kesediaan guru pendidikan khas masalah pembelajaran ... · pdf filepembelajaran yang...

8
33 KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL TANAMAN Nurul Farahah Derapa 1 and Suziyani Mohamed 2 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] ABSTRAK Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah bagi Pendidikan Khas. Mata pelajaran Kemahiran Vokasional Tanaman adalah salah satu daripada sub mata pelajaran yang terdapat dalam Kemahiran Vokasional. Oleh hal demikian satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk meninjau kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan tahap halangan dalam pelaksanaan pengajaran Kemahiran Vokasional Tanaman kepada murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi. Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi di sekitar Negeri Pulau Pinang. Seramai 30 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden bagi kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang diubahsuai daripada Abdul Rahman Habibi (2016). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik deskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan hasil kajian menunjukkan kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran adalah tinggi. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan faktor demografi jantina, pengalaman mengajar dan menghadiri kursus. Kajian juga menunjukkan tahap halangan pengajaran guru adalah tinggi. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru dengan halangan pengajaran dalam melaksanakan Kemahiran Vokasional Tanaman. Kesimpulannya guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi terhadap pengajaran Tanaman. Namun halangan yang timbul perlu diatasi dengan sebaik mungkin. Kata kunci: Kesediaan guru, pengetahuan, kemahiran, kemahiran vokasional tanaman, program pendidikan khas integrasi ABSTRACT Malaysia’s Ministry of Education has implemented a new curriculum called the Secondary School Standard Curriculum for Special Education. The subject of Farming Vocational Skills is one of the subjects under Vocational Skills. Therefore, a study has been conducted to monitor the readiness of teachers in the aspects of knowledge, skills and the severity of obstacles in teaching Farming Vocational Skills to special needs children of learning disabilities in the Integrated Special Education Program. This descriptive quantitative research was conducted in Integrated Special Education Programs in Penang. 30 teachers were chosen at random as respondents for this research. Data was gathered using a set of questionnaires as research instrument that was modified from Abdul Rahman Habibi (2016). Data was analysed using SPSS software. Scientific descriptive analyses which are frequency, mean and standard deviation, and inferential statistics were used to answer research questions. Research findings showed that teacher readiness from the aspect of knowledge and skill is high. Analysis shows that there is no significant difference in the aspect of readiness in knowledge and skill based on gender, teaching experience and participation in courses. Research also shows that the obstacles in teaching the matter is high. Analysis also show that there is no significant difference from the aspect of readiness in teachers’ knowledge and skill with the obstacles in implementing Farming Vocational Skills. In conclusion, the teachers are highly knowledgeable and skilled in teaching the subject. However, the obstacles must be highlighted and overcome as best as possible. PENDAHULUAN Tanaman merupakan salah satu sub mata pelajaran Kemahiran Vokasional dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas yang diajar di Program Pendidikan Khas Integrasi. Mata pelajaran Tanaman diajar kepada murid yang berkefungsian sederhana iaitu dikenali sebagai Kemahiran Vokasional Tanaman (KVT). Yang mana program ini disediakan untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas. Mereka ditempatkan di dalam kelas khas di sekolah-sekolah menengah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Mata pelajaran ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran untuk mengasah bakat mereka dalam bidang tanaman serta dapat melahirkan murid yang berupaya dan berkebolehan serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Guru menggunakan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemahiran yang diajar juga berperingkat-peringkat mengikut modul Tanaman yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Pendidikan Khas (2016). Sukatan ini sangat penting dalam memberikan kefahaman kepada murid untuk mempelajari kemahiran. Mata pelajaran Tanaman juga sangat penting kepada murid untuk mengetahui

Upload: phamhanh

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

33

KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN

KEMAHIRAN VOKASIONAL TANAMAN

Nurul Farahah Derapa1 and Suziyani Mohamed2 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia,

[email protected]

ABSTRAK Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah bagi Pendidikan Khas. Mata pelajaran Kemahiran Vokasional Tanaman adalah salah satu daripada sub mata pelajaran yang terdapat dalam Kemahiran Vokasional. Oleh hal demikian satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk meninjau kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan tahap halangan dalam pelaksanaan pengajaran Kemahiran Vokasional Tanaman kepada murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi. Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi di sekitar Negeri Pulau Pinang. Seramai 30 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden bagi kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang diubahsuai daripada Abdul Rahman Habibi (2016). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik deskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan hasil kajian menunjukkan kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran adalah tinggi. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan faktor demografi jantina, pengalaman mengajar dan menghadiri kursus. Kajian juga menunjukkan tahap halangan pengajaran guru adalah tinggi. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru dengan halangan pengajaran dalam melaksanakan Kemahiran Vokasional Tanaman. Kesimpulannya guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi terhadap pengajaran Tanaman. Namun halangan yang timbul perlu diatasi dengan sebaik mungkin. Kata kunci: Kesediaan guru, pengetahuan, kemahiran, kemahiran vokasional tanaman, program pendidikan khas integrasi

ABSTRACT Malaysia’s Ministry of Education has implemented a new curriculum called the Secondary School Standard Curriculum for Special Education. The subject of Farming Vocational Skills is one of the subjects under Vocational Skills. Therefore, a study has been conducted to monitor the readiness of teachers in the aspects of knowledge, skills and the severity of obstacles in teaching Farming Vocational Skills to special needs children of learning disabilities in the Integrated Special Education Program. This descriptive quantitative research was conducted in Integrated Special Education Programs in Penang. 30 teachers were chosen at random as respondents for this research. Data was gathered using a set of questionnaires as research instrument that was modified from Abdul Rahman Habibi (2016). Data was analysed using SPSS software. Scientific descriptive analyses which are frequency, mean and standard deviation, and inferential statistics were used to answer research questions. Research findings showed that teacher readiness from the aspect of knowledge and skill is high. Analysis shows that there is no significant difference in the aspect of readiness in knowledge and skill based on gender, teaching experience and participation in courses. Research also shows that the obstacles in teaching the matter is high. Analysis also show that there is no significant difference from the aspect of readiness in teachers’ knowledge and skill with the obstacles in implementing Farming Vocational Skills. In conclusion, the teachers are highly knowledgeable and skilled in teaching the subject. However, the obstacles must be highlighted and overcome as best as possible.

PENDAHULUAN Tanaman merupakan salah satu sub mata pelajaran Kemahiran Vokasional dalam Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) Pendidikan Khas yang diajar di Program Pendidikan Khas Integrasi. Mata pelajaran Tanaman diajar kepada murid yang berkefungsian sederhana iaitu dikenali sebagai Kemahiran Vokasional Tanaman (KVT). Yang mana program ini disediakan untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas. Mereka ditempatkan di dalam kelas khas di sekolah-sekolah menengah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Mata pelajaran ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran untuk mengasah bakat mereka dalam bidang tanaman serta dapat melahirkan murid yang berupaya dan berkebolehan serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Guru menggunakan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemahiran yang diajar juga berperingkat-peringkat mengikut modul Tanaman yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Pendidikan Khas (2016). Sukatan ini sangat penting dalam memberikan kefahaman kepada murid untuk mempelajari kemahiran. Mata pelajaran Tanaman juga sangat penting kepada murid untuk mengetahui

Page 2: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

34

perkara asas tentang tanaman sebelum melangkah keperingkat yang lebih tinggi apabila berada di tingkatan dua sehingga tingkatan lima kelak. Dalam pengajaran Tanaman terdapat enam modul pengajaran yang perlu diajar oleh guru mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kurikulum. Kesemua modul ini perlu dihabiskan supaya murid dapat mencapai spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kurikulum Pendidikan Khas untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia. Sijil ini sangat berguna kepada murid selepas tamat alam persekolahan untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap modul juga mempunyai objektif yang telah digariskan untuk murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul yang diajar. Hasil daripada pembelajaran sepatutnya murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diberikan seperti mengetahui langkah-langkah menanam dengan betul dan berupaya menjalankan aktiviti perkebunan mengikut keupayaan mereka.

Antara objektif utama mata pelajaran Tanaman ini ialah untuk MBK masalah pembelajaran mendapat pengalaman, pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pertanian. Ilmu yang diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam Kemahiran Vokasional Tanaman ini sedikit sebanyak membantu murid ke arah persediaan untuk hidup berdikari dengan baik dalam kehidupan seharian selepas tamat alam persekolahan. Murid-murid berkeperluan khas yang mempunyai kemahiran dalam tanaman boleh mengaplikasikan ilmu tersebut di dunia luar. Selain itu mereka juga mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan dalam dunia yang sedang membangun sekarang ini. Sedikit sebanyak mata pelajaran ini memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna untuk murid menggunakan ilmu yang dipelajari dalam pekerjaan. Mereka juga didedahkan dengan alat-alat jentera pertanian untuk tujuan tanaman. Kemahiran yang diberikan kepada murid sangat penting supaya mereka mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih bekerja di sektor swasta ataupun kerajaan. Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu manfaat yang diperolehi daripada mata pelajaran KVT ini ialah untuk melatih murid supaya lebih berinovasi, berdikari dan kreatif bagi mencipta peluang dalam kehidupan seharian dengan lebih yakin.

Oleh itu kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan kemahiran adalah penting untuk memastikan modul dan pengajaran mata pelajaran Tanaman ini mencapai objektif yang telah ditetapkan. Menurut Norasmah Othman & Rifilah Md. Said (2013) kesediaan guru ialah melibatkan persediaan yang ditunjukkan melalui kepimpinan guru. Manakala menurut Noor Shamshinar, Zetty Nuzuliana dan Mohd Kamal (2014) kesediaan guru merangkumi tahap penguasaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Aspek kesediaan guru dari segi pengetahuan dan kemahiran sangat penting dalam melaksanakan pengajaran Kemahiran Vokasional Tanaman kepada MBK murid masalah pembelajaran di PPKI. Pengetahuan dan kemahiran yang tinggi sangat penting bagi seseorang guru dalam memastikan pengajaran berjalan dengan lancar dan dapat memberi kesan yang baik kepada murid. Hal ini disokong oleh (Norshidah Mohd Salleh, Aliza Alias & Zalizan Mohd Jelas, 2012) yang menyatakan guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi supaya dapat membantu murid masalah pembelajaran semasa proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc).

Kesediaan guru dalam pengajaran juga membantu murid untuk mencapai objektif yang telah ditentukan mengikut tahap perkembangan murid. Kesediaan guru merangkumi kefahaman guru tentang sesuatu topik dengan jelas sebelum memulakan proses pengajaran dan pemudahcara. Oleh itu guru berperanan penting dalam menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan murid masalah pembelajaran. Strategi yang sesuai perlu digunakan bagi menarik minat murid dan membantu mereka menguasai dalam mata pelajaran Tanaman. Seseorang murid yang menunjukkan minat sewaktu proses pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian terhadap mata pelajaran tersebut (Airulliza 2012). Dalam kandungan Falsafah Pendidikan Khas juga menyatakan bahawa setiap murid perlu berdikari, berhaluan, berkemahiran dan boleh menguruskan diri sendiri, merancang dan seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam komuniti setempat. Hasrat ini dapat ditunaikan apabila murid berjaya memasuki alam persekolahan dan dapat melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran yang disediakan disekolah. KEPERLUAN KURIKULUM VOKASIONAL TANAMAN KEPADA MBK MASALAH PEMBELAJARAN Kesediaan guru dalam membuat perancangan dan pertimbangan secara teliti sangat diperlukan bagi memastikan pengajaran berkesan dan sekaligus memberi impak kepada pencapaian murid. Oleh itu penyelidik merasakan satu keperluan untuk menjalankan kajian ini bagi mendapatkan maklumat daripada guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah menengah dalam mata pelajaran Tanaman. Kajian ini melibatkan tinjauan dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran Kemahiran Vokasional Tanaman kepada MBK masalah pembelajaran. Antara permasalahan pertama yang timbul berkaitan dengan kajian yang dilakukan ini ialah apabila guru-guru tidak mempunyai pendedahan yang secukupnya dalam bidang pertanian yang berkaitan dengan mata pelajaran ini. Hal ini terbukti apabila kajian yang dilakukan oleh Abdul Rahman (2016) yang menyatakan bahawa guru kurang pendedahan dalam kursus berkaitan dengan pertanian. Berkemungkinan guru mempunyai kekangan dan tidak dapat menghadirkan diri semasa kursus itu berlangsung. Kursus yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini penting kepada guru-guru untuk memberi pendedahan awal tentang pengajaran atau pelaksanaan yang perlu dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru kurang pendedahan dalam kursus akan mengakibatkan guru tersebut kurang kemahiran dan pengetahuan dalam mata pelajaran tersebut dan sedikit sebanyak menganggu murid mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Permasalahan yang kedua ialah guru kurang kemahiran dan pengetahuan dalam pertanian. Mohd Rizal Mohd Said dan Muallimah Arshad (2010) yang menyatakan sebahagian besar guru-guru PPKI kurang kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan aspek teknikal dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian (KHP) bagi murid di PPKI. Pengetahuan adalah perkara yang paling penting dalam membantu guru membuat perancangan yang sesuai dengan kaedah pembelajaran, minat dan tahap keupayaan murid (Janimah 2011). Sepatutnya sebelum memulakan sesi

Page 3: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

35

pengajaran dan pembelajaran kepada murid masalah pembelajaran di sekolah, guru perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar. Kesan daripada permasalahan yang wujud ini menyebabkan murid tidak dapat kemahiran yang sepatutnya diperolehi semasa pengajaran dan pembelajaran KVT di sekolah.

Permasalahan yang ketiga ialah guru perlu menggunakan pendekatan dan strategi yang sesuai. Strategi dan pendekatan yang sesuai dapat membantu murid masalah pendengaran untuk berkomunikasi dengan berkesan, memperolehi maklumat dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (Hamdi Ishak 2001, Safani Bari 2012). Penggunaan strategi pengajaran yang berkesan dan inovatif secara optimum diperlukan untuk mencapai tujuan pembelajaran (Fariha et al 2015). Menurut Muhammad Zaki et al (2013) yang menyatakan amalan pengajaran guru yang kreatif merupakan pengajaran yang dianggap baik dan berkesan. Hal ini disokong oleh Azizi Yahya dan Gangaoury (2013) yang menyatakan guru adalah sumber utama dalam sistem pendidikan kerana kejayaan dan kegagalan seseorang bergantung daripada sokongan dan peranan guru kepada murid. Tambahan lagi mata pelajaran Tanaman merupakan salah satu mata pelajaran yang baru dalam KSSM Pendidikan Khas yang memerlukan seseorang guru itu mempunyai pengalaman yang banyak atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia. Sijil ini sangat penting kepada guru kerana menunjukkan kemahiran mereka diiktiraf oleh pihak atasan.

Berdasarkan permasalahan-permasalahan yang wujud ini maka penyelidik memilih untuk menjalankan satu penyelidikan bagi meninjau tentang kesediaan guru dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam melaksanakan pengajaran Tanaman. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meninjau kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran Kemahiran Vokasional Tanaman kepada murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di sekolah menengah Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Pulau Pinang. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap halangan yang terdapat dalam melaksanakan pengajaran Tanaman.

Dalam kajian ini pengetahuan ialah ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaran KVT yang perlu dikuasai oleh guru pendidikan khas di PPKI. Seseorang guru yang mengajar KVT perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran KVT. Pengajaran KVT dalam kajian ini memerlukan pengetahuan yang secukupnya yang melibatkan pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, matlamat pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang diperlukan. Seorang guru yang berpengetahuan adalah seorang guru yang berkesan (Shulman, 2007). Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang pedagogi akan menyebabkan pengajaran bersifat tradisional atau dalam erti kata lain ketinggalan zaman. Sepatutnya guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi supaya pengajaran bersifat menarik dan kreatif. Guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar mengikut keperluan murid (Noriati, Boo, & Wong, 2010). Oleh itu MBK masalah pembelajaran memerlukan teknik dan strategi pengajaran yang berbeza dengan tahap keupayaan seseorang individu.

Kemahiran dalam kajian ini adalah kemahiran yang melibatkan kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi dan alat, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran bekerja. Kemahiran yang kedua dalam kajian ini ialah melibatkan kemahiran prosedural dalam pengajaran KVT berdasarkan modul yang telah diberikan.

METODOLOGI Dalam kajian ini sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar Kemahiran Vokasional Tanaman

daripada semua jumlah populasi guru Pendidikan Khas di Negeri Pulau Pinang. Teknik persampelan secara rawak mudah digunakan dalam pemilihan responden kajian supaya sampel dipilih dapat mewakili populasi. Guru yang dipilih ialah guru-guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran Tanaman di PPKI. Negeri Pulau Pinang pula dipilih secara rawak daripada sebuah balang yang mengandungi 14 buah Negeri.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kajian jenis tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengenal pasti atau meninjau kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KVT di Negeri Pulau Pinang di PPKI. Penyelidik memilih instrumen borang soal selidik dalam kajian ini kerana untuk mendapatkan data dengan segera. Soal selidik yang disediakan ini akan diberikan kepada sampel yang dipilih dalam kajian untuk dilengkapkan soal selidik tersebut dan seterusnya dianalisis dan diproses mengikut keadah yang dipilih oleh penyelidik. Selain itu borang soal selidik digunakan kerana mudah untuk penyelidik mentaksir dan menganalisis data dengan mudah. Berdasarkan kajian yang dilakukan ini borang soal selidik dibina hasil daripada pengubahsuaian yang sedia ada iaitu dari kajian Abdul Rahman Habibi (2016) berkaitan kesediaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Borang soal selidik ini ubahsuai mengikut kesesuaian kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas berdasarkan mata pelajaran Tanaman. Namun begitu soal selidik yang dibina ini mengambil kira objektif dan persoalan kajian dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Merujuk kepada borang soal selidik yang diedarkan ini, responden diminta menjawab mengikut skala yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk mengenal pasti kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru berdasarkan faktor demografi. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Bahagian A ialah tentang demografi iaitu jantina, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan menghadiri kursus. Manakala Bahagian B mempunyai 16 item tentang kesediaan pengetahuan guru. Bahagian C mempunyai 17 item tentang kesediaan kemahiran guru dan Bahagian D mempunyai 8 item tentang halangan dalam melakasanakan pengajaran Tanaman. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang diperolehi ialah 0.7.

Page 4: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

36

Soal selidik pada bahagian B dan C terdapat lima pilihan jawapan yang diberikan, responden diminta memilih satu daripada lima jawapan tersebut untuk mewakili tahap persetujuan bagi setiap domain yang ditetapkan. Skala yang digunakan dalam borang soal selidik ini ialah skala Likert 5. Skala tersebut berbentuk Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Kurang Setuju (3), Setuju (4) dan Sangat Setuju (5) berdasarkan objektif kajian. Dalam kajian ini analisis data kajian dihuraikan kepada dua bahagian iaitu analisis mengenai profil demografi responden dan analisis persoalan kajian berdasarkan borang soal selidik yang diberikan kepada responden kajian. Seterusnya data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22.

DAPATAN KAJIAN Jadual 1: Profil Demografi Kajian

Item Kekerapan Peratusan Jantina Lelaki Perempuan

5 16.7% 25 83.3%

Kelulusan Akademik Sarjana Muda Sarjana

23 76.7% 7 23.3%

Pengalaman mengajar 1-10 Tahun >11 Tahun

21 70% 9 30%

Menghadiri kursus 1-10 Hari >11 Hari

24 80% 6 20%

Jadual 1 menunjukkan terdapat 5 orang (16.7%) guru lelaki dan seramai 25 (83.3%) guru perempuan. Manakala bagi kelulusan akademik guru yang mempunyai sarjana muda ialah 23 orang (76.7%) dan sarjana ialah 7 orang (23.3%). Seterusnya didapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 1 hingga 10 tahun seramai 21 orang (70%), seramai 9 orang ( 30%) guru yang mengajar 11 tahun ke atas. Bagi menghadiri kursus 1 hingga 10 hari ialah seramai 24 orang (80%), 6 orang yang menghadiri kursus 11 hari ke atas (20%).

Jadual 2: Skor kesediaan dari aspek pengetahuan

Item Kesediaan Pengetahuan Guru Min SP Matlamat pengajaran KVT untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran mendapat pengetahuan asas dalam pertanian.

4.73 0.45

Konsep pelaksanaan KVT adalah pendidikan yang bermakna dan menggembirakan. 4.17 0.70

Pembelajaran melibatkan kolaboratif (kerjasama dengan pihak sekolah dan pihak luar) dalam melaksanakan pengajaran KVT.

4.06 0.58

Aspek penilaian formatif (penilaian sepanjang proses pembelajaran dan hasilan projek) terdapat dalam KVT.

4.20 0.66

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang mampu hidup berdikari.

4.60 0.50

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang berfikiran positif.

4.17 0.65

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang berdisiplin. 4.07 0.64

Page 5: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

37

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang beretika. 3.70 0.65

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang bersahsiah baik.

3.93 0.25

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang kreatif. 4.33 0.66

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang berketrampilan.

4.00 0.59

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang berinovasi. 4.23 0.57

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang boleh memberi perkhidmatan dalam komuniti.

4.20 0.76

Pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang berfikiran positif.

4.47 0.51

Matlamat pengajaran KVT untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. 4.30 0.60

Konsep teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai alat pengupayaan dalam KVT. 3.83 0.70 Jadual 2 di atas menunjukkan skor kesediaan pengetahuan guru mengikut item-item yang diperolehi. Terdapat 16 item kesemuanya tentang kesediaan pengetahuan guru. Yang mana item yang mempunyai min paling tinggi ialah matlamat pengajaran KVT untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran mendapat pengetahuan asas dalam pertanian (Min= 4.73 dan SP =0.45). Manakala item yang mempunyai min paling rendah ialah pelaksanaan pengajaran KVT boleh melahirkan MBK masalah pembelajaran yang beretika (Min= 3.70 dan SP= 0.65).

Jadual 3: Skor kesediaan kemahiran guru

Item Kesediaan Kemahiran Guru Min SP Saya mahir membina soalan peperiksaan matapelajaran KVT mengikut kesesuaian tahap keupayaan MBK masalah pembelajaran.

4.07 0.69

Saya mahir dalam menentukan antara soalan utama, soalan unit dan soalan kandungan dalam peperiksaan KVT.

4.13 0.63

Saya mahir melaksanakan rancangan pembelajaran individu (RPI) untuk matapelajaran KVT kepada MBK masalah pembelajaran.

4.70 0.47

Saya mahir menggabungkan pelbagai strategi pengajaran KVT. 4.17 0.75

Saya mahir merancang projek KVT mengikut modul yang saya bina dengan betul. 3.93 0.52

Saya mahir membuat jadual pelaksanaan projek KVT berdasarkan kesesuian dengan tahap pencapaian MBK masalah pembelajaran.

4.13 0.57

Saya dapat menyelesaikan pelbagai aktiviti yang dirancang dalam KVT mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

3.87 0.63

Saya mahir dalam memastikan MBK masalah pembelajaran terlibat secara aktif dalam KVT. 4.23 0.57

Saya mahir dalam memastikan MBK masalah pembelajaran menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

3.90 0.76

Saya mahir dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh MBK masalah pembelajaran sepanjang pengajaran KVT.

4.00 0.59

Saya mahir untuk menilai hasil kerja yang dilakukan oleh MBK masalah pembelajaran dalam pengajaran KVT.

4.50 0.51

Page 6: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

38

Saya mahir menyediakan instrumen penskoran yang menggariskan kriteria dan piawaian yang tertentu untuk menilai hasil kerja atau pencapaian MBK masalah pembelajaran.

3.77 0.68

Saya mahir menginteregrasikan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran KVT. 4.17 0.53

Saya mahir menyampaikan idea dengan berkesan dalam pengajaran KVT. 3.97 0.67

Saya mahir untuk mendisiplinkan MBK masalah pembelajaran dalam pengajaran KVT. 4.00 0.64

Saya mahir untuk merancang aktiviti KVT bersama-sama dengan rakan sejawat. 4.07 0.64

Saya mahir berkomunikasi dengan MBK masalah pembelajaran. 4.47 0.51 Jadual 3 di atas menunjukkan min dan sisihan piawai bagi setiap 17 item tentang kesediaan kemahiran guru yang ditunjukkan secara terperinci. Yang mana item yang mempunyai min paling tinggi ialah saya mahir melaksanakan rancangan pembelajaran individu (RPI) untuk mata pelajaran KVT kepada MBK masalah pembelajaran (Min= 4.70 dan SP= 0.47). Seterusnya item yang mempunyai min yang paling rendah ialah saya mahir menyediakan instrumen penskoran yang menggariskan kriteria dan piawaian yang tertentu untuk menilai hasil kerja atau pencapaian MBK masalah pembelajaran (Min =3.77 dan SP= 0.68).

Jadual 4: Skor kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru secara keseluruhan Item Min SP Interpretasi

Kesediaan pengetahuan guru

4.19 0.59 Tinggi

Kesediaan kemahiran guru

4.12 0.60 Tinggi

Keseluruhan 4.15 0.59 Tinggi

Berdasarkan jadual 4 di atas, skor min keseluruhan kesediaan pengetahuan guru adalah 4.19 dan sisihan piawai adalah 0.59. Skor min yang diperolehi ini menunjukkan bahawa responden yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Vokasional Tanaman di Program Pendidikan Khas Integrasi mempunyai kesediaan pada tahap tinggi dalam melaksanakan pengajaran Tanaman kepada MBK masalah pembelajaran. Seterusnya skor min keseluruhan kesediaan kemahiran guru adalah 4.12 dan sisihan piawai 0.60. Dapatan ini juga menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhan dapat dirumuskan berdasarkan skor min dan sisihan piawai kedua-dua konstruk tersebut menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap tinggi.

Jadual 5 Tahap halangan guru melaksanakan pengajaran Tanaman

Item halangan pelaksanaan Min SP

Tahap Bahan-bahan rujukan untuk melaksanakan pengajaran KVT dengan berkesan masih tidak lengkap. 3.43 0.55

Sederhana

Bahan-bahan dan kelengkapan untuk amali pertanian tidak lengkap. 4.13 0.51

Tinggi

Ketiadaan kawasan yang sesuai untuk menjalankan pengajaran amali KVT. 4.67 0.48

Tinggi

Page 7: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

39

Ketiadaan perkhidmatan internet tanpa wayar di kawasan sekolah menyukarkan pelaksanaan pengajaran KVT. 4.50 0.51

Tinggi

Ketiadaan kursus tentang KVT di peringkat sekolah. 3.13 0.35

Sederhana Bilangan komputer tidak mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KVT. 4.30 0.53

Tinggi

Pelaksanaan KVT menuntut banyak masa selepas waktu persekolahan. 4.23 0.43

Tinggi

MBK masalah pembelajaran sukar memberi komitmen terhadap tugasan di luar waktu sekolah. 3.10 0.31

Sederhana

4.27 0.45 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan dapatan kajian yang diperolehi daripada 8 item yang dikaji bagi mewakili konstruk halangan-halangan guru terhadap pelaksanaan pengajaran Tanaman. Berdasarkan jadual di atas terdapat 3 item yang berada pada tahap sederhana. Seterusnya item yang mempunyai skor min tertinggi ialah ketiadaan kawasan yang sesuai untuk menjalankan pengajaran amali KVT (Min= 4.67 dan SP=0.48) pada tahap tinggi. Manakala item yang mempunyai skor min yang rendah ialah MBK masalah pembelajaran sukar memberi komitmen terhadap tugasan di luar waktu sekolah. (Min=3.10 dan SP=0.49) pada tahap sederhana. Oleh itu secara keseluruhan dapat dirumuskan bahawa halangan guru terhadap pengajaran Tanaman berada pada tahap tinggi (Min=4.27 dan SP=0.45). Dapatan menunjukkan secara keseluruhan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan dengan halangan guru dalam melaksanakan pengajaran Tanaman kepada MBK masalah pembelajaran.

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Berdasarkan hasil dapatan, kursus atau program-program yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran perlu dilaksanakan dengan lebih kerap kepada guru-guru yang baru atau yang sedang mengajar murid masalah pembelajaran dalam subjek Tanaman di PPKI. Program ini juga harus lebih berfokus kepada modul yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan supaya dapat memantapkan kesediaan guru memandangkan pengajaran Tanaman mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah ini masih baharu. Seterusnya didapati guru-guru lama atau guru-guru yang berpengalaman lebih bersedia dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran Tanaman berbanding guru-guru baru yang masih kurang. Hal ini terbukti bahawa guru-guru kekurangan latihan dalam pengajaran Tanaman. Seterusnya dapatan hasil kajian ini juga menunjukkan kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap tinggi. Namun begitu terdapat beberapa item yang menunjukkan pengetahuan dan kemahiran guru masih berada pada tahap sederhana. Kesan daripada kurang pengetahuan dan kemahiran ini boleh menyebabkan pelaksanaan pengajaran Tanaman tidak dapat memenuhi atau mencapai objektif yang telah ditetapkan. Masalah ini juga sedikit sebanyak menggangu guru melaksanakan pengajaran dengan lancar. Kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu perkara sangat penting untuk memastikan penguasaan sepenuhnya dalam setiap pengajaran yang melibatkan kemahiran. Walaupun mata pelajaran Tanaman berdasarkan KSSM ini masih baru dalam kalangan guru pendidikan khas, namun mereka harus mencari jalan penyelesaian dalam melengkapkan diri mereka dengan ilmu serta kemahiran yang tinggi bagi mewujudkan suasana pengajaran yang bermakna kepada murid masalah pembelajaran. Selain itu guru juga harus menarik minat murid untuk sentiasa bersemangat dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap halangan pelaksanaan pengajaran Tanaman berada pada tahap tinggi. Oleh sebab itu, halangan-halangan ini sedikit sebanyak menggangu pelaksanaan pengajaran Tanaman untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jadi pihak-pihak yang terlibat harus memastikan halangan ini dapat dikurangkan bagi memastikan guru berupaya melaksanakan pengajaran tanpa sebarang masalah dan sekaligus memberi kesan yang positif untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran dalam Tanaman.

KESIMPULAN Kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan kemahiran sangat penting bagi memastikan objektif pengajaran matapelajaran Tanaman berhasil dan mencapai matlamat sebenar yang telah digariskan oleh pihak Kementerian untuk menyediakan peluang pekerjaan yang sama kepada MBK masalah pembelajaran dan murid aliran perdana. Hal ini terbukti berdasarkan hasil dapatan daripada kajian lepas Norshidah Mohd Salleh, Aliza Alias & Zalizan Mohd Jelas

Page 8: KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ... · PDF filePembelajaran yang dibekalkan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK ... Mata pelajaran ini membantu murid meningkatkan

40

(2012) yang menyatakan guru perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam membantu pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas dengan lebih afektif.

RUJUKAN Abd Rahman Habibi (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian, Universiti Kebangsaan Malaysia Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Data Pendidikan Khas.Kementerian Pendidikan

Malaysia. Chua, Y.P (2016). Kaedah dan statistik penyelidikan buku. Edisi ketiga: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw

Hill Education Collier, M. (2013). Embracing the challenge: Living with children with disabilities. Companion curriculum.

Albuquerque, NM: University of New Mexico. Collary, M. (2013). Teaching is leading. Educational Leadership, 10, 72–76. McLeskey, J. & Waldron, N. L. (2011). Educational programs for elementary students with learning disabilities: Can

they be both effective and inclusive? Learning Disabilities Research & Practice, 26, 48-57. Noraini Khamis & Aliza Alias (2016). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan Program Transisi di

sekolah, Universiti Kebangsaan Malaysia Solis, M., Vaughn, S., Swanson, E., & McCulley, L. (2012). Collaborative models of instruction: The empirical

foundation of inclusion and co-teaching. Psychology in the Schools, 49,498-510. Scruggs, T. E., Mastropieri, M. A., & Marshak, L. (2012). Peer-mediated instruction in inclusive secondary social studies

learning: Direct and indirect learning effects. Learning Disabilities Research & Practice, 27, 12-20.