kesusasteraan melayu dalam bahasa melayu

18
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat kami menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dapat dilalui dan tugasan ini berjaya juga disiapkan meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran yang jitu. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Mozlina binti Osman selaku pensyarah BMM 3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik puan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan sekuliah yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Sekian, 1

Upload: naserizan

Post on 11-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

PENGHARGAAN

            Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-

Nya, dapat kami menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa

serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dapat dilalui dan tugasan ini berjaya juga

disiapkan meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran yang jitu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah

saya iaitu Puan Mozlina binti Osman selaku pensyarah BMM 3163 GENRE

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU di atas segala sumbangan

ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat

sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas

jasa baik puan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan sekuliah yang

telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya

di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala

kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Sekian,

Terima kasih.

Hairulniza bt Mohamud

Pelajar Kursus PPG

Kumpulan BM(D)

1

Page 2: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

SOALAN TUGASAN

Bahagian A – Tugasan Individu (70%)

Secara tersirat sastera merupakan satu wadahuntuk memanusiakan diri dengan lingkungan,

memiliki nilai sosial, menambahkan rasa cinta tanah air dan sebagainya. Sehubungan dengan

itu, fungsi sastera didapati selaras dengan keperluan rukun negara, falsafah pendidikan

kebangsaan dan pendidikan kesusasteraan Melayu.

Berdasarkan pernyataan di atas, dengan menggunakan sebuah karya (cerpen) yang terpilih,

bincangkan dari sudut sama ada keilmuan, peraturan sosiobudaya, nilai kemanusiaan,

kewarganegaraan, kemahiran bernilai tambah dan sebagainya. Perbincangan hendaklah

dikaitkan dengan fungsi pendidikan kesusasteraan Melayu.

2

Page 3: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

i Penghargaan 1

ii Soalan Tugasan 2

1.0 Pendahuluan 4

2.0 Kesusasteraan Bahasa Melayu dalam Bahasa

Melayu

Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam

Pengajaran Bahasa Melayu

Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera

Jenis-Jenis Bahan Sastera Tempatan

4

3.0 Perbincangan Cerpen “Imam Tua” Karya Osman

Ayob

7

4.0 Penutup 11

Rujukan 12

Lampiran 13

1.0 PENDAHULUAN

3

Page 4: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sastera merupakan bahasa yang dicirikan

dengan keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan manakala kesusasteraan pula

ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi.

Bahasa dan sastera tidak sepatutnya dipisahkan kerana kedua-duanya ibarat irama dan lagu.

Sekiranya tiada salah satunya maka tidak bermaknalah satu yang lain itu. Selain itu,

pengarang-pengarang menggunakan bahan sastera sebagai media pengantar untuk

menyalurkan mesej serta pandangan mengenai dunianya kepada masyarakat. Karya sastera

yang dihasilkan dapat meluaskan penggunaan bahasa sseorang kerana pada kebiasannya

karya sastera menggunakan bahasa yang tinggi dan indah.

Bahan sastera seyogianya menjadi sehabagian daripada medium pengajaran dan

pembelajaran di sekolah serta diberi pendedahan awal kepada murid-murid sejak peringkat

rendah lagi. Hal ini demikian kerana pengajaran sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

pada peringkat sekolah rendah adalah berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu

secara khusus. Oleh itu, penggunaan bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

dianggap penting bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa melayu dalam kalangan murid.

Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan penggunaan

sastera dalam pengajaran seperti objektif,prinsip pemilihan serta kelebihan menggunakan

bahan sastera, jenis-jenis bahan sastera dan cerpen sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu.

2.0 KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

Menurut Abdul Rasid Jamian, melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran,

para pelajar dapat menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur dan

ungkapan yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman,

perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang digunakan

adalah berdasarkan guru untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi

menarik. Fokus utama pengajaran guru menggunakan bahan sastera ialah bagi mencapai

objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan

pelajar.

Berikut diterangkan objektif penggunaan,prinsip pemilihan dan kelebihan menggunakan

bahasa sastera;

4

Page 5: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

2.1 Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu:

1. Memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan

kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera

2. Menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera.

3. Menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta menghargai

nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan.

4. Mengekalkan dan menyuburkan minat terhadap kesusasteraan.

5. Membuat penialaian mutu sesuatu karya sasrtera yang sepadan dengan kemampuan

pelajar.

Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah-

sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa

Melayu. Antara objektif itu adalah :

1. Menggalakan murid membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya

membaca dan memahami bahan sastera yang dibaca.Jadi, dengan banyak pembacaan

semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa.

2. Murid dapat memahami penggunaan bahasa, ungkapan istilah dan struktur ayat yang

benar dalam karya sastera.

3. Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan penggunaan bahasa yang

baik serta menarik kepada kebudayaan yang bernilai.

4. Karya sastera merakamkan peristiwa perlakuan manusia serta dapat mengenali sistem

sosial dan sosiobudaya sekitar mereka.

5. Memupuk minat pelajar melalui pendedahan bahan-bahan sastera secara tidak

langsung dapat menimbulkan bakat yang terpendam dalambidang penulisan.

2.2 Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat

meningkatkan keupayaan murid dalam menggunakan bahasa yang tinggi kerana karya-

karya sastera selalunya menggunakan banyak ungkapan menarik serta bahasa-bahasa

yang indah.

5

Page 6: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut keseuaian peringkat umur pelajar.

Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan menyesuaikan bahan

sastera dengan pengajarannya.

Menurut penulis terkenal, Ismail Ahmad, beliau menekankan bahawa penggunaan bahan

sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat membuka ruang kepada murid untuk

melihat dunia yang lebih luas bermula dari pengalaman diri untuk meneroka pengalaman

luar melalui hubungan masyarakat dan budayanya.

Manakala menurut tokoh penulisan, A.Samad Said beliau menekankan bahawa

penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara

langsung dapat memupuk semangat membaca dalam diri pelajar.Sebagai contoh

penggunaan cerpen atau prosa klasik dapat membantu pelajar mengenali watak-watak,

pemahaman isi ceritadan meningkatkan perbendaharaan kata serta memupuk minat

pelajar dalam pembacaan.

Selain itu, penggunaan bahan sastera seperti pantun,sajak dan cerpen dapat membantu

pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang melayu.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang bolah diperoleh dalam penggunaan

bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Guru-guru perlu

inisiatif dalam memilih bahan yang sesuai supaya suasana belajar menjadi menarik.

2.3 Jenis-Jenis Bahan Sastera Tempatan

Negara Malaysia kaya dengan pelbagai karya sastera sebagai khazanah yang tidak ternilai

harganya. Berikut adalah beberapa jenis karya sastera:

i) Pantun

Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk

mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi

banyak perlambangan.

ii) Syair

Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menerbitkan buku syair antaranya buku Anjung

Persinggahan karya Rahman Syaari.Pelbagai syair telah dihasilkan bagi menyampaikan idea

atau semangat kebangsaan.

6

Page 7: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

iii) Prosa Klasik/Hikayat

Prosa Klasik merupakan hikayat penghipur lara. Antara contoh prosa klasik ialah Hikayat

Merong Mahawangsa, Hikayat Langlang, Hikayat Siak dan sebagainya. Hikayat ini dapat

dijadikan sebagai bahan pengajaran Bahasa melayu kerana penggunaan Bahasa Melayunya

amat indah dan bahasanya tinggi.

iv) Cerpen

Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Bahasa melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka telah menerbitkan pelbagai cerpen yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa.

Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Pahlawan

Buntung, Pungut, Penanggungan dan sebagainya.

Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan sastera tempatan seperti sajak,

puisi, drama, novel dan pelbagai lagi. Jadi jelaslah di sini bahawa terserah kepada guru untuk

menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.

3.0 PERBINCANGAN CERPEN “IMAM TUA” KARYA OSMAN AYOB

Sinopsis:

Cerpen ini mengisahkan seorang imam tua bernama Haji Endut yang berumur hampir 80

tahun dan berkhidmat sebagai seorang imam di Masjid Kampung Tepi Jalan. Beliau telah

memegang jawatan imam hampir 25 tahun lamanya. Haji Endut merupakan seorang iman

yang sangat amanah dan bertanggungjawab dalam memegang jawatannya namun terdapat

pihak yang tidak berpuas hati kepada beliau apabila suatu hari Bilal Dolah iaitu penjaga peti

aduan masjid menyampaikan beberapa aduan tentang beberapa surat layang yang ditujukan

kepada Haji Endut. Namun begitu,surat itu tidak diketahui siapa penulisnya kerana hanya

mempunyai tandatangan.Sungguhpun begitu, Haji Endut amat disenangi ramai kerana beliau

amat peramah.Pada suatu hari, isteri Haji Endut, Hajah Munah telah jatuh sakit dan

seterusnya Haji Endut juga turut dimasukkan ke dalam hospital.Berita ini telah sampai ke

pihak masjid sehingga pada akhirnya, Bilal Dolah,Haji Deris dan Siak Mahmud dapat

menduga siapakah orang yang selalu menulis surat layang di peti aduan masjid.

7

Page 8: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

NILAI KEMANUSIAAN

Nilai kemanusiaan menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai sifat atau sikap seperti

baik,jahat,pemalu,sonbong dan sebagainya. Nilai ini mendedahkan ciri atau sifat yang

terdapat pada diri seseorang.

Menurut sasterawan terkenal, Osman Ali beliau menjelaskan bahawa nilai kemanusiaan ini

penting dalam karya penulisan kerana menjadikan bahan sastera sebagai bahan

menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sebagai contoh berdasarkan cerpen yang dikaji iaitu cerpen Imam Tua, terdapat banyak nilai

kemanusiaan yang dapat dipetik seterusnya dapat menggalakkan pembaca agar dapat

mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian

Watak dalam cerpen Imam Tua yang terdiri daripada Haji Endut, Haji Deris, Bilal Dolah,

Siak Mahmud dan ramai lagi telah menampilkan perwatakan atau sikap mereka yang boleh

dijadikan teladan dan sempadan. Sebagai contoh watak utama iaitu Haji Endut telah

memaparkan sikap yang baik yang boleh dijadikan contoh teladan dan dapat disemaikan ke

dalam jiwa pelajar bagi menjalani kehidupan yang baik.

Watak utama dalam cerpen Iman Tua ialah Haji Endut. Beliau merupakan seorang imam di

Masjid Kampung Tepi Jalan. Beliau sudah berkhidmat sebagai imam selama 25 tahun. Haji

Endut amat disegani ramai kerana beliau seorang yang baik dan peramah.Beliau juga seorang

yang sangat amanah dalam memikul amanah. Contohnya, Haji Endut sanggup bangun

seawal jam 3.00 pagi bagi memenuhi permintaan jirannya Limah Janda yang kematian

anaknya untuk mengetuai bacaan talkin.

Selain itu Haji Endut juga seorang yang berlapang dada dalam menghadapi sebarang

kesulitan. Contohnya, pada suatu hari Bilal Dolah menyampaikan surat layang yang

diletakkan di dalam peti aduan yang ditujukan kepada Haji Endut. Walaupun pelbagi kritikan

yang diterima namun beliau terus tabah dan bersangka baik atas segala yang terjadi.

Selain itu, watak sampingan seperti Haji Deris dan Bilal Dolah telah menunjukkan sikap

tanggungjawab mereka dalam menjalankan amanah sebagai ahli jawatankuasa masjid.

Contohnya, Haji Deris yang menguruskan hal berkaitan tabung masjid.Beliau menguruskan

8

Page 9: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

wang tabung dengan jujur manakala Bilal Dolah yang diamanahkan menjaga peti aduan

masjid menjalankan tugas dengan jujur tanpa berahsia dengan Haji Endut.

Gaya Bahasa

Penggunaan bahasa dalam cerpen Imam Tua ini amat mudah untuk difahami kerana bahasa

yang digunakan adalah tidak terlalu tinggi. Antara gaya bahasa yang digunakan ialah:

i) Diksi

Diksi bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Diksi

yang baik seharusnya memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan watak atau mesej.

Contohnya, dalam cerpen Imam Tua karya Osman Ayob, pengarang memilih masjid sebagai

latar tempat. Oleh itu pengarang menggunakan diksi yang bersesuaian seperti

Imam,masjid,khutbah,solat,talkin azan dan sebagainya.

ii) Ayat

Ayat merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karya

mereka,misalnya ayat pendek,ayat panjang,ayat songsang dan sebagainya.Cara pengarang

membina dan menyusun ayat dapat meninmbulkan kesan tertentu kepada pembaca.

Berikut merupakan contoh ayat pendek yang digunakan dalam cerpen Imam Tua :

a) “Aduan apa pula?”

b) “Ya, apa isinya?”

iii) Sinkope

Sinkope bermaksud penyingkatan kata. Berikut merupakan contoh sinkope dalam cerpen

Imam Tua :

a) “Saya tak rasa kecil hati”

b) “Ustaz Tarmuzi dan orang-orangnya tu ada agenda mereka….”

c) “Betul tu ,Mahmud”

9

Page 10: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

Pengajaran

Pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan kepada pembaca.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat berdasarkan cerpen Imam Tua ini, terdapat beberapa

pengajaran yang boleh diambil. Antaranya ialah :

1. Kita haruslah menjalankan tugas dengan amanah

Contohnya, Haji Endut merupakan seorang imam yang menjalankan tugas dengan

penuh bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi

memenuhi keperluan masyarakatnya.

2. Kita perlulah bersabar atas segala dugaan.

Contohnya, terdapat pelbagai kritikan yang ditujukan kepada Haji Endut.Namun

begitu beliau terus tabah dan bersabar kerana beliau sedar beliau mempunyai

kekurangan.Beliau juga menghadapi kritikan itu dengan berlapang dada dan tidak

menganggapnya sebagai suatu beban.

3. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua.

Contohnya, individu yang menulis surat layang seharusnya menggunakan bahasa

yang sopan untuk menegur Haji Endut. Hal ini demikian kerana Haji Endut

merupakan seorang imam yang sangat tua dan tidak patut individu berkenaan

menggunakan bahasa yang kurang sopan untuk menegur beliau.

4. Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Contohnya, Haji Endut Sudah terlalu tua untuk memapah isterinya ke hospital lalu

Siak Mahmud menyuruh anaknya Safuan untuk tolong menghantar Hajah Munah ke

hospital.

5. Kita patutlah bersikap prihatin.

Contohnya, isteri Safuan,Halimah sangat baik hati kerana sudi menjaga Haji Endut

dan Hajah Munah yang telah dimasukkan ke dalam hospital.Sikap ini amat baik untuk

diteladani

.

4.0 PENUTUP

Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan sahaja terletak pada kecanggihan

kurikulum namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan

10

Page 11: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

bahan pengajaran dalam bilik darjah. Bahan sastera memerlukan kekreatifan guru dalam

mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian murid.

Selain itu, keinginan untuk memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera dapat

dipertingkatkan melalui kekerapan menggunakan karya-karya sastera yang pelbagai ini.Guru

perlu rajin dalam mencari sumber lain selain hanya bergantung pada buku teks sahaja.

Akhirnya, bagi memupuk minat pelajar terhadap karya sastera serta meningkatkan

penguasaan Bahasa Melayu, aktiviti yang berterusan berkaitan satera perlu dijalankan seperti

penganjuran bulan bahasa dan sebagainya. Langkah yang proaktif perlu diambil bagi

memastikan pelajar dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik

RUJUKAN

11

Page 12: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

Genre Kesusasteraan retrieved from:

http://bobezani.tripod.com/sastera.html

jenis dan bentuk kesusasteraan melayu retrieved from:

http://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU

Asmah Hj Omar (2002). Kaedah pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan

Pustaka .

A . Wahab Ali. (2006). Kesusasteraan Melayu dalam Bandingan dan Pendidikan.

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhammad Hj. Salleh. (1998). Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:

Nik Safiah Karim,Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam.

Fajar Bakti Sdn.Bhd

Ensiklopedia sastera.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

Page 13: Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

13

L

A

M

P

I

R

A

N