kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar pertahankan

5
1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 1/5 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar By admin - 9 September 2020 Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Yang Dipertuan Agong (YDPA) bagi menyebar berita palsu.- Gambar hiasan. Oleh PROF MADYA DR ROHAYU AB. MAJID TANGGAL 31 Ogos yang baru sahaja berlalu merupakan tarikh keramat buat rakyat seluruh Malaysia. Perolehan status kemerdekaan yang telah melewati 63 tahun usianya pastinya memberikan seribu makna buat warga Malaysia, tidak kira yang muda maupun tua. Susulan itu sambutan Hari Malaysia pada 16 September turut diraikan pada setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang termenteri pada tahun 1963 bagi menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada ketika itu. Advertisement

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar Pertahankan

1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar

https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 1/5

Pertahankan institusi diraja demikesinambungan nilai kemerdekaan sebenarBy admin - 9 September 2020

Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Yang Dipertuan Agong (YDPA)bagi menyebar berita palsu.- Gambar hiasan.

Oleh PROF MADYA DR ROHAYU AB. MAJID

TANGGAL 31 Ogos yang baru sahaja berlalu merupakan tarikh keramat buat rakyat seluruh Malaysia.

Perolehan status kemerdekaan yang telah melewati 63 tahun usianya pastinya memberikan seribu

makna buat warga Malaysia, tidak kira yang muda maupun tua.

Susulan itu sambutan Hari Malaysia pada 16 September turut diraikan pada setiap tahun bagi

memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang termenteri pada tahun 1963 bagi menandakan

penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada ketika itu.

Advertisement

Page 2: kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar Pertahankan

1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar

https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 2/5

Apa yang pasti susah payah rakyat Malaya berhadapan ranjau duka pada ketika dulunya dalam

melepaskan ikatan naungan pihak British terhadap Tanah Malaya bermula sejak tahun 1944 lagi

amat berbaloi dan ia terbukti memberikan impak besar ke atas kehidupan hakiki hari ini. Namun

begitu perolehan status kemerdekaan yang dijulang ini seringkali dikaitkan dengan perjuangan

nasionalisme rakyat semata-mata.

Setelah tamatnya penjajahan Jepun di Tanah Malaya, semangat perjuangan rakyat makin terus

membara menuntut kebebasan bersama. Namun dalam memperjuangkan hak ini, mungkin kita sama

sekali tidak sedar bahawa Raja- Raja Melayu pada ketika itu merupakan satu entiti yang memainkan

peranan yang sangat penting dalam proses memperolehi kemerdekaan.

Penubuhan Malayan Union oleh Kerajaan British yang kononnya mahu memberikan kebebasan

bernegara ke atas Tanah Malaya sekitar tahun 1946 pada awalnya mendapat persetujuan raja-raja.

Namun niat sebenar British yang mahu menukar status naungan kepada penjajahan dapat dihidu

oleh Datuk Onn. Ketika majlis pertabalan Gavenor Malayan Union, di atas pemakluman Datuk Onn ke

atas apa yang dihajati Britih, Raja-Raja Melayu pada ketika itu bersepakat untuk tidak menghadiri

majlis pertabalan yang bakal berlansung.

Keengganan Raja-Raja untuk turut serta telah menjejaskan persetujuan asal sekaligus membawa

kepada pembubaran Malaya Union pada 21 Jan 1948. Tahun yang sama juga telah menyaksikan

kesepakatan semua raja yang ada dengan penubuhan Majlis Raja-raja bagi menjaga kedaulatan

tanah Malaya.

Gerakan politik mula berkembang dengan penubuhan Jawatankuasa antara kaum CLC pada Januari

1949 dan disusuli dengan pertambahan ahlinya pada ogos 1949. Berlansungnya Pilihanraya Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 dan Pilihanraya Umum Tanah Melayu pada Julai 1955 telah

merancakkan lagi semangat pembebasan. Tuntutan lebihan ahli pilihan berbanding ahli lantikan dari

pihak British telah mengetengahkan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin utama yang

membakar semangat kemerdekaan.

Kunjungan Tunku bersama beberapa orang wakil ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada

pihak British pada Januari 1956 malangnya tidak dilayan British. Justeru sekembalinya Tunku ke

tanah air, sekitar Januari sehingga awal Februari 1956 rundingan kemerdekaan mula berjalan

bersama seluruh rakyat di tanah Malaya. Rundingan yang direstui Raja-Raja Melayu pada ketika itu

seumpama memberi jalan pengharapan ke atas usaha yang dilakukan, selain memperkemaskan

strategi tuntutan.

Advertisement

Page 3: kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar Pertahankan

1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar

https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 3/5

Sekali lagi rombongan Tunku Abdul Rahman Putra berkunjung ke London bersama wakil wakil orang

besar di tanah Malaya pada 18 Februari 1956. Pertemuan yang diberi nama Persidangan Malaya

Merdeka ini telah dibuat di Lancaster House, London. Ketika ini Raja-Raja Melayu telah turut serta

dengan menghantar wakil-wakilnya. Antaranya adalah

Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak)

Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan)

Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor)

Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor).

Peranan Raja-Raja Melayu amat besar ketika ini apabila sanggup turun padang bersama-sama rakyat

jelata dalam usaha menuntut kemerdekaan. Malah Tunku Khursiah salah seorang puteri raja sanggup

menggadaikan barang perhiasannya demi menyumbang dana tabungan dalam membiayai

rombongan ke London.

Pertemuan kali kedua rombongan Tunku bersama pemerintah tertinggi British akhirnya berjaya

membawa rundingan kemerdekaan. Mungkin tidak pernah tersurat di mana-mana penulisan akan

perkara utama yang mencetuskan kemenangan rundingan. Namun ingin diperjelaskan disini bahawa

kemasukan British ke tanah melayu pada awalnya iaitu sebelum perang duna kedua lagi adalah di

atas tiket persetujuan Raja-Raja Melayu. British yang bertapak ditanah melayu pada awalnya diatas

dasar perdagangan mula berubah menjadi naungan. Justeru apabila status kebebasan yang dipohon

ketika rundingan kemerdekaan, Raja-Raja lah yang menjadi titik fokus pihak British dalam membuat

pertimbangan.

Bertapaknya British di Tanah Malaya pada awalnya di atas rundingan dan kebenaran raja, maka

keguguran status naungan ke atas Tanah Malaya hanya diberi kepada Raja-Raja sahaja. Justeru raja-

raja lah yang menjadi pemegang kunci utama ke atas proses perolehan kemerdekaan. Dengan kata

lain kemerdekaan Tanah Malaya diberi kepada Raja-Raja.

Walau bagaimanapun dalam struktur pemerintahan secara demokrasi berperlembagaan, maka fungsi

pemerintahan ini diturunkan kepada para pemimpin dari kalangan rakyat yang telah dipilih oleh

rakyat sendiri.

Apa yang perlu dijelaskan di sini peranan Raja-Raja Melayu amat lah penting dalam memartabatkan

status kemerdekaan di Tanah Malaya. Ianya menjadi pasak kedaulatan pemerintahan negara selain

menjaga keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan bangsa. Maka Institusi Raja-Raja wajar

kita pertahankan bagi memastikan kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar

Page 4: kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar Pertahankan

1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar

https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 4/5

Merdeka-merdeka laungan keramat

Makin diulang menjadi azimat

Peranan Raja disebalik keringat

Bersama mendokong impian rakyat

Raja Tunggak perpaduan negara

Kasihnya tulus tersemai dijiwa

Memayungi rakyat pelbagai bangsa

Asalkan rakyat hidup terbela

Sudah bertahun kita merdeka

Pejuang bangsa dilupa jangan

Pastikan Merdeka ini kebebasan selamanya

Untuk kesejahteraan seluruh watan

— Prof Madya Dr Rohayu Ab. Majid, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UniversitiTeknologi Mara (UiTM)

Kongsi:

Advertisement

Page 5: kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar Pertahankan

1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar

https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 5/5