kesimpulan kim

3
KESIMPULAN Secara kesimpulannya perkara yang dapat saya simpulkan tentang amali ini ialah berkenaan aktiviti sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu mengatasi masalah yang dialami oleh pengguna seperti ketidakmahiran atau lemah dalam mengendalikan aktiviti kimpalan ini. Jadi setiap yang lemah pasti akan ada cara penyelesaiannya. Kimpalan juga dapat menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, jika terdapat rak yang diperbuat daripada besi atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan ini secara tidak langsung seseorang yang pernah melaksanakan aktiviti kimpalan dapat mengaplikasikan kaedah kimpalan dan rak tersebut dapat digunakan semula dengan kimpalan yang dibuat pada bahagian yang rosak atau tertanggal tersebut. Disamping itu juga, segala kemudahan dan infrastruktur bengkel amali kimpal ini adalah lengkap dan terbaik untuk pelajar menggunakannya dengan peralatan, pakaian keselamatan, bahan kimpal dan lain-lain yang sudah memadani untuk pelajar belajar tentang kimpalan ini. Dengan kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar dalam situasi yang sebenar. Hal ini demikian kerana pengalaman dalam situasi sebenar dengan hanya belajar secara teori adalah sangat berbeza. Jadi degan itu, pelajar perlulah mempunyai pengalaman dalam membuat dan menggunakan peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan

Upload: atiq-mohd

Post on 01-Feb-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesimpulan kimpalan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesimpulan Kim

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya perkara yang dapat saya simpulkan tentang amali ini ialah

berkenaan aktiviti sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu

mengatasi masalah yang dialami oleh pengguna seperti ketidakmahiran atau lemah dalam

mengendalikan aktiviti kimpalan ini. Jadi setiap yang lemah pasti akan ada cara penyelesaiannya.

Kimpalan juga dapat menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam

tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, jika terdapat rak yang diperbuat

daripada besi atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan ini secara tidak langsung seseorang

yang pernah melaksanakan aktiviti kimpalan dapat mengaplikasikan kaedah kimpalan dan rak

tersebut dapat digunakan semula dengan kimpalan yang dibuat pada bahagian yang rosak atau

tertanggal tersebut.

Disamping itu juga, segala kemudahan dan infrastruktur bengkel amali kimpal ini adalah

lengkap dan terbaik untuk pelajar menggunakannya dengan peralatan, pakaian keselamatan,

bahan kimpal dan lain-lain yang sudah memadani untuk pelajar belajar tentang kimpalan ini.

Dengan kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar dalam situasi yang sebenar. Hal ini

demikian kerana pengalaman dalam situasi sebenar dengan hanya belajar secara teori adalah

sangat berbeza. Jadi degan itu, pelajar perlulah mempunyai pengalaman dalam membuat dan

menggunakan peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan diri

pelajar sebelum mengajar di sekolah. Jadi saya juga amat berbangga kerana hasil kerja kimpalan

saya menunjukkan bahawa saya juga mempunyai kemahiran jika dilatih secara lebih kerap

walaupun pada mulanya saya banyak berlatih pada plat kosong untuk mengetahui cara yang

sebenar dalam aktiviti kimpalan ini. Jadi saya ingin mengatakan bahawa ilmu kimpalan ini

adalah sangat berguna untuk kehidupan kita seharian dan juga kepada mereka yang meminati

untuk menceburi dalam bidang kimpalan.

Page 2: Kesimpulan Kim

CADANGAN

Semasa mengendalikan tugasan ini, saya mengetahui bahawa terdapat beberapa

kelemahan. Antara kelemahan tersebut ialah aktiviti memotong besi. Walaupun besi tersebut

telah diukur namun besi yang dipotong tidak mendapat ukuran yang sama. Hal ini kerana

terdapat pelajar yang terdahulu menggunakan pemotong besi dengan menanda besi tersebut

menggunakan marker pen. Sehubungan dengan itu, tanda yang dihasilkan oleh marker pen tidak

tepat kerana dakwatnya menggunakan garisan yang tebal yang menyukarkan untuk mendapatkan

ukuran yang tetap dan tepat. Pelajar harus mengetahui tentang alatan yang harus digunakan

untuk mengukur dan membuat garisan ukuran. Selain itu, apit G yang digunakan harus sejajar

dengan mesin pemotong bagi mengelakkan besi yang dipotong dalam keadaan yang senget.

Disamping itu juga, kaedah untuk menggunakan kikir parut haruslah betul. Teknik dan kaedah

yang salah akan menjadikan keadaan permukaan besi yang tidak rata dan kurang kemas.

Bagi kaedah kimpalan pula, pelajar harus mengetahui peraturan dan langkah-langkah

keselamatan menggunakan mesin kimpalan dan akan tetapi semasa menggunakan peralatan

kimpalan, pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah dibuat. Hal ini kerana aktiviti kimpalan

sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada pelajar jika terdapat kecuaian

semasa melakukan tugas kimpalan. Jadi bagi mengelakkan kemalangan dan perkara yang tidak

diingini, pihak yang terlibat perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam memastikan

keselamatan itu lebih terjamin dan baik.