kesantunan
TRANSCRIPT
KESANTUNAN BAHASA
Oleh:
Hj. Mohd. Samsuddin Mahmod
Institut Pendidikan Guru Malaysia:
Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
KONSEP KESANTUNAN
• Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)
• Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)
• Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983:104)
KONSEP KESANTUNAN
• Kesantunan ialah usaha mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka(Brown
&Levinson, 1987:62)
• Penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan
dan rasa tersinggung (Asmah, 2000:88)
• Perlakuan yang diamalkan untuk membina
persefahaman (Bayraktaroglu,1997:5)
RUMUSAN KONSEP
KESANTUNAN
Kesantunan merupakan penggunaan kata-kata atau perlakuan yang:
• sesuai
• Tidak menimbulkan konflik
• sentiasa menjaga air muka pendengar
• Ikhlas
• merangkumi hubungan manusia – manusia
manusia - khalik
KONSEP MUKA
• Muka dalam masyarakat Melayu merujuk
kepada air muka (Asmah, 2000:101)
• Menjangkau ruang lintup melampaui masa
berlangsung sesuatu perbualan
• Melibatkan anggota keluarga/masyarakat
• Merujuk kepada hubungan manusia
dengan manusia dan manusia dengan
Tuhan
KONSEP MUKA
• Dalam sembahyang dibaca doa:
“Sesungguhnya aku menghadap wajahku
(mukaku) kepada zat Allah yang
menitahkan emua yang ada di langit dan
di bumi dengan kecondongan hati serta
menyerahkan diri.”
KONSEP MUKA
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus
kepada agama (Allah); (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan
manusia menurut fitrah itu. Tidak ada
perubahan pada fitrah Allah. (Itulah)
agama yang lurus; tetapi kebanyakan
tidak mengetahui”
(al-Ruum:30)
KONSEP MUKA
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat,
maka ke mana pun kamu menghadap, di
situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah
maha luas (rahmat-Nya) lagi maha
mengetahui.”
(al-Baqarah:115)
MODEL KESANTUNAN BAHASA
• Model Kesantunan Lakoff (1975):
- Jangan memaksa
- Berikan pilihan
- Jadikan pendengar selesa
MODEL KESANTUNAN BAHASA
• Model kesantunan Asmah (2000)
- Kesantunan Asas : Kesantunan yang
sedia ada – sikap berbaik-baik dalam
masyarakat
- Kesantunan Berkendala: usaha yang
dilakukan dalam sesuatu interaksi
MODEL KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan Berkendala
• Siapa yang bercakap?
• Apa yang dicakapkan?
• Di mana percakapan berlaku?
• Mengapa percakapan berlaku?
• Bagaimana cara percakapan disampaikan?
STRATEGI KESANTUNAN
ORANG MELAYU
• Kategori Strategi Budiman
- strategi ikhlas
- strategi memudahkan
- strategi merendah diri
- strategi maaf
STRATEGI KESANTUNAN
ORANG MELAYU
• Kategori Strategi Kerjasama
- Strategi penyelesaian
- Strategi Persetujuan
- Strategi muafakat
- strategi berikan peluang
STRATEGI KESANTUNAN
ORANG MELAYU
• Kategori Strategi Menyenangi
• Kategori Strategi Kiasan
• Kategori Strategi Berhemah
• Kategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)
• Kategori Strategi Ungkapan Rabbani
- ungkapan salam
- bismillah
KESANTUNAN BAHASA DALAM
KURIKULUM BAHASA MELAYUFalsafah Pendidikan Kebangsaan:
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Objektif Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Menegah
Pada akhir sekolah menengah, murid dapat:
i. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui
perbualan, perbincangan, dan penulisan;
ii. Mengeratkan hubungan, dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
iii. Menghayati dan mengamalkan nilai murni,
sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan
cinta akan negara.
Kesantunan Bahasa Dalam
Kurikulum BM Tk 5Contoh:
1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai;
1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan;
1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi;
1.6 menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan
Contoh Aktiviti
Anda telah berjanji dengan rakan anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena dengan tahun baharu pada malam 31 Disember yang lalu. Namun, pada malam itu anda perlu menghantar abang anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana dia akan melanjutkan pengajian ke Jerman dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa. Anda tidak dapat menghubungi rakan anda yang sedang menunggu di pekarangan sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut.
Anda berasa terkilan dan serba salah atas kejadian tersebut. Bina dialog untuk menyatakan perasaan tersebut. 1.6 Aras 2 (ii)
Kesantunan Bahasa dalam
Kurikulum BM Tk 1
– Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
– Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
– Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang.
Contoh Kesantunan Dalam Teks
Komsas (Sehijau Warna Daun)(a) Perlakuan bahasa
• Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan
“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.”
• Kata-kata pujian
“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”
• Kata panggilan yang sesuai
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.
Contoh Kesantunan Dalam Teks
Komsas (b) Bukan perlakuan bahasa
• Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
• Air muka/ raut wajah
…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
• Menujukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
(Sehijau Warna Daun, hlm.52-54)
Contoh Kesantunan Dalam Teks
Komsas
“Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun.Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab.”
“Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan mengagumi keberanian itu.”
“Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri.”
Senyum Junainah mekar dan segar.
(Kerusi, hlm.81)
Contoh Kesantunan Dalam Teks
Komsas
• “Ya Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini,” (Kerusi, hlm. 48)
• “Insya Allah, saya akan datang!” (Kerusi, hlm. 54)
• “Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi itu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak.”
(Kerusi, hlm. 54)
Renungan
Jika kita pengurus,
Jalankan kerja dengan terurus.
Jika kita pekerja,
Jalankan kerja dengan rela.
Jika kita guru,
Amalkanlah apa yang tahu.
Jika kita pelajar,
Amalkan apa yang diajar.
Jika ingin menjadi pandai,
Ajaran guru janganlah lalai.
Jika sudah berada di puncak jaya,
Ibu dan bapa dilupa jangan.