report kesantunan&klakuan bahasa.doc

14
FUNGSI KESANTUNAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang sering diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur (Asmah Hj Omar, 2002). Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Ketika berkomunikasi, tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur- unsur budaya yang ada dalam lingkungan masyarakat dan penggunaan suatu bahasa dalam berkomunikasi. Tatacara berbahasa sangat penting diperhatikan demi kelancaran berkomunikasi. Pelbagai fungsi kesantunan yang dapat dilihat semasa komunikasi. Fungsi-fungsinya dinyatakan di bawah: a) Memupuk Rasa Hormat-menghormati Kesantunan bahasa diklasifikasikan sebagai etika sosial, iaitu sesuatu yang asas diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang tetamu dalam sesebuah masyarakat (Zaitul). Dalam komunikasi kesantuanan bahasa memainkan peranan sebagai tanda hormat kepada lawan bicara ketika berkomunikasi. Komunikasi yang berteraskan kesantunan melambangkan nilai hormat yang tinggi antara penutur. Kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang saling hormat-menghormati, saling bertolak ansur, hormat serta dapat mewujudkan kerjasama. Sapaan mestilah mengikut syarat-syarat dan juga norma-norma yang betul berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah status sosial, jarak sosial,kont eks ujaran, dan jantina penutur. Seringkali dilihat pada zaman serba moden ini, penggunaan kata ganti nama diri yang sopan

Upload: rhafizah

Post on 23-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

FUNGSI KESANTUNAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu

sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang sering

diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah

dengan penggunaan penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin

kepada si pendengar. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud

dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara

individu yang berkomunikasi.

Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan

bertambahlah tingkat kesantunan si penutur (Asmah Hj Omar, 2002). Ia sesuai dengan

ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu,

lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain.

Ketika berkomunikasi, tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur

budaya yang ada dalam lingkungan masyarakat dan penggunaan suatu bahasa dalam

berkomunikasi. Tatacara berbahasa sangat penting diperhatikan demi kelancaran

berkomunikasi. Pelbagai fungsi kesantunan yang dapat dilihat semasa komunikasi.

Fungsi-fungsinya dinyatakan di bawah:

a) Memupuk Rasa Hormat-menghormati

Kesantunan bahasa diklasifikasikan sebagai etika sosial, iaitu sesuatu yang asas

diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang

tetamu dalam sesebuah masyarakat (Zaitul). Dalam komunikasi kesantuanan

bahasa memainkan peranan sebagai tanda hormat kepada lawan bicara ketika

berkomunikasi. Komunikasi yang berteraskan kesantunan melambangkan nilai

hormat yang tinggi antara penutur. Kesantunan berbahasa amat penting bagi

mewujudkan sebuah masyarakat yang saling hormat-menghormati, saling

bertolak ansur, hormat serta dapat mewujudkan kerjasama. Sapaan mestilah

mengikut syarat-syarat dan juga norma-norma yang betul berdasarkan beberapa

faktor antaranya adalah status sosial, jarak sosial,kont eks ujaran, dan jantina

penutur. Seringkali dilihat pada zaman serba moden ini, penggunaan kata ganti

Page 2: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

nama diri yang sopan dan lebih manis seperti awak, anda, saudara, encik, tuan

dan sebagainya telah digantikan dengan panggilan ringkas seperti lu, gua, bro,

beb dan banyak lagi. Selain itu, Ungkapan “tau tak pe” menjadi kebiasaan

pengucapan golongan remaja. Komunikasi tersebut secara tidak langsung

menggambarkan sikap sombong, berlagak, membangga diri serta

memperlihatkan penutur lebih tahu akan perkara yang sedang dibincangkan

walaupun melibatkan dua peringkat umur yang berbeza. Ungkapan tersebut

seharusnya ditukar kepada ungkapan persetujuan yang menunjukkan

kerendahan diri, berbudi dan hormat seperti ya, betul tu, saya setuju dan

sebagainya. Kelemahan dan ketidakarifan ini akhirnya akan memperlihatkan

kurang pekanya masyarakat kita untuk menghalusi nilai kesopanan berbahasa

dengan baik.

b) Menyerlahkan Darjah Kesopanan

Penekanan terhadap beberapa aspek seperti perkara yang sebaiknya dikatakan

pada waktu dan dalam keadaan tertentu, penggunaan ragam bahasa yang

bersesuaian dengan situasi, mengambil kira bagaimana dan bila kita harus

menunggu giliran untuk bercakap atau mencelah, mengetahui kenyaringan suara

yang sesuai digunakan ketika berbicara, mengetahui bagaimana sikap dan gerak

geri badan yang bersesuaian ketika berbicara dan akhir sekali ialah bila

masanya kita harus diam dan mengakhiri sesuatu perbicaraan juga menjadi

komponen yang tidak kurang pentingnya dalam mewujudkan gaya hidup yang

sempurna dan penuh dengan nilai kesantunan agar keperibadian bangsa yang

luhur, dihormati dan disegani dapat dikekalkan. Kesantuanan dalam tutur bicara

akan menyerlahakan darjah kesopanan. Penutur dan pendengar akan merasa

lebih selesa dan mesra apabila komunikasi berlangsung penuh kesantunan.

Komunikasi dengan orang yang lebih tua mestilah menggunakan nada suara

yang lembut dan kelakuan yang sopan. Tidak digalakkan orang yang lebih muda

berjenaka sesuka hati, memerli atau menyampuk percakapan orang tua walau

dalam keadaan biasa.  Walaubagaimanapun, masyarakat yang lebih muda tetap

Page 3: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

diberi peluang untuk memberi pandangan atau meluahkan perasaan tetapi tetap

dalam keadaan sopan dan berhemah.

Kesantunan bahasa bukan sahaja dipandang serius di negara Malaysia sahaja,

malah negara-negara luar turut menekankannya. Contohnya ialah di

Middleborough, Amerika Syarikat, satu peraturan baharu dilaksanakan dengan

mengenakan  denda sebanyak AS$20 (RM64) ke atas mereka yang bermulut

celupar jika didapati menyumpah seranah di tempat awam. Peraturan baharu

yang dilaksanakan mendapat persetujuan yang majoriti daripada penduduk

bandar tersebut.

c) Menjaga Perasaan Orang Lain

Kesantunan bahasa dalam komunikasi adalah bertujuan untuk menjaga

perasaan pendengar. Amalan kesantunan berbahasa juga dapat membantu

mewujudkan suasana dan perhubungan yang mesra dalam suatu komunikasi

dan tidak menimbulkan konflik serta sentiasa menjaga air muka orang yang

dilawan bercakap, (Ahmad Khair Mohd. & Rohaida Abdul Gani, 2005). Perkataan

yang digunakan dalam komunikasi perlu bersesuaian dengan keadaan

pendengar dan situasi sekeliling. Namun, seringkali terdapat individu yang

berkomunikasi terlalu menyentuh privasi orang lain dan berkomunikasi dengan

menggunakan bahasa yang menjelekkan orang lain. Sekiranya kesantunan

tidak diterapkan dalam komunikasi berkemungkinan akan munculnya benih-

benih permusuhan.

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan

peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi,

pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media

cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’

bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap

sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh

mendidik pendengar dan penontonnya, pada masa yang sama boleh membawa

penontonnya ke jalan yang salah terutama dalam kalangan remaja yang cepat

Page 4: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam

kehidupan. Berikut merupakan masalah kesantunan bahasa yang berlaku di

media soaial pada masa ini:

Contoh di atas menggambarkan sikap individu yang tidak mejaga kesantunan

dalam komunikasi. Komen-komen yang ditulis di laman sosial ini tersimpang jauh

daripada kesantunan. Keadaan ini bakal mengguris perasaan individu yang

terlibat dan merupakan percambahan pergaduhan sesama mereka yang terlibat.

d) Komunikasi Berkesan

Kesantunan dalam komunikasi memastikan mesej yang disampaikan difahami

dengan tepat dan jelas. Menurut Rozita (2014), apabila seorang penutur berjaya

menggunakan kesantunan dalam perbualan maka komunikasi akan berjalan

dengan lancar dan matlamat komunikasi berjaya dicapai. Dalam situasi

komunikasi yang berjaya, imej pendengar tidak terancam dan penutur pula

dikatakan sebagai seorang yang bersopan-santun. Makna masej akan difahami

Page 5: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima sekiranya penutur

mengutamakan kesantunan ketika berkomunikasi. Penggunaan perkataan yang

santun dan sesuai membolehkan kehendak penghantar dan penerima tercapai

dan hubungan akan menjadi lebih mesra. Contoh perkataan yang sering

digunakan tetapi sering disalah tafsir oleh pendengar ialah “Apa-apa aja lah!” ,

“Whatever!” ataupun “Ok. Fine!”

Perkataan-perkataan ini mendatangkan maksud negatif walaupun ditutur

dalam nada yang lembut dan bakal mendatangkan reaksi negatif daripada

pendengar dan menjadikan komunikasi kurang berkesan.

STRATEGI KESANTUNAN

Antara strategi kesantunan yang digunakan dalam komunikasi ialah :

a) Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak

disukai.

b) Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa

maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan

diri.

c) Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.

d) Strategi penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan

supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

e) Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur

atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

f) Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu

dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.

g) Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap

seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.

Page 6: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

h) Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk

menjaga air muka seseorang.

i) Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan

tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak

berkecil hati.

j) Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk

menimbulkan perasaan gembira.

k) Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan

seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa

yang dibuat oleh seseorang.

l) Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah ,

Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

LAKUAN BAHASA

Kamus Linguistik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) mentakrifkan lakuan

bahasa (speech act) sebagai “penghasilan bunyi bahasa dengan cara yang tersusun

untuk melahirkan ujaran yang bermakna”. Bahasa digunakan oleh penutur untuk

mempersembahkan lakuan. Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri

dengan bentuk lakuan yang terikat dengan peratura. Sewaktu bercakap, penutur

sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan. Setiap tindakan yang dilakukan oleh

sesorang akan tergambar dalam bahasa yang digunakan. Permintaan maklumat adalah

satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara (bertanya,

meminta @ memberi komen). Lakuan bahasa dalam komunikasi perlu betul dan tepat

supaya komunikasi berjalan lancar dan maksudnya tidak disalah tafsir.

Page 7: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Terdapat pelbagai fungsi lakuan bahasa dalam komunikasi seperti yang disenaraikan di

bawah:

a) Membuat Penolakan

Membuat penolakan dalam komunikasi mestilah dilakukan secara berhemah di samping

penolakan tersebut jelas difahami oleh pendengar. Lakuan bahasa dalam membuat penolakan

perlu benar-benar menggambarkan penutur menolak sesuatu perkara. Contoh lakuan bahasa

penolakan ialah:

A / Jelas B/ Kurang jelas

“Saya suka menonton filem dengan

awak tetapi saya bekerja pada Jumaat

mala ini”

“Saya perlu bekerja lebih masa pada

Jumaat malam”

Contoh lakuan bahasa A jelas menunjukkan bahawa penutur menolak pelawaan

rakannya untuk menonton filem pada Jummat malam. Manakala, lakuan bahasa

B lebih menunjukkan seolah-olah penutur membuat penyataan bahawa dia perlu

bekerja lebih masa pada Jumaat malam tanpa menolak pelawaan rakannya.

b) Membuat Aduan

Lakuan bahasa dalam membuat aduan perlu berbentuk tegas dan jelas agar aduan tersebut

dipandang serius oleh pihak yang menerima aduan. Contoh lakuan bahasa aduan ialah:

A / Jelas B/ Kurang jelas

“Saya sudah menunggu tiga minggu

untuk komputer, dan saya diberitahu ia

akan dihantar dalam masa seminggu”

“Telah tiga minggu tugasan saya

tergendala”

Lakuan bahasa aduan seperti B kedengaran agak longgar dan tidak jelas

menunjukkan penutur membuat aduan. Penerima aduan mungkin tidak akan

Page 8: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

mengambil serius hal tersebut kerana aduan yang samar. Berbeza dengan

lakuan bahasa aduan A tegas dan jelas menggambarkan penutur membuat

aduan.

c) Membuat Jemputan

Lakuan bahasa juga digunakan untuk membuat jempuatan. Lakuan bahasa

jemputan perlu dilakukan dengan jelas agar pendengar dapat merasakan

keikhlasan dan harapan individu yang membuat jemputan. Contoh lakuan

bahasa jemputan ialah:

Lakuan bahasa jemputan A amat bersopan dan jelas menunjukkan keikhlasan

penutur membuat jemputan kepada rakannya. Berbeza dengan lakuan bahasa

jemputan B seolah-olah penutur hanya sekadar memberitahu tentang majlisnya

tanpa mempelawa rakannya untuk hadir ke majlis tersebut.

d) Membuat Pujian

Dalam membuta pujian juga lakuan bahasanya perlu tepat dan jelas menujukkan keikhlasan

penutur membuat pujian. Contoh lakuan bahasa pujian ialah:

A / Jelas B/ Kurang jelas

“Saya benar-benar suka penampilan

awak. Awak kelihatan sangat menarik”

“Kamu sesuai mengenakan pakaian

ini”

A / Jelas B/ Kurang jelas

“Kami menjemput beberapa orang

untuk majlis malam Sabtu dan ingin

tahau sama ada anda ingin menyertai

kami”

“Kami mengadakan majlis pada malam

Sabtu”

Page 9: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Penutur di A benar-benar menujukkan kesungguhan dan keikhlasannya

membuat pujian kepada rakannya. Manakala, lakuan bahasa pujian penutur B

kedengaran agak longgar dalam memuji rakannya.

e) Menyatakan Kekesalan

Lakuan bahasa dalam menyatakan kekesalan haruslah benar-benar menunjukkan keikhlasan dan

kekesalan. Sesorang akan dilihat sebagai mempunyai ego yang tinggi sekiranya lakuan bahasa

kekesalan tidak ditunjukkan dengan betul. Contoh lakuan bahasa kekesalan ialah:

A / Jelas B/ Kurang jelas

“Maafkan saya kerana terlupa hari jadi

kamu semalam”

“Oh, rupa-rupanya semalam hari jadi

kamu!”

Lakuan bahasa kekesalan B melambangkan penuturnya sekadar membuat

pernyataan tentang hari jadi rakannya yang telah lepas tanpa sebarang rasa

kekesalan. Manakala, penutut A benar-benar menyatakan kekesalannya kerana

terlupa tentang hari lahir rakannya.

f) Membuat Permintaan

Dalam membuat permintaan, lakuan bahasa penutur juga mesti jelas supaya pendengar

memberi bantuan seperti yang dikehendaki oleh penutur. Contoh lakuan bahasa permintaan

ialah:

A / Jelas B/ Kurang jelas

“Bolehkah anda tolong hulurkan

kentang lecek itu?”

“Jauhnya kentang lecek itu”

Page 10: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Lakuan bahasa A jelas menunjukkan penutur memerlukan bantuan rakannya

untuk menghulurkan kentang lecek tersebut tetapi lakuan bahasa B tidak jelas

dan kedengaran seperti penutur sekadar membuat pernyataan. Hal ini akan

menyebabkan pendengar memberi respond yang berbeza kepada kedua-dua

lakuan bahasa.

IMPLIKASI KESANTUNAN BAHASA DAN LAKUAN BAHASA DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kesantunan bahasa dan lakuan bahasa memberi impak yang besar kepada pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu. Impaknya seperti yang dinyatakan berikut:

a) Implikasi dalam pengajaran guru

Guru memainkan peranan penting dalam menyemai kesantunan dalam diri

setiap pelajar. Guru dilihat sebagai ‘role model’ kepada pelajarnya dan setiap

gerak geri serta perlakuan guru menjadi perhatian palajar.

Pelbagai implikasi boleh terjadi sekiranya guru tidak mengamalkan

kesantunan dalam PdP. Antaranya ialah guru tidak akan dihormati rakan

sejawat, pelajar dan masyarakat sekeliling. Perlakuan guru bukan sahaja

mendapat perhatian warga sekolah, malah turut menjadi perhatian masyarakat

sekeliling kerana sekolah amat berkait rapat dengan masyarakat. Kredibiliti

seseorang guru itu akan dipertikaikan disebabkan pendangan negatif

masyarakat.

Selain itu, masyarakat akan mempunyai persepsi negatif kepada

profesion keguruan. Masyarakat terutamanya ibu bapa meletakkan harapan

yang tinggi kepada guru untuk mendidik anak mereka supaya menjadi modal

insan berguna. Jika harapan ini disia-siakan oleh guru, maka peranan guru tidak

lagi dilihat sebagai peranan penting dalam mendidik anak bangsa. Kelak, ibu

bapa lebih mempercayai pihak luar seperti kelas-kelas tusyen dan sekolah

swasta bagi menjamin kecemerlangan anak mereka.

Page 11: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Seterusnya, ketidaksantuan guru bakal dijadikan contoh oleh pelajar jika

guru tidak membendung perkara ini. Sekiranya guru mengamalkan kesantunan

dalam pengajaran, maka hal ini akan turut dipraktikkan oleh pelajarnya. Situasi

ini boleh dikaitan dengan peribahasa “guru kencing berdiri, anak murid kencing

berlari”. Jika dilihat pelajar masa ini sudah tidak mementingkan kesantunan

terutama dari aspek pertuturan. Seringkali berlaku masalah pelajar kurang ajar

dengan guru, memaki hamun rakan dan menyumpah seranah tanpa segan silu.

Masalah ini berlaku sedikit sebanyak berpunca daripada perlakuan guru yang

kadang kala mempamerkan ketidaksantunan di hadapan pelajar. Para guru

harus sedar tentang perkara ini dan segera menanganinya supaya tidak menjadi

semakin parah.

b) Implikasi dalam pembelajaran pelajar.

Kesantunan dan lakuan bahasa turut memberi implikasi kepada pembelajaran

pelajar. Implikasi ini dapat dilihat jelas daripada hasil penulisan karangan bahasa

Melayu pelajar. Berikut merupakan beberapa contoh dapatan hasil penulisan

pelajar yang melibatkan kesantunan:

Dapatan 1

Page 12: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Dapatan 2

Dapatan 3

Page 13: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Dapatan 4

Daripada dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesantunan yang

dipamerkan oleh pelajar melalui penulisan ini berpunca daripada penggunaan

perkataan dalam komunikasi seharian mereka. Komunikasi seharian pelajar

meliputi komunikasi dengan guru, rakan dan ahli keluarga. Apabila pelajar telah

terbiasa menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan dalam komunikasi

harian, maka mereka akan merasakan penggunaan perkataan tersebut betul dan

sesuai walaupun melambangkan ketidaksantuanan bahasa.

Selain itu, berkemungkinan juga pelajar telah terdedah dengan filem-filem

yang mengandungi unsur ketidaksantunan dan mereka terikut-ikut dengan aksi

dalam filem tersebut. Latar belakang keluarga juga turut menjadi punca kepada

masalah ini. Pelajar yang membesar dengan suasana keluarga yang kucar kacir

dan sering bertutur menggunakan bahasa kasar akan menyebabkan pelajar

sebati dengan pertuturan tersebut. Seterusnya pelajar akan mengaplikasikan

pengalaman mereka dalam pembelajaran di sekolah dan ini bakal menjadi

masalah yang serius kepada pelajar.

Page 14: report kesantunan&klakuan bahasa.doc

Guru perlu melakukan tindakan sewajarnya supaya masalah kesantunan

dan lakuan bahasa pelajar dapat ditangani dengan berkesan. Pelajar yang bakal

memegang pucuk pimpinan negara tidak seharusnya dibiarkan hanyut dengan

masalah sedemikian dan perlu dibentuk dari kecil.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, cara pertuturan, kesantunan dan lakuan bahasa yang betul dalam

komunikasi perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan

pendidik dan pelajar. Memandangkan negara Malaysia bersifat majmuk, maka perkara

ini harus diambil perhatian oleh semua supaya perpaduan antara kaum terjamin. Di

samping itu, pertuturan, kesantunan dan lakuan bahasa turut menjamin kelancaran

komunikasi antara penutur. Kesannya, mesej yang disampaikan oleh penutur akan

mudah difahami dan tidak disalah tafsir oleh pendengar.