kesukaran yang dihadapi

4
Kesukaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran . Saya telah diberikan tugasan yang perlu dilaksanakan berasaskan subjek ini. Antaranya ialah Tugasan KKP iaitu mencari informasi-informasi yang berkaitan dengan literasi bahasa dimana saya harus mencari maklumat berdasarkan tulisan mekanis dan kaedah pengajarannya. Kemahiran tulisan mekanis menegaskan aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan muda dibaca. Agraphiad dan Dysgraphia adalah dua jenis masalah khusus dalam tulisan. Punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu (1) aspek fizikal, (2) aspek pembelajaran, dan (3) aspek pengamatan. Sebelum saya memulakan kerja kursus ini, saya mencari bahan– bahan yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini. Tetapi apa yang berlakunya, saya tidak dapat mencari bahan dengan sepenuhnya. Untuk menyelesaikan masalah ini saya berbincang dengan pensyarah dan beliau memberi nasihat supaya mencari bahan dalam internet. Beliau juga memberi sedikit bahan yang berkaitan. Selepas itu, saya mencari bahan dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kursus dari internet serta buku-buku di pusat sumber Institut serta meminjam bukunya. Dalam tugasan ini, saya menghadapi kesukaran untuk mencari dan membuat aktiviti untuk penulisan mekanis. Seseorang guru

Upload: vimala-visha

Post on 18-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kesukaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Saya telah diberikan tugasan yang perlu dilaksanakan berasaskan subjek ini. Antaranya ialah Tugasan KKP iaitu mencari informasi-informasi yang berkaitan dengan literasi bahasa dimana saya harus mencari maklumat berdasarkan tulisan mekanis dan kaedah pengajarannya.Kemahiran tulisan mekanis menegaskan aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan muda dibaca. Agraphiad dan Dysgraphia adalah dua jenis masalah khusus dalam tulisan. Punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu (1) aspek fizikal, (2) aspek pembelajaran, dan (3) aspek pengamatan. Sebelum saya memulakan kerja kursus ini, saya mencari bahanbahan yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini. Tetapi apa yang berlakunya, saya tidak dapat mencari bahan dengan sepenuhnya. Untuk menyelesaikan masalah ini saya berbincang dengan pensyarah dan beliau memberi nasihat supaya mencari bahan dalam internet. Beliau juga memberi sedikit bahan yang berkaitan. Selepas itu, saya mencari bahan dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kursus dari internet serta buku-buku di pusat sumber Institut serta meminjam bukunya.Dalam tugasan ini, saya menghadapi kesukaran untuk mencari dan membuat aktiviti untuk penulisan mekanis. Seseorang guru hendaklah menyediakan aktiviti mengikut ketahapan dan kebolehan murid. Tambahan pula, aktiviti yang disediakan hendaklah secara kreativiti untuk menarik perhatian murid-murid. Saya mengalami kesukaran untuk membuat aktiviti berkaitan tajuk saya iaitu penulisan mekanis. Saya juga mengalami kerumitan dalam melayari internet kerana wireless di maktab saya tidak begitu kuat. Oleh itu, saya mengalami kesukaran untuk mencari maklumat untuk kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan mekanis.Apabila saya menghadapi masalah kawan-kawan saya telah membantu untuk menjelaskan skop tugasan ini kepada saya. Mereka juga menolong saya untuk mencari maklumat. Saya juga menukar maklumat dengan mereka. Perkongsian maklumat amat berkesan kerana dengan ini kami boleh membuat tugasan in dengan lebih baik. Rakan rakan saya juga menolong saya untuk memberikan idea untuk membuat aktiviti berkaitan tajuk ini.Kesukaran yang saya hadapi menjadikan saya berpotensi untuk menghadapi apa-apa cabaran. Tambahan pula, pengetahuan yang telah saya perolehi, amat berharga kerana setiap kebaikan dan masalah yang saya hadapi akan sentiasa menjadi satu teladan. Ini akan membantu saya untuk membuat tugasan yang bakal diberi dengan lebih baik dan sempurna. Akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Saya berasa amat gembira dan berasa lega selepas sudah menyiapkan kerja kursus ini. Melalui tugasan ini saya telah sedar bahawa literasi bahasa menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Akhir kata, pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

RUJUKANDewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru KBSR Asas KemahiranBerbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamarudin Hj.Husin, (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Hasnah Awang, H. M. (2009). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Hj.Husin, K. B. (1986). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn.Bhd.Pustaka, D. B. (1992). Jilid 7 Aktiviti Bahasa. Kuala Lumpur: Percetakan Maziza Sdn.Bhd.Hj. Daud Md Saman, (2010), Literasi Bahasa, Power Press & Design Sdn.Bhd, 52000 Kuala Lumpur.