pelan kesinambungan pengurusan malay version - 13.4.2020 (final) 1.1.pdflampiran i: borang strategi...

45
Pelan Kesinambungan Pengurusan Bagi COVID-19 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Upload: others

Post on 30-Jul-2020

33 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

Pelan Kesinambungan Pengurusan

Bagi COVID-19

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Page 2: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

1

Isi Kandungan

Pengenalan 2

Situasi Terkini: Amaran Pandemik COVID-19 2

Pelan Kesinambungan Pengurusan (PKP) 2

1. Rangka Kerja Respon Amaran 3-4

2. Aliran Kerja Pelan Kesinambungan Pengurusan KKBS (Pengaturan Kerja) 5

3. Protokol Umum 5-11

a) Pintu Masuk 6

b) Pengurusan Sumber Manusia 7

c) Fungsi Teras dan Perkhidmatan Penghantaran 8

d) Pengurusan Pembekal dan Pelanggan 9

e) Komunikasi 10

f) Langkah-langkah Pembendungan 11

g) Langkah-langkah Pencegahan Umum 13

h) Pembersihan dan Pembasmian Kuman 15

4. Piawaian Prosedur Operasi

a) Pemeriksaan di Pintu Masuk 16

b) Menguruskan Kakitangan Berisiko 17

c) Mengurus Kakitangan yang Mempunyai Simptom di dalam Bangunan 18

d) Aliran Kerja Pencarian Kontak 19

Lampiran

Lampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21

Lampiran II: Pelan Mitigasi Kementerian dan Jabatan 22

Lampiran III: Borang Pemberitahuan

a) Borang Pengisytiharan Diri 23

b) Borang Pengisytiharan Kesihatan 24

c) Borang Melapor Diri Selepas CSDS, Cuti Sakit (MC) dan Sakit 25

Lampiran IV: Kumpulan Pengurusan Krisis KKBS (CMT) 26

Lampiran V: Ahli Pusat Gerakan COVID-19 KKBS 27

Lampiran VI: Peranan Pusat Gerakan KKBS 29

Lampiran VII: Kumpulan Tindakan (A-Team) 30-31

Lampiran VIII: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan: Garis Panduan Bekerja dari Rumah

32-35

Lampiran IX: Garis Panduan Langkah-Langkah Pencegahan Jangkitan COVID-19 Semasa Berada di Rumah (Self-Isolation)

36-43

Page 3: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

2

Pengenalan

Pengurusan Kesinambungan Pengurusan (PKP) atau Business Continuity Plan

ialah strategi daya tahan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan

institusinya untuk mengawal keupayaan untuk:

• beroperasi bagi mencapai objektif strategik utamanya di keempat-empat

sektor (4K)

• mengekalkan pemberian perkhidmatan kritikal

• beroperasi semula pada tahap yang boleh

diterima

• mengurus gangguan dengan yakin

• mengurangkan risiko transmisi

Situasi Terkini:

Amaran Pandemik COVID-19

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

dengan rasminya meningkatkan status virus Corona daripada

epidemik kepada pandemik. COVID-19 sangat mudah merebak,

dan mereka yang dijangkiti boleh menularkan virus tersebut

kepada orang lain bahkan sebelum simptomnya wujud –

jangkitan daripada manusia ke manusia (person-to-person

transmission).

Pelan Kesinambungan Pengurusan (PKP)

KKBS telah menyediakan PKP ini selaras dengan Surat Keliling Jabatan Perdana

Menteri SK06/2020, yang menggalakkan agensi untuk merancang dan melaksanakan

PKP mereka bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan dan memastikan fungsi

mereka tetap berjalan semasa wabak virus ini. Formulasi and pelaksanaan PKP ini

diuruskan oleh Kumpulan Pengurusan Krisis KKBS (CMT). PKP adalah tambahan

kepada surat keliling dan nasihat yang sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perdana Menteri (PMO), Kementerian Kesihatan (MOH) dan agensi kerajaan yang lain.

PKP ialah satu dokumen langsung dan tertakluk pada semakan semula mengikut

perkembangan lanjut COVID-19.

Page 4: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

3

1. Rangka Kerja Respon Amaran

TAHAP SENARIO IMPAK TINDAKAN PROTOKOL

Tahap 1 DI BAWAH 50% TIDAK HADIR

Gangguan operasi

minimum

Ketua Jabatan

• Memberi tugasan sementara kepada staf yang ada di jabatan/bahagian/cawangan.

• Memberi tugasan kepada kakitangan yang menjalani kuarantin/pemantauan diri/pengasingan diri, untuk dilaksanakan dari rumah dengan menggunakan teknologi.

Tahap 2 LEBIH DARIPADA 50% TIDAK HADIR

Gangguan Operasi

Sederhana

Timbalan Setiausaha Tetap

• Mengerahkan staf atau kakitangan yang ada dari jabatan/bahagian/cawangan yang lain.

• Memberi tugasan kepada staf yang mempunyai kondisi kesihatan yang berisiko tinggi atau yang menjalani kuarantin/pemantauan diri/pengasingan untuk dilaksanakan dari rumah dengan menggunakan teknologi.

• Menutup perkhidmatan KKBS (kecuali bagi perkhidmatan penting**) dan mengerahkan semula staf yang tinggal.

Tahap 3(A)

KRITIKAL BAGI AGENSI: Sekurang-kurangnya seluruh jabatan/bahagian/ cawangan berkompromi

Gangguan Operasi Tinggi

Setiausaha-Seiausaha Tetap

• Mengerahkan staf atau kakitangan yang ada dari jabatan/bahagian/cawangan yang lain.

• Memberi tugasan kepada staf yang mempunyai keadaan kesihatan berisiko tinggi atau yang menjalani kuarantin/pemantauan diri/pengasingan diri untuk dilaksanakan dari rumah dengan menggunakan teknologi.

• Kerja dan waktu bekerja berperingkat (bekerja secara syif atau waktu bekerja yang pendek).

• Mengkaji penempatan semula lokasi perkhidmatan ke fasiliti yang lain, jika perlu.

Tahap 3(B)

KRITIKAL BAGI KKBS: Seluruh kementerian berkompromi

Gangguan Operasi Tinggi

KKBS

• Menempatkan semula operasi ke fasiliti sekunder.

• Mengerahkan staf atau kakitangan yang ada dari jabatan/bahagian/cawangan yang lain.

• Memberi tugasan kepada staf yang menjalani kurantin/pemantauan diri/pengasingan diri untuk dilaksanakan dari rumah dengan menggunakan teknologi.

• Kerja dan waktu bekerja berperingkat (bekerja secara syif atau waktu bekerja yang pendek).

Page 5: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

4

Tahap 4

PENGISYTIHARAN BENCANA KEBANGSAAN (Perintah Bekurung)

Operasi ditangguhkan

MOH & Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

(NDMC) - Timbalan Setiausaha Tetap PM sebagai focal point KKBS

• Mematuhi protokol kebangsaan.

• Sentiasa mengekalkan akses komunikasi untuk mengawal fungsi dan perkhidmatan penting**.

Page 6: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

5

1. ALIRAN KERJA PELAN KESINAMBUNGAN PENGURUSAN KKBS

(Pengaturan Kerja)

Page 7: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

6

3. Protokol Umum

a) Pintu masuk

SEMUA kakitangan dan pelawat mestilah melalui

pemeriksaan suhu badan apabila masuk ke dalam

bangunan.

Kakitangan dan pelawat yang mempunyai suhu

badan 37.5 darjah celsius dan ke atas atau

menunjukkan sebarang simptom lain COVID-19

tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan.

Kakitangan yang tidak dibenarkan masuk akan

dimaklumkan ke Pusat Gerakan COVID-19 KKBS.

Pusat Gerakan COVID-19 KKBS akan menyelaras

protokol laporan.

Semua kakitangan dan pelawat hendaklah

mensanitasi tangan mereka sebelum memasuki

bangunan.

Page 8: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

7

b) Sumber

Pengurusan

Manusia

Kumpulan Tindakan hendaklah diwujudkan untuk

menyampaikan PKP kepada semua kakitangan

dan bagi memastikan pematuhan umum terhadap

pelan pada waktu ini.

Membina pelan bagi kesinambungan kepimpinan

sekiranya pembuat keputusan dan pegawai

eksekutif tidak ada.

Mempertimbangkan pengaturan kerja yang

fleksibel bagi pekerja berisiko tinggi dan juga

kakitangan yang perlu tinggal di rumah atas alasan

yang lain yang berkaitan dengan COVID-19,

contohnya, menjaga ahli keluarga yang telah pergi

ke negara-negara yang terjejas.

Menyemak semula dasar pengurusan pekerja,

seperti cuti dengan kebenaran, ketidakhadiran, cuti

sakit, keluar negeri, penutupan tempat kerja dan

memanggil balik pekerja yang tidak kritikal bersama

keluarga mereka dari negara yang terjejas.

Mematuhi semua nasihat perjalanan keluar negeri

dan kesihatan yang dikeluarkan oleh PMO, MOH

dan agensi kerajaan yang lain.

Memastikan kakitangan dilindungi secukupnya atau

dipantau mengikut garis panduan MOH.

Mematuhi perintah kuarantin yang dikeluarkan oleh

MOH dan agensi kerajaan yang lain.

Mematuhi semua nasihat cuti dengan kebenaran

yang dikeluarkan oleh PMO dan MOH. Contohnya,

semasa tempoh pengasingan diri selama 14 hari,

agensi mestilah memastikan bahawa kakitangan

menjauhi tempat kerja tetapi agensi boleh

mengamalkan pengurusan kerja yang fleksibel,

seperti telekomunikasi dan telepersidangan, bagi

membolehkan kakitangan tersebut bekerja dari

rumah.

Pengurusan kerja yang fleksibel hendaklah

mempertimbangkan perkhidmatan yang ada,

seperti e-pejabat dan e-mel. Agensi boleh merujuk

nasihat EGNC di [email protected] mengenai

perkara ini untuk keterangan lanjut.

Operasi dari jarak jauh hendaklah mematuhi garis

panduan keselamatan yang sedia ada, dan Ketua

Page 9: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

8

Bahagian/Jabatan hendaklah menilai risiko dan

merumuskan langkah-langkah pengurangan.

Bagi sistem akses jarak jauh yang terhad, seperti

TAFIS dan pengemaskinian sistem sekuriti, agensi

boleh menyemak semula proses yang berkaitan

dengan sistem ini untuk meminimumkan gangguan

pada perkhidmatan.

Melaksanakan langkah-langkah respon kesihatan

awam, contohnya, pencarian kontak dan

penjarakan sosial, seperti yang dinasihatkan oleh

MOH.

c) Fungsi Teras

dan

Perkhidmatan

Penghantaran

Mengenal pasti fungsi pengurusan yang kritikal

(perkhidmatan yang diutamakan) dan kakitangan

penting yang berkaitan dengan mereka.

Mengenal pasti strategi kesinambungan dan garis

masa pemulihan yang boleh diterima bagi fungsi

pengurusan yang kritikal.

Agensi-agensi hendaklah mempertimbangkan

perkara-perkara yang berikut:

• Menubuhkan pasukan kakitangan gantian

(contohnya pasukan A dan Pasukan B) yang

boleh bertugas mengikut jadual kerja dan di

tempat yang berlainan secara bersilih ganti (

sebagai contoh Pasukan A akan bekerja di

pejabat manakala Pasukan B bekerja dari

rumah, dan penyusunan boleh bertukar

sewajarnya. Jika pertukaran diaturkan

antara kedua-dua pasukan, pastikan

mereka membersihkan dan mendisinfeksi

stesen kerja mereka. Kedua-dua pasukan

hendaklah diasingkan secara fizikal untuk

mengelakkan risiko jangkitan.

• Melatih silang kakitangan dan mewujudkan

pengaturan gantian untuk mengurangkan

gangguan (Ini adalah penting terutamanya

sekali apabila seluruh bahagian telah

dijangkiti).

Page 10: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

9

d) Pengurusan

Pembekal dan

Pelanggan

Mengenal pasti pembekal dan pemberi

perkhidmatan yang penting, dan membincangkan

dan menyediakan langkah-langkah

kesinambungan pengurusan. Ini termasuklah

pemahaman PKP bagi pembekal-pembekal dan

pemberi-pemberi perkhidmatan.

Mengenal pasti pelanggan yang penting dan

pastikan pelan-pelan yang ada memenuhi

keperluan pelanggan atau mempersetujui garis

masa pemulihan yang boleh diterima.

Mewujudkan pelan bagaimana caranya dan bila

masanya untuk mengaktifkan pembekal-pembekal

alternatif (sebagai contoh perkhidmatan penjaga

bangunan) dan cara penyampaian alternatif untuk

pelanggan (contohnya, pembelajaran dalam talian

bagi pelajar-pelajar sekolah).

Page 11: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

10

e) Komunikasi

Dimulakan dengan penyelaras komunikasi

yang akan menyebarkan pelan komunikasi

awda sejajar dengan keperluan dan pelan

kesinambungan pengurusan awda.

Memastikan kakitangan memahami dengan

jelas peranan dan tanggungjawab mereka

sebelum virus menular. Contohnya,

kakitangan hendaklah dimaklumkan

mengenai langkah-langkah PKP yang akan

memberi impak kepada mereka dan

sentiasa mengemaskini protokol dan

perkembangan langkah-langkah yang perlu

dilaksanakan oleh agensi jika virus menular.

Mempertimbangkan untuk mewujudkan

saluran komunikasi untuk pekerja

melaporkan status mereka dan membuat

pertanyaan.

Mengenal pasti pihak berkepentingan yang

berkaitan seperti pembekal, penyedia

perkhidmatan dan pelanggan, dan mesej

penting kepada setiap kumpulan yang

berkepentingan, dan memulakan dialog

dengan mereka mengenai langkah-langkah

penularan kontingensi yang berpotensi

semasa wabak virus.

Memastikan semua akses komunikasi yang

lain diaktifkan dan diselenggara bagi

membolehkan kesinambungan pengurusan.

Page 12: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

11

f) Langkah-Langkah

Pembendungan

Kakitangan yang menunjukkan simptom

semasa waktu bekerja hendaklah

melaporkan dengan segera kepada Penyelia

atau Ketua Bahagian/Jabatan dan

memaklumkan kepada Kumpulan Tindakan.

Kumpulan Tindakan perlu memastikan

pengasingan pantas dan memakai PPE

apabila membantu pengasingan.

Kakitangan yang tidak sihat hendaklah

segera memakai PPE – ini perlu ditukar jika

ia basah, sukar untuk bernafas, rosak atau

kotor.

Kakitangan yang tidak sihat hendaklah

diasingkan di tempat pengasingan yang

ditetapkan melalui laluan pengasingan

sementara menunggu untuk dibawa bagi

membuat perawatan lanjut.

Kakitangan yang tidak sihat hendaklah

menggunakan kemudahan tandas yang

ditetapkan untuk pengasingan.

Pengangkutan ke klinik atau hospital yang

ditetapkan perlu diaturkan dengan segera

untuk kakitangan kurang sihat bagi tujuan

membuat penilaian perubatan.

Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) perlu

dimaklumkan tentang sebarang jangkitan

yang disyaki.

Semua ruang pejabat, kemudahan awam

(contohnya, tandas, bilik mesyuarat, dewan

dan lain-lain) mestilah dibersihkan setiap

hari.

Bersihkan semua permukaan, permukaan

lantai yang kerap disentuh setiap hari dengan

pembasmi kuman.

Krew pembersih perlu menyedari gejala

seperti demam selesema dan perlu

melaporkan kepada pengurus mereka jika

mereka jatuh sakit.

Membersihkan peralatan pembersihan yang

digunakan dengan pembasmi kuman dalam

sebuah bilik berasingan sebelum

Page 13: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

12

menggunakannya untuk bilik-bilik lain.

Elakkan menggunakan ruangan yang terjejas

sekurang-kurangnya 24 jam.

Page 14: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

13

g) Langkah-

Langkah

Pencegahan

Umum

Mendidik kakitangan mengenai kawalan

jangkitan dan kebersihan diri.

Memastikan bekalan PPE dan kelengkapan

perubatan mencukupi (contohnya,

termometer, sarung tangan pakai buang,

mask penutup mulut dan hidung dan

disinfektan) khususnya untuk para barisan

hadapan (contohnya, pengawal

keselamatan yang melaksanakan

pemeriksaan) dan mereka yang menjalani

pemantauan diri dan latihan supaya mereka

tahu cara penggunaannya.

Menutup, membersihkan dan mendisinfeksi

premis yang terdedah kepada kes yang

disyaki atau disahkan COVID-19

sebagaimana yang digariskan dalam nasihat

daripada MOH.

Amalkan langkah berjaga-jaga yang berikut

pada setiap masa:

• Mengelakkan bersentuhan dengan

haiwan hidup termasuk unggas dan

burung serta memakan daging mentah

dan kurang masak.

• Mengelakkan tempat-tempat yang

sesak dan berhubungan rapat dengan

orang yang tidak sihat dan

menunjukkan gejala penyakit.

Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air

atau menggunakan pensanitasi tangan

(hand sanitizer) (contohnya sebelum

mengendalikan makanan atau makan,

selepas ke tandas, atau apabila tangan kotor

oleh cairan pernafasan selepas batuk atau

bersin)

Mencuci tangan sekurang-kurangnya 20

saat dengan sabun dan air.

Mengelap stesen kerja masing-masing

dengan lebih kerap (sebaik-baiknya setiap

30 minit).

Menahan diri daripada pergi ke pejabat jika

awda mengalami simptom pernafasan

seperti batuk atau hidung berair -

Page 15: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

14

mendapatkan rawatan perubatan dengan

segera jika awda berasa tidak sihat.

Menutup mulut awda dengan kertas tisu

apabila batuk atau bersin, dan buang kertas

tisu ke dalam tong sampah dan mencuci

tangan dengan sabun dan air atau

menggunakan hand sanitizer dengan

segera.

Mengelakkan daripada berkongsi makanan,

kutleri, pinggan mangkuk, peralatan dan

barang kebersihan diri yang lain.

Mengelakkan sentuhan fizikal seperti

bersalaman dan hindari daripada menyentuh

muka atau menggosok mata awda.

Page 16: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

15

h) Langkah-langkah

Membersih dan

Membasmi

Kuman

Semua ruang pejabat, kemudahan

awam (contohnya, tandas, bilik

mesyuarat, dewan dan lain-lain)

mestilah dibersihkan setiap hari.

Bersihkan semua permukaan,

permukaan lantai yang kerap disentuh

setiap hari dengan pembasmi kuman.

Krew pembersih perlu menyedari gejala

seperti demam selesema dan perlu

melaporkan kepada pengurus mereka

jika mereka jatuh sakit.

Membersihkan peralatan pembersihan

yang digunakan dengan pembasmi

kuman dalam sebuah bilik sebelum

menggunakannya untuk bilik-bilik lain.

Bilas kain lap/mop dalam disinfektan

beberapa kali atau bilas dengan teliti

dalam air panas.

Kakitangan pembersihan hendaklah

memakai sarung tangan pakai buang

semasa membersihkan sesuatu

kawasan.

Sarung tangan hendaklah ditanggalkan

dan dibuang jika kotor atau rosak.

Krew pembersih hendaklah mencuci

tangan selepas melakukan

pembersihan/pembasmian kuman untuk

mengurangkan risiko jangkitan.

Page 17: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

16

4. Piawaian Prosedur Operasi a) Pemeriksaan di pintu masuk

Page 18: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

17

4. Piawaian Prosedur Operasi b) Mengurus kakitangan yang berisiko

Page 19: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

18

4. Piawaian Prosedur Operasi c) Mengurus kakitangan yang

mempunyai simptom di dalam bangunan

Page 20: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

19

4. Piawaian Prosedur Operasi d) Aliran kerja pencarian kontak

Page 21: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

20

Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras

Proses Urusan / Komitmen

Risiko Butiran Aktiviti Objektif Jangka Masa Pemulihan

Pengkadaran Kritikal

Tempoh Kritikal

Strategi Kesinambungan

Kewangan Pembayaran tidak diterima

Pembayaran bagi kontraktor, penjual dan pembekal

2 minggu 1 bulan Sistem pembayaran secara manual

Pengangkutan Tempat-temp at yang terjejas yang sukar didatangi

Pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan -perkhidmatan

1 jam 10 minit Kerah tugas bagi pengangkutan dari jabatan/cara lain

Bantuan kesejahteraan

Bantuan asas bagi klien tidak dipenuhi

Pembayaran bagi bantuan kesejahteraan untuk penerima

3 hari 1 hari Pembayaran melalui bank yang telah diatur secara beperingkat

Tempat tinggal sementara

Tiada tempat tinggal untuk kumpulan yang mudah terdedah pada bahaya

Mencari rumah/ tempat tinggal alternatif

Segera 1 hari Kediaman tempat tinggal sementara akan disediakan

Kerja-kerja sosial

Klien yang memerlukan bantuan

Lawatan ke rumah dan aktiviti-aktiviti intervensi

1 hari 1 jam Intervensi telefon. Kakitangan akan campur tangan secara bersilih ganti

Rumah-rumah Kebajikan

Tiada tempat tinggal bagi kumpulan yang mudah terdedah pada bahaya

Mencari rumah/ tempat tinggal alternatif

Segera 1 hari

Kediaman tempat tinggal sementara akan disediakan

Bantuan sokongan bagi bencana alam

Bantuan tidak dapat dihantar

Bekalan bagi keperluan asas (makanan, ubat-ubatan, pakaian dsb)

Segera 3 jam Melibatkan agensi-agensi lain seperti MOHA, ABDB Dsb

LAMPIRAN I

ANNEX II

ANNEX III

Page 22: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

21

Proses Urusan / Komitmen

Risiko Butiran Aktiviti Objektif Jangka Masa Pemulihan

Pengkadaran Kritikal

Tempoh Kritikal

Strategi Kesinambungan

CMT, Kumpulann Tindakan dan PR

Tiada ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugas

Membuat keputusan, peruntukan sumber, pengurangan

Segera 6 jam Pasukan bertugas secara bersilih ganti hendaklah bersiap sedia

Page 23: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

22

Pelan Mitigasi Kementerian dan Jabatan

Pejabat-Pejabat yang Terlibat Dikendalikan oleh Dijaga oleh

1 Pejabat Menteri Pejabat Setiausaha Tetap PS (PA)

2 Pejabat Setiausaha Tetap (PA) Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap

DPS (PM)

3 Pejabat Setiausaha Tetap (PH) Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap

DPS (SW)

4 Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap

Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap

DPS Lain

5 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Pejabat Setiausaha Tetap (PA) PS (PA)

6 Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan

Jabatan Belia dan Sukan SSDO (HZ)

7 Bahagian Perkhidmatan Sosial Jabatan Perkembangan Masyarakat

SSDO (SJ)

8 Bahagian Kebudayaan dan Kesenian

Dewan Bahasa dan Pustaka SSDO (AZ)

9 Bahagian Penyelidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa

Bahagian Perkhidmatan Sosial SSDO (SJ)

10 Unit Pengurusan Hartanah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

DAF (PR)

11 Unit Teknologi Maklumat Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

SSDO (AZ)

12 Jabatan Muzium-Muzium Bahagian Kebudayaan dan Kesenian

DCA (AD)

13 Dewan Bahasa dan Pustaka Bahagian Kebudayaan dan Kesenian

DCA (AD)

14 Pusat Sejarah Brunei Bahagian Kebudayaan dan Kesenian

DCA (AD)

15 Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan

DYSD (ZM)

16 Jabatan Pembangunan Masyarakat

Bahagian Perkhidmatan Sosial DSS (NH)

LAMPIRAN II

ANNEX II

ANNEX III

Page 24: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

23

Borang Pemberitahuan:

a) Borang Pengisytiharan Diri

LAMPIRAN III

ANNEX II

ANNEX III

Page 25: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

24

Borang Pemberitahuan:

b) Borang Pengisytiharan Kesihatan

Page 26: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

25

Borang Pemberitahuan:

c) Borang Melapor Diri selepas CSDS, Cuti Sakit

(MC) dan Sakit

Page 27: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

26

Kumpulan Pengurusan Krisis KKBS (CMT)

Nama Jabatan /

Bahagian / Unit

Telefon

1

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Pejabat Menteri 7323601

2 Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet

Pejabat Setiausaha

Tetap 8747880

3 Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan Setiausaha Tetap

Pejabat Setiausaha

Tetap 7177787

4 Col. (Rtd.) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said Timbalan Setiausaha Tetap (Belia dan Sukan)

Pejabat Setiausaha

Tetap 7193555

5 Dayang Saidah binti Haji Wahid Timbalan Setiausaha Tetap (Komuniti)

Pejabat Setiausaha

Tetap 8634477

6 Dayang Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan)

Pejabat Setiausaha

Tetap 8636885

7 Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian Pentadbiran

dan Kewangan 8370849

LAMPIRAN IV

ANNEX II

ANNEX III

Page 28: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

27

Ahli Pusat Gerakan COVID-19 KKBS

NO PERANAN AHLI

1 Komander Insiden

Komander Insiden Bersama Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan Setiausaha Tetap Komander Insiden Bersama Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan an Estet) Komander Insiden Alternatif Col. (Rtd.) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said Timbalan Setiausaha Tetap (Belia dan Sukan)

2 Operasi

Ketua Operasi Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Ketua Operasi Alternatif Col. (Rtd) Pengiran Hj Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail Pengarah BKBN

3 Perancangan

Ketua Perancangan Awang Haji Mohd. Abdoh bin Haji Awang Damit Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Ketua Perancangan Alternatif Dayang Nor Masitirena binti Haji Suhaimi Pemangku Pengarah Jabatan Muzium-muzium

4 Logistik

Ketua Logistik Awang Kevin Yong Chee Hing Jurutera Kanan Ketua Logistik Alternatif Awang Mohd Khudri bin Haji Damit Pemangku Jurutera Kanan

5 Situasi dan Dokumentasi

Ketua Situasi dan Pendokumenan Awang Suip bin Haji Abdul Wahab Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Ketua Situasi dan Pendokumenan Alternatif Dayang Maizatul Akmam bin Haji Omar Ali Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan

6 Perhubungan

Ketua Perhubungan Dayang Mariam binti Ulat Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Ketua Perhubungan Alternatif Pengiran Haji Mohd Azlan bin Pengiran Haji Tengah Omar Ketua Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan

LAMPIRAN V

ANNEX II

ANNEX III

Page 29: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

28

NO PERANAN AHLI

7 Perhubungan Awam

Ketua Perhubungan Awam Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abdul Hamid Pemangku Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Ketua Perhubungan Awam Alternatif Awangku Hussni bin Pengiran Hassan Penolong Pegawai Perhubungan Awam

8 Pentadbiran dan Kewangan

Ketua Pentadbiran dan Kewangan Awang Amirul Shukri bin Haji Hafneh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1 Ketua Pentadbiran dan Kewangan Alternatif Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh

Page 30: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

29

Peranan Pusat Gerakan KKBS

KOMANDER INSIDEN (IC)

KETUA OPERASI

1. Membina dan melaksanakan operasi taktikal.

2. Pengerahan sumber.

3. Membina dan menyelaras taskforce (contohnya, menyelaras A-Team dan sukarelawan).

KETUA PERANCANGAN

1. Mengurus dan menyelia Pusat Gerakan KKBS.

2. Merancang senario dan melaksanakan Pelan Tindakan [Insiden].

3. Mengumpul semak data dan rutin harian.

KETUA LOGISTIK

1. Menyediakan input logistik mengenai fasiliti, pengangkutan, bekalan, kelengkapan, sistem komunikasi, penyelenggaraan, makanan dan sumber manusia.

2. Memantau mobilisasi/demobilisasi logistik.

KETUA SITUASI & DOKUMENTASI

1. Menyediakan sokongan sekretariat dan jurutulis (scriber).

2. Menyelenggara/mengemaskini sistem pengesanan dan status.

3. Mengumpul, memproses dan mengatur maklumat situasi yang sedang berlaku.

KETUA PERHUBUNGAN

1. Orang tumpuan bagi wakil Kementerian.

2. Kerjasama dan koordinasi dengan agensi lain.

3. Menyertai mesyuarat perancangan.

KETUA PERHUBUNGAN

AWAM

1. Menyediakan maklumat untuk siaran akhbar/taklimat media.

2. Memantau dan menghadapkan maklumat media ke Pusat Gerakan.

3. Menyertai mesyuarat perancangan.

KETUA PENTADBIRAN &

KEWANGAN

1. Mengurus operasi pentadbiran harian.

2. Menyediakan dasar pentadbiran (contohnya, waktu bekerja berperingkat).

3. Menyediakan semakan kewangan dan analisis kos (contohnya, perolehan barangan semasa keperluan kecemasan).

1. Bertanggungjawab terhadap Pusat Gerakan KKBS.

2. Melapor kepada Menteri.

3. Menetapkan keutamaan dan menentukan objektif dan strategi untuk diikuti

4. Meluluskan dan membenarkan permohonan sumber.

5. Meluluskan dan membenarkan siaran maklumat kepada media.

6. Menyediakan laporan status kepada CMT.

7. Mengeluarkan arahan stand down selepas memeriksa situasi dengan pihak berkuasa

yang berkaitan.

WORK FROM HOME GUIDELINES

LAMPIRAN VI

ANNEX II

ANNEX III

Page 31: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

Kumpulan Tindakan (A-Team)

PERANAN NAMA TANGGUNGJAWAB

Ketua / Alternatif

Ketua: Pemangku Pengarah Pentadbiran dan

Kewangan

Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus

Alternatif:

Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Awang Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit

• Membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil dan menyerahkannya kepada kakitangan yang sesuai.

• Menerima laporan situasi terkini.

• Mengekalkan pandangan tinggi terhadap strategi kesinambungan/ pemulihan/pengurangan.

• Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat laporan situasi.

• Menguruskan giliran anggota pasukan semasa insiden.

HSSE

Ketua: Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 1 Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Apong Alternatif:

Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan

Dayang Maizatul Akmam binti Haji Omar

Ali

• Berhubung dengan MOH/NDMC dan pasukan luar yang lain.

Pengelog Data

Penyelia Sistem

Dayang Hajah Mas Suzielawati Kartika

Sari binti Haji Mumin

Penolong Pegawai Penyebaran

Kebudayaan

Awang Haji Noorime bin Haji Noorkaseh

Pengajar Kanan

Dayang Nurul Aziemah binti Haji Morni

Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan

Dayang Siti Raheemah binti Haji Abdul

Rahman

Pegawai Penyelidik

Dayang Noor Izzati Aqillah binti Alli Noor

• Merekod komunikasi dalaman dan luaran.

• Memastikan penyelenggaraan data dan laporan insiden yang baik.

• Mengekalkan log pertanyaan.

LAMPIRAN VII

ANNEX II

ANNEX III

Page 32: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

31

Ketua Aktiviti

Kritikal Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian

• Memberitahu aktiviti strategik kritikal.

• Mengawal/memulihkan operasi aktiviti.

• Memastikan objektif masa pemulihan dipenuhi.

Page 33: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

GARIS PANDUAN BEKERJA DARI RUMAH

WORK FROM HOME GUIDELINES

LAMPIRAN VIII

ANNEX II

ANNEX III

Page 34: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

Isi Kandungan: GARIS PANDUAN BEKERJA DARI RUMAH

(a) Pengenalan ........................................................................................................ 1

(b) Objektif ............................................................................................................... 1

(c) Kelayakan .......................................................................................................... 1

(d) Mekanisme ......................................................................................................... 1

(e) Protokol .............................................................................................................. 2

Page 35: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

LAMPIRAN VIII - 1

GARIS PANDUAN BEKERJA DARI RUMAH

(a) Pengenalan:

• Tidak ada mekanisme yang ‘sama untuk

semua’.

• Tertakluk kepada jumlah kakitangan dan

jenis tugasan.

• Pengenalpastian kerja-kerja kritikal dan

bukan kritikal.

(b) Objektif:

• Untuk mengurangkan risiko kesihatan

terhadap pekerja.

• Untuk mengurangkan risiko premis pejabat

menjadi tempat penyebaran jangkitan.

• Untuk mengekalkan seluruh kesinambungan

pengurusan pejabat.

(c) Kelayakan:

• Kakitangan yang sangat terdedah kepada

COVID-19 (kuarantin/pemantauan

diri/pengasingan diri).

• Kakitangan yang mempunyai masalah

kesihatan.

• Wanita hamil dan ibu yang menyusukan.

• Kakitangan yang bertugas dalam

perkhidmatan yang bukan kritikal (sebagai

contoh, pengurusan latihan, kerja-kerja

penyelidikan dan seumpamanya).

(d) Mekanisme:

• Kakitangan akan dibahagikan kepada dua

(2) kumpulan atau lebih, yang secara

bergilir-gilir akan bekerja di pejabat dan

bekerja dari rumah.

• Ketua Jabatan/Bahagian diberi kuasa untuk

membuat ketetapan sama ada akan

menggunakan pendekatan ‘berganti hari’

atau ‘shif pagi/ petang’.

Page 36: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

LAMPIRAN VIII - 2

• Jarak sosial (social distancing) merupakan pendekatan utama bagi mekanisme

bekerja dari rumah (WFH) sama ada dengan menjarakkan ruang bekerja

kakitangan atau menggunakan prasarana yang lain (jika ada) sebagai ruang

pejabat sementara.

• Menubuhkan platform komunikasi (Microsoft Teams).

• Jika perlu, wujudkan pasukan ‘runners’ daripada lebihan kakitangan yang ada

(disebabkan penutupan fasiliti-fasiliti dan pusat-pusat tumpuan pengunjung)

untuk menghantar tugasan kepada kakitangan yang ‘bekerja dari rumah’.

• Bagi mematuhi protokol penjarakkan sosial, kakitangan yang ditugaskan

bekerja dari rumah digalakkan untuk menyediakan ‘in-tray’ di luar pintu

kediaman mereka.

(e) Protokol:

• Kakitangan yang bekerja dari rumah adalah

masih perlu untuk mematuhi waktu bekerja

rasmi perkhidmatan awam iaitu bermula

daripada 7.45 pagi hingga 12.15 tengahari

dan 1.30 petang hingga 4.30 petang.

• Kakitangan yang bekerja dari rumah

dikehendaki untuk melapor diri secara virtual

iaitu bersemuka secara langsung dengan

penyelia terdekat pada pukul 8 pagi, 12

tengahari dan 4 petang.

• Penyelia digalakkan untuk memeriksa

keadaan kakitangan selain dari waktu

melapor diri yang dinyatakan.

• Apabila ada perkara yang ingin

dibincangkan, kakitangan boleh berhubung

dengan menggunakan aplikasi seperti

Microsoft Teams atau panggilan video

WhatsApp.

• Kakitangan seboleh-bolehnya tidak

membawa pulang sebarang fail sulit ke

rumah, kecuali jika diizinkan oleh penyelia

terdekat.

Page 37: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

GARIS PANDUAN LANGKAH-LANGKAH

PENCEGAHAN JANGKITAN

COVID-19 SEMASA BERADA DI RUMAH

(SELF-ISOLATION)

LAMPIRAN IX

ANNEX II

ANNEX III

Page 38: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

Isi Kandungan:

Semasa berada di dalam rumah, pastikan awda melakukan perkara yang berikut:

(a) Berada di dalam rumah .............................................................................................. 1

(b) Cuba asingkan diri daripada orang lain yang tinggal bersama awda di rumah sebaik .

mungkin……………………………………………………………………………………....1

(c) Menggunakan ruangan kongsi jika awda tinggal bersama orang lain ........................ 2

(d) Jika awda tinggal bersendirian dengan kanak-kanak ................................................. 3

(e) Jika awda tinggal dengan orang-orang tua, orang yang rentan atau orang yang

mengandung .............................................................................................................. 3

(f) Jika awda menyusui anak damit semasa dijangkiti .................................................... 3

(g) Pembersihan dan pelupusan sampah ........................................................................ 4

(h) Cucian ........................................................................................................................ 4

(i) Sekiranya anda perlu mendapatkan nasihat perubatan .............................................. 5

(j) Cuci tangan sekerap mungkin .................................................................................... 5

(k) Tutup mulut ketika batuk dan bersin .......................................................................... 5

(l) Jangan benarkan pelawat datang ke rumah awda ..................................................... 6

(m) Jika awda mempunyai binatang kesayangan dalam rumah ....................................... 6

(n) Menjaga kesejahteraan awda ketika berada di rumah ............................................... 6

(o) Penamatan Pengasingan Diri ..................................................................................... 6

Page 39: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

LAMPIRAN IX - 1

Semasa berada di dalam rumah, pastikan awda melakukan perkara yang

berikut:

(a) Berada di dalam rumah

• Awda hendaklah berada di dalam rumah.

Jangan pergi ke tempat kerja, sekolah atau

tempat-tempat awam, dan jangan

menggunakan pengangkutan awam atau

teksi.

• Jika awda memerlukan bantuan untuk

membeli barangan runcit, atau barang

keperluan lain atau mengambil ubat-ubatan,

pastikan barang yang dihantar tersebut

diletakkan di luar untuk diambil. Penyerah

barangan tidak boleh masuk ke dalam

rumah awda.

(b) Cuba asingkan diri daripada orang lain yang tinggal bersama awda di

rumah sebaik mungkin

• Cuba untuk berada di bilik yang mempunyai

kitaran udara yang baik.

• Cuba asingkan diri daripada orang lain di

dalam rumah awda dan sentiasa menutup

pintu.

• Jika awda tidak boleh berada di sebuah bilik

yang berasingan, cuba jarakkan diri awda

sejauh 2 meter (3 langkah) daripada orang

lain di dalam rumah awda.

• Cuba asingkan diri awda daripada orang lain sebaik mungkin dan pastikan

setiap orang mengikuti langkah-langkah dalam garis panduan ini secara

Page 40: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

LAMPIRAN IX - 2

berterusan (contohnya, mencuci tangan, tidak menyentuh muka dan

membersihkan permukaan yang disentuh).

• Gunakan berus gigi, peralatan makan dan minum (termasuk cawan dan gelas

di dalam bilik mandi dan bilik tidur), pinggan mangkuk, tuala, pakaian atau

cadar awda sendiri.

• Jangan berkongsi makanan dan minuman.

(c) Menggunakan ruangan kongsi jika awda tinggal bersama orang lain

• Kurangkan masa awda di ruangan kongsi seperti bilik mandi, dapur dan bilik

tamu semaksimum yang mungkin dan pastikan kitaran udara di ruangan kongsi

sentiasa baik.

• Jauhkan jarak awda 2 meter (3 langkah) daripada rakan serumah awda dan

tidur di dalam bilik yang berasingan jika boleh.

• Jika boleh, gunakan bilik mandi yang berlainan daripada rakan serumah awda.

Pastikan awda menggunakan tuala yang berlainan daripada ahli rumah, untuk

mengeringkan badan selepas mandi atau membersihkan tangan.

• Jika awda berkongsi tandas dan

kamar mandi, awda hendaklah

membersihkan tandas dan kamar

mandi setiap kali selepas

menggunakannya, (contohnya,

menggelap permukaan yang awda

sentuh).

• Bersihkan tempat mandi, sinki dan

tandas sebersih-bersihnya, seolah-

olah awda adalah orang terakhir yang

menggunakan fasiliti berkenaan.

• Jika awda berkongsi dapur, elakkan daripada menggunakannya jika rakan lain

sedang memakai dapur.

• Setiap orang hendaklah mencuci tangan, tidak menyentuh muka dan mencuci

permukaan yang disentuh.

Page 41: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

LAMPIRAN IX - 3

(d) Jika awda tinggal bersendirian dengan kanak-kanak

• Sentiasa ikuti nasihat ini dengan sebaik mungkin.

• Jika kanak-kanak mengalami gejala, mereka perlu tinggal di dalam rumah

selama 7 hari dari permulaan gejala mereka.

(e) Jika awda tinggal dengan orang-orang tua, orang yang rentan atau

orang yang mengandung

• Jika awda memberi penjagaan kepada orang-orang tua, orang yang rentan

(mudah dijangkiti penyakit) atau orang yang mengandung, sila ikuti nasihat ini

dengan sebaik mungkin.

(f) Jika awda menyusui anak damit semasa dijangkiti

• Pada masa ini tiada bukti klinikal menunjukkan bahawa virus itu boleh

ditularkan melalui susu ibu. Jangkitan boleh tersebar kepada anak damit

dengan cara yang sama dengan mereka yang mempunyai hubungan rapat

dengan awda.

Jika awda menyusui anak damit, sila ambil langkah berjaga-jaga untuk

mengehadkan potensi penyebaran COVID-19 kepada anak damit dengan:

• Membasuh tangan awda sebelum

menyentuh anak damit, pam atau

botol susu.

• Membersihkan mana-mana pam

susu selepas setiap kali penggunaan.

• Mencadangkan kepada seseorang

yang sihat untuk memberi susu ibu

kepada anak damit awda.

Page 42: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

LAMPIRAN IX - 4

• Jika awda menyusukan dengan susu formula atau

susu yang dipam, peralatan perlu disteril dengan teliti

sebelum setiap kali penggunaan. Awda tidak

sepatutnya berkongsi botol atau pam susu dengan

orang lain.

• Mengelakkan daripada batuk atau bersin ke atas anak

damit ketika menyusukan.

• Membersihkan pam susu setiap kali selepas

menggunakan.

• Meminta bantuan kepada orang yang sihat untuk

memberikan susu awda kepada anak damit.

(g) Pembersihan dan pelupusan sampah

• Gunakan produk rumah awda, seperti detergen dan bahan peluntur, kerana ia

sangat berkesan untuk menyingkirkan virus pada sebarang permukaan.

• Bersihkan dengan kerap permukaan yang selalu disentuh.

• Plastik sampah hendaklah dilapis, diikat dengan baik dan disimpan berasingan

dengan sampah lain di bilik tempat awda mengasingkan diri. Asingkan

sekurang-kurangnya 72 jam sebelum meletakkannya bersama sampah rumah

biasa.

• Sampah rumah yang lain boleh dilupuskan seperti biasa.

(h) Cucian

• Jangan goncangkan cucian kotor; ini meminimumkan kemungkinan

penyebaran virus melalui udara.

• Cuci barang dengan sewajarnya.

• Pakaian kotor yang telah bersentuhan

dengan orang sakit boleh dibasuh dengan

barangan orang lain.

• Sekiranya awda tidak mempunyai mesin

basuh, tunggu 72 jam lagi selepas tempoh

pengasingan 7 hari awda telah berakhir

sebelum membawa pakaian awda ke tempat

cucian.

Page 43: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

LAMPIRAN IX - 5

(i) Sekiranya anda perlu mendapatkan nasihat perubatan

• Dapatkan rawatan perubatan segera jika

sakit awda semakin teruk. Jika bukan

kecemasan, hubungi talian nasihat

kesihatan COVID-19 iaitu 148.

HOTLINE

COVID-19: 148

(j) Cuci tangan sekerap mungkin

• Cuci tangan awda dengan sabun dan air

selama 20 saat atau menggunakan hand

sanitizer tangan sekerap mungkin di

sepanjang hari akan membantu melindungi

awda dan mereka yang tinggal bersama

awda.

(k) Tutup mulut ketika batuk dan bersin

• Tutup mulut dan hidung awda dengan tisu

pakai buang apabila awda batuk atau bersin.

• Sekiranya awda mempunyai penjaga, mereka hendaklah menggunakan tisu

pakai buang untuk mengesat lendir atau kahak selepas awda bersin atau batuk.

Kemudian pembersih hendaklah membersihkan tangan mereka.

• Buang tisu ke dalam beg sampah dan segera basuh tangan awda dengan

sabun dan air atau gunakan hand sanitizer.

Page 44: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

LAMPIRAN IX - 6

(l) Jangan benarkan pelawat datang ke rumah awda

• Jangan mempelawa atau membenarkan

pelawat seperti rakan dan keluarga untuk

masuk ke dalam rumah awda.

• Jika awda ingin bercakap dengan seseorang

yang bukan ahli keluarga awda, gunakan

telefon atau media sosial.

(m) Jika awda mempunyai binatang kesayangan dalam rumah

• Setakat ini tidak ada bukti mengenai haiwan atau binatang kesayangan seperti

anjing dan kucing boleh dijangkiti oleh coronavirus (COVID-19).

(n) Menjaga kesejahteraan awda ketika berada di rumah

• Jaga minda dan badan awda dan dapatkan bantuan jika dan apabila awda

memerlukannya.

• Sentiasa berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan.

• Jika awda merasa sihat, awda boleh mengerjakan senaman ringan di kawasan

rumah atau taman awda.

(o) Penamatan Pengasingan Diri

• Awda dikehendaki untuk berada di dalam rumah sehingga tempoh

pengasingan diri awda tamat.

• Jika awda menunjukkan tanda-tanda demam dan jangkitan penafasan selepas

tempoh ini, sila hubungi talian nasihat kesihatan COVID-19 iaitu 148.

NO

VISITOR

Page 45: Pelan Kesinambungan Pengurusan Malay Version - 13.4.2020 (FINAL) 1.1.pdfLampiran I: Borang Strategi Kesinambungan Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras 20-21 Lampiran II: Pelan Mitigasi

31 Mac 2020 PKP KKBS

- Penghujung Dokumen –