k.hidup - tahun 4

Upload: sekolah-portal

Post on 31-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    1/35

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH RENDAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHTAHUN 42002

    Pusat Perkembangan Kurikulum

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    2/35

    1

    PENDAHULUAN

    KemahiranHidup

    Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran bercorak amali yang diajar dalamTahap II Kurikulum Bersepadu SekolahRendah. Mata pelajaran ini digubal untukmengembangkan keupayaan dalam bidang rekabentuk dan teknologi serta perniagaan dan

    keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasaimelalui penguasaan kemahiran praktis,pengetahuan serta pemupukan sikap yangpositif berasaskan teknologi dankeusahawanan.

    Buku ini disediakan untuk membantu gurumerancang dan melaksanakan kegiatantersebut melalui aktiviti dan projek yang

    dicadangkan. Kandungannya mendedahkantentang kemahiran asas, pengetahuan yangberkaitan serta nilai dan sikap yang perludipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiatkerja yang baik, dan sikap yang positif.

    Matlamat Tidak

    Berubah

    MATLAMAT DALAM EDISI PENYEMAKAN

    Dalam edisi semakan, matlamat kurikulum

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidakberubah dan kebanyakan objektif matapelajaran dikekalkan.

    Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolahrendah bertujuan membolehkan murid

    memperoleh kemahiran praktis asas danpengetahuan berasaskan teknologikeusahawanan, dan aspek pengurusan dirisupaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri serta cenderung berusahaniagadan mereka cipta

    Kemahiran

    Teknologi,KecenderunganMereka Cipta,SemangatKeusahawanan

    Kurikulum ini masih menuju ke arah

    memperkembangkan kebolehan murid dalamkemahiran teknologi, kecenderungan merekacipta dan semangat keusahawanan. Kemahiranasas yang sedemikian dapat digunakansepenuhnya untuk membolehkan muridberdikari dan yakin diri serta mampu menjalanikehidupan secara produktif dalam duniateknologi dan ekonomi yang kompleks dansentiasa berubah. Murid juga digalakkan

    mengambil inisiatif dan merebut peluang yangada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilaimurni, sikap yang positif dan budaya kerjayang baik diterapkan semasa menjalankanaktiviti amali agar kesepaduan dalam matapelajaran ini dapat diwujudkan.

    PerubahanKandungan

    Dari segi kandungan, beberapa tajuk KemahiranHidup Sekolah Rendah telah disusun semula

    untuk mengukuhkan kesinambungan danmengelakkan pertindihan serta mengemaskinikandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebihfokus, elemen Kreativiti dan Reka Ciptaditambah. Terdapat dua bidang dalamKemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    3/35

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    4/35

    3

    kayu dengan bahan kitar semula bukan logamserta penghasilan projek elektrik. Di samping itu,murid juga menghasilkan tanaman hiasan danmelakukan kerja penyenggaraan alatan yangtelah digunakan. Amalan untuk memastikankeselamatan diri dan orang lain semasamelakukan aktiviti turut diberi penekanan.

    Perniagaan danKeusahawanan Bidang Perniagaan dan Keusahawananmembekalkan murid dengan pengetahuanmengenai amalan perniagaan dankeusahawanan. Mereka mengenal pastikumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barangdan mengumpul maklumat untuk mendapatkansumber bekalan. Murid juga merancangpenyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut

    didedahkan cara membuat promosi jualan,melayan pelanggan dan merekod jual belidengan lebih sistematik. Amalan untukmemupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakindiri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan.Murid didedahkan secara tidak langsungtentang kaedah mencari dan menggunakanpeluang perniagaan dengan bijaksana.

    PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    Penekanan Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakanpembelajaran melalui pengalaman. Muridmelakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti

    untuk menguasai kemahiran praktis yang bolehdigunakan dalam kehidupan hariannya.Penguasaan kemahiran praktis ini meliputikemahiran :

    - membuat lakaran bentuk-bentuk asas- mereka bentuk dan penghasilan projek- mengenal pasti dan membezakan litar

    elektrik

    - menyenggara dan membaik pulih alatan- menghasilkan tumbuhan hiasan- mengusahaniaga barang

    Murid perlu didedahkan kepada pengetahuanyang berkualiti dengan kemahiran yang hendakdikuasai. Guru tidak seharusnyamenyampaikan pengetahuan secara tersendiriatau terasing daripada aktiviti murid.

    Mata pelajaran ini juga mementingkanpemupukan nilai dan sikap seperti berdikari,inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, danberminat menjalankan kerja-buat-sendiri.

    KaedahPengajaran danPembelajaran

    Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita,kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan

    boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan.

    Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapafaktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saizkelas, dan taraf kebolehan murid. Guruhendaklah mewujudkan suasana pembelajaran

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    5/35

    4

    yang terbuka supaya kaedah ini dapatdigunakan dengan berkesan untukmenggalakan pembelajaran yang lebihmencabar.

    PenggunaanBahanTerbuang

    Dalam menjalankan aktiviti atau membuatprojek, guru tidak seharusnya bergantung hanyapada bahan yang dibeli sahaja. Bahan terbuang

    dan mudah didapati di persekitaran hendaklahdikenal pasti dan digunakan seberapa banyakyang boleh. Antara bahan tersebut termasuklahrotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang,reja kayu, reja paip plastik, bahagian ataukomponen mesin yang sudah digunakan lagiseperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.

    Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos

    di samping dapat menanamkan sifat jimatcermat dan inovatif kepada murid. Dengan inimurid akan lebih sedar kepada sumber yangada di sekeililing mereka dan berupayamenggunakannya untuk mendapat faedah.

    KemahiranBerfikir

    Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) harus menjadi satu landasan dalampengajaran dan pembelajaran yang mana daya

    imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dandiperkembangkan.

    Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuandalam Bidang Pembelajaran "Reka Bentuk danTeknologi" termasuk :

    1. Membezakan bentuk-bentuk asasdalam pesekitaran

    2. Menghubung kait bentuk asas dalamaktiviti membina bentuk produk

    3. Menjana idea kreatif dan inovatif

    4. Mentafsir lukisan kerja

    5. Menjana idea-idea baru untukmenyelesaikan masalah danmenghasilkan projek

    6. Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yangdiperlukan

    7. Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.

    Kaedah KajianMasa Depan

    Murid Kemahiran Hidup juga perlumengembangkan daya berfikir secara kritis dankreatif ke arah membentuk masa depan yanglebih sempurna.

    Unsur penting Kajian Masa Depan harusdiserapkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran Kemahiran Hidup untukmerangsang daya intelek dan mengupaya muriduntuk menghasilkan produk yang dapatmemanfaatkan dan memberi sumbangan kearah menentukan hala tuju masa depan.

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    6/35

    5

    Contohnya dalam proses mereka bentuk, muridmengkaji keadaan yang sedia ada, mencarialternatif, membuat pilihan dan akhirnyamenghasilkan produk yang berkenaan Disamping itu murid juga boleh menjangka danmeramalkan kesan atau impak produk barumereka dalam senario masa depan.

    Nilai Murni Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerjayang relevan harus merentasi aktiviti yangdikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dansikap positif seperti berusaha mencapaikecemerlangan, berfikiran terbuka, bersediamenimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hatimenggunakan sumber dapat dipupuk supayamenjadi kebiasaan dalam pengendalian danurusan hidup murid. Begitu juga dengan

    kesedaran tentang kos sesuatu projek, harusdiberi penekanan dalam semua projek yangdihasilkan.

    Kemahiran interpersonal seperti menghargaipendapat dan usaha orang lain, berkomunikasidengan baik, bersedia menerimakritikan membina, memberi dorongan kepadaorang lain yang menemui kegagalan, menjalin

    persahabatan, belajar secara koperatif danbekerja secara kumpulan danmemupuk semangat kerjasama dengan rakansebaya perlu juga diterapkan semasapengajaran dan pembelajaran.

    Kerelevanan Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalandalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatupengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna,menyeronokkan dan berguna kepada murid.Teknik ini boleh menarik minat murid terhadapsesuatu aktiviti atau tajuk.

    Teknologi

    Maklumat danKomunikasi

    Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi

    maklumat dan komunikasi (ICT) dalampembelajaran mereka terutamanya dalampengumpulan, pemilihan dan pemprosesanmaklumat. Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayarilaman web, menggunakan perisian, CD-ROMdan pengkalan data serta berkomunikasisecara elektronik.

    PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN

    Pengendalianaktiviti

    Selaras dengan penekanan mata pelajaran inikepada penguasaan kemahiran, pencapaiannyahendaklah dibuat melalui aktiviti. Kadang kalaaktiviti ini dijalankan secara tersendiri. Padaketika yang lain gabungan beberapa aktivitidijalankan untuk menghasilkan projek.Pengendalian aktiviti dicadangkan mengikut

    peringkat berikut:

    a. perancangan

    - merancang aktiviti atau projek

    - merancang bahan dan alatan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    7/35

    6

    - merancang kaedah pengajaran

    b. penyampaian

    - motivasi- tunjuk cara kemahiran- arahan aktiviti- pelaksanaan

    - penyeliaan dan bimbingan

    c. penilaian

    - dapatan dari segi kemahiran,pengetahuan, dan nilai

    - hasil kerja

    Aktiviti yang dicadangkan dalam buku inimerupakan aktiviti contoh untuk membolehkan

    murid menguasai kemahiran. Aktiviti bolehdibuat secara individu atau secara kumpulan.Murid juga digalakkan mereka cipta projeksecara individu atau secara kumpulan denganpersetujuan guru. Dalam pemilihan aktiviti,beberapa faktor harus diambil kira oleh guruseperti jumlah alatan dan bahan, masa,bilangan murid, dan kebolehan murid. Guruhendaklah memastikan bahawa :

    - murid yang ditempatkan dalamkumpulan terdiri daripada murid yangpelbagai kebolehan ;

    - aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya

    - dapat diselesaikan dalam dua waktupengajaran termasuk waktu untuk muridmengemas alatan dan tempat kerja ;

    - aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada gabungandengan unit lain. Contohnya unit RekaBentuk dan Penghasilan Projek

    digabungkan dengan unit Baik Pulih danPenyenggaraan.

    - murid mengadakan perbincangantentang cara menggunakan alatan danbahan serta langkah menjalankan kerja.

    Semasa murid menjalankan kerja, guruhendaklah memastikan murid :

    - sentiasa mengamalkan langkahkeselamatan diri dan orang lain, alatan,dan bahan ;

    - memilih alatan dan bahan yang sesuaidan menggunakannya dengan betul dancermat ;

    - sedar tentang kos alatan dan bahanserta menggunakannya secara tidakmembazir ;

    - menjalankan kerja mengikut turutanyang betul ; dan

    - menggunakan alatan dan bahan dengan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    8/35

    7

    - tidak membiarkannya bersepah-sepah.

    Di akhir setiap pelajaran guru hendaklahmemastikan murid ;

    - mengemaskan alatan dan bahan yangtelah digunakan ;

    - membersihkan alatan dan menentukan

    bilangannya cukup sebelum disimpan ;dan

    - membersihkan tempat kerja dan diri.

    Penilaian Penilaian adalah sebahagian proses pengajarandan pembelajaran. Pengajaran danpembelajaran akan lebih berkesan sekiranyapenilaian dijalankan secara berterusan.

    Maklumat daripada penilaian yang berterusanini akan dapat membantu guru mengatasikelemahan pelajar serta mengukuhkan danmempertingkatkan lagi proses pengajaran danpembelajaran melalui tindakan susulan yangdijalankan oleh guru. Tujuan tindakan susulanadalah untuk memastikan murid akan terusmaju.

    Penilaian bagi mata pelajaran ini bolehdijalankan melalui :

    - pemerhatian- lisan- penulisan

    Ketiga-tiga cara ini boleh digunakan untukmenilai projek atau aktiviti yang dijalankan olehmurid sama ada melalui proses kerja atau hasilkerja murid. Penilaian yang dijalankanhendaklah mencakupi semua objektifpengajaran dan pembelajaran. Penilaian yangdijalankan tidak seharusnya menekankankonsep lulus atau tidak lulus. Sebaliknya

    penilaian itu hendaklah menekankan sama adaseseorang murid telah menguasi aspek yangdinilai itu atau belum. Penilaian juga seharusnyatidak menekankan perbandingan pencapaianantara seorang murid dengan seorang muridyang lain.

    Guru boleh menilai tahap penguasaan danpencapaian murid dari segi kemahiran,

    perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dansikap murid melalui pemerhatian aktiviti danprojek yang dijalankan oleh mereka.

    Penilaian yang dijalankan oleh guru perludicatatkan. Guru boleh mencatat dengan caramencatat kenyataan, menanda pada kenyataan,dan memberi gred. Senarai semak adalah satucontoh merekod maklumat penilaian. Penilaian

    yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalambuku rekod mengajar dan rekod profil.

    KESELAMATAN

    Keselamatan Am Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    9/35

    8

    sentiasa diamal dan dipatuhi setiap kalimenjalankan kerja amali. Organisasi bengkeldan pengurusan kerja yang mudah bolehdilakukan secara bergilir-gilir di kalangan muridbagi memberi mereka pengalaman tambahanserta menanamkan semangat bekerjasama,bertanggungjawab dan berdisilpin.

    Semasa menjalankan kerja praktis, guruhendaklah memastikan tempat kerja bebasdaripada perkara yang boleh mendatangkanbahaya. Guru hendaklah mengambil segalalangkah keselamatan sepanjang masapengajaran dan pembelajaran

    Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

    1. Tunjukkan teladan kerja yang selamatkepada murid

    2. Pastikan peraturan keselamatandipatuhi oleh semua pihak dan tanamkanrasa tanggungjawab terhadapkeselamatan diri dan orang lain.

    3. Bimbing murid mengenal pasti perkara

    yang boleh mendatangkan bahaya

    4. Pastikan keadaan tempat kerjamempunyai cahaya yang cukup,pengudaraan yang baik, dan lantai tidaklicin

    Paparkan poster, ilustrasi, danperingatan tentang keselamatan supayadapat difahami oleh semua murid.

    5. Pastikan penjagaan alatan, bahan,perkakas, dan mesin hendaklahdilakukan berterusan supayaberkeadaan baik dan selamatdigunakan.

    6. Adakan tempat yang sesuai dan selamatuntuk menyimpan alatan dan bahanyang mudah terbakar, pecah, danmerbahaya.

    7. Labelkan semua alatan dan bahan.

    8. Pastikan projek yang dijalankan tidak

    menggunakan kuasa elektrik arus ulangalik.

    9. Jangan menggunakan bekas bahanberacun, bahan kimia, dan bahan yangmudah terbakar ;

    10. Sediakan kit pertolongan cemas sertaalat memadam api;

    11. Ambil tindakan keselamatan apabilaberlaku kemalangan; dan

    12. Sediakan buku log untuk mencatatkemalangan yang berlaku.

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    10/35

    9

    KeselamatanDiri

    Perkara berikut hendaklah diambil perhatianuntuk menjaga keselamatan diri semasamenjalankan kerja praktis :

    1. Patuhi peraturan keselamatan sepanjangmasa.

    2. Pakailah pakaian yang sesuai dankemas serta kasut yang bertutup.

    3. Ikat rambut yang panjang dengan kemasatau ikat hujung tudung bagi murid danguru perempuan.

    4. Elakkan bermain atau bergurau ditempat kerja.

    5. Gunakan alatan dan bahan dengan betul

    dan selamat

    6. Gunakan air dan sabun untuk mencucitangan selepas bekerja.

    PEMETAAN DAN KESINAMBUNGANKANDUNGAN

    Pemetaan

    KandunganTahun Empat

    Susunan kandungan dalam Sukatan Pelajaran

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah TahunEmpat ada ditunjukkan dalam jadual Pemetaan.Kandungan Sukatan Pelajaran seperti berikut.Peruntukan masa yang dinyatakan merupakancadangan untuk membantu guru dalampenyediaan perancangan pengajaran. Masa

    untuk pengajaran Kemahiran Hidup SekolahRendah ialah dua waktu seminggu dan minitdalam sewaktu ialah tiga puluh minit.

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    11/35

    10

    FORMAT HURAIAN

    Tiga Lajur Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tigalajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran;Hasil Pembelajaran; dan Cadangan AktivitiPembelajaran.

    Bidang, Unit

    dan HasilPembelajaran

    Dalam lajur pertama, bidang pembelajaran, unit

    pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur dua dinyatakan mengenai hasilpembelajaran, keluasan dan kedalaman skopsetiap unit pembelajaran dihuraikan dalambentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tigaaras. Pemeringkatan kemahiran danpengetahuan kepada aras tertentu bertujuanuntuk membantu guru menyampaikan

    pengajaran dan pembelajaran yang lebihberkesan dengan mengambil kira kadarpembelajaran dan keupayaan murid.

    Aras Aras 1 merupakan aras asas yang mestidikuasai oleh semua murid sebelum merekameneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2merangkumi kandungan yang perlu dipelajarioleh semua murid selepas mereka menguasai

    kandungan Aras 1.Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk muridyang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1dan 2. Dengan ini kekompleksian pembelajaranmeningkat dari Aras 1 ke Aras 3.

    CadanganAktivitiPembelajaran

    Lajur ketiga, iaitu Cadangan AktivitiPembelajaran bertujuan membantu gurumerancang dan membekalkan pengalamanpengajaran dan pembelajaran yang sesuai danbermakna kepada murid. Guru bolehmengubahsuai cadangan ini dan mereka bentukaktiviti tambahan yang bersesuaian dengankebolehan murid dan keadaan sekeliling

    mereka.Huraian untuk Tahun Empat diperincikanseperti berikut.

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    12/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    11

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Bidang Pembelajaran :1. Reka Bentuk dan Teknologi

    1.1 Keselamatan danOrganisasi Bengkel

    (Cadangan peruntukan masaialah 1 minggu)

    a. Peraturan keselamatan Aras 1

    Mengamalkan langkah keselamatansemasa menjalankan aktiviti

    Mempraktikkan cara menyimpan

    alatan dan bahan dengan selamat

    Guru menerangkan dan membincangkan :

    Langkah keselamatan

    Cara menyimpan alatan dan bahan secaratersusun, teratur dan selamat

    Pengenalan kepada kit pertolongan cemas

    Murid perlu melaporkan kepada guru jika berlakusebarang kecederaan atau kemalangan

    Mencatat rekod kemalangan kecil dankecederaan dalam buku rekod kecederaan

    Memberi penerangan mengenai caramemadamkan kebakaran

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    13/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    12

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    b. Organisasi bengkel Aras 1

    Menyediakan struktur organisasitempat kerja

    PERINGATAN :

    Carta peraturan keselamatan hendaklahdipamerkan di dalam bengkel

    Rawatan lanjut bagi kecederaan perlulah dirujukkepada doktor di hospital atau klinik yangberdekatan

    Menentukan peranan murid dalam bengkelseperti melantik ketua formen (ketua kelas),formen (penolong ketua kumpulan kerja) danpenolong formen (penolong ketua kumpulankerja)

    Menyediakan jadual tugas harian di bengkel

    Sesi perbincangan dan bercerita tentang caraperlupusan sisa yang betul

    Semua bahan yang dibuang disebut sisa

    Cara pelupusan sisa :

    Kambus tanahInsinerator (pembakaran)Pengkomposan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    14/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    13

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.2 Kreativiti dan Reka Cipta

    (Cadangan peruntukan masaialah 8 minggu)

    a. Pengenalan kreativiti

    (Cadangan peruntukan masaialah 3 minggu)

    i. Pendedahan kepadabentuk asas rekabentuk

    ii. Mengenal ideaberdasarkan gambar

    atau objek

    Aras 1

    Mengenal pasti bentuk asas rekabentuk

    Melakar bentuk asas

    Menyenaraikan objek di persekitaranyang mempunyai persamaan denganbentuk asas

    Membina bentuk asas secara 3D

    Aras 1

    Mengenal pasti idea berdasarkan

    Menunjuk contoh asas reka bentuk segi empat,bulatan, segi tiga dalam 2D dan 3D berasaskanunsur dan prinsip lukisan

    Membuat lakaran bentuk asas

    Memerhati bentuk asas di dalam kelas danpersekitaran bagi menjana idea

    Membuat lawatan di persekitaran sekolah, tamanpemainan bagi menjana idea

    Melakar objek-objek yang berkaitan denganbentuk asas

    Membuat bentuk asas 3D menggunakan pensel,pen, krayon, arang dan pensel warna.

    Contoh objek ialah : bola(sfera), kotak (kuib atau

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    15/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    14

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    iii. Komunikasi tampak

    b. Kajian reka bentuk dankefungsian produk

    (Cadangan peruntukan masaialah 4 minggu)

    i. Kajian bentuk luaranproduk

    objek

    Melakar objek berdasarkan bentukasal

    Membina objek berdasarkan lakaran diatas dengan menggunakan bahan yangbersesuaian

    Aras 1

    Membuat persembahan hasil danbinaan secara lisan

    Aras 1

    Mengenal pasti kegunaan produk

    Menghubungkaitkan bentuk denganfungsi produk

    kuboid), botol (slinder) dan skitel (piramid)

    Mencantum bentuk asas bagi menghasilkanobjek seperti bulatan membentuk cermin mataatau segi empat membentuk almari.

    Sumber bahan seperti kertas, plastisin, spandan tanah liat

    Murid mencatat idea baru daripadapersembahan.

    Produk hasil pengeluaran seperti cawan, gelas,bekas pensel, beg, kasut, basikal dan barangkelengkapan domestik

    Mengaitkan rupa bentuk dengan fungsi produkcontoh: Bentuk cawan yang bertangkaisupaya mudah dipegang

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    16/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    15

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    ii. Memasang modelberpandukan manual

    iii. Membuka danmemasang produkuntuk mengkajikomponen

    Melakar reka bentuk luaranpelbagai produk

    Aras 1

    Membaca manual

    Memilih dan memasang komponen

    Membandingkan model yang telahdipasang dengan manual

    Menguji dan melaras model

    Aras 2

    Memasang model yang lebih kompleksberpandukan manual

    Aras 3

    Mereka model baru dari set binaan

    Menerangkan fungsi model baru

    Aras 1

    Mengenal pasti jenis dan fungsi alatantangan

    Tunjuk cara melakar dengan menggunakanmedia seperti pen, pensel, krayon, arang, danpensel warna

    Murid membaca arahan dan lukisan dalam

    manual

    Pelbagai set binaan boleh digunakan serentaksecara berkumpulan, berpasangan atau individu

    Sumber bahan ialah set binaan yang statik

    Sumber bahan ialah set binaan yangmengandungi gear dan roda serta bolehberfungsi

    Murid memberikan penerangan dan membuatdemonstrasi menggunakan model yang telah

    dipasang

    Alatan tangan yang digunakan seperti pemutarskru rata, pemutar skru philips, spanar bolehlaras dan playar muncung tirus

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    17/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    16

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    e. Pendokumentasian

    (Cadangan peruntukan masaialah 1 minggu)

    Mengenal pasti jenis dan fungsipengikat dan penyantum

    Membuka dan mengenal pastifungsi komponen

    Memasang semula komponensupaya berfungsi

    Aras 1

    Mengumpul dan merekodmaklumat

    Pengikat dan penyantum yang digunakan sepertibol dan nat, skru dan sesendal

    Contoh aktiviti ialah membuka dan memasanglampu suluh, loceng basikal,pengasah pensel,pensel mekanikal dan pam basikal

    Menyimpan maklumat dalam fail

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    18/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    17

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.3 Reka Bentuk danPenghasilan Projek

    (Cadangan peruntukan masaialah 5 minggu)

    a. Mereka bentuk danmenghasilkan projekgabungan kayu denganbahan kitar semulabukan logam

    Aras 1

    Menentukan projek berpandukan kadkerja

    Membaca lukisan projek

    Mengenal pasti alatan tangan

    Menentukan jenis bahan dan kuantiti

    Mengukur, menanda dan memotongbahan projek

    Memasang komponen projek

    Membuat kemasan

    Lukisan projek dan langkah kerja disediakandengan jelas dalam kad kerja

    Penerangan nama dan fungsi alatan tangan yangberkaitan

    Contoh bahan kitar semula seperti botolminuman plastik, kadbod, polisterin, strawminuman, batang ais krim, dan lidi sate

    Membuat projek berpandukan kad kerja yangdisediakan

    Cadangan bahan untuk kemasan ialah catsembur, foil aluminium atau kertas hiasanMurid perlu mengamalkan langkah keselamatansemasa menggunakan cat sembur. Gunakantopeng hidung.

    Contoh projek ialah bekas pensel, tabung wang

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    19/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    18

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Aras 2

    Mereka bentuk dan membuatprojek berdasarkan minat murid

    dan bekas bunga

    Persembahan hasil projek

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    20/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    19

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.4 Elektrik dan Elektronik

    (Cadangan peruntukan masaialah 4 minggu)

    a. Penghasilan projekelektrik

    Aras 1

    Mengenal pasti nama, fungsi dansimbol komponen

    Mengenal pasti alatan tangan

    Membuat penyambungan litar

    Mengenal pasti litar siri dan litar selari

    Membezakan di antara litar siri danlitar selari

    Aras 2

    Membaca dan menterjemahlukisan litar

    Komponen yang digunakan ialah mentol, selkering 1.5 V, suis dan buzer

    Penerangan fungsi alatan seperti skru rata,Philips, penjalur wayar dan playar muncung tirus

    Sambungan litar siri dan litar selari

    Catatan :Mentol L1 dan L2 boleh digantikan denganbuzer ( simbol buzer )

    Memerhati perbezaan kecerahan pada mentolatau mendengar kekuatan bunyi buzer

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    21/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    20

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Memilih alatan, bahan dankomponen

    Mengukur, memotong, membentukdan menjalur wayar

    Memintal dan mengikat wayarpada tamatan komponen

    Menguji litar

    Membuat kemasan

    Penerangan fungsi alatan seperti pemutar skrurata, philips, penjalur wayar dan playar muncungtirus

    Tunjuk cara mengukur, memotong dan menjalurwayar dengan menggunakan alatan tangan

    Contoh projek ialah lampu suluh, lampu mejadan lampu hiasan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    22/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    21

    BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.5 Baik pulih danPenyenggaraan

    (Cadangan peruntukanmasa ialah 1 minggu)

    a. PenyenggaraanAlatan tangan

    Aras 1

    Mengenal pasti bahan dan agenpembersih

    Membersih alatan tangan

    Meminyak untuk tujuanperlindungan dan perlinciran

    Menyimpan alatan tangan

    Bahan dan agen pembersih seperti minyaktanah, thinner, minyak pelincir dan sabun.

    Alatan tangan yang berkaitan seperti playargabung, playar muncung tirus, gergaji,pemutar skru, gunting dan penjalur wayar.

    Kerja pembersihan dan penjagaan berus catyang telah digunakan perlu juga diberipenekanan oleh guru selepas kerja praktikal.

    Menjalankan aktiviti menyenggara alatan tangan.

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    23/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    22

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.7 Tanaman Hiasan

    ( Cadangan peruntukan masaialah 8 minggu )

    a. Pengenalan

    b. Pemilihan biji benih

    Aras 1

    Mengenal beberapa jenis tanamanhiasan

    Aras 1

    Memilih bijih benih pokok bungasemusim

    Menyedia medium semaian

    Menyemai biji benih pokok bungasemusim

    Tanaman Hiasan dibahagikan kepada beberapakumpulan mengikut kegunaan bentuk dan ciripertumbuhan : pokok naungan, pokokhiasan,pokok renek, pokok menjalar danmemanjat, pokok palma, pokok kaktus, rumputdan bunga semusim

    Tumpuan diberi kepada penanaman bunga

    semusim

    Mempamerkan beberapa contoh pokok bungasemusim

    Mempamerkan beberapa contoh biji benih pokokbunga semusim seperti balung ayam , marigold,keembong, bunga butang dan zinnia

    Medium semaian daripada campurantanah,bahan organik dan pasir dengan nisbah2:1:1

    Tunjuk cara menyemai biji benih bunga semusim

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    24/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    23

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    c. Penanaman

    Aras 2

    Membincangkan sifat biji benihyang berkualiti

    Aras 1

    Mengenal dan memilih bekas tanaman

    Menyediakan bekas penanaman

    Menyediakan medium penanaman

    Mengubah anak pokok ke dalambekas

    Aras 2

    Menyediakan batas penanamantanaman hiasan

    Membincangkan sifat-sifat biji benih yangberkualiti seperti cukup matang, bernas, bebasdaripada serangga perosak dan penyakit

    Menunjukkan contoh bekas tanaman sepertipasu, beg politena dan bekas lain (bahan gunasemula)

    Tunjuk cara membersih, menutup lubang salirandan memasukan medium penanaman

    Tunjuk cara menyediakan medium penanamanJohn Innes Potting Mixturedengan nisbah3 : 2 : 1

    Tunjuk cara menanam anak pokok bungasemusim dalam bekasMurid menanam anak pokok tanaman hiasan didalam bekas secara kumpulan

    Tunjuk cara penyediaan batas

    Murid melakukan kerja penyediaan batas didalam kumpulan seperti membersih kawasandan menggembur tanah membina batas danpembajaan asas

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    25/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    24

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    c. Penjagaan

    Menanam anak pokok tanamanhiasan

    Aras 1

    Menjaga tanaman hiasan dalambekas

    Aras 2

    Menjaga tanaman hiasan di batas

    Tunjuk cara menanam anak pokok

    Murid menanam anak pokok di batas secarakumpulan

    Tunjuk cara penjagaan pokok bunga hiasan

    Murid menjaga tanaman hiasan secara kumpulanseperti menyiram, merumput, menggemburtanah, membaja dan memangkas

    Tunjuk cara penggunaan alat perkebunan seperticangkul, tajak, dan pencakar

    Murid menjaga tanaman hiasan di batas secaraberkumpulan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    26/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    25

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARANBidang Pembelajaran :2. Perniagaan dan

    Keusahawanan

    2.1 Barang Jualan

    adangan peruntukan masa ialah 2minggu)

    a. Kumpulan sasaran

    b. Jenis barang yangsesuai dijual

    Aras 1

    Mengumpul maklumat barangkeperluan, kesukaan dan yang mampudibeli oleh murid dan guru

    Mengkelas barang mengikutkeperluan, kesukaan dan yang mampudibeli oleh murid dan guru

    Aras 1

    Menyenarai jenis barang yang bolehdijual kepada murid dan guru

    Aras 2

    Membuat keputusan barang yang

    Kumpulan sasaran terbahagi kepada murid danguru

    Kajian melalui pemerhatian, temu bual dan soal

    selidik murid dan guru

    Maklumat seperti pendapatan, jantina dan umurdigunakan dalam kajian

    Borang soal selidik disediakan oleh guru

    Membuat senarai jenis barang yang boleh dijual

    kepada murid dan guru berdasarkan analisiskajian

    Senarai barang dibuat dengan menggunakan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    27/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    26

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    c. Sumber bekalan

    boleh dijual kepada murid dan guru

    Aras 1

    Mengumpul maklumat caramendapatkan bekalan

    Memilih pembekal

    Lembaran pengurusan grafik

    Mengumpul maklumat dan memilih pembekalberdasarkan:- Harga

    - Kualiti barang- Syarat jualan- Pengangkutan dan jarak- Boleh dipercayai (reputasi)

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    28/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    27

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    2.2 Merancang danmenyediakan jualan

    (Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu)

    a. Membuat rancangan

    jualan

    b. Menyediakanbarang jualan

    Aras 1

    Mengenal pasti cara mendapatkanmodal

    Menyediakan maklumat barang jualan

    Membuat rancangan jualan

    Menyediakan jadual kerja

    Aras 1

    Menyediakan barang jualan

    Aras 2

    Menentukan tujuan membungkusdan melabel

    Maklumat dalam rancangan jualan:- Modal- Barang- Kuantiti- Pembekal- Cara jualan- Lokasi

    Murid diberi latihan menetapkan harga jualan

    Harga jualan = harga belian + untung

    Pecah pukal barang untuk jualan iaitu menyukat,dan menimbang barang dalam unit kecilTujuan membungkus :- daya tarikan- keselamatan- membeza dengan barangan lainMelabel maklumat barang

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    29/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    28

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    2.3 Mempromosi Jualan

    (Cadangan peruntukanmasa ialah 1 minggu)

    a. Promosi melaluipembungkusan

    Aras 1

    Menyatakan maksud dan tujuanpromosi

    Menerangkan ciri bungkusan yangsesuai untuk promosi

    Membungkus barang untuk tujuanpromosi

    Aras 2

    Membanding beza bungkusanyang menarik dan kurang menarik

    Promosi bermaksud usaha penjualmemperkenalkan sesuatu barangan

    Tujuan promosi :- menyebarkan maklumat barangan- menimbulkan minat terhadap barangan

    Ciri bungkusan yang menarik dari segi :- bentuk- rupa- warna- sesuai dengan jenis barang- tahan lama

    - mudah dibawa

    - mengingatkan pelanggan- meluaskan pasaran barangan

    Menunjukkan pelbagai contoh pembungkusanHubungkaitkan aktiviti pecah pukal denganpembungkusan

    Murid membawa pelbagai jenis pembungkusan

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    30/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    29

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Aras 3

    Menilai pembungkusan yangdihasilkan untuk tujuan promosi

    Mengadakan pertandingan membuatpembungkusan dan murid menilai hasilnya

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    31/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    30

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    2.4 Mengurus Jualan

    adangan peruntukan masa ialah 1minggu)

    a. Melayan pelanggan Aras 1

    Menunjukkan cara layanan yang baikdan cekap

    Mengira dengan cepat dan tepat

    Aras 2

    Membuat inferens etika jualan

    Aktiviti simulasi melayan pelanggan

    Mengira jumlah harga barang dan wang baki

    Layanan baik terhadap pelanggan :- Mengambil hati pembeli

    - Jujur- Peramah- menghormati- menghargai pelanggan

    Etika penjual:- Jujur- Adil- Menepati masa dan janji

    Projek jualan sebenar

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    32/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    31

    BIDANG / UNIT / TAJUK

    PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    2.5 Merekod Jualan

    adangan peruntukan masa ialah 2minggu)

    a. Merekod barang

    b. Merekod pendapatandanperbelanjaan

    c. Mengira untung atau

    rugi

    Aras 1

    Merekod barang jualan

    Mengira baki barang jualan

    Aras 1

    Menyediakan rekod pendapatan danperbelanjaan jualan

    Aras 1

    Mengira untung atau rugi

    Merekod barang jualan dalam kad inventori

    Latihan mengisi kad inventori

    Merekod pendapatan dan perbelanjaan jualandalam borang yang disediakan

    Latihan mengira untung atau rugi

    atau

    =

    =

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    33/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    32

    PEMETAAN

    BIDANG / UNIT/ TAJUK PEMBELAJARANDALAM SUKATAN PELAJARAN

    KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 61. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27

    1.1 Keselamatan Dan Organisasi Bengkel 1a. Peraturan keselamatan b. Organisasi bengkel

    1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7a. Pengenalan kreativiti b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian

    1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan

    kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

    b. Mereka bentuk dan menghasilkan projekberasaskan logam dan bahan kitar semula

    1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik

    1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5a. Penyenggaraan alatan tangan b. Penyenggaraan bahagian bangunan

    c. Penyenggaraan dan membaikikerosakan pada mesin mudah

    d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan padaperabot

    1.6 Jahitan 2 2a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    34/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    33

    BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

    1.7 Tanaman Hiasan 8a. Pengenalan b. Pemilihan biji benih c. Penanaman d. Penjagaan

    1.8 Ikan Hiasan 8a. Pengenalan b. Penyediaan bekas c. Pengurusan

    1.9 Tanaman Sayuran 8a. Penyediaan tapak b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil

    2. Perniagaan dan keusahawanan 8 8 82.1 Barang Jualan 2

    a. Kumpulan sasaran b. Jenis barang yang sesuai dijual c. Sumber bekalan

    2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2a. Membuat rancangan jualan b. Menyediakan barang jualan

    2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2a. Promosi melalui pembungkusan b. Promosi melalui poster c. Promosi melalui katalog

    2.4 Mengurus Jualan 1 2 1

    a. Melayan pelanggan b. Mendapatkan pesanan c. Menyusun atur barang

    2.5 Merekod Jualan 2a. Merekod barang b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan c. Mengira untung atau rugi

  • 8/14/2019 K.Hidup - Tahun 4

    35/35

    Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    34

    BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

    2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2a. Merekod pendapatan danperbelanjaan

    b. Merancang perbelanjaan 2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1

    a. Risiko dan cara mengurangkannya 2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2

    a. Mendapatkan maklumat barang b. Etika perniagaan dan hak pengguna

    JUMLAH 35 35 35