan objektif matapelajaran dikekalkan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolahrendah bertujuan membolehkan murid

memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja- buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta 

Kemahiran 

Teknologi,Kecenderungan Mereka Cipta,Semangat Keusahawanan 

Kurikulum ini masih menuju ke arah

memperkembangkan kebolehan murid dalamkemahiran teknologi, kecenderungan merekacipta dan semangat keusahawanan. Kemahiranasas yang sedemikian dapat digunakansepenuhnya untuk membolehkan muridberdikari dan yakin diri serta mampu menjalanikehidupan secara produktif dalam duniateknologi dan ekonomi yang kompleks dansentiasa berubah. Murid juga digalakkan

mengambil inisiatif dan merebut peluang yangada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilaimurni, sikap yang positif dan budaya kerjayang baik diterapkan semasa menjalankanaktiviti amali agar kesepaduan dalam matapelajaran ini dapat diwujudkan.

Perubahan Kandungan 

Dari segi kandungan, beberapa tajuk KemahiranHidup Sekolah Rendah telah disusun semula

untuk mengukuhkan kesinambungan danmengelakkan pertindihan serta mengemaskinikandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebihfokus, elemen ‘Kreativiti dan Reka Cipta’ditambah. Terdapat dua bidang dalamKemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang

Page 3: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 3/36

2

‘Reka Bentuk dan Teknologi’ dan ‘Perniagaandan Keusahawanan’.

OBJEKTIF KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAHRENDAH TAHUN 5

Objektif  Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun4 adalah untuk membolehkan murid:

1. Menggunakan bentuk asas untuk menjanaidea kreatif dalam penghasilan projek

2. Menerangkan hubung kait bentuk denganfungsi produk

3. Membuka dan memasang produk untukmengenal pasti fungsi komponen

4. Menghasilkan sesuatu projek gabungankayu dengan bahan kitar semula bukanlogam

5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan sertamenggunakannya dengan teknik yangbetul

6. Mengenal pasti dan membezakan diantara litar siri dan selari

7. Menghasilkan projek elektrik

8. Menyenggaraan alatan tangan danperkakas selepas menggunakannya

9. Menghasilkan tanaman hiasan

10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yangboleh dijual

11. Merancang jualan dan menyediakanbarang untuk jualan

12. Menyenaraikan ciri bungkusan yangmenarik

13. Mengira harga jualan dan untung14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja

yang baik dan selamat.

ORGANISASI KANDUNGANTAHUN LIMA

Dua Bidang  Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang

iaitu :1. Reka Bentuk dan Teknologi2. Perniagaan dan Keusahawanan

Reka Bentuk dan Teknologi 

Bidang Reka Bentuk dan Teknologimembekalkan murid Tahun Empat denganpengetahuan dan kemahiran teknologi untukmenghasilkan projek yang berlainan denganmenggunakan proses reka bentuk. Untuk

tujuan ini, murid didedahkan kepadapengenalan kreativiti serta turut juga melakukankajian reka bentuk dan kefungsian produk.Murid juga menggunakan teknik dan prosespembuatan yang melibatkan bahan gabungan

Page 4: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 4/36

3

kayu dengan bahan kitar semula bukan logamserta penghasilan projek elektrik. Di samping itu,murid juga menghasilkan tanaman hiasan danmelakukan kerja penyenggaraan alatan yangtelah digunakan. Amalan untuk memastikankeselamatan diri dan orang lain semasamelakukan aktiviti turut diberi penekanan.

Perniagaan dan Keusahawanan  Bidang Perniagaan dan Keusahawananmembekalkan murid dengan pengetahuanmengenai amalan perniagaan dankeusahawanan. Mereka mengenal pastikumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barangdan mengumpul maklumat untuk mendapatkansumber bekalan. Murid juga merancangpenyediaan jualan dengan menerapkan etika  jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut

didedahkan cara membuat promosi jualan,melayan pelanggan dan merekod jual belidengan lebih sistematik. Amalan untukmemupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakindiri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan.Murid didedahkan secara tidak langsungtentang kaedah mencari dan menggunakanpeluang perniagaan dengan bijaksana.

PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

Penekanan  Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakanpembelajaran melalui pengalaman. Muridmelakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti

untuk menguasai kemahiran praktis yang bolehdigunakan dalam kehidupan hariannya.Penguasaan kemahiran praktis ini meliputikemahiran :

- membuat lakaran bentuk-bentuk asas- mereka bentuk dan penghasilan projek- mengenal pasti dan membezakan litar

elektrik

- menyenggara dan membaik pulih alatan- menghasilkan tumbuhan hiasan- mengusahaniaga barang

Murid perlu didedahkan kepada pengetahuanyang berkualiti dengan kemahiran yang hendakdikuasai. Guru tidak seharusnyamenyampaikan pengetahuan secara tersendiriatau terasing daripada aktiviti murid.

Mata pelajaran ini juga mementingkanpemupukan nilai dan sikap seperti berdikari,inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, danberminat menjalankan kerja-buat-sendiri.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 

Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita,kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan

boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan.

Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapafaktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saizkelas, dan taraf kebolehan murid. Guruhendaklah mewujudkan suasana pembelajaran

Page 5: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 5/36

4

yang terbuka supaya kaedah ini dapatdigunakan dengan berkesan untukmenggalakan pembelajaran yang lebihmencabar.

Penggunaan Bahan Terbuang 

Dalam menjalankan aktiviti atau membuatprojek, guru tidak seharusnya bergantung hanyapada bahan yang dibeli sahaja. Bahan terbuang

dan mudah didapati di persekitaran hendaklahdikenal pasti dan digunakan seberapa banyakyang boleh. Antara bahan tersebut termasuklahrotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang,reja kayu, reja paip plastik, bahagian ataukomponen mesin yang sudah digunakan lagiseperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.

Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos

di samping dapat menanamkan sifat jimatcermat dan inovatif kepada murid. Dengan inimurid akan lebih sedar kepada sumber yangada di sekeililing mereka dan berupayamenggunakannya untuk mendapat faedah.

Kemahiran Berfikir 

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) harus menjadi satu landasan dalampengajaran dan pembelajaran yang mana daya

imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dandiperkembangkan.

Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuandalam Bidang Pembelajaran "Reka Bentuk danTeknologi" termasuk :

1. Membezakan bentuk-bentuk asasdalam pesekitaran

2. Menghubung kait bentuk asas dalamaktiviti membina bentuk produk

3. Menjana idea kreatif dan inovatif

4. Mentafsir lukisan kerja

5. Menjana idea-idea baru untukmenyelesaikan masalah danmenghasilkan projek

6. Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yangdiperlukan

7. Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.

Kaedah Kajian Masa Depan 

Murid Kemahiran Hidup juga perlumengembangkan daya berfikir secara kritis dankreatif ke arah membentuk masa depan yanglebih sempurna.

Unsur penting Kajian Masa Depan harusdiserapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup untukmerangsang daya intelek dan mengupaya muriduntuk menghasilkan produk yang dapatmemanfaatkan dan memberi sumbangan kearah menentukan hala tuju masa depan.

Page 6: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 6/36

5

Contohnya dalam proses mereka bentuk, muridmengkaji keadaan yang sedia ada, mencarialternatif, membuat pilihan dan akhirnyamenghasilkan produk yang berkenaan Disamping itu murid juga boleh menjangka danmeramalkan kesan atau impak produk barumereka dalam senario masa depan.

Nilai Murni  Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerjayang relevan harus merentasi aktiviti yangdikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dansikap positif seperti berusaha mencapaikecemerlangan, berfikiran terbuka, bersediamenimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hatimenggunakan sumber dapat dipupuk supayamenjadi kebiasaan dalam pengendalian danurusan hidup murid. Begitu juga dengan

kesedaran tentang kos sesuatu projek, harusdiberi penekanan dalam semua projek yangdihasilkan.

Kemahiran interpersonal seperti menghargaipendapat dan usaha orang lain, berkomunikasidengan baik, bersedia menerimakritikan membina, memberi dorongan kepadaorang lain yang menemui kegagalan, menjalin

persahabatan, belajar secara koperatif danbekerja secara kumpulan danmemupuk semangat kerjasama dengan rakansebaya perlu juga diterapkan semasapengajaran dan pembelajaran.

Kerelevanan  Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalandalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatupengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna,menyeronokkan dan berguna kepada murid.Teknik ini boleh menarik minat murid terhadapsesuatu aktiviti atau tajuk.

Teknologi 

Maklumat dan Komunikasi 

Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) dalampembelajaran mereka terutamanya dalampengumpulan, pemilihan dan pemprosesanmaklumat. Dengan ini kemahiran ICT murid  juga boleh diperkembangkan seperti melayarilaman web, menggunakan perisian, CD-ROMdan pengkalan data serta berkomunikasisecara elektronik.

PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN

Pengendalian aktiviti 

Selaras dengan penekanan mata pelajaran inikepada penguasaan kemahiran, pencapaiannyahendaklah dibuat melalui aktiviti. Kadang kalaaktiviti ini dijalankan secara tersendiri. Padaketika yang lain gabungan beberapa aktivitidijalankan untuk menghasilkan projek.Pengendalian aktiviti dicadangkan mengikut

peringkat berikut:

a. perancangan

- merancang aktiviti atau projek

- merancang bahan dan alatan

Page 7: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 7/36

6

- merancang kaedah pengajaran

b. penyampaian

- motivasi- tunjuk cara kemahiran- arahan aktiviti- pelaksanaan

- penyeliaan dan bimbingan

c. penilaian

- dapatan dari segi kemahiran,pengetahuan, dan nilai

- hasil kerja

Aktiviti yang dicadangkan dalam buku inimerupakan aktiviti contoh untuk membolehkan

murid menguasai kemahiran. Aktiviti bolehdibuat secara individu atau secara kumpulan.Murid juga digalakkan mereka cipta projeksecara individu atau secara kumpulan denganpersetujuan guru. Dalam pemilihan aktiviti,beberapa faktor harus diambil kira oleh guruseperti jumlah alatan dan bahan, masa,bilangan murid, dan kebolehan murid. Guruhendaklah memastikan bahawa :

- murid yang ditempatkan dalamkumpulan terdiri daripada murid yangpelbagai kebolehan ;

- aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya

- dapat diselesaikan dalam dua waktupengajaran termasuk waktu untuk muridmengemas alatan dan tempat kerja ;

- aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada gabungandengan unit lain. Contohnya unit RekaBentuk dan Penghasilan Projek

digabungkan dengan unit Baik Pulih danPenyenggaraan.

- murid mengadakan perbincangantentang cara menggunakan alatan danbahan serta langkah menjalankan kerja.

Semasa murid menjalankan kerja, guruhendaklah memastikan murid :

- sentiasa mengamalkan langkahkeselamatan diri dan orang lain, alatan,dan bahan ;

- memilih alatan dan bahan yang sesuaidan menggunakannya dengan betul dancermat ;

- sedar tentang kos alatan dan bahanserta menggunakannya secara tidakmembazir ;

- menjalankan kerja mengikut turutanyang betul ; dan

- menggunakan alatan dan bahan dengan

Page 8: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 8/36

7

- tidak membiarkannya bersepah-sepah.

Di akhir setiap pelajaran guru hendaklahmemastikan murid ;

- mengemaskan alatan dan bahan yangtelah digunakan ;

- membersihkan alatan dan menentukan

bilangannya cukup sebelum disimpan ;dan

- membersihkan tempat kerja dan diri.

Penilaian  Penilaian adalah sebahagian proses pengajarandan pembelajaran. Pengajaran danpembelajaran akan lebih berkesan sekiranyapenilaian dijalankan secara berterusan.

Maklumat daripada penilaian yang berterusanini akan dapat membantu guru mengatasikelemahan pelajar serta mengukuhkan danmempertingkatkan lagi proses pengajaran danpembelajaran melalui tindakan susulan yangdijalankan oleh guru. Tujuan tindakan susulanadalah untuk memastikan murid akan terusmaju.

Penilaian bagi mata pelajaran ini bolehdijalankan melalui :

- pemerhatian- lisan- penulisan

Ketiga-tiga cara ini boleh digunakan untukmenilai projek atau aktiviti yang dijalankan olehmurid sama ada melalui proses kerja atau hasilkerja murid. Penilaian yang dijalankanhendaklah mencakupi semua objektifpengajaran dan pembelajaran. Penilaian yangdijalankan tidak seharusnya menekankankonsep lulus atau tidak lulus. Sebaliknya

penilaian itu hendaklah menekankan sama adaseseorang murid telah menguasi aspek yangdinilai itu atau belum. Penilaian juga seharusnyatidak menekankan perbandingan pencapaianantara seorang murid dengan seorang muridyang lain.

Guru boleh menilai tahap penguasaan danpencapaian murid dari segi kemahiran,

perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dansikap murid melalui pemerhatian aktiviti danprojek yang dijalankan oleh mereka.

Penilaian yang dijalankan oleh guru perludicatatkan. Guru boleh mencatat dengan caramencatat kenyataan, menanda pada kenyataan,dan memberi gred. Senarai semak adalah satucontoh merekod maklumat penilaian. Penilaian

yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalambuku rekod mengajar dan rekod profil.

KESELAMATAN

Keselamatan Am  Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah

Page 9: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 9/36

8

sentiasa diamal dan dipatuhi setiap kalimenjalankan kerja amali. Organisasi bengkeldan pengurusan kerja yang mudah bolehdilakukan secara bergilir-gilir di kalangan muridbagi memberi mereka pengalaman tambahanserta menanamkan semangat bekerjasama,bertanggungjawab dan berdisilpin.

Semasa menjalankan kerja praktis, guruhendaklah memastikan tempat kerja bebasdaripada perkara yang boleh mendatangkanbahaya. Guru hendaklah mengambil segalalangkah keselamatan sepanjang masapengajaran dan pembelajaran

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

1. Tunjukkan teladan kerja yang selamatkepada murid

2. Pastikan peraturan keselamatandipatuhi oleh semua pihak dan tanamkanrasa tanggungjawab terhadapkeselamatan diri dan orang lain.

3. Bimbing murid mengenal pasti perkara

yang boleh mendatangkan bahaya

4. Pastikan keadaan tempat kerjamempunyai cahaya yang cukup,pengudaraan yang baik, dan lantai tidaklicin

Paparkan poster, ilustrasi, danperingatan tentang keselamatan supayadapat difahami oleh semua murid.

5. Pastikan penjagaan alatan, bahan,perkakas, dan mesin hendaklahdilakukan berterusan supayaberkeadaan baik dan selamatdigunakan.

6. Adakan tempat yang sesuai dan selamatuntuk menyimpan alatan dan bahanyang mudah terbakar, pecah, danmerbahaya.

7. Labelkan semua alatan dan bahan.

8. Pastikan projek yang dijalankan tidak

menggunakan kuasa elektrik arus ulangalik.

9. Jangan menggunakan bekas bahanberacun, bahan kimia, dan bahan yangmudah terbakar ;

10. Sediakan kit pertolongan cemas sertaalat memadam api;

11. Ambil tindakan keselamatan apabilaberlaku kemalangan; dan

12. Sediakan buku log untuk mencatatkemalangan yang berlaku.

Page 10: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 10/36

9

Keselamatan Diri 

Perkara berikut hendaklah diambil perhatianuntuk menjaga keselamatan diri semasamenjalankan kerja praktis :

1. Patuhi peraturan keselamatan sepanjangmasa.

2. Pakailah pakaian yang sesuai dankemas serta kasut yang bertutup.

3. Ikat rambut yang panjang dengan kemasatau ikat hujung tudung bagi murid danguru perempuan.

4. Elakkan bermain atau bergurau ditempat kerja.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan betul

dan selamat

6. Gunakan air dan sabun untuk mencucitangan selepas bekerja.

PEMETAAN DAN KESINAMBUNGANKANDUNGAN

Pemetaan 

Kandungan Tahun Empat 

Susunan kandungan dalam Sukatan Pelajaran

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah TahunEmpat ada ditunjukkan dalam jadual Pemetaan.Kandungan Sukatan Pelajaran seperti berikut.Peruntukan masa yang dinyatakan merupakancadangan untuk membantu guru dalampenyediaan perancangan pengajaran. Masa

untuk pengajaran Kemahiran Hidup SekolahRendah ialah dua waktu seminggu dan minitdalam sewaktu ialah tiga puluh minit.

Page 11: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 11/36

10

FORMAT HURAIAN

Tiga Lajur  Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tigalajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran;Hasil Pembelajaran; dan Cadangan AktivitiPembelajaran.

Bidang, Unit 

dan Hasil Pembelajaran 

Dalam lajur pertama, bidang pembelajaran, unit

pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur dua dinyatakan mengenai hasilpembelajaran, keluasan dan kedalaman skopsetiap unit pembelajaran dihuraikan dalambentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tigaaras. Pemeringkatan kemahiran danpengetahuan kepada aras tertentu bertujuanuntuk membantu guru menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran yang lebihberkesan dengan mengambil kira kadarpembelajaran dan keupayaan murid.

Aras  Aras 1 merupakan aras asas yang mestidikuasai oleh semua murid sebelum merekameneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2merangkumi kandungan yang perlu dipelajarioleh semua murid selepas mereka menguasai

kandungan Aras 1.Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk muridyang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1dan 2. Dengan ini kekompleksian pembelajaranmeningkat dari Aras 1 ke Aras 3.

Cadangan Aktiviti Pembelajaran 

Lajur ketiga, iaitu Cadangan AktivitiPembelajaran bertujuan membantu gurumerancang dan membekalkan pengalamanpengajaran dan pembelajaran yang sesuai danbermakna kepada murid. Guru bolehmengubahsuai cadangan ini dan mereka bentukaktiviti tambahan yang bersesuaian dengankebolehan murid dan keadaan sekeliling

mereka.Huraian untuk Tahun Empat diperincikanseperti berikut.

Page 12: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 12/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

1

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Bidang Pembelajaran :1. Reka Bentuk dan Teknologi

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta

( Cadangan peruntukan

masa ialah 7 minggu )

b. Kajian reka bentuk dankefungsian produk

( Cadangan peruntukanmasa ialah 3 minggu )

iv. Membuka dan

memasang kitmodel

Aras 1

Mengenal pasti alatan tangan

Membuka dan mengenal pastikomponen

Menyatakan fungsi komponen

Memasang semula kit model

Aras 2

Menerangkan kefungsian sistempergerakan kit model

Alatan tangan yang digunakan seperti gandinplastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil.

Membaca dan memahami manual

Menyimpan kit model secara tersusun danselamat.Contoh kit model ialah kit model robot, jentolak,

kereta, motosikal, dan kereta kabel

Page 13: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 13/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

2

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aras 3

Membuka dan memasang kitmodel untuk menerangkankefungsian produk yang lebihmencabar

Mengkaji reka bentuk kit model Contoh kit model ialah robot berkaki 6, keretakawalan jauh

Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna,binaan dan keupayaan.

Page 14: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 14/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

3

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Penyelesaian masalah

( Cadangan peruntukanmasa ialah 3 minggu )

i. Pencetusan dan

penjanaan ideakreatif melaluiprojekeksperimental

ii. Menterjemah idea

kepada bentuk 3D

iii. Membina danmempersembahkan projek

eksperimental

Aras 1

Mengenal pasti masalah

Menjana idea kreatif bagimenyelesaikan masalah

Membuat catatan dan lakaran

Aras 1

Memilih lakaran akhir projekeksperimental

Merancang pembinaan projek

Aras 1

Membina projek eksperimental

Contoh projek eksperimenal ialah :- Menarik bata dengan tisu- Membuat jambatan menggunakan straw

minuman yang boleh menampung beban- Menjatuhkan telur tanpa pecah pada

ketinggian tertentu

Projek eksperimental boleh juga merujukkepada pengalaman murid pelajar sepertimenaikkan layang-layang.

Projek ekperimental menggunakan bahan yangmudah diperoleh

Murid mencatat idea-idea baru daripadapersembahan.

Page 15: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 15/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

4

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

iv. Membina danmempersembahkanprojek

e. Pendokumentasian

( Cadangan peruntukan masaialah 1 minggu )

Aras 1

Membuat persembahan hasil binaansecara lisan

Aras 1

Menyatakan keperluanpendokumentasian dalam buku idea

Mengumpul dan merekod maklumat

Membuat buku idea

Menyimpan maklumat dalam buku idea

Page 16: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 16/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

5

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3 Reka Bentuk danPenghasilan Projek

( Cadangan peruntukanmasa ialah 5 minggu )

b. Mereka bentuk danmenghasilkan projekberasaskan logam danbahan kitar semula

Aras 1

Menentukan projek berpandukan kadkerja

Membaca lukisan projek

Mengenal pasti alatan tangan

Menentukan jenis bahan dan kuantiti

Mengukur, menanda dan memotongbahan projek

Memasang komponen projek

Membuat kemasan

Lukisan projek dan langkah kerja disediakandengan jelas dalam kad kerja

Penerangan nama dan fungsi alatan tanganyang berkaitan.

Contoh bahan kitar semula logam tin aluminium,zink, dan wayar.

Membuat projek berpandukan kad kerja yangdisediakan.

Tunjuk cara memaku dan memasang skru.

Cadangan bahan kemasan seperti cat sembur

dan pelekat bergambar

Contoh projek :

Bekas serbagunaPenyangkut serbaguna

Page 17: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 17/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

6

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aras 2

Mereka bentuk dan membuat projek

berdasarkan minat

Perbincangan atau sumbangsaran tentang caraperlupusan sisa yang betul

Penerangan penggunaan bahan kitar semula

adalah bertujuan untuk mengelakkanpembaziran, mengurangkan kos, mesra alamdan mengekalkan sumber alam

Perbincangan tentang faktor kesihatan dankeselamatan semasa memilih bahan danmembina projek

Page 18: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 18/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

7

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.4 Elektrik dan Elektronik

(Cadangan peruntukanmasa ialah 4 minggu )

b. Penghasilan projek

elektronik

Aras 1

Mengenal pasti nama, fungsi dansimbol komponen elektronik

Membaca dan memahami litarskematik

Membuat litar penyambungan litar

Aras 2

Membaca dan menterjemah litarprojek

Memilih alatan, bahan dan komponen

Mengukur, memotong dan menjalurwayar

Memasang komponen mengikut litarprojek

Menguji litar projek dan membuatpembaikan

Komponen yang digunakan adalah seperti LED,perintang tetap, perintang boleh laras dan motorarus terus

Bahan tambahan yang digunakan ialah bongkahpenyambung

Catatan :LED 1 dan LED 2 boleh digantikan denganmotor arus terus

Memerhati kecerahan LED atau kelajuan

pusingan motor yang dihubungkaitkan denganperintang boleh laras

Penggunaan alatan tangan yang betul danselamat perlu diberi penekanan

Page 19: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 19/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

8

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5 Baik pulih danPenyelenggaraan

( Cadangan peruntukanmasa ialah 1 minggu )

b. Penyenggaraanbahagianbangunan

Aras 1

Mengenal pasti bahagian bangunanyang perlu disenggara

Memilih bahan pembersih

Membersih dan meminyak bahagianbergerak pada pintu dan tingkap

Contoh bahagian yang perlu disenggara ialahseperti engsel pintu dan kerangka tingkap

Bahan pembersih yang terlibat seperti kertaslas, bulu keluli, berus dawai dan minyak.Cara menyimpan baki bahan pembersih perludiberi penekanan

Page 20: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 20/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

9

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.6 Jahitan( Cadangan peruntukanmasa ialah 2 minggu )

a. Membaiki pakaianAras 1

Mengenal pasti alatan dan bahan

 jahitan

Menyatakan kegunaan alatan jahitan

Menyatakan kegunaan jahitan asas

Mengenal pasti mata jahitan asas

Guru mengenalkan alat dan bahan jahitan

seperti jarum tangan (no.7 – 9), gunting fabrik(saiz 20cm), benang (no 40/50), penetas jahitan, jarum peniti dan pita ukur.

Bahan dan alatan jahitan disediakan oleh guru.

Guru menerangkan kegunaan alatan jahitan.

Mata jahitan asas ini boleh digunakan untuk

membaiki pakaian.

Mata jahitan asas seperti jelujur halus, jahit kia, jahit sembat dan jahit lilit.

Tunjuk cara menjahit mata jahitan asas .

Murid menjahit contoh mata jahitan asas padaperca fabrik.

Guru boleh menggunakan carta jahitan asassebagai panduan

Page 21: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 21/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

10

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menyatakan kegunaan kancing

Mengenal pasti jenis kancing

Mengenal pasti mata jahitan untukmenjahit kancing

Menjahit butang, cangkuk dan palangyang tertanggal pada pakaian

Aras 2

Menyatakan maksud kelim

Mengenal pasti bahagian pakaian

yang meretas pada kelim

Memilih mata jahitan untuk membaikikelim yang meretas

Kancing digunakan untuk merapatkan belahpada pakaian dan dijahit pada dua lapisanfabrik.

Guru mengenalkan jenis kancing seperti butang,cangkuk dan palang.

Mata jahitan untuk menjahit kancing seperti jahitlilit kemas dan jahit lubang butang.

Mempamerkan contoh mata jahitan untukmenjahit kancing.

Tunjuk cara menjahit butang, cangkuk danpalang yang tertanggal.

Murid menjahit butang, cangkuk dan palangpada pakaian.

Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepinganfabrik yang dijahit dengan jahitan tangan ataumesin

Kelim biasanya terdapat di bahagian rusuk,bahu dan tepi seluar atau kain sarung

Murid mengenal pasti bahagian pakaian yangmerentas

Murid memilih mata jahitan asas yang sesuaiuntuk membaiki kelim yang meretas.

Page 22: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 22/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

11

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menjahit kelim yang meretas padapakaian

Menyatakan maksud kelepet

Mengenal pasti bahagian kelepetyang meretas pada pakaian

Memilih mata jahitan untukmembaiki kelepet yang meretaspada pakaian

Menjahit kelepet yang meretaspada pakaian

Mempamerkan contoh mata jahitan untukmembaiki kelim yang merentas.

Tunjuk cara menjahit kelim yang meretas padarusuk, bahu, tepi seluar atau sarungmenggunakan mata jahitan jelujur halus atau

 jahit kia.Murid menjahit kelim yang meretas pada rusuk,bahu, tepi seluar atau sarung.

Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untukmengemas tepi lurus atau tepi melengkungpada pakaian atau artikel.Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar,hujung lengan, bawah blaus dan tepi artikel.

Murid mengenal pasti bahagian kelepet yangmerentasMurid memilih mata jahitan yang sesuai untukmembaiki kelepet yang meretas

Mempamerkan contoh jahitan yang biasadigunakan untuk membaiki kelepet sepertisilang pangkah dan sembat susup

Tunjuk cara menjahit kelepet yang meretasmenggunakan mata jahitan silang pengkah dansembat susup

Murid menjahit kelepet yang meretas

Page 23: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 23/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

12

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.7 Ikan Hiasan

( Cadangan peruntukanmasa ialah 8 minggu )

a. Pengenalan

Aras 1

Mengenal dan melabel bahagian luar

ikan

Menyenarai spesies ikan hiasantropika

Aras 2

Menyatakan sebab dan tujuanmemelihara ikan hiasan.

Aras 3

Menyenaraikan beberapa ciriistimewa pada ikan hiasan

Murid menyebut dan melabelkan bahagian luar

ikan hiasan.

Mempamerkan beberapa spesies ikan hiasanmenggunakan gambar foto atau spesimensebenar.

Beberapa spesies ikan hiasan tropika yangbiasa dipelihara dan mudah didapati ialahGuppy, Swordtail, Discus, Angerfish, Tiger Barb,

Molly, Gourami, Ikan pelaga, Cichlid, Oscar,Kaloi, Kelisa, Belida, Tetra, Mas, dan Koi Kap.

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara dalambekas atau kolam untuk mengindahkan ruang,memberi ketenangan dan menghayati alamakuatik.

Ciri istimewa pada ikan hiasan ialah padawarna, sisik, saiz, pergerakan, bentuk badan,sirip, cara makan, jantina dan cara pembiakan.

Page 24: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 24/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

13

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Penyediaan bekas

Aras 1

Memilih ikan hiasan untuk dipelihara

Aras 2

Mengenal dan memilih tumbuhanakuatik atau tiruan

Menanam tumbuhan akuartik dalamakurium

Faktor pemilihan ikan hiasan untuk dipelihara;

- kesesuaian bekas- habitat dan sifat ikan

- mudah dipelihara- boleh bercampur dengan jenis ikan lain (untukpemilihan campuran)

- tahan terhadap perubahan mutu air- tahan terhadap serangan penyakit

Teknik memasukan ikan hiasan ke dalambekas/kolam- letakkan beg ikan hiasan ke dalam

akuarium/kolam selama 20 hingga 30 minit- masukkan sedikit air akuarium/kolam ke

dalam beg plastik- biarkan ikan keluar bersama air daripada beg

plastik

Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis

ikan yang hendak dipelihara. Aksesori akuariumasas ialah pam, dan penapis.Aksesori tambahan ; batu, pasir, tumbuhanakuatik, kayu buruk, poster, model dan lampuakuarium

Page 25: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 25/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

14

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Memilih akuarium/ bekas danaksesori

Menyedia dan menghias akuarium

Memasukkan ikan hiasan ke dalam

akuarium/bekas

Panduan menyedia dan menghias akuarium- letakkan akuarium di lokasi pilihan, pastikan

ada pendawaian elektrik dan bekalan air.- membersih dan bilas bahan hiasan seperti

kayu, pasir dan batu.- letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di

dasar akuarium- masukkan batu, pasir dan kayu buruk- tanamkan tumbuhan akuatik/tiruan- masukkan penapis dalaman dan lekatkan

pada dinding tangki akuarium- masukkan air yang telah dinyah klorin ke

dalam akuarium- hidukan penapisan dalaman dan nyalakan

lampu-

masukkan ikan

Page 26: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 26/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

15

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Pengurusan Aras 1

Mengenal dan memilih jenis makananikan hiasan

Mengenal pasti jenis makanan yangsesuai mengikut spesis ikan

Menyatakan kekerapan dan memberimakanan ikan hiasan

Mempamerkan contoh makanan ikan hiasanJenis makanan ikan hiasan yang terdapat dalampasaran iaitu makanan hidup (plankton,rumpair, Moina, Artemia, Udang gantung, ikan

peacock, larva, serangga, dan cacing).

Makanan kering (kepingan/emping, pallet,tablet) dan makanan ramuan khas( mengikut jenis ikan).

Ikan hiasan diberi makan 3 kali sehari ( pagi,tengah hari, lewat petang) dengan kadar yangdisyorkan.

Page 27: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 27/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

16

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Mengenal pasti kandungan mutu air.

Melakukan kerja pembersihan bekas,menukar air dan menyuci penapis

Mengenal pasti simpton penyakitbiasa pada ikan hiasan

Mencegah dan merawat penyakit ikanhiasan

Aras 2

Menjaga tumbuhan akuatik dalamakurium

Memberi bekalan karbon dioksidakepada tumbuhan akuatik dalamakuarium

Mengukur kualiti air seperti nilai pH, Amonia,Oksigen terlarut dan Karbon dioksida.

Pelbagaikan jenis makanan, elakkan memberimakanan yang berlebihan dan tercemar.

Mengasingkan ikan berpenyakit danmengamalkan langkah kebersihan

Aktiviti pencegahan dan rawatan penyakit ikanseperti memasukkan garam atau larutanberubat.Lihat lampiran – penyakit biasa ikan hiasan danrawatan.

Peralatan untuk bekalan karbon dioksidakhusus untuk penggunaan di dalam akuariumadalah seperti;tangki silinder gas karbon dioksida, alatpenyukat tekanan dan alat mengawalpengeluaran karbon dioksida.

Nota:

Murid memelihara ikan hiasan dalam kumpulan.Memadai dengan 2-3 kumpulan untuk satukelas.Menyediakan jadual kerja penjagaan dan

Page 28: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 28/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

17

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

penyelenggaraan sepanjang tahun untukpelajar.Panduan menteranak Ikan Hiasan bolehdidapati daripada Pusat Penyelidikan PerikananAir Tawar, Jabatan Perikanan Malaysia.

Page 29: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 29/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

18

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Perniagaan dankeusahawanan

2.2 Merancang danMenyediakan Jualan

( Cadangan peruntukanmasa ialah 2 minggu )

a. Membuatrancangan jualan

b. Menyediakan

barang jualan

Aras 1

Mengenal pasti cara menghasilkanbarang yang akan dijual

Menentukan barang jualan

Merancang cara menjual

Membuat rancangan jualan

Menyediakan jadual kerja

Aras 1

Menghasilkan barang yang hendakdijual

Menetapkan cara menghasilkan barang jualan

Membuat rancangan jualan dan jadual kerja

Cara menjual:Berjaja, bergerai, berkedai

Sediakan borang rancangan jualan

Membuat barang jualanContoh : beg kertas, penanda buku, popia,rojak buah dan air minuman

Page 30: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 30/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

19

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aras 2

Mengubah suai barang yang hendakdijual

Menghasilkan dan mengubahsuai barang

Contoh : pisang pisang goreng,

roti sandwic

Page 31: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 31/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

20

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3 MempromosiJualan

( Cadangan peruntukan masa 2minggu )

a. Promosi melaluiposter Aras 1

Mengenal pasti maklumat yang perluada dalam poster

Mengenal pasti ciri poster yang baik

Aras 2

Menghasilkan poster untukmempromosi barang

Maklumat yang perlu ada dalam poster ialahbarangan, tempat, tarikh, masa dan harga

Ciri poster yang baik :Reka bentuk yang menarik dan kreatif dari segipemilihan perkataan, warna dan saiz huruf yangsesuai

Membuat poster berpandukan barang yangdihasilkan dan tempat poster dipamerkan

Page 32: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 32/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

21

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.4 Mengurus Jualan

( Cadangan peruntukanmasa 2 minggu )

b. Mendapatkanpesanan

Aras 1

Menyenaraikan cara untukmendapatkan pesanan

Memilih cara yang sesuai untukmendapatkan pesanan

Aras 2

Mendapatkan pesanan

Aktiviti sumbangsaran cara mendapatkanpesananContoh : cara mendapatkan pasaranmelaluitelefon, e-mel, borang pesanan dan majalahperniagaan

Cara mendapatkan pesanan hendaklah sesuaidengan barang, tempat, masa dan kemudahanyang ada

Mengambil bahagian dalam projek sebenar disekolah seperti hari kantin dan sukan

Page 33: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 33/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

22

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.6 MengurusPerbelanjaan Diri

( Cadangan peruntukanmasa ialah 2 minggu )

a. Merekodpendapatan danperbelanjaan

b. Merancangperbelanjaan

Aras 1

Mengenal pasti sumberpendapatan

Menyediakan rekod pendapatandan perbelanjaan

Aras 1

Menentukan cara berbelanja

Membuat belanjawan diri

Menentukan cara menabung

Perbincangan mengenai sumber pendapatan

Sumber pendapatan boleh diperoleh daripadapemberian wang saku, mengambil upah,menjual barang terpakai, menghasil danmenjual barang, mengubahsuai dan menambahnilai serta menjual barang

Membuat pilihan perbelanjaan

Membuat senarai belanjawan diriMerekod dalam borang yang disediakan

Cara menabung :

Menyimpan dalam tabungMenyimpan dalam bank

Latihan mengisi borang simpanan bank

Page 34: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 34/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

23

PEMETAANBIDANG / UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN

DALAM SUKATAN PELAJARANKEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 61. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27

1.1 Keselamatan Dan Organisasi Bengkel 1a. Peraturan keselamatan  b. Organisasi bengkel  

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7a. Pengenalan kreativiti  b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian

1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan

kayu dengan bahan kitar semula bukan logam 

b. Mereka bentuk dan menghasilkan projekberasaskan logam dan bahan kitar semula

1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5a. Penghasilan projek elektrik  b. Penghasilan projek elektronik

1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5

a. Penyenggaraan alatan tangan  b. Penyenggaraan bahagian bangunan c. Penyenggaraan dan membaiki

kerosakan pada mesin mudah

Page 35: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 35/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

12

BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan padaperabot

1.6 Jahitan 2 2a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel

1.7 Tanaman Hiasan 8a. Pengenalan  b. Pemilihan biji benih  c. Penanaman  

d. Penjagaan  1.8 Ikan Hiasan 8

a. Pengenalan

b. Penyediaan bekas c. Pengurusan

1.9 Tanaman Sayuran 8a. Penyediaan tapak b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil

2. Perniagaan dan keusahawanan 8 8 82.1 Barang Jualan 2

a. Kumpulan sasaran  b. Jenis barang yang sesuai dijual  c. Sumber bekalan  

2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2a. Membuat rancangan jualan b. Menyediakan barang jualan

2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2a. Promosi melalui pembungkusan  b. Promosi melalui poster c. Promosi melalui katalog

2.4 Mengurus Jualan 1 2 1a. Melayan pelanggan  b. Mendapatkan pesanan

Page 36: K.Hidup - Tahun 5

8/14/2019 K.Hidup - Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/khidup-tahun-5 36/36

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

13

BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

c. Menyusun atur barang 2.5 Merekod Jualan 2a. Merekod barang  b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan  c. Mengira untung atau rugi

2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2a. Merekod pendapatan dan

perbelanjaan

b. Merancang perbelanjaan

2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1a. Risiko dan cara mengurangkannya

2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2a. Mendapatkan maklumat barang b. Etika perniagaan dan hak pengguna

JUMLAH 35 35 35